tugasan tutorial 1 sce3143

12
Hishamuddin B Ali 780315-06-5731 PPG Sains 1 JABATAN SAINS IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU SCE3143: SAINS,TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT TUTORIAL 1 : ISU-ISU BERKAITAN SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT 1. Masalah pencemaran alam sekitar, perubahan iklim dan sumber bahan yang terhad adalah sebab utama kearah penggunaan teknologi Hijau. a. Apakah maksud Teknologi Hijau? Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber- sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan

Upload: ecam-ali

Post on 12-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Tutorial 1 Sce3143

Hishamuddin B Ali

780315-06-5731

PPG Sains 1

JABATAN SAINS

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BAHRU

SCE3143: SAINS,TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

TUTORIAL 1 : ISU-ISU BERKAITAN SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

1. Masalah pencemaran alam sekitar, perubahan iklim dan sumber bahan yang

terhad adalah sebab utama kearah penggunaan teknologi Hijau.

a. Apakah maksud Teknologi Hijau?

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara

sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia.

Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam

berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi

hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya

secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian,

apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas

Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan

perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi

perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan

selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah

selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di

mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa

tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita

bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-

kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau

kualiti yang lebih baik dari sekarang.

Page 2: Tugasan Tutorial 1 Sce3143

b. Huraikan empat tonggak Dasar Teknologi Hijau Negara?

i. Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan

mempromosikan kecekapan tenaga

ii. Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam

sekitar

iii. Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui

penggunaan teknologi; dan

iv. Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

c. Nyatakan Lima objektif Dasar Teknologi Hijau Negara?

i. Mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang

sama meningkatkan pembangunan ekonomi.

ii. Membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan

meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara.

iii. Meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi

Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada

antarabangsa.

iv. Memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk

generasi akan datang.

v. Meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau

dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

d. Huraikan lima teras strategik dasar Teknologi Hijau Negara

i) Teras Strategik 1: Mengukuhkan Kerangka Institusi

Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau,

penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan

aplikasi Teknologi Hijau melalui:

Page 3: Tugasan Tutorial 1 Sce3143

Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana

Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan

peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak

berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang

efektif;

Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang

dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;

Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan

dan melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;

Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk

mempercepat pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif

dan matlamatnya; dan

Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui

peranan dan tanggungjawab masing-masing.

ii) Teras Strategik 2: Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau

yang Kondusif

Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau

perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau.

Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global,

menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh

dicapai melalui:

Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan

disokong oleh langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu

peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan

matlamatnya;

Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri

Teknologi Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui

pelbagai program peningkatan industri;

Page 4: Tugasan Tutorial 1 Sce3143

Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi

Hijau yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan

(DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri tempatan;

Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia,

yang dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama;

dan

Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.

iii) Teras Strategik 3: Memperkukuh Pembangunan Modal Insan dalam

Teknologi Hijau

Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting

untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui:

Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi

meningkatkan kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi

Hijau;

Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan

Teknologi Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;

Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran

sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri

Teknologi Hijau;

Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang

cekap dalam bidang Teknologi Hijau; dan

Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran

tempatan dalam sektor Teknologi Hijau.

iv) Teras Strategik 4: Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau

Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting

dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat

mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya.

Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui:

Page 5: Tugasan Tutorial 1 Sce3143

Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam

RDIC;

Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;

Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat

kecemerlangan atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan

Teknologi Hijau;

Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan; dan,

Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan

dan serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI

Teknologi Hijau.

v) Teras Strategik 5: Promosi dan Kesedaran Awam

Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua factor utama yang

mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana

perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai

pendekatan termasuklah:

Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat

melalui program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran

awam dalam Teknologi Hijau;

Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan

yang efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau;

Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar

pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran

yang efektif;

Program demonstrasi secara efektif dalam aplikasi Teknologi Hijau; dan

Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan

entity yang berhubung dengan kerajaan.

Page 6: Tugasan Tutorial 1 Sce3143

2. Alam sekitar adalah hadiah kurniaan Tuhan kepada manusia. Dasar alam sekitar

yang dibentuk pada tahun 2002 telah menggariskan tanggungjawab kita dalam

mengekalkan kualiti alam sekitar tanpa mengenepikan sebarang proses

ekonomi. Dalam hal ini, sector industry memainkan peranan penting untuk

mencapai sasaran ekonomi hijau.

a. Apakah ekonomi Hijau?

Ekonomi Hijau bermakna aktiviti ekonomi yang dijalankan secara mampan

dengan pemeliharaan alam sekitar yang baik serta melibatkan penyertaan

semua pihak. Ekonomi Hijau menyentuh hampir setiap aspek kehidupan

manusia dan melibatkan pembangunan di sekeliling kita. Elemen penting

dalam Ekonomi Hijau haruslah diamalkan seperti pengurangan pelepasan

dan pencemaran karbon, meningkatkan kecekapan sumber dan tenaga serta

mencegah kehilangan biodiversiti dan ekosistem.

b. Huraikan kebaikan ekonomi Hijau?

Ekonomi hijau bukan sahaja memastikan kelestarian penggunaan

sumber alam malah dapat memacu pertumbuhan KDNK. Penggunaan

teknologi pengeluaran hijau dalam sektor tenaga, pembuatan,

pengangkutan, pembinaan, kitar semula, pertanian, perikanan, air dan

perhutanan berpotensi untuk mengurangkan penggunaan tenaga dari

sumber fosil sebanyak 40%.

Pertumbuhan aktiviti ekonomi hijau dapat menjana pertambahan

KDNK yang seterusnya dapat mencipta lebih banyak peluang

pekerjaan.Aktiviti ekonomi hijau dijangka mampu mengurangkan gas

rumah hijau dalam kadar yang tinggi:

• Penggunaan tenaga dunia berkurang sebanyak 36% pada 2030

• Pencemaran karbon berkurang sebanyak 450 ppm pada 2050

Ekonomi hijau melestarikan keseimbangan ekosistem.

Page 7: Tugasan Tutorial 1 Sce3143

3. Kerajaan Malaysia telah melancarkan Rangka Kerja dan sistem Penilaian

Bandar Raya Rendah Karbon pada 8 september 2011.

a. Apakah maksud Bandar rendah karbon?

Konsep bandar rendah karbon merujuk kepada bandar yang dirancang

dengan prinsip lestari, mempunyai program serta inisiatif memelihara alam

sekitar dan sumber semulajadi dengan tujuan mengurangkan kesan negatif

kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Pembangunan bandar rendah

karbon telah dijadikan matlamat baru bagi kebanyakan negara dalam

menangani pelbagai isu alam sekitar (perubahan iklim, kesan rumah hijau,

pencemaran) dan mendorong pembangunan bandar yang berterusan.

b. Nyatakan sasaran utama kerajaan menjelang 2025 bagi mencapai status

Bandar Rendah karbon

Kerajaan Malaysia telah melancarkan Rangka Kerja dan Sistem Penilaian

Bandar Raya Rendah Karbon pada September 2011. Sebagai permulaan ia

akan dilaksanakan di Putrajaya dan Cyberjaya sebelum diperluaskan ke

bandar lain.

Tiga sasaran utama kerajaan Malaysia menjelang 2025:

• Mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida sehingga 60%

• Menurunkan suhu 2oC.

• Amalan guna semula, mengurangkan dan kitar semula (3R :reuse, reduce,

recycle)

sisa buangan

c. Nyata dan huraikan tiga bandar rendah karbon di Asia pasifik?

Terdapat tiga contoh bandar rendah karbon di Asia Pasifik. Kesemua bandar

tersebut dipilih berdasarkan kadar pelepasan karbon dioksida yang dilakukan

secara minimum. Kriteria penilaian yang digunakan adalah berdasarkan:

Pelepasan karbon dioksida

Kualiti udara

Page 8: Tugasan Tutorial 1 Sce3143

Rawatan sisa

Penggunaan tenaga

Penggunaan air

Kawasan hijau

Kemudahan pengangkutan

Persekitaran Kerajaan

1. Tokyo, Jepun

Sistem pengangkutan yang komprehensif bertujuan mengurangkan

pelepasan gas rumah hijau, di aman rakyat akan meneriam subsidi bagi

pembelian kereta elektrik dan akan menerima pengecas elektrik menjelang

2013. Selain itu, negara tersebut juga telah menyasarkan bangunan komersil

dan bumbung dengan kehijauan sebanyak 1,200 hektar menjelang 2015.

Seterusnya, pengurangan sisa buangan sebanyak 50% dengan

menggunakan hasil pembakaransebagai bio bahan api di kialng berdekatan.

2. Seoul, Korea

Seoul telah melancarkan satu pelan induk polisi hijau untuk mengubah

bandar Seoul menjadi bandar mesra alam menjelang 2020 Antara polisi yang

telah diguabal adalah seperti berikut:

Mengurangkan gas rumah hijau sebanyak 40%

Meningkatkan bekalan tenaga yang boleh diperbaharui sebanyak 20%

Mewujudkan satu juta pekerjaan berkonsep hijau

Menggalakkan teknologi hijau

Menggantikan pengangkutan awam sedia ada dengan pengangkuatan

elektrik dan kenderaan hybrid

3. Melbourne, Australia

Melaksanakan sekatan penggunaan harian air daripada 455 liter

kepada 155 liter per kapita

Page 9: Tugasan Tutorial 1 Sce3143

Mengubah bangunan sedia ada dengan komponen bangunan hijau

dua pertiga dengann bangunan komersil