d20102041827 tugasan 1

Upload: lause-hazar

Post on 18-Jul-2015

673 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KPD3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN TUGASAN:HASILKAN SATU JADUAL PENENTU KANDUNGAN (JPK) YANG MEMAPARKAN SATU SIRI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN(RPH).

DISEDIAKAN OLEH: SITI HAZAR JIMAN (800731105304) D20102041827 KUMPULAN EL-B24 AZIZAH HASHIM (680305105172) D20102043813 KUMPULAN EL-B23 DISEDIAKAN UNTUK: ENCIK ABU BAKAR B. YUSUF TARIKH SERAHAN:

23 APRIL 2011

PENDAHULUANTugasan ini ialah tugasan pertama bagi kursus KPD3016 untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Tugasan ini telah pun diberikan oleh pensyarah melalui portal UPSI Myguru2 . Tugasan yang diberikan oleh pensyarah ialah menghasilkan satu Jadual Penentu kandungan(JPK) yang memaparkan satu siri rancangan pengajaran harian(RPH). Di mana Jadual Penentu Kandungan harus berasakan satu tema/tajuk pengajaran. Manakala dalam Jadual Penentu Kandungan itu mengandungi empat sub tajuk yang berurutan. Jadual Penentu Kandungan amat penting kepada guru dalam merangka stategi pengajaran yang akan dilaksanakan di dalam kelas. Ini kerana setiap Jadual Penentu Kandungan terdiri daripada tajuk dan isi pelajaran, hasil pembelajaran, kaedah, strategi dan penilaian. Berdasarkan item di atas, guru akan mendapat gambaran yang lebih jelas di dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di dalam bilik darjah. Dengan demikian, perancangan yang teliti melalui Jadual Penentu Kandungan bagi setiap topic yang ingin diajarkan di dalam kelas pada hari tersebutnsecara tidak langsung akan memudahkan persediaan mengajar harian termasuklah persediaan bahan bantu mengajar dan belajar (bbmb) di dalam kelas. Di dalam tugasan ini, Jadual Penentu Kandungan (JPK) yang telah dirancang ialah bagi mata pelajaran Sains Tahun 5 bagi tema Menyiasat Alam Bahan. Di dalam tugasan ini juga turut disertakan siri Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi JPK yang telah dirancang.

1.0 JADUAL PENENTU KANDUNGAN Tahun : Lima

Mata pelajaran : Sains Tema Kemahiran : Menyiasat Alam Bahan : Mengetahui Keadaan Bahan

Bil 1

Tajuk / Pelajaran

Isi Hasil Pembelajaran

Kaedah/ strategi Perbincangan kelas Permainan

Penilaian Soal jawab Memberi contoh lain yang bersifat pepejal, cecair dan gas Mengelaskan sifat-sifat fizikal bahan di dalam bentuk jadual.

Bahan wujud Murid dapat: dalam bentuk - Mengelaskan objek dan pepejal, cecair dan bahan kepada tiga gas. bentuk bahan.

-

2.

Bahan wujud Murid dapat dalam bentuk - Menyebut ciri-ciri pepejal, cecair dan pepejal gas.

-

Eksperimen

Laporan eksperimen Melengkapkan jadual perbandingan cirri-ciri bahan

-

Menyebut ciri-ciri cecair

-

Perbincangan kumpulan

Pemerhatian

-

Menyebut ciri-ciri gas. Membanding bezakan cirri-ciri pepejal, cecair dan gas.

3

Bahan boleh berubah bentuk

Murid dapat: Menyatakan bahawa air boleh berubah bentuk. Demonstrasi

Laporan eksperimen Soal jawab

-

Merumuskan bahawa air boleh wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas.

Eksperimen

Pemerhatian

4.

Bahan wujud Murid dapat: dalam bentuk - Mengenalpasti proses pepejal, cecair dan yang terlibat apabila gas. bahan berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain.

-

Eksperimen

Jadual Pengelasan Kuiz

-

Pembentangan

Pemerhatian

-

Sumbangsaran

2.0 PENDEKATAN PENGAJARAN ( RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ) Unit Pengajaran 1: Bahan wujud dalam bentuk Pepejal, Cecair dan Gas. Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme MATAPELAJARAN TAHUN MASA TEMA Sains 5 1 jam Menyiasat Alam Bahan

TAJUK KANDUNGAN

Bahan wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Murid mengelaskan objek dan bahan kepada bentuk pepejal, cecair dan gas.

-

Murid berbincang dan memberikan sebab bagi setiap pengelasan objek tersebut.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid biasa melihat objek pepejal dan cecair dalam kehidupan seharian.

HASIL PEMBELAJARAN

Murid dapat: Menyenaraikan contoh objek secara bertulisbmengikut bentuk fizikal, cecair dan gas dengan betul.

-

Mengelaskan objek dan bahan dalam bentuk pepejal, cecair dan gas di dalam bentuk jadual dengan betul.

KAEDAH / STRATEGI

1) Perbincangan Guru membimbing perbincangan dengan mengajukan soalan yang berfokus dengan topic yang akan dipelajari. Guru meminta murid membuat perbezaan bentuk air, cawan dan wap air.

2) Permainan Guru mengelolakan permainan cari harta karun dengan meminta murid bagi setiap kumpulan mencari kad gambar yang tersembunyi di sekeliling makmal. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mencari objek yang betul mengikut kumpulan masing-masing. Berdasarkan hasil dapatan permainan tersebut, wakil kumpulan dikehendaki ke hadapan dan menunjukkan

-

gambar objek yang diperolehi. -

Guru memantau jawapan bagi setiap kumpulan. Murid diminta menuliskan senarai objek mengikut keadaan pepejal, cecair dan gas di dalam bentuk peta minda di dalam buku masing-masing.

PENILAIAN

1) Lembaran kerja Di dalam lembaran kerja, murid dikehendaki memberi 5 contoh lain bagi pepejal, cecair dan gas.

2) Melengkapkan jadual Murid dikehendaki agar dapat melengkapkan jadual pengelasan objek pepejal cecair dan gas.

Unit Pengajaran 2: Bahan wujud dalam bentuk Pepejal, Cecair dan Gas. Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme

MATAPELAJARAN TAHUN MASA TEMA TAJUK

Sains 5 1 jam Menyiasat Alam Bahan Bahan wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas.

KANDUNGAN

Murid berbincang dan merumuskan bahawa pepejal mempunyai berat, bentuk yang tetap dan isipadu yang tetap.

Murid berbincang dan merumuskan bahawa cecair mempunyai berat, isipadu yang tetap dan bentuk yang tidak tetap tetapi mengikut bentuk bekas Murid berbincang dan merumuskan bahawa gas mempunyai berat, tidak mempunyai bentuk yang tetap, memenuhi ruang, isipadu tidak tetap dan boleh dimampatkan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid biasa melihat objek pepejal dan cecair dalam kehidupan seharian.

HASIL PEMBELAJARAN

Murid dapat:-

Menyebut 3 ciri-ciri pepejal secara lisan dengan betul semasa aktiviti perbincangan

-

Menyebut 3 ciri-ciri cecair secara lisan dengan betul semasa aktiviti perbincangan

-

Menyebut 3 ciri-ciri gas secara lisan dengan betul semasa aktiviti perbincangan. Membanding bezakan ciri-ciri pepejal, cecair dan gas secara bertulis di dalam jadual yang telah disediakan di dalam lembaran kerja.

-

KAEDAH / STRATEGI

1) Eksperimen

-

Murid melaksanakan eksperimen mengkaji ciri-ciri pepejal, cecair dan gas dengan bimbingan guru di dalm kumpulan yang telah ditetapkan.

2) Perbincangan kumpulan Muird berbincang mengenai ciri-ciri pepejal cecair dan gas di dalam kumpulan masing-masing setelah menjalankan eksperimen.

PENILAIAN

1) Laporan eksperimen-

Setiap murid di dalam kumpulan dikehendaki menulis laporan eksperimen di dalam buku Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA).

2) Jadual-

Setiap murid dikehendaki melengkapkan jadual perbandingan ciri-ciri pepejal, cecair dan gas di dalam lembaran kerja yang telah diberikan oleh guru.

3) Pemerhatian Guru melakukan pemerhatian kepada semua murid dalam kumpulan untuk menilai kemahiran proses sains dan kemahiran proses manipulatif yang telibat dalam eksperimen yang dijalankan untuk dicatat dalam laporan penilaian PEKA.

Unit Pengajaran 3: Bahan Boleh Berubah Bentuk dari Satu Bentuk kepada Bentuk Lain

Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme MATAPELAJARAN TAHUN MASA TEMA TAJUK KANDUNGAN Sains 5 1 jam Menyiasat Alam Bahan Bahan boleh berubah bentuk dari satu bentuk kepada bentuk lain. Murid menjalankan aktiviti berikut untuk memerhati perubahan bentuk air: 1) Ais dicairkan 2) Memanaskan air sehingga mendidih 3) Menyejatkan air, dan membekukan air.

Murid merumuskan bahawa 1) Air boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk lain. 2) Air boleh wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah memasak air dalam kehidupan seharian.

HASIL PEMBELAJARAN

Murid dapat: 1) Menyatakan dengan lisan bahawa air boleh berubah bentuk.

2) Merumuskan bahawa air boleh wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas.

KAEDAH / STRATEGI

1) Eksperimen Eksperimen dijalankan bagi mengkaji perubahan bentuk air dengan bimbingan guru. Aktiviti ini memudahkan lagi pemahaman murid mengenai topic yang diajar di mana

mereka melakukan sendiri eksperimen tersebut.

2) Perbincangan kumpulan Setelah melaksanakan eksperimen, murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing untuk membincangkan hasil dapatan eksperimen dan membuat rumusan bahawa air boleh wujud dalam bentuk pepejal(ais), cecair(air) dan gas (wap air)

PENILAIAN

1) Laporan eksperimen Murid membuat laporan eksperimen di dalam buku Penilaian Kerja Amali (PEKA).

2) Soal jawab secara lisan

-

Guru bersoal jawab dengan murid dengan mengajukan soalan-soalan yang berkaitan aktiviti yang dijalankan dan ssebagai rumusan pengajaran pada hari tersebut. Contoh soalan a) Bagaimanakah keadaan air dalam bentuk pepejal? b) Bagaimanakah keadaan air dalam bentuk cecair? c) Bagaimanakah keadaan air dalam bentuk gas? d) Apakah rumusan yang dapat diperolehi dari aktiviti yang telah dijalankan?

-

3) Pemerhatian Guru melakukan pemerhatian kepada semua murid dalam kumpulan untuk menilai kemahiran proses sains dan kemahiran proses manipulatif yang telibat dalam eksperimen yang dijalankan untuk dicatat dalam laporan

penilaian PEKA.

Unit Pengajaran 4: Bahan Boleh Berubah Bentuk dari Satu Bentuk kepada Bentuk Lain Pendekatan Pengajaran Koperatif MATAPELAJARAN TAHUN MASA TEMA TAJUK KANDUNGAN Sains 5 1 jam Menyiasat Alam Bahan Proses perubahan bentuk bahan. Proses yang terlibat dalam perubahan bentuk bahan ialah: 1) Peleburan ( pepejal kepada cecair) 2) Pendidihan ( cecair kepada gas) 3) Pembekuan ( cecair kepada pepejal) 4) Penyejatan ( cecair kepada gas) 5) Kondensasi ( gas kepada cecair)

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid tahu bahawa air wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas sebagaimana yang telah dipelajari dalam pelajaran yang lalu.

HASIL PEMBELAJARAN

Murid dapat: 1) Mengenalpasti proses yang terlibat apabila bahan berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain.

2) Menjelaskan dengan lisan bagaimana setiap proses perubahan bahan itu berlaku. 3) Membanding bezakan proses perubahan bahan yang berlaku di dalam bentuk jadual pengelasan.

KAEDAH / STRATEGI

1) Eksperimen Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki melakukan satu proses perubahan sahaja. Murid melakukan eksperimen bagi mengkaji proses perubahan bahan di dalam kumpulan masing-masing dengan bimbingan guru.

2) Pembentangan Wakil bagi setiap kumpulan dikehendaki untuk membentangkan hasil dapatan kumpulan masing-masing. Oleh yang demikian kumpulan lain juga dapat mengetahui hasil dapatan eksperimen kumpulan lain. Kumpulan lain dikehendaki mencatat hasil dapatan kumpulan lain.

3) Sumbangsaran Sumbangsaran di jalankan menggunakan model koperatif. mengikut kumpulan

PENILAIAN

1) Jadual Pengelasan

-

Setiap murid dikehendaki membuat jadual pengelasan bagi membandingkan setiap proses perubahan bahan di dalam buku amali sains masing-masing.

2) Kuiz Guru menjalankan kuiz bagi menguji pemahaman murid mengenai topik yang telah dipelajari pada hari tersebut.

3) Pemerhatian Guru melakukan pemerhatian kepada semua murid dalam kumpulan untuk menilai kemahiran proses sains dan kemahiran proses manipulatif yang telibat dalam eksperimen yang dijalankan untuk dicatat dalam laporan penilaian PEKA.

RUJUKAN1. Sukatan Pelajaran Sains KBSR Tahun 5, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Buku Panduan Guru Sains KBSR Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Modul UPSI KPD3016 dan KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran Jilid 1. Pusat Pendidikan Luar UPSI 2011.