tugasan 1 final

Download Tugasan 1 final

Post on 28-Oct-2014

42 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. TUGASAN 1 KBK3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS KUMPULAN UPSI-A03 ( A112PJJ ) PENSYARAHPUAN KAMALIAH BINTI MUHAMMADNAMA NO. IDNO. TELEFONNURHAFIZAH BINTI AJLAND20102040807 019-7166070 801204-14-5448019-51737761

2. ISI KANDUNGAN Bil Topik Halaman1.0Konsep Teori Ethiologi3-42.0Konsep Pintar Cerdas4-53.0Definisi Pintar Cerdas5-6 3.1 Definisi Pintar Cerdas dalam Konteks Pendidikan di Malaysia4.0Jenis-jenis Pintar Cerdas9-105.0Faktor-faktor Perkembangan Pintar Cerdas 9-13 5.1 Faktor Genetik 5.2 Faktor Emosi 5.3 Faktor Kognitif/Mental 5.4 Faktor Aspek Luar dan Faktor Persekitaran 5.5 Bakat6.0Ciri-ciri Pelajar Pintar Cerdas13-15 6.1 Ciri-ciri Kognitif 6.2 Ciri-ciri Personaliti 6.3 Ciri-ciri Tingkah Laku 6.4 Pemikiran Kreatif Produktif7.0Masalah Kanak-Kanak Pintar Cerdas15-198.0Program Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas 19-22 8.1 Program Pengayaan 8.1.1 Aktiviti Pendedahan 8.1.2 Latihan Berkelompok 8.1.3 Penyelidikan Masalah Sebenar 8.1.4 Program Percepatan 8.1.5 Prgram Pengelompokan9.0Kesimpulan23 Bibliografi 241.0 Konsep Teori Ethiologi Secara umumnya, Ethiologi merupakan satu kajian berhubung dengan tingkah lakumanusia dan binatang dalam keadaan semula jadi. Dalam konteks ini, ahli Ethiologimengatakan bahawa evolusi dan faktor biologi memainkan peranan penting dalam 2 3. perkembangan manusia malahan mereka juga berpendapat bahawa pengalaman awal individuadalah penting dalam mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Di samping itu, dalamkajian ahli Ethiologi seperti Lorens (1965) mengatakan bahawa kita tidak akan memahamiperkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhatikan tingkah laku kanak-kanakberkenaan dalam persekitaran semula jadi mereka. Teori ini diaplikasikan oleh John Bowlby (1969,1989) dalam teori perapatan atau Theoryof Attachment yang menyatakan bahawa haiwan termasuk manusia dilahirkan bersama-samaprogram biologi yang boleh menghasilkan beberapa isyarat tertentu yang boleh membawakepada perkembangan tingkah laku sosial seperti perapatan. Perapatan bermaksud kasihsayang yang kuat, yang mengikat seseorang kepada seseorang yang lain. Ironinya, hubunganperapatan yang kuat semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu di manaindividu tersebut akan mempunyai harga kendiri yang tinggi, merasa lebih cekap dan selamatdan merasa diri mereka diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat berbanding denganindividu yang mempunyai hubungan perapatan yang rendah. Walau bagaimanapun, teoritheologi ini mendapat kritikan kerana ia terlalu menekan kepada faktor-faktor biologi dan tidakmenumpukan perhatian kepada faktor kognitif. Ironinya, teori ini boleh diaplikasi kepada kanak-kanak berkeperluan khas kerana melaluihubungan perapatan inilah dapat membantu mereka berhadapan dengan dunia luar. Hal inidemikian kerana kasih sayang daripada ibu bapa menjadi pemangkin ke arah perkembangantingkah laku mereka dan sudah pastinya mereka akan berasakan diri mereka dihargai. Begitujuga kanak-kanak yang dikategorikan pintar cerdas. Murid-murid yang dilahirkan pintar cerdassewajarnya dibimbing agar mereka tidak terjerumus dalam masalah sosial. Acapkali kitamendengar kanak-kanak yang pintar cerdas mengalami masalah sosial yang agak serius.Justeru adalah penting agar tingkah laku mereka diperhatikan oleh guru dan ibu bapa agarkepandaian luar biasa yang mereka peroleh dapat digunakan dengan cara yang baik. Walaupun mereka mempunyai kepandaian yang luar biasa tetapi kepandaian merekadapat digunakan dengan cara yang betul di bawah seliaan ibu bapa justifikasinya menjadikanmereka insan yang cemerlang dan berwawasan dalam membina bangsa Malaysia. Malah,hubungan persahabatan yang juga diaplikasikan berdasarkan teori perapatan dapat memberipeneguhan kepada perkembangan tingkah laku mereka. Dalam konteks ini, sahabat dapatmemberi sokongan dan juga boleh menerima segala kebaikan dan keburukan mereka. Hal inidemikian kerana persahabatan merupakan satu usaha bersosial yang dijalankan oleh setiap 3 4. individu. Ini adalah berlandaskan kepada keperluan manusia mendambakan penghargaan,kasih sayang dan kehendak-kehendak lain dalam melengkapkan kehidupan ini.2.0 Konsep Pintar CerdasPintar cerdas boleh membawa maksud yang pelbagai mengikut persepsi seseorangindividu itu, berbeza juga dari pandangan masyarakat dan pandangan kanak-kanak itu sendiri.Mengikut negara barat, maksud pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai potensi danpencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehankepimpinan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni yang mengkagumkan sertamereka ini memerlukan aktiviti dan perkhidmatan lain dari yang lain yang tidak terdapat disekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka (RujukanLaman Web). Seperti kanak-kanak yang lain, mereka yang pintar cerdas belajar melaluiinteraksi. Pengalaman yang diperolehi akan digunakan sebagai proses mengumpul maklumatuntuk mencari identiti mereka sebagai pelajar. Adakalanya, kanak-kanak pintar cerdasmengandaikan bahawa kanak-kanak lain juga adalah seperti mereka, sehinggalah merekamasuk ke alam persekolahan dan mendapati bahawa mereka mempunyai keupayaan yangtersendiri.Sewajarnya, kesedaran mengenai perbezaan kanak-kanak ini dari kanak-kanak yanglain boleh juga bermula dari awal lagi. Adalah penting untuk mempertimbangkan bagaimanacara kita bertindak atau respon pada kanak-kanak di bawah jagaan kita yang berbeza keranaini merupakan impak yang besar terhadap identiti kanak-kanak itu sendiri. Hal ini demikiankerana pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehanrakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Dalam konteks ini,pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalampelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.Justeru, suatu program pendidikan khas perlu dilaksanakan dengan tujuanmengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan keranamereka merupakan aset pembangunan negara. Sekiranya, kita mempersia-siakan kepintaranyang dimiliki oleh mereka ini akan mendatangkan kerugian kepada kita dan juga negara. Kitamungkin berfikir bahawa menjadi kanak-kanak pintar cerdas merupakan sesuatu yang baikuntuk diperkatakan kerana ini menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sangat bagus dalamsesuatu bidang. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh menjadi suatu masalah pada kanak-kanak tersebut, kawan-kawan, rakan dan guru.4 5. Dari sudut perspektif perkembangan pelajar pintar cerdas ini, kegagalan membantupelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugianyang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebeginitidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut danlambat berkembang. Malahan, pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akanmenyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minatbelajar. Dalam konteks ini, personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gayapembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai.Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yangdikurniakan kepada mereka. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan danmendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yangmembolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satukemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga.Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluanyang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas. Ini menepati teoriEthiologi yang mementingkan hubungan yang rapat antara keluarga, rakan-rakan dan gurumempengaruhi perkembangan mereka ke arah pembentukan insan yang berkualiti dancemerlang.3.0 Definisi Pintar Cerdas Terdapat pelbagai pengistilahan yang diberi oleh pakar-pakar dari barat dalam kontekspemahaman yang berbeza. Piirto (1999) turut mengakui bahawa kanak-kanak pintar cerdasmempunyai ukuran darjah kecerdasan atau intelligent quotient (IQ) yang tinggi. Dalammenghurai pengistilahan ini, pakar barat turut membincangkan istilah gifted yang membawamaksud berbakat. Berbakat pula bermaksud kebolehan semula jadi yang ada pada diriseseorang. Gabungan istilah pintar cerdas dam berbakat digunakan untuk merujuk kepadakanak-kanak yang disebut sebagai gifted dan talented. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkankekeliruan dalam membezakan antara istilah berbakat dan istilah pintar cerdas. Ini menegaskanbahawa definisi pintar cerdas merujuk kepada keadaan seseorang yang mempamerkansesuatu Mengikut Kamus Dewan (2002), istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai.Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam 5 6. bukunya The Joys and Challenges Of Rising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanakpintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga dan mempunyaiperasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran suppaya berupaya menggabungkanbeberapa maklumat dalam menghasilkannya. (Rujukan Laman Web). Umumnya, pintar cerdas ini ditakrifkan sebagai kepandaian luar biasa dalammamahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya.Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki olehseseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan danperubahan persekitaran. Dalam pada itu, pakar psikologi pula mendefinisikan istilah pintarcerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehanberfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Dalam konteks ini, kanak-kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatufenomena yang abstrak. Walau bagaimanapun, seseorang yang berbakat bel