soalan tugasan projek mzu3121g

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK 1.0 MAKLUMAT AM 2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Pelbagai repertoire muzik. 1. Mengaplikasikan pelbagai teknik permainan gitar tahap V dengan berkesan. 2. Menguasai kemahiran bermain gitar tahap V dari pelbagai repertoire muzik 3. Mengintegrasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam permainan bacaan semerta 4. Menguasai kemahiran memainkan iringan mudah untuk mengiringi lagu-lagu semasa, klasik dan pilihan 5. Membuat persembahan bermain gitar secara solo, duet, kuartet dan berkumpulan dengan baik. 3.0 OBJEKTIF TUGASAN PROJEK 1. Membaca skor lagu klasikal daripada Sor Studies dan Sergovia 2. Kemahiran penjarian gitar klasikal 3. Mengintergerasikan kemahiran-kemahiran membaca, penjarian dan 1 2 TAJUK PROGRAM : PISMP MZ NAMA PELAJAR : KOD KURSUS: MZP3211G AMU-Gitar V SEMESTER : 6 (Ambilan Januari 2012)

Upload: maiymp

Post on 21-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

SOALAN GITAR

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Tugasan Projek  MZU3121G

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLISPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEK

1.0 MAKLUMAT AM

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Pelbagai repertoire muzik.

1. Mengaplikasikan pelbagai teknik permainan gitar tahap V dengan berkesan.

2. Menguasai kemahiran bermain gitar tahap V dari pelbagai repertoire muzik

3. Mengintegrasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam permainan bacaan semerta

4. Menguasai kemahiran memainkan iringan mudah untuk mengiringi lagu-lagu semasa, klasik dan pilihan

5. Membuat persembahan bermain gitar secara solo, duet, kuartet dan berkumpulan dengan baik.

3.0 OBJEKTIF TUGASAN PROJEK

1. Membaca skor lagu klasikal daripada Sor Studies dan Sergovia

2. Kemahiran penjarian gitar klasikal

3. Mengintergerasikan kemahiran-kemahiran membaca, penjarian dan

mendengar skor yang dimainkan.

4. Membuat dua mini persembahan bermain gitar secara berduet atau trio

dengan memilih mana-mana lagu klasikalkarya daripada Sor, Carulli atau

Cacassi.

1

2

TAJUK PROGRAM : PISMP MZ NAMA PELAJAR :

KOD KURSUS: MZP3211G AMU-Gitar V

SEMESTER : 6(Ambilan Januari 2012)

Page 2: Soalan Tugasan Projek  MZU3121G

4.0 TUGASAN PROJEK (100%)

Kemahiran membaca skor adalah kemahiran yang amat penting sekali dalam proses mempelajari kemahiran bermain gitar. Pengalaman ”hands-on” di bilik kuliah melalui proses kemahiran penjarian dan membaca skor gitar perlu dikuasai oleh semua pelajar yang mempelajari gitar. Pelajar dikehendaki mencari dan memilih skor Studies oleh Carulli, Carcassi atau Sor. Membuat persembahan duet atau trio plucking melodi, lagu klasikal daripada salah satu karya yang dipilih.

.

A. Ulasan Kritis (100%)

` Anda dikehendaki menulis refleksi dengan jelas dari mula sehingga akhir dari segi mencari skor, jadual latihan, kekangan masa dan kesukaran dalam proses latihan secara duet atau trio. Anda juga hendaklah menulis refleksi tentang proses persediaan persembahan ensembel gitar dari segi pemilihan lagu yang sesuai,aplikasi teori dan praktikal, teknik gubahan yang digunakan dan sebagainya.

B. Persembahan (100%)

Anda dikehendaki memilih dan memainkan sebuah lagu secara duet atau trio dari karya dari mana-mana yang sesuai dengan tahap kemampuan anda (tidak boleh memilih karya dalam ujian amali). Buat latihan sehingga anda dapat mengaplikasikan dan menguasai teknik permain gitar yang dipelajari. Anda dikehendaki memainkan karya tesebut dengn lancar dan baik. Rancangkan satu persembahan. Anda dikehendaki memainkan karya yang diplih dihadapan penonton.

PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN PROJEK

1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan dan individu

2. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh lima minggu termasuk persembahan

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

3.1.Fon Arial

3.2.Saiz huruf -12

3.3.Langkau 1.5 baris

3.4.Rujukan mengikut format APA

2

Page 3: Soalan Tugasan Projek  MZU3121G

4. Sertakan rakaman video permainan rakan anda dan skor lagu solo plucking

bersama dengan tugasan yang dihantar.

5. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam penulisan anda

6. Keseluruhan penulisan perlu menunjukkan keaslian, kematangan hujah dan

berbentuk ilmiah. Amalan plagiat tidak dibenarkan

7. Anda perlu merancang dan membuat latihan yang mengcukupi untuk menghasilkan

persembahan yang bertaraftinggi dari segi melodi, irama, tempo, ekspresi dan

penjarian.

8. Persembahan hendaklah dilaksanakan pada waktu tengahari dibilik Amali Muzik.

Anda dikehendaki menubuhkan ajk kecil untuk menguruskan persembahan.

dari segi persdiaan bilik recital dan peralatan.

9. Anda WAJIB sertakan borang maklum balas tugasan dan kriteria permarkahan

dihadapan tugasan anda. 10. Anda mesti hantar tugasan anada mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang

dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

11. Bahgian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat mengikut format yang

ditetapkan oleh Unit Muzik.

12. Tugasan A membawa 100% dan Wajaran 20%. Tugasan B membawa markah 100% dan Wajaran 10%. Wajaran Ujian Amali adalah 70%

3

Page 4: Soalan Tugasan Projek  MZU3121G

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut :1. Ulasan kritis

a) Kefahaman tentang teknik-teknik yang betul dalam permainan gitar klasikal mengikut Jadual 3

b) Mempamerkan satu pemahaman yang jitu tentang teknik permain dan penjarian gitar klaskal secara menyeluruh dalam penulisan refleksi.

c) Keupayaan menilai kekuatan dan kelemahan permainan gitar rakan dan memberi justifikasi.

d) Bukti-bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.

e) Keseluruhan isi dan pengelolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.

f) Format dan organisasi laporan perlu tersusun denagn kemas, teratur, jelas dan koheren.

g) Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

2. PersembahanPengurusan persembahan yang mantap

a) Persembahan yang formal dan menepati masa.

b) Persembahan mempunyai tahap pengusaan kemahiran yang tinggi, lancar dan berjaya menarik perhatian penonton.

Kriteria Pentaksiaran

4

Page 5: Soalan Tugasan Projek  MZU3121G

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh : Disemak oleh :

........................................... ............................(Wan Ahmad Zaini Wan Ismail) (Mohamad Rosli Bin Mohamad Salleh)Pensyarah Pakar Bidang (SME)Ketua Unit Muzik Unit Muzik

Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh Ketua Jabatan:

.................................................( )Ketua Jabatan Sains Sosial

Tarikh :

5