2014 sep smu3053 aa tugasan soalan

7
PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ) SMU3053 ALJABAR ASAS Sem 1 2014/15 DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH (PENYELARAS KURSUS) DR. ROHAIDAH BINTI MASRI EN. ABDUL HALIM BIN AMAT@KAMARUDDIN JABATAN MATEMATIK FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK

Upload: gancg

Post on 22-Nov-2015

78 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

2014 SEP SMU3053 AA Tugasan Soalan

TRANSCRIPT

  • PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ) SMU3053 ALJABAR ASAS

    Sem 1 2014/15

    DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH (PENYELARAS KURSUS)

    DR. ROHAIDAH BINTI MASRI EN. ABDUL HALIM BIN AMAT@KAMARUDDIN

    JABATAN MATEMATIK FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK

  • 1.0 PENGENALAN

    Kursus ini membincangkan tentang sejarah dan penyelesaian menggunakan aljabar dalam menyelesaikan masalah seharian, konsep-konsep asas operasi polinomial, persamaan kuadratik, sistem persamaan linear; matrik dan penggunaannya, jujukan dan siri, janjang aritmetik dan janjang geometri, teorem Binomial; hubungan, fungsi dan graf, lanjutan Geometri Koordinat.

    2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

    Di akhir kursus SMU3053/SRM3033, anda diharap dapat: 1. Menganalisis penggunaan aljabar dalam penyelesaian masalah seharian. (C4, A3) 2. Mengenali sifat-sifat polinomial serta operasi aljabar terhadapnya. (C2) 3. Menggunakan janjang aritmetik dan janjang geometri dalam menyelesaikan masalah. (C3,

    LL3) 4. Menggunakan kaedah matriks dalam penyelesaian bagi suatu persamaan linear. (C3) 5. Menggunakan hubungan, fungsi dan operasinya dalam menyelesaikan masalah. (C3, CT5) 6. Mengenal pasti persamaan dan lakaran graf bagi keratan-keratan kon seperti bulatan,

    parabola, elips dan hiperbola. (C3, P3) 3.0 PENILAIAN KURSUS

    3.1. Pemberatan

    Kategori Pemberatan Kerja kursus 60% Peperiksaan Akhir 40% JUMLAH 100%

    3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus

    Bentuk Kerja Kursus

    Jenis Tugasan

    Agihan Markah (Peratus)

    Individu Tugasan 1 Tugasan 2

    20 20

    E-Forum 20 JUMLAH 60

    4.0 BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU

    i. Kursus SMU3053 ini mengandungi Tugasan 1, Tugasan 2 dan E-Forum. ii. Jawab SEMUA tugasan tersebut.

    iii. Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui pautan yang disediakan dalam myGuru3. Untuk E-Forum, sila baca arahan yang telah disediakan di bawah.

  • iv. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Penilaian Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

    TUGASAN

    SOALAN

    MARKAH

    TARIKH AKHIR

    MENGHANTAR

    TUGASAN

    Tugasan 1

    SILA RUJUK TUGASAN 1.

    30 (20%)

    26 Okt 2014

    Tugasan 2

    SILA RUJUK TUGASAN 2.

    30 (20%)

    23 Nov 2014

    Perhatian:

    Segala perkara yang berkaitan dengan tugasan adalah merujuk dan mengikut arahan pensyarah E- Learning anda.

  • TUGASAN 1 ARAHAN: Tugasan 1 mempunyai TIGA soalan. Jawab SEMUA soalan.

    1. (a) Ada TIGA kaedah utama bagi mencari penyelesaian persamaan kuadratik. Bincangkan kelebihan dan kekurangan bagi SETIAP kaedah.

    (5 markah)

    (b) Selesaikan ketaksamaan berikut:

    i. 3! + 14 5 0

    ii. 10! 39 + 27 0

    (5 markah)

    2. (a) Bincangkan KEPENTINGAN matriks dalam kehidupan seharian dengan memberikan contoh-contoh yang bersesuaian.

    (5 markah)

    (b) Selesaikan Sistem Persamaan Linear berikut menggunakan Kaedah Songsang. 2 + 2 + 3 = 1 = 3 + 4 = 2

    (5 markah)

    3. (a) Gaji pokok yang diterima oleh seorang guru apabila beliau mula bekerja adalah RM 2300 sebulan. Jika kenaikan tahunan yang diterima ialah RM 175, berapakah gaji bulanan yang diterima pada tahun ke-8? Berapa tahun perlu guru tersebut bekerja untuk memperolehi gaji bulanan melebihi RM5000?

    (5 markah)

    (b) Tunjukkan min aritmetik bagi sebutan 2 + 7 dan 43 6 adalah 25 2 , kemudian hitungkan nilai jika sebutan ke-8 adalah 13.

    (5 markah)

  • TUGASAN 2 ARAHAN: Tugasan 2 mempunyai DUA soalan. Jawab SEMUA soalan.

    1. (a) Diberi = ! + 3 dan = !!!! . Cari

    i. ( )(1)

    ii. ( )()

    (10 markah)

    (b) Diberi fungsi = ! 2 8.

    i. Apakah jenis fungsi ? ii. Dapatkan nilai untuk = 2,1, 0, 1, 2, 3, 4. iii. Plotkan titik-titik (, ) untuk mendapatkan graf fungsi . iv. Nyatakan () dan .

    (10 markah)

    2. Lakarkan graf bagi persamaan elips (!!!)!!" + (!!!)!!" = 1. Tentukan kesemua titik-titik penting.

    (10 markah)

  • ARAHAN FORUM 1. Jawab SEMUA soalan perbincangan (ada 4 soalan semuanya) yang dimuat naik ke

    ruangan forum(group forum) di MyGuru3. 2. Semua pelajar wajib melaksanakan perkara berikut: (i) menjawab SEKALI sahaja setiap soalan yang dikemukakan.

    (ii) memberi maklumbalas (komen) SEKALI sahaja terhadap jawapan pelajar lain bagi setiap soalan.

    FORUM SOALAN MARKAH TARIKH

    Forum 1 Lengkapkan pembahagian polinomial berikut:

    (a) 2 11

    xx

    =

    (b) 3 11

    xx

    =

    (c) 411 = Seterusnya, huraikan paten yang anda perolehi, dan gunakan keputusan anda untuk mencari rumus bagi pembahagian

    polinomial 11

    nxx

    . Bentukkan DUA

    contoh berangka untuk menguji rumus anda.

    5 15/9/2014 -

    28/9/2014

    Forum 2 Bincangkan sejarah perkembangan matriks. Juga kenalpasti tokoh-tokoh matematik yang dikaitkan dengan matriks

    5 29/9/2014 -

    12/10/2014

    Forum 3 Kajian tentang jujukan dan siri diketahui telah bermula di tamadun Greek purba sekitar abad ke-3 Sebelum Masihi. Kajian yang serupa juga ditemui dalam kebanyakan tamadun manusia yang lain seperti tamadun purba Mesir, China, India dan tamadun pertengahan Islam. Namakan seorang tokoh daripada mana-mana tamadun (sehingga zaman pembaharuan Eropah) dan bincangkan dengan ringkas sumbangan yang diberi untuk perkembangan ilmu berkaitan dengan jujukan dan/atau siri

    5 13/10/2014 -

    02/11/2014

  • Forum 4 1. Manakah di antara dua persamaan berikut: 2y = dan 3x = , merupakan fungsi ? Bincangkan jawapan anda dengan memberi justifikasi yang sesuai. 2. Beri DUA contoh lain persamaan yang merupakan fungsi dan bukan fungsi.

    5 03/11/2014 -

    16/11/2014

    JUMLAH

    20

    Perhatian: Segala perkara yang berkaitan dengan tugasan adalah merujuk dan mengikut arahan pensyarah E-Learning anda