tugasan projek edu 3083

21
Tugasan Projek EDU 3083 Nordina binti Razali 1.0 PENDAHULUAN Menurut Trotter (1986), terdapat lima peringkat perkembangan guru iaitu peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan peringkat pakar. Sebagai guru permulaan (novis), mereka perlu menguasai bidang profesion keguruan terlebih dahulu untuk melengkapkan diri sebagai seorang guru berkualiti tinggi. Sehubungan itu, guru novis perlulah bersedia untuk menghadapi cabaran dan situasi sebenar seorang guru dalam bidangnya. Salah satu aspek yang perlu dilaksanakan ialah mematuhi dan menghayati Kod Etika Profesion Keguruan, akauntibiliti dan integriti guru serta Surat Pekeliling Ikhtisas. Salah satu usaha ke arah pembangunan profesionalisme guru permulaan, Setiap guru permulaan mesti melibatkan diri secara aktif dalam program pementoran bagi meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Pementoran merujuk kepada hubungan serta komunikasi secara profesional iaitu seseorang guru yang lebih berpengalaman atau lebih berpengetahuan membantu guru permulaan yang baru berkhidmat di sekolah. Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara seorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan yang tinggi (mentor) dengan seorang yang dianggap kurang berpengalaman, berpengetahuan serta kurang berkemahiran (menti/guru permulaan). Seorang guru seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Guru yang cemerlang seharusnya mempunyai ciri-ciri personaliti yang sesuai. 1

Upload: nordinasyaifultuah

Post on 05-Nov-2015

82 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Tugasan Projek EDU 3083Nordina binti Razali PPG Ambilan Februari 2012 (BM 2.06)1.0 PENDAHULUAN

Menurut Trotter (1986), terdapat lima peringkat perkembangan guru iaitu peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan peringkat pakar. Sebagai guru permulaan (novis), mereka perlu menguasai bidang profesion keguruan terlebih dahulu untuk melengkapkan diri sebagai seorang guru berkualiti tinggi. Sehubungan itu, guru novis perlulah bersedia untuk menghadapi cabaran dan situasi sebenar seorang guru dalam bidangnya. Salah satu aspek yang perlu dilaksanakan ialah mematuhi dan menghayati Kod Etika Profesion Keguruan, akauntibiliti dan integriti guru serta Surat Pekeliling Ikhtisas.

Salah satu usaha ke arah pembangunan profesionalisme guru permulaan, Setiap guru permulaan mesti melibatkan diri secara aktif dalam program pementoran bagi meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Pementoran merujuk kepada hubungan serta komunikasi secara profesional iaitu seseorang guru yang lebih berpengalaman atau lebih berpengetahuan membantu guru permulaan yang baru berkhidmat di sekolah. Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara seorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan yang tinggi (mentor) dengan seorang yang dianggap kurang berpengalaman, berpengetahuan serta kurang berkemahiran (menti/guru permulaan).

Seorang guru seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Guru yang cemerlang seharusnya mempunyai ciri-ciri personaliti yang sesuai. Kecemerlangan peribadi guru misalnya, perlu diamalkan bagi merealisasikan peranan guru sebagai pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif serta membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlakun di sekeliling mereka.

Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah kemajuan sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan profesionalisme diri supaya seiring dengan ledakan maklumat terkini. Antara strategi yang membolehkan amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme berterusan, perkembangan professional on-line dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru.

2.0 LAPORAN PEMERHATIAN TERHADAP GURU BAHARU (NOVIS).

Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2013), kebanyakan guru permulaan dikatakan pasif, tidak kreatif, membosankan, tidak inovatif, tidak imaginatif dan tidak dapat merangsang pembelajaran murid. Mereka dikatakan tidak dapat menggunakan ilmu dan idea yang dipelajari di institut perguruan di dalam situasi bilik darjah yang sebenarnya. Mereka juga tidak boleh menyesuaikan ilmu dan kemahiran yang didapati serta menggunakannya di dalam pengurusan bilik darjah secara berkesan. Guru permulaan ini boleh dikatakan hilang punca terutamanya di tahun pertama mula mengajar.Adakah ini benar-benar berlaku? Apakah mereka gagal dilahirkan sebagai guru yang berkualiti setelah mengikuti kursus selama 5 hingga 6 tahun di IPG? Untuk melihat kekuatan dan kelemahan guru permulaan atau guru novis yang baru berkhidmat di sekolah, saya telah melakukan pemerhatian terhadap seorang guru novis di sekolah saya yang baru dua tahun berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis. Guru wanita yang berasal dari negeri Kelantan ini mula berkhidmat di sekolah ini pada 7 Januari 2013 setelah menamatkan kursus Lepasan Ijazah j-Qaf di IPG selama 18 bulan.

2.1 Kekuatan dan Kelemahan Setelah melakukan pemerhatian terhadap guru berkenaan, saya dapat melihat kesantunan guru tersebut dalam pergaulan dan perhubungan antara guru dengan murid, rakan sejawat, pihak pengurusan sekolah dan masyarakat setempat. Kesantunan guru dapat dilihat dalam diri guru tersebut melalui nilai sopan santun dalam pergaulan sehari-hari. Selain daripada kesantunan dalam berbahasa, guru novis itu juga sentiasa menjaga kesantunannya dalam berpakaian. Pakaian yang dikenakan amat bersesuain dan memenuhi peraturan tatatertib dan kelakuan bagi penjawat awam. Kesantunan tingkah lagu juga turut dijaga dalam pelbagai situasi.Selain daripada itu, guru novis di sekolah saya adalah seorang guru yang sangat penyayang dan mempunyai sifat kepedulian terhadap murid. Sifat itu terserlah apabila beliau menunjukkan sifatnya yang penyabar lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan murid yang bermasalah. Beliau mampu mengawal perasaan dan melayan kerenah murid-murid, menghormati serta menghargai murid-murid. Sifat ambil peduli terhadap murid-murid ini terbukti apabila beliau telah menyandang tempat kedua dalam anugerah Guruku Sayang sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang seratus peratus dipilih berdasarkan undian murid-murid. Berdasarkan pemerhatian saya lagi, guru novis ini amat memberi penekanan kepada penyesuaian diri mereka dengan persekitaran di sekolah. Hubungan dengan guru besar dan guru sentiasa diberikan perhatian utama. Dalam menjaga hubungan ini, beliau dilihat sangat komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi tanpa bantahan walaupun terdapat tugas yang difikirkan membebankan beliau. Dapatan ini tidaklah menghairankan kerana guru novis ini telah berusia 29 tahun, telah berkahwin dan pemah menjawat beberapa tugas lain sebelum mengikuti latihan perguruan. Kematangan usia dan pengalaman bertugas sedikit sebanyak meningkatkan kemahiran beliau berkomunikasi dengan guru lain di sekolah. Bukan itu sahaja, malah guru novis ini juga mempunyai sikap suka bergaul, rajin bertanya, pandai berkomunikasi dan ringan tangan malah turut membantu guru-guru yang memerlukan pertolongan bagi menjayakan sesuatu program. Sikap positif ini secara tidak langsung dapat memudahkan beliau meningkatkan perkembangan diri dan profesionalisme seorang guru dalam menghadapi cabaran semasa. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenalpasti. Antara kelemahan guru novis ini ialah kegagalan beliau dalam pengurusan bilik darjah seperti mengurus dan mengawal disiplin murid. Ini mungkin disebabkan oleh sifatnya yang lemah lembut dan tidak mudah marah sehingga terdapat segelintir murid yang mengambil kesempatan atas kebaikan guru ini dan membuat bising ketika P & P dijalankan. Beliau kurang keyakinan diri untuk membentuk disiplin murid-murid.Selain daripada itu, guru novis ini kurang menguasai isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan kepada murid-murid. Beliau juga gagal merancang aktiviti yang melibatkan murid dan membantu murid belajar di dalam kelas. Beliau seolah-olah tidak mengaplikasikan teori pedagogi yang telah dipelajari. Akibat daripada kelemahan tersebut, timbul masalah kawalan kelas, masalah pelajar bersikap negatif, masalah pelajar tidak berminat belajar, pasif dan gagal memahami pelajaran yang diajar. Dalam erti kata lain beliau yang baru ditempatkan di sekolah gagal menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar. Pada pandangan saya, ini adalah kerana beliau mengalami kejutan transisi apabila ditempatkan di sekolah kerana mendapati latihan perguruan adalah berbeza sama sekali dengan situasi yang beliau lalui semasa mengikuti latihan perguruan dan latihan amali.Melalui pemerhatian saya juga, guru novis ini lemah dari segi pengurusan masa di dalam bilik darjah khususnya semasa proses P & P dijalankan. Pengurusan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik sepatutnya mampu meningkatkan keberkesanan penggunaan masa. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Teknik dan bahan bantu mengajar tidak dapat diurus dengan baik sehinggakan matlamat dan objektif pengajaran tidak dapat dicapai kerana beliau tidak dapat menamatkan sesi P & P dalam jangka waktu yang ditetapkan. Selain daripada itu, guru novis tersebut turut mengalami masalah dalam unit pengurusan kokurikulum. Ini disebabkan oleh kurang pengalaman dan sikap rendah diri yang tinggi. Saya dapati, beliau kurang signifikan dalam membuat keputusan ketika aktiviti kokurikulum dijalankan. Beliau juga lebih gemar diberitahu apa tindakan dan keputusan yang perlu dilaksanakan. Namun begitu, beliau mudah bekerjasama dengan guru-guru dalam apa jua program yang dijalankan di sekolah.

2.2 Sejauhmanakah Peranan Saya Sebagai Guru Yang Berpengalaman Membantu Guru Baharu (Novis) Dalam Memantapkan Profesionalisme Mereka?

Melihat kepada permasalahan ini dan berdasarkan pengalaman saya selama 19 tahun sebagai guru, saya rasa terpanggil untuk membantu , memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional bagi pembangunan diri guru novis tersebut kerana saya percaya bahawa setiap individu boleh berkembang. Sebagai langkah permulaan, saya telah membimbing guru novis ini dalam penyediaan bilik darjah yang kondusif, selesa, menarik dan persekitaran pembelajaran yang efisien. Saya juga mengajak guru novis berkenaan membuat pemerhatian terhadap kelas-kelas lain. Saya juga telah mengadakan perbincangan dan bimbingan dari segi pengurusan bilik darjah seperti pengurusan jadual waktu, buku kedatangan, organisasi kelas dan seumpamanya. Sebagai langkah seterusnya, saya telah membantu guru novis berkenaan membuat perancangan pengajaran dalam bilik darjah supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Saya juga membimbing beliau membuat perancangan pengajaran, pedagogi dan bahan bantu belajar yang sesuai termasuk penggunaan ICT dalam P & P. Saya juga memberi ruang kepada guru novis ini memerhatikan saya menjalankan sesi P & P di dalam bilik darjah untuk dijadikan panduan selain memberikan respon tentang kekuatan dan kelemahan selepas melakukan pemerhatian semasa guru novis ini menjalankan sesi pengajaran dan pembelajarannya. Dalam bidang kokurikulum pula, saya telah mengadakan perbincangan secara formal dan tidak formal bersama guru novis ini tentang aktiviti kokurikulum di sekolah serta prosedur perlaksanaannya di peringkat sekolah mahupun peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Selain itu, guru novis ini juga diberikan cabaran dan tanggungjawab untuk mengendalikan aktiiviti-aktiviti kokurikulum bagi memantapkan kemahiran dan kebolehan guru tersebut.Sebagai guru berpengalaman, saya telah menjadikan diri saya sebagai rakan sekerja dan teman sosial bagi guru novis ini agar dapat mempengaruhi perkembangan guru berkenaan. Dalam proses menyesuaikan diri ini, saya telah menjadi rakan untuk berbual dan tempat untuk berkongsi masalah. Saya juga cuba sedaya upaya saya memberi sokongan emosi kepada guru novis ini sebagai menyokong emosinya agar dapat membantu guru novis ini mengurangkan tekanan terhadap masalah-masalah yang dihadapi di sekolah. Saya juga membantu beliau menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah seperti menunjuk ajar perkara-perkara yang berkaitan dengan perjawatan,menjadi penghubung bagi mengenali dan bekerjasama dengan guru lain serta teman untuk mendengar atau membincangkan masalah-masalah di sekolah dengan harapan saya dapat menimbulkan semangat beliau untuk mendidik anak bangsa di sekolah ini.Kesimpulannya, guru permulaan atau guru novis harus lebih proaktif dan berusaha melonjakkan profesion keguruan ke arah yang lebih baik lagi. Guru yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan tersebut pasti dapat menyediakan suasana bekerja yang tenang dan berdaya saing secara positif. Pada masa yang sama, murid dapat menimba ilmu dengan bersemangat dan seronok. Ini adalah kerana barisan guru mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang terpuji dan mulia. Di samping itu juga, guru janganlah memandang mudah profesion keguruan ini. Memetik keratan artikel Perubahan Tugas Pendidik Pada Era Digital (2009), ...kerjaya ini memerlukan mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, berwibawa, berkelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik...bagi melahirkan lebih ramai tokoh guru terbilang. Maka, guru perlulah menyahut cabaran tersebut dengan menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk menjadi seorang tokoh yang terbilang pada suatu hari nanti.

3.0 ANALISIS ARTIKEL PERSONALITI DAN KEMAHIRAN MENURUT PANDANGAN MD NASIR MASRAN (2000).

Md. Nasir Marlan ( 2000 ) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang : Personaliti dan Kemahiran telah memberikan pandangannya tentang kecemerlangan peribadi yang meliputi perkara berikut iaitu nilai kendiri yang positif, berakhlak mulia, adil , bertimbang rasa , amanah , bertanggung jawab, kreatif, inovatif, kema , sikap sedia berkongsi, bersikap terbuka dan berpemikiran positif . Saya telah memilih 5 kriteria yang dinyatakan oleh beliau untuk membantu saya dalam perkembangan profesionalisme diri saya sebagai seorang guru. Kriteria yang menjadi pilihan saya ialah adil , amanah, bertanggungjawab, inovatif dan kemas . Personaliti membawa maksud satu konsep yang menggambarkan keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia. Dalam konteks perguruan, sifat-sifat personaliti yang positif iaitu yang baik, sesuai berkesan dan mulia pada seseorang guru atau ahli professional keguruan merujuk kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai personaliti yang tinggi dan melambangkan profesionalisme dirinya.Sifat adil adalah personaliti guru yang dapat membantu dalam perkembangan profesionalisme diri saya.

Bersikap adil dalam konteks profesionalisme seseorang guru banyak berkait rapat dengan sesuatu keputusan yang dibuat. Guru sentiasa diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan khususnya berkaitan dengan murid-muridnya dengan adil.Sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Guru perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya berlandaskan peraturan dan prinsip yang sedia ada. untuk mengelakkan setiap keputusan yang dibuat tidak berat sebelah atau berpihak kepada satu pihak sahaja, contohnya, guru perlu melayani kehendak murid secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa, latar belakang murid dan sebagainya. Ini bagi mengelakkan wujudnya perasaan benci dan sikap ingin memberontak di kalangan murid terhadap guru tersebut. Ketidakadilan akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan menyebabkan murid tersebut tiada kerjasama dalam proses pengajaran dan pembelajaran disamping mempengaruhi murid-murid yang lain. Justeru, saya perlu mempunyai sikap yang adil dalam apa sahaja perkara yang dilakukan agar saya dapat memberikan hak yang sama rata kepada semua murid saya tanpa dipengaruhi oleh apa jua sekalipun. Sikap adil ini sekiranya diamalkan dalam kehidupan saya sebagai seorang guru sudah pasti akan dapat memperkembangkan lagi profesionalisme dalam diri saya.Ini bertepatan dengan pendapat Ryans (1964) bahawa guru yang efektif ialah guru yang memiliki ciri ciri peribadi seperti bersikap adil dan tidak memilih kasih.

Sifat amanah yang dinyatakan oleh Md. Nasir Masran juga tidak kurang pentingnya dalam membantu perkembangan profesionalisme saya. Amanah mempunyai berkaitan dengan kepercayaan yang diberikan kepada seseorang individu untuk melakukan sesuatu tugas atau perkara yang dipertanggungjawabkan. Menurut M. Ali Hassan (1978), Amanah itu adakalanya berbentuk titipan benda, rahsia, tugas, jabatan dan sebagainya Dalam konteks profesionalisma keguruan, seseorang guru harus mempunyai sikap amanah. Saya sebagai seorang guru telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan negara untuk mendidik, mengasuh, membimbing dan membentuk anak murid menjadi insan yang berguna, berdaya saing, berinovasi, sentiasa ingin maju dan sebagainya kepada bangsa dan negara. Saya perlu menyampaikan ilmu dan fakta yang benar serta melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan sama ada oleh pihak kementerian, jabatan, sekolah dan masyarakat selagi ia berkaitan dengan profesion seorang guru.. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya juga perlu menerapkan nilai amanah dalam diri murid dengan tegas terhadap tugasan yang diberikan agar ia dihantar tepat pada waktunya dan jujur iaitu tidak meniru tugasan atau kerja rumah.. Saya juga perlu menyiapkan tugas yang diamanahkan kepada saya tepat pada masanya tanpa bertangguh atau menyerahkannya kepada rakan sejawat yang lain. Ini sudah tentu akan membantu saya meningkatkan profesionalisme saya dalam profesiaon perguruan di sekolah. Sifat amanah yang digalas seorang guru melambangkan integriti dirinya sendiri yang merupakan satu tanggungjawab yang amat besar dan perlu dilunaskan sebaik mungkin.

Tanggungjawab adalah satu istilah yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan profesion perguruan.Oleh itu saya perlu betul-betul memahami apakah yang dimaksudkan dengan tanggungjawab seorang guru agar ianya dapat membantu saya meningkatkan profesionalisme keguruan saya. Ridwan Halim ( 1988 ) mendefinisikan tanggungjawab sebagai suatu akibat lebih lanjut dari pelaksanaan peranan, baik peranan itu merupakan hak maupun kewajipan ataupun kekuasaan. Guru mempunyai tanggungjawab terhadap pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara juga tanggungjawab terhadap ibu bapa.Saya perlu melaksanakan tanggungjawab seorang guru terhadap anak murid iaitu dengan mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal yang lain dan mengambil berat tentang permasalahan pelajar tidak kira apa juga keadaan, agama, dan bangsa. Saya perlu membimbing atau mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran dan sentiasa memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan kursus ikhtisas , mesyuarat atau seminar supaya pengajaran saya mencapai mutu yang setinggi tingginya demi masa depan pelajar.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat pula ialah tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru. Amalan saling tolong-menolong, sikap toleransi dan menghormati guru-guru yang lain adalah senario guru di sekolah yang seharusnya saya amalkan. . Oleh itu, sikap membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion perguruan merupakan tanggungjawab yang perlu saya laksanakan di sekolah agar profesionalisme dalam diri saya dapat ditingkatkan lagi.Tanggungjawab guru kepada masyarakat dan negara iaitu tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun ajaran yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara juga memupuk sikap dalam diri pelajar agar menjadi warganegara yang taat setia, dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Nilai murni yang diamanahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia perlu diutamakan bagi mencerminkan keperibadian saya sebagai seorang guru yang profesional..Tanggungjawab guru terhadap ibu bapa, saya perlu mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama yang erat serta merahsiakan segala maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Saya perlu menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa terhadap guru. Tanggungjawab yang dilaksanakan dengan cekap dapat meningkatkan peranan profesional keguruan saya.

Saya juga perlu memiliki akhlak mulia seperti yang dinyatakan oleh Md. Nasir Masran dalam usaha meningkatkan profesion saya. Seorang pendidik perlulah menjadi tauladan yang baik kepada para pelajarnya ( Gamal, 2003 ) Mereka perlu sentiasa menunjukkan contoh teladan kepada para pelajar, ini kerana sebagai seorang duta ilmu,pengetahuan , kelakuan dan tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan ( Ab Halim, Hamdi, Rosadah & Safani , 2013 ) . Oleh itu saya perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan akhlak mulia supaya ianya akan dicontohi serta memastikan kelangsungan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru perlu meningkatkan kemampuannya untuk membentuk pelajar agar memiliki keperibadian dan berakhlak mulia. Menurut Jahangir Mahmud ( 2010 ), guru perlu berperanan sebagai pengurus, fasilitator ,ahli psikologi, pakar rujuk, inovator, penilai,agen perubahan dan pemimpin. Dalam kepelbagaian peranan seorang guru, guru seharusnya memilikisifat dan kualiti yang baik dari segi peribadi, professional dan sosial agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan lebih sempurna. Guru yang berjiwa pendidik pasti mampu membimbing pelajarnya untuk memiliki nilai keinsanan dengan kualiti peribadi dan jalinan sosial yang baik. Menurut Rashidy Jamil al-Rashid (2011), bagi meningkatkan kualiti peribadi seorang pendidik, pendidik seharusnya membersihkan jiwanya terlebih dahulu sebelum membimbing manusia. Oleh itu matlamat atau tujuan pendidikan perlu jelas di kalangan para pendidik sebelum mereka boleh membimbing pelajar kejalan yang lurus dan seterusnya mampu membezakan diantara kebenaran dan kepalsuan (Wan Mohd. Noor, 2005). Kriteria seorang guru yang kreatif juga turut disarankan oleh Md. Nasir Masran bagi mencapai kecemerlangan peribadi. Kreatif dimaksudkan sebagai kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan sesuatu idea. Seorang guru yang berkesan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang kreatif. Guru yang mengamalkan ciri-ciri kreatif bukan sahaja perlu menghasilkan dan mencipta benda baru, tetapi yang penting seorang guru amat penting mengkaji, menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak didiknya. Guru yang kreatif akan sentiasa mencuba benda-benda dan idea-idea baru untuk menarik minat murid-muridnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang berkesan sentiasa merebut peluang yang ada untuk penambahbaikan bukan hanya untuk dirinya tetapi juga kepada murid-murid khususnya dan pihak sekolah amnya. Imu yang diperolehi dapat dikongsi dan diguna bersama bagi memajukan diri dan sekolah ditambah pula dengan kepesatan teknologi pada abad ini, jika guru-guru tidak berusaha meningkatkan kemajuan diri dan mencuba benda-benda baru, murid-murid akan mudah bosan dan seterusnya tidak berminat untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pendidikan dianggap paling berkuasa untukmempengaruhi kreativiti seseorang individu itu (Aaser 1993). Di samping itu,pendidikan juga dianggap sebagai faktor yang boleh dikawal oleh masyarakatberbanding faktor-faktor yang lain (Levine 1996). Justeru itu ramai cendiakiawantermasuklah para pendidik, ahli psikologi, dan ahli politik telah mempersoalkanperanan yang telah dimainkan oleh elemen-elemen penting dalam pendidikanseperti kurikulum, sekolah dan lebih khusus lagi para guru dalam membangunkankreativiti, kemahiran, sikap dan kemampuan pelajar (Levine 1996).4.0 AMALAN REFLEKTIF DALAM KEGURUANMalaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan sedang giat berusaha untuk mencapai taraf sebuah negara maju. Oleh itu, pendidikan adalah bidang yang sangat penting untuk dikukuhkan memandangkan kemajuan bagi sesebuah negara adalah bergantung kepada kejayaan sistem pendidikan yang dijalankan. Sistem pendidikan yang berjaya akan dapat membantu menghasilkan rakyat yang mempunyai kepakaran dari pelbagai bidang. Profesion perguruan adalah satu profesion yang mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.Guru berperanan sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar dalam mencorak mereka.Ungkapan guru diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri bagi menyinarkan kehidupan para pelajar adalah sangat bertepatan. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan.Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep pendidikan yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Baginya tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (tadib), melatih (tahdhib), membimbing (tasdid), mengajar (talim), mengasuh (tarbiya), dan menaksir (taqwim). Tugas guru ialah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan keseumpurnaan (bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini.Menurut Al-Farabi, pendidikan adalah penting untuk semua orang kerana tanpa pendidikan, manusia tidak akan mencapai kebahagian dan kesempurnaan yang diidam-idamkan. Amalan dan pemikiran refleksi terhasil daripada cetusan idea yang dikemukakan oleh Dewey (1933) dalam bukunya yang berjudul How We Think. Walaupun gagasan idea ini sudah agak ketinggalan zaman namun penggunaannya dalam bidang perguruan tidak dapat dipisahkan.Ini dibuktikan dengan wujudnya pelbagai kajian berkenaan pemikiran dan amalan refleksi yang dilaksanakan oleh para penyelidik pendidikan di seluruh dunia dari semasa ke semasa (Van Manen, 1977; Schon, 1983; Boud et al., 1985; Pollard dan Tann, 1990; Hatton dan Smith, 1995; McAlpine et al., 1999; Corcoran dan Leahy, 2003; Nor hasniza dan Muhammad Yusof, 2005; Nor Hasniza et al., 2006; Ooi, 2006). Oleh yang demikian , wajarlah setiap orang guru sentiasa merefleksi proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ia bagi tujuan memperbaiki prestasi pengajarannya. Melakukan amalan refleksi dapat membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Dengan kata lain guru tersebut mengamalkantindakan reflektifiaitu satu bentuk inkuri refleksi kendiri terhadap amalan yang dilakukan, di mana guru menjadi lebih sedar terhadap amalan mereka sendiri dan menjadi lebih kritis terhadap amalan tersebut.Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod yang didokumenkan berasaskan pengalaman pembelajaran. Ia adalah kerangka yang membolehkan seseorang individu merekod, mencatat dan membuat maklum balas terhadap permasalahan yang diperhatikan serta memberikan respons terhadap permasalahan tersebut. Setiap maklumat yang telah dirakam boleh digunakan kembali untuk membuat penafsiran, analisis, dan kritikan berdasarkan cara berfikir dan konteks yang dialami oleh guru. Jurnal yang dihasilkan juga boleh sama ada dalam bentuk penulisan, paparan imej, lakaran, dan lain-lain jenis sumber rujukan yang berkaitan.Jurnal Reflektif dapat digunakan bagi tujuan merekodkan pembangunan idea-idea dan wawasan guru / atau kumpulan. Manakala konteks yang diberikan dan ia boleh melibatkan konsep, idea, dan isi atau permasalahan yang dihadapi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. merenung kembali kandungan subjek dan pengalaman peribadi sebagai satu cara untuk meningkatkan pemahaman penyelesaian masalah. menganalisis pembelajaran kendiri yang bersesuaian dengan diri sendiri untuk dikongsi bersama ke arah memajukan diri orang lain. Ia dapat membina suatu kerangka pembelajaran yang baru bersesuaian dengan keperluan semasa berasaskan pengalaman peribadi serta persekitaran.Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka ialah penulisan jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera untuk mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987).Portfolio ialah satu koleksi dokumen pencapaian dan langkah-langkah yang dapat diambil dan dilakukan untuk melengkapkannya. Koleksi ini merupakan satu usaha dan kerjasama dalam kalangan guru dan pelajaruntuk menentukan tujuan, kandungan dan kriteria penilaian ke atas Portfolio. Penilaian portfolio dibuat berdasarkan kepada koleksi pelajar sepanjang tahun. Ia merupakan salah asatu cara yang terbaik untuk menunjukkan pencapaian akhir dan cara menunjukkann apa yang pelajar benar-benar boleh lakukan.Ia menunjukkan pencapaian pelajar dari segi kerja bertulis, seni, projek sains, pemikiran sejarah atau matematik. Akhirnya Portfolio adalah satu cara untuk memotivasikan pelajar ke tahap yang lebih tinggi.

Satu lagi strategi guru mampu meningkatkan profesionalisme diri ialah menjalankan penyelidikan tindakan tentang semua aspek yang berkaitan dengan pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran perlu diterokai. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional.Ia merupakan satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dalam bidang tugas mereka.I adalah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan. Kebanyakan guru menggunakannya dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka. Kaedah ini juga menggalakkan guru memikirkan dengan mendalam tentang pengajaran mereka.Guru dengan ini mengumpulkan dan membuat pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran dan berlainan dengan kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan memperbaiki pengajaran. Bagi meningkatkan profesionalisme, setiap guru perlu memperbaiki dirinya dengan mengubah kelazimannya. Ia suatu proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran; mereka menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day, 1999). Salah satu dimensi profesionalisme ialah kerelaan untuk melanjutkan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan menghalusi kesenian mereka.

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abad ke-21.Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.

Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas.

Guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Guru-guru dapat menilai diri sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-rakan, membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka mereflek dan membincang sesama rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka akan menjadi more thoughtful teachers. Dengan cara ini, guru akan dapat menambahkan ilmu, ketrampilan dan berkongsi pengalaman bagaimana hendak memilih strategi terbaik untuk menyelesai masalah pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti yang dinyatakan oleh Fullan dan Hargreaves (1993) bahawa guru perlukan interactive professionalisme.

Perkembangan profesionalisme guru secara berterusan adalah aspek yang patut ditekankan oleh pentadbiran dan Institusi Pendidikan termasuk sekolah. Ianya perlu dijadikan sebagai aktiviti wajib dalam usaha untuk menginstitusikan konsep pembangunan sumber manusia. Sekiranya aspek ini tidak dititikberatkan ianya akan menjejaskan profesion perguruan.

Seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran dan pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia perlu dititikberatkan. Ini kerana kualiti guru adalah asas kepada kecemerlangan pelajar dan sekolah. Manakala kewibawaan guru adalah tunggak kepada profesionalisme guru.

Bibliografi

Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2013).Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia sdn. Bhd

Fatimah Bunyamin (2012). Nota Cinta untuk Guru. Kuala Lumpur: Must Read Sdn. Bhd.

Norbi Husin (2011). Memecah Masalah (Soal Jawab Guru). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Md Zain. (2007). Ulul Albab: Pendekatan Islam Hadhari kea rah melahirkan modal insan terbilang. Kertas Kerja Seminar Ulul Albab. Anjuran JAKIM. Kuala Terengganu, 21 September 2006.hal 40.

Boon, P. Y. (2002). Amalan Reflektif Kearah Peningkatan Profesional Guru. Journal IPBA/Jilid 3 : Bil 2.

Dr Abd Yusof. (2007). Guru dan kepentingan amalan reflektif: satu kajian kes. Journal Akademik, Institut Perguruan Kota Bharu. Jilid 13.

Ishak Saat. (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Md. Nasir Masran (2000), Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding Seminar Kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000 : Bahagian Pendidikan Guru, KPM

https://www.scribd.com/doc/19389892/Jurnal-Sosialisasi-Guru-Permulaan-Di-Sekolah-Rendah

http://deriakacamata.blogspot.com/

14