tugasan projek kerja kursus bmm 3111

43
Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111 Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun begitu, kita harus memahami istilah Semantik dan makna terlebih dahulu. Dari sudut linguistik, semantik ditakrifkan sebagai sistem dan pengkajian tentang makna dalam bahasa, iaitu makna kata, frasa dan ayat. Sesuatu kata, frasa dan ayat dengan sendirinya mempunyai ciri semantik tersendiri dan makna yang berbeza-beza. Peristilahan pula membawa maksud pembentukan perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang Peristilahan sangat penting dan perlu diberi perhatian serius dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha ini, istilah-istilah baharu perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, untuk melihat perkaitan antara semantik dengan peristilahan, pelajar dikehendaki menyediakan satu tugasan projek. Dalam pelaksanaan projek ini, pelajar dikehendaki: 1. Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna Ayat, Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama. 2. Dengan menggunakan Kerangka Generatif Chomsky, jelaskan proses transformasi (pengguguran, penyusunan semula dan peluasan). Berikan contoh-contoh ayat dalam proses transformasi tersebut. Penjelasan perlu disertakan dengan sekurangkurangnya satu ilustrasi seperti gambar rajah pohon. 3. Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut iaitu: i Kosa Kata Umum Bahasa Melayu ii Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun iii. Kosa Kata Bahasa Asing. 4. Berdasarkan penyataan di atas, pilih satu artikel yang panjangnya antara 1,000 – 1,500 patah perkataan dan buat analisis tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel tersebut. Analisis perlu merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah bahasa Melayu. Anda boleh merujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Istilah Bahasa Melayu sebagai panduan.

Upload: hafiyah-arni-drahman

Post on 26-Oct-2015

1.277 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun begitu, kita harus memahami istilah

Semantik dan makna terlebih dahulu. Dari sudut linguistik, semantik ditakrifkan sebagai sistem dan pengkajian

tentang makna dalam bahasa, iaitu makna kata, frasa dan ayat. Sesuatu kata, frasa dan ayat dengan sendirinya

mempunyai ciri semantik tersendiri dan makna yang berbeza-beza.

Peristilahan pula membawa maksud pembentukan perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan

betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang Peristilahan sangat penting dan perlu diberi

perhatian serius dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha ini, istilah-

istilah baharu perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya Bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, untuk melihat perkaitan antara semantik dengan peristilahan, pelajar dikehendaki menyediakan

satu tugasan projek. Dalam pelaksanaan projek ini, pelajar dikehendaki:

1. Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna Ayat, Peristilahan, Tataistilah, dan

Tatanama.

2. Dengan menggunakan Kerangka Generatif Chomsky, jelaskan proses transformasi (pengguguran,

penyusunan semula dan peluasan). Berikan contoh-contoh ayat dalam proses transformasi tersebut.

Penjelasan perlu disertakan dengan sekurangkurangnya satu ilustrasi seperti gambar rajah pohon.

3. Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut iaitu: i Kosa Kata Umum Bahasa

Melayu ii Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun iii. Kosa Kata Bahasa Asing.

4. Berdasarkan penyataan di atas, pilih satu artikel yang panjangnya antara 1,000 – 1,500 patah perkataan

dan buat analisis tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel tersebut. Analisis perlu

merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah bahasa Melayu. Anda boleh merujuk buku

Pedoman Umum Pembentukan Istilah Istilah Bahasa Melayu sebagai panduan.

Tugasan ini berlangsung bermula 27 Julai sehingga 29 Ogos 2011. Klik di sini   untuk memuat turun soalan tugasan.

Segala pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah dirujuk kepada pensyarah mata pelajaran; Encik Jalalludin bin

Ibrahim melalui:-

Emel ( [email protected])

Skype (jalalludinibrahim)

Page 2: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Facebook (Jalalludin Ibrahim)

Telefon (017-3498509)

Anda mungkin juga meminati:

Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3112

Soalan (c) Tugasan BMM 3111

Terkini Tugasan BMM 3111

Sistem LMS IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

27/08/2009

KKBI BMM3111

TUGASAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI)

PROGRAM PENDIDIKAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

SEMESTER 6, 2009

INSTITUT : IPGM KAMPUS KENINGAU

MATA PELAJARAN : BMM3111 (SEMANTIK DAN PERISTILAHAN)

TARIKH MULA & HANTAR : 17 OGOS 2009 - 17 SEPTEMBER 2009

Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun begitu,

kita harus memahami istilah Semantik dan Makna terlebih dahulu. Umumnya, Semantik

dikatakan bidang yang ada kaitan dengan makna. Begitu juga dengan Peristilahan yang

merupakan bidang yang penting dan perlu diberi perhatian serius dalam usaha memodenkan

dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha ini, istilah-istilah baharu

perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya Bahasa Melayu.

Bagi melaksanakan tugasan ini, pelajar secara individu dikehendaki:

1. Memberikan definisi, takrif, dan konsep Semantik dan Makna serta

Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama.

2. Memberi huraian Jenis-jenis makna.

3. Memberi huraian Teori Segitiga Semiotik beserta lakaran rajah Segitiga Semiotik.

4. Huraikan perkaitan Makna Perkataan daripada segi Leksikal : Sinonim, Antonim,

Hiponim, Polisemi.

5. Memberi huraian bentuk-bentuk Istilah dan sumber-sumber Istilah dalam Bahasa

Melayu.

6. Berkolaborasi dengan pensyarah dan menyediakan penulisan refleksi antara 250-300

patah perkataan yang berkaitan dengan tugasan. Refleksi tersebut juga perlu

dihantar ke [email protected].

Page 3: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

KKBI SEMANTIK DAN PERISTILAHAN (BMM3111)Bil Perkara1 Sekapur sireh2 Halaman pengakuan3 Jadual Perlaksanaan Tugasan4 Soalan Tugasan5 Nota Bidang Semantik Bahasa Melayu

10 Analisis Teks Sastera (cerpen)11 Refleksi12. Bahan rujukan12 Lampiran13 Borang Kolaborasi

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

1.1 Definisi Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit

ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran,

pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..

Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani “semantikos”yang

bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic

ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu

semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul

Chaer, 1994).

Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan

makna sesuatu kata.

Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara

khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna ,

hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat.

1.2 Konsep Semantik

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantickos” yang

bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan

sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan

Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk

menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat

ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan

sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik

sejarah” (M.Breal, 1893)

Page 4: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji

bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka

perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat

dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan

kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat

dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna

yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim

(perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya

sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan

bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang

banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).

1.3 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain

Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap

bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu

bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.

1.3.1 Hubungan Semantik dengan Falsafah

Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah

istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya

falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh

yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk

mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna

menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah ‘Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain

mentertawakan diri saya’ membawa semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah diri” perlu

difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan.

1.3.2 Hubungan Semantik dengan Psikologi

Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna

tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang

kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan ‘Makan!’ berbeza berbanding

‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan

pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang

berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan

pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau

tindak balas.

1.3.3 Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.

Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang

homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji

kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen.

Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa

Page 5: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan ‘taman’ daripada aspek

antropologinya telah berkembang membentuk perkataan ‘taman hati’, ‘taman buaya’, dan ‘taman

rimba’ yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna

yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin

1985).

1.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera

Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah.

Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui

umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat

(makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna

kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui

oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut

menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif yang dapat

difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik

juga.

1.3.5 Hubungan Semantik dengan Sejarah

Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah

bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit,

meluas atau menghilang. Contohnya perkataan ‘khalwat’ yang bermaksud “berseorangan untuk

mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam

keadaan mencurigakan”. Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula

telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. Justeru sejarah bahasa ini perlu

direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap

hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

1.3.6 Hubungan Semantik dengan Komputer

Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui

proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi

kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana

keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal

dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat.

Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat

membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang

sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu

pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan

dengan kehendak pengguna kelak.

1.3.7 Hubungan Semantik dengan Linguistik

Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai

makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan,

penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata ‘kebun’ berbeza daripada ‘pekebun’ dan

‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-

Page 6: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

tumbuhan. Kata “pekebun” bermaksud “orang yang mengurus kebun” sementara kata

“pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.” Dalam

proses penggandaan, kata ‘langit’ juga berbeza dengan ‘lelangit’ yang bermaksud keadaan bumi

dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata ‘buah’ dan ‘hati’ mempunyai

makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk ‘buah hati’. Buah ialah benda yang boleh

dimakan sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut

digabungkan.

2. Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang

terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian

memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+,

ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki

makna gramatis.

2.1 Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan

perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor

lembu’.

2.2 Kata paduan

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-

masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api

dsb.

2..3 Kata gabungan

Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi

deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa

Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.

3. Makna Ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan

makna tersirat.

3.1 Makna Tersurat (denotasi)

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis

atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung

itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita

menganggapnya sebagai betul.

Contohnya:

1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan

sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.

3.2 Makna Terselindung

Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana

perkataannya tidak dihadirkan.

Misalnya dalam ayat

Adik ke kedai Pak Ali.

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.

Page 7: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca.

Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan

maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca,

Contoh lain adalah seperti berikut:

Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan

Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat

ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

3.3 Makna Tersirat (konotasi)

Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau

diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan

menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut

sebagai peribahasa.

Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan

kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan,

bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

3.3.1 Kiasan

Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang lembut

dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya.

Contoh:

Tangkai jering

Panjang tangan.

Mulut tempayan.

3.3.2 Simpulan Bahasa

Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri

daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan:

Contoh:

Abu Nawas.

Kaki Kaki bangku bangku.

Kaki ayam.

3.3.3 Perbilangan

Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota

masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi

sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat

dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah:

Contoh:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu, bersenang-senang

kemudian.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa

merugikan mana-mana pihak.

3.3.4 Perumpamaan

Page 8: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata

perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan

sebagainya.

Contoh:

Seperti kaca terhempas ke batu.

Bagai tikus jatuh ke beras.

Seperti bumi dengan langit.

3.3.5 Bentuk Bidalan

Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'.

Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat,

mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.

Contoh bidalan:

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Kalau tidak mahir

dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

3.3.6 Bentuk Pepatah

Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian

perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Contoh:

diam ubi berisi, diam besi berkarat

bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi

bodoh.

3.3.7 Tamsil dan Ibarat

Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan Tamsil

biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak.

Contoh:

Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.

3.3.8 Lidah Pendeta

Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi pengajaran atau

falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup.

Contoh:

Bertangguh itu pencuri masa.

Bersatu teguh, bercerai runtuh.

3.3.9 Pemeo

Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan memberi semangat atau menyindir.

Sebagai contoh:

Lebih baik mati daripada dijajah

Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat sesuatu

perjuangan.

Page 9: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

3.3.10 Cogan Kata atau Motto

Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada kerajaan atau

swasta. Contohnya:

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib Tun

Abdul Razak.

4. HUBUNGAN SEMANTIK DALAM TEKS YANG DIKAJI

4.1 Aspek-aspek Makna

Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Mansoer Pateda ada empat hal, iaitu:

4.1.1 Pengertian (sense)

Pengertian disebut juga dengan tema. Pengertian ini dapat dicapai apabila pembicara

dengan lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan bahasa yang

digunakan atau disepakati bersama. Lyons (dalam Mansoer Pateda, 2001:92) mengatakan bahwa

pengertian adalah sistem hubungan-hubungan yang berbeda dengan kata lain di dalam kosakata.

4.1.2 Nilai rasa (feeling)

Aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan sikap pembicara

terhadap hal yang dibicarakan.dengan kata lain, nilai rasa yang berkaitan dengan makna adalah

kata0kata yang berhubungan dengan perasaan, baik yang berhubungan dengan dorongan

maupun penilaian. Jadi, setiapkata mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan

setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan.

4.1.3 Nada (tone)

Aspek makna nada menurut Shipley adalah sikap pembicara terhadap kawan bicara

( dalam Mansoer Pateda, 2001:94). Aspek nada berhubungan pula dengan aspek makna yang

bernilai rasa. Dengan kata lain, hubungan antara pembicara dengan pendengar akan menentukan

sikap yang tercermin dalam kata-kata yang digunakan.

4.1.4 Maksud (intention)

Aspek maksud menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001: 95) merupakan maksud

senang atau tidak senang, efek usaha keras yang dilaksanakan. Maksud yang diinginkan dapat

bersifat deklarasi, imperatif, narasi, pedagogis, persuasi, rekreasi atau politik.

Aspek-aspek makna tersebut tentunya mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang ada

dalam semantik. Di bawah ini akan dijelaskan seperti apa berkaitan aspek-aspek makna dalam

semantik dengan jenis-jenis makna dalam semantik.

4.1.4.1 Makna Emotif

Makna emotif menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) adalah makna yang

timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu

yang dipikirkan atau dirasakan. Dicontohkan dengan kata kerbau dalam kalimatEngkau

kerbau. Kata itu tentunya menimbulkan perasaan tidak enak bagi pendengar. Dengan kata

lain,kata kerbau tadi mengandung makna emosi. Kata kerbau dihubungkan dengan sikap atau

perilaku malas, lembam dan dianggap sebagai penghinaan. Orang yang dituju atau pendengarnya

tentunya akan merasa tersinggung atau merasa tidak nyaman. Bagi orang yang mendengarkan

hal tersebut sebagai sesuatu yang ditujukan kepadanya tentunya akan menimbulkan rasa ingin

melawan. Dengan demikian, makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimat yang

dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hal ini jelas berhubungan dengan perasaan. Makna

Page 10: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

emotif dalam bahasa Indonesia cenderung mengacu kepada hal-hal atau makna yang positif dan

biasa muncul sebagai akibat dari perubahan tata nilai masyarakat terdapat suatu perubahan nilai.

4.1.4.2 Makna Konotatif

` Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung bersifat

negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma,

1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang

diucapkan atau didengar. Misalnya, pada kalimat Anita menjadi bunga desa. Kata bunga dalam

kalimat tersebut bukan bererti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya

sebagai akibat keadaan fizikalnya atau kecantikannya. Kata bunga yang ditambahkan dengan

salah satu unsur psikologis fizik atau sosial yang dapat dihubungkan dengan kedudukan yang

khusus dalam masyarakat, dapat menumbuhkan makna negatif.

4.1.4.3 Makna Kognitif

Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna unsur bahasa yang

sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan, dan dapat dijelaskan

berdasarkan analisis komponenya (Mansoer Pateda, 2001:109). Kata pohon bermakna tumbuhan

yang memiliki batang dan daun denga bentuk yang tinggi besar dan kokoh. Inilah yang dimaksud

dengan makna kognitif karena lebih banyak dengan maksud pikiran.

4.1.4.4 Makna Referensial

Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan antara

unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik.

Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen

adalah sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang. Makna referensial mengisyaratkan tentang

makna yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa maupun

proses.

Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang langsung

berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran. Dapat juga dikatakan bahwa

makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga dekat hubungannya dengan dunia luar

bahasa, baik berupa objek konkret atau gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis

komponen.

4.1.4.5 Makna Piktorikal

Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg

muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca.

Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul

karena pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis, misalnya

kata kakus, pendengar atau pembaca akan terbayang hal yang berhubungan dengan hal-hal yang

berhubungan dengan kakus, seperti kondisi yang berbau, kotoran, rasa jijik, bahkan timbul rasa

mual karenanya.

4.2 Kelewahan Makna

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebih-

lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yangg tidak perlu

(misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat). Keselarasan huruf vokalbermaksud keselarasan

atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan

antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Dalam

sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal.

Contoh:

Page 11: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

alih, untung, tidur, lebih, dan sebagainya.

Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem

keselarasan huruf vokal.

Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa

Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain.

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail

Dahaman).

4.3 Ketaksaan Makna

Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian

bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud

dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan

ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.

Contoh:

1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa

(iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal

dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari

kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang

terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza

bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.

Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan

jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek

Mustafa) telah meninggal dunia.

Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan

ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa

yang meninggal dunia, bukan neneknya.

Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu

kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan

dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan.

5. Semantik dan Linguistik

Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik

sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang

fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung,

manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di

tengah-tengah deretan ini.

Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika

tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita

mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi

tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang

menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati

aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana

maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.

5.1 Sinonim dan Antonim

Page 12: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

5.1.1 Sinonim

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang

sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya

perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’,

‘lupus’ dan ‘luput’, ‘loncat’ dan ‘lompat’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus

sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras

sosial, dan kolokasi.

5.1.1.1 Sinonim Pinjaman

‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun,

dalam dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’.

Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan raya’, yang maksud konvensionalnya ialah

‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah’.

5.1.1.2 Sinonim Konteks

Perkataan ‘jemput’ dan ‘undang’ banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya,

‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam konteks tulisan. Ini bermakna

konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

5.1.1.3 Sinonim Laras Sosial

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya ‘penyanyi’

ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang tinggi dalam

profesionalisme seni.

5.1.1.4 Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan

‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan

tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik

dalam peperiksaan tersebut.”

“Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh-tumbuhan’,

‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata

sifat.

Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik

dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk

manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

5.1.2 Antonim

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang

tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk

lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin

lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai

pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang kala

digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’ lawannya

‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.

Terdapat beberapa jenis antonim seperti:

(a) Antonim pasangan komplemen

(b) Antonim hubungan darjah

(c) Antonim hubungan bertentangan

5.1.2.1 Antonim pasangan komplemen

Page 13: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling

melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun,

tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih, luas-sempit, kecil-besar, panjang-

pendek, keras-lembik dan sebagainya.

Selain itu, perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-

jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.

5.1.2.2 Antonim hubungan darjah

Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti

perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan sebagainya.

Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan

benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersaiz panjang dengan

merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.

Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai

contoh, perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’ sebenarnya menunjukkan darjah dan makna yang

tidak sama pada perkataan ‘tikus kecil’. Demikian juga perkataan ‘laju’ bagi merujuk kepada kereta

lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.

5.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan

Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal

ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya

beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X ‘beri’ barang

pada Y bermakna Y akan ‘terima’ barang itu.

5.2 Hiponim, Homonim dan Polisem

5.2.1 Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai

contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan

kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang

mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.

5.2.2 Homonim

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang

mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang

mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan

mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud

‘ketua’ tidak sama maknanya dengan ‘kepala kereta api. ‘kepala manusia’ dan ‘kepala surat’.

Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika

tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan

bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.

5.2.3 Polisem

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada

secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang

mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.

Sebagai contoh, kata bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada

masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’, seperti dalam ayat “Kita tentang

habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ‘bisa’ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh.

Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya ‘bisa’ digunakan untuk menggantikan

Page 14: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

perkataan ‘boleh’. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ‘tentang’ dan ‘bisa’bervariasi maknanya,

tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.

6. Makna Ayat

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur

ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman

kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan

setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya

sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun

dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat

tersebut.

Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga

makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa

makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami

makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis

beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan

makna denotatif.

6.1 Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan

penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor

Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa

pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh

penutur.

Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya ‘berlayar’, dulu

digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua

tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ . Dahulu kata

‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih

tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya

disebut‘saudara’.

6.2 Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang

mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas

hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan

makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada

makna yang lebih khusus atau spesifik.

Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau

orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah

disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga

pakar dalam sesuatu bidang.

7. Peristilahan Bahasa Melayu

7.1 Definisi Istilah

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata

atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang

ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya.

Page 15: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah

kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya).

Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu

yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada

yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan

untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya).

Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata

biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata

yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren,

nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang

masing-masing.

7.1.1 Morfem dan Proses Peristilahan

Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang

digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah

pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.

7.1.2 Kata akar

Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.

Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.

7.1.3 Imbuhan dan Pengimbuhan

Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan.

Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-an (pemprosesan).

7.1.4 Penggandaan

Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh

(kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

7.1.5 Gabungan

Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses

penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera

dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks

umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu

digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar

melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam

dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah ‘bajet’ digunakan), sekarang

ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari.

Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP) dalam tahun 1956.

7.2 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan

istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan

menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan

pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah,

mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga

bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan

umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat.

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian

Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;

Page 16: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

 Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

 Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

 Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

 Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

 Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan

pemasyarakatan istilah.

 Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan

Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

7.3 Peranan MABBIM

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu

Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa

Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972.

Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau

bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan

untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan

yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia.

7.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh

Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu,

pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan

teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka

disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil

sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk –

bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.

Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun

semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman

yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan

pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel

bagi bahasa Melayu moden;

ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa;

iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa

diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;

iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang

mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan

v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah

antarabangsa.

7.5 Prinsip Pembentukan Istilah

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan

kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum

Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara

Page 17: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan

istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan

bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah,

jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun.

Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah

berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.

Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;

i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.

ii. Kata terbitan.

iii. Kata ganda.

iv. Kata gabungan.

7.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)

Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama,

kata kerja, dan kata adjektif.Contoh:Kata nama: buruj constellation

rawan gristlecahaya light

Kata kerja: pecut accelerateImbas scanreka invent

Kata adjektif: kenyal elasticRawak randomCemas anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang

terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang

boleh diujarkan sebagai satu perkataan.

Contoh :

Cerpen cereka FELDA

tabika kugiran JKR

pawagam RISDA MRSM

MARA ADUN PJK

BERNAMA PLUS perhilitan

KOBENA BERNAS berdikari

7.5.2 Istilah Kata Terbitan

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan,

akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima

imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

7.5.2.1 Paradigma kata dengan imbuhan ber-

Contoh:

belajar pelajar pelajaran

bertapa pertapa pertapaan

bertani petani pertanian

7.5.2.2 Paradigma dengan Penambah me(N)-

Page 18: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Contoh:

Menulis penulis penulisan tulisan

mengajar pengajar pengajaran ajaran

mengamal pengamal pengamalan amalan

membesar pembesar pembesaran -

mengubah pengubah pengubahan -

7.5.2.3 Paradigma dengan me(N)-, ber-

Contoh:memberhentikan - pemberhentian - perhentian-pembelajar pelajaran

7.5.2.4 Paradigma kata dengan me(N)-, per-

Contoh:

Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan

Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan

mempelajari pelajar - pelajaran

7.5.2.5 Paradigma kata dengan ke - an

Contoh:

saksi Kesaksian

bermakna Kebermaknaan

terbuka Keterbukaan

penduduk Kependudukan

sesuai kesesuaian

7.5.2.6 Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-

Contoh:

Gigi gerigi

susu tenusu

tapak telapak

kuncup kemuncup

sambung sinambung

7.5.3 Istilah Kata Ganda

Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya

atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.

7.5.3.1 Ganda Penuh

Contoh:langit-langit kanak-kanaklabi-labi paru-parubuku-buku guru-guru

7.5.3.2 Ganda Suku Kata Awal

Contoh:Tetikus rerongga jejariCecair rerambut kekisi

7.5.3.3 Ganda Suku Kata Awal dengan ImbuhanContoh:dedaunanpepohonanjejarian

Page 19: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

7.5.3.4 Kata Ganda Berentak

Contoh:

Warna-warni Batu-batan

Serta-merta Bengkang-bengkok

Bolak-balik Hingar-bingar

Dolak- dalih Mundar- mandi

7.5.4 Istilah Bentuk Gabungan (majmuk)

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam

gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa

imbuhan.

7.5.4.1 Tanpa Imbuhan:

Contoh:

garis lintang atas aras laut

daftar masuk mesin atur huruf

mesin kira tangan segi empat tepat

ganda tiga kamera laut dalam

7.5.4.2 Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya

Contoh- contoh seperti :

saksi pendakwa pelarasan gaji

dalam talian atas talian

mengambil alih menerima pakai

penerima janji gelombang melintang

7.5.4.2 Dengan Imbuhan pada kedua-dua Unsur

Contoh - contoh seperti:

Jagaan perlindungan kedudukan anggaran

Perjanjian ditandatangani perbelanjaan terealisasi

7.6 SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU

7.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu

termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu

hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

 kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.

 kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).

Contoh:

Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital

Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

 kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

7.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan

bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,

Contoh – contoh seperti:

 gambut (daripada bahasa Banjar) – peat

 nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain

 engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut

Page 20: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

 dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf

 dening (daripada dialek Kelantan) – yoke

7.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa

serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau

bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa

sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa

Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan

sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa

Inggeris.

Contoh – contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu Atom Electron Professional Psychology Structure Radio Television Radiography

 Atom Elektron Profesional Psikologi Struktur Radio Televisyen Radiografi

7.6.3 Penyerapan Istilah Asing

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;

 Sesuai maknanya;

 Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;

 Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya

mempunyai banyak sinonim.

7.6.3.1 Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini

bergantung pada:

 Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;

 Kemudahan belajar bahasa; dan

 Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk

jamaknya yang lebih biasa dipakai.

7.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah

berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan

kekeliruan.

Contoh – contoh seperti :

Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu Campaign  Kempen

Page 21: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

 Custom Dengue Grant Pension

 Kastam Denggi Geran Pencen

7.6.3.3 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang

Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah -

istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:

(a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAudioconferencingAutosaveBroadcastClient-serverConnection-oriented networkData scramblerDigital cameraDigital certificateDigital purseDigital signature

Sidang audioAutosimpanSiaran;siarPelanggan-pelayanRangkaian berorientasikan sambunganPengarau dataKamera digitalSijil digitalDompet digitalTandatangan digital

(b) Istilah Undang Undang

Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAdministrative orderCivil disorderCivil rightsDouble jeopardyDiplomatic immunityExtradictionFraudFugitive offenderFundamental rightsJudicial reviewLegitimacyMala fideMandatory procedureNativeNatural justice

Perintah pentadbiranGangguan awamHak sivilPendakwaan dua kaliKekebalan diplomatikEkstradisiFraudPesalah buruanHak asasiKajian semula kehakimanKesahanMala fideTatacara mandatoryAnak negeriKeadilan asasi

a) Istilah Komputer

Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAccessBench markCursorData base

CapaianTanda arasKursorPangkalan data

Page 22: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

DownloadEnd userFontHardwareIntegrated circuitLocal area network

Muat turunPengguna akhirFonPerkakasanLitar bersepaduRangkaian kawasan setempat

b) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan

Bahasa Inggeris Bahasa MelayuBalance sheetBridging loanBuy outBuy-back priceBy-productCapital gainCash flowCertificate of authorizationChief executive officerDeed of trustInvestment climateLong term debtShort-term financingSole agentSteering committee

Kunci kira-kiraPinjaman penyambungBeli habisHarga beli balikKeluaran sampinganLaba modal / keuntungan modalAliran tunaiPerakuan kuasaKetua pegawai eksekutifSurat ikatan amanahIklim pelaburanHutang jangka pendekPembiayaan jangka pendekEjen tunggalJawatankuasa pemandu

c) Istilah Perhotelan

Bahasa Inggeris Bahasa MelayuBallroomBanquetBudget hotelBuffetBusiness centreCheck-inCheck-outCocktailDay useDeluxe roomDouble roomFunction roomLuncheonTwin bedWaiter (L); waitress (P)

Dewan besarBankuetHotel jimat / hotel kelas ekonomiBufetPusat khidmat urusanDaftar masukDaftar keluarKoktelGuna siangBilik mewahBilik kelaminBilik majlisJamuan tengah hariKatil-kembarPramusaji

d) Fotografi

Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAbstract photography Fotografi abstrak

Page 23: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Between-the-lens shutterCamera angleDaylight filmEffective apertureFlashGround-angle viewHalf-length portraitInvisible lightLatitude of exposureMain lightingOut of focusPeriscopic lensQuartz lensReflect camera

Pengatup antara kantaSudut kameraFilem warna cahaya siangApertur berkesanDengarPandangan sudut bawahPotret separuhCahaya halimunanLatitude dedahanPencahayaan indukLuar fokusPeriskopKanta kuarzaKamera reflex

e) Istilah Matematik dan Statistik

Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAerial cableAffineAffine geometryAffine varietyAggregateAggregationAggregativeAggregative indexAggregative model

Kabel arialAfinGeometri afinAneka afinAgregatPengagregatanBerdaya agregat; pengagregatanIndeks pengagregatanModel berdaya agregat

7.7 Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang

dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang

memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar.

Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami

keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya

dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai

kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya.

Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka.

Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum:

Kepesatan ilmu :i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.

ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.

Kepakaran :i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.

ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)

Page 24: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

7.8 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang

7.8.1 Definisi Singkatan

Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan, ringkasan ,

merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan

(2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal

suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan

ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan

akronim.

Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan

menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM

(1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan :

a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya :

lab ( laboratory)

b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya:

sin - sinuscm - sentimetercos - konsinushab - habitat

c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:

Mara - Majlis Amanah RakyatPerkim - Pertubuhan Kebajikan Islam MalaysiaBernama - Berita Nasional MalaysiaTadika - taman didikan kanak – kanakCerpen - cerita pendekKugiran - kumpulan gita rancahBerdikari - berdiri dengan kaki sendiriPawagam - Panggung wayang gambarPerkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial

d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya:

JKR - Jabatan Kerja Raya

TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia

IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri

IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia

7.8.2 Definisi Lambang

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili

entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi

fonetik atau sistem tulisan.

Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu

huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.

Contoh :

Page 25: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

meter - meter - mkilogram - kilogram - kgsecond - saat - sampere - ampere - Adegree - darjah - Kcandela - kandela - cdradian - radian - radsteradian - steradian - stmole - mol - molhecto - hekto - hcenti - senti - cmega - mega - Mgiga - giga - G

7.9 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

7.9.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu

Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf perkataan daripada

abjad sesuatu tulisan (misalanya tulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dalam abjad

sistem tulisan lain (seperti Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO

untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi

Arab. Contoh :Bismillahirrahmanirrahim muslimin hajah fikir hadithMuslimat ustaz ghaib zakat akad lafaz solat imanTalak imam taubat haji ustazah

8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu

Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang

bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada

umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya:

bureau - biro

police - polis

ambulance - ambulans

Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah.

Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa

Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya:

Baekelund

Cannizzaro

Aquadag

Dacron

Keops

Dmitri Ivanovic Mendeleev

Anton Chekhov

Mao Tze TungNekad

Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada. Aku hanya tahu alamat tempat kerjanya. Alamat rumah juga ada tapi aku tak pasti sama ada dia ada di rumah atau sedang bekerja. Dia bekerja shif menyukarkan aku tahu kerana jadual kerjanya aku tak tahu. Inilah kalau

Page 26: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

komunikasi tiada di antara kami berdua. Berbekalkan duit yang cukup-cukup untuk aku tambang pergi balik dan duit kecemasan aku pergi mencari dia ke kota. Aku tahu tindakanku ini amat bodoh kerana tanpa arah akan membahayakan aku dan anak kecilku. Melihat wajah si kecil melonjak keriangan kerana dapat berjalan-jalan. Apalah anak kecil ini mengerti tentang gelodak dalam hatiku.Dia suamiku telah beberapa bulan tiada berita dan aku harus bertemu dengannya kerana ingin memberitahu tentang masalah rumah yang kami anak beranak tinggal akan di sita.

Perjalananku dua jam mengelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi. Aku nekad sekiranya aku tidak bertemu dengannya kali ini aku sendiri akan pergi dari hidupnya buat selama-lamanya. Tiba di stesen aku terus mendapatkan teksi terus ke tempat kerjanya. Memang malang nasibku kerana dia tiada. Airmataku deras mengalir.."Umi,nape nanggis", kata anak kecil berumur 4 tahun yang petah bercakap. "Em..tiada apa-apa nak. Cuma habuk masuk ke mata umi". Begitulah pembohonganku pada si kecil setiap kali nampak aku menangis.

Aku melangkah dengan longlai hanya satu arahku menuju ke rumahnya .Aku menahan teksi terus ke flat tempat tinggl dia. Sekali lagi nasibku amat malang dia tiada. Rumahnya berkunci. Aku dan anak kecil hanya menanti di pintu keletihan. Setelah kufikir-fikir, lebih baik aku pulang saja ke kampung halaman kerana tiada guna lagi aku menanti dan mencari sedangkan dia tahulah ke mana harus mencariku nanti. Aku sendiri harus berusaha untuk menyelesaikan segala masalahku.. Hanya itu saja tekadku. Aku akan pergi dari kehidupan dia buat selamanya dan menganggap dia tiada lagi dalam hidupku.Sepanjang perjalanan airmataku sudah kering dan tidak akan menangis lagi. Itulah janjiku. Aku berikrar akan mempastikan kehidupan anak-anakku akan terjamin walau tanpa bantuan dia suamiku. Biarlah segala yang berlaku ini menjadi satu pengajaran padaku.Kami cuba analisis beberapa istilah yang terkandung dalam teks cerpen di atas berdasarkan

bentuk-bentuk istilah.

Akar bebas

berimbuhan gabungan gandaan prototaip paradigma

anak bertekad tempat kerja Cukup-cukup

shift

suamiku mencari Bekerja shif Berjalan-jalan

Komunikasi (communication)

rumah bekerja Jadual kerja Selama-lamanya

Stesen (station)

stesen menyukarkan Kami berdua

Apa-apa Teksi (taxi)

shif berdua pergi balik Fikir-fikirjadual berbekalkan Duit

kecemasanAnak-anak

teksi kecemasan Anak kecilduit mencari Melonjak

Page 27: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

keriangantambang membahayakan Tempat

kerjanyakota melihat Anak kecilhabuk melonjak Kampung

halamanflat keriangan Air matapintu bertemukampung terjadi

bertemumendapatkanmengalirberumurbercakapmenujumenahanberkuncimenantiberusahaperjalananberikrarmempastikankehidupanterjaminbantuanmenjadipengajaranmenganggap

ANALISIS GOLONGAN KATA DI DALAM CERPEN “NEKAD”Bil Perkataan Golongan kata Catatan1 bertekad Kata kerja Kata kerja terbitan2. dia Kata nama Kata ganti nama diri ketiga3. hanya Kata tugas Kata bantu ragam4. sedang Kata bantu Kata bantu aspek5. Cukup-cukup Kata adjektif Kata adjektif gandaan seluruh6. ke Kata tugas Kata sendi nama7. bodoh Kata adjektif Kata adjektif sifatan8. kerana Kata tugas Kata arah9. dalam Kata tugas Kata arah10. rumah Kata nama Kata nama am konkrit11. dua Kata tugas Kata bilangan tentu13. apa Kata tugas Kata tanya14. sekiranya Kata tugas Kata hubung pancangan keterangan

Page 28: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

15. teksi Kata nama Kata nama konkrit

16. memang Kata tugas Kata penegas17. longlai Kata adjektif Kata adjektif sifatan18. sekali Kata tugas Kata penguat belakang19. amat Kata tugas Kata penguat hadapan20. kehidupan Kata nama Kata nama am abstrak21. perjalanan Kata nama Kata nama am abstrak22. sudah Kata tugas Kata bantu aspek23. halaman Kata nama Kata nama am konkrit24. bantuan Kata kerja Kata kerja terbitan25. walau Kata tugas Kata hubung pancangan keterangan

Bil Frasa Jenis Frasa

Kajian Semantik

Keterangan Contoh Ayat

1. walaupun Frasa sendi nama

Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.

Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada.

2. Alamat : petanda

Frasa nama

Medan makna (sinonim)

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

Aku hanya tahu alamattempat kerjanya.

3. sedang Frasa sendi

Kata bantu aspek

Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa , iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan.

Alamat rumah juga ada tapi aku tak pasti sama ada dia ada di rumah atau sedangbekerja.

4. bekerja Frasa kerja

Kata kerja aktif

Kata kerja aktif tak transitif tanpa

Dia bekerja shif menyukarkan aku tahu

Page 29: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

pelengkap. kerana jadual kerjanya aku tak tahu.

5. Cukup-cukup Frasa adjektif

Kata adjektif ukuran

Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.

Berbekalkan duit yangcukup-cukup untuk tambang pergi balik dan duit kecemasan aku pergi mencari dia ke kota.

6. Duit : wang Frasa nama

Medan makna (sinonim)

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

Berbekalkan duit yang cukup-cukup untuk tambang pergi balik dan duit kecemasan itu aku pergimencari dia ke kota.

7. bodoh Frasa adjektif

Kata adjektif sifatan atau keadaan

Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang member pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsure keterangan nama

Aku tahu tindakanku ini amatbodoh kerana tanpa arah akan membahayakan aku dan anak kecilku.

8. dua Frasa sendi nama

Kata bilangan

Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.

Perjalananku dua jam menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi

9. mendapatkan Frasa kerja

Kata kerja aktif transitif

Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

Tiba di stesen aku terusmendapatkan teksi terus ke tempat kerjanya.

10. deras Frasa adjektif

Kata adjektif Kata adjektif cara ialah jenis

Air mataku mengalir deras.

Page 30: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam , sebagai penerang kata nama.

11. longlai Frasa adjektif

Kata adjektif sifatan atau keadaan

Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang member pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.

Aku melangkah denganlonglai hanya satu arahku menuju ke rumahnya.

12. anak kecil Frasa nama

Istilah Bentuk Gabungan (majmuk)

Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.

Aku dan anak kecil hanya menanti di pintu keletihan.

13 dalam Frasa nama

Kata arah Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untukmenunjukkan hala atau jurusan.

Aku akan pergi darikehidupan dia buat selamanya dan menganggap dia tiada lagi dalam hidupku.

14. segala Frasa sendi

Kata bilangan

Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu.

Biarlah segala yang berlaku ini menjadi satu pengajaran padaku.

Page 31: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Berdasarkan teks ini, kami cuba melihat dari sudut peristilahan Bahasa Melayu. Istilah ialah:

(a) Pinjaman terjemah(b) Pinjaman terus

Analisis teks dalam bidang leksikal dilihat dari sudut:1. Antonim:

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama.Menyukarkan - memudahkanBodoh – pandaiSuami – isteriMalang – untungKecil – besarPetah – gagapDeras – perlahanMenangis – ketawaLonglai – gagah

2. Sinonim:Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.Duit – wangBodoh – dunguPergi – bertolak, berangkatKeriangan – kegembiraanMengerti – tahuBerita – khabarBimbang – khuatirBertemu – berjumpaNekad – tabahStesen – perhentianMalang – tidak bernasib baikPetah - gagapNampak – lihatBerkunci – bermanggaPulang – balikMenanti – menungguMenangis – ketawaPengajaran – pedoman

3. Hiponim

Page 32: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.

Rumah :Rumah bangloRumah teresRumah pangsaRumah papanRumah berkembarRumah rehatRumah sewaRumah kedaiRumah kongsiRumah mayatRumah pamStesen:Stesen basStesen keretapiStesen minyakStesen teksiStesen kaji cuacaStesen angkasa lepasJam:Jam tanganJam dindingJam locengJam randikJam penggeraJam matahariJam airJadual:Jadual waktuJadual kerjaJadual belajarJadual tuisyenJadual bertugasJadual perjalanan bas

Page 33: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Jadual peperiksaanDuit:Duit syilingDuit kertasDuit rayaDuit zakatDuit sedekahDuit rasuahDuit pengerasDuit simpananDuit palsuDuit judiKering:Lada keringDaun keringIkan keringUdang keringHati kering

4. Homonim:Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau

lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna.“Alamat “ dalam petikan cerpen ini adalah membawa maksud alamat rumah.“Alamat” dalam kontek lain pula membawa maksud sebagai petanda akan berlakunya sesuatu.“Sedang” dalam petikan ini adalah membawa maksud sedang melakukan sesuatu.“Sedang” dalam konteks lain mungkin membawa maksud menceritakan saiz sesuatu yang tidak kecil dan tidak besar.5. Polisem

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.Perkataan “berada” di dalam petikan cerpen ini adalah membawa maksud sedang menetap di sesuatu tempat. Dalam situasi lain perkataan “berada” boleh membawa maksud orang kaya.

Kami analisis pula teks ini dari sudut grammatikal.1. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kesedihan.

(i) “Memang malang nasibku kerana dia tiada”.Perkataan “malang” dalam ayat di atas membawa maksud berasa kecewa kerana hasrat yang tidak tercapai untuk bertemu dengan suaminya.2. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kegembiraan.

Page 34: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

(i) “Melihat wajah sikecil melonjak keriangan kerana dapat berjalan-jalan.”Perkataan “melonjak keriangan” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerpen di atas berasa sangat gembira kerana dia berpeluang berjalan-jalan di kota.3. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan ketakutan.

(i) “Perjalananku dua jam menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi.”Perkataan “bimbang” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerita ini berasa “risau”,.Frasa ini menggambarkan ketakutan seseorang.4. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan suspen.

(i) “Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada.”Frasa “tak pasti di mana dia berada” membawa maksud watak dalam cerita ini tidak tahu lokasi suaminya berada ketika dia ke rumah suaminya dengan menaiki bas.Teks ini mementingkan aspek sebutan, intonasi dan perbendaharaan kata. Cerita ini melambangkan kesedihan seperti di dalam sinopsis di bawah.SINOPSIS CERITACerita ini mengisahkan seorang isteri yang hidup menderita kerana telah ditinggalkan oleh suaminya. Dia tidak pasti di mana suaminya berada sekarang. Demi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dirinya, dia telah nekad membawa anak kecilnya ke kota dengan berbekalkan sedikit wang sebagai perbelanjaan. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama dua jam, dia berasa begitu gelisah kerana bimbang tidak dapat bertemu dengan suaminya. Dia telah bertekad iaitu jika tidak Berjaya bertemu dengan suaminya, dia akan kembali ke kampong halaman dan tidak akan menemui suaminya lagi. Dia sudah pasrah dan akan menerima apa juga ketentuan. Dia lebih mengutamakan kehidupan anak-anaknya.TEMA

Cerpen ini bertemakan kekecewaan hati seorang isteri yang telah ditinggalkan suaminya tanpa khabar berita.PERSOALAN

Cerpen ini membawa satu situasi yang dialami oleh seorang isteri yang berkeadaan serba salah disebabkan suaminya bertindak menghilangkan diri. Disebabkan dia menghadapi satu masalah besar iaitu rumahnya hendak disita, maka dia terpaksa menggagahkan diri pergi ke kota untuk mencari suaminya. Sekiranya suaminya gagal ditemui, dia telah mengambil keputusan untuk menetap sahaja di kampung halaman demi untuk kesejahteraan anak-anaknya. Dia tidak lagi memerlukan suaminya.

Kesimpulan

Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas dari erti atau makna pada

setiap perkataan yang diucapkan. Semantik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari

dalam penyelidikan linguistik. Dalam semantik kita mengenal yang disebut klasifikasi makna,

relasi makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Semantik adalah

subdisiplin linguistik yang membicarakan makna iaitu makna kata dan makna kalimat.

Page 35: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

REFLEKSISaya rasa amat bersyukur kerana akhirnya saya berjaya juga menyiapkan KKBI ini telah menghadapi berbagai jenis halangan. Sebenarnya saya berasa kebingungan ketika proses penyiapan ini sedang dilakukan. Ini adalah kerana soalan yang dikemukakan agak sukar untuk difahami.Saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari maklumat yang diperlukan. Saya telah mencari maklumat yang diperlukan melalui pembacaan di perpustakaan, modul, internet dan perbincangan dengan rakan-rakan serta para pensyarah.Setelah berjaya menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak maklumat yang sangat berguna untuk diketahui oleh saya . Maklumat ini akan saya gunakan untuk memantapkan lagi mutu pengajaran dan penggunaan bahasa saya dalam kehidupan harian.Tugasan KKBI ini telah mendedahkan saya kepada bidang kajian semantik yang pada pendapat saya begitu luas sekali. Sesungguhnya bidang kajian Bahasa Melayu amatlah luas. Terlalu banyak bidang yang perlu diketahui oleh saya selaku seorang pelajar PGSR Bahasa Melayu.Melalui KKBI ini juga, saya berpeluang membuat kajian terhadap analisis cerpen yang bertajuk “Nekad”. Cerpen ini walaupun kelihatan pendek sahaja, tetapi mempunyai banyak aspek bahasa yang boleh dikaji. Bidang kajian pula boleh terdiri daripada berbagai sudut yang terdapat di dalam bidang sintaksis. Analisis teks cerpen ini memerlukan saya banyak membuat rujukan daripada buku “Tatabahasa Dewan”

REFLEKSIAlhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru kepada saya. .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan istilah berdasarkan cerpen pilihan yang bertajuk “Nekad”. Di sini kumpulan kami telah berjaya mengkaji dan membuat analisis melalui aspek perbendaharaan kata dan istilah serta makna leksikal dan makna grammatikal. Aspek-aspek ini dihubungkaitkan dengan bidang semantik dan peristilahan. Sesungguhnya untuk mengkaji dan menganalisis cerpen bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu menghayatinya dengan penuh kesungguhan.

Page 36: Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan dan sumber internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat analisis mengenainya akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat.Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar subjek ini nanti.Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian

tugasan ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak

tuan dan puan.