tugasan esei ppsv3105 tugasan projek
Post on 03-Jun-2018
542 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
1/28
1
1.0 PENGENALAN
1.1 Konsep SHAPE BOOK
Shape Book ataupun maksud dalam Bahasa Melayu ialah buku yang berbentuk atau
mempunyai bentuk merupakan salah satu hasilan seni yang mempunyai unsur
kerativitinya yang tersendiri. Kepelbagaian bentuk yang dihasilkan menjadi daya
penarik untuk individu memlikinya.
Di pasaran dewasa kini, terdapat pelbagai bentuk-bentuk buku yang begitu menarik dan
mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Sasaran utama buku-buku berbentuk ini
biasanya di kalangan kanak-kanak dan juga pelajar. Namun begitu terdapat juga buku-
buku berbentuk yang diterbitkan untuk golongan remaja dan dewasa. Secara
umumnya, buku-buku berbentuk ini mempunyai sasarannya yang terdiri daripada
pelbagai lapisan umur pembaca.
Pemilihan bentuk bagi buku-buku ini biasanya mempunyai kaitan dengan isi kandungan
buku tersebut. Sebagai contoh terdapat buku berbentuk kek harijadi yang isi
kandungannya merupakan panduan mengadakan sambutan hari jadi.
Rajah 1 : Contoh buku berbentuk kek harijadi.
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
2/28
2
1.2 Contoh-contoh SHAPE BOOK
Berikut adalah gambar-gambar contoh beberapa buah buku berbentuk yang terdapat di
pasaran.
Rajah 2 : Beberapa contoh Shape Book
.
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
3/28
3
1.3 Penghasilan Shape Book
Untuk menghasilkan Shape Book, saya telah melalui beberapa langkah penyediaan
bermula daripada peringkat awal hinggalah Shape Book dapat disiapkan. Langkah-
langkah penghasilan Shape Book ialah:-
i) Memilih bentuk yang sesuai
Pemilihan bentuk haruslah menepati kriteria yang dikehendaki. Bagi
tugasan ini saya memerlukan Shape Book yang mempunyai ruangan
yang agak besar untuk saya masukkan info-info berkaitan tajuk yang
dikehendaki. Jadi saya telah memilih bentuk seperti di bawah.
ii) Melakar dan menggunting bentuk Shape Book pada kertas kad bersaiz A4
untuk dijadikan sebagai master template
iii) Melakar dan menggunting helaian-helaian Shape Book
iv) Menulis info dan maklumat dalam Shape BookTajuk : Bidang 3 : Membentuk
dan Membuat Binaan
v) Menghias muka depan Shape Book dan menulis maklumat yang berkaitan
vi) Menebuk dua lubang di tepi sebelah kiri buku dengan menggunkan penebuk
lubang
vii) Menyusun dan menjilid buku.
viii) Membuat penyemakan dan kemasan terakhir sekiranya ada pada Shape Book
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
4/28
4
2.0 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.
2.1 Pengenalan
Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini merupakan satu proses
penghasilan objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi,
kiri, kanan, atas dan bawah. Objek ini berupa objek semula jadi, objek buatan manusia
atau bentuk ilusi. Kegiatan membentuk boleh dilakukan sama ada daripada bentuk dua
dimensi (2D) atau bentuk tiga dimensi (3D).
Bidang Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada
perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur,
imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid-murid dapat memahami
dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang
kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid-murid dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada
murid-murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan
proses penghasilan seni.
Dalam bidang ini dapat memberi peluang kepada murid-murid membuat rujukan
kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan
kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai
satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam
perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk
bahan seperti plastersin tanah liat, tepung dan paper mache. Anda juga dapat memilih
alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk
dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
5/28
5
2.2 Tujuan Dan Kepentingan Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan
Kegiatan membentuk dan membuat binaan mempunyai banyak kepentingan dan
tujuan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
2.2.1 Tujuan
Dua tujuan penting kegiatan membentuk dan membuat binaan ini ialah:
a) Meningkatkan kreativiti
Menurut June King Mc Fee, kreativiti itu adalah keupayaan mencipta
perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan
yang sedia ada. Kreativiti merupakan kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu
yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung,
mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Kreativiti adalah sesuatu yang asli di
mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif
tetapi tidak semua orang kreatif. Menurut Herberd Read (1958), beliau mengatakan
Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan
apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda,
anda adalah seorang yang kreatif.
Kreativiti bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap
seseorang dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada
kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil
sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di
sekeliling mereka. Carl Rogers pula menyatakan bahawa kreativiti itu wujud melalui
tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang
digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
6/28
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
7/28
7
Pemerhatian, penerokaan dan eksperimen terhadap bahan-bahan ini akan
berlaku apabila murid diberi tugasan menggunakan bahan-bahan seperti ini untuk
menghasilkan suatu karya seni. Kaedah cuba jaya dan eksperimen akan digunakan
oleh murid untuk memastikan bahan yang sesuai untuk digunakan. Kemampuan
kognitif murid dapat diuji semasa aktiviti sebegini di mana murid secara tidak langsung
membuat penyelesaian masalah dalam pemilihan bahan selepas memerhati, meneroka
dan dan membuat eksperimen ke atas bahan yang dipilih telah dijalankan.
Semasa murid membuat penerokaan dan eksperimen bahan, murid akan melalui
beberapa peringkat aktiviti sebelum memilih dan menggunakan bahan yang sesuai
dengan aktiviti yang dijalankan. Murid akan memerhati, mengenali dan memahami
bentuk dan ruang objek untuk memastikan kesesuaian pengunaan bahan tersebut.
Murid juga akan membuat diskriminasi bahan di samping menyatakan perbezaan dan
persamaan sifat bahan yang digunakan.
2.2.2 Kepentingan
Antara kepentingan dan aspek yang penting untu diambil kira semasa kegiatan
membentuk dan membuat binaan ini antaranya ialah:
a. Mengembangkan persepsi pelajar tentangsSeni Tiga Dimensi bahan binaan
sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
b. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
c. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik,
membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
d. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
e. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna,
imbangan dan kesatuan yang menarik.
f. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
g. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
8/28
8
2.3 Aktiviti-Aktiviti Dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan
Dalam kegiatan membentuk dan membuat binaan, biasanya lebih dikaitkan dengan
penghasilan arca. Arca yang dihasilkan boleh di bahagikan kepada beberapa jenis arca
dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Penghasilan arca memerlukan
ketelitian dan kreativiti yang tinggi.
Untuk setiap aktiviti, guru perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat
perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan
kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan.
Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, guru perlu
memikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan
kanak-kanak.
2.3.1 Pengenalan Arca
a) Sejarah
Arca ialah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga
menyampaikan sesuatu mesej. Sesetengah arca juga digunakan untuk menjadi
lambang sesuatu tempat serta menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan
dan pemujaan. Pengetahuan berkaitan arca telah bermula sejak 4500 tahuan yang
lalu. Pengetahuan tentang arca ini pada mulanya adalah berkait rapat dengan ritual