tugasan 1 projek rekabentuk addie

41
LAPORAN PROJEK REKABENTUK INSTRUKSIONAL PENGENALAN Menjelang tahun 2020, Malaysia mengimpikan suatu cita-cita menjadi sebuah negara maju yang diiktiraf dunia dan setanding dengan negara-negara kuasa besar. Jolokan negara maju merupakan satu titik pencapaian yang sangat signifikan dalam perkembangan dunia hari ini dan ia menjadi kayu ukur utama daripada perspektif ekonomi. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari peluang pekerjaan di luar. Keadaan menjadi teruk bagi mereka yang tidak berpendidikan. Bagi yang telah berkeluarga, mereka perlu menyelesaikan masalah penjagaan anak pula sekiranya mereka mendapat kerja. Sumber kewangan yang terhad menyebabkan golongan ini hanya mampu menikmati kualiti hidup yang rendah impak dari kos sara hidup yang tinggi. Situasi begini wujud kerana kebanyakan peserta tiada pengetahuan atau kemahiran untuk membuat kerja sampingan di 1

Upload: g-man-zahariman

Post on 01-Feb-2016

183 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

asgmnt

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

LAPORAN

PROJEK REKABENTUK INSTRUKSIONAL

PENGENALAN

Menjelang tahun 2020, Malaysia mengimpikan suatu cita-cita menjadi sebuah negara maju yang

diiktiraf dunia dan setanding dengan negara-negara kuasa besar. Jolokan negara maju merupakan

satu titik pencapaian yang sangat signifikan dalam perkembangan dunia hari ini dan ia menjadi

kayu ukur utama daripada perspektif ekonomi.

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari peluang pekerjaan di luar. Keadaan

menjadi teruk bagi mereka yang tidak berpendidikan. Bagi yang telah berkeluarga, mereka perlu

menyelesaikan masalah penjagaan anak pula sekiranya mereka mendapat kerja. Sumber

kewangan yang terhad menyebabkan golongan ini hanya mampu menikmati kualiti hidup yang

rendah impak dari kos sara hidup yang tinggi.

Situasi begini wujud kerana kebanyakan peserta tiada pengetahuan atau kemahiran untuk

membuat kerja sampingan di rumah. Kertas cadangan bagi kursus kek cawan disediakan

bertujuan untuk membantu peserta agar dapat melahirkan idea untuk diadaptasi ketika di rumah

masing-masing. Selain itu, ia juga dapat mempelbagaikan aktiviti peserta di masa lapang dan

secara tidak langsung ia mampu memberi ruang untuk peserta mencari pendapatan sampingan

seterusnya dapat meningkatkan ekonomi keluarga. Dalam kursus ini peserta akan diberi

pengetahuan dan kemahiran secara amali (hands on) mengenai cara pembuatan kek mengikut

kaedah-kaedah tertentu. Ia merangkumi juga persiapan awal sebelum membuat kek, teknik

mengeluarkan kek dari acuan, cara mengendalikan alatan dengan betul dan sebagainya.

1

Page 2: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

Dalam bidang pendidikan, rekabentuk instruksional boleh didefinisikan sebagai strategi,

kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan dengan tujuan untuk memudahkan pelajar

menguasai objektif yang dikehendaki ( Molenda, Reigeluth, & Nelson, 2003; Yusup Hashim,

2006). Berdasarkan Model ADDIE, rekabentuk instruksional yang telah dirancang adalah

memberi kemahiran dan pengetahuan kepada surirumahtangga, ibu tunggal dan belia perempuan

yang mengganggur dalam membuat kek cawan. Model ADDIE mempunyai lima pembahagian

utama iaitu (1) analisis, (2) rekabentuk, (3) pembangunan, (4) implimentasi, dan (5) penilaian.

FASA ANALISIS

Analisis atau “Analyze” bertujuan untuk mengenalpasti penyebab kepada masalah/jurang

prestasi (performance gap). Masalah yang dikenalpasti mestilah disebabkan oleh faktor tiada

pengetahuan dan kemahiran. Pernyataan tujuan penting dalam proses analisis bagi menentukan

proses penyelesaian masalah/jurang prestasi. Pernyataan tujuan dinyatakan secara explicit dan

jelas kenapa sesuatu program instruksional itu dijalankan. Pada fasa ini juga, analisis

pelajar/peserta, mengenalpasti sumber yang ada, anggaran perbelanjaan dan juga membina pelan

pengurusan projek juga adalah penting yang akan memberi kesan terhadap keputusan yang

dibuat terhadap proses ADDIE selepas ini.

Proses Analisis dijalankan semasa menyediakan kertas cadangan bagi kursus kek cawan.

Pada peringat ini melibatkan beberapa penilaian yang perlu diberi perhatian diantaranya ialah

penilaian prestasi di mana sumber kewangan yang terhad menyebabkan wujudnya golongan

yang hanya mampu menikmati kualiti hidup yang rendah impak dari kos sara hidup yang tinggi.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dijalankan, situasi begini wujud kerana

kebanyakan peserta tiada pengetahuan atau kemahiran untuk membuat kerja sampingan dirumah.

2

Page 3: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

Pada aspek penentuan tujuan, kertas cadangan bagi kursus kek cawan ini bertujuan untuk

membantu peserta agar dapat melahirkan idea untuk diadaptasi ketika dirumah masing-masing.

Selain itu ia juga dapat mempelbagaikan aktiviti peserta di masa lapang dan secara tidak

langsung ia mampu memberi ruang untuk peserta mencari pendapatan sampingan seterusnya

dapat meningkatkan ekonomi keluarga.

Matlamat instruksional yang dirancang ialah peserta akan i) mempelajari kaedah

menghasilkan kek cawan bermula dari mempelajari membuat kek secara asas seterusnya lengkap

dengan dekorasi pada kek cawan, ii) mempelajari kaedah menimbang bahan, membuat bancuhan

dan membakar dengan betul dan iii) setiap peserta akan mendapat kemahiran menyediakan kek

cawan dengan cara sistematik, menarik, lazat dan bermutu.

Pada peringkat ini juga, analisis terhadap peserta turut dilaksanakan seperti berikut i)

bilangan peserta dihadkan seramai 20 orang yang terdiri daripada surirumah, ibu tunggal dan

belia perempuan yang menganggur di sekitar perumahan Dahlia, Taman Bunga Raya,

ii) berumur dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun, iii) boleh bertutur dan memahami Bahasa

Melayu dengan baik, iv) boleh memahami Bahasa Inggeris yang mudah, v) tidak mempunyai

sebarang pengetahuan dan kemahiran asas dalam membuat kek, vi) berminat dalam bidang

bakeri, vii) tarikh, tempat dan masa program turut dinyatakan bagi memudahkan peserta

membuat perancangan awal untuk menghadiri kursus.

Bagi memastikan kursus ini memberi kesan yang berguna kepada peserta, sumber yang

dipilih sebagai fasilitator merupakan seorang yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang

bakeri dan masakan. Tentatif program turut dinyatakan bagi memastikan kursus berjalan dengan

lancar. Peserta akan mengikuti kursus secara amali dan akan dibekalkan dengan modul serta

VCD sebagai panduan untuk membuat kek cawan selepas kursus tamat.

3

Page 4: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

FASA REKABENTUK

Rekabentuk atau “Design” pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional

yang akan digunakan. Contohnya “courseware” tersebut mungkin akan menggunakan kaedah

pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesian masalah, permainan, simulasi, perbincangan,

latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara pembentangan. Alat yang digunakan juga

perlu ditentukan sama ada menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya.

Pada peringkat rekabentuk kursus kek cawan ini, model yang digunakan merupakan

model jenis produk Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) yang mempunyai tujuh langkah iaitu i)

analisis masalah, ii) analisis domain, iii) analisis dan susun tugasan, iv) analisis dan susun isi

sokongan pelajaran, v) tentukan peristiwa dan aktiviti pengajaran, vi) lakukan rekabentuk mesej

interaktif dan vii) nilai pengajaran. Kaedah instruksional yang digunakan adalah secara amali di

mana demonstrasi akan dilakukan oleh fasilitator yang berpengalaman.

Berdasarkan inventori tugasan yang dirancang (rujuk rajah 1), courseware yang dibina

adalah Modul dan VCD Membuat Kek Cawan sebagai panduan kepada peserta untuk

meneruskan kesinambungan pembelajaran membuat kek cawan selepas tamat kursus. Peserta

melakukan langkah kerja membuat kek cawan secara amali berpandukan demonstrasi yang

ditunjukkan oleh fasilitator dan Modul yang disediakan. Hasil kerja para peserta akan dinilai

berpandukan instrumen penilaian yang telah disediakan agar peserta dapat mengenalpasti

kelebihan dan kekurangan yang perlu dipertimbangkan pada masa akan datang.

4

Page 5: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

Rajah 1 : Inventori Tugasan bagi Kursus Kek Cawan

5

Membakar kek cawan

Membuat dekorasi pada kek cawan

Menyediakan bancuhan dan adunan kek cawan

Menghasilkan kek cawan yang lazat menarik dan bermutu.

Menyediakan adunan untuk membuat dekorasi kek

Menyukat bahan-bahan membuat kek cawan dan dekorasi kek cawan

Memilih dan menyediakan alatan membuat kek

Memilih dan menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek cawan dan dekorasi kek cawan

Page 6: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

Anggaran kos bagi melaksanakan kursus ialah RM1000.00 di mana setiap peserta

dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 seorang. Jangkaan produk kek cawan yang dihasilkan

oleh setiap peserta ialah 40 biji. Jumlah keseluruhan kek cawan yang dapat dijual ialah 800 biji

dengan harga RM1.50 sebiji. Hasil dari jualan keseluruhan produk ialah RM1200.00. Oleh itu

pengiraan pulangan daripada pelaburan menjalankan kursus (ROI) ialah 120%.

FASA BINA

Pembinaan atau “Develop” ialah untuk menghasilkan dan mengesahkan sumber

pembelajaran yang telah direkabentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian

membentuk grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian

“courseware” yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut. Media yang efektif membantu

membina dan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran. Media instruksional membantu

memperkembangkan pengalaman pembelajaran sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.

Media ini dipilih bagi menyokong proses pengajaran. Antara sebab-sebab pemilihan media

adalah untuk mempersembahkan dan memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran penting. Ia

juga berperanan sebagai alat untuk peneguhan supaya kemahiran pembelajaran dapat

dipertingkatkan. Pengukuhan maklumat dengan menggunakan media yang berbeza akan

memberi pengukuhan pembelajaran tanpa wujud pengulangan. Media yang dipilih dapat

menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran yang melibatkan auditori, visual dan kinestatik.

Melalui kertas kerja kursus kek cawan ini, media yang dipilih adalah dengan

menyediakan satu modul meghasilkan kek cawan. Modul ini digunakan sebagai panduan peserta

dalam menghasilkan kek cawan mengikut langkah-langkah pembuatan kek cawan dengan betul

seperti di bawah (rajah 2).

6

Page 7: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

PENCAPAIAN STANDARD :

Menghasilkan kek cawan yang lazat, menarik dan bermutu

RESEPI : KEK CAWAN

7

PERALATAN

Mangkuk adunan, bekas kecil, sudu kecil, sudu besar, cawan penyukat, pengayak tepung, ‘mixer’, pemukul telur, senduk kayu, paper cup, loyang

kek cawan, oven dan bekas piping

BAHAN-BAHAN : ½ cawan tepung kek

1 sudu besar serbuk kopi

¼ cawan serbuk koko

½ cawan gula

½ sudu kecil esen vanilla

2 sudu besar coklat cip (cairkan)

3 biji telur

¼ cawan air panas

BAHAN DEKORASI : ¾ cawan whipping cream

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar gula kastor

PANDUAN KERJA

Page 8: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

CARA MEMASAK KEK CAWAN

1. Sukat semua bahan.

2. Masukkan serbuk koko, serbuk kopi, esen vanilla, coklat cip yang telah

dicairkan dan air panas dalam satu bekas kecil.

3. Kacau semua bahan menggunakan pemukul telur dan ketepikan.

4. Pukul gula bersama telur menggunakan ‘mixer’ selama 5-10 minit hingga

adunan menjadi kembang.

5. Masukkan adunan coklat yang telah diketepikan sebentar tadi ke dalam adunan

gula dan telur.

6. Pukul sampai sebati.

7. Ayak tepung kek dalam adunan dan kaup dengan senduk kayu perlahan-lahan

hingga sebati.

8. Sediakan ‘paper cup’ dan masukkan dalam 8oyang kek cawan

9. Ceduk adunan dalam setiap paper cup dan bakar pada suhu 180’C selama 20-

30 minit.

*untuk pastikan kek masak atau tidak, cucuk kek menggunakan lidi. Kalau takde apa

yang melekat pada lidi bermakna kek tersebut telah masak.

8

LANGKAH KERJA

Page 9: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

CARA MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK DEKORASI KEK CAWAN

1. Masukkan ‘whipping cream’, esen vanilla dan gula kastor dalam satu bekas.

2. Kacau hingga sebati. Masukkan bancuhan dalam bekas ‘piping’

3. Biarkan kek cawan sejuk dahulu.

4. Mulakan dekorasi kek cawan mengikut kreativiti masing-masing

A Kos Bahan

BIL BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH

(RM)

1 Tepung kek 2 kg Rm7.50 RM15.00

2 Serbuk kopi 1 kg RM5.40 RM5.40

3 Gula 3 kg RM2.30 RM6.90

4 Serbuk koko 2 tin RM10.90 RM21.80

5 Whipping cream 10 kotak RM12.90 RM120.90

6 Gula kastor 2 kg RM2.30 RM4.60

7 Esen vanilla 3 botol RM2.60 RM7.80

8 Telur 60 biji RM0.50 RM30.00

9 Coklat chip 2 kg RM32.00 RM64..00

9

PENGIRAAN KOS

Page 10: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

10 ‘paper cup’ 10 pek RM2.36 RM23.60

JUMLAH RM300.00

B Kos Upah

Kos upah 1 orang X 5 jam X RM40.00 = RM200.00

C Kos Sampingan

i. Elektrik = RM 20.00

ii. Gas = RM 65.00

iii. Air = RM 15.00

iv. Sewa tempat = RM 200.00

v. Makan/Minum = RM 200.00

JUMLAH = RM 500.00

D Kos Projek

Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan = Jumlah Keseluruhan

RM300.00 + RM200.00 + RM500.00 = RM1000.00

E Pengiraan pulangan daripada pelaburan mengikuti kursus

Kos kursus = 20 peserta X RM 50.00 = RM1000.00

Faedah dari kursus = 1 adunan dapat 40 biji kek cawan

10

Page 11: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

20 peserta = 20 adunan

20 adunan X 40 biji kek cawan = 800 biji kek cawan

1 biji kek cawan dijual pada harga RM1.50

800 biji kek cawan X RM1.50 = RM1200.00

ROI menjalankan latihan = 1200 X 100

1000

= 120%.

Rajah 2 : Modul menghasilkan kek cawan

Selain penghasilan modul, media lain yang digunakan adalah melalui video di mana cd panduan

membuat kek cawan juga disediakan untuk para peserta. Peserta boleh melihat, mendengar dan membuat

kek secara langsung berpandukan video. Rajah 3(i) dan 3(ii) di bawah menunjukkan gambar contoh cover

kulit VCD “Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah”.

Rajah 3(i): contoh cover hadapan cd Rajah 3(ii): contoh cover belakang cd

11

CD Panduan Bisnes Cupcake Dari RumahDi dalam CD ini, akan menunjukkan bagaimanakah untuk anda memulakan perniagaan cupcake atau kek cawan dari rumah. Malah ia juga menunjukkan bagaimanakah pembuatan cupcake dilakukan menerusi video langkah demi langkah.

Anda boleh buat cupcake walaupun tidak menghadiri sebarang kursus atau latihan. Dengan produk kami anda hanya perlu menontonnya dan membuat cupcake anda. Kini tiada alasan untuk anda tidak membuat kek cawan anda sendiri samada untuk perkahwinan anda ataupun untuk perniagaaan. Buat cupcake tidaklah sesukar mana.

Lihat apa yang kami tawarkan dalam CD Buat Cupcake ini. Ia adalah pelaburan sekali untuk ilmu yang kekal selama lamanya.

Page 12: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

FASA IMPLEMENTASI

Implementasi atau “Implement” adalah proses pembelajaran sebenar yang akan mula

membina pengetahuan dan kemahiran baru. Komponen umum pada fasa ini melibatkan

persediaan pengajar dan peserta. Pengajar yang dipilih mesti mempunyai kepakaran dalam

bidang tersebut dan mampu menjadi fasilitator dalam proses pengajaran. Fasa ini juga bertujuan

untuk mengenalpasti dan menyediakan peserta untuk pengajaran dan berinteraksi secara efektif

dengan sumber pembelajaran yang baru dibina.

Dalam projek kursus membuat kek cawan, fasilitator yang dipilih adalah Puan Hajah Nor

Pishah Binti Hashim yang merupakan pemilik Norcooking Centre dan juga merupakan tenaga

pengajar dalam bidang bakeri dan masakan. Kursus kek cawan ini dijalankan mengikut jadual

tentatif yang telah ditetapkan supaya perjalanan pelaksanaan kursus berjalan dengan teratur dan

sempurna. Tentatif program yang disediakan adalah seperti di bawah (Rajah 4).

Rajah 4: Tentatif program

12

TENTATIF PROGRAM

MASA PROGRAM

8.00 pagi Pendaftaran peserta

8.30 pagi Mengenali dan memilih bahan-bahan membuat kek cawan dan dekorasi pada kek

9.00 pagi Memilih peralatan membuat kek cawan

9.30 pagi Langkah kerja membuat kek cawan dan dekorasinya secara amali

12.00 tengahari Teknik membuat dekorasi kek cawan secara amali

1.30 petang Selesai

Page 13: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

FASA PENILAIAN

Penilaian atau “Evaluate” bertujuan untuk menilai kualiti proses intruksional semasa

ataupun selepas implementasi. Fasa ini juga bertujuan bagi menentukan samada kualiti sumber

pembelajaran memenuhi standard yang ditetapkan dalam rekabentuk. Penilaian dilakukan bagi

menyelesaikan masalah pembelajaran melalui pelbagai peringkat.

Peserta kursus membuat kek cawan ini dinilai melalui pemerhatian dan senarai semak.

Peserta dinilai semasa proses amali dan selepas proses iaitu hasil kek cawan yang telah siap

beserta dekorasinya. Penilaian dilakukan berdasarkan instrumen penilaian yang telah disediakan

seperti di lampiran 4.

RUMUSAN

Kursus kek cawan yang dijalankan ini nyata mampu memberi impak yang besar kepada peserta

dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan bagi menyediakan kek cawan. Seterusnya dapat

membantu setiap peserta untuk melahirkan idea dan kreativiti masing-masing untuk diadaptasi

ketika di rumah masing-masing setelah tamat kursus. Selain itu, ia juga dapat mempelbagaikan

aktiviti peserta di masa lapang dan secara tidak langsung ia mampu memberi ruang untuk peserta

mencari pendapatan sampingan. Sehubungan itu, kursus-kursus sebegini perlu dipelbagaikan

demi untuk mencapai hasrat negara menjelang tahun 2020, Malaysia mengimpikan suatu cita-

cita menjadi sebuah negara maju yang diiktiraf dunia dan setanding dengan negara-negara kuasa

besar.

13

Page 14: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

Lampiran 1 : Modul menghasilkan Kek Cawan (Fasa Bina)

14

Page 15: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

PENCAPAIAN STANDARD :

Menghasilkan kek cawan yang lazat, menarik dan bermutu

RESEPI : KEK CAWAN

15

BAHAN-BAHAN : ½ cawan tepung kek

1 sudu besar serbuk kopi

¼ cawan serbuk koko

½ cawan gula

½ sudu kecil esen vanilla

2 sudu besar coklat cip (cairkan)

3 biji telur

¼ cawan air panas

BAHAN DEKORASI : ¾ cawan whipping cream

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar gula kastor

PERALATAN

Mangkuk adunan, bekas kecil, sudu kecil, sudu besar, cawan penyukat, pengayak tepung, ‘mixer’, pemukul telur, senduk kayu, paper cup, loyang

kek cawan, oven dan bekas piping

PANDUAN KERJA

Page 16: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

CARA MEMASAK KEK CAWAN

1. Sukat semua bahan.

2. Masukkan serbuk koko, serbuk kopi, esen vanilla, coklat cip yang telah dicairkan dan air

panas dalam satu bekas kecil.

3. Kacau semua bahan menggunakan pemukul telur dan ketepikan.

4. Pukul gula bersama telur menggunakan ‘mixer’ selama 5-10 minit hingga adunan

menjadi kembang.

5. Masukkan adunan coklat yang telah diketepikan sebentar tadi ke dalam adunan gula dan

telur.

6. Pukul sampai sebati.

7. Ayak tepung kek dalam adunan dan kaup dengan senduk kayu perlahan-lahan hingga

sebati.

8. Sediakan ‘paper cup’ dan masukkan dalam loyang kek cawan

9. Ceduk adunan dalam setiap paper cup dan bakar pada suhu 180’C selama 20-30 minit.

*untuk pastikan kek masak atau tidak, cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang

melekat pada lidi bermakna kek tersebut telah masak.

CARA MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK DEKORASI KEK CAWAN

1. Masukkan ‘whipping cream’, esen vanilla dan gula kastor dalam satu bekas.

2. Kacau hingga sebati. Masukkan bancuhan dalam bekas ‘piping’

3. Biarkan kek cawan sejuk dahulu.

4. Mulakan dekorasi kek cawan mengikut kreativiti masing-masing

16

LANGKAH KERJA

Page 17: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

A Kos Bahan

BIL BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH

(RM)

1 Tepung kek 2 kg Rm7.50 RM15.00

2 Serbuk kopi 1 kg RM5.40 RM5.40

3 Gula 3 kg RM2.30 RM6.90

4 Serbuk koko 2 tin RM10.90 RM21.80

5 Whipping cream 10 kotak RM12.90 RM120.90

6 Gula kastor 2 kg RM2.30 RM4.60

7 Esen vanilla 3 botol RM2.60 RM7.80

8 Telur 60 biji RM0.50 RM30.00

9 Coklat chip 2 kg RM32.00 RM64..00

10 ‘paper cup’ 10 pek RM2.36 RM23.60

JUMLAH RM300.00

B Kos Upah

Kos upah 1 orang X 5 jam X RM40.00 = RM200.00

17

PENGIRAAN KOS

Page 18: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

C Kos Sampingan

vi. Elektrik = RM 20.00

vii. Gas = RM 65.00

viii. Air = RM 15.00

ix. Sewa tempat = RM 200.00

x. Makan/Minum = RM 200.00

JUMLAH = RM 500.00

D Kos Projek

Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan = Jumlah Keseluruhan

RM300.00 + RM200.00 + RM500.00 = RM1000.00

E Pengiraan pulangan daripada pelaburan mengikuti kursus

Kos kursus = 20 peserta X RM 50.00 = RM1000.00

Faedah dari kursus = 1 adunan dapat 40 biji kek cawan

20 peserta = 20 adunan

20 adunan X 40 biji kek cawan = 800 biji kek cawan

1 biji kek cawan dijual pada harga RM1.50

800 biji kek cawan X RM1.50 = RM1200.00

ROI menjalankan latihan = 1200 X 100

1000

= 120%.

18

Page 19: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

Lampiran 2: Contoh cover VCD yang disediakan (Fasa Bina)

19

Page 20: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

CD Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah

Di dalam CD ini, akan menunjukkan bagaimanakah untuk anda memulakan perniagaan cupcake atau kek cawan dari rumah. Malah ia juga menunjukkan bagaimanakah pembuatan cupcake dilakukan menerusi video langkah demi langkah.

Anda boleh buat cupcake walaupun tidak menghadiri sebarang kursus atau latihan. Dengan produk kami anda hanya perlu menontonnya dan membuat cupcake anda. Kini tiada alasan untuk anda tidak membuat kek cawan anda sendiri samada untuk perkahwinan anda ataupun untuk perniagaaan. Buat cupcake tidaklah sesukar mana.

Lihat apa yang kami tawarkan dalam CD Buat Cupcake ini. Ia adalah pelaburan sekali untuk ilmu yang kekal selama lamanya

20

Page 21: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

Lampiran 3 : Gambar aktiviti (Fasa Implementasi)

Pendaftaran peserta

Penyediaan bahan-bahan untuk membuat kek cawan

dan taklimat dari fasilitator

21

Page 22: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

Mengadun bahan-bahan membuat kek cawan

Proses membakar kek cawan di dalam oven

22

Page 23: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

Proses mendekorasi kek cawan

Kek cawan yang dihasilkan

23

Page 24: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

Lampiran 4: Instrumen penilaian modul kek cawan (Fasa Penilaian)

MODUL MENGHASILKAN KEK CAWAN

OBJEKTIF

MODUL

Menghasilkan kek cawan yang lazat, menarik dan bermutu

BIL PENYATAAN KRITERIA PEMERHATIAN CATATAN

1 A. Proses

Mengenalpasti dan memilih alat :

i. Alatan yang sesuai

ii. Menyusun alatan dengan kemas dan

teratur

2 Memilih bahan-bahan :

i. Bahan yang sesuai untuk membuat kek

cawan

ii. Menyukat bahan dengan betul

3 Menyediakan kek cawan

1. Menyukat semua bahan dengan betul

2. Menggaulkan semua bahan seperti

serbuk koko, serbuk kopi, esen vanilla,

coklat cip yang telah dicairkan dan air

panas dalam satu bekas menggunakan

pemukul telur.

3. Memukul gula bersama telur dalam 24

Page 25: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

mangkuk adunan selama 5 – 10 minit

menggunakan ‘mixer’ hingga kembang.

4. Memasukkan adunan coklat ke dalam

adunan telur dan gula dan pukul hingga

cukup sebati.

5. Ayak tepung kek ke dalam adunan dan

kaup perlahan-lahan hingga sebati

dengan menggunakan senduk kayu.

6. Sediakan paper cup dalam loyang kek

cawan.

7. Mencedok adunan dalam paper cup dan

membakar pada suhu 180’C selama 20-

30 minit.

4 Menyedia dan membuat dekorasi kek cawan

1. Kacau hingga sebati bahan seperti

‘whipping cream’, esen vanilla dan gula

kastor dalam satu bekas.

2. Masukkan bancuhan dalam bekas

piping.

3. Mulakan dekorasi apabila kek telah

sejuk

5 B. Hasilan

i. Rupa dan warna kek cawan

ii. Tekstur kek cawan

iii. Rasa kek cawan

Lampiran 5: Kertas cadangan projek kursus kek cawan

25

Page 26: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

KERTAS CADANGAN PROJEK KURSUS KEK CAWAN

26

Page 27: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

1.0 PENDAHULUAN

Menjelang tahun 2020, Malaysia mengimpikan suatu cita-cita menjadi sebuah negara maju yang

diiktiraf dunia dan setanding dengan negara-negara kuasa besar. Jolokan negara maju merupakan

satu titik pencapaian yang sangat signifikan dalam perkembangan dunia hari ini dan ia menjadi

kayu ukur utama daripada perspektif ekonomi.

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari peluang pekerjaan di luar. Keadaan menjadi teruk

bagi mereka yang tidak berpendidikan. Bagi yang telah berkeluarga, mereka perlu

menyelesaikan masalah penjagaan anak pula sekiranya mereka mendapat kerja. Sumber

kewangan yang terhad menyebabkan golongan ini hanya mampu menikmati kualiti hidup yang

rendah impak dari kos sara hidup yang tinggi.

Situasi begini wujud kerana kebanyakan peserta tiada pengetahuan atau kemahiran untuk

membuat kerja sampingan di rumah. Kertas cadangan bagi kursus kek cawan ini bertujuan untuk

membantu peserta agar dapat melahirkan idea untuk diadaptasi ketika di rumah masing-masing.

Selain itu, ia juga dapat mempelbagaikan aktiviti peserta di masa lapang dan secara tidak

langsung ia mampu memberi ruang untuk peserta mencari pendapatan sampingan seterusnya

dapat meningkatkan ekonomi keluarga. Dalam kursus ini peserta akan diberi pengetahuan dan

kemahiran secara amali (hands on) mengenai cara pembuatan kek mengikut kaedah-kaedah

tertentu. Ia merangkumi juga persiapan awal sebelum membuat kek, teknik mengeluarkan kek

dari acuan, cara mengendalikan alatan dengan betul dan sebagainya.

2.0 OBJEKTIF

27

Page 28: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

2.1 Peserta akan mengetahui kaedah menghasilkan kek cawan bermula dari persiapan awal

membuat kek secara asas seterusnya lengkap dengan dekorasi pada kek cawan.

2.2 Mempelajari dan memahami kaedah menimbang bahan, membuat bancuhan dan

membakar dengan betul.

2.3 Setiap peserta akan mendapat kemahiran menyediakan kek cawan dengan cara

sistematik, menarik, lazat dan bermutu.

3.0 TARIKH, HARI, TEMPAT DAN MASA PROGRAM

Tarikh : 31 Oktober 2015

Hari : Sabtu

Tempat : Bilik ERT, SMK Taman Bunga Raya 1

Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 petang

4.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA

20 orang peserta terdiri daripada surirumah, ibu tunggal dan belia perempuan yang

menganggur di sekitar perumahan Dahlia, Taman Bunga Raya.

Berumur dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun.

Boleh bertutur dan memahami Bahasa Melayu dengan baik

Boleh memahami Bahasa Inggeris yang mudah

Tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan kemahiran asas dalam membuat kek

Berminat dalam bidang bakeri

5.0 TENAGA PENGAJAR (FASILITATOR)

Puan Hajah Nor Pishah Binti Hashim atau Puan Nor adalah pemilik Norcooking Centre dan juga merupakan tenaga pengajar dalam pelbagai bidang bakeri dan masakan. Beliau mempunyai 25 tahun pengalaman dalam mengajar dan mengendalikan pelbagai kursus masakan dan bakeri serta memberi khidmat konsultasi dalam bidang tersebut.

Pengetahuan Dalam Bidang Masakan, Bakery dan Pastry:

28

Page 29: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

• Menghadiri kursus bakery dan pastry dalam dan luar negara.

• Mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pakar masakan dan chef.

• Mempunyai Sijil Coach Latihan Industri SLDN, Kementerian Sumber Manusia 

• Mengendalikan kursus bakery dan pastry yang diadakan di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur, Hotel De Palma Ampang dan Shah Alam, Sutra Inn, Kota Bharu, Kelantan

• Mengendalikan pelbagai jenis kursus bakeri dan masakan setiap hujung minggu di kedai sendiri sejak tahun 1998 untuk orang perseorangan, pertubuhan dan kelab, institusi dan organisasi kerajaan serta swasta.

6.0 KOS KEWANGAN

Bil Sumber Kewangan RM

1 Kutipan Bayaran Kursus (RM 50.00 x 20 peserta) 1000.00

JUMLAH 1000.00

Bil Anggaran Perbelanjaan RM

1 Bahan-bahan membuat kek : (RM 15.00 x 20 peserta) 300.00

2 Makan dan minum semasa kursus: (RM 10.00 x 20 peserta) 200.00

3 Bayaran Tenaga Pengajar : (RM 200 x seorang fasilitator) 200.00

4 Bayaran sewa tempat 200.00

5 Bayaran bil api, gas dan air 100.00

JUMLAH 1000.00

7.0 TENTATIF PROGRAM

29

Page 30: Tugasan 1 Projek Rekabentuk ADDIE

MASA PROGRAM

8.00 pagi Pendaftaran peserta

8.30 pagi Mengenali dan memilih bahan – bahan membuat kek cawan dan

dekorasi pada kek.

9.00 pagi Memilih peralatan membuat kek cawan.

9.30 pagi Langkah kerja membuat kek cawan dan dekorasinya secara amali

12.00 tengahari Teknik membuat dekorasi kek cawan secara amali

1.30 petang Selesai

30