tugasan kumpulan-kepelbagaian pelajar(soalan formatif no. 2)

Upload: nurqurratu-aini

Post on 15-Jul-2015

588 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

TUGASAN BERKUMPULAN : SOALAN TAKSIRAN FORMATIF

KUMPULAN : A

AHLI KUMPULAN NORMAISARAH BT MOHAMED NURQURRATUAINI BT LUDIN NUR HAIZUM BT MUSTAMIN SAADIAH BT MINGAH L20111006446 L20111006448 L20111006455 L20111006473

PENSYARAH : DR ABDUL KADIR BIN ARIFIN

SOALAN 2 Dengan menggunakan contoh khusus, huraikan perbezaan pelajar berdasarkan perbezaan pelajar berdasarkan latar belakang 1) Kebolehan kognitif Piaget 2) Tahap kesediaan Carrol / Blommk 3) Motivasi dan konsep kendiri Bandura 4) Gaya belaar/ gaya kognitif

1) KEBOLEHAN KOGNITIF PIAGET Pengenalan Teori ini adalah berkaitan dengan pembelajaran individu berdasarkan pengalaman. Perkembangan individu membina skema kognitif untuk memahamkan dan bertindak balas kepada pengalaman-pengalaman fizikal antara persekitaran. Kebijaksanaan sesuatu perkara adalah dibentuk melalui pengalaman. Pembelajaran berkesudahan daripada tekanan yang seimbang antara pengumpulan konsep kepada pengalaman di dalam dunia dan proses mengasimilasikan pengalaman daripada dunia kepada konsep-konsep yang wujud. Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif dan harus disesuaikan dengan tahap perkembangan individu. Seseorang individu itu hendaklah memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan jangan bergantung pada guru semata-mata. Antara tugas guru ialah memberikan pengetahuan, menunjuk, mencari atau memberikan alat-alat bagi menimbulkan minat dan rangsangan kepada pelajar untuk memecahkan dan mengatasi persoalan-persoalan mereka. Terdapat empat tahap perkembangan kognitif Piaget :

-

-

a) Sensori motor sejak lahir hingga dua tahun b) Praoperasi dua hingga tujuh tahun c) Operasi konkrit lapan hingga 11 tahun d) Operasi formal 12 tahun hingga dewasa

Tahap Sensori Motor Bermula sejak lahir hingga dua tahun. Bayi berfokus terhadap apa yang dipersepsikan melalui deria.

-

Contohnya, bayi berumur 9 bulan dan melihat sesuatu objek tetapi ibunya telah menyembunyikan objek tersebut. Bayi itu pasti akan mencari objek tersebut. Bayi dalam lingkungan 18 hingga 24 bulan menunjukkan tanda-tanda representasi pemikiran iaitu representasi dalaman terhadap rangsangan luaran.

Tahap Praoperasi Dalam lingkungan dua hingga tujuh tahun. Pada tahap ini, komunikasi verbal adalah bersifat egosentrik. Kanak-kanak akan bercakap mengikut mindanya sendiri tanpa mempedulikan apa yang disebut oleh orang lain. Kanak-kanak lebih memberi tumpuan pada satu aspek yang dapat dilihat daripada objek atau situasi. Kanak-kanak juga semakin aktif dan mengalami pelbagai ujian, bereksperimen dengan menggunakan bahasa dan objek atau benda di persekitarannya.

Tahap Operasi Konkrit Bermula pada lapan sehingga 11 tahun. Kanak-kanak dapat memanipulasi dan membentuk representasi mental secara mendalam. Mereka lebih memikirkan benda-benda maujud dan konkrit. Kanak-kanak akan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek dan mereka mula memikirkan bagaimana objek itu terjadi. Seterusnya, implikasi logikal akan menyedarkan mereka tentang objek-objek yang disentuh.

Tahap Operasi Formal Umur 12 tahun hingga dewasa. Melibatkan operasi mental yang abstrak dan simbol yang tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Mereka mula lebih memahami sesuatu perkara sama ada secara langsung atau tidak. Pada tahap ini, ia amat sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar dalam sesuatu subjek. Ini kerana, pelajar sudah boleh memahami sesuatu perkara dengan baik.

-

Sebagai contoh, subjek Perdagangan, topik pergudangan, guru boleh membawa pelajarnya melawat gudang dan pelajar dapat mengetahui proses keseluruhan operasi gudang tersebut. Dari situ, pelajar dapat mengaplikasikan apa yang di ajar secara teori dan mengaitkan teori tersebut dengan perkara sebenar. Pelajar akan belajar melalui pengalaman di dalam dunia sebenar.

-

2. TAHAP KESEDIAAN CARROL/BLOOM Definisi :John M. Carrol mengasaskan Teori Pembelajaran Minimalisme yang mana ia merupakan satu rangka kerja untuk reka bentuk berarahan khususnya untuk penyediaan bahan-bahan latihan kepada pengguna komputer. Teori ini mencadangkan : Tugas-tugas pembelajaran seharusnya dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna dan serba lengkap. Para pelajar seharusnya diberikan projek-projek yang realistik dan boleh diaplikasikan. Arahan yang diberikan seharusnya membolehkan penaakulan kepada arahan sendiri. Bahan-bahan latihan dan aktiviti yang diberikan haruslah tidak mempunyai sebarang ralat dan kesilapan. Seharusnya terdapat saling berkaitan antara latihan dengan sistem sebenar.

Teori ini juga mengatakan bahawa pelajar dewasa lebih suka untuk meneroka terlebih dahulu akan jangkaan-jangkaan hasil tugasan. Seperti contoh, majoriti pelajar mempunyai perasaan mahukan sesuatu dengan mendapatkannya secara mudah. Idea utama teori ini adalah untuk memimumkan pengarahan pembelajaran dan lebih menekankan kepada aktiviti pembelajaran kendiri dan pencapaian.

Analisis perbezaan pelajar berdasarkan latar belakang menurut Teori Tahap Kesediaan Carrol/Bloom. Dari segi Kesediaan pelajar, menurut Carrol (1989), beliau mengenal pasti lima elemen pelajar yang mendorong kecemerlangan mereka, ia terdiri daripada kemampuan pelajar, kebolehan memahami arahan, ketekunan, peluang belajar dan pengajaran yang berkualiti. Kemampuan pelajar merujuk kepada kemahuan dan kebolehan pelajar untuk belajar. Pelajar yang berkemahuan tinggi untuk belajar akan belajar dalam masa yang singkat. Kebolehan memahami arahan bermaksud pelajar memahami arahan dan pengajaran guru. Ketekunan beerti persediaan pelajar memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Ketekunan adalah hasil daripada motivasi pelajar untuk belajar.

Peluang belajar pula bermakna peluang pelajar untuk belajar pada masa tertentu, peluang untuk bertanya kepada guru dan peluang untuk mengulangkaji pelajaran. Manakala pengajaran berkualiti beerti tahap kualiti sesuatu pengajaran itu dapat disampaikan oleh guru di mana pengajaran guru mudah difahami walaupun tajuk itu sukar untuk difahami.

Teori Albert Bandura (Teori pembelajaran sosial =teori kognitif sosial) A. Konsep-konsep 1. Timbal Balik (Triadic Deterministic) Menyatakan bahawa faktor kognitif & peribadi, tingkah laku & persekitaran adalah saling berhubung kait dan mempengaruhi antara satu sama lain. Peristiwa lalu yang telah dialami dan diingati sama ada manis ataupun pahit akan mempengaruhi bagaimana seseorang bertingkah laku, menilai dan bertindak terhadap peristiwa tersebut pada masa hadapan Oleh itu, bagaimana seseorang bertingkah laku sama ada positif atau negatif terhadap peristiwa yang dialami akan mempengaruhi cara pemikiran dan tingkah laku seseorang terhadap sesuatu situasi. Contohnya; Iqbal seorang kanak-kanak yang sangat gemar menonton rancangan karton pada setiap jam 9.00 pagi, namun demikian disebebkan dia telah kembali ke sekolah dia tidak lagi dapat menonton rancangan kegemarannya. Kerana faktor perubahan masa tersebut dia hanya boleh menonton rancangan karton pada sebelah petang. Oleh kerana minat dan tabiat iqbal adalah menonton televisyen, dia tetap meneruskan minatnya menonton karton pada sebelah petang sahaja. Oleh yang demikian, tingkah laku seseorang terhadap sesuatu adalah gabungan kompleks antara proses dalaman dan pengaruh persekitaran. Ini kerana, Bandura percaya bahawa tingkah laku dipelajari melalui pemerhatian dan bukan dengan cuba jaya kerana ianya terlalu bahaya bagi sesetengah perkara.

2. Sistem kawalan diri (self regulation) Adalah prinsip tentang tingkah laku yang patut dan tingkah laku yang tidak patut dalam beberpa situasi dan tindakan yang patut diambil berdasarkan prinsip yang dipegang.

Konsep yang membentuk kawalan diri seperti ukuran, pemerhatian kendiri, penilaian kendiri dan reaksi terhadap diri sendiri. Contohnya, ganjaran terhadap diri sendiri. Melibatkan tiga (3) langkah iaitu:i. Pemerhatian ke atas diri sendiri Mengkaji tingkah laku dan tindakan yang telah dibuat untuk tindakan yang lebih baik pada masa hadapan.

ii.

Penilaian Membuat penilaian terhadap tingkah laku sendiri dengan tingkah laku yang dikehendaki oleh masyarakat, ibu bapa dan dirinya sendiri.

iii.

Respon kendiri Tindak balas yang dibuat terhadap diri kerana telah melakukan kebaikan atau kesalahan yang dia rasa dirinya patut dihukum atau diberi ganjaran.

3. Perbezaan imprinting dan peniruan (imitating) Imprinting Diperkenalkan oleh Konrad Lorenz Merupakan sesuatu yang telah terprogram secara biologi dalam diri seseorang sejak lahir. Contohnya; bayi yang baru lahir akan menganggap insan pertama yang dilihatnya sebagai ibunya.

Imitating (Peniruan) Peniruan tidak terbentuk secara biologi tetapi melalui pemerhatian dan individu berhak untuk memilih tingkah laku mana yang hendak ditirunya.

B. Teori Kognitif Sosial (teori modeling)

Teori ini menyatakan bahawa, pembelajaran tidak hanya berlaku melalui proses pelaziman (R-G) semata-mata tetapi juga melalui peniruan. Modeling merupakan unsur terpenting dalam teori ini kerana apabila seseorang telah meniru tingkah laku seseorang yang lain secara langsung individu yang ditiru tadi akan menjadi model kepada si peniru. Teori ini diperkukuhkan lagi dengan dua ekperimen yang telah dijalankan oleh Albert Bandura iaitu: 1) Kajian ke atas tingkah laku agresif Kanak-kanak berumur antara 3 6 tahun dipilih dan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu: I. II. III. Kumpulan 1 menonton tingkah laku agresif model sebenar Kumpulan 2 menonton filem karton yang agresif Kumpulan 3 kumpulan kawalan di mana kanak-kanak tidak didedahkan kepada tingkah laku agresif

Selepas menonton, mereka didedahkan dengan situasi sebenar di mana mereka diberikan mainan yang cantik-cantik, sedang mereka asyik bermain mainan tersebut diambil dan digantikan dengan anak patung yang sama dengan video yang dipertontonkan tadi untuk melihat reaksi mereka. Didapati bahawa, kumpulan 1 dan 2 memberikan tindak balas yang agresif sama seperti dalam filem yang telah ditonton. Oleh itu, Bandura menyimpulkan bahawa pembelajaran berlaku melalui proses peniruan model Kanak-kanak lebih tertumpu pada apa yang dilakukan oleh orang dewasa berbanding apa yang mereka ucapkan.

-

2) Patung Bobo Eksperimen ini melibatkan 3 kumpulan kanak-kanak yang membabitkan aktiviti yang sama tetapi peneguhan yang berlainan. Tiap-tiap kumpulan diberikan satu rakaman video yang sama seperti berikut: a. Kumpulan 1 orang dewasa yang memukul, menumbuk dan menendang patung bobo telah diberi hadiah b. Kumpulan 2 orang dewasa diberikan hukuman kerana telah bertingkah laku agresif terhadap patung bobo. c. Kumpulan 3 tidak diberikan apa-apa ganjaran ataupun hukuman

-

Kesimpulan daripada pemerhatian ini, didapati bahawa apabila mereka diberikan patung yang sama seperti di dalam video, kumpulan 1 dan 3 telah melakukan tingkah laku yang agresif, bagi kumpulan 2 hanya sedikit yang melakukan tingkah laku yang sama.

C. Proses peniruan dalam teori pembelajaran sosial

a) Terdapat empat (4) proses yang terlibat iaitu;I. Pemerhatian Peniru memerhatikan tingkah laku model yang hendak ditirunya Proses pemerhatian banyak dipengaruhi oleh faktor umur, populariti, kepkaran dan akauntabiliti model yang hendak ditiru. Cth: pelajar akan memerhatikan tingkah laku guru yang digemarinya kerana baginya apa yang ditunjukkan oleh guru tersebut adalah mengikut piawai dan diterima masyarakat.

II.

Penyimpanan Menyimpan imej mental (gambaran) dan panduan berbahasa tingkah laku tadi ke dalam memori jangka panjang. Kerana ia akan dikeluarkan semula pada waktu yang dia rasakan sesuai.

III.

Pengeluaran Proses memindahkan idea simbolik kepada perlakuan yang disesuaikan dengan gerak balas terancang dalam dirinya. Latihan akan mempengaruhi tingkah laku yang ditiru adalah hampir sama dengan model.

IV.

Motivasi Dipengaruhi oleh faktor ganjaran dan kepuasan hati. Cth; artis baru meniru gaya artis lama untuk cepat dikenali dan popular

b) Pengukuhan tingkah laku Bandura mendapati bahawa pembentukan personaliti seseorang adalah hasil interaksi antara persekitaran dengan proses psikologi dalam dirinya. Terdapat 3 bentuk ganjaran iaitu: i. Peneguhan lampau ganjaran selepas sesuatu tindakan

ii. Peneguhan dijanjikan berjanji memberi ganjaran selepas sesuatu tindakan iii. Mengharap peneguhan seperti model tiruan mengharapkan ganjaran yang sama seperti model yang ditiru dapat apabila melakukan tingkah laku yang ditiru.

c) Cara-cara peniruan Terdapat tiga (3) proses atau bentuk peniruan iaitu;i. Proses tiruan mudah Peniruan yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian Berlaku secara langsung dan mudah untuk ditiru

ii. -

Proses tiruan sekatlakuan & tak sekatlakuan Hanya boleh berlaku dalam keadaan tertentu sahaja Cth: perkara yang boleh dilakukan di rumah tetapi tidak boleh dilakukan di sekolah.

iii. -

Proses tiruan melalui elisitasi Berlaku apabila ada individu lain yang melakukannya dan si peniru juga sebenarnya tahu bagaimana melakukannya Si peniru terdorong untuk melakukan tingkah laku yang sama itu.

D. Pembelajaran Dari aspek pembelajaran bilik darjah terdapat beberapa kebaikan iaitu:

a. Melatih kemahiran berbahasa untuk kanak-kanak istimewa Melalui proses mengajar yang dilakukan oleh model (guru) kerana kanakkanak jenis ini kurang peka dengan keadaan sekelilingnya

b. Menghilangkan perasaan takut dalam kalangan kanak-kanak

-

Model harus menunjukkan gerak balas yang positif apabila berhadapan dengan binatang yang ganas menunjukkan tingkah laku yang berani Selain itu, orang dewasa juga boleh meniru gaya individu yang kanak-kanak tidak suka dengan memberi gerak balas yang positif.

c. Mengurangkan tahap kerisauan & meningkatkan keyakinan diri Contoh semasa hendak menghadiri temuduga, sikap risau dan takut kepada penemuduga boleh dikurangkan dengan membuat simulasi dengan melantik individu lain menjadi penemuduga.

d. Mengubah tabiat warga tua dalam menggunakan kemudahan kesihatan Dengan menggunakan kaedah demonstrasi cara penggunaan yang betul sesuatu produk kesihatan yang digunakan agar mereka tahu dan tidak takut untuk menggunakannya.

e. Modeling di dalam bilik darjah Guru merupakan model terpelajar yang menjadi model tiruan oleh pelajar, oleh itu guru harus menunjukkan tingkah laku yang baik.

4. LATAR BELAKANG GAYA BELAJAR / GAYA KOGNITIF Pendahuluan Apabila guru mula menjejakkan kaki di dalam bilik darjah, dia akan berhadapan dengan berbagai telatah pelajar. Ada pelajar yang kelihatan ceria, peramah, suka berinteraksi dan ada juga pelajar yang pendiam dan menjadi pemerhati sahaja. Ada pelajar yang kelihatan cergas dan ada pelajar yang malas dan suka tidur dalam bilik darjah. Terdapat juga pelajar yang suka membuat bising dan mengganggu pengajaran guru. Senario ini terjadi disebabkan terdapatnya perbezaan individu dalam berbagai aspek. Untuk menjadi guru yang berkesan, individu perlu menyedari perkara ini dan memikirkan pendekatan pengajaran dan aktiviti yang sesuai untuk mereka. Setiap individu pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza, sama ada dari segi fizikal, afektif dan kognitif dan ini menghasilkan perbezaan dalam proses pembelajaran atau ringkasnya cara belajar. Cara belajar ini, dari segi istilahnya disebut sebagai gaya pembelajaran.

Gaya belajar dan gaya kognitif Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat sementara gaya belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari oleh pelajar. Witkin (1940) telah mengenalpasti dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung latar (Field Dependence) dan bebas latar (Field Independence). (a) Individu yang bergantung latar suka mempersepsi sesuatu secara global. (b) Gaya kognitif bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. Pendekatan pembelajaran dirujuk kepada proses pembelajaran yang melibatkan strategi pembelajaran yang berhubungkait dengan tugas (task) pembelajaran tertentu. Menurut Reiff (1992), setiap individu secara semulajadi mempunyai kecenderungan terhadap gaya-gaya tertentu dan kecenderungan ini banyak dipengaruhi oleh budaya persekitaran serta pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh seseorang.

Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar bukan semata-mata disebabkan kesukaran mata pelajaran tetapi kerapkali disebabkan oleh jenis proses kognitif yang diperlukan bagi memahami perkara yang diajar. (Keefe, 1988).

Banyak kajian menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran boleh mendorong peningkatan motivasi diri pelajar, seterusnya merangsang prestasi serta pencapaian dalam pelajaran. (Brown, 1994).

Kajian perbandingan pencapaian markah pelajar-pelajar yang didedahkan dengan pengajaran yang akur dengan gaya pembelajaran dengan pelajar-pelajar yang tidak diajar pengajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, menunjukkan golongan pertama mendapat markah yang lebih tinggi berbanding golongan kedua (Dunn dan Dunn, 1978).

Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar akan dapat membantu pengajar memahami kepelbagaian gaya menerima dan memproses maklumat yang berbeza di kalangan pelajar. Oleh sebab itu, para pengajar perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan pelajar (Joyce dan Weil, 1980).

KONSEP PEMBELAJARAN Honey & Mumford (1992) : Pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru, sama da dalam bentuk pemahaman, kesedaran dan kemahiran. Dalam proses pembelajaran ini terdapat beberapa kecenderungan yang dimiliki dan diamalkan seperti kecenderungan untuk memiliki pengalaman semasa mempelajarai sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan untuk membuat kesimpulan dan memastikan implementasi. Hargreaves (1996) : Pembelajaran berkaitan dengan kefahaman prinsip-prinsip dan konsep-konsep asas yang boleh diaplikasikan kepada situasi sebenar. Ia dilihat sebagai perubahan kualitatif seseorang melihat, mengalami, memahami, dan menghayati sesuatu di dunia realiti. Apabila seseorang dapat melakukan perkaraperkara ini dengan sebaik mungkin, barulah boleh dikatakan bahawa pembelajaran telah menjadi tempat.

DEFINISI GAYA PEMBELAJARAN Gaya merujuk kepada cara melakukan sesuatu. Gaya belajar bererti cara pembelajaran tertentu.

Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran adalah tingkah laku seseorang pelajar memberi tumpuan dan menunjukkan cara mereka memproses dan menguasai maklumat dan pengetahuan, membina dan merumus konsep serta prinsip. (Kamaruddin Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz, 2011).

Hunt (1981): Gaya pembelajaran merujuk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan. Peterson (1979) dan Stewart (11981): Gaya pembelajaran ialah pendekatan pengajaran yang paling digemari oleh seseorang murid. Mengikut Dunn & Dunn (1981): Gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana murid belajar dengan cara yang paling optima. Entwistle (1981): Gaya pembelajaran merujuk kepada tingkah laku konsisten sesorang pelajar dalam cara ia belajar. Gaya pembelajaran merujuk kepada cara-cara bagaimana seseorang memproses, menghayati dan mempelajari bahan pembelajaran yang baru dan mencabar.

KEPELBAGAIAN CARA BELAJAR DI SEKOLAH Mengikut Dunn (2000), kebanyakan orang mempunyai cara yang unik untuk menguasai sesuatu bahan pembelajaran yang sukar. Cara pembelajaran dalam kalangan pelajar seperti membaca, memerhati,

berbincang, perlakuan, pembelajaran secara tersendiri, pembelajaran secara berkumpulan, belajar dalam keadaan tenang, pembelajaran dengan memasang muzik dan sebagainya. Gaya pembelajaran juga melihat kepada unsur-unsur alam sekitar seperti bunyi, cahaya, perhiasan dalam bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat gaya-gaya pembelajaran yang berbeza seperti visual, taktik/kinestetik, audio, aktivis, reflektor, terois dan pragmatis. (a) Gaya pembelajaran visual (pandang/ melihat ) Pelajar belajar dengan cepat dan berkesan dengan melihat carta, graf, isyarat badan, imej-imej dan gambar rajah serta gemar membaca pada diri sendiri.

-

Pelajar melihat bahasa tubuh dan ekspresi muka gurunya untuk memahami isi pembelajaran. Ciri-ciri gaya belajar visual : Bertutur agak cepat Mementingkan penampilan dalam berpakaian Tidak mudah diganggu dengan kebisingan Mengingat yang dilihat, dari pada yang didengar Lebih suka membaca daripada dibacakan Membaca dengan cepat dan tekun Seringkali mengetahui apa yang harus dikatakan, tetapi tidak pandai memilih kata-kata. Lebih suka melakukan demonstrasi daripada berpidato Mempunyai masalah untuk mengingat instruksi verbal kecuali jika ditulis, dan seringkali minta bantuan orang lain untuk mengulanginya.

-

Strategi untuk mempermudah proses pembelajaran secara visual : Gunakan alatan visual seperti, gambar-gambar, diagram dan peta. Gunakan warna untuk ayat-ayat yang mengandungi hal-hal penting. Membaca buku-buku berilustrasi. Gunakan multi-media (contohnya: komputer dan video). Cuba mengilustrasikan idea-idea ke dalam gambar.

(b) Gaya pembelajaran taktik/ kinestetik Pelajar belajar melalui pergerakan seperti sentuhan dan merasa secara aktif dengan persekitarannya. Pelaja sukar untuk duduk diam dalam tempoh lama kerana keinginan mereka untuk aktif dan eksplorasi tinggi. Ciri-ciri gaya belajar kinestetik : Bertutur/berkomunikasi perlahan. Penampilan rapi. Tidak terlalu mudah diganggu dengan suasana bising. Belajar melalui memanipulasi dan praktis. Menghafal dengan cara berjalan dan melihat. Menggunakan jari sebagai petunjuk ketika membaca. Merasa sukar untuk menulis tetapi hebat dalam bercerita.

Menyukai buku-buku dan menggambarkan aksi dengan gerakan tubuh semasa membaca. Menyukai permainan yang menyibukkan. Tidak dapat mengingat geografi, kecuali jika mereka memang pernah berada di tempat itu. Menyentuh orang lain untuk mendapatkan perhatian. Menggunakan kata-kata yang mengandung aksi. Strategi untuk mempermudah proses belajar anak kinestetik: Proses pengajaran dan pembelajaran tidak dalam tempoh yang lama. Membantu pelajar untuk belajar sambil mengeksplorasi lingkungannya. Contohnya: belajar konsep yang baru. Izinkan pelajar untuk mengunyah gula-gula semasa belajar. Gunakan warna terang untuk menunjukkan hal-hal penting Menggunakan objek yang realiti untuk

dalam bacaan. Belajar sambil mendengarkan muzik. (c) Gaya pembelajaran audio (mendengar) Pelajar lebih cepat belajar dengan menggunakan diskusi verbal dan mendengarkan apa yang guru katakan. Mereka dapat mencernakan makna yang disampaikan melalui intonasi suara dan bunyi. Pelajar-pelajar jenis ini suka mendengar dengan cara membaca, menyebut, mendengar kuliah dan perbincangan. Mereka dapat menghafal lebih cept dengan membaca teks dengan kuat dan mendengaran kaset. Ciri-ciri gaya belajar auditori : Suka bercakap kepada diri sendiri. Penampilan rapi. Mudah terganggu oleh kebisingan. Belajar dengan mendengarkan dan mengingat apa yang dibincangkan daripada apa yang dilihat. Senang membaca dengan kuat dan mendengarkan. Menggerakkan bibir dan mengucapkan tulisan di buku ketika membaca. Merupakan penutur yang fasih. Lebih pandai mengeja dengan kuat daripada menuliskannya.

Lebih suka gurauan lisan daripada membaca komik. Mempunyai masalah dengan pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan visual. Berbicara dalam irama yang terpola Dapat mengulangi kembali dan menirukan nada, berirama dan warna suara. Strategi untuk mempermudah proses belajar anak auditori : Menggalakkan pelajar untuk terlibat dalam perbincangan ayng berfaedah. Dorong pelajar untuk membaca bahan pelajaran dengan kuat. Gunakan muzik dalam pembelajaran. Diskusikan idea dengan pelajar secara verbal. Biarkan pelajar merakam bahan pelajarannya ke dalam kaset dan dorong dia untuk mendengarkannya semula. (d) Gaya pembelajaran aktivis Pelajar akan mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran dan menganggap pengetahuan dan pengalaman baru sebagai milik peribadinya. Pelajar aktivis adalah golongan yang kreatif dan dapat mewujudkan idea serta jalan penyelesaian yang menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru. Namun ada ketikanya mereka sering mengambil sesuatu tindakan tanpa berfikir dengan lebih mendalam. Pelajar berasa seronok bergaul dengan orang yang ceria dan spontan. Guru perlu lebihkan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang berbeza-beza.

(e) Gaya pembelajaran reflektor Pelajar akan berfikir dan mengkaji semula dalam proses pembelajaran supaya dapat disesuaikan dengan skema-skema mental yang wujud. Pelajar jenis ini akan berfikir dahulu sebelum bertindak bagi memastikan segala apa yang dilakukan itu memuaskan dan memperolehi kejayaan. Guru perlu lebihkan aktiviti-aktiviti pengumpulan maklumat terperinci dan bahan-bahan rujukan. (f) Gaya pembelajaran teoris

-

Honey & Mumford (1992) mengatakan pelajar teoris menggunakan Pelajar gemar menganalisis dan mencari bukti-bukti supaya dapat

fikirannya yang logik dan rasional dalam membuat keputusan. membuat generalisasi hukum atau teori. Mereka lebih cenderung ke arah ketepatan dan kesempurnaan. Mereka rasa kurang senang dengan perkara yang tiada ketentuan dan tidak teratur. Guru perlu banyakkan penerangan konsep.

(g) Gaya pembelajaran pragmatis Menurut Hon & Mufrad mengatakan pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran Pragmatis adalah pelajar yang berminat dalam menguji keberkesanan sesuatu teori, model, teknik atau aplikasinya. Pelajar akan membina semula pengalaman dan mengambil bahagian yang aktif dalam menyelesaikan masalah. Mereka akan melakukan apa sahaja yang wajar untuk menyiapkan tugasan. Guru perlu berikan caontoh-contoh yang praktikal.

Gaya pembelajaran lain ialah pelajar yang suka belajar dengan cara konvergen dan divergen. (a) Pelajar konvergen (Pemikiran tertumpu/ pemikiran berpandu) Merujuk kepada keupayaan memfokus ke satu arah untuk mencari jawapan. Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuannya dan peraturanperaturan serta prinsip-prinsip dalam usahanya untuk mencari satu jawapan yang sesuai. Pelajar yang berfikir secara konvergen biasanya: Berupaya menyelesaikan masalahyang memerlukan satu penyelesaian yang betul. Tidak suka meneka dan tidak akan mencuba menjawab sesuatu yang tidak pasti. Pelajar dapat memberikan penyelesaian kepada satu soalan tertututp Contoh pelajar-pelajar di sekolah yang menggunakan hukum-hukum Pemikiran ini sesuai diapalikasikan dalam mata pelajaran Sains dan dengan cepat dan tepat. dan rumus-rumus untuk menyelesaikan masalah Matematik dan Fizik. Matematik.

(b) Pelajar divergen (Pemikiran berpecah) Merujuk kepada keupayaan mencadangkan idea-idea/ penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka. Pengalaman/ pengetahuan dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin. Pelajar digalakkan berfikir secara kritif dan lebih sesuai digunakan Pelajar dapat memberikan pelbagai jawapan atau alternatif kepada Contoh, jika seseorang diminta memberi cadangan tentang dalam bidang sastera dan humanistik. satu soalan terbuka. penggunaan sebatang pensel, dia berupaya menyenaraikan cadangancadangan berikut: i. ii. iii. iv. Menulis dan melukis Menebuk lubang pada kertas Sebagai senjata Sebagai alat permainan

Contoh di atas menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan pelbagai jawapan yang logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu personal/ unik berasakan keupayaan mindanya yang kreatif. Ciri-ciri pemikiran divergen Kelikatan (Fluidity) Kelenturan (Flexibility) Keaslian (Originality ) Terperinci (Detail) Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang lebar dan terperinci. Mampu memberi penjelasan dengan mengemukakan banyak idea dan contoh. Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan masalah. Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas dan unik.

Model Dun & Dunn Gaya pembelajaran adalah cara bagaimana seseorang pelajar memberikan fokus, memproses dan mengekalkan maklumat yang baru dan mengekalkan maklumat yang baru dan susah. Ia terdiri daripada ciri-ciri peribadi yang menyebabkan kaedah pengajaran guru sesuai untuk sesetengah pelajar dan bukan untuk murid yang lain. Model ini berdasarkan beberapa prinsip-prinsip asas iaitu:

(a) Setiap pelajar ada kelebihan mereka. (b) Kebanyakan individu boleh belajar. (c) Guru boleh membuat pengajaran secara individu. (d) Guru harus mengajar mengikut gaya pembelajaran murid-muridnya. (e) Kebanyakan pelajar boleh memperkukuhkan gaya pembelajaran masingmasing. Gaya pembelajaran pelajar boleh berubah mengikut masa. Beberapa elemen dan stimuli yang berkaitan dalam Model Dunn & Dunn adalah seperti berikut: (a) Persekitaran Elemen persekitaran terdiri daripada lampu, bunyi,

suhu dan tempat duduk. Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada pelajar yang memerlukan bilik berhawa dingin untuk belajar dan ada pelajar pula yang perlu mendengar muzik apabila mereka belajar. (b)Fisiologi Elemen yang terdiri daripada gaya pembelajaran ini ialah persepsi (auditori, visual dan kinestetik). Ada pelajar yang lebih gemar belajar pada waktu malam dan ada yang suka belajar pada waktu pagi. Ada pelajar yang suka rangsangan audio. (c) Emosi Elemen emosi terdiri daripada motivasi, tanggungjawab, daya ketahanan dan struktur. Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada pelaar yang mempunyai daya ketahanan, motivasi dan tanggungjawab yang tinggi tetapi ada pula yang mempunyai daya ketahanan yang rendah. Sebagai contoh, ada pelajar yang mesti menyiapkan satu projek sebelum memulakan yang baru. Ada pelajar yang dapat membuat beberapa projek pada masa yang sama. (d) Sosiologi Elemen ini merujuk bagaimana pelajar belajar dalam konteks sosial. Guru harus meneliti pelajar-pelajarnya dan melihat corak pembelajaran mereka yakni adakah mereka suka belajar secara bersendirian, rakan sebaya atau dengan orang dewasa. (e)Psikologi Elemen ini terdiri daripada empat jenis pelajar iaitu reflektif, impulsif, global dan analitik. Mengikut Kagan (1965)

i)

Gaya pembelajaran reflektif: Pelajar mengambil masa yang lama sebelum menjawab soalan guru atau menyudahkan tugasan kerana membuat pelbagai pertimbangan dalam menyelesaikan masalah dan berharap jawapannya dalah tepat. Pelajar suka membuat satu tugasan secara perlahan.

ii)

Gaya pembelajaran impulsif: Pelajar memilih pelbagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan memberi tindak balas dengan cepat dan kurang memberi pertimbangan tentnagn ketepatan tindakannya. Pelajar dapat membuat tugasan pembelajaran dengan cepat tetapi membuat banyak kesilapan.

iii)

Gaya pembelajaran global: Pelajar suka belajar dalam satu persekitaran di mana terdapat lampu malap dan tempat duduk informal.

iv)

Gaya pembelajaran analitik: Pelajar suka duduk dalam stu persekitaran yang mempnyai lampu terang dan tempat duduk yang formal.

APLIKASI

GAYA

PEMBELAJARAN

KE

ATAS

PROSES

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN Guru perlu sensitif kepada perbezaan-perbezaam yang wujud antara pelajar terutama dala aspek pengetahuan gaya pembelajaran pelajar. Melalui pengetahuan tersebut, ia boleh dijadikan sebagai panduan kepada guru supaya mereka cipta pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan cara pelajar belajar. Guru dapat menyediakan pengalaman pembelajaran yang sejajar dengan gaya pembelajaran pelajar supaya mereka dapat belajar dengan lebih berkesan. Jika guru tidak dapat memadankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar, ia mungkin akan menjejaskan prestasi akademik pelajar.

Gaya pembelajaran pelajar berubah mengikut umur dan pelajar suka belajar dengan kumpulan yang berlainan. Ini termasuk gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan juga berbeza. Mengikut kajian Dunn (2000); (a) Perempuan lebih auditori, memerlukan tempat yang senyap dan persekitaran yang formal untuk belajar. (b) Perempuan mempunyai motivasi yang lebih tinggi daripada lelaki.

Pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berbanding dengan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah.

Guru harus mengetahui bagaimana pelajar-pelajarnya menunjukkan respon yang berlawanan kepada persekitaran pembelajaran mereka. Guru harus mengajar pelajar-pelajarnya pelbagai teknik-teknik dan kemahiran belajar. Oleh itu, guru mesti mengajar pelajar-pelajarnya untuk mengenalpasti gaya pembelajaran mereka masing-masing.

Guru boleh menekankan pada aktiviti-aktiviti untuk melibatkan pada pelajar dengan pengajaran dan pembelajaran. Waktu pembelajaran yang terlalu lama seharusnya diselitkan dengan rehat yang pendek. Pelajar yang dominans otak-kanan sukar belajar secara berterusan.