tugasan projek sce3133

13
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Pentaksiran Kerja Kursus (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan) Kod/Nama Kursus: SCE3133/ Penyelidikan Tindakan I – Sains Pendidikan Rendah (Kaedah) Tempoh: 6 minggu Tarikh Mula: Tarikh Hantar: Program: PPG Semester// Tahun: 7/2014 Ambilan: Jun 2011 Kumpulan: PPGSN1611 dan PPGSN2611 Disediakan oleh: Dr Tay Soon Hiang Disahkan oleh: Penyelaras kursus Ketua Jabatan Nama & Dr Tay Soon Hiang Rosidah Abdollah

Upload: charles-luther-king

Post on 24-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SCE3133

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Projek SCE3133

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

Pentaksiran Kerja Kursus

(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Kod/Nama Kursus: SCE3133/ Penyelidikan Tindakan I –

Sains Pendidikan Rendah (Kaedah)

Tempoh: 6 minggu Tarikh Mula:

Tarikh Hantar:

Program: PPG Semester//Tahun: 7/2014

Ambilan: Jun 2011

Kumpulan: PPGSN1611 dan PPGSN2611

Disediakan oleh: Dr Tay Soon Hiang

Disahkan oleh: Penyelaras kursus Ketua Jabatan

Nama &

Tandatangan

Dr Tay Soon Hiang Rosidah Abdollah

Tarikh:

Page 2: Tugasan Projek SCE3133

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK PPG SEMESTER 7PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011

INSTITUT : Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

JABATAN : Sains

KOD KURSUS : SCE3133

TAJUK KURSUS : Penyelidikan Tindakan I – Sains Pendidikan Rendah (Kaedah)

TARIKH MULA 19 JULAI 2014 TARIKH HANTAR 23 OGOS 2014

HASIL PEMBELAJARAN:1. Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan aplikasinya

2. Menerangkan aspek asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam pendidikan, reka bentuk kajian, prosedur dan etika..

3. Menganalisis dan membincang isu-isu terkini dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan tindakan.

4. Membincang proses penyelidikan tindakan.

5. Menulis satu kertas cadangan penyelidikan tindakan.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 5 sahaja.

OBJEKTIF:Pelajar dapat :1. mempraktikkan kemahiran penyelidikan yang diperolehi untuk merancang penyelidikan tindakan2. mengumpul maklumat yang relevan sebagai bukti untuk menyokong kewujudan isu3. menghubungkait tinjauan literatur dengan isu penyelidikan yang akan dilaksanakan4. menulis dan menghasilkan kertas cadangan penyelidikan tindakan mengikut format yang disediakan

Page 3: Tugasan Projek SCE3133

Projek ini memberikan penekanan khusus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan dan berketrampilan mempraktikkan kemahiran penyelidikan yang diperolehi. Usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan akan dinilai dari semasa ke semasa secara sistematik. Penilaian Kerja Kursus adalah satu kaedah yang digunakan dalam usaha mengekalkan tahap dan pencapaian pelajar sepanjang pengajian di IPG.

TUGASAN : Pelajar adalah diminta :(1) membuat tinjauan literatur yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dilaksanakan dengan mengumpul artikel-artikel penyelidikan

daripada beberapa sumber rujukan (2) membuat refleksi pengalaman P&P yang lalu untuk meninjau dan menganalisis masalah untuk menentukan fokus kajian(3) menentukan objektif kajian dan subjek kajian(4) merancang strategi tindakan yang sesuai (5) merancang cara mengumpul data dan menganalisis data(6) menghasilkan kertas cadangan penyelidikan tindakan berdasarkan maklumat (1) – (5) di atas

MAKLUMAT UMUM : Semua kertas cadangan penyelidikan tindakan anda perlu ditaip menggunakan komputer, font jenis Times New Roman bersaiz 12 dan langkau “double spacing”. Semua rujukan menggunakan format APA. Muka surat hadapan harus mempunyai perkara-perkara berikut :-

1. Tajuk Cadangan Penyelidikan2. Nama Pelajar3. No. Kad Pengenalan4. No. Matrik5. Program6. Ambilan7. Kumpulan8. Nama Penyelia9. Tarikh Penyerahan

TARIKH TAMAT; 23 Ogos 2014TARIKH MULA: 19 Julai 2014

KOD KURSUS: SCE 3133 NAMA KURSUS : Penyelidikan Tindakan 1 – (Kaedah) Sains Pendidikan Rendah

TUGASAN PROJEK UNTUK PPG SEMESTER 7 – AMBILAN JUN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK NAMA PELAJAR:

Page 4: Tugasan Projek SCE3133

KURSUS: PPG (Sains Pendidikan Rendah)

SUBJEK: PENYELIDIKAN TINDAKAN I – KAEDAH

RUBRIK PENILAIAN UNTUK PROJEK KERJA KURSUS (SEMESTER 7)

Aspek Penilaian & Pemberatan

Komponen Tugasan

Kriteria

CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH

1.0 PENDAHULUAN

(15%)

Konteks kajian

Refleksi pengalaman yang lalu / Refleksi Sorotan Literatur

13-15 9-12 5-8 1-4Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas

Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan

Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian jelas

Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus berkesan

Membincangkan andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

Membincangkan secara terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian secara kurang jelas

Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus secara kurang berkesan

Membincangkan secara kurang jelas andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

Membincangkan secara kurang jelas terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian secara tidak jelas

Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus secara tidak berkesan

Membincangkan secara tidak jelas andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

Membincangkan secara tidak terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

Page 5: Tugasan Projek SCE3133

2.0FOKUS KAJIAN /

ISU KEPRIHATINAN

(25%)Tinjauan dan

Analisis Masalah/ Tinjauan Literatur

20-25 14-19 7-13 1-6Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan jelas

Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut: Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan

kepada sekolah

Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas

Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara amat terperinci

Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan baik dan jelas

Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan 4 daripada 6 kriteria berikut: Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan

kepada sekolah

Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan jelas

Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara terperinci

Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan kurang baik dan kurang jelas

Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan 3 daripada 6 kriteria berikut: Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan

kepada sekolah

Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan kurang jelas

Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara kurang jelas

Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid secara tidak baik dan tidak jelas

Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan 2 daripada 6 kriteria berikut: Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan kepada

sekolah

Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan secara tidak jelas

Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara tidak jelas

3.0 5 4 3 1-2

Page 6: Tugasan Projek SCE3133

OBJEKTIF KAJIAN

(5%)

Objektif Kajian

Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan amat jelas 3 perkara berikut fokus tindakan pencapaian tindakan

Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian

Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan jelas 3 perkara berikut fokus tindakan pencapaian tindakan

Soalan kajian relevan dengan objektif kajian

Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan kurang jelas 3 perkara berikut fokus tindakan pencapaian tindakan

Soalan kajian kurang relevan dengan objektif kajian

Pernyataan objektif kajian tindakan tidak dinyatakan dengan jelas 3 perkara berikut fokus tindakan pencapaian tindakan

Soalan kajian tidak relevan dengan objektif kajian

4.0KUMPULAN SASARAN

(5%)

Subjek Kajian

5 4 3 1-2Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan jantina nama kelas /

jawatan prestasi akademik ciri-ciri unik yang

lain

Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci 4 perkara berikut: bilangan jantina nama kelas /

jawatan prestasi akademik

ciri-ciri unik yang lain

Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci 3 perkara berikut: bilangan jantina nama kelas /

jawatan prestasi akademik ciri-ciri unik yang

lain

Memerihalkan ciri-ciri respoden secara terperinci 2 perkara berikut: bilangan jantina nama kelas /

jawatan prestasi akademik

ciri-ciri unik yang lain

9-10 7-8 4-6 1-3

Page 7: Tugasan Projek SCE3133

5.0TINDAKAN

YANG DICADANGKAN

dan Tinjauan Literatur

(30%)

5.1 Perancangan

Tindakan(10 markah)

Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas

Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas

Memperincikan langkah-langkah/ aktiviti tindakan (P&P) dengan jelas

Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan jelas

Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan kurang jelas

Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan kurang jelas

Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) secara tidak jelas

Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan secara tidak jelas

5.2 Perancangan

Cara Mengumpul

Data(10 markah)

Merancang kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan

Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan dilampirkan

Merancang kaedah pengumpulan data yang sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan

Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan terperinci dan dilampirkan

Merancang kaedah pengumpulan data yang kurang sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan

Instrumen kajian tindakan dijelaskan secara kurang terperinci dan dilampirkan

Merancang kaedah pengumpulan data secara tidak sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan

Instrumen kajian tindakan dijelaskan secara tidak terperinci dan dilampirkan

5.3Perancangan

Cara Menganalisis

Data(10 markah)

Kaedah analisis data amat tepat bagi jenis data yang dikumpul

Perancangan kaedah analisis data dijelaskan dengan amat baik

Kaedah analisis data tepat bagi jenis data yang dikumpul

Perancangan kaedah analisis data dijelaskan dengan baik

Kaedah analisis data kurang tepat bagi jenis data yang dikumpul

Perancangan kaedah analisis data dijelaskan

secara kurang baik

Kaedah analisis data tidak tepat bagi jenis data yang dikumpul

Perancangan kaedah analisis data tidak dijelaskan dengan baik

5 4 3 1-2

Page 8: Tugasan Projek SCE3133

5.4 Perancangan Pelaksanaan

Tindakan Jadual

pelaksanaan Kos kajian

(5 markah)

Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt dengan lengkap

Menyediakan anggaran kos kajian dengan amat terperinci

Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt dengan hampir lengkap

Menyediakan anggaran kos kajian dengan amat terperinci

Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt secara kurang lengkap

Menyediakan anggaran kos kajian secara kurang terperinci

Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt secara tidak lengkap

Menyediakan anggaran kos kajian secara tidak terperinci

6.0TINJAUAN

LITERATUR(10%)

Sumber Kajian/

Penulisan rujukan

9-10 7-8 4-6 1-3Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti dengan amat jelas.

Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang amat sesuai

Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 5 sumber kajian lepas yang tepat dan releven.

Penulisan rujukan dan bibliografi yang betul (sistem APA)

Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti dengan jelas.

Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang sesuai

Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 4 sumber kajian lepas yang tepat dan releven

Penulisan rujukan dan bibliografi hampir betul (sistem APA)

Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti secara kurang jelas.

Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang kurang sesuai

Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 3 sumber kajian lepas yang kurang tepat dan kurang releven

Penulisan rujukan dan bibliografi yang kurang betul (sistem APA)

Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti secara tidak jelas.

Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang tidak sesuai

Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 3 sumber kajian lepas yang tidak tepat dan tidak releven.

Penulisan rujukan dan bibliografi yang tidak betul (sistem APA)

9-10 7-8 4-6 1-3

Page 9: Tugasan Projek SCE3133

7.0SIKAP & SAHSIAH

(10%)

Menunjukkan tindakbalas yang amat positif terhadap komen atau kritikan.

Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan.

Menunjukkan tahap penglibatan yang cemerlang.

Mengamalkan etika penyelidikan

Menunjukkan tindakbalas yang positif terhadap komen atau kritikan.

Menunjukkan komitmen yang baik dalam menyelesaikan tugasan.

Menunjukkan tahap penglibatan yang baik.

Mengamalkan etika penyelidikan

Menunjukkan sikap kurang terbuka dalam menerima komen atau kritikan.

Menunjukkan komitmen yang memuaskan dalam menyelesaikan tugasan. Menunjukkan tahap penglibatan yang memuaskan.

Mengamalkan etika penyelidikan

Bertindakbalas secara negative terhadap komen atau kritikan.

Tidak menunjukkan komitmen dalam menyelesaikan tugasan.

Sangat kurang menunjukkan penglibatan.

Mengamalkan etika penyelidikan

JUMLAH = 100%

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

.............................................. ...............................................(Dr Tay Soon Hiang) (Zaliha Musa)Penyelaras Kursus Pakar BidangJabatan Sains Jabatan PIPKIPGKTAR IPGKTAR

Disahkan oleh:

............................................(Rosidah Abdollah)Ketua Jabatan Sains IPGKTAR

Page 10: Tugasan Projek SCE3133