tugasan projek- anatomi

Click here to load reader

Post on 03-Oct-2015

151 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

anatomi

TRANSCRIPT

PENGENALANKursus Anatomi dan Fisiologi merupakan salah satu kursus major ataupun kursus elektif yang diambil oleh guru-guru pelatih yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kursus ini meliputi konsep asas pengenalan kepada anatomi dan fisiologi. Penekanan diberikan kepada perbincangan tentang peringkat kimia, selular dan tisu organism, sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, darah, jantung, saluran dan peredaran darah, sistem limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem pengahadam, pemakanan dan metabolisme serta sistem urinari.Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Jasmani telah memberikan tugasan projek kepada guru pelatih berdasarkan kursus ini. Tugasan projek ini hendaklah dilaksanakan secara individu. Menurut kepada tajuk tugasan pertama sekali kami dikehendaki membuat lukisan atau gambahrajah serta melabel dengan lengkap bahagian sendi, otot dan tulang yang terlibat dalam kemahiran permainan yang dipilih. Pada masa yang sama, kami juga dikehendaki menerangkan mekanisme pergerakan yang terlibat dalam kemahiran tersebut. Di samping itu, dalam tugasan amali pula kami dikehendaki memilih lima sistem manusia yang terdapat dalam sukatan serta menyediakan laporan amali berdasarkan soalan yang dikemukakan dalam tugasan. Hal ini demikian, saya telah memilih salah satu kemahiran daripada permainan bola tampar untuk melaksanakan tugasan projek saya. Menurut kepada kemahiran yang dipilih saya ingin menerangkan secara mendalam tentang tulang-tulang, otot serta sendi-sendi yang terlibat dalam kemahiran tersebut. Sehubungan itu, saya juga turut memilih lima sistem manusia serta melaksanakan tugasan amali saya berdasarkan perkara-perkara yang diajukan dalam tugasan tersebut. Walhal demikian, marilah kita bersama-sama melihat apakah kriteria anatomi dan fisiologi yang terkandung dalam sesebuah kemahiran yang terdapat dalam permainan bola tampar.

SOALAN 1Membuat lukisan atau gambarajah serta melabel dengan lengkap behagian sendi, otot dan tulang yang terlibat. Membuat penulisan dari segi fungsi-fungsi otot utama, bahagian sendi dan tulang utama anggota. Mekanisme pergerakan yang terlibat.

1.0 PENGENALANAnatomi dan fisiologi dikenali sebagai dua bidang utama yang berkait rapat antara satu sama lain dalam meningkatkan kualiti kehidupan. Pada dasarnya, sebagai seseornag manusia kita haruslah mengenali struktur tubuh dan sistem fisiologi agar dapat memahami fungsi dan kegunaannya dalam penjagaan kesihatan diri serta aplikasi dalam kegiatan sukan. Pengetahuan dalam bidang anatomi dan fisiologi juga dapat dijadikan asas bagi memerikan teknik-teknik lakuan sukan serta pengaplikasian sains dalam meningkatkan prestasi sukan.Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai hasil gabungan sistem rangka dan otot. Sehubungan itu, dalam tubuh badan seseorang manusia tulang berperanan sebagai sokongan, perlindungan, pergerakan, penghasilan sel darah merah dan penstoran mineral. Sendi merupakan tempat pertemuan dua atau lebih tulang. Otot pula berfungsi menghasilkan pergerakan, mengekalkan postur, menstabilkan sendi dan menghasilkan haba untuk mengekalkan suhu badan yang normal. Oleh itu, untuk menerangkan kesemua gabungan ini dalam sesuatu kemahiran permainan saya telah memilih permainan bola tampar. Terdapat beberapa kemahiran dalam permainan bola tampar. Sehubungan itu, saya telah memilih kemahiran servis untuk menerangkan gabungan fungsi tulang, otot dan sendi. Sejurusnya, marilah kita melihat apakah itu permainan bola tampar serta perkaitan kemahiran dengan anatomi dan fisiologi.

2.0 OBJEKTIFDalam tugasan projek ini mengutamakan beberapa aspek fisiologi sebagai objektifnya. Asperk fisiologinya dapat dijelaskan melalui fungsi tulang, otot dan sendi melalui kemahiran asas yang digunakan dalam sesuatu permaianan yang dipilih. Antara objektif yang terdapat dalam tugasan ini adalah seperti:i) Mengenalpasti otot-otot yang terlibat.ii) Mengenalpasti tulang-tulang yang terlibat.iii) Mengenalpasti sendi-sendi yang terlibat.iv) Dapat melabel dan melukis otot, sendi dan tulang yang terlibat.v) Mengenalpasti mekanisme pergerakan dalam kemahiran servis bawah tangan dalam permainan bola tampar.vi) Menerangkan dan mengaikan bahagian-bahagian tubuh badan yang bersesuaian dengan kemahiran permainan tersebut.vii) Menguasai dan memperbaiki kemahiran atau teknik untuk bermain sesuatu permainan dengan berkesan Di samping itu, tugasan projek ini juga turut memberi pengetahuan yang mendalam tentang kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar kepada guru-guru pelatih. Pada masa yang sama, ia juga akan mendorong guru pelatih untuk mengajar kemahiran-kemahiran tersebut dengan cara yang betul. Walhal demikian, mereka juga akan dapat membentuk sesebuah pasukan yang mantap dari segi taktik permainannya.

3.0 PERMAINAN BOLA TAMPAR3.1 SEJARAH BOLA TAMPARPermainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium YMCA di Holyoke,Massachhusetts,Amerika Syarikat oleh Prof. William J.Morgan (1870-1942) merupakan seorang Pengarah.Pada asalnya ia adalah permainan rekreasi. Bola tampar mempunyai sejarah perkembangan yang agak perlahan.Melalui pergerakan YMCA,Kanada merupakan Negara luar yang pertama menerima permainan ini sekitar tahun 1900.Selepas itu,diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Cuba(1905),Puerto Rico(1909),Uruguay (1912),China (1913) dan Jepun (1917) Ketika berlakunya peperangan pertama dan kedua,anggota-anggota angkatan tentera Amerika Syarikat telah memperkenalkan permainan ini ke Asia dan Eropah.Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada permainan rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan.

3.2 KONSEP PERMAINAN BOLA TAMPARPermainan bola tampar ialah sejenis permainan yang dimainkan oleh dua pasukan yang dianggotai oleh dua hingga enam orang pemain di gelanggang 9meter segiempat (30 kaki segiempat) yang diasingkan oleh sehelai jaring.Objektif utama ialah untuk setiap pasukan mencuba memukul bola ke dalam gelanggang lawan dan cuba mengadang pihak lawan daripada mengembalikan bola ke gelanggang sendiri.

3.3 GELANGGANG BOLA TAMPAR Rajah 3.1 : Gelanggang Bola TamparGelanggang bola tampar mempunyai dua zon utama iaitu zon depan dan zon belakang. Ukuran bagi sesuatu zon adalah 8 meter. Sehubungan itu, ukuran bagi zon depan adalah 2.70m dan ukuran belakang adalah 5.3m. Dalam gelanggang bola tampar servis dilakukan di bahagian belakang garisan 8m. Tempat ini dikenali sebagai zon servis. Pada masa yang sama, gelanggang bola tampar juga turut mempunyai zon pengganti di sebelah kanan dan zon bebas di sebelah kiri.

3.4 KEMAHIRAN BOLA TAMPAR3.4.1 Hantaran Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (under arm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat. i) Hantaran atas kepala (overhead)Kemahiran ini digunakan untuk menghantar bola (in passing), mengumpan (insetting) dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (plying long high balls) ke belakang gelaggang lawan. Kadangkala ia juga digunakan untuk menjatuhkan bola secara ringan melintasi jaring. Hantaran atas kepala menggunakan dua belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya supaya dapat mengumpan untuk serangan, atau menghantar bola melintasi jaring.ii) Hantaran bawah tangan (dig atau menyangga)Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass). Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran ini juga digunakan apabila bola terlalu dekat lantai dan permain tidak sempat mengambil posisi yang baik. Kemhiran ini juga digunakan sebagai teknik menahan bagi menyelamatkan hantaran dan juga mengawal bola.

3.4.2 Servisi) Servis bawah tangan (underhand)Servis yang senang dilakukan dan adalah tepat, konsisten dan memerlukan hanya sedikit keupayaan fizikal.ii) Servis atas kepala (overhead)Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat (harder) serta berat(heavier) berbanding dengan servis bawah tangan.iii) Servis gelombang (floata)Servis ini dilakukan selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta-merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati (breaks or dies) jadi penerima mungkin terganggu sementara imbangannya.3.4.3 Merejam (Smesy)Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan. Perejam berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola akan datang. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.

3.4.4 MenghadangKemahiran mengadang diamalkan untuk menentang smesy oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang smesy. Menyentuh jaring semasa hadangan akan dikira sebagai satu kesalahan.

4.0 KEMAHIRAN SERVIS BAWAH TANGAN (BOLA TAMPAR)Servis merupakan salah satu kemahiran utama dalam permainan bola tampar. Sehubungan itu, servis permainan bola tampar dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu servis bawah tangan, servis atas kepala dan servis gelombang. Oleh itu, saya telah memilih servis bawah tangan untuk menerangkan fungsi tulang-tulang, otot-otot serta sendi-sendi yang terdapat dalam kemahiran tersebut. Kemahiran servis merupakan permulaan untuk permainan bola tampar. Oleh itu sebab itu, kemahiran ini diberikan keutamaan. Jika sesebuah pasukan gagal melakukan servis yang sempurna ia akan menyebabkan pasukan hilang servis dan pihak lawan memperoleh mata. Kini, maril