soalan perbincangan edu

4
KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

Upload: may-tyng-lam

Post on 25-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

  • KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

  • Arahan

    Kumpulan pengajian matematik dan pengajian Bahasa Cina akan menjawab kedua dua soalan.

    Setiap kumpulan dalam pengajian akan membincangkan salah satu soalan yang diberikan di bawah.

    Hasil kumpulan hendaklah dicatatkan dalam bentuk slaid powerpoint untuk tujuan pembentangan.

  • SOALAN 1

    Komunikasi adalah proses yang penting dalam pembelajaran. Mewujudkan suatu sistem komunikasi yang kukuh dalam bilik darjah memerlukan guru mengenalpasti masalah komunikasi dan mengurangkan kesannya terhadap pembelajaran murid. Usaha mengintegrasikan murid dengan pelbagai masalah komunikasi dalam bilik darjah akan memberikan faedah pada jangka masa panjang.

    Berdasarkan petikan di atas, bincangkan kepentingan komunikasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pelbagai kaum, dan cadangkan bagaimana anda akan berusaha mengintegrasikan murid dengan pelbagai masalah komunikasi dalam bilikd darjah.

  • SOALAN 2

    Lionel mengambil dua buah kereta mainan dari sebuah kotak di pusat blok dan duduk di suatu sudut. Dia mengerakkan keretanya berpusing-pusing dengan sebelah tangan. Dia membuat bunyi kereta bergerak. Dia bermain dengan sendiri selama 5 minit. Kemudian dia bergerak menghampiri bangunan blok yang sedang dibina oleh dua orang budak. Lionel cuba memandu kereta mainannya naik dinding bangunan blok. Budak-budak tadi menolak Lionel. Lionel tunggu selama seminit dan ulangi perbuatan tadi. Budak-budak tadi menolak Lionel dan kereta mainan Lionel terkena pada dinding bangunan. Dinding bangunan runtuh. Seorang budak meramps kereta mainan dan membuangkannya. Seorang budak lagi menolak Lionel. Lionel menanggis. Guru prasekolah menghampiri dan bercakap dengan ketiga-tiga orang budak. Lionel menunduk kepala dan membisu. Seorang budak mengata , Lionel nak robohkan dinding bangunan kami dengan keretanya !. Kami tak nak bermain dengan Lionel .

    Baca catatan anekdotal di atas, dan buat suatu analisis isu komunikasi yang wujud dan cadangan bagaimana anda akan bertindak untuk mewujudkan suasana komunikasi berkesan dalam bilik darjah tersebut.