3. perbincangan

23
1. PENGENALAN KLINIK KESIHATAN TEBAKANG 1.1 : LATAR BELAKANG KLINIK KESIHATAN TEBAKANG Klinik Kesihatan Tebakang merupakan sebuah klinik yang terletak di Daerah Serian. Klinik ini terletak kira- kira 16 kilometer dari Bandar Serian. Klinik ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Haji Sulaiman Haji Daud pada tanggal 13 September 1977. Kini, klinik ini telah dihubungkan dengan jalan raya berturap bagi memudahkan penduduk kampung untuk datang mendapatkan rawatan di klinik. Bekalan air bersih yang dirawat dan bekalan elektrik turut disalurkan ke klinik ini. Klinik ini telah diselia oleh Penolong Pegawai Perubatan U32, Encik Febrie Amot Anak Collin. Secara keseluruhannya, Klinik Kesihatan Tebakang mempunyai 15 orang kakitangan kesihatan. 1

Upload: melvin-khung

Post on 26-Dec-2015

112 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

PERBINCANGAN

TRANSCRIPT

Page 1: 3.  PERBINCANGAN

1. PENGENALAN KLINIK KESIHATAN TEBAKANG

1.1 : LATAR BELAKANG KLINIK KESIHATAN TEBAKANG

Klinik Kesihatan Tebakang merupakan sebuah klinik yang terletak di

Daerah Serian. Klinik ini terletak kira-kira 16 kilometer dari Bandar Serian.

Klinik ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Timbalan

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Haji Sulaiman Haji Daud pada tanggal 13

September 1977. Kini, klinik ini telah dihubungkan dengan jalan raya berturap

bagi memudahkan penduduk kampung untuk datang mendapatkan rawatan di

klinik. Bekalan air bersih yang dirawat dan bekalan elektrik turut disalurkan ke

klinik ini. Klinik ini telah diselia oleh Penolong Pegawai Perubatan U32, Encik

Febrie Amot Anak Collin. Secara keseluruhannya, Klinik Kesihatan Tebakang

mempunyai 15 orang kakitangan kesihatan.

Gambarajah 1.1 : Klinik Kesihatan Tebakang, Sarawak.

1

Page 2: 3.  PERBINCANGAN

1.2 : KAWASAN OPERASI KLINIK KESIHATAN TEBAKANG

Kawasan operasi Klinik Kesihatan Tebakang merangkumi 25 buah

kampung. Di dalam radius kurang daripada 5 kilometer, terdapat 7 buah

kampung yang berada di dalam kawasan operasi Klinik Kesihatan Tebakang,

manakala 18 buah kampung yang lain berada di dalam kawasan radius lebih

daripada 5 kilometer. Terdapat 9 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah

menengah yang berada di bawah penyeliaan Klinik Kesihatan Tebakang.

Selain itu, Wakil Kesihatan Kampung (WKK) turut dilantik di 16 buah

kawasan kampung, manakala 10 buah kampung mempunyai Pasukan

Kesihatan Kampung (VHT). Berdasarkan kajian yang dijalankan, majoriti

penduduk kampung yang berada di bawah penyeliaan Klinik Kesihatan

Tebakang menjalankan pekerjaan sara diri atau aktiviti pertanian.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah penanaman lada hitam, padi dan

getah. Selain itu, ada juga sebilangan penduduk yang bekerja di sektor

perkhidmatan awam, perniagaan, pekerja swasta, separuh kerajaan dan

badan berkanun. Tinjauan yang dijalankan menunjukkan populasi penduduk

yang diselia oleh Klinik Kesihatan Tebakang dianggarkan seramai 11,656

orang penduduk.

2

Page 3: 3.  PERBINCANGAN

Berikut merupakan populasi penduduk mengikut kaum yang berada di

bawah seliaan Klinik Kesihatan Tebakang :-

88%

9%2% 1%

Bilangan Populasi Penduduk Mengikut Kaum di Daerah Tebakang

Bidayuh Melayu Cina Lain-Lain

Carta 1.1 : Populasi Penduduk Mengikut Kaum Di Daerah Tebakang.

Berdasarkan carta pai di atas, seramai 10,257 orang penduduk terdiri

daripada kaum Bidayuh, manakala populasi kaum Melayu dianggarkan

seramai 1,028 orang penduduk. Penduduk berbangsa Cina pula merangkumi

229 orang atau 2%, manakala lain-lain kaum yang berada di bawah kawasan

operasi Klinik Kesihatan Tebakang dianggarkan seramai 152 orang sahaja.

1.3 : UNIT DAN PERKHIDMATAN DI KLINIK KESIHATAN TEBAKANG

Klinik Kesihatan Tebakang mempunyai empat buah unit yang

bertanggungjawab bagi memantapkan lagi sistem kesihatan di daerah

3

Page 4: 3.  PERBINCANGAN

Tebakang. Antara unit yang ditubuhkan ialah Unit Jabatan Pesakit Luar

(OPD), Unit Kesihatan Ibu dan Anak (MCH), Unit Bekalan Air dan Kesihatan

Alam Sekitar (BAKAS) dan Unit Kesihatan Bergerak (VHT).

Di bawah unit ini, terdapat 13 buah unit kecil yang ditubuhkan.

Antaranya ialah Jagaan Ibu Mengandung (MCH), Kesihatan Alam Sekitar,

Kesihatan Sekolah, Pasukan Kesihatan Kampung, Pendidikan Kesihatan,

Pengumpulan data, Kesihatan Mental, Latihan Paramedik, Wakil Kesihatan

Kampung (WKK), Panel Penasihat Kesihatan (PPK), Klinik SIHAT, Program

Warga Tua dan Program Doktor Muda.

4

Page 5: 3.  PERBINCANGAN

2. PENGENALAN LAPORAN EPIDEMIOLOGI

2.1 : TAJUK LAPORAN EPIDEMIOLOGI

Sebelum pemilihan tajuk laporan epidemiologi dilakukan, saya dan ahli

kumpulan telah mengadakan perbincangan bagi mengenalpasti tajuk yang

sesuai untuk mengelakkan percanggahan tajuk sesama ahli kumpulan.

Setelah meneliti data dan statistik bulanan serta tahunan penyakit yang kerap

berlaku di Klinik Kesihatan Tebakang, saya telah memilih untuk membuat

laporan mengenai konjunktivitis. Konjunktivitis merupakan penyakit berjangkit

ketiga tertinggi di Klinik Kesihatan Tebakang pada tahun 2010.

2.2 : PENGENALAN KONJUNKTIVITIS

Konjunktivitis merupakan sejenis penyakit berjangkit inflamasi pada

mata yang sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat tempatan. Penyakit

ini boleh menyerang seseorang individu tanpa mengira usia, jantina, bangsa

dan agama. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan konjunktivitis?

Menurut Allegrante (2003), konjunktivitis didefinisikan sebagai

inflamasi yang berlaku pada lapisan konjunktiva mata. Inflamasi ini berlaku

disebabkan oleh jangkitan bakteria, jangkitan virus, iritasi bahan kimia dan

reaksi alergi pada mata. Antara tanda dan simptom penyakit ini ialah

kemerahan pada mata, discaj mukopurulen atau purulen dari mata, kegatalan

pada mata, mata terasa berpasir, kepedihan pada mata, kebengkakan pada

kelopak mata dan sensitif terhadap cahaya (fotofobia jika kornea terlibat).

Penyakit ini boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-dua bahagian mata.

5

Page 6: 3.  PERBINCANGAN

Oleh sebab itu, diharapkan agar penyediaan laporan epidemiologi ini

dapat membantu sedikit sebanyak masyarakat tempatan dalam mengenali

tanda dan simptom konjunktivitis serta kepentingan untuk mendapatkan

rawatan dengan segera. Rawatan yang betul, tepat dan segera dapat

mengurangkan komplikasi-komplikasi yang boleh memudaratkan kesihatan

mata yang boleh menjejaskan aktiviti kehidupan harian seseorang individu.

6

Page 7: 3.  PERBINCANGAN

3. DATA DAN STATISTIK

< 10 Tahun 10-19 Tahun 20-59 Tahun > 60 Tahun

Lelaki 46 57 61 10

Perempuan 43 59 65 10

5

15

25

35

45

55

65

Jumlah Kes Konjunktivitis Berdasarkan Kumpulan Umur dan Jantina Di Klinik Kesihatan Tebakang Pada Tahun 2010

Bila

ngan

Pes

akit

Graf 1.1 : Jumlah Kes Konjunktivitis Berdasarkan Kumpulan Umur dan

Jantina di Klinik Kesihatan Tebakang Pada Tahun 2010.

Graf 1.1 menunjukkan jumlah kes konjunktivitis berdasarkan

kumpulan umur dan jantina yang mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit

Luar, Klinik Kesihatan Tebakang pada tahun 2010. Kes konjunktivitis didapati

kerap berlaku di kalangan golongan berumur 20 – 59 tahun, iaitu seramai 126

orang. Golongan berumur 10 – 19 tahun pula mencatatkan kadar kes kedua

tertinggi iaitu seramai 116 orang. Selain itu, seramai 89 orang golongan

berumur di bawah 10 tahun dijangkiti konjunktivitis, sekaligus mencatat kes

konjunktivitis ketiga tertinggi pada tahun 2010. Golongan berumur melebihi 60

7

Page 8: 3.  PERBINCANGAN

tahun mencatatkan kes terendah iaitu seramai 20 orang sahaja. Secara

keseluruhan, kes konjunktivitis di Klinik Kesihatan Tebakang pada tahun 2010

ialah seramai 351 kes.

Bagi jumlah kes berdasarkan jantina, golongan wanita berumur 20 –

59 tahun mencatatkan kes tertinggi iaitu seramai 65 orang, diikuti golongan

berumur 10 – 19 tahun yang mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu seramai 59

orang. Seramai 43 orang golongan berumur di bawah 10 tahun dijangkiti

konjunktivitis, diikuti golongan berumur melebihi 60 tahun yang mencatatkan

kes terendah bagi golongan wanita iaitu seramai 10 orang sahaja.

Bagi golongan lelaki, golongan berumur 20 – 59 tahun mencatatkan

kes tertinggi iaitu seramai 61 orang. Seramai 57 orang dijangkiti konjunktivitis

bagi golongan berumur 10 – 19 tahun, sekaligus mencatatkan kes kedua

tertinggi bagi kaum lelaki pada tahun 2010. Selain itu, golongan berumur di

bawah 10 tahun mencatatkan kes ketiga tertinggi iaitu seramai 46 orang,

diikuti seramai 10 orang sahaja yang dijangkiti konjunktivitis bagi golongan

berumur melebihi 60 tahun, sekaligus mencatatkan kes terendah bagi

golongan lelaki pada tahun 2010.

8

Page 9: 3.  PERBINCANGAN

20%

2%

77%

1%

Bilangan Pesakit Luar Mengikut Etnik Yang Menda-patkan Rawatan Di Klinik Kesihatan Tebakang Pada

Tahun 2010

Melayu Cina Bidayuh Iban Lain-Lain

Carta 1.2 : Bilangan Pesakit Luar Mengikut Etnik Yang Mendapatkan

Rawatan Di Klinik Kesihatan Tebakang Pada Tahun 2010.

Carta pai 1.2 di atas menunjukkan bilangan pesakit luar mengikut etnik

yang mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar, Klinik Kesihatan

Tebakang pada tahun 2010. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, golongan

etnik Bidayuh mencatatkan kedatangan yang tertinggi iaitu seramai 8,414

orang. Golongan etnik Melayu pula mencatatkan kedatangan kedua tertinggi

iaitu seramai 1,826 orang. Golongan etnik Cina pula mencatatkan kedatangan

ketiga tertinggi iaitu seramai 231 orang, diikuti seramai 45 orang etnik Iban

yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tebakang pada tahun 2010 .

Lain- lain golongan etnik Peribumi Sarawak pula mencatatkan kedatangan

terendah iaitu seramai 2 orang sahaja.

Secara amnya, etnik Bidayuh mencatatkan kadar kedatangan yang

tertinggi kerana majoriti masyarakat tempatan yang berada di bawah seliaan

Klinik Kesihatan Tebakang berbangsa Bidayuh. Melalui jumlah kedatangan

9

Page 10: 3.  PERBINCANGAN

pesakit seramai 10,518 orang yang mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit

Luar, Klinik Kesihatan Tebakang pada tahun 2010, seramai 351 orang pesakit

telah didiagnos sebagai konjunktivitis. Statistik ini menunjukkan konjunktivitis

merupakan penyakit berjangkit ketiga yang kerap berlaku di Klinik Kesihatan

Tebakang.

Melalui statistik ini, kadar kes konjunktivitis masih boleh dikawal

daripada terus menular. Di samping itu, statistik ini juga menyarankan

kakitangan kesihatan di Klinik Kesihatan Tebakang agar aktiviti pencegahan

dan kawalan konjunktivitis dapat dipertingkatkan lagi melalui aktiviti-aktiviti

kesedaran seperti pendidikan kesihatan, amalan penjagaan kebersihan diri

dan rawatan yang sesuai.

10

Page 11: 3.  PERBINCANGAN

4. PERBINCANGAN

4.1 : PENYEBAB KES KONJUNKTIVITIS

Penyakit konjunktivitis atau penyakit ‘mata merah’ bagi istilah tempatan

merupakan penyakit berjangkit yang sering menjangkiti masyarakat zaman

kini tanpa mengira umur, bangsa, jantina dan agama. Konjunktivitis

merupakan inflamasi pada mata yang berlaku pada lapisan konjunktiva

disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti jangkitan bakteria, jangkitan

virus, iritasi bahan kimia dan kesan alergi. Data dan statistik yang diperoleh

daripada Klinik Kesihatan Tebakang digunakan sebagai garis panduan bagi

menerangkan faktor-faktor penyebab perebakan jangkitan ini di kalangan

penduduk tempatan.

Berdasarkan kajian dan tinjauan yang dilakukan, kes konjunktivitis

berlaku disebabkan oleh kekurangan amalan kebersihan diri di kalangan

masyarakat tempatan. Konjunktivitis boleh menjangkiti seseorang melalui

sentuhan secara langsung dan tidak langsung. Amalan perkongsian tuala,

pakaian, alat solek dan barangan peribadi boleh memudahkan transmisi

jangkitan ini. Selain itu, amalan pencucian tangan yang seringkali diabaikan

turut menjadi faktor penyebab jangkitan dan penularan kes konjunktivitis.

Selain itu, kurang pendedahan terhadap penyakit konjunktivitis

merupakan salah satu faktor penyebab berlakunya penyebaran kes ini di

kalangan penduduk setempat. Hal ini kerana majoriti penduduk di sekitar

daerah Tebakang bekerja dalam aktiviti pertanian. Setiap hari, mereka

seringkali terdedah pada alam sekitar seperti tanah, tumbuh-tumbuhan dan

haiwan-haiwan. Amalan pencucian tangan yang tidak betul selepas

11

Page 12: 3.  PERBINCANGAN

melakukan aktiviti bertani, malah ada sebilangan penduduk yang tidak

mencuci tangan seringkali mencetuskan jangkitan ini pada mata sehingga kes

konjunktivitis berlaku. Tambahan pula, ada sebilangan daripada penduduk

tempatan yang kurang berpengetahuan dan buta huruf. Ada juga sebilangan

penduduk yang menggunakan kaedah secara tradisional seperti menitiskan

air urin pada mata yang mengalami infeksi konjunktivitis. Mereka juga kurang

mengetahui bagaimana penyakit konjunktivitis merebak, rawatan dan

pengurusan yang bersesuaian serta langkah-langkah pencegahan yang tepat

bagi mengelakkan kes konjunktivitis daripada berlaku.

Di samping itu, amalan penjagaan mata yang kurang dititikberatkan

seringkali mencetuskan reaksi alergi ke atas mata. Penggunaan alat-alat

solek dan kanta mata yang kurang bersesuaian seringkali mencetuskan

konjunktivitis. Hal ini boleh memudaratkan keadaan mata sekiranya dibiarkan

berterusan. Iritasi bahan kimia pada mata turut mencetuskan kes

konjunktivitis. Penggunaan bahan-bahan kimia seperti sabun, pencuci muka

dan syampu yang mengenai mata turut menyebabkan kes konjunktivitis.

4.2 : PENCEGAHAN DAN KAWALAN KES KONJUNKTIVITIS

Jangkitan kes konjunktivitis dapat dielakkan sekiranya pencegahan

dan kawalan yang tepat dapat dilakukan. Antaranya ialah menitikberatkan

amalan pencucian tangan yang betul. Selain itu, perkongsian barangan

peribadi seperti tuala, pakaian dan alat solek perlu dielakkan kerana ini boleh

menyebabkan jangkitan pada mata berlaku secara tidak langsung.

12

Page 13: 3.  PERBINCANGAN

Penggunaan alat solek dan kanta mata yang sesuai juga penting bagi

mengelakkan tercetusnya reaksi alergi pada mata.

Di samping itu, tindakan dan pengurusan yang tepat perlu dilakukan ke

atas mata sekiranya mata mengalami kontek terhadap bahan kimia seperti

sabun, bahan pencuci muka dan syampu. Pencucian mata di bawah aliran air

yang bersih secara berterusan selama 5 hingga 10 minit amat digalakkan

sebagai tindakan awal sekiranya mata mengalami kontek dengan bahan

kimia.

Sekiranya jangkitan berlaku, pesakit dinasihatkan agar mendapatkan

rehat yang mencukupi dan elakkan berada di tempat awam. Hal ini kerana

konjunktivitis amat mudah menjangkiti individu yang lain sekiranya berlaku

sentuhan secara langsung mahupun tidak langsung. Selain itu, rawatan dan

pengurusan yang bersesuaian juga perlu dilakukan bagi mengelakkan

komplikasi lewat yang tidak diingini berlaku ke atas mata.

4.3 : RAWATAN KONJUNKTIVITIS

Konjunktivitis yang dicetuskan oleh jangkitan bakteria dapat

dikenalpasti melalui penghasilan discaj mukopurulen oleh mata yang

dijangkiti. Penggunaan antibiotik berspektra luas seperti titisan dan salap

Chloramphenicol 1% diberikan bagi membunuh dan merencat pembiakan

bakteria di mata yang dijangkiti. Namun, ada juga kes konjunktivitis yang

dapat pulih secara semulajadi tanpa rawatan dalam tempoh 2 hingga 5 hari.

13

Page 14: 3.  PERBINCANGAN

Konjunktivitis yang dicetuskan oleh jangkitan virus dapat dikenalpasti

melalui penghasilan cecair discaj yang jernih. Jangkitan yang disebabkan

oleh virus tidak mempunyai rawatan yang spesifik. Pesakit kebiasaannya

diberikan rawatan secara simptomatik seperti demahan sejuk ke atas mata.

Selain itu, pesakit juga tidak digalakkan menyentuh mata yang mengalami

infeksi untuk mengelakkan jangkitan daripada berlaku secara langsung dan

tidak langsung.

Selain itu, konjunktivitis yang dicetuskan oleh reaksi alergi

kebiasaannya diberikan anti-histamin seperti Tablet Chlorpheniramine

Maleate 4mg. Selain itu, penggunaan steroid seperti Dexamethasone 0.5%

turut dititiskan ke atas mata sekiranya mata mengalami konjunktivitis yang

teruk.

Di samping itu, konjunktivitis yang dicetuskan oleh iritasi bahan kimia

perlu menjalani prosidur irigasi mata. Penggunaan Normal Saline 0.9% atau

aliran air yang bersih amat digalakkan bagi mencuci mata yang mengalami

infeksi. Pesakit dinasihatkan agar tidak menyentuh mata bagi mengelakkan

kemudaratan ke atas mata, sekaligus mengelakkan jangkitan ke atas mata

yang normal.

4.4 : CADANGAN / SYOR

Di Malaysia, ada pelbagai lagi usaha, inisiatif dan komitmen yang perlu

dipertingkatkan lagi bagi membuka minda dan pandangan masyarakat

mengenai penyakit konjunktivitis. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh

14

Page 15: 3.  PERBINCANGAN

dilakukan, khususnya bagi membantu masyarakat luar bandar dalam

mendapatkan maklumat yang betul dan berguna mengenai penyakit ini.

Berikut merupakan cadangan-cadangan yang boleh dipraktikkan di peringkat

komuniti. Antaranya ialah :-

1. Kempen

Kempen kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dan

Kementerian Penerangan perlu mengadakan kempen untuk

memberi maklumat kepada masyarakat tentang penyakit

konjunktivitis. Kempen boleh dilakukan sama ada melalui

pemberian ceramah dan mengedarkan risalah serta poster.

2. Pendidikan kesihatan

Perawat boleh memberikan pendidikan kesihatan mengenai

penyakit tersebut kepada orang ramai yang hadir untuk

mendapatkan rawatan di klinik terutamanya dari aspek

penjagaan kebersihan diri dan langkah-langkah pencegahan

penyakit tersebut.

3. Mempertingkat dan mempelbagaikan bahan rujukan

Usaha untuk mempertingkat bahan rujukan seperti buku teks,

journal, artikel dan internet adalah perlu bagi memudahkan

usaha masyarakat untuk mendapatkan maklumat berkaitan

tentang penyakit konjunktivitis.

15

Page 16: 3.  PERBINCANGAN

5. RUMUSAN / KESIMPULAN

Kesimpulannya, konjunktivitis merupakan inflamasi yang berlaku

lapisan konjunktiva. Jangkitan pada mata ini berlaku disebabkan oleh

jangkitan bakteria, jangkitan virus, iritasi bahan kimia dan reaksi alergi.

Konjunktivitis boleh merebak melalui sentuhan secara langsung dan tidak

langsung. Penyakit ini juga boleh menjangkiti individu tanpa mengira usia,

bangsa, agama dan jantina. Konjunktivitis merupakan penyakit berjangkit

ketiga tertinggi di Klinik Kesihatan Tebakang pada tahun 2010.

Penyakit ini berlaku disebabkan oleh kurangnya pendedahan

mengenai penyakit ini dan amalan kebersihan diri yang kurang dititikberatkan.

Walaupun golongan berumur 20 hingga 59 tahun, terutamanya golongan

wanita mencatatkan kes yang tertinggi pada tahun 2010, ini tidak bererti

penyakit ini tidak dapat dikawal dengan sepenuhnya.

Melalui aktiviti pencegahan dan kawalan seperti pendidikan kesihatan

dan rawatan yang sesuai, penyakit ini masih mampu dikawal daripada terus

menjangkiti individu yang lain. Sebagai penolong pegawai perubatan, prinsip

rawatan, pencegahan dan kawalan yang sesuai perlu diterapkan dalam

menangani jangkitan ini daripada terus merebak. Namun, masyarakat

komuniti juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjaga

kesihatan diri. Rawatan dan pengurusan yang sesuai dapat mengelakkan

komplikasi-komplikasi yang tidak diingini berlaku pada mata kerana mata

merupakan sinar kehidupan bagi setiap individu.

16