soalan 1 edu pppm

23
Soalan 1 1.0 PENGENALAN Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut. Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi untuk membangunkan ciri-ciri atribut dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar. Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang diperlihatkan dalam enam ciri. 2.0 ENAM ASPIRASI MURID Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah, guru, ibu bapa

Upload: ruzilamohdpouat

Post on 16-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

pppm

TRANSCRIPT

Soalan 1

1.0PENGENALANPeranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi untuk membangunkan ciri-ciri atribut dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar. Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang diperlihatkan dalam enam ciri.

2.0 ENAM ASPIRASI MURID

Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.

Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan dan Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemenini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.

1. Pengetahuan

Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan muird memupuk nili diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.

2. Kemahiran Berfikir

Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting: Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu; Pemikiran Kritis dan Penaakulan: keupayaan menganalisis maklumat, menjangka masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, danakhirnya membuat keputusan; dan Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

Sistem pendidikan negara perlu meningkatkan kemahiran murid dalam bidang ini seperti yang digambarkan melalui skor TIMSS dan PISA sejak lima tahun lepas. Skor TIMSS dan PISA 2009+ menunjukkan bahawa murid kurang mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir secara kritis di luar konteks akademik biasa.

3. Kemampuan Memimpin

Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja secara berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara. Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Dalam konteks ini kepimpinan yang perlu dibangunkan melibatkan empat unsur iaitu;

Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian diri, sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri. Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan. Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif. Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas.

Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada pembangunan keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah, mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.

4. Kemahiran Dwibahasa

Setiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid- murid juga diberi peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahanseperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyumbang kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.

5. Etika dan Kerohanian

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set prinsip, iaitu;

Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi. Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan semangat untuk melakukan perkara yang betul. Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.

6. Identiti NasionalAspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan.Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia, memahamii dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.

Soalan 2

1.0 PENGENALAN

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000 dan Negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik.TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Ujian ini dilaksanakan 4 tahun sekali.

Pencapaian pelajar Malaysia dalam keputusan TIMSS menunjukkan penurunan berbanding dengan negara seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan. Jurang pencapaian pelajar dalam bidang Matematik dan Sains meluas misalnya lebih kurang 20% pelajar Malaysia gagal mencapai penanda aras minimum TIMSS bagi matapelajaran matematik dan Sains pada tahun 2007, berbanding hanya 5 7% pada 2003. Keadaan ini perlu diberi perhatian utama kerana kualiti pendidikan tinggi berkolerasi terus dengan pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Sekiranya tiada usaha dijalanan untuk melonjakkan standard pendidikan ke tahap yang lebih tinggi, maka Malaysia menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikan pada masa ini dan kurang berdaya saing pada masa hadapan.

Salah satu matlamat di dalam Sukatan Pelajaran Matematik (2003) adalah untuk menghasilkan individu yang yang mampu berfikir secara Matematik dan dapat mengaplikasikan ilmu Matematik itu di dalam kehidupan seharian. Jadi matlamat yang digariskan oleh kerajaan dan pelaksanaan di sekolah haruslah selari dengan kehendak TIMSS agar prestasi negara di dalam TIMSS dapat di perbaiki.

2.0 PERANAN GURU

Guru berperanan penting menyediakan pelajar secara global agar berdaya saing di peringkat antarabangsa. Seterusnya, melahirkan pelajar yang cemerlang seterusnya dapat meningkatkan kedudukan Malaysia dalam PISA dan TIMSS. Antara peranan guru ialah memupuk kreativiti pelajar, memahami gaya pembelajaran dan meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas.

2.1 Memupuk kreativiti pelajar

Untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa, kita bukan sahaja perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bahkan perlu memiliki daya kreatif yang tinggi agar dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang semakin kompleks dalam pekerjaan. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad juga berpendapat bahawa generasi pewaris yang hidup dalam abad ke-21 perlu berfikiran kreatif dan kritis di samping bersifat kaya maklumat serta maju dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu, salah satu aspek untuk guru agar dapat memupuk kreativiti pelajar ialah dengan menggunakan gaya pengajaran berpusatkan pelajar. Guru perlulah mewujudkan interaksi dua hala yang aktif dengan memperbanyakkan teknik penyoalan, terutamanya soalan beraras tinggi (HOTS) Kaedah pembelajaran dengan menggunakan 8 peta pemikiran (i-Think) seharusnya diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, pelajar akan sentiasa mengasah minda mereka untuk berfikir secara kreatif untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pengajaran dan pembelajaran tetapi pelajar juga harus memainkan peranan yang aktif disamping memberikan maklum balas. Seterusnya, guru juga perlu bijak menghubungkait pengajaran dengan persekitaran. Contohnya, dalam tajuk matrik dalam subjek Matematik dapat diaplikasikan untuk membuat kod komputer. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam sesuatu matapelajaran terutamanya Matematik dan Sains perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat penting untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan metodologi pengajaran yang bersifat `spoon feed, induktif dan khutbah yang hanya mementingkan supaya pelajar menerima sahaja apa yang disogok oleh guru tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat moden pada masa kini.

2.2 Kualiti pengajaran di dalam kelas

Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global menunjukkan bahawa prestasi pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah guru. Kajian menunjukkan semakin banyak latihan yang diberikan kepada pelajar tidak menjamin peningkatan dalam pencapaian akademik. Kualiti pengajaran di dalam kelas adalah kunci untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput dengan apa yang dipelajari, gaya pembelajaran di dalam sesuatu matapelajaran seharusnya sentiasa mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi baru. Sebagai contoh, guru perlu menghubungkait antara Matematik dan kehidupan. Menghubungkait Matematik dan kehidupan adalah cara untuk mengurangkan kerisauan terhadap subjek Matematik. Oleh itu, apabila kerisauan menurun, pelajar akan menjadi semakin berjaya di dalam Matematik dan di dunia yang penuh dengan teknologi yang memerlukan pengetahuan Matematik dan Sains secara meluas. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran yang melibatkan guru-guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan terkini seperti penggunaan komputer, software atau internet.

2.3 Memahami gaya pembelajaran pelajar

Guru perlu memahami gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Menurut Raiff ( 1992 ), memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar dengan cara terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaan dan kekecewaan pelajar. Gaya pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza, terdapat pelajar yang cepat menerima pengajaran yang diajar, namun guru harus ingat terdapat juga pelajar yang lemah untuk memahami pengajaran secara cepat. Guru bukan semata-mata perlu memiliki ilmu pengetahuan terkini malah lebih daripada itu, memahami dan menyelami kehendak pelajar juga termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini segala tugas guru boleh dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan. Oleh itu, guru perlu menganggap perbezaan yang ada pada pelajar merupakan satu keistimewaan. Guru tidak boleh memperlekehkan pelajar yang lemah dan memuji pelajar yang cemerlang. Guru seharusnya tidak berat sebelah dalam sesi pengajaran dengan memberi perhatian kepada semua pelajar tidak kira lemah atau cemerlang. Dengan ini, setiap pelajar akan berasa diri mereka dihargai. Gaya pembelajaran juga dianggap sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang pelajar memberikan maklumat kandungan pembelajaran. Kesannya, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekali gus dapat meningkatkan pencapaian pelajar di dalam akademik.

3.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, ini dapat disimpulkan bahawa guru amat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar sekaligus dapat membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam TIMSS dan PISA.

Soalan 3

1.0PENDAHULUANSekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.Sekolah berprestasi tinggi ini diberi lebih autonomi dan akauntabilti dalam pengurusan dan pencapaian murid. Sekolah berprestasi tinggi bertaraf dunia ini akan menempatkan pelajar-pelajar cemerlang yang mampu menyaingi tahap pencapaian antarabangsa, melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan terkemuka dan berjaya menjadi pemimpin dalam bidang profesion masing-masing. Sekolah-sekolah ini juga akan membimbing sekolah-sekolah lain dengan mewujudkan rangkaian mentoring and coaching' antara sekolah.Sebelum dianugerah taraf SBT, sekolah tersebut perlu memenuhi beberapa kriteria mantap termasuk pencapaian akademiknya, sokongan alumni, pengiktirafan dan mewujudkan rangkaian dan jaringan pada peringkat antarabangsa. Kriteria SBT ini ditunjukkan dalam Rajah 1..

Rajah 1. Kriteria pemilihan Sekolah Berprestasi TinggiSetakat tahun 2014 sebanyak 128 buah sekolah telah diiktiraf Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

2.0ISU DAN CABARAN MENJADIKAN SEKOLAH SEBAGAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGIPada hakikatnya, tidak semua sekolah diiktiraf ini terletak di pusat bandar yang mewah, malahan, ada antaranya terselit jauh di ceruk kampung. Sudah tentu persoalan yang timbul ialah apakah petua yang diamalkan oleh sekolah berprestasi tinggi ini?Apa yang pasti, 128 sekolah ini tidak menjadikan faktor di bawah sebagai alasan untuk menghalang mereka mencapai prestasi cemerlang:1. Fasiliti sekolah bukan alasan. Kemudahan yang ada di sekolah ini tidak banyak bezanya. Sungguhpun peralatan seperti komputer, papan putih digital dan bangunan serba canggih mampu mengubah persekitaran pembelajaran, ia bukanlah faktor penentu terhadap mutu pendidikan yang dicatatkan di sekolah ini. Jelas, tiada kemudahan istimewa di sekolah cemerlang berbanding dengan sekolah biasa, namun keputusan yang mereka capai begitu memberangsangkan; 2. Kurikulum bukan alasan. Kurikulum kebangsaan sebenarnya sudah cukup lengkap dan sedapat-dapatnya menjadi sasaran bagi semua sekolah. Dalam kata lain, kurikulum yang dilaksanakan di sekolah berprestasi tinggi ini sama sahaja dengan sekolah biasa, tetapi keputusan diraih jauh berbeza dari aspek kecemerlangan;3. Menaikkan gaji guru bukan alasan. Gaji diperoleh oleh guru sekolah kebangsaan sama dan diselaraskan di seluruh negara, namun, dedikasi ditunjukkan oleh guru terhadap pelajar mereka di sekolah berprestasi tinggi ternyata berbeza.Saya melihat sendiri betapa beraninya segelintir pihak sekolah mengetepikan kelaziman atau trend biasa lantas mereka bangkit menerobos segala cabaran dan muncul juara. Proses pemilihan Sekolah Berprestasi Tinggi dilakukan dengan teliti supaya benar-benar bermakna dan berprestij. Bukan sahaja kecemerlangan akademik semata-mata diambilkira tetapi keseluruhan aspek persekolahan melalui pengukuran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dinilai,diverifikasi dan dilakukan oleh panel penilai yang dilantik. Selain daripada itu sesuai dengan jenamanya sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi maka tarafnya mestilah berada pada peringkat antarabangsa. Justeru melalui penilaian Annex setiap sekolah terpilih akan dinilai aspek personaliti unggul, jalinan , jaringan, anugerah dimenangi peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta penandaarasan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ciri-ciri sekolah berprestasi tinggi adalah seperti mempunyai kepimpinan pengetua yang dinamis dan berkesan , pengurusan kurikulum yang tersusun, pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara elemen-elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang dianggap sebagai berprestasi tinggi.Sesungguhnya sekolah yang berprestasi tinggi bukanlah impian yang tidak boleh menjadi kenyataan , malahan ia adalah sesuatu yang mampu dicapai sekiranya mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar. Ini adalah kerana pelajar pelajar pada hari ini merupakan pemimpin pada masa akan datang. Dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju , satu komitmen yang waja dan jitu adalah diperlukan di kalangan pelajar-pelajar bagi menimba ilmu.

3.0KRITERIA PEMILIHANTerdapat 2 kaedah pemilihan pencalonan menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Kaedah pertama adalah sekolah yang hendak dicalonkan mesti mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang. Penilaian berasaskan skor GPS (pemberatan 70%) dan skor verifikasi SKPM (pemberatan 30%).Kaedah kedua ialah mengikut kriteria Annex. 5 Kriteria pengiktirafan Annex, bagi Sekolah rendah mencukupi sekiranya memenuhi 3 daripada 5 dan sekolah menengah 4 daripada 5 kriteria.

Kriteria pertama:Personaliti UnggulSebagai seorang pemimpin di sekolah, guru besar ataupun pengetua mestilah merupakan seorang yang berpengaruh diperingkat negeri ataupun kebangsaan. Contohnya menjadi Pengerusi Majlis Guru Besar peringkat negeri . Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada beberapa faktor yang menjadi tunggak kepada melahirkan sekolah yang cemerlang. Faktor yang perlu dititikberatkan ialah peningkatan disiplin murid, kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum. Seorang guru besar tidak boleh berpuashati dengan hanya melakukan apa yang patut sahaja. Tugasnya bukan setakat melaksanakan apa yang telah ditetapkan oleh pihak atasan, tetapi mewujudkan rancangan-rancangan tambahan yang baru. Di sini letaknya rahsia kejayaan sesebuah sekolah Kriteria Kedua :Anugerah Kebangsaan dan AntarabangsaSekolah yang mahu diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi mesti menyerlah dalam acara-acara peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Contohnya SK Sultan Idris II, sebuah sekolah berprestasi tinggi di Kuala Kangsar yang menyerlah dalam persembahan Angklung. Pada tahun 2014, sekolah ini telah menyertai pertandingan Nature Music Programme di Bandung Indonesia. Sekolah Sultan Idris II telah mendapat anugerah peringkat kebangsaan dan Antarabangsa atas penyertaan program tersebut. Guru-guru terlibat sama dalam program peringkat antarabangsa. Guru-guru dan pihak kepimpinan sekolah bersama-sama bertanggungjawab menaikkan nama sekolah dipersada antarabangsa. Sekolah yang mahu dicalonkan menjadi sekolah berprestasi tinggi mesti mempunyai satu kelainan daripada sekolah sekolah lain. Sekolah juga boleh menghasilkan satu inovasi atau pembaharuan perkara yang baru. Dengan cara ini sekolah akan dikenali.Sekolah ini juga menjadi rebutan utama para ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka dan antara satu-satunya sekolah yang mana muridnya adalah berbilang bangsa.

Kriteria Ketiga: Jalinan dengan Institusi Pengajian Tinggi

Pihak sekolah harus mempunyai jalinan dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Jalinan tersebut berupa program pemindahan kredit, kajian tindakan bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana. Pihak sekolah seharusnya memastikan peningkatan tahap prestasi dalam akademik, kokurikulum dan sukan serta program jalinan dengan universiti tempatan atau luar negara. Hubungan yang baik dengan Institusi Pengajian Tinggi akan membawa banyak faedah kepada sekolah

Kriteria keempat:Jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan luar Negara

Jaringan kukuh ini bermaksud sekolah mempunyai hubungan dengan sekolah tempatan dan luar Negara, komuniti, organisasi awam dan swasta. Contoh program antara sekolah dengan sekolah yang boleh diadakan seperti perkembangan staf, latihan dalam perkhidmatan (LADAP) dan program pertukaran staf dan pelajar. Komuniti boleh melibatkan PIBG, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Swasta. Kedua-dua pihak guru dan ibu bapa hendaklah bersikap terbuka dalam usaha memperbaiki keputusan anak dan murid-murid masing-masing. Mengikut Berger (1983), untuk menjayakan "educational partnership" ini, pihak sekolah mesti menjemput ibu bapa untuk melibatkan diri dan ibu bapa mesti memberi respon seperti yang disebut oleh Hughes dan MacNaughton (2003). Komunikasi dua hala yang paling efektif untuk mewujudkan kerjasama dan respon dari pihak ibu bapa. Komunikasi ini dapat dikekalkan melalui PIBG, lawatan ibu bapa ke sekolah dan penyertaan dalam aktiviti sekolah Kepentingan hubungan sekolah dan komuniti ini selaras dengan pendapat Poston et al. (1992) iaitu, "You cannot build a great school alone. The school needs the community and the community needs the school". Pengiktirafan sebegini sudah tentu menunjukkan terdapat faedah tertentu hasil hubungan yang erat antara sekolah dan komuniti. Antara faedah tersebut ialah seperti mana menurut Gallagher, Bagin, dan Moore (2005), "The bottom line of any school community relations program is to help the children learn better. And they learn if parents are involved Therefore, a good school-community relations program should encompass the concept of partnership between the school and the parents ".

Kriteria kelima: Penandaarasan Kebangsan dan AntarabangsaSekolah digunakan sebagai penandaarasan diperingkat kebangsaan dengan menggunakan piawaian antarabangsa (Contoh PISA dan TIMSS).Dalam konteks pendidikan misalnya, sekolah yang diketegorikan sebagai terbaik, unggul, berkesan, cemerlang atau berprestasi tinggi hendaklah dicontohi dan seterusnya menjadikan amalan sekolah-sekolah sebagai model untuk dipraktikan. Penandaarasan adalah proses pencarian rahsia kejayaan organisasi lain supaya maklumat tersebut dapat digunakan oleh organisasi untuk mengurangkan jurang dengan organisasi dalam kategori terbaik kelompoknya. Proses penandaarasan sekolah di negara kita perlu dilihat sebagai satu usaha ke arah meningkatkan prestasi sekolah secara holistik dan menyeluruh. Pengurusan sekolah mesti peka dan memastikan perkara berikut diberi penekaan dan keutamaan untuk memastikan organisasi sekolah sentiasa ditambahbaik.

(a)Mengenalpasti proses penambahbaikan yang diperlukan(b)Mencari sekolah mana yang perlu dijadikan contoh(c)Mengkaji amalan terbaik sekolah yang menjadi contoh(d)Mencarai perbezaan amalan untuk dibandingkan(e)Melaksanakan amalan terbaik di sekolah masing-masing

Organisasi sekolah wujud dalam persekitaran yang sentiasa berubah dulu, kini dan masa akan datang. Justeru, jika kita mahukan perubahan prestasi sekolah mencapai tahap kecemerlangan cara dan kaedah baru perlu diperkenalkan, dipraktikan dan diberikan keutamaan. Penandaarasan merupakan improvement tools atau antara jawapan yang boleh dicadangkan untuk menjulang prestasi sekolah. Sekiranya pendekatan ini hendak digunakan hendaklah dilaksanakan dengan perancangan yang betul dan komitmen tinggi warga sekolah.

Terdapat 3 pendekatan dalam konsep penandaarasan ini. Pertama ialah penandaarasan dalaman. Pendekatan ini boleh dilakukan dengan mengkaji amalan dalaman sekolah yang terbaik yang sedang dilakasanakan oleh sekolah. Amalan ini akan dikenalpasti dan seterusnya diamalkan secara menyeluruh di dalam semua proses yang sama di dalam sekolah itu sendiri. Melalui kaedah ini, amalan terbaik boleh dipindah secara bersilang. Contohnya apa yang diamal dalam panitia boleh dilaksanakan dalam unit sukan.. Penandaarasan ini tidak banyak memerlukan bajet kerana semua maklumat boleh diperolehi secara dalaman. Isu confidentiality tidak timbul kerana cara maklumat diperolehi tidak rumit kerana maklumat tersebut adalah maklumat dalaman. Kedua ialah penandaarasan antara sekolah. Ia merupakan satu usaha mencari amalan yang terbaik daripada sekolah lain khususnya dalam kelompok yang sama. Usaha ini agak sukar kerana sekolah perlu mencari dan mempelajari amalan terbaik yang menjadi rahsia sekolah lain (sekolah swasta, sekolah jenis kebangsaan,sekolah antarabangsa, sekolah agama dan sekolah berasrama penuh).

Usaha hanya boleh dilakukan perkongsian pintar seperti lawatan dan sebagainya dan kaedah ini adalah yang paling popular diamalkan oleh sekolah-sekolah. Bagi sekolah bantuan penuh kerajaan kesulitan mendapat maklumat sekolah tidak sukar kerana semua sekolah berada di bawah satu kementerian yang sama. Perkongsian maklumat secara telus di antara sekolah-sekolah boleh membantu mempercepatkan proses penambahbaikkan berlaku.

Pendekatan ketiga ialah penandaarasan bertaraf dunia yang banyak pihak mensifatkannya sebagai yang paling mencabar. Pendekatan ini memerlukan pengetua sekolah mengetahui sekolah mana yang menjadi peneraju sekolah cemerlang di dunia. Penandaarasan ini melibatkan kajian terhadap proses yang terbaik yang diamalkan oleh sekolah di peringkat antarabangsa yang menerajui industri pendidikan yang berkaitan dan juga yang tidak berkaitan dengan sekolah. Pendekatan ini memerlukan pihak pengurusan mengkaji banyak amalan sekolah cemerlang yang ditemui.. Bajet yang diperlukan juga agak besar. Kadang-kadang usaha ini memerlukan persefahaman bersama di antara sekolah dengan sekolah lain yang hendak dijadikan model. Kini banyak sekolah sudah memulakan program pengantarabangsaan dan pastinya dapat memanfaatkan elemen penandaarasan ini.

3.0KESIMPULANKejayaan sebagai sekolah yang berjaya tidak akan dapat dikecapi tanpa ada usaha-usaha oleh semua pihak dalam sesebuah organisasi sekolah. Faktor utama yang mendorong kepada pencapaian kejayaan ini adalah kepimpinan pengetua atau gurubesar. Kepimpinan adalah satu proses dan tingkahlaku di mana seseorang pemimpin itu mengambil tindakan-tindakan tertentu untuk mempengaruhi individu lain supaya berusaha secara sukarela dan bekerjasama untuk mencapai objektif kumpulan atau organisasi tanpa mementingkan kepentingan peribadi. Untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang pemimpin bukanlah suatu perkara yang mudah. Tambahan pula untuk memimpin sekolah kepada tahap yang cemerlang dan berprestasi tinggi. Oleh yang demikian, seseorang pemimpin itu mestilah mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berkesan dan mengamalkan gaya kepimpinan yang paling terbaik. Untuk mencapai tahap sekolah yang berjaya adalah menjadi satu kemestian bagi pengetua atau guru besar sekolah untuk mengamalkan kepimpinan yang terbaik dan cemerlang.

Rujukan

Berger, F. H. (1983). Beyond the classroom: Parents as partners in education. St. Louis: Thomas & Manning.

Hughes, P., & MacNaughton, G. (2003). Building meaningful partnerships between staff and families: Enhancing childrens development. Victoria, Australia: Tertiary Press.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Pembangunan pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur.

Mohd Fauzi Yaacob.(2009). Transformasi dan perubahan sosial: Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Nik Aziz Nik Pa dan Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Poston, W. K., Jr., Stone, M. P., & Muther, L. (1992). Making schools work: Practical management of support operation, vol. 7. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Sufean Russin. (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia: Teori & analisis Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://azman2020.blogspot.com/2010/12/benchmarkingpenandaarasan-1.html

http://nkrapendidikan.moe.gov.my/mainpage.php?module=nkra&id=117

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5685-sbr-tanda-aras-kecemerlangan.html

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2010/1275279590.pdf

http://azmanss.blogspot.com/2013/01/peranan-sekolah-dalam-menjayakan.html