soal jawab pen gurus an harta pusaka kecil

Download Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

Post on 12-Jun-2015

4.129 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SOAL JAWAB PENGURUSAN HARTA PUSAKA KECILBAHAGIAN I:DEFINASI 1.Soalan: Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka? Jawapan: Harta pusaka adalah semua harta dan kepentingan si mati yang kematiannya telah dapat dibuktikan. 2. Soalan: Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka kecil? Jawapan: Harta pusaka kecil alah harta yang terdiri daripada harta tak alih dan harta alih yang jumlah keseluruhan nilai semasanya tidak melebihi RM 600,000 dan si mati tidak meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1958( tidak termasuk orang Islam) 3. Soalan: Apakah yang dimaksudkan sebagal harta tak alih? Jawapan: Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Bangunan kekal adalah meliputi takrif harta tak alih. 4. Soalan: Apakah yang dimaksudkan harta alih? Jawapan: Harta alih ialah harta yang selain daripada harta tak alih seperti wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, kenderaan, senjatapi, barang kemas dan sebagainya 5. Soalan: Adakah permit dan lesen seperti lesen pendudukan sementara (TOL), lesen perniagaan, permit pengangkutan awam boleh dijadikan sebahagian daripada harta pusaka? Jawapan: Tidak boleh kerana lesen dan permit tidak boleh diwarisi dan ianya akan luput setelah kematian pemilik asal.

6. Soalan: Bolehkah Surat Ikatan Amanah (Deed of Trust) dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka si mati?

Jawapan: Ya, sekiranya nama si mati merupakan sebahagian daripada orangorang yang kepada mereka amanah tersebut dipegang. Sekiranya si mati adalah pemegang amanah, ianya tidak boleh dianggap sebagai harta si mati. 7. Soalan: Sebelum berkuatkuasa Kanun Tanah Negara 1965, terdapat beberapa hakmilik sementara seperti SuratAkuan (Kedah) dan Tanah AA (Approved Application). Apakah kedua-dua jenis hakmilik ml boleh boleh dijadikan harta pusaka Si mati? Jawapan: Ya, kedua-dua jenis hakmilik di atas adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati sebagaimana hakmilik-hakmilik jenis lain. 8. Soalan: Apakah tanah pajakan lombong (mining lease) yang didaftarkan atas nama si mati boleh dijadikan harta pusaka si mati? Jawapan: Boleh, tanah pajakan lombong adalah hakmilik muktamad dan kerana itu ianya adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati yang boleh diturunmilik kepada waris. 9. Soalan: Bolehkah tanah daftar pegangan (register of holdings) di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 termasuk di dalam takrif harta pusaka? Jawapan: Ya, tanah daftar pegangan adalah termasuk dalam takrif harta pusaka si mati. 10. Soalan: Bolehkah pembeli menuntut harta pusaka yang dibelinya melalui surat perjanjian walaupun urusan jual beli tersebut belum lagi disempurnakan sepenuhnya? Jawapan: Pembeli boleh membuat permohonan pembahagian pusaka berdasarkan perjanjian jual beli tersebut. Sekiranya baki harga pembelian masih ada ianya boleh dijelaskan kepada waris si mati semasa perbicaraan dijalankan. BIDANG KUASA 1. Soalan: Di manakah permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat? Jawapan: Permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil yang terdapat di daerah di mana harta tidak alih itu berada.

2. Soalan: Sekiranya si mati memiliki beberapa bidang tanah di daerah yang berlainan di manakah permohonan perlu dibuat? Jawapan: Permohonan hendaklah dibuat di daerah di mana harta tidak alih yang nilaiannya paling tinggi berada. 3. Soalan: Bolehkah permohonan pembahagian pusaka yang telah didaftarkan di satu-satu daerah dipindahkan ke daerah lain untuk kemudahan ahli waris? Jawapan: Boleh, walau bagaimanapun pemohon hendaklah membuat permohonan bertulis kepada Pentadbir Tanah Daerah berkenaan menyatakan tujuan mengapa permohonan pemindahan tersebut dibuat. Permohonan akan dipanjangkan untuk kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri sekiranya ianya melibatkan pelangkauan daerah dalam negeri yang sama dan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan sekiranya ianya melibatkan pelangkauan negeri. 4. Soalan: Bolehkah permohonan pembahagian pusaka yang melibatkan harta alih sahaja (tiada harta tak alih) dibuat di Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Pusaka? Jawapan: Tidak boleh, melainkan jika permohonan tersebut sebahagian daripadanya mengandungi harta tak alih (tanah) atau kepentingan yang wujud dari mana-mana tanah seperti wang imbuhan pengambilan balik tanah, Sekiranya si mati hanya meninggalkan harta alih sahaja, permohonan hendaklah dibuat di pejabat Amanah Raya Berhad.

5. Soalan. Bagi harta si mati yang telah mempunyai penama (nominee) apakah masih perlu dibuat permohonan pembahagian pusaka? Jawapan: Tidak perlu, namun tertakluk kepada arahan institusi berkenaan. Penama pada kebiasaannya akan dibayar terus harta berkenaan yang dinamakan kepadanya. Sebagai contoh simpanan dalam KWSP, insuran nyawa dan sebagainya. Penama bagi orang Islam hanyalah sebagai pentadbir dan perlu difaraidkan kepada waris yang berhak 6. Soalan: Bolehkah tuntutan pusaka harta tak alih dan harta alih dikemukakan secara berasingan dengan tujuan supaya pembahagian harta alih dapat dilakukan lebih awal? Jawapan: Tidak boleh, permohonan kedua-dua jenis harta tersebut hendaklah dikemukakan dalam satu permohonan sahaja.

7. Soalan: Adakah seorang Pentadbir (Administrator) yang dilantik oieh Pentadbir Tanah mempunyai kuasa menjual harta yang ditadbirkannya? Jawapan: Ya, Pentadbir yang dilantik boleh menjual tanah yang ditadbirnya dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pentadbir Tanah atau Mahkamah Tinggi. 8. Soalan: Permohonan awal telah dibuat di Mahkamah Tinggi dan Surat Kuasa Tadbir (Letter of Administration) telah dikeluarkan. Bolehkah penyelesaian seterusnya dibuat di Pejabat Tanah atau di Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil? Jawapan: Pada dasarnya tidak boleh. Walau bagaimanapun sekiranya pihak Mahkamah Tinggi memberi kebenaran ianya boleh dilakukan. 9. Soalan: Si mati seorang Islam, telah mati meninggalkan wasiat. Bolehkah penerima wasiat membuat permohonan pembahagian pusaka di bawah bidang kuasa harta pusaka kecil sekiranya nilaian harta yang diwasiatkan kurang dan RM 600,000.00? Jawapan: Boleh, kerana wasiat bagi orang-orang Islam tidak tertakluk kepada Akta Wasiat 1958. Walau bagaimanapun penerima wasiat hendaklah terlebih dahulu mengesahkan wasiat tersebut di Mahkamah Syariah. Keputusan Mahkamah Syariah akan diterima pakai dalam perintah pembahagian harta pusaka kecil.

PERMOHONAN 1. Soalan: Siapakah yang layak memohon pusaka? Jawapan: Waris terdekat seperti suami, isteri, bapa, ibu, anak dan lain-lain waris yang boleh mewarisi harta si mati, pemiutang, pemegang gadaian, penerima wasiat, baitulmal, penghulu, pegawai penempatan, pemegang amanah (trustee) penerima amanah, pemegang surat kuasa wakil (Power of Attorney), Amanah Raya Berhad dan pembeli. 2. Soalan: Bagaimanakah permohonan pembahagian harta pusaka dibuat? Jawapan: Pemohon dikehendak mengisi borang permohonan (borang A) dan menyertakan sekali dokumen sokongan seperti salinan sijil kematian, sijil carian rasmi, hakmilik tanah, perjanjian jualbeli tanah atau rumah, surat pengesahan harta alih yang dituntut, salinan kad pengenalan waris atau sijil kelahiran waris yang belum dewasa, sijil perkahwinan, penyata hutang dan

lain-lain dokumen yang berkaitan dengan harta si mati. 3. Soalan: Sekiranya sijil kematian hilang dimanakah boleh diperolehi salinan sijil tersebut? Jawapan: lanya boleh diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara.( Perlu nyatakan nama simati, nombor kad pengenalan, tarikh serta tempat kematian) 4. Soalan: Hakmilik (geran) tanah telah hilang dalam simpanan. Bolehkah permohonan pembahagian pusaka dibuat? Jawapan: Boleh, pemohon hendaklah mendapatkan carian rasmi dari Pejabat Tanah di daerah berkenaan untuk mengesahkan pemilikan tanah bekenaan.( Perlu nyatakan nombor hakmilik, nombor lot boleh didapati pada resit cukai tanah) 5.Soalan: Sekiranya kematian tidak didaftarkan bolehkah a dibuktikan dengan dokumen lain? Jawapan: Pemohon perlu mengemukakan Surat Akuan Bersumpah yang disediakan mengikut kehendak Akta Akuan Bersumpah 1960 (Statutory Declarations Act 1960) atau Perintah Anggapan Kematian (Order of Presumtion of Death) dari Mahkamah Tinggi sekiranya si mati telah didapati hilang bagi tempoh yang melebihi 7 tahun.

6. Soalan: Siapakah yang boleh menyaksikan surat akuan bersumpah? Jawapan: Ia boleh disaksikan oleh 2 orang saksi bebas yang kenal dengan Si mati dan menyaksikan kematian si mati tersebut. 7.Soalan: Siapakah saksi bebas? Jawapan: Saksi bebas ialah orang yang tiada kaitan keluarga terdekat dengan si mati dan tidak berhak mewarisi harta peninggalannya. 8. Soalan: Adakah pendaftaran permohonan pembahagian harta pusaka dikenakan sebarang bayaran? Jawapan: Setiap permohonan dikenakan bayaran pendaftaran Sebanyak RM10.00. 9. Soalan: Bolehkah borang permohonan pembahagian pusaka dihantar melalui pos?

Jawapan: Boleh. Pemohon hendaklah menyertakan kiriman wang pos / wang pos sebanyak RM10.00 atas nama Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah berkaitan bagi maksud pendaftaran, bersama-sama lain-lain dokumen yang diperlukan. 10. Soalan: Berapa lamakah sesuatu permohonan dapat diselesaikan? Jawapan: Bagi permohonan yang tidak bermasalah tempoh penyelesaian sesuatu kes ialah dalam lingkungan 4 1/2 bulan. 11. Soalan: Sekiranya si mati, mati tanpa meninggalkan waris, siapakah yang boleh memohon pembahagian harta peninggalannya? Jawapan: Bagi harta pusaka yang tidak mempunyai waris, Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri, Penghulu, Pegawai Penempatan dan Amanah Raya Berhad boleh menjadi pemohon pusaka.

12. Soalan: Bagaimanakah Baitulmal boleh mewarisi harta si mati? Jawapan: Baitulmal akan menjadi waris sekiranya si mati tidak meninggalkan waris yang boleh menghabisi seperti anak lelaki, bapa, saudara lelaki seibu sebapa, anak saudara lelaki seibu sebapa si mati dan sebagainya. Dalam keadaan di mana si mati tidak langsung meninggalkan waris kesemua harta Si mati akan diwar