sdp rumusan

Upload: gana-sharon

Post on 13-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

Buat rumusan tidak lebih 1000 perkataan hasil dari bacaan diatas dan seterusnya muat naik kedalam Folio Digital yang diperuntukkan untuk anda dalam LMS ini

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan senipergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum,menyeluruh dan menyeronokkan.Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, kita mengetahui bahawa sendiri dalam pendidikan amat penting diintegerasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah.Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.Integrasi seni dalam pendidikan (merujuk kepada seni visual, muzik dan pergerakan)membawa banyak faedah kepada murid dan juga guru. Antara kesan-kesan positif daripada ketiga-tiga bidang seni yang dimaksudkan ialah,Pertama integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atausequential.Kedua Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi,inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya,pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang hendak mereka lakukan.Ketiga ialah bidang seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.Keempat pula, Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Seterusnya, Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Guru juga lebih mudah untuk merancang, mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajarandan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.Berdasarkan kepada kesan-kesan dan kepentingan yang diperolehi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, seni dalam pendidikan ini banyak membantu mengembangkan pelbagai potensi pelajar. Seni dalam pendidikan juga dapat membantu guru dalam menentukan jenis kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam kelas mengikut tahap penerimaan murid.Seni merupakan satu cara komunikasi. Penghubungkaitan Seni boleh disamakan dengan program antara disiplin dalam seni. Ia berperanan sebagai satu strategi pendidikan bagi membantu melahirkan pembelajaran dan pesekitaran yang menyelitkan aspek sosial agar setiap insan dihormati; menggalakkan kepimpinan, inisiatif dan inovasi, di mana setiap pelajar akan mencapai kecemerlangan akademik. Secara ringkasnya,seni memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan murid-murid.Oleh yang demikian setiap guru dan murid mempunyai peranan masing-masing dalam melaksanakan penghubungkaitan bidang-bidang ini bagi menjamin objektif pengajarandan pembelajaran akan tercapai.Peranan Guru pula,merancang sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Semasa proses perancangan tersebut, guru haruslah mengemukakan beberapa persoalan untuk dirinya sendiri dan perlulah dijawab sebelum membuat sesuatu perancangan. Setelah berjaya menjawab persolan-persoalan tersebut, barulah guru merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian, penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar dan juga penghubungkaitan pengajaran yang hendak dijalankan.Seterusnya memberi motivasi. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Terdapat dua jenis motivasi yang boleh diberikan oleh guru semasa proses penghubungkaitan pelajaran, iaitu motivasi ekstrinsik dan intrinsik. Dengan adanya motivasi yang diberikan guru, murid akan berasa terangsang apabila menyedari adanya sesuatu yang menarik yang bakal diperolehi. Tanpa dipaksa murid akan melakukan apa sahaja mengikut kehendak aktiviti yang dirancang oleh guru.Namun menyediakan kemudahan pembelajaran (fasilitasi)Guru dan pihak sekolah juga berperanan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan pembelajaran kepada murid-muridnya. Ini adalah bagi membolehkan pelajar untuk belajar dengan lebih selesa tanpa ada sebarang gangguan serta serba kekurangan.Beberapa kemudahan penting yang perlu disediakan termasuklah bilik yang selesa,terdapat peredaran cahaya dan udara yang sesuai serta bahan dan peralatan yang mencukupi.Penyampaian Pengukuhan Guru juga berperanan sebagai penyampai pengukuhan semasa penghubung kaitan seni dalam pendidikan. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.Dari sudut murid melibatkan diri sepenuhnya. Murid adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktivitiyang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan dirisecara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitudapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kesemuanya ini terbentuk hasil dari penglibatan dengan interaksi yang aktif ibu bapa, guru disekolah, rakan sebaya dan masyarakatserta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitarannya.ii. Membentuk kepercayaan dan saling bergantung. Penghubungkaitan seni dalam pendidikan tidak akan berjaya tanpa ada kepercayaandan kerjasama. Untuk itu setiap murid perlulah mempercaya antara satu sama lain bahawa mereka perlu mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi semua anggota dalam kumpulannya. Akauntabiliti bermaksud tanggungjawab. Dalam proses penghubungkaitan seni dalam pendidikan, setiap murid haruslah menyedari akan tanggungjawabnya sebagai ahli komuniti dalam kelas berkenaan. Mereka juga perlu sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya. Kesedaran terhadap akauntabiliti akan membolehkan murid melaksanakan peranannya dengan baik.Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seperti tangan manusia dengan jejarinya sebagai murid, dan ibu jari sebagai guru. Jejari murid dibolehkan bergerak dengan bebas meneroka idea-idea baru, sementara ibu jari (guru) berperanan sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu. Tanpa ibu jari, jari-jemari masih lagi boleh bergerak, akan tetapi ia menghadapi masalah untuk mengenggam sesuatu benda. DalamPendidikanMengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuksebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf Radalah satukata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu.Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah, Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabung jalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.Disamping itu,memupuk nilai kerjasama. Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsurkerjasama.Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak danberinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh.Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan dan memenuhi keperluan sosial yang asas.Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajukyang diajar.

Nama:Ganageswari a/p ArumugamNo.k.p:800425086408