isl sdp minggu 1

28
SENI DALAM PEMDIDIKAN WAJ 3073 Imaginasi, Emosi, Ekspresi dan Kreativiti ing Jing !ing, "#ieng Mia$ Lin "%nt#ia ing

Upload: cynthiatingxingrou

Post on 04-Nov-2015

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ISL seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

  • SENI DALAM PEMDIDIKAN WAJ 3073Imaginasi, Emosi, Ekspresi dan KreativitiTing Jing Ying, Chieng Miaw Ling, Cynthia Ting

  • PENGENALAN

  • Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.

  • Apa itu imaginasi??Imaginasi ataupun pemikiran futuristik bermaksud kemampuan atau daya khayalan untuk menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. (http://cikgusaiful.blogspot.com/2009/11/kepentingan-imaginasi-dalam-sains.html )

  • Kamus Dewan edisi ke-4:

    Imaginasi ialah daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan (sesuatu) dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan.

  • Imaginasi mencakupi penglihatan fikiran, suara, rasa, sentuhan dan sensasi lain tubuh. Kita dapat menciptakan alam lain di dalam kepala kita ketika menggunakannya. Hal ini terjadi kerana otak manusia adalah jaringan saraf terkompleks di dunia dan yang memiliki ragam kemampuan yang luar biasa.

  • Semakin baik daya imaginasi, biasanya semakin baik dalam mengingati mimpi, melakukan hipnotis dan mengolah kreativiti berfikir. " - Ian Robertson, pakar neuropsikologi.Imaginasi bila digandingkan dengan ilmu boleh merealisasikan impian.

  • Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti.

    Proses imaginasi boleh dilakukan dengan:

  • Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama.

  • Melalui aktiviti seni, daya imaginasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contoh: Menggunakan lagu untuk memperkenalkan lagu lebah. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang (melalui imaginasi).

  • Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut.Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

  • Imaginasi berupaya menimbulkan rasa ingin tahu yang kuat seterusnya mendorong seseorang untuk meneroka apa yang diinginkan.

    Imaginasi penting untuk membolehkan guru dan murid berfikir secara lebih mendalam(kritis dan kreatif).

    Imaginasi menbantu murid untuk belajar kerana sesetengah guru mengunakan imaginasi kanak-kanak semasa mengajar, contoh matapelajaran yang memerlukan kanak-kanak untuk berimaginasi adalah sains tentang rasa.

  • Dapat menyelesaikan masalah melalui daya imaginasi kanak-kanak(Margaret Renkl,2001).

    Kanak-kanak juga meluahkan perasaan mereka melalui imaginasi (Margaret Renkl,2001)

    Imaginasi juga dapat membantu apabila mereka dewasa kelak (Margaret Renkl,2001).

  • Emosi Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.

  • Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan.

    Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan menghasilkan perubahan dalam badan, dan terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu.

  • Kanak-kanak mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain melalui persekitarannya. Melalui seni juga dia akan dapat untuk memahami dan meluahkan perasaan.

    Terutama ketika melukis dalam seni visual; jika emosinya stabil, lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah.

  • Ekspresi Ekspresi ialah tindak balas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda.

  • Emosi diekspresikan dalam bentuk verbal dan nonverbal.

    Dalam aktiviti berbentuk seni, ekspresi verbal biasanya dilakukan dengan menulis, berbicara tentang emosi yang dialami dan nyanyian.

    Ekspresi nonverbal lazimnya dilakukan dengan gerak dan isyarat tubuh, dan tindakan-tindakan emosi seperti menggunanakan instrumen muzik.

  • Ekspresi penting kerana aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan simbol.

    Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.

  • PENGENALAN KEPADA KREATIVITISetiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang.

  • Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang di lihat atau di alaminya. Sebaliknya, individu yang kreatif mampu melahirkan satu bentuk baru.

    Bagi mempertingkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan seni adalah diperlukan.

  • Menurut kamus Websters (1976) pemikiran kreatif ialah, The ability to bring something new existence. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994).

  • Kamus dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan.

    Mengikut Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan.

  • KEPENTINGAN KREATIVITIKreativiti membolehkan seseorang mewujudkan sesuatu yang baru.Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik.Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna.

  • Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik.

    Memantapkan keupayaan membuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.

  • Membolehkan menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru.

    Membolehkan menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya.

  • KESIMPULANBakal guru perlu didedahkan dengan beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni secara global. Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri, emosi, imaginasi, persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk pemantapan seorang murid dan bakal guru dalam mata pelajaran ini.

  • SEKIAN.

    *