sdp refleksi amali 4

3
REFLEKSI AMALI 4 TARIKAH : 30 JULAI 2015 (KHAMIS) TAJUK AMALI : Pelajar dalam kumpulan menjalankan aktiviti meneroka untuk seni visual, muzik dan pergerakan melalui: - alat dan bahan - idea dan isi kandungan - cara pengelolaan, olahan dan manipulasi Amali keempat dijalankan oleh kumpulan yang keempat, iaitu terdiri daripada Chan Mang Yee, Lim Peng Chong dan Alice Ngu. Kumpulan ini menjalankan aktiviti amali yang berkaitan dengan penerokaan untuk seni visual, muzik, dan pergerakan. Dalam amali tersebut, mereka telah menjalankan beberapa aktiviti yang sangat memberangsangkan kreativiti kami untuk meneroka tentang seni visual, muzik dan pergerakan. Hal ini demikian kerana aktivitivi-aktiviti amali yang dijalankan pada hari tersebut melibatkan pelbagai kecerdasan seperti visual-ruang, kinestik, dan muzik. Justeru, nescaya bahawa aktiviti-aktiviti ini juga boleh mencapai matlamat SDP, iaitu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah lebih seronok. Di samping itu turut memotivasikan kami menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, mempunyai personaliti yang seimbang, berketrampilan, dan profesional. Aktiviti yang paling memberi impresi kepada saya adalah aktiviti nombor-nombor . Aktiviti ini memberi peluang kepada

Upload: brenda-ong-ying-hong

Post on 01-Sep-2015

263 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

PISMP Sem 4, Refleksi amali untuk seni dalam pendidikan.

TRANSCRIPT

REFLEKSI AMALI 4TARIKAH: 30 JULAI 2015 (KHAMIS)

TAJUK AMALI: Pelajar dalam kumpulan menjalankan aktiviti meneroka untuk seni visual, muzik dan pergerakan melalui: alat dan bahan idea dan isi kandungan cara pengelolaan, olahan dan manipulasi

Amali keempat dijalankan oleh kumpulan yang keempat, iaitu terdiri daripada Chan Mang Yee, Lim Peng Chong dan Alice Ngu. Kumpulan ini menjalankan aktiviti amali yang berkaitan dengan penerokaan untuk seni visual, muzik, dan pergerakan.Dalam amali tersebut, mereka telah menjalankan beberapa aktiviti yang sangat memberangsangkan kreativiti kami untuk meneroka tentang seni visual, muzik dan pergerakan. Hal ini demikian kerana aktivitivi-aktiviti amali yang dijalankan pada hari tersebut melibatkan pelbagai kecerdasan seperti visual-ruang, kinestik, dan muzik. Justeru, nescaya bahawa aktiviti-aktiviti ini juga boleh mencapai matlamat SDP, iaitu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah lebih seronok. Di samping itu turut memotivasikan kami menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, mempunyai personaliti yang seimbang, berketrampilan, dan profesional. Aktiviti yang paling memberi impresi kepada saya adalah aktiviti nombor-nombor. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk menjana idea dan menghubungkaitkan persekitaran dengan nombor-nombor. Aktiviti yang sebegini sememangnya merupakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Hal ini demikian kerana pelajar perlu menghubungkaitkan bentuk nombor dengan bentuk benda-benda yang berada di sekeliling mereka. Tambahan pula, aktiviti ini juga melibatkan penggunaan kedua-dua belah otak pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar perlu memerhati serta menganalisis benda di sekeliling (otak kiri) dan menghubungkaitkan serta berimaginasi perkaitan nombor dengan benda-benda di sekeliling (otak kanan). Tambahan pula, seperti yang dinyatakan dalam Teori Kecerdasan Manusia, semua pelajar mempunyai kecerdasan dominan yang pelbagai. Sekiranya, kita memfokuskan kepada satu kecerdasan sahaja, maka kecerdasan yang lain tidak dapat dikembangkan dengan seimbang. Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan strategi pengajaran yang melibatkan pelbagai kecerdasan supaya dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Misalnya, Jump Like A Star, yang menggabungkan muzik dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ). Ini boleh mengembangkan kecerdasan muzik dan kinestetik pelajar. Pelajar boleh bergerak mengikut rentak muzik. Di samping itu, aktiviti bekas serba guna juga melibatkan pelbagai kecerdasan seperti logik matematik dan visual ruang. Hal ini demikian kerana aktiviti ini memerlukan pelajar mengkaji sendiri cara untuk memasangkan bekas pada kertas tersebut (logik matematik) dan ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk membuat gambaran bekas serba guna yang ingin dipasangkan. Secara ringkasnya, guru sememangnya perlu bersifat kreatif supaya boleh menyediakan proses pembelajaran yang boleh membantu mengembangkan kebolehan murid secara menyeluruh.