resepi pizza simple

10
RESEPI PIZZA SIMPLE ! Bahan : 1 biji telur 2/3 cawan tepung gandum garam dan lada hitam (guna dalam setengah sudu kecil) 1 cawan susu segar 1 cawan keju parut sos topping bahan topping - bawang, daging cincang dll (kalau daging cincang tu masak dulu) Cara cara membuatnya : 1. Bancuh telur dan tepung sampai tak bergentel. 2. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. 3. Tuangkan susu sedikit demi sedikit. Kacau rata. 4. Masuk setengah dari keju parut. 5. Masukkan dalam bekas pembakar yang dah dilengser dengan minyak atau butter. 6. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30minit atau sehingga berwarna kekuningan. 7. Keluarkan dan sapu sos topping. 8. Taburkan bahan bahan topping kegemaran dan baki keju parut (1/2 cawan) tadi

Upload: nur-wasimah

Post on 29-Sep-2015

13 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

RESEPI PIZZA SIMPLE !

Bahan : 1 biji telur 2/3 cawan tepung gandum garam dan lada hitam (guna dalam setengah sudu kecil) 1 cawan susu segar 1 cawan keju parut sos topping bahan topping - bawang, daging cincang dll (kalau daging cincang tu masak dulu)

Cara cara membuatnya :1. Bancuh telur dan tepung sampai tak bergentel.2. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.3. Tuangkan susu sedikit demi sedikit. Kacau rata.4. Masuk setengah dari keju parut.5. Masukkan dalam bekas pembakar yang dah dilengser dengan minyak atau butter.6. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30minit atau sehingga berwarna kekuningan.7. Keluarkan dan sapu sos topping.8. Taburkan bahan bahan topping kegemaran dan baki keju parut (1/2 cawan) tadi9. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 5-10 minit atau sehingga keju cair.

HOMEMADE PIZZA DOUGHBahan bahan: 1 1/2 cawan air suam 2 sk yis mauripan Secubit gula 4 cawan tepung gandum 1/4 sk garam 1/4 cawan olive oil Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara:1. Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.2. Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.3. Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.4. Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.5. Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.6. Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan atas doh.7. Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian8. Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.9. Siaaap doh yang gebu dan lembut ini. Siap untuk diletakkan sos dan toppingHOMEMADE STUFFED CRUST PIZZA

*untuk penyediaan doh, boleh rujuk yg sebelum ni

Bahan-bahan : 1 tin sos Prego perisa tradisi topping tumisan ayam campur cendawan Campuran keju monzarella/parmesan/cheedar

Cara-cara :1. Untuk stuffed crust pizza dough, canai nipis dan lebihkan dalam 1 inci dari saiz pizza pan.2. Letakkan mozarella string cheese (sticks) di sekeliling pizza pan. Tutup cheese dengan lebihan crust dan dikemaskan.3. sapukan olive oil pada sekeliling crust yang dimasukkan cheese tadi.4. sapukan pizza sauce dengan menggunakan belakang sudu atau senduk.5. Masukkan apa apa topping disukai seperti pepperoni, chicken, frankfurter dan apa apa sayuran disukai.6. Akhir sekali taburkan lah cheese. 7. Lumurkan olive oil di sekeliling pizza crust. 8. Letakkan pizza pan di dalam dulang pembakar untuk memudahkan proses mengeluarkan pizza yang masak dari oven nanti.9. Bakar dengan suhu yang tinggi dulu untuk selama 5 minit iaitu 240 C, kemudian dikurangkan suhu pada 220C selama 15 minit.

RESEPI KUIH ARDAM

Bahan-bahan : 500 gram tepung beras 400 gram gula merah 250 ml air

Caranya:1. Masakkan gula merah bersama air hingga mendidih.2. Selepas itu masukkan air gula kedalam tepung beras dan uli hingga sebati.3. Biarkan tepung semalaman untuk mendapatkan adunan yang cantik4. Cetakkan adunan itu dengan acuan. Gorengkan dengan minyak yang panas.___________________________________________________________________PISANG GORENG COKLAT CHEESEBahan-bahan : Pisang Tepung goreng pisang ADABI Keju Cheddar Susu manis Chocolate rice (ikut cita rasa)

Cara-cara :1. celup dulu pisang dalam tepung goreng pisang adabi.2. kemudian goreng dalam minyak panas hingga keperangan3. drizzle pisang panas dengan susu pekat manis sikit. 4. kemudian tabur coklat rice.5. akhir sekali parut cheese cheddar atas pisang tersebut....

PISANG GORENG RANGUPBahan-bahan : pisang 4 cawan Tepung Beras 1 cawan Tepung gandum 1/2 kotak kecil Santan 1 sudu Serbuk Penaik 1 sudu Serbuk Kunyit / pewarna kuning 1 biji telur 4 sudu besar Mentega / Marjerin ( dicairkan ) Garam secukup rasa Air secukupnya 500ml Minyak Masak

Cara-caranya1. Anda perlu cairkan dahulu mentega / marjerin-apabila telah cair biarkan ia sejuk. (pastikan jangan sampai hangit)2. Masukkan kesemua bahan-bahan termasuk telur dan air,pastikan kacau hingga sebati dan air gunakanlah secukupnya . ( Jika batter agak cair- masukkan sedikit lagi tepung beras, kita inginkan batter yang pekat-pastikan pekat tau macam santan dalam kotak tu )3. Masa ni lah anda perlu memasukkan mentega/ marjerin yang telah cair itu ke dalam batter . Kacau sebati dan siap untuk digunakan. (anda boleh menggunakan resepi ini untuk menggoreng pisang atau menggoreng roti sardin)4. Pastikan minyak goreng dipanaskan terlebih dahulu, dan campurkan lemak sayuran (shortening) tujuan penggunaannya adalah untuk merangupkan lagi pisang goreng kita ni

RESEPI CAKOIBahan-bahan : 400 g tepung ~ diayak 1 cawan air 1 sudu besar majerin ~ dicairkan 1 sudu kecil garam 3 sudu besar gula 1 sudu besar susu pekat manis 1 kuning telur 2 sudu kecil yis segera 1/2 sudu kecil soda bikarbonat minyak untuk menggoreng

Cara-cara :1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

BUTTER CHEESECAKE

Bahan-bahan : 170 gm mentega 125 gm krim keju 250 gm gula kastor 5 biji kuning telur 210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh 1 camca teh serbuk penaik } diayak 2 camca teh vanila 5 biji putih telur 1/8 camca teh garam

Cara membuat :1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.8. Ratakan adunan ke dalam tin empat segi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.. 9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.