simple machine & stability
TRANSCRIPT
KESTABILAN
DISEDIAKAN OLEH :
SITI SURAYA BT AZHARNURUL ATHIRAH BT ZAKARIA
NUR RABIATUL ADAWIYAH BT MAZLAN( 2 RAZI )
KESTABILAN Kestabilan sesuatu objek ialah keupayaan objek itu mengekalkan
kedudukan asalnya.
Objek yang stabil tidak mudah jatuh. Ia akan kembali ke
kedudukan asalnya apabila dicondong dan dilepaskan.
PUSAT GRAVITI SEBAGAI TITIK KESEIMBANGAN OBJEK
Titik keseimbangan sesuatu objek ialah titik berat keseluruhan
objek itu bertindak untuk mengekalkan keseimbangan.
Pusat graviti sesuatu objek ialah titik keseimbangan objek itu.
Pada titik ini …
a) objek itu disokong dalam keadaan yang seimbang
b) berat objek tertumpu secara keseluruhan pada titik itu
Kedudukan pusat graviti bergantung kepada objek bentuk objek
itu.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESTABILAN
Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan sesuatu objek ialah :-
a) Kedudukan pusat graviti
- Semakin rendah pusat graviti sesuatu objek, semakin stabil objek
tersebut.
b) Luas tapak objek
- Semakin luas tapak sesuatu objek, semakin stabil objek tersebut.
KEPENTINGAN KESTABILAN
1. KESTABILAN MANUSIA
• Manusia boleh menambah kestabilannya dengan berkaki
kangkang.
a) Seorang bayi merangkak dengan kaki untuk menambahkan
luas tapaknya.
b) Seorang ahli gusti sumo mengkangkangkan kaki untuk
menambahkan luas tapaknya supaya dia tidak mudah
dijatuhkan oleh lawanya.
c) Seorang pengangkat berat mengkangkangkan kaki untuk
merendahkan pusat gravitinya, lalu meningkatkan kestabilan
badan.
2. KESTABILAN HAIWAN YANG BERKAKI EMPAT
• Haiwan yang berkaki empat biasanya mempunyai luas tapak
yang besar da postur badan yang rendah untuk meningkatkan
kestabilannya.
a) Seekor buaya mempunyai kaki yang pendek dan menganjur
keluar dari tepi untuk menambahkan kestabilan badannya
ketika bergerak.
b) Haiwan yang berbadan tinggi , sebagai contoh zirafah
mengkangkangkan kakinya untuk mengekalkan kestabilan
badan ketika meminum air.
c) Seekor unta merendahkan badannya ketika menaikkan atau
menurunkan beban dari badannya untuk menambah
kestabilan.
3. KESTABILAN OBJEK BUATAN MANUSIA
• Struktur objek penting untuk menentukan kestabilannya.
a) Kereta lumba direka supaya badannya mempunyai pusat
graviti yang rendah untuk meningkatkan kestabilan.
b) Roda – roda dipasang pada basikal kanak-kanak dan
motosikal orang kelainan upaya untuk meningkatkan
kestabilan.
c) Peralatan seperti kipas, lampu meja dan almari
mempunyai luas tapak yang besar supaya lebih stabil.
MESIN RINGKAS
DISEDIAKAN OLEH :
SITI SURAYA BT AZHARNURUL ATHIRAH BT ZAKARIA
NUR RABIATUL ADAWIYAH BT MAZLAN( 2 RAZI )
MESIN RINGKASTUAS – SEJENIS MESIN RINGKAS
• Tuas ialah sejenis mesin ringkas yang boleh memudahkan kerja kita.
• Tuas ialah sebatang rod tegar yang berputar pada satu titik tetap
yang dipanggil FULCRUM ( F ) apabila suatu daya ( D ) dikenakan
untuk mengatasi suatu daya bertentangan dengan yang dikenali
sebagai beban ( B ).
DAYA
FULK
RUM
BEBAN
PENGELASAN TUAS
Beban
Fulcrum
Daya
TUAS KELAS KEDUA
Beban
Fulcrum Daya
TUAS KELAS KETIGA
TUAS KELAS PERTAMA
Daya
Beban
Fulcrum
TUAS KELAS PERTAMA
TUAS KELAS KEDUA
TUAS KELAS KETIGA
MOMEN DAYA
Ketika daya dikenakan pada sesuatu objek, daya itu boleh
memutarkan onjek itu pada fulkrumnya. Kesan pemutaran ini
dikenali sebagai momen daya.
FORMULA
Momen daya = Jarak serenjang dari fulkrum ke daya x Daya
MOMEN PADA TUAS
Dalam sebuah tuas, momen yang dihasilkan oleh daya dan
beban adalah berlawanan.
Momen –momen yang seimbang dan mempunyai
hubungan yang berikut :-
Beban x Jarak beban dari fulkrum = Daya x Jarak daya dari fulkrum
MENGHARGAI USAHA INOVATIF DAN REKA
CIPTA MESIN YANG MEMUDAHKAN KERJA
Pelbagai jenis mesin membolehkan manusia melakukan
kerja dengan lebih mudah dan cekap.
Kehidupan manusia tanpa mesin :-
a) Daya produktiviti merosot kerana kerja yang sukar
memerlukan masa yang lebih lama untuk disiapkan.
b) Kualiti kerja terjejas kerana kerja yang dilakukan dengan
tenaga manusia adalah tidak konsisten dan kurang jitu.
Kita harus menghargai inovasi rekaan mesin yang telah
banyak memberi manfaat kepada manusia.