resepi kuih muih.docx

Upload: azlanlin

Post on 08-Jan-2016

247 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

APAM BERAS / APAM NASIBahan-bahannya. 2 cwn nasi 2 cwn tepung gandum 2 cwn tepung beras 1 1/2cwn gula pasir 2 1/2 cwn air 2 sudu kecil yis (mauripan) kelapa parut dgn sedikit garam Cara-cara Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Puding Karamel Tanpa Telur (Sumber : Noraslinda Bugal) Bahan A (Karamel) 3 sudu besar gula pasir 2 sudu besar ai r -Masukkan Bahan A ke dalam loyang, masak di atas dapur dengan api kecil hingga keperangan. Sejukkan. Bahan B (Puding) 1 paket agar2 serbuk 10 gram 1 tin susu cair 4 cawan air 1/2 cawan susu pekat manis 1/2 cawan gula pasir 2 sudu besar tepung kastard 1 sudu teh esen vanilla -Satukan semua Bahan B -Masak di atas dapur, sentiasa kacau supaya adunan tidak bergentel -Bila mendidih dan agak pekat, tutup api. -Tapis adunan dan tuang dlm loyang karamel tadi. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Pulut Seri Muka Bahan A Bahagian bawah : -2 cawan beras pulut (dicuci bersih dan rendam selama 3 jam) -1 cawan santan -Secubit garam Bahagian B Bahagian atas : -1 cawan jus pandan (7 helai daun pandan di kisar bersama air dan ditapis) -1 cawan santan pekat -1/2 cawan gula -1 sudu makan tepung jagung -1/3 cawan tepung gandum -3 biji telur -2 biji bunga cengkih ditumbuk halus Cara penyediaan : 1. Panaskan periuk kukus. Tutup tudung periuk dengan kain untuk mengelakkan air menitik. 2. Masukkan bahan A ke dalam loyang berukuran diameter 8 inci dan kukus selama 20 minit. 3. Angkat bahan A dari periuk kukus dan tekan dengan senduk nasi untuk memampatkan pulut. 4. Satukan bahan B dan kisar dengan blender hingga sebati. 5. Curahkan bahan B secara perlahan-lahan ke atas bahagian A iaitu ke atas pulut tadi. 6. Kukus semula selama 45 minit atau pun sehingga masak.

Copy and WIN :http://bit.ly/copy_win