kuih tradisonal

7
KUIH DODOL MAKANAN TRADISI MELAYU Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat te di Melaka dan di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selal untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermut iasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripa yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. ahan!baha diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kela beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

Upload: naddea

Post on 05-Nov-2015

87 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kuih Tradisional Murid Tahun 2

TRANSCRIPT

KUIH DODOLMAKANAN TRADISI MELAYUDodoladalah sejenismakananyang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal diMelakadan diMuar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripadasantan kelapa,tepung beras,gula pasir,gula melakadangaram.Kini, Dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat popular dan digemari diIndonesia,Malaysia,Filipina,Singapura, danSri Lanka.

Kuih Bakul (Makanan Tradisi Cina)Kuih BakulatauNian GaoataukuihTahun Baru Cinaialahmakanan Cinayang diperbuat daripada tepungpulutberbentuk sepertidodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" () di mana perkataan (go) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan (go) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" ()(ninnin goshng) atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalammasakan Shanghai, danmasakan KantonisdariGuangdong.

Laddu (Makanan Tradisi India)Laddu, sejenis manisan popular berona kekuningan lazimnya disediakan semasa perayaan seperti Deepavali, Tahun Baru, Ponggal, Thaipusam ataupun kenduri majlis perkahwinan. Manisan berbentuk bebola yang comel itu diperbuat daripada tepung, minyak sapi dan gula.Adunan gula yang tinggi membuatkan ia memberi rasa yang cukup manis dan lazat. Sungguhpun sejarah pembuatan laddu bermula dalam kalangan masyarakat Gujarati namun ia berkembang luas ke wilayah-wilayah lain di India sehingga Malaysia, Singapura, Nepal, Pakistan dan Bangladesh.

TANG YUAN (MAKANAN TRADISI CINA)Tngyunialah sejenismakanan Cinayang diperbuat daripada tepungpulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih.Tangyuanbolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Secara tradisi,tangyuandimakan ketika perayaanYuanxiao, atauChap Goh Meh.

Dalam sejarah, terdapat beberapa nama-nama yang berbeza telah digunakan untuk merujuk kepada tangyuan. Semasa zaman pemerintahanMaharaja YongledariDinasti Ming, namanya dirasmikan sebagaiyuanxiaoyang berasal dari perayaanChap Goh Meh, digunakan di bahagian China Utara. Nama ini secara harfiahnya bermaksud "Selamat malam pertama", memandangkan ia adalahBulan purnamapertama selepasTahun Baru Cina, selalunya merupakanbulan baru.

VADAI (KUIH TRADISI INDIA)Vadaiatau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat daridaldankentang. Terdapat juga hirisancili hijau,daun karidanbawang merahdicampurkan sekali.Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersamachutneyatau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.

KUIH TALAM (KUIH TRADISI MELAYU)Kuih talambukanlah jenis kuih yang khusus, tetapi biasanya merujuk kepada cara pembuatan jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam. Ia merangkumi beberapa jenis kuih sepertiBengkang ubi,kuih lapis,Kuih Seri Mukadan pelbagai lagi.Biasanya kuih talam ini tidak memiliki bentuk khusus kerana ia mengikuti bentuk talam, samaada bulat, segi empat sama atau segi empat tepat. Selepas kuih masak, barulah ia dipotong mengikut saiz hidangan. Secara kasarnya, saiz hidangan bergantung pada yang memotongnya.

Sekiranya ia dibuat untuk dihidangkan seperti dihotel-hotel, ia dipotong kecil saiz sesuap mulut. Ini bagi memudahkan ia dimakan. Sekiranya ia untuk dijual dikedai, ia mungkin bersaiz lebih besar sedikit bagi menarik minat pembeli yang mungkin akan memilik gerai pesaing sekiranya saiz jualan lebih kecil berbanding kuih pesaing.