resepi kek n kuih muih.docx

37
pulut panggang inti udang kering Bahan-bahan: 1 kg beras pulut 1 biji kelapa - ambil 500 ml santan 1 sudu teh garam daun pisang secukupnya lidi penyemat secukupnya Cara: 1. Rendam beras pulut selama semalaman atau sekurangnya 6 jam 2. Masukkan garam ke dalam santan dan tuang separuh bahagian santan ke dalam bekas berisi beras pulut. 3. Kukus dengan api kuat, dan jika beras pulut masih dalam keadaan keras / kaku, boleh tambah lebihan santan tadi. 4. Kukus lagi sehingga pulut benar-benar lembut dan masak. Serunding Udang Kering Bahan-bahan: 4 cawan kelapa parut 1 cawan udang kering - rendam sebentar dan toskan airnya - tumbuk kasar 1/2 sudu teh pati asam jawa sedikit minyak garam / gula / perasa pilihan Bahan kisar: 15 biji cili kering 2 batang serai - hiris kasar sedikit halia sedikit lengkuas 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih Bahan tumbuk kasar: 1 sudu teh ketumbar 1/2 sudu teh jintan putih 1/2 sudu teh jintan manis 1

Upload: mohd-hanif-mikhail

Post on 04-Sep-2015

73 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

pulut panggang inti udang keringBahan-bahan:1 kg beras pulut1 biji kelapa - ambil 500 ml santan1 sudu teh garamdaun pisang secukupnyalidi penyemat secukupnyaCara:1. Rendam beras pulut selama semalaman atau sekurangnya 6 jam2. Masukkan garam ke dalam santan dan tuang separuh bahagian santan ke dalam bekas berisi beras pulut.3. Kukus dengan api kuat, dan jika beras pulut masih dalam keadaan keras / kaku, boleh tambah lebihan santan tadi.4. Kukus lagi sehingga pulut benar-benar lembut dan masak.Serunding Udang KeringBahan-bahan:4 cawan kelapa parut1 cawan udang kering - rendam sebentar dan toskan airnya - tumbuk kasar1/2 sudu teh pati asam jawasedikit minyakgaram / gula / perasa pilihanBahan kisar:15 biji cili kering2 batang serai - hiris kasarsedikit haliasedikit lengkuas5 biji bawang merah3 ulas bawang putihBahan tumbuk kasar:1 sudu teh ketumbar1/2 sudu teh jintan putih1/2 sudu teh jintan manisCara:1. Gaul kesemua bahan di atas dan perap selama 15 minit.2. Masukkan ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana.3. Sentiasa di kacau dan setelah agak kering sedikit, bolehlah angkat.

Ayam masak Kicap berkari

BAHAN-BAHANNYA smile emoticon8-10 ketul bahagian ayam, cuci bersih*1 camca teh serbuk kunyit*Sedikit garam*(*gaul rata dan perap sekejap)1 biji tomato, belah 61 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan3 ulas bawang putih, diketuk1 inci halia, kerat 3 dan dititik1 biji cili merah, hiris1 biji cili hijau, hiris1/4 cawan kicap lemak Jalen4 camca besar kicap manis ABC1 camca besar rata, rempah kari daging (Baba's)1 camca besar cili kisar1 batang kayu manis1 kuntum bunga lawang2 tangkai daun kari, dilurutSedikit air

CARA MEMBUATNYA smile emoticonAyam digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing, kasi dia lembap2 sudah. Angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, halia, daun kari dan cili kisar hingga harum dan cili garing, guna api kecil dan kacau selalu.Masukkan rempah kari dan kacau rata. Tambah sedikit air. Masukkan kicap lemak dan ayam. Gaul rata2. Tambah kicap manis, cili merah, cili hijau dan bawang besar. Masak hingga pekat.Akhir sekali masuk tomato, kacau rata. Jika anda suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih.

RESEPI NASI BERIANI

BAHAN-BAHAN:

1 kilo beras basmati ( cuci bersih dan rendam +/-30min)Air (sama ngan sukatan beras )2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)Rempah tumis 4 beradik (KKM,BL,BC,BP)1 cawan susu cair1 labu bawang besar ( blend )2 kiub ayam maggi3 helai daun pandan simpulDaun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)Minyak sapi / minyak masak / mentega

CARA PENYEDIAAN:

Tumiskan bawang besar & rempah 4beradik hingga wangi ( bawang sedikit layu )jgn sampai garing ya..nnt pahit xsedap lakMasukkan pes rempah beriani, tumis lagi hgga pecah minyak.Masukkan ayam, kacau hingga ayam separuh masakMasukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebutMasukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit ksmis n gajus utk hiasanTunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan membangkiykan aroma nasi beriani ni.Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasa.

RESEPI NASI MINYAK (Makan 5 orang)

Bahan-bahan Tumis: 3 cawan beras (basuh dan rendam dalam 20 minit)1/2 biji bawang besar6 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia(di hiris2 kecik)kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga ( REMPAH 4 SEKAWAN NIE-kalau suka aroma die lebih, letak la lebih)3 sudu minyak sapi2 kota kismis6 cawan air(Air ikut cawan beras yang kite guna tadi)Garam secukup rasa

Cara-cara:1. hiris halus halus bawang merah, bawang putih, halia

2. Panaskan minyak sapi.

3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan sampai naik bau.

4. Bila bawang dan layu, bau rempah da naik, masukkan kismis. Gaul sekejap

5. Masukkan air

6. Masukkan garam. Tunggu sehingga mendidih.

7. Masukkan beras yang telah dibasuh dan di rendam tadi tu ke dalam periuk nasi elektrik.

8. Masukkan bahan2 dalam kuali tadi.

9. Tunggu hingga masak.( kalau nak warna kuning, Titiskan pewarna kuning telur untuk warna menarik selepas nasi masak.)

Nasi Ayam:Mentega - tak gunaMinyak ayam - saya tambahBawang merahBawang putih Halia2 helai daun pandan1 helai daun salam (bay leave)Susu full creamSerbuk ayamGaramGulaRempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.

Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.

Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Sambal Cili5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah5 ulas bawang putih2 cm halia - saya tambah1 sudu teh cuka1 sudu teh garam 1 sudu teh gula1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambahSos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.

Sambal KicapAir kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.

Kuah SupJeruk kubisGaramSerbuk ayamDaun bawang - taburBawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Sambal Cili5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah5 ulas bawang putih2 cm halia - saya tambah1 sudu teh cuka1 sudu teh garam 1 sudu teh gula1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambahSos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.

Sambal KicapAir kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.

Kuah SupJeruk kubisGaramSerbuk ayamDaun bawang - taburBawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Cucuq jawaBahan-bahannya:-

1 mangkuk tepung beras

1 mangkuk tepung gandum

1 mangkuk gula merah

1 mangkuk air (saya tambah lagi 1/4 cawan air)

sedikit garam

Cara-cara membuatnya:-

1. Masak gula merah dan air sehingga gula hancur. Tapis dan biarkan sejuk sedikit.

2. Masukkan semua tepung dan garam dalam bekas dan tuang air gula tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati. Tambah air jika terasa bancuhan pekat. Kacau dengan whisk tangan dan pukul sedikit sehingga ia nampak berbuih buih sikit.

3. Perapkan selama minima 4 jam atau yang paling bagus, bancuh malam dan buat pagi esoknya.

4. Panaskan kuali (jangan guna kuali leper, ia harus kuali yang melengkung) dengan api sederhana sehingga betul-betul panas, tuangkan sesenduk bancuhan dan tunggu sehingga bahagian sudah masak baru di terbalikkan. Guna minyak sebanyak 3/4 cawan sahaja. Bila minyak berkurangan, tambah sikit lagi.

5. pastikan anda tos betul-betul kuih ini supaya ia tidak terlalu berminyak. Guna tisu masakan supaya lebihan minyak diserap.

6. Kuih jawa kira menjadi jika bibir kuih ini tebal. Yang saya buat nie kurang menjadi sangat.

RESEPI SERIMUKA

BAHAN - LAPISAN BAWAH500 gm beras pulut (rendam selama 30 minit)400 ml santan cairSecamca teh garam2 camca makan minyak masak

BAHAN LAPISAN ATAS120 gm tepung gandum3 camca makan tepung jagung140 g gula halus3 biji telur450 ml santan pekat6 helai daun pandan (kisar dan tapis)Pewarna hijau secukupnya1/2 camca teh garam

CARANYACampurkan kesemua bahan-bahan lapisan bawah, gaul sehingga rata.Apabila kukusan cukup panas, masukkan kedalam loyang, kemudian kukus selama 25 atau 30 minit.Setelah pulut masak, tekan mampat sehingga rata, ketepikan.Disisi lain, campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, setelah itu diayak.Setelah selesai diayak, campurkan dengan kesemua bahan-bahan lapisan atas, gaul sehingga sebati.Setelah sebati, tapis, kemudian tuang ke atas adunan pulut yang diketepikan tadi.Seterusnya, kukus semula sekitar satu jam dengan api sederhana, pastikan penutup kukusan hendaklah ditutup atau dibalut dengan kain, agar wap air tidak jatuh keatas adunan.Akhir sekali, siap dihidang untuk dinikmati.

RESEPI BENGKANG LABU

satu biji buah labu (kecil)tepung naik sendiri 1 cawan(kalau tak de, guna tepung gandum campur 1/2 sudu teh serbuk penaik)/ nak lg sedap guna tepung putih berprotin tnggi (yang dalam kotak tu, mesti campur serbuk penaik juga yea)gula 4 sudu besarsedikit garamsusu cair 3/4 tin atau santan 1kotak butter 150gmtelor 4 biji

buang kulit labu pastu di belah 6 (masak dng air yang sedikit je, biar bila masak nanti,airnya hampir tiada lansung, biarkan sejuk dulu)pastu dah masak, labu tu dilenyekkan dengan sudu sampai halus.satukan semua bahan bahan tadi kedalam periok yang berisi labu tadi tu. kacau semua sampai sebati.

ambil loyang pembakar, sapukan butter kat loyang tu rata (tepi dan dalam), then masukkan labu yang telah bergaul dengan semua bahan2 tadi tu kedalam loyang tu..

panaskan microwafe anda suhu 240C.dah panas...masukkan loyang berisi labu tadi tu. masak selama 50 minit.

bila dah masak, keluarkan loyang dan tunggu biar sejuk dulu baru di potong (supaya tak melekat)- SANGAT SANGAT SEDAPPPPPP!!!!!

NASI GORENG TOMYAM

Bahan-Bahan :

3 cawan nasi - masak biar keras sikit, biarkan sejuk2 ekor sotong - dihiris nipis2 ketul dada ayam - diambil isinya9 ekor udang1 sudu perencah tomyam1 biji telurdaun ketumbar untuk hiasanminyak masak secukupnya

Bahan A

3 ulas bawang merah - dihiris nipis3 ulas bawang putih - diketuk1 batang serai - dihiris nipis3 helai daun limau purut3 biji cili padi - diketukSayur campur

Cara cara :

Panaskan minyak dalam kuali, Tumis bahan A hingga naik bau.Masukkan ayam, udang dan sotoang. Goreng hingga separuh masak.Masukkan pula perencah tomyam dan telur, masak hingga telur separuh masak.Masukkan nasi, gaul hingga sekata.Tabur daun ketumbar untuk hiasan.Tutup api dan bolehlah dimakan.

RESEPI PUDING AGAR AGAR KELAPA MUDA

Bahan-Bahan:2 biji kelapa muda(isinya masih lembutseperti agar-agar)1 agar-agar serbuk (warna putih)1 tin kecil susu pekat manis(atau boleh diganti dengan santan dan tambah 5 camca gula)10helai daun pandan di kisah diperah air nyaCara:1. Ambil isi kelapa dengan sudu danletakkan dalam mangkuk kecil.2. Jerangkan air kelapa muda dari 2 bijikelapa muda tadi bersama air daun pandan tu dalam periuk diatas api sederhana.3. Bancuh agar-agar serbuk tadi dengansedikit air dan tuang ke dalam airkelapa tadi.Masak hingga mendidihdan agak pekat.Ketepikan dan kacauhingga suam.(Rendamkan periuk tadidalam talam berisi air supaya cepatturun suhu panasnya).4. Setelah agar-agar tadi suam, masukkanisi kelapa dan susu pekat manishingga habis. Kacau hingga sebati.Tuangkan adunan puding kedalam bekas-bekas kecil dan masukkan ke dalampeti sejuk.

NASI AYAM (1 ekor ayam di potong dan direbus 15 minit)

2 cawan beras (klu nk nasi warna kuning , Beras direndam dengan serbuk Kunyit 10 minit)2 cawan air rebusan ayam (tanpa garam)1 biji bawang besar dipotong dadu3 ulas bawang putih dihiris3 bunga lawang2 btg kulit kayu manisbunga cengkih 51 inci halia diketuk2buah pelaga 4 biji

Cara Memasak :tumis semua bahan dengan sedikit minyak sehingga garing dan wangi (nak lg sedap gunaminyak sapi)

1. Masukkan beras yang telah dibasuh, bahan yang telah digoreng dan air sup ke dalam periuk, kemudian bolehlah dimasak (saya menggunakan periuk elektrik, untuk hasil terbaik)2. Sila tambahkan sedikit gula dan garam dan ajinomoto kedlm beras td tu.. (rasa dulu tengok)

3. Ayam ambil 8 ketul ayam dan perapkan dengan bahan berikut : 1 biji bawang besar,5 ulas biji bawang putih, 6 biji bawabg merah, halia 1 inci, gula dan garam4. Bahan ini di tumbuk halus5. Masukkan sos tiram sedikit kicap manis gaul dab sapukan pada ayam tadi sehingga sebati perap selama beberapa minit6. Setelah itu barulah digoreng 7. Kemudian ambil ayam yang telah digoreng dan ketuk (cukup sekadar isi ayam tersebut pecah pecah sikit

Sos cil

1. 8 biji cili hidup dikisar dengan sebiji bawang putih2. air limau nipis (ambil 1/4 daripada sebiji limau)3. garam,gula lagi lama diperap rasa semakin sedap (seeloknya dibuat pada malam hari)

Untuk sup

(Untuk Tumisan ambil lebihan air rebusan ayam tadi dan kalau sikit sangat tambahkan air sikit)3 ulas bawang putih ( di tumbuk )3 ulas bawang merah ( di hiris )1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk )1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk )( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga -serba sedikit1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut(semuanya ini ditumis)garam secukupnyasedikit perasa/ kiub ayam jika sukaair rebusan ayam secukupnya untuk kuah(klu tk cukup banyak tambahkannn air sikit Dan Masukkan lebihan ayam spt tulang , kaki, leherminyak untuk menumisdaun bawang/ daun sup/bwg goreng ( bahan tabur )

Cara membuatnya

1. tumis bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan lebihan air rebusan ayam yg tadi dan masukkan rempah bunjut 2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam,gula,ajinomoto dan sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api.bila nak makan nanti taburlah daun sup bawang dan bawang goreng.

LEPAT LIAT ( kueh kesukaanku...)Bahan-bahan

500 gm tepung pulut200 gm gula merah100 gm gula pasir2 cawan air dan 2 helai daun pandankalau nak taruh inti kelapa kat dalam :-

1 biji kelapa parut(putihnya saja) dan sedikit garam (inti) NANTI MASUK KT TENGAH2 PULUT TU SEMASA MEMBUNGKUS (SEBELUM DIMASAK)

sudu besar minyak dan daun pisang secukupnya (jemur atau layur dulu)

Cara-cara memasak

masukkan air,gula merah,gula pasir dan daun pandan dlm periuk dan masak hingga larut.sejukkanmasukkan tepung pulut dalam bekas dan sendukkan gula yg dimasak tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan sebatikan semuanya.kelapa di gaul dgn garam. ambil daun pisang dan lenserkan minyak atasnya.letakkan satu sudu besar tepung tadi dan isikan ksedikit kelapa. lipat dgn kemas.ulang cara tadi hingga habis dan kukus hingga masak dalam 10 minit dengan menggunakan api yang sederhana...siap utk dihidangkan...

popiah goreng bersambal

Kulit popiah secukupnyaminyak utuk menggoreng1 sudu besar tepung gandum + 3 sudu besar air = bancuh untuk gampopia

Inti Popia:-

200 gm udang - hiris halus1 batang carrot - sagat/racik halus21 mangkuk kobis - hiris2 halus5 batang kacang panjang - potong halus1 labu bawang besar - cincang halus1 ulas bawang putih - cincang1 sudu besar minyakgaram( sekiranya anda nak popia basah makan tak perlu digoreng)

Cara Membuat:-

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan udang dan carrot. Kacau rata. Masukkan kobis, kacang panjang dan garam. Kacau. Bila sayur telah lembut, tutup api. Tuangkan bahan ke dalam tapisan, biarkan kuah sayur turun. Ambil kulit popiah, dan letak intinya. Gulung seperti menggulung kuih ketayap. Gam dihujungnya dengan bancuhan tepung tadi. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan angkat.

Bahan Sos Cili:-

2 sudu besar cili mesin1 ulas bawang putih - tumbuk2 sudu besar sos cili2 sudu besar cuka2 sudu besar gula 3 sudu besar minyakgarambijan untuk tabur (jika suka)

Cara Membuat:-

Panaskan minyak dan tumis cili dan bahan-bahan lain. Masak hingga pekat dan naik minyak. Masukkan popiah yang telah digoreng tadi. Taburkan bijan dan kacau rata. Jgn lama sgt nnt kulit popia akan lembik dan tidak rangup. Angkat dan hidangkan.

RESEPI KEPAK AYAM MAYONIES (bakar)

teringat burger,kebab sedapnyaaaaa.....anak2 saya suka makan mayonies apalagi kalau buat yg ini...ratah ratah je...memang buat kepak je yang sedap....jom kita tengok bahan2nya!

Bahan-bahan

8-10 ketul kepak ayam4cm halia - dihaluskan5 ulas bawang putih -dihaluskan3 sudu besar madu/gula - kalau ada1 sudu kecil lada hitam/sulah2 sudu besar kicap pekat/ABC1 sudu besar sos tiram4 sudu besar mayonisButter@minyak zaitun@minyak masaksedikit garam/kiub ayam maggiajinomoto

Cara-cara

Basuh bersih kepak ayam. ambil camca garfu dan cucuk cucuk ayam tu dengan garfu diseluruh isi ayam tu.( tujuan untuk mudah menyerap bahan2 perapan.) Ketepikan.Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun@butter. sekurangnya Perap 3 jam atau lebih lama lg sedap. Seeloknyer semalaman.(ikut suka) Panaskan oven suhu 180. Alaskan loyang dengan aluminium foil.(kalau ada)Susun kepak ayam dan renjis2kan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.Bakar selama 45min-1jam atau hingga keperangan.(boleh juga guna pemanggang ajaib)

AGAR AGAR LUMUTBahan-bahan

15 g agar-agar tali / serbuk200g gula (kurangkan kalau x suka manis)1400ml air200ml santan pekat2 biji telur( gred c )Sehelai daun pandan / perisa pandanSecubit garamPewarna hijau

Cara Membuat

Agar-agar tali di rendam sekejap. masak dengan air sehingga hancur.Masukkan gula. Bila semuanya hancur tapiskan.Kecilkan api. Masukkan daun pandan, pewarna hijau dan perisa pandan.Kacau telur dengan santan.Masukkan ke dalam bancuhan agar-agar tadi.Kacau sehingga mendidih.Tuang ke dalam acuan.

AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAHBahan-bahan:agar agar biasa 15gram( jika nk lembut guna 10gram agar agar)1 cawan gula merah ( kalau nak koko gelap-guna gula merah yg merah kehitaman tu)1/2 cawan gula 8 cawan air2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa / 1 santan kotak atau klu nk lg lemak guna 1 1/2 kotak santan2 biji telur dipukul dengan santan tadisecubit garam2 helai daun pandan1 camca kecik esen vanilaCara membuatnya:-

1. Masak air dengan gula dan daun pandan (selepas gula larut tapis untuk membuang benda asing yang terdapat dalam gula merah- jika ada). Masukkan pula agar-agar dan kacau hingga semuanya larut dan mendidih.2. Pukul telur dan santan dengan whisk.

2. Kecilkan api kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.

3. Bila masak, tuang ke dalam loyang atau acuan kegemaran.

Agar-agar ini lebih enak jika di masukkan kedalam peti sejuk terlebih dahulu.nak cepat mengeras? masukkan 15-20 minit dalam tempat buat ais tu...pastu cepat2 keluarkan...dah keras n leh makan dah...pastu bakinya simpan dalam tempat biasa je..

kueh sagu kelapa1 cawan sagu mata ikan cawan gula21/2 cawan air3 - 4 titik Pewarna merahSedikit kelapa parutSecubit garam

Cara-cara:Rendam dulu sagu tu dlm 40 minit1.Didihkan air bersama gula.Kemudian masukkan sagu.Kacau sehingga sagu masak dan pekat pastu tambahkan sedikit pewarna. ( ambil masa selama 10 minit untuk kacau sagu tu laju2 supaya tak ada sagu yg tidak masak)2.Masukkan dalam loyang atau acuan yang sesuai.Setelah sejuk bolehlah dipotong. Ambil potongan sagu tu dan golek kan atas kelapa yang sudah digaul bersama garam.3.Selamat mencuba.

APAM BERAS(GERENTI JADI kalau betul betul ikut resepi niee...dah ramai yg buat)

2 cwn nasi2 cwn tepung gandum2 cwn tepung beras1 3/4 cwn gula pasir2 1/2 cwn air2 sudu kecil yis (mauripan)kelapa parut dgn sedikit garampewarna ikut suka nak colour apa..

Cara Penyediaan

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.5. Perap selama 3 jam.6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

PAU GORENG SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-bahan Doh:

3 cawan tepung gandum

2 sudu teh ragi kering(mauripan) dibancuh dengan 1/4 cawan air suam yang dicampur dengan 1 sudu besar gula. Biarkan dalam mangkuk hingga berbuih(5-10 minit)

2 sudu besar margerin

ubi kentang rebus 1 biji (jika ada) dilecek halus

1 biji telur

1/2 cawan air dicampur secubit garam

*** ada juga yang mencampur adunan dengan lemak sayuran ( boleh dapat di kedai bahan-bahan kek tapi K.An suka campur kentang je... dah cukup lembut)

Cara-cara:

1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah-tengah. Masukkan telur, campuran ragi, margerin dan kentang ke dalam lubang tu.

2. Campurkan semua bahan menggunakan tangan dan uli perlahan-lahan. Uli hingga adunan licin dan tambah air sikit-sikit, jika adunan terlampau kental.

3. Uli lagi hingga adunan sebati dan licin. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain. Biar 15 minit.

4. Buka tutup dan tumbuk adunan untuk mengeluarkan udara. Uli lagi dan bentuk bulat-bulat dan tekan sedikit agar bentuk pau sedikit leper. Boleh juga dicanai setebal 1 sm dan diterap bulat-bulat.

5. Sediakan dulang yang ditabur rata sedikit tepung. Letakkan pau di dalam dulang dan biar 10 minit sebelum digoreng.

6. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Perlahankan api bila minyak panas. Goreng pau sambil diterbalikkan sentiasa agar pau masak rata. angkat bila warna pau keperangan.

7. Belah pau dan isikan sambal ikan bilis dan timun. (Sambalnya, macam biasa cuma ikan bilisnya ditumbuk kasar2 sebelum dimasukkan ke dalam cili yang ditumis) **

SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-bahannya 1 1/2 genggam Ikan bilis1 genggam Lada Kering3 bj Bawang Putih 3 bwg merah dihiris1 inchi BelacanAir Asam JawaGulaGaramMinyak***Kisar bawang, bawang putih, lada kering, belacan dan6 sudu ikan bilis goreng

Cara-caranya ;-D Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.Tumiskan bahan kisar hingga garing atau sehingga pecah minyak. (*kalau nak cepat garing masukkan gula awal-awal tapi pastikan api dikecilkan dan sentiasa dikacau supaya tidak hangus)Masukkan gula, garam dan air asam jawa dan sedikit serbuk perasa. gaul rata.Tutup api dan masukkan ikan bilis dan gaul sehingga rata.

Lepat PisangBahan2:

Pisang emas saiz kecil 20 - 25 bijitepung dalam satu cawangula 1 1/2 sudu besarmanisan (nise kecik) setengah karet(masukkan dalam plastik, tumbuk sampai hancur)garam sikitsantan setengah cawan

Cara:

Lecekkan pisang + gula + nise.Campurkan lain-lain bahan.Bungkus dalam daun pisang.Kukuslah selama 15 minit.

tips:

daun pisang dipotong besar mcm besar tapak tangan kita je...baru jadi comel.tapi kalau nak besar sikit...koyakkan daun piasang tu besar sikit...lepas kita dah koyakkan daun pisang tu...baru kita layur atas api yg perlahan.layur kejap je tau...2-3 saat je..supaya nanti daun tu jadi lembut bila nak melipat dan membungkus adunan

time nak letakkan adunan dalam daun pisang tu...sebelum tu sapu minyak sikit kat daun pisang tu supaya nanti kueh2 tu tak melekat kat daun pisang

Tepung Gandum 1 kgIbu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram)Gula Pasir 7 sudu besarGaram Halus 1 sudu kecilSusu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawanMarjerin 1 cawanTelur 2 bijiSerbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecilAir secukupnyaCara Memasak

Isikan gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir (senang pakai gula pasir jer sebab gerenti jadi susu tepung kadang ada jenis yang tak sesuai) dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul. Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan deep fryer dengan setting suhu 375 Fahrenheit.Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30 minit. Jangan sira kalau donut masih panas, nanti gula akan menais / jadi bertepek-tepek basah.Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang telah dikisar.Makan dengan beradab dan jangan gelojoh serta jangan lupa baca Bismillah!Petua & Teknik Efektif

Tiada pencetak donut? Jangan panik! Gunakan gelas sebagai pencetak. Gelas kaca atau gelas plastik, dua-duanya boleh. Caranya ialah tekap mulut cawan tersebut pada doh dan pusing-pusingkan dengan tekanan.Lubang tengah itu boleh dibuat dengan menggunakan muncung botol air, tak kiralah botol air mineral atau botol air apa pun.Cara mencetak; Leperkan doh dan taburkan sedikit tepung lalu ratakan biar tak melekit. Lepas tu cetak gunakan gelas pada doh leper tu sampai penuh. Kemudian ambil keluar baki frame doh. Barulah anda buat lubang tengah pulak! Lepas tu pindahkan ke tray yang telah ditabur tepung supaya tak melekat. Doh yang permukaan atas terbalikkan ke bawah.

KARIPAP MINI

2 sb minyak sapi100 ml air1/2 sk garam1 biji limau kasturi ambil jusnya225 g tepung gandum

INTI :-100 g udang kering2 ulas bawang putih3 biji lada merah (atau 2 sb lada kisar)1 batang seraigaram,gula,perasa secukup rasa.3 sb minyak - utk menumis

Cara-caraUntuk menyediakan doh :-Minyak sapi,air,garam dimasak hingga mendidih.Masukkan jus limau dan matikan api.Tuang air minyak yg panas ini kedalam tepung dan uli hingga sebati.Diamkan 10 min.Canai doh nipis2,terap bulat sebesar syiling 50 sen.Isi inti dan kelim kemas2.Buat hingga habis dan goreng terendam dlm minyak banyak sambil digaul2 hingga karipap garing kechoklatan sama rata.Angkat dan toskan.Siap utk disajikan.Jika ingin menyimpan,sejukkan karipap mini dan simpan dlm bekas kedap udara.Untuk menyediakan inti:-Kisar semua bahan inti kecuali minyak masak hingga halus.Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga kering.Sejukkan dan siap utk digunakan.tip mengoreng;semase menggoreng minyak bnyk biar sederhane pns jer...jadi bile karipap digoreng mudh utk membalek2kannye dn akan same rata garingn

saper yg susah nak dapat rempah nasi arab MANDY dan KABSA..boleh buat sendiri.. dibawah ni saya bagi resepinya...

Bahan utk rempah MANDY*

ini rempah2 yg perlu dikisar untuk dijadikan rempah nasi mandy. dibawah ini adalah sukatan untuk masak 3-4 cawan beras basmati. alau rajin buat banyak2 simpan dalam botol atau bekas kedap udara.

beras yg sedap buat nasi mandy dan kabsa ialah beras basmati" extra panjang " FAIZA

bahan bahan untuk dikisar

15 biji buah pelaga,*10 kuntum bunga cengkih20 biji lada hitam3 helai daun salam* (Kering)1 sudu besar biji jintan putih,*1 sudu besar biji ketumbar*@ rempah campur* (lebih sedap jika guna rempah campur)

Cara:

1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa myk sehingga naik bau.Bila dah naik bau kisar sehingga hancur danKacau rata.Simpan didalam bekas yang kedap udara.

Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

dibawah ini cara cara buat rempah nasi arab 'kabsa

saper yg susah nak dapat rempah nasi arab KABSA...boleh buat sendiri.. dibawah ni saya bagi resepinya...

Bahan utk rempah kabsa*

1 sdu makan bunga cengkih1 sdu makan lada hitam1 sdu makan jintan manis*1 sdu makan jintan putih*2 sdu makan ketumbar biji*1 sdu makan buah pelaga*1 sdu makan serbuk kunyit

Cara:

1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa myk sehingga naik bau.Bila dah naik bau kisar sehinggahancur. Satukan dgn serbuk cili dan serbuk cili.Kacau rata.Simpan didalam bekas yang kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging. with Juannitah Mahsar.

RESEPI NASI TOMATO

Bahan2:3 cawan beras basmati basuh dan toskan3 cawan air3 biji tomato potong dadu kecil(x perlu dibuang kulit)2 sudu penuh puri tomato(dlm tin)2 sudu bsr penuh serbuk kari-bancuh dengan sedikit air4 ulas bawang putih*5ulas bawang merah*1 biji bawang besar*2 sudu besar marjerin1 sudu minyak sapi2 sudu kecil garam

rempah 4 sekawan2 btg kulit kayu manis4 kuntum bunga lawang6 biji bunga cengkeh4 biji buah pelaga

Cara2:

Bahan2 bertanda * dikisar menggunakan pengisar bahan keringPanaskan marjerin dan minyak sapi dalam periuk/kuali. Tumis bahan yg dikisar dan rempah 4 sekawan sehingga naik bauMasukkan rempah kari dan kacau seketika.Masukkan tomato puri dan buah tomato yang sudah dipotong dadu..kacau lagi.Masukkan pula beras yang sudah dibasuh sebelumnya beserta garam untuk menambah rasa.Setelah digaul rata,masukkan ke dalam rice cookerTekan 'on' dan masukkan air..gaul rata.Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masakSelepas 20min,buka penutup dan kacau secara kaup balik untuk memastikan nasi masak sekata.Tutup penutup periuk dan JANGAN nak buka penutup dengan kerap sebab ini akan menyebabkan nasi tak masak sekata. ( tips nk bg sedap sikit...bila nasi dah masak masukkan 4 sudu susu cair dan gaul nasi guna sudu garfu untuk mengelakkan nasi patah atau hancur. with Sutera Kaseh, Norhida Abu Hassan, Nurul Huda, Linzul Linda, Hamidah Mk, Farah Honey, Zaleha Shah Din, Asz Farah and Faiza Zahar.

saya sekarang dah mulai suka nasi ARAB atau nasi MANdy..selang sehari buat!! dah kemaruk!!.jom kita tengok resepinya..

Nasi Arab @ Nasi Mandhi

Bahan-bahan:3 cawan beras basmathi5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti mengikut kesesuaian berasgaram jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam1/2 s/b lada hitam bijisedikit zaffran -atau guna pewarna kuning @kunyit

Bahan utk menumis:2 sudu besar minyak sapi3 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelaga2 kuntum bunga lawang1 inci kulit kayu manis1/2 in halia ]3 ulas bawang merah] dimayang halus1 ulas bawang putih]

Cara membuat:Beras dicuci kemudian ditoskanPanaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumisGoreng hingga naik bau/kekuninganMasukkan beras dan daun pandan, kacau sekataMasukkan stok ayam dan lada hitam.Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning dan daun ketumbar. Biarkan seketikaKemudian gemburkan nasi guna garpuSedia dihidangkan bersama lauk pauk

Ayam Mandhi

1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 21 inci halia - diketukgaram secukup rasaair secukupnya (dlm 7 cawan)

Bahan A:

1 sudu teh zaffran @ serbuk kunyit1 sudu teh serbuk ketumbar1 sudu teh serbuk lada hitam1 sudu teh serbuk jintan putih1 sudu teh serbuk jintan manisskit garam

Cara membuat:

Rebus ayam selama 45 minit bersama halia dan garam.Angkat dan toskan. Simpan air rebusan utk masak nasi.Lumurkan ayam dgn bahan A. Perap seketikaSelepas itu ayam dibakar selama 1 jam dlm oven pd suhu 200 C

Salata Hara @ Tomato Salsa

Bahan-bahan:

Buah tomatodaun ketumbarcili padigaram secukup rasajus lemon @ cukasket bwng besar diptong dadu halus2

Cara membuat:

Mesin tomato, daun ketumbar, garam dan cili padi tanpa mengunakan air. Kisar kasar aje. Kemudian campurkan bwg dadu dan jus lemon/cuka

Kek Oren versi kukus

1 biji oren3/4 cawan gula3 biji telur1 cawan minyak jagung/butter cair /marjerin cair (pilih salah satu je)2 cawan tepung1sk baking powder

Cara buat:

1. Basuh bersih2 buah oren, sagat kulitnya (kuning sahaja). Perah air Oren Dan ambil 1camca jus nya sahaja atau kupas oren dan ambil isinya sahaja (buang biji dan kulit/urat putih)2. Blend kulit oren yang disagat, isi oren, telur, gula dan minyak/butter/marjerin sehingga sebati.3. Masukkan ke dalam mixer. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diikuti dengan baking powder. Adunl sehingga sebati.4. Griskan loyang atau lapikkan dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang.5. Kukus selama 45minit-1 jam/ sehingga masak.

KUEH CAKOI @pak tongkoi

400 g tepung GANDUM ~ diayak1 cawan air1 sudu besar majerin ~ dicairkan1 sudu kecil garam3 sudu besar gula1 sudu besar susu pekat manis1 kuning telur2 sudu kecil yis segera1/2 sudu kecil soda bikarbonatminyak untuk menggoreng

atau

1 kg Tepung Gandum1 cawan Gula2 sudu besar Garam Halus2 sudu teh ibu roti (mauripan/instant yeast)2 sudu besar lemak sayur / marjerin (dicairkan)2 sudu besar susu tepung @ (susu pekat Manis kurangkan gula 2 sudu besar)1 sudu teh bread improver (untuk melembutkan doh)700 ml air

CARA2NYA :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

RESEPI SOS SIAM PENCICAH

3 ulas bawang putih dikopek kulit.2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).1/2 cawan gula pasir.3/4 cawan air.1/4 cawan cuka.1/2 sudu besar (tbsp) garam.1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.

2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.

3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.

4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.(atau kalau malas nak buat beli je pencicah sos cili manis perisa THAI )

kentang putar ala KFC

Kentang PutarBahan-bahan ( 10 biji kentang buah sedang)

10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)1 sk lada hitam di tumbuk halus1/2 cawan fresh milkgaram secukup rasa

Cara-cara

Rebus kentang dgn sedikit garamSetelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancurKemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya

SOS650 ml air5 sudu besar stok ayam -brand maggi dalam botol / kiub ayam pun boleh, hancurkan kiub dan sukat1 biji bawang besar - dicincang1 batang saleri - dicincang40 g mentega20 g tepung gandum1 sudu besar sos tomato1 sudu besar sos tiramsedikit serbuk lada hitamsedikit kicap pekat

Cara memasak :Satukan air, bawang, batang saleri dan stok ayam dan masak hingga mendidih ( 10 minit ).Tapiskan ke dalam mangkuk.Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum, kacau dengan api perlahan hingga tak melekat tepi periuk.Tuang air rebusan yang telah ditapis tadi dan kacau sebati.Masukkan sos tomato, sos tiram, beberapa titik kicap pekat ( agak2 hitam ) dan serbuk lada hitam.Kacau sebati dan ikut kepekatan yang di ingini.Rasanya tak payah letak garam sebab stok dan sos tiram dah masin, jika terasa kurang masin, boleh letak sedikit garam.Untuk kentang- Basuh kentang dengan air suam dan rebus hingga kentang empuk, buang kulit dan lenyek halus kentang tu, masukkan sedikit susu segar dan butter, sebatikan dan boleh dihidangkan dengan sos kentang putar. Boleh juga guna kentang putar segera, caranya gaul serbuk kentang dengan air panas dan masukkan sedikit susu segar dan butter, sebatikan.

bubur nasi Idashahida

Bahan-bahan:1 1/2 cawan beras - dikisar sederhana halus pastu baru cuci.cuci ala kadar je jangan la pulak cuci macam cuci beras kasar , nanti tak de apa yang tinggal lg..(guna mesin untuk bahan yg bahan kering yea..saya tak rebus beras sebab kalau rebus beras lama sangat baru leh jadi bubur...so saya kisar dulu beras tu...nanti sekejap je dah jadi bubur dan tak la lama menunggu untuk makan....laparrrr!!! lepas ni kalau saper2 nak buat bubur nasi atau nak buat kat org2 tua,...hancurkan beras dulu, ikut stle saya...dapat makan cepat!!!!

2 dada ayam - dipotong kecilBeberapa ketul bahagian2 ayam yang anda dan anak2 suka-digoreng kunyitbawang merah 6 ulas dihiris nipis2bawang putih 4 ulasserbuk lada hitam/lada sulah1 btg serai diketuk1 inci lengkuas diketuk1 ketul kiub ayam (maggi/knorr)1/2 inci halia - diketuk1 cawan santan/1 peket/kalau tak boh pun boleh...gerenti sedapAir secukupnyaajinomoto/secukup rasagaram dan gula sikit...

Bahan hiasan:Daun bawang/daun sup/bawang goreng/cabai merahketulan ayam yg dah di Goreng

Cara membuatnya:

ambil periuk.....boh air 3/4 periuk-masuk beras Yg di mesin td tu...letakkan atas api- semasa beras dalam periuk ni ** kena kacau sentiasa sebab kalau tak kerap kacau, nasi akan jadi berketul ketul**

bila dah didih-masukkan ayam-boh la serai,lengkuas,halia, garam,gula dan ajinomoto juga kiub ayam-masak sampai ayam empuk-sesekali dikacau

bila ayam dah empuk masukkan santan-terus kacau-bila santan dah pekat dan nasi pun dah jadi bubur-tutup api.(tak boh santan pun dah cukupppppp sedap. bubur ni dah jadi makanan rutin anak2 saya).

bila nak makan bubuh bubur dalam mangkuk taburkan daun bawang/sup/bawang goreng sedikit dan letakkan ayam goreng seberapa ketul/carik2 isi ayam goreng bahagian yang anda suka tu (penarik untuk anak2 makan)---gerenti habis seperiuk!!!!

- Selesai masak, hidangkan ia bersama hirisan daun bawang,daun sup Dan tabur ayam goreng yg dikoyak2.......sedappppppASSAM LAKSA PENENG

1 kg ikan kembong1 tin besar ikan sardine ( ayam brand)2 camca cabai mesin5 biji cabai besar8 biji bawang merah*2 biji bawang besar*1 batang serai, dihiris*2 cm lengkuas*sedikit belacan*(*dikisar halus)2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum1 cawan nenas yang didadu halus2 tangkai daun pudina3 tangkai daun kesom6 keping asam gelugor1 camca asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnyaAir 1 1/2 jugGaram dan gula secukup rasa

rencahan

laksa sebungkus direndam 4 jam (sebaiknya semalaman), direbus lembut,Hirisan daun kesomHirisan daun saladHirisan daun selomHirisan cili padiHirisan timun (potongHirisan bawang besarHirisan bunga kantan (kalau suka)Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYAsmile emoticon

UNTUK KUAH :- Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan. Kisar ikan berserta tulangnya sampai lumat dan tapis, ketepikan. Ikan sardine, diasingkan dari sosnya ( sosnya tidak guna) , cuci ikan tadi dan lecek kasar kasar, Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan2 yang dikisar halus tadi (bertanda *) , nenas, dan ikan yang dikisar tadi. Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api perlahan selama 40 minit. Tambah air jika perlu. Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula dan ajinomoto, secukup rasa. Biar mendidih 10 minit lagi, rasa masam masin dan manisnya. apa yg kurang tambahlah... dah siap kuahnya..... ( pastikan kuahnya tidak terlalu cair )

pastu anda boleh lah hidang macam kita makan laksa....Kueh Puteri Ayu/sri ayu

Bahan-Bahannya1 biji telur gred A80 g gula halus80 ml pati santan1/2 camca teh pes pandan90 g tepung gandum*1/2 camca besar tepung ubi*(*disatukan dan diayak)1/2 camca teh ovallate1 cawan kelapa parut*1 camca besar tepung jagung*1/4 camca teh garam halus*(*digaul rata)

Cara membuatnya

Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes padan dan gaul rata. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati.Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan....Menghasilkan kurang lebih 24 biji kuih..

apam pisang

2 cawan tepung gandum8 biji pisang emas / 200 g isi pisang)3/4 cawan gula halus4 biji telur3/4 cawan mentega cair1 camca teh baking powder1 camca teh soda bicarbonate1/4 camca teh esen pisangSecubit garam

CARA MEMBUATNYAsmile emoticon

Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan (dalam gambar mat guna "bunt-pan")Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim (berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.Masukkan esen pisang (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 45 minit. Kalau guna acuan kecil2, kukus 10 minit. Gunakan api sederhana besar.Tomyam songkla

Bahan-bahan5 ekor udang (lagi besar lagi sedap)1 batang serai diketuk3 ulas bawang merah dimayang halus2 ulas bawang putih dimayang halus -2 labu bawang besar merah/holland dibelah 4-1 biji tomato dibelah 43 helai daun limau purut dikoyak26 biji cili api dipotong2/ketuksedikit sayur kobis bunga, cendawan tiram & carrot1 kiub ayam1/2 biji limau nipis1-2 cawan air ikut sukasos ikan/garam secukup rasa-sedikit daun bawang dihiris- guna daun ketumbarCara-caraDidihkan air bersama serai dan bahan yg dimayang.Setelah mendidih masukkan udang,bawang besar, tomato dan daun limau.Bila udang dah masak boleh letakkan dalam mangkuk.Taburkan cili api dan daun bawang,perahkan limau masa nak makan(jika perah awal jadi pahit)29