kuih talam

Upload: zaini-atan

Post on 08-Jan-2016

74 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Resepi macam-macam kuih talam

TRANSCRIPT

6 Jenis Talam Curi Hati Orang Lama

Oleh:Nadia Mingguan WanitaTalam bukan sebarang talam, ini rahsia air tangan dulu-dulu. Nampak macam guna banyak bahan tetapi sebenarnya nak buat cukup senang. Ini kalau menjadi, bukan hanya curi selera pasangan dan anak-anak tetapi ibu ayah mentua boleh 'terpancing' sama. Jom, pilih resepi yang berkenan...1. SERI MUKA DURIAN

Bahan lapisan bawah:500 gm beras pulut300 ml santan pekat300 ml air2 sudu kecil garam halus

Cara membuat: Rendam pulut sekurang-kurangnya empat jam. Basuh bersih dan tos. Kukus dengan bahan-bahan di atas selama jam. Apabila pulut masak gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang dan disapu dengan sedikit minyak. Letak lapis atas dan kukus 30 minit.

Bahan lapisan atas A:300 gm gula kastor atau 250 gm gula pasir100 tepung kastard400 ml santan pekat400 ml air200 gm isi durian-dikisar dengan 400 gm air di atas

Bahan lapisan atas B:3-5 biji telur-dipukul rata sudu kecil garam halusPewarna kuning secukupnya

Cara membuat: Satukan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati. Tapis ke dalam periuk hingga sebati. Kacau hingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. Gunakan loyang bersaiz 10x10 inci.2. TALAM KELADI

Bahan lapisan bawah A:220 gm tepung beras40 gm tepung ubi1 1/2 sudu kecil garam5 sudu besar gula pasir300 ml santan pekat700 ml air

Bahan lapisan bawah B:250 gm keladi - buang kulit dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam kemudian potong kiub dan kukus selama lima minit (kukus dahulu baru timbang)

Cara membuat: Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang bersaiz 10 inci x 10inci x 3inci Kukus selama 25 minit.

Bahan lapisan atas:150-180 gm tepung gandum250 gm gula halus3-5 biji telur250 ml santan500 ml airSedikit pewarna ungu

Cara membuat: Bancuh semua bahan di atas dan tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit(lap lima minit sekali).3. TALAM CENDOL

Bahan lapisan bawah A:200 gm tepung beras*250 ml santan pekat*450 ml air*1 s/b tepung jagung*150 gm gula kastor1 sudu kecil garam

Bahan lapisan bawah B:200 gm cendol atau 1 paket kecil - tapis dan ambil cendol sahaja

Cara membuat: Satukan bahan-bahan bertanda (*) dan tapis ke dalam periuk. Masak bahan A sehingga naik wap (jangan sampai pekat sangat dan sekejap sahaja atas api. Guna senduk kayu untuk mengacau. Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut). Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik. Kukus selama 25 minit. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu.

Bahan lapisan atas A:300 gm gula merah50 gm gula kastor500 ml air

Bahan lapisan atas B:150 gm tepung gandum3 biji telur250 ml santan pekat1/2 sudu kecil garam

Cara membuat: Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan-bahan A ke dalam B dan tapis dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja). Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.4. TALAM BERLAUK

Bahan-bahan (loyang 10inci):2 cawan tepung gandum4 sudu besar tepung jagung4 cawan santan1 sudu kecil garam2 biji telur

Cara membuat: Kacau semua bahan dan tapis. Sapukan sedikit minyak dalam loyang. Panaskan kukusan. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. Sejukkan dan taburkan inti, daun sup dan daun bawang. Potong dan hidangkan.

Bahan inti dan hiasan:200 gm daging/ayam kisar2 biji kentang (potong dadu kecil)1 labu bawang besar (potong dadu)1 ulas bawang putih1 paket rempah kari ayam/daging-2 biji cili merah (buangkan bijinya dan cincang)1/2 batang lobak merah disagatDaun sup dan daun bawang (racik kecil)2 sudu besar minyakGaram dan sedikit gula

Cara membuat: Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu. Biarkan sehingga semuanya masak empuk. Sejukkan dan taburkan di atas adunan yang dikukus. Sekiranya terdapat minyak, tos sedikit inti supaya cantik bila ditaburkan di atas permukaan kuih tadi.5. TALAM SEKOTENG

Bahan lapisan bawah:50 gm sekoteng-rebus dan tos150 gm tepung beras*250 ml santan pekat*450 ml air*1 sudu besar tepung Hoen Kwee (putih)*150 gm gula kastor*1 sudu kecil garam*

Cara membuat: Bancuh semua bahan yang bertanda (*). Tapis dan masak hingga naik wap, tutup api. Masukkan sekoteng dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit. Loyang hendaklah dialas plastik terlebih dahulu dan lenserkan minyak di kelilingnya, barulah tuang adunan dan kukus.

Bahan lapisan atas:150 gm tepung gandum300 gm gula halus3 biji telur250 ml santan pekat500 ml air1/2 sudu kecil garam1 sudu kecil perisa rosPewarna merah jambuCara membuat: Bancuh semua bahan kemudian tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Tuangkan ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit. Setelah siap, angkat dan biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong dengan menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik. Gunakan loyang bersaiz 10x10x2 atau 3.6. TALAM PERMATA KELEDEK

Bahan lapisan bawah:2 cawan keledek oren - telah di dadu (rebus & tos)1 1/2 cawan tepung beras*1 cawan santan pekat*2 cawan air*2 sudu besar tepung Hoen Kwee (putih)*1 cawan gula halus*Sedikit garam*

Cara membuat: Bancuh semua bahan bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap - tutup api. Masukkan keledek rebus dan kacau rata. Biarkan sebentar.

Bahan lapisan atas:1 1/2 cawan tepung gandum1 cawan gula halus2 biji telur1 cawan santan pekat2 cawan airSecubit garamPewarna oren

Cara membuat:* Bancuh semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap..Cara melapis kuih: Sapukan sekeliling loyang dengan sedikit minyak masak dan alaskan plastik. Panaskan pengukus kuih. Tuangkan adunan untuk lapis bawah. Kukus selama 25 minit guna api sederhana. Cakar- cakar permukaan lapis bawah dan tuangkan adunan atas, kukus hingga masak. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan lima minit dengan api yang belum ditutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong dengan menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.Raikan Tetamu Dengan Pie Tie Rangup

Oleh:Nadia Mingguan WanitaFinger food yang menjadi trend masa kini bukan sahaja nampak menarik ketika dihidangkan, ia juga digemari kerana tidak terlalu berat. Bingung memikirkan juadah yang sesuai, apa kata cuba resipi ini yang sangat mudah cepat.Bahan Kulit60 gm tepung beras20 gm tepung gandum10 gm tepung ubiGaram secukupnya1 butir telur Gred C, dipukul sedikit240-250 ml airMinyak untuk menggorengBahan Inti1 sudu besar minyak4 ulas bawang merah, di cincang halus80 gm isi udang, di cincang200 gm hirisan lobak merah300 gm hirisan kubis1 sudu teh kicap cairGaram, serbuk lada sulah secukupnyaBahan Sos3 biji cili merah, dibuang biji1 ulas bawang putih, di cincang halus2 sudu besar sos cili Thai1 sudu besar cuka60 ml air masakGula, garam secukupnyaCara membuat: Satukan semua bahan kulit. Tapis ke dalam mangkuk. Masukkan telur dan kacau sebati. Tuangkan air dan kacau sebati. Panaskan acuan, celup ke dalam adunan tadi dan goreng hingga keemasan. Untuk inti: Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hingga harum. Masukkan bahan lain dan kacau. Angkat dan biarkan sejuk. Untuk sos: Kisar semua bahan hingga sebati.Tip:Jika inti diletak di dalam kulit terlalu awal, kulit akan menjadi lembik. Letak sebelum dihidangkan.