refleksi sdp

2
REFLEKSI THIVYA A/P KALAICHELVAN Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurnianya, kerja kursus WAJ 3107 ini dapat diselesaikan dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Zaharah binti ABD Manap kerana telah membantu mengkritik dan komen tugasan yang kami siapkan. Tanpa kerjasama dan maklum balas dari semua pihak, sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga untuk kawan- kawan sekumpulan yang telah banyak memberi dorongan dan pandangan masing-masing semasa membuat tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan sekelas dan juga kepada rakan yang lain kerana sanggup meluangkan masa untuk kami bagi menyiapkan tugasan kami dengan jayanya. Sewaktu pertama kali saya mendapat tugasan ini, terdetik dalam hati saya, bagaimana aku boleh siapkan tugasan ini dengan sempurna kerana tidak tahu untuk membuatnya. Tetapi dengan penerangan yang diberikan oleh pensyarah, segala masalah yang kami hadapi telah dileraikan. Pada mulanya, kami telah menghadapi kesukaran untuk memilih cerita rakyat yang sesuai untuk kumpulan kami yang terdiri daripada empat orang. Namun, setelah mencari dan mengumpul beberapa cerita daripada pelbagai sumber, akhirnya kami sekumpulan berpakat untuk memilih cerita Sang Semut dan Sang Belalang. Disebabkan cerita ini hanya mempunyai dua karakter, kami telah menambahkan lagi dua karekter supaya cerita ini lebih menarik. Setelah memilih cerita untuk dipersembahkan, seterusnya kami telah berbincang tentang karakter yang sesuai untuk setiap orang dan akhirnya saya telah memilih karakter Sang Rama-Rama. Selepas itu, kami telah mencatat barang-barang yang perlu dibeli untuk menghasilkan topeng yang kemas, cantik dan menarik dan telah kami telah membelinya secara berkumpulan. Setelah membeli barang- barang untuk menghasilkan topeng, saya mula dengan langkah-langkah untuk menghasilkan topeng. Sebagai langkah pertama, saya telah meniup belon sehingga saiznya sesuai untuk muka saya dan telah menampal beberapa lapisan kertas supaya belon itu menjadi keras. Proses menampal lapisan pada belon telah mengambil masa yang agak lama. Setelah itu,

Upload: thivya-kalaichelvan

Post on 30-Dec-2015

52 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sdp

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Sdp

REFLEKSI

THIVYA A/P KALAICHELVAN

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurnianya,

kerja kursus WAJ 3107 ini dapat diselesaikan dengan jayanya pada masa yang telah

ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Zaharah binti

ABD Manap kerana telah membantu mengkritik dan komen tugasan yang kami

siapkan. Tanpa kerjasama dan maklum balas dari semua pihak, sudah tentu saya

tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga untuk kawan-

kawan sekumpulan yang telah banyak memberi dorongan dan pandangan masing-

masing semasa membuat tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan

sekelas dan juga kepada rakan yang lain kerana sanggup meluangkan masa untuk

kami bagi menyiapkan tugasan kami dengan jayanya.

Sewaktu pertama kali saya mendapat tugasan ini, terdetik dalam hati saya,

bagaimana aku boleh siapkan tugasan ini dengan sempurna kerana tidak tahu untuk

membuatnya. Tetapi dengan penerangan yang diberikan oleh pensyarah, segala

masalah yang kami hadapi telah dileraikan. Pada mulanya, kami telah menghadapi

kesukaran untuk memilih cerita rakyat yang sesuai untuk kumpulan kami yang terdiri

daripada empat orang. Namun, setelah mencari dan mengumpul beberapa cerita

daripada pelbagai sumber, akhirnya kami sekumpulan berpakat untuk memilih cerita

Sang Semut dan Sang Belalang. Disebabkan cerita ini hanya mempunyai dua

karakter, kami telah menambahkan lagi dua karekter supaya cerita ini lebih menarik.

Setelah memilih cerita untuk dipersembahkan, seterusnya kami telah berbincang

tentang karakter yang sesuai untuk setiap orang dan akhirnya saya telah memilih

karakter Sang Rama-Rama.

Selepas itu, kami telah mencatat barang-barang yang perlu dibeli untuk

menghasilkan topeng yang kemas, cantik dan menarik dan telah kami telah

membelinya secara berkumpulan. Setelah membeli barang-barang untuk

menghasilkan topeng, saya mula dengan langkah-langkah untuk menghasilkan

topeng. Sebagai langkah pertama, saya telah meniup belon sehingga saiznya sesuai

untuk muka saya dan telah menampal beberapa lapisan kertas supaya belon itu

menjadi keras. Proses menampal lapisan pada belon telah mengambil masa yang

agak lama. Setelah itu, saya telah mencari gambar rama-rama yang sesui untuk

Page 2: Refleksi Sdp

topeng saya dalam internet. Gambar yang dicari membantu saya dalam membentuk

rupa rama-rama yang menarik. Pada mulanya saya berasa sangat sukar untuk

mencari muka rama-rama yang sesuai untuk dijadikan sebagai rama-rama. Namun,

setelah beberapa idea yang bernas yang diberikan oleh rakan sekumpulan telah

meleraikan masalah saya. setelah lapisan kertas pada belon dah keras, saya telah

menampal dua lagi lapisan kertas berwarna biru kerana saya ingin membuat rama-

rama berwarna biru.

Selepas proses menghasilkan topeng, saya telah menghiaskan topeng

dengan kain, riben, dan mata supaya menjadikan topeng yang saya hasilkan lebih

menarik. Selepas menghiaskan topeng, saya telah berkerjasama dengan rakan

sekelas untuk membuat backdrop untuk lakonan kami disebabbkan semua kupulan

memilih cerita yang berlatar di hutan, maka kami sekelas telah berganding bahu

untuk menghasilkan props untuk semua kumpulan. Ini telah mengurangkan bebanan

kami. Akhirnya, hari yang kami nanti-nantikan telahpun tiba dan kami merupakan

kumpulan terakhir membuat persembahan

Melalui tugasan ini, saya telah mendapat ilmu baru tentang cara mebuat

topeng. Saya juga dapat pengetahuan tentang sejarah, jenis definisi dan tujuan

boneka. Sebelum ini, saya memang tidak pernah mengambil insentif untuk

menghasilkan topeng dengan berpendapat bahawa topeng adalah amat susah untuk

dihasikan. Namun setelah siapkan topeng, saya berasa teruja dengan diri saya

kerana dapat menghasilkan topeng yang cantik dan menarik. Tambahan pula, saya

juga dapat mengenali ahli kumpulan saya dengan lebih mendalam dan saya berasa

amat beryukur kerana mendapat ahli kumpulan yang baik dan sentiasa

berkerjasama. Saya juga berasa teruja dengan kerjsama yang kami miliki walaupun

ahli kumpulan kami terdiri daripada berlainan bangsa.

Saya juga berasa amat seronok sepanjang menyelesaikan tugasan ini secara

berkumpulan. Ahli-ahli kumpulan juga telah memberi komitmen yang sepenuhnya

dan bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya amat berpuas

hati dangan hasil kerja kami dengan adanya pelbagai pihak yang memberikan

sokongan padu agar tugasan yang diberikan dapat dihantar pada tempoh masa

yang telah ditetapkan.

Sekian, Terima Kasih.