proposal kajian tindakkan aku

9
1.0 Refleksi pengajaran Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat. Perkara ini dapat dikesan dengan jelas semasa saya menyemak latihan membina ayat yang telah dibuat oleh murid. Murid murid menghadapi masalah untuk menulis huruf besar pada pangkal ayat dan menulis huruf besar pada huruf pangkal kata nama khas. Hasil beberapa perbincangan dan temubual bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu, beliau berpendapat bahawa murid murid tahun 4 cemerlang sememangnya mempunyai masalah menulis huruf besar dengan betul. Justeru, berdasarkan masalah itu telah menyedarkan saya untuk berusaha menyediakan satu kajian bagi menangani masalah ini demi meningkatkan kemahiran murid murid dalam menulis huruf besar. dengan betul. 2.0 Fokus kajian Saya mendapati murid murid yang berprestasi rendah amat lemah dalam penulisan dan sering melakukan kesalahan, khasnya ketika membina ayat Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat. Oleh itu, murid – murid perlu didedahkan dengan pelan tindakan yang dapat membantu mereka supaya lebih peka dengan menulis huruf besar setiap kali menulis. Justeru, perlu dilaksanakan satu alternatif pengajaran dan pembelajaran yang lain bagi memastikan murid - murid dapat menulis huruf besar di tempat yang sesuai dan sepatutnya. Kesilapan yang dilakukan oleh murid – murid boleh diperbaiki sekiranya menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang berkesan. Saya mendapati tiga aspek murid murid gagal menulis huruf besar dengan betul iaitu, menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas, pangkal ayat dan menulis huruf besar di tengah perkataan. Hasil ujian diagnostik, saya mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi murid ialah tidak dapat menulis huruf pada pangkal kata nama khas. Berdasarkan dapatan tesebut, saya telah memfokuskan kajian saya terhadap masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas

Upload: kamal-khalip

Post on 26-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Kajian Tindakkan Aku

1.0   Refleksi pengajaran

Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali

dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam

ayat. Perkara ini dapat dikesan dengan jelas semasa saya menyemak latihan

membina ayat yang telah dibuat oleh murid. Murid – murid menghadapi masalah

untuk menulis huruf besar pada pangkal ayat dan menulis huruf besar pada huruf

pangkal kata nama khas.

Hasil beberapa perbincangan dan temubual bersama guru mata pelajaran

bahasa Melayu, beliau berpendapat bahawa murid – murid tahun 4 cemerlang

sememangnya mempunyai masalah menulis huruf besar dengan betul. Justeru,

berdasarkan masalah itu telah menyedarkan saya untuk berusaha menyediakan

satu kajian bagi menangani masalah ini demi meningkatkan kemahiran murid –

murid dalam menulis  huruf besar. dengan betul.

2.0   Fokus kajian

 Saya mendapati murid – murid yang berprestasi rendah amat lemah dalam

penulisan dan sering melakukan kesalahan, khasnya ketika membina ayat  Setelah

beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan

pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat.  

Oleh itu, murid – murid perlu didedahkan dengan pelan tindakan yang dapat

membantu mereka supaya lebih peka dengan menulis huruf besar setiap kali

menulis. Justeru, perlu dilaksanakan satu alternatif pengajaran dan pembelajaran

yang lain bagi memastikan murid - murid dapat menulis huruf besar di tempat yang

sesuai dan sepatutnya. Kesilapan yang dilakukan oleh murid – murid boleh

diperbaiki sekiranya menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang berkesan.

Saya mendapati tiga aspek murid – murid gagal  menulis huruf besar dengan

betul iaitu, menulis huruf besar pada pangkal  kata nama khas, pangkal ayat

dan  menulis huruf besar di tengah perkataan. Hasil ujian diagnostik, saya

mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi murid ialah tidak dapat menulis

huruf pada pangkal kata nama khas. Berdasarkan dapatan tesebut, saya telah

memfokuskan kajian saya terhadap masalah menulis huruf besar pada pangkal kata

nama khas sahaja. Untuk tujuan itu, saya telah melaksanakan satu pelan tindakan

yang drastik lagi berkesan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut.

Hasil perbincangan bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu, didapati

punca murid – murid - murid ini tidak dapat menulis huruf besar dengan betul adalah

Page 2: Proposal Kajian Tindakkan Aku

disebabkan mereka kurang faham tentang menulis huruf besar yang betul. Mereka

kurang diberi penekanan tentang konsep menulis huruf besar dan kata nama khas.

Maka, mereka akan membuat kesimpulan bahawa menulis huruf besar ini tidak

penting ketika menulis ayat. Pemahaman tentang konsep tersebut perlu dijelaskan

oleh saya agar mereka memahami konsep kata nama khas supaya mereka dapat

membezakan kata nama khas dengan kata nama am.  Selain itu, saya juga telah

memberikan nota – nota sampingan untuk menambah pemahaman murid.Di

samping itu, didapati murid – murid ini kurang diberi latihan yang berkaitan dengan

menulis huruf besar. Hal ini disebabkan guru kurang menekankan aspek ini dalam

menulis. Latih tubi terhadap latihan – latihan secara terbimbing dan berterusan

mampu memberi  pemahaman kepada murid – murid tentang kepentingan menulis

huruf besar dengan betul.

Sesungguhnya, saya percaya bahawa masalah ini boleh  diatasi berdasarkan

kebolehtadbiran pelaksanaan pelan tindakan yang dilaksanakan. Untuk tujuan itu,

saya telah merangka beberapa strategi, diperkukuhkan lagi dengan pemilihan

kaedah yang berkesan dan dibantu oleh kekuatan teknik dalam meningkatkan

penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.

Kejayaan pelan tindakan dibuktikan dengan pencapaian murid berdasarkan

pascaujian yang telah dijalankan.              

3.0  OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:

i)              Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas

ii)             Menilai keberkesanan tindakan – tindakan yang dijalankan bagi membantu murid

menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.

iii)            Penguasaaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.

4.0 KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN

Saya telah membuat kajian ke atas murid – murid tahun empat Sekolah Kebangsaan

Ismail Petra 2. Pemilihan kumpulan sasaran dikenal pasti melalui pemerhatian

mengajar di dalam kelas dan perbincangan dengan guru matapelajaran serta

disahkan melalui ujian – ujian  yang diberikan kepada murid – murid.

5.0 Pelaksanaan tindakan

5.1 Tinjauan masalah

Page 3: Proposal Kajian Tindakkan Aku

Dalam tinjauan masalah, saya telah membuat pemerhatian sewaktu sesi pengajaran

dan pembelajaran. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui perbincangan

bersama guru mata pelajaran serta menjalankan ujian diagnostik.Hasil dari tinjauan

masalah mendapati bahawa masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama

khas ini memang wujud dalam kalangan murid.

5.2 Pelaksanaan tindakan

5.2.1 Strategi 1 : Penerangan Konsep Kata Nama Khas Menggunakan Perisian

Power   Point.

Sesi penerangan  ini telah dijalankan pada 6 April 2010. Penggunaan alat bantu

mengajar menggunakan aplikasi teknologi teknologi maklumat dan komunikasi telah

membantu murid memahami kata nama khas melalui contoh – contoh bergambar

yang menarik.  Saya juga mewarnakan huruf pangkal perkataan bagi setiap gambar

– gambar tersebut menggunakan warna merah pada pangkal perkataan  untuk

meningkatkan pemahaman murid.  Selain itu, responden juga didedahkan dengan

penggunaan kata nama khas dalam ayat. Ini bertujuan bagi memastikan murid dapat

membezakan antara kata nama am dengan kata nama khas yang terdapat dalam

sesuatu ayat.

Refleksi : Didapati responden sudah dapat membezakan perbezaan kata nama

khas dan kata nama am. Walau bagaimanapun, saya mendapati responden masih

lemah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas yang melibatkan dua atau

lebih rangkai kata seperti Perdana Menteri, Cikgu Aminah dan Si Jalak. Responden

masih keliru tentang menulis huruf besar bagi setiap pangkal kata tersebut.

5.2.2 Strategi 2 : Nota Ringkas.

Pada strategi kedua, saya telah memberikan nota ringkas dalam bentuk jadual

kepada responden. Jenis – jenis kata nama khas berserta contohnya telah

ditunjukkan secara ringkas dalam nota tersebut. Saya terlebih

dahulu  mengulangkaji nota ini lima minit sebelum pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan.

Page 4: Proposal Kajian Tindakkan Aku

Refleksi : Murid sudah dapat membezakan antara kata nama khas dengan kata

nama am berdasarkan nota jadual perbandingan. Walau bagaimanapun, saya

mendapati responden tidak boleh mengaplikasikannya ketika menulis ayat.

Contoh nota ringkas :

manusia Zaidi, Mei Fong,Subramaniam

binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam)

tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)

bangunan Puduraya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak

(pejabat)

judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)

benda Proton Perdana(kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

5.2.3 Strategi 3 : Teknik Bantu – Bimbing

Teknik bantu - bimbing ialah latihan yang diberikan kepada responden dengan

pengawasan dan bimbingan daripada saya. Setiap kesalahan yang dilakukan murid

ketika menjawab soalan latihan akan diperbetul terus oleh saya agar responden

dapat mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan seterusnya membetulkan

jawapan tersebut. Latihan yang diberikan kepada responden terdiri daripada

berbagai – bagai bentuk soalan yang memerlukan murid membetulkan kesalahan

ayat yang menggunakan huruf kecil keseluruhannya. Saya telah menjalankan

strategi ini selama empat minggu iaitu pada 28 Mac 2010 hingga 22 April 2010.

Refleksi : Pelaksanaan strategi ini mula menampakkan hasil apabila masuk minggu

kedua. Pascaujian yang dijalankan menunjukkan responden telah berjaya dengan

jayanya dalam penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal

kata  nama khas.

6.0 Dapatan Kajian

Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut :

B

il

Nama Murid praujian pascaujian Peningkatan

Mark

ah

(  /20)

Perat

us

(%)

Mark

ah

( /20 )

Perat

us

(%)

Mark

ah

( /20 )

Perat

us

(%)

1 MUHAMMAA 3 15 19 95 16 80

Page 5: Proposal Kajian Tindakkan Aku

D AIMAN B.

AYOB.

2 MUHAMMA

D RAFIQ

AMIR B.

RAHIMIN

9 45 17 85 8 40

3 MUHD

FATHULHAK

IM B. AB

RAHMAN

9 45 17 85 8 40

4 WAN

MOHAMAD

SAIFUL

NIZAM B.

WAH AN

5 25 15 75 10 50

5 WAN

ZULKAHAKI

M B.

ZULKIFLI

14 70 20 100 6 30

6 NUR

AFIQAH

SYAZWANI

BT

SAMSUDIN

15 75 20 100 5 25

7 NURFADZIE

LA BT

MOHD

RAMZI

15 75 19 95 4 20

8 NURUL

HASLINDA

BT ROHAIMI

7 35 18 90 11 55

9 SITI

NURALISA

FATIRAH BT

6 30 16 80 10 50

Page 6: Proposal Kajian Tindakkan Aku

ERWAN

1

0

NIK NOR

SHAHIRA

BT NIK

AZMAN

6 30 17 85 11 55

MIN

PURATA

8.9 45 17.8 89 8.9 44.5

Penilaian terhadap penguasaan murid dalam menulis kata nama khas dilakukan

melalui perbandingan antara praujian dan pascaujian. Praujian telah diadakan pada

28 Mac 2010. Ujian pos pula telah dijalankan pada 22 April 2010 . Dapatan data

praujian menunjukkan markah responden berada dalam tahap yang rendah iaitu,

kurang daripada 75 %. Walau bagaimanapun markah responden telah meningkat

dengan cemerlang pada pascaujian. Dalam pascaujian semua responden telah

menunjukkan peningkatan yang cemerlang iaitu, memperoleh markah lebih daripada

75%.

 Selain itu, analisis menunjukkan min purata bagi praujian ialah sebanyak

45% manakala min purata bagi pascaujian ialah 89%. Dapatan ini telah

menunjukkan peningkatan min purata responden sebanyak 44.5 % . Dapatan

peningkatan min purata dalam ujian pascaujian telah membuktikan bahawa terdapat

peningkatan pencapaian setiap murid dalam menulis huruf besar pada pangkal kata

nama khas.

Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.

Berdasarkan graf di atas, jelas menunjukkan keseluruhan responden telah

mencapai peningkatan kepada tahap cemerlang pada pascaujian. Ini menunjukkan

bahawa semua responden telah berjaya dipulihkan.

7.0 Perbincangan dan Kesimpulan

Hasil analisis ini menunjukkan segala strategi dan usaha yang dilaksanakan telah

menunjukkan hasil yang membanggakan. Semua responden yang terlibat  berjaya

menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas dengan

baik.

Page 7: Proposal Kajian Tindakkan Aku

Pada pengamatan saya, kekuatan kajian ini terletak pada strategi dan

perlaksanaan tindakan yang terancang dan berkesan. Walau bagaimanapun, saya

mendapati bahawa terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dalam

melaksanakan  kajian ini, iaitu  memberikan lebih banyak peneguhan kepada

responden. Peneguhan tersebut berupa hadiah untuk memberi galakan kepada

responden untuk menjawab soalan yang diberikan. Peneguhan ini juga diharapkan

dapat menghilangkan rasa bosan responden untuk mengikuti pembelajaran di

sepanjang tempoh pelaksanaan tindakan.

8.0 Cadangan kajian seterusnya

Saya berharap agar kajian tindakan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada

para pengkaji bagi menjalankan kajian tindakan terhadap masalah yang timbul

semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil kajian ini, saya

mendapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan

amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan

menyeronokan.

9.0 Senarai Rujukan

Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa.

Jurnal Kajian  Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ).  Bahagian Pendidikan

Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya

dalam Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan

Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR

dan JPB Sri Aman-Betong.

Encik Kaparing Tahir  ( Ketua ), Encik Jaudin Kontingi, Puan Kuinah @ Erus

Sahamin. Diperoleh          

          April 2, 2010 dari http://ilmu.edublogs.org/

FARIDAH SERAJUL HAQ, NOOREINY MAAROF, RAJA MOHD. FAUZI RAJA

MUSA,    

          Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Diperoleh

April 10, 2010 

          dari http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jdidik27-01.pdf.

MADIHAH BT. MUSA. Meningkatkan Kemahiran Murid-murid Tahun 1 Ibnu Sina

Dalam Membina

Page 8: Proposal Kajian Tindakkan Aku

          Ayat Mudah Dan Penggunaan Tanda Baca Yang Betul Dalam Matapelajaran

Bahasa Inggeris 

          Melalui  Latih Tubi Tatabahasa Diperoleh Mac 30 2010 dari

           http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article49.pdf

Norhadi Bin Sarponen. (2009). Masalah dalam kemahiran menulis . Diperoleh April

15, 2010

           http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bahasa-melayu/

Puan Zaridah binti Zuber. ( 2006 ) Kertas cadangan kajian tindakan Diperoleh Mac

15, 2010 dari

            http://zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/kertas-cadangan-kajian-

tindakan.html