proposal kajian

38
TEKNIK LATIH TUBI MENGGUNAKAN KAEDAH ‘KATAK SBD’ DALAM MEMANTAPKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK DUA PECAHAN WAJAR BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan James dan james (1976) mengatakan bahawa matematika adalah ilmu tentang logika mengenai bentuk, susunan, besaran, dan konsep-konsep yang berhubungan satu dengan yang lainnya dengan jumlah yang banyak yang terbagi ke dalam tiga bidang, yaitu aljabar, analisis, dan geometri.Ringkasnya, matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni dan bahasa tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan reaksi manusia. Secara umumnya, ilmu matematik merangkumi hampir kesemua aspek dalam kehidupan seharian. Ianya menjadi sesuatu yang perlu 1

Upload: mohd-fahmi-yusof

Post on 03-Feb-2016

61 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

proposal kajian yang dijalankan di sekolah kebangsaan tersang 1 berkenaan penggunaan carta alir bagi membantu murid-murid menambah dan menolak pecahan wajar.

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal kajian

TEKNIK LATIH TUBI MENGGUNAKAN KAEDAH ‘KATAK SBD’ DALAM

MEMANTAPKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK DUA PECAHAN

WAJAR

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

James dan james (1976) mengatakan bahawa matematika adalah ilmu tentang logika

mengenai bentuk, susunan, besaran, dan konsep-konsep yang berhubungan satu dengan yang

lainnya dengan jumlah yang banyak yang terbagi ke dalam tiga bidang, yaitu aljabar, analisis,

dan geometri.Ringkasnya, matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola,

kajian perhubungan, satu seni dan bahasa tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan reaksi

manusia.

Secara umumnya, ilmu matematik merangkumi hampir kesemua aspek dalam kehidupan

seharian. Ianya menjadi sesuatu yang perlu untuk dipelajari dan dikuasai oleh kita. Ilmu ini juga

dilihat sebagai suatu yang mampu mempermudahkan urusan kehidupan seharian kita. Namun

sebaliknya, ramai yang menganggap cabang ilmu ini sebagai satu cabang ilmu yang susah untuk

dikuasai.

1

Page 2: Proposal kajian

Di Malaysia, mata pelajaran Matematik sentiasa mengalami perubahan di mana apabila

unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan

cabaran peredaran masa murid- murid kini. Pengajaran dan pembelajaran Matematik perlu

dikendali dan dirancangkan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang

mencabar dan menyeronokkan kepada murid-murid. Kebolehan, pengalaman, minat,

kemampuan dan gaya murid yang berlainan atau berbeza-beza perlu dititik berat, diberi

perhatian dan diambil kira bagi merancang perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas.

Matlamat pendidikan Matematik sekolah rendah adalah untuk membina dan

mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas dalam mengira

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). Kemahiran asas yang dimaksudkan merangkumi empat

operasi asas iaitu tambah, tolak, darab, dan bahagi yang digunakan secara praktikalnya dalam

kehidupan seharian.

.2 Refleksi pengalaman yang lalu

Saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar tajuk pecahan yang merangkumi

tajuk menambah dan menolak dua pecahan wajar semasa praktikum fasa 3. Sepanjang mengajar

tajuk ini, Saya mendapati murid-murid menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan-soalan

yang diberikan. Selain itu, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid juga

kadangkala kurang menunjukkan minat terhadap apa yang diajarkan. Saya telah mencuba sedaya

upaya saya untuk membantu murid menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan betul.

Saya telah memberikan soalan-soalan latihan yang pelbagai supaya murid-murid dapat

2

Page 3: Proposal kajian

menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan betul. Namun, saya dapati murid-murid ini

masih tidak dapat menguasai kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar walaupun

saya telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan memberikan soalan latihan yang mencukupi bagi

memudahkan kefahaman mereka.

Masalah ini juga pernah timbul semasa praktikum fasa 1 sebelumnya, yang mana pelajar

kurang menunjukan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan operasi

menambah dan menolak pecahan. Dalam usaha mengatasi masalah ini, saya juga telah

menggunakan beberapa cara seperti menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik serta

beberapa kaedah pengajaran bagi menarik minat para pelajar.

Pada mulanya, agak sukar bagi saya untuk mengenalpasti punca sebenar masalah ini,

namun setelah dikaji dengan teliti, masalah ini terjadi kerana murid-murid tidak mengetahui

proses yang perlu dilakukan untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut

yang sama atau berbeza. Walaupun mereka sudah mampu menguasai operasi menambah dan

menolak dengan baik, kadangkala mereka masih lagi mempunyai kesukaran untuk menambah

dan menolak dua pecahan wajar. Dalam usaha mengatasi masalah ini, saya akan

memperkenalkan satu kaedah yang merupakan ringkasan proses yang perlu dilakukan untuk

menambah atau menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.

Kelebihan teknik ini adalah ia mampu memudahkan kefahaman murid-murid terhadap proses

yang perlu dilakukan untuk menambah atau menolak dua pecahan wajar

3

Page 4: Proposal kajian

1.3 Refleksi nilai pendidikan saya

Secara umumnya, pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah bercorak pendidikan

asas. Di mana, murid akan diberikan galakan dan bimbingan seluas-luasnya untuk menguasai

kemahiran asas dengan kukuh. Begitu juga dengan kurikulum matematik sekolah rendah yang

turut memberi pendidikan matematik yang asas kepada semua murid dan menegaskan

penggunaan matematik dalam situasi harian. Hal ini kerana matematik dalam kehidupan seharian

adalah tidak dapat dipisahkan lagi. Bagi saya peluang untuk menguasai kemahiran–kemahiran

asas ini haruslah diberi kepada semua murid mahupun kepada murid-murid yang dikategorikan

murid pemulihan.

Ahmad Hozi H. A. Rahman (2003) berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran

matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang

seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik

pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan

kebolehan, pengalaman serta minat murid. Oleh yang demikian, saya yakin dan percaya semua

murid-murid tahun 4 perlu diberi peluang untuk memahami dan menguasai kemahiran

menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza melalui

kaedah baru yang akan saya perkenalkan, iaitu “Kaedah Katak SBD”.

Menurut Siti Aishah (2003), kebolehan menguasai ilmu matematik sebenarnya

memerlukan teknik yang perlu dipelajari dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik

bukanlah satu kurniaan sebaliknya kebolehan yang perlu digilap secara berterusan. Murid tidak

boleh menganggap jika sekali belajar dan mereka tidak dapat memahami maka dia tidak boleh

menguasai matematik. Apabila menghadapi kesukaran tidak seharusnya murid beranggapan

4

Page 5: Proposal kajian

mereka tidak memiliki kebolehan belajar matematik dan terus berputus asa serta menyerah

kalah. Sikap putus asa dan beranggapan matematik hanya untuk mereka yang 'pandai' atau

istimewa merupakan halangan utama dalam menguasai subjek ini.

Sikap kesungguhan menuntut ilmu matematik dan juga ilmu-ilmu yang lain perlu dibina

secara beransur dalam diri pelajar sejak kecil lagi. Kesungguhan ini bukan bermatlamatkan

sekadar memperoleh markah tertinggi dalam ujian sekolah, tetapi wajar menjadi keperluan

harian yang sebati dengan kehidupan harian. Saya berharap dan yakin kaedah yang bakal

diperkenalkan kepada murid-murid ini akan dapat membantu mereka dalam menguasai

kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza

.

5

Page 6: Proposal kajian

BAB 2

FOKUS KAJIAN

2.1 Latarbelakang Kajian

Secara umumnya, murid-murid perlu terlebih dahulu memahami dengan baik proses yang

diperlukan untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau

berbeza untuk menguasai kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan

penyebut yang sama atau berbeza. Berdasarkan pemerhatian Saya, murid kurang berminat

semasa proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tajuk menambah dan menolak dua

pecahan wajar kerana mereka tidak begitu memahami konsep dan proses untuk menamabah dan

menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Hal ini menyebabkan

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan yang membosankan.

Dalam kajian ini, Saya akan membincangkan serta mengkaji masalah kefahaman dalam

menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza di

kalangan murid di sekolah. Saya akan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah ‘Katak SBD’

dalam meningkatkan kefahaman murid tahun 4 untuk menambah dan menolak dua pecahan

wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Saya akan menggunakan beberapa jenis

instrument kajian sebagai kaedah untuk mengumpul data. Seterusnya, Saya akan menganalisis

data yang telah dikumpul bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah yang akan dikaji dalam

6

Page 7: Proposal kajian

meningkatkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang

sama atau berbeza.

Berdasarkan pemerhatian serta perbincangan yang telah dilakukan dengan beberapa guru

Matematik, saya mendapati kebanyakan murid tidak dapat menguasai proses yang diperlukan

dalam kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar. Murid-murid ini kemudiannya

mengambil cara yang salah untuk menambah atau menolak pecahan dan kebanyakan murid

hanya terus menambah angka-angka yang ada dalam pecahan wajar yang terlibat seperti contoh-

contoh yang dilampirkan. Saya juga melakukan tinjuan awal dengan membuat penelititan

terhadap cara murid menjawab soalan menambah pecahan dalam satu peperiksaan peringkat

sekolah selain meneliti hasil kerja murid di dalam buku latihan mereka.Oleh itu, saya akan cuba

menggunakan kaedah ‘Katak SBD’ dalam usaha untuk membantu para murid mengatasi masalah

kefahaman tentang proses menambah dan menolak dua pecahan wajar.

2.2 Kebolehtadbiran

Saya akan menjalankan kajian ini setelah meneliti semua faktor seperti murid,

persekitaran sekolah, dan kerjasama daripada guru matematik. Secara umumnya, permasalahan

ini mampu untuk ditadbir kerana masalah yang dikaji bukanlah masalah yang besar atau terlalu

serius. Ianya merupakan masalah yang akan mampu ditangani oleh Saya dan tidak

mendatangkan masalah yang serius. Responden kajian juga akan mudah untuk didapati kerana

mereka terdiri daripada murid Saya itu sendiri. Selain itu, tajuk kajian juga sesuai dengan tahap

murid yang akan dijadikan responden kajian. Oleh itu, Saya merasakan kajian ini akan dapat

diuruskan seperti yang telah dirancang.

7

Page 8: Proposal kajian

2.3 Kepentingan

Kefahaman yang jelas tentang proses menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan

penyebut yang sama atau berbeza amat penting bagi memastikan murid-murid dapat menambah

dan menolak dengan betul dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.

Sekiranya kefahaman tentang proses menambah dan menolak dua pecahan wajar ini tidak dapat

dikuasai dengan baik oleh murid-murid semasa tahun 4, murid-murid ini juga tentunya akan

menghadapi kesukaran untuk menambah dan menolak pecahan yang lebih sukar seperti

menambah dan menolak pecahan bercampur yang akan dipelajari semasa tahun 6. Selain itu,

prestasi murid dalam peperiksaan juga akan terjejas sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan

segera.

Disamping itu, kajian ini juga amat penting dalam usaha saya untuk meningkatkan minat

murid terhadap pecahan khususnya. Jika timbulnya rasa minat, murid secara tidak langsung

akan lebih menyukai matematik dan seterusnya akan membantu mereka untuk menguasai

matematik dalam masa yang singkat.

2.4 Kebolehgunaan

Kajian yang akan dijalankan ini akan dapat membantu murid untuk menguasai proses

menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.

Penguasaan proses menambah dan menolak dua pecahan wajar ini akan membantu mereka untuk

lebih memahami apa yang akan diajarkan oleh guru dan ini akan memastikan mereka dapat

menguasai permasalahan matematik yang melibatkan operasi menambah dan menolak dua

pecahan wajar.

8

Page 9: Proposal kajian

2.5 Kawalan

Saya akan menggunakan satu kelas murid tahun 4 dalam kajian ini. Seramai 26 orang

murid-murid akan terlibat iaitu 10 lelaki dan 16 perempuan. Kajian ini adalah di bawah kawalan

saya kerana tiada pihak lain yang terlibat dalam kajian ini.

2.6 Kolaborasi

Kolaborasi amat penting dalam tempoh kajian ini dilakukan. Tanpa adanya kolaborasi,

pastinya sesuatu kajian ini tidak dapat dilakukan dengan lengkap dan sempurna. Sedar akan hal

ini, Saya akan mendapatkan kerjasama serta berbincang dengan guru matematik sekolah, pihak

pentadbir sekolah, pensyarah serta rakan-rakan Saya. Hal ini adalah untuk memastikan saya

kajian dapat dijalakan dengan sempurna.

Kolaborasi dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan proses kajian yang dilakukan

oleh saya berada pada landasan yang sepatutnya serta mengikut apa yang telah dirancangkan. Ini

amat penting untuk memastikan kajian ini dapat memberikan hasil yang optimum kepada saya.

2.7 Kerelevenan

Tajuk ini dipilih setelah saya menganalisa beberapa siri set latihan serta jawapan murid-

murid dalam peperiksaan. Hasil daripada analisi yang telah dilakukan, saya mendapati murid-

murid tidak dapat menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan betul. Oleh itu, kajian ini

amat relevan untuk dilakukan kerana ia akan mampu untuk meningkatkan penguasaan murid

untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar. Hasil kajian ini juga akan dapat

meningkatkan motivasi murid untuk belajar seterusnya memastikan objektif yang dirancang

tercapai.

9

Page 10: Proposal kajian

BAB 3

OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai objektif kajian dan persoalan kajian yang

dikemukakan oleh saya. Terdapat dua objektif kajian serta dua persoalan kajian yang akan

dibincangkan dalam bab ini.

3.2 Objektif Kajian

3.2.1 Objektif Kajian 1

Mengkaji keberkesanan kaedah ‘Katak SBD’ terhadap penguasaan kemahiran menambah dua

pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid tahun 4.

3.2.2 Objektif Kajian 2

Meningkatkan minat murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan

menggunakan kaedah ‘Katak SBD’

10

Page 11: Proposal kajian

3.3 Persoalan Kajian

3.3.1 Persoalan Kajian 1

Sejauh manakah kaedah ‘Katak SBD’ dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah

dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid

tahun 4?

3.3.2 Persoalan Kajian 2

Sejauh manakah minat murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar

dengan penyebut yang sama atau berbeza akan meningkat apabila guru menggunakan kaedah

‘Katak SBD’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas?

11

Page 12: Proposal kajian

BAB 4

KUMPULAN SASARAN

4.1 Kumpulan sasaran

Seramai 26 orang murid tahun 4 Kaliber dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Raub

telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini yang mana terdiri daripada 10 lelaki dan 16

perempuan. Murid-murid dalam kelas ini mempunyai pelbagai tahap yang berbeza disebabkan

sekolah tidak mengamalkan pengasingan kelas antara murid pandai dan murid yang

lemah.Murid-murid ini terdiri daripada murid yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran

menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza yang

sederhana dan lemah. Tahap penguasaan responden dinilai berdasarkan ujian pra serta ujian pos

yang diberikan. Selain itu, saya juga akan menyemak rekod kerja mereka iaitu latihan yang

diberikan di dalam buku aktiviti serta melakukan pemerhatian semasa mereka melaksanakan

tugasan yang diberi. Hal ini adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana keberkesanan

penggunaan kaedah ‘Katak SBD’ dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran

menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama.

Jantina Bilangan

Lelaki 10

Perempuan 16

12

Page 13: Proposal kajian

BAB 5

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan

Saya telah merancang untuk mengambil satu slot untuk mengajar kaedah ‘Katak SBD’

setiap kali sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Bagi pengenalan kepada

kaedah ini, Saya mengambil masa selama satu jam bagi memperkenalkan serta memberi

penerangan mengenai kaedah ini. Kaedah ‘Katak SBD ‘ merupakan kaedah untuk membantu

murid mengingat dan memahami konsep utama untuk menambah dan menolak dua pecahan

wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Murid akan ditekankan bahawa untuk

menambah dan menolak dua pecahan wajar, penyebut bagi kedua-dua pecahan itu mestilah

sama. Kemudian murid diperkenalkan dengan kaedah ‘Katak SBD’ yang merumuskan proses

yang perlu dilakukan untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar.

‘S’ adalah singkatan bagi perkataan sama , ‘B’ pula adalah singkatan bagi perkataan

besar dan ‘D’ adalah singkatan bagi perkataan darab. Penggunaan perkataan katak pula

merupakan analogi bagi proses yang perlu untuk menambah atau menolak dua pecahan wajar.

Jika ‘S’ tidak dapat digunakan lompat ke langkah ‘B’ dan jika ‘B’ tidak dapat digunakan lompat

ke langkah ‘D’. Ketiga-tiga katak ini akan disusun mengikut aliran ‘S’ , ‘B’ dan ‘D’.

Apabila ingin menambah pecahan, murid perlu melihat huruf ‘S’ pada katak yang

pertama terlebih dahulu yang bermaksud sama. Perkataan sama ini bermaksud apabila ingin

13

Page 14: Proposal kajian

menambah atau menolak pecahan murid perlu melihat adakah penyebut bagi kedua-dua pecahan

sama atau tidak. Jika penyebut kedua-dua pecahan sama, murid boleh terus menambah atau

menolak dua pecahan wajar itu.

Jika penyebut kedua-dua pecahan itu tidak sama, murid perlu melihat katak yang kedua

yang mengandungi huruf ‘B’ yang bermaksud besar. Murid pelu melihat kedua-kedua penyebut

bagi pecahan yang terlibat kemudian mengenalpasti penyebut manakah yang lebih besar.

Kenudian murid perlu mengenalpasti adakah penyebut yang kecil boleh didarabkan dengan

mana-mana nombor bulat supaya sama dengan penyebut yang besar tadi. Jika penyebut itu boleh

didarabkan, pengangka pecahan itu juga perlu didarabkan dengan nombor yang sama atau

dimudahakan dengan memberi arahan bila kita darab yang bawah(penyebut), yang

atas(pengangka) juga kita perlu darab dengan nombor itu. Contohnya, pecahan A ialah satu per

dua dan pecahan B ialah tiga per lapan. Penyebut dan pengangka pecahan A boleh didarabkan

dengan empat menjadi satu darab empat per dua darab empat menjadi empat per lapan.

Kemudian, apabila penyebut kedua-dua pecahan telah disamakan, murid-murid boleh terus

menambah atau menolak dua pecahan wajar itu seperti biasa.

Sekiranya langkah ‘B’ pada katak kedua juga tidak dapat diguna pakai, murid-murid

perlu melihat katak yang terakhir yang mengandungi huruf ‘D’ yang bermaksud darab.

Perkataaan darab ini bermaksud murid perlu mendarab kedua-dua penyebut bagi dua pecahan

wajar itu dengan menggunakan penyebut bagi pecahan yang ingin ditambah atau ditolak

dengannya. Sebagai contoh jika pecahan A ialah empat per lima dan pecahan B adalah satu per

dua. Pecahan A,empat per lima perlu didarabkan dengan penyebut pecahan B,dua menjadi empat

darab dua per lima darab dua dan pecahan B,satu per dua perlu didarabkan dengan penyebut

pecahan A,lima menjadi satu darab lima per dua darab lima. Jadi kita akan memperoleh dua

14

Page 15: Proposal kajian

pecahan dengan penyebut yang sama iaitu lapan per sepuluh dan lima persepuluh. Akhir sekali,

murid-murid boleh terus menambah atau menolak dua pecahan wajar itu seperti biasa.

Rajah 1 : Gambarajah kaedah ‘Katak SBD’

Apabila murid-murid telah faham dengan cara menggunakan kaedah “Katak SBD’ ini,

Saya akan mengambil masa selama 15 – 20 minit bagi setiap slot pengajaran untuk membuat

latih tubi bagi memantapkan kefahaman murid-murid menggunakan kaedah ini. Sesi ini akan

melibatkan 26 orang murid yang terdiri daripada tahap penguasaan matematik yang berbeza-

beza. Murid-murid akan diberikan latihan yang berbentuk ansur maju terlebih dahulu supaya

murid-murid benar-benar faham ketiga-tiga langkah ‘S’ , ‘B’ dan ‘D’ seperti lampiran A. Setelah

murid-murid telah faham ketiga-tiga langkah ini, soalan latihan yang menggabungkan

penggunaan ketiga-tiga langkah ‘S’ , ‘B’ dan ‘D’ akan diberikan. Setiap kali latihan penggunaan

kaedah ini dijalankan, murid akan diberikan beberapa soalan yang akan akan melatih serta

menguji kemahiran mereka dalam menggunakan kaedah ini. Saya akan membantu serta memberi

panduan serta tunjuk ajar setaip kali latihan menggunakan kaedah ini diberikan.

15

S B D

Page 16: Proposal kajian

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Saya akan menggunakan 2 jenis instrument kajian bagi mengumpul data semasa kajian

dijalankan. Bagi mengumpul data yang bersifat kuantitatif, Saya akan menggunakan instrument

kajian yang berikut:

i. Ujian Pra dan Pasca

ii. Penelitian dokumen

Bagi mengumpul data yang bersifat kulitatif seperti minat, Saya akan menggunakan instrument

kajian yang berikut:

i. Soal selidik

ii. Temubual

5.2.1 Ujian Pra

Saya akan menjalankan ujian pra sebelum memperkenalkan kaedah ‘Katak SBD’ kepada

responden. Ujian pra yang akan diberikan mengandungi 10 soalan yang melibatkan kemahiran

menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Saya

akan berbincang terlebih dahulu dengan guru pembimbing serta guru matematik yang lain

mengenai soalan ujian yang akan diberikan. Hal ini bertujuan untuk memastikan uajian yang

diberikan mampu memberi maklumat yang optimum mengenai penguasaan murid terhadap

kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau

berbeza. Ujian pra diberikan bertujuan untuk menilai sejauh mana penguasaan murid terhadap

kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza

serta bagi membantu Saya untuk mengenalpasti tahap penguasaan setiap murid. Soalan bagi

ujian pra ini adalah seperti di dalam lampiran B.

16

Page 17: Proposal kajian

5.2.2 Ujian Pasca

Saya akan menjalankan ujian pasca selepas memperkenalkan serta mengajar kaedah

‘Katak SBD’ kepada responden. Ujian pasca yang akan dijalankan nanti akan menggunakan

soalan-soalan yang telah digunakan semasa ujian pra. Hal ini bertujuan untuk menilai sejauh

mana keberkesanan penggunaan kaedah ‘Katak SBD’ dalam meningkatkan penguasaan

responden terhadap kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut

yang sama atau berbeza. Jika soalan lain yang akan digunakan, Saya tidak akan mampu melihat

keberkesanan kaedah ini dengan jelas. Soalan bagi ujian pasca ini dilampirkan dalam lampiran

C.

5.2.3 Penelitian dokumen

Penelitian dokumen akan dijalankan ke atas soalan-soalan latih tubi yang akan diberikan

kepada murid-murid. Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta-fakta atau

kemahiran yang diajar. Tujuan teknik ini dipilih adalah untuk mencapai tahap

kemahiran tersebut atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik

ini amat sesuai untuk mencapai kemahiran menambah dan menolak dua pecahan

wajar menggunakan kaedah ‘Katak SBD’.

5.2.4 Kaji selidik

Borang kaji selidik akan diberikan kepada murid-murid pada akhir kajian. Sebanyak

sepuluh soalan telah dirancang dalam soal selidik ini untuk mengenalpasti respon, minat dan

pendapat murid terhadap penggunaan kaedah ‘Katak SBD’ dalam memantapkan kemahiran

menambah dan menolak dua pecahan wajar. Sampel kajian hanya perlu menjawab soalan-soalan

tersebut dengan memilih jawapan yang telah disediakan iaitu Ya atau Tidak. Borang kaji selidik

yang dirancang dinyatakan dalam lampiran D.

17

Page 18: Proposal kajian

5.2.5 Temubual

Saya akan menemubual 3 responden bagi mengumpul data mengenai keberkesanan

kaedah ‘Katak SBD’ dalam memantapkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan

wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Saya juga akan menemubual responden untuk

mengenalpasti perasaan dan minat murid-murid selepas kaedah ini diperkenalkan. Teknik

pengumpulan ini digunakan kerana ia sesuai untuk mengukur serta mengumpul maklumat yang

bersifat kualitatif seperti minat, persepsi serta perasaan murid terhadap penggunaan kaedah

‘Katak SBD’. Soalan-soalan temubual yang dirancang dinyatakan seperti lampiran E.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Bagi menganalisis data yang dikumpul melalui kaedah ujian pra dan pasca, Saya akan

menginterpretasikan data yang dikumpul secara statisik deskriptif iaitu dengan mencari nilai min,

kekerapan dan peratus bagi menganalisis data yang diperoleh.

Setelah menjalankan ujian pra, Saya akan mencari nilai min, kekerapan serta peratus

berdasarkan data yang dikumpul. Seterusnya, Saya akan mencari nilai min, kekerapan serta

peratus kepada data ujian pasca yang telah dikumpul. Setelah data kedua-dua ujian telah

dianalisis, Saya kemudianya akan membandingkan nilai min, kekerapan serta peratus. Hal ini

bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah ini dalam meningkatkan

penguasaan sifir dalam kalangan responden.

Dalam menganalisis data melalui kaedah penelitian dokumen , penelitian terhadap

markah dokumen latih tubi yang dikutip akan dicatatkan dalam bentuk peratusan. Peratusan itu

akan dikira melalui berapa banyak soalan yang berjaya dijawab oleh murid-murid dengan betul

betul dalam masa yang ditetapkan.

18

Page 19: Proposal kajian

Analisis hasil kutipan data melalui soal selidik pula akan dicatatkan di dalam bentuk

jadual pada mulanya dengan mengambil kira peratusan jawapan sampel kajian terhadap jawapan

‘ya’ dan ‘tidak’ bagi setiap soalan yang diberikan. Peratusan ini akan ditukarkan pada graf

berpalang bagi memudahkan data ini dilihat dan dianalisis.

Bagi menganalisis data yang dikumpulkan menerusi kaedah temubual , Saya akan

menilai jawapan yang diberikan oleh responden. Jika jawapan yang diberikan adalah positif,

maka kaedah ini berjaya. Namun, jika jawapan yang diberikan adalah negatif, maka kaedah ini

boleh dikatakan tidak berjaya.

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

BIL. AKTIVITI MINGGU

PELAKSANAAN

1. Mengenalpasti masalah Minggu 1

2. Pengumpulan data awal Minggu 1

3. Merancang tindakan individu Minggu 1

4. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan

individu bersama rakan.

Mingu 1

5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan

individu bersama guru matematik.

Minggu 1

6. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Minggu 1

7. Membincangkan masalah yang timbul Minggu 1

8. Merangka soalan ujian pra Minggu 2

9. Merujuk soalan ujian pra kepada Ketua Panitia Minggu 2

10. Melaksanakan tindakan 2 - ujian pra Minggu 3

11. Menyemak soalan ujian pra yang telah diberikan. Minggu 3

12. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 –

bersama guru matematik

Minggu 3

13. Melaksanakan pengajaran dengan menggunakan ‘Katak Minggu 4

19

Page 20: Proposal kajian

SBD’

14. Latih tubi penggunaan kaedah ‘Katak SBD’ Minggu 4 dan 5

15. Melaksanakan tindakan 2- ujian pos Minggu 5

16. Melaksanakan tindakan 3 – menemubual dan kaji selidik

responden

Minggu 6

17. Menyemak soalan ujian pos Minggu 6

18. Menganalisis hasil ujian pos Minggu 6

19. Menulis laporan kajian Minggu 7

20. Proposal siap Minggu 7

5.5 Anggaran perbelanjaan

BIL. PERKARA KOS

1. Kertas A4 RM 13

2. Kad manila RM 3

3. Dakwat printer RM 60

4. Photostat RM 20

BAB 6

20

Page 21: Proposal kajian

TINJAUAN LITERATUR

6.1 Tinjauan Literatur

Banyak kajian telah dijalankan berkenaan topik pecahan. Kajian-kajiannya telah

dijalankan ada yang tidak terus kepada pecahan namun masih topic yang menjurus kepada tahap

penguasaan topic pecahan dan ada juga yang terus membincangkan kepada topik pecahan.

Menurut Tan Sing Meng dari Pusat Perkembangan Kurikulum dalam tulisannya bertajuk

Nota Sejarah Matematik (Berita Matematik, JUN 1993) menyatakan pecahan dipercayai mula

dikenali oleh orang Babylon pada zaman kuno. Huraian berkenaan pecahan hanya didapati

dalam Naskah Lontar Ahmes(Ahmes papyrus) (c. 1550 S.M .). Di dalam buku Ahmes tersebut

sudah terdapat satu contoh penyelesaian masalah melibatkan pecahan.

Orang Cina juga pernah menjalankan kajian tentang pecahan. Di NegeriCina pada masa

itu menggunakan pecahan kebanyakannya dalam masalah melibatkan pembahagian tanah.

Satu kajian telah dijalankan keatas topik peratus oleh Nik Suryani bte Nik

Abd  Rahman di dalam kajian nya yang bertajuk “ Skim Peratus bagi Pelajar tingkatan Satu” .Di

dalam kajian ini beliau membuat kajian berkenaan tahap penguasan pelajar terhadaptajuk peratus

yang merupakan sub topik kepada Pecahan (KPM 1981) dan beliau ada mengaitkan sekali

dengan penguasaan pecahan dan ianya memainkan peranan yang agak  penting di dalam

penguasaan pelajar terhadap topic peratus.

Tahap penguasaan pelajar dalam topik peratus dan pecahan agak membimbangkan . Ini

ditegaskan oleh Allinger dan Payne dalam bukunya Estimation and Mental Arithmetic With

21

Page 22: Proposal kajian

Present. Beliau menyatakan bukan sahaja kanak-kanak atau pelajar menghadapi masalah

memahami konsep pecahan malah orang dewasa juga. (Allinger & Payne, 1986).

Nik Aziz Nik Pa(1987)  juga ada membuat kajian tentang pecahan di dalam kajiannya

yang bertajuk Children Fractional Schemes. Dalam kajiannya ini beliau adamenerangkan secara

terperinci tentang konsep pecahan, fahaman kanak-kanak tentangkonsep pecahan, kesilapan yang

sering pelajar lakukan ketika menyelesaikan operasi pecahan dan sebagainya.

Beberapa kajian tentang peratus dan pecahan juga pernah dijalankan oleh Parker dan

Leinhardt. Di dalam kajian ini mereka mennganalisis dan mengenal pasti corak kesilapan yang

sering dilakukan oleh pelajar. (Parker & Leinhardt, 1995).

Dalam kaedah ini, saya menggunakan bahan bantu mengajar supaya murid lebih berminat

untuk mempelajari kaedah ‘Katak SBD’. Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi

memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan

haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai

daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya

berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun

keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang

digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik.

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan

dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar

bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi

bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).

22

Page 23: Proposal kajian

Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar

terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di

dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa;

“ kreativiti di dalam bilik darjah boleh memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan

mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari

persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah pertambahan minat murid-murid dalam mata

pelajaran yang diajar. Selain itu murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu

sama lain serta mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagai seorang

guru akan menyukai kerja anda.”

Tidak dinafikan bahawa buku teks merupakan sumber utama yang digunakan dalam bilik

darjah sebagai bahan pelajaran. Namun begitu, perkembangan pesat di dalam dunia pendidikan

memerlukan guru mencari inisiatif dan kaedah lain yang lebih terkini untuk diaplikasikan di

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh yang demikian penggunaan bahan bantu

mengajar sangat relevan untuk memantapkan ilmu yang disebarkan kepada murid. Antara media

bercetak yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar adalah seperti yang dikelaskan oleh Lacotis

(1990) iaitu terdiri daripada kertas edaran, akhbar, majalah, risalah, transparensi dan beberapa

lagi bahan lain.

Penggunaan kaedah ‘Katak SBD’ dengan dibantu oleh penggunaan vahan bantú mengajar

yang disediakan diharap dapat meningkatkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan

wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza seterusnya meningkatkan minat murid terhadap

pecahan dan juga mata pelajaran Matematik.

23

Page 24: Proposal kajian

REFLEKSI AKHIR

Projek menyediakan cadangan Sayaan merupakan tugasan paling mencabar yang pernah

saya lakukan sepanjang menjadi guru pelatih. Dalam tugasan ini , saya perlu mencari satu

masalah yang berlaku di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah dan

mencadangkan penyelesaian untuk masalah itu dengan menggunakan kaedah saya yang

tersendiri. Saya menyedari kajian tindakan adalah satu amalan yang sangat baik dilakukan oleh

seorang guru untuk memperbaiki amalan guru itu demi pembelajaran murid.

Saya mendapat tugasan ini sebelum praktikum fasa 3 bermula. Apabila mendapat soalan

tugasan ini , saya terus memikirkan masalah-masalah yang kerap berlaku dalam pembelajaran

matematik di sekolah. Saya membuat keputusan untuk memilih masalah menghafal sifir yang

saya lihat berlaku di kalangan murid di sekolah saya menjalani praktikum fasa 1 dan 2.

Kemudian saya cuba memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah itu. Proses ini

adalah satu cabaran bagi saya. Saya perlu mencari idea-idea untuk mencipta inovasi dalam

kaedah yang ingin digunakan. Malangnya saya mengalami kebuntuan untuk mencipta inovasi

yang sesuai.

Apabila praktikum fasa 3 bermula, saya mengambil langkah untuk mencari masalah-

masalah yang berlaku di kalangan murid kelas 4K. Pada mulanya saya masih melihat masalah

sifir yang berlaku di dalam kelas. Namun saya masih tidak menjumpai kaedah yang dapat saya

inovasikan untuk mengatasi masalah sifir ini. Apabila saya mula mengajar topic pecahan, saya

melihat murid-murid mengalami masalah dalam menambah dua pecahan wajar. Saya mula

memikirkan kaedah yang dapat saya gunakan untuk mengatasi masalah ini namun saya tetap

juga mengalami kebuntuan. Pada minggu akhir penyerahan tugasan ini, saya mendapat idea

24

Page 25: Proposal kajian

untuk menggunakan kaedah ‘Katak SBD’ yang saya gunakan semasa diselia. Idea ini datang

tanpa dirancang tetapi saya melihat kaedah ini dapat mengatasi masalah yang berlaku ini. Saya

kemudiannya mula mengumpulkan data-data awal untuk idea penggunaan ‘Katak SBD’ bagi

mengatasi masalah menambah dan menolak dua pecahan wajar. Selepas itu , saya mula menulis

proposal ini.

Secara keseluruhannya, saya sangat bersetuju dengan tugasan ini kerana ianya sangat

membantu saya menjadi guru yang cemerlang nanti. Tugasan ini memberikan saya kesedaran

sebagai seorang guru, kita haruslah sentiasa menganalisis dan mengenal pasti masalah yang

berlaku di kalangan murid-murid kita. Seorang guru perlu mengatasi masalah-masalah yang

dikenalpasti ini dengan menggunakan kaedah dan strategi yang sesuai. Namun, untuk mencari

idea-idea terutamanya idea baru bagi mengatasi masalah ini adalah satu perkara yang sukar dan

memerlukan kesungguhan dan kreativiti guru itu. Secara jujurnya, saya kurang berpuas hati

dengan penulisan proposal ini kerana saya menulis jurnal ini hanya dalam satu hari tetapi saya

gembira kerana berjaya menemui idea untuk proposal ini. Saya berharap saya akan dapat

manfaat yang maksimum melalui tugasan ini. Saya berazam dan berjanji kepada diri saya untuk

menjadi guru yang sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang diaalami oleh

murid-murid semasa di dalam kelas.

Akhir kata, saya sangat berterima kasih kepada pensyarah terutamanya dan rakan-rakan

serta semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan proposal ini.

25

Page 26: Proposal kajian

SENARAI RUJUKAN

Servais. W. And Varga. T. (1971) Teaching school mathematics: A UNESCO Source Book.

Middlesex: Compton Printing Ltd.

Kemmis,S., & McTaggart, R. (Eds.) (1988). The action research planner (3rded). Geloong:

Deakin University Press

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran (Integrated Curriculum for

Primary Schools, Curriculum Specification, Mathematics Year 3)

Schmuck, R.A.(1997). Practical Action Research for Change. Arlington Height, IL. SkyLight

Professional Development

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan Dalam

Pengajaran. Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mills. G.E (2003). Action Research: A guide for the Tacher Researcher, 2nd Edition. New Jersey.

Merrill/Prentice Hall

Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (2003). Introduction: The discipline and practice of qualitative

research. In N. K. Denzin & Y. S. Lincoln (Eds.), Strategies of qualitative inquiry (2nd

Ed.)

Howard Eves, An Introduction to the History of Mathematics, Saunders, 1990

Noraini Idris (2001). Pedagogi dalam pendidikan matematik . Cheras : Utusan Publications &

distributor sdn. bhd.

26