contoh proposal kajian - 2

48
ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan peta minda berbantukan komputer ke atas pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 70 orang murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar, dalam Daerah Kota Setar, Kedah. Sampel kajian dipilih secara bertujuan terdiri daripada dua kumpulan murid yang mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama, dikelompokkan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini, dengan kumpulan rawatan diajar dengan kaedah peta minda berbantukan komputer sementara kumpulan kawalan pula diajar secara konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set ujian pencapaian yang mengandungi 30 soalan objektif aneka pilihan. Kedua-dua kumpulan murid akan menduduki ujian pra dan ujian pasca.. BAB I

Upload: aleem80

Post on 06-Aug-2015

147 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Proposal Kajian - 2

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan peta minda berbantukan komputer

ke atas pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 70 orang murid tahun empat di

Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar, dalam Daerah Kota Setar, Kedah. Sampel kajian

dipilih secara bertujuan terdiri daripada dua kumpulan murid yang mempunyai tahap

pencapaian yang hampir sama, dikelompokkan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan. Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini, dengan kumpulan rawatan diajar

dengan kaedah peta minda berbantukan komputer sementara kumpulan kawalan pula diajar

secara konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set ujian pencapaian yang

mengandungi 30 soalan objektif aneka pilihan. Kedua-dua kumpulan murid akan menduduki

ujian pra dan ujian pasca..

BAB I

MASALAH KAJIAN

1.1 PENDAHULUAN

Page 2: Contoh Proposal Kajian - 2

Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan salah satu bidang ilmu

yang penting untuk membentuk sahsiah dan jati diri setiap orang murid. Melalui

pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai sivik yang diajar dalam mata pelajaran ini, adalah

diharapkan murid-murid akan menjadi warganegara yang sihat sahsiah dan tingkah lakunya.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga diharapkan dapat melahirkan insan yang

seimbang seperti yang terangkum di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru guru-

guru yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti

pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid.

Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, YB Puan Komala Devi semasa

menjawab soalan YB Chong Eng, Bukit Mertajam semasa persidangan Dewan Rakyat

Kesebelas, pada 12 April 2005, murid-murid tahun 4, 5 dan 6 diwajibkan belajar mata

pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah untuk pembentukkan akhlak, kerana

Kementerian Pelajaran berpendirian bahawa proses pembentukkan akhlak harus dilakukan

secara berterusan bermula di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat menengah melalui

proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, aktiviti harian sekolah dan juga kegiatan

ko-kurikulum. Sehubungan itu, kemahiran penyelidikan dan pembangunan dalam mata

pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan perlu diberi perhatian dan penekanan di

semua peringkat. Usaha kementerian pelajaran melalui Pusat Perkembangan Kurikulum

untuk mempekenalkan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini

amatlah bertepatan masanya, memandangkan berlakunya masalah keruntuhan akhlak dan

moral generasi muda masa kini. Kadar jenayah yang sedang melanda generasi muda hari ini

amat membimbangkan. Oleh itu segala kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid semasa

Page 3: Contoh Proposal Kajian - 2

mempelajari Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan perlu dikaji bagi mengenalpasti punca-

punca serta mencari alternatif untuk mengatasinya.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah suatu mata pelajaran teras yang telah

diperkenalkan semula pada tahun 2005, secara berperingkat-peringkat bagi tahap dua di

sekolah rendah dan bermula dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima bagi sekolah

menengah. Kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

merangkumi aspek-aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik, dan nilai-nilai sivik. Tema

utama bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi sekolah rendah ialah

sayangi diri, sayangi keluarga, hidup bersama di sekolah dan masyarakat, kenali budaya

Malaysia, Malaysia negaraku dan sedia hadapi cabaran.

Berhubung dengan tajuk “Berbangga Dengan Identiti Negara” di bawah tema Malaysia

negaraku, didapati ramai murid tidak dapat menguasainya tajuk tersebut dengan baik. Di

samping kebanyakan guru yang mengajar secara kaku, iaitu hanya menggunakan kaedah

tradisional yang kurang sesuai dengan tuntutan zaman. Kaedah chalk and talk, penggunaan

buku teks adalah contoh yang kerap digunapakai oleh guru-guru di dalam pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Sedangkan bagi murid-murid kaedah tradisional ini tidak

menarik dan membosankan. Apatah lagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan bukanlah mata pelajaran yang terlibat dengan peperiksaan. Keadaan inilah

yang menyumbangkan kepada murid-murid tidak menguasai pengetahuan, kemahiran serta

Page 4: Contoh Proposal Kajian - 2

nilai-nilai sivik yang akan mewatakkan mereka sebagai generasi yang berhemah dan

berakhlak mulia.

Faktor berikutnya, guru-guru dan pentadbir di sekolah-sekolah juga memandang mata

pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran ringan yang tidak

perlu diberi penekanan. Biasanya mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

diagihkan kepada guru-guru sekadar mencukupkan bilangan masa mengajar seminggu,

supaya seimbang dengan rakan guru yang lain. Malah tidak menjadi perkara pelik dan aneh

apabila didapati semua kelas Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajarkan oleh guru

besar atau penolong kanan. Hal demikian berlaku kerana mereka beranggapan mata pelajaran

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah mata pelajaran yang mudah dan tidak

merugikan murid-murid sekiranya guru besar atau penolong kanan tidak dapat masuk ke

kelas disebabkan kesibukan masa dengan tugas-tugas pentadbiran.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, adalah diharapkan dapat

membentuk keperibadian murid yang seimbang serta dapat memberi sumbangan terhadap

kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Seterusnya, usaha ini akan dapat melahirkan

generasi yang peka tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara,

menghargai perpaduan dan mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

Matlamat yang ideal ini adalah untuk melahirkan modal insan dalam masyarakat seperti yang

dicita-citakan oleh pihak kerajaan. Namun, sekiranya aspek pengajaran dan pembelajaran di

Page 5: Contoh Proposal Kajian - 2

dalam bilik darjah dikesampingkan oleh guru-guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,

harapan dan matlamat tersebut tidak mungkin akan menjadi kenyataan.

Seterusnya, matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan secara umumnya ingin

memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab murid dalam

masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu

padu, patriotik serta boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Matlamat seterusnya ialah untuk melahirkan murid yang setia pada negara, cinta akan

tanahair, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi ke arah

mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan sejahtera. Untuk memastikan matlamat

tersebut dapat dicapai, murid-murid sepatutnya terlebih dahulu perlu menguasai pengetahuan

sivik, kemahiran sivik dan nilai-nilai sivik. Bagaimanapun, melalui pemerhatian dan tinjauan

yang dilakukan, pengkaji mendapati murid-murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Jalan

Datuk Kumbar, tidak dapat menguasai pengetahuan sivik pada tahap yang sepatutnya. Hal

demikian dapat dibuktikan melalui keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang

menunjukkan hanya 64% sahaja murid lulus (6% mendapat gred A, 25% mendapat gred B

dan 33% mendapat gred C) manakala 36% murid gagal dalam mata pelajaran Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan.

Justeru, pengkaji mengambil langkah untuk melihat kembali perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di peringkat sekolah

rendah khususnya di sekolah pengkaji sendiri. Apakah terdapat kaedah yang sesuai untuk

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut secara lebih

berkesan supaya murid-murid dapat belajar dengan berkesan ke arah menguasai pengetahuan

sivik. Penggunaan kaedah yang sesuai dan berkesan dalam proses pengajaran dan

Page 6: Contoh Proposal Kajian - 2

pembelajaran adalah menjadi perkara yang amat penting. Oleh itu, pengkaji merasa perlu

diberikan penekanan tentang penggunaan kaedah peta minda dengan berbantukan komputer

semasa mengajarkan tajuk “Berbangga Dengan Identiti Negara”.

Beberapa kajian lepas mendapati bahawa penggunaan kaedah peta minda dalam pengajaran

dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran

(Altablig bt Ali 2006, Asma binti Ishak 2005, Rusilah Jais et. al 2004, dan Sim Ah Hock et.

al 1997). Pengkaji mengharapkan penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk “Berbangga Dengan Identiti Negara” akan

dapat meningkatkan pencapaian dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Seterusnya

pengkaji juga mengharapkan kajian yang akan dijalankan ini akan memberikan hasil yang

positif, untuk memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di

kalangan murid-murid.

1.4 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta minda yang dibantu

oleh komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan bagi tajuk “Berbangga Dengan Identiti Negara” yang terkandung

dalam Sukatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun empat. Tajuk ini meliputi

Rukunegara, Negaraku, Jalur Gemilang, Jata Negara, Bahasa Kebangsaan dan Bunga

Kebangsaan.

Page 7: Contoh Proposal Kajian - 2

1.5 SOALAN KAJIAN

i. Adakah terdapat perbezaan min pencapaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang

signifikan antara kumpulan yang menggunakan kaedah peta minda berbantukan komputer

dan kumpulan yang belajar secara konvensional?

ii. Adakah terdapat perbezaan min pencapaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang

signifikan antara murid lelaki dan murid perempuan dalam kumpulan yang belajar

menggunakan kaedah peta minda berbantukan komputer?

1.6 HIPOTESIS KAJIAN

Ho1: Tidak terdapat perbezaan min pencapaian yang signifikan dalam ujian pasca di antara

kumpulan yang belajar menggunakan kaedah peta minda berbantukan komputer dengan min

pencapaian kumpulan yang belajar menggunakan kaedah konvensional.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan min pencapaian yang signifikan dalam ujian pasca di antara

murid lelaki dan murid perempuan dalam kumpulan yang belajar menggunakan kaedah peta

minda berbantukan komputer.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian nanti dijangka dapat membantu guru

membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran

agar sesuai dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pembelajaran Pendidikan

Page 8: Contoh Proposal Kajian - 2

Sivik dan Kewarganegaraan guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran yang boleh

meransang pembelajaran murid. Kaedah peta minda dengan berbantukan komputer akan

dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada pengajaran guru dan seterusnya

akan meningkatkan pencapaian.

Hasil kajian ini juga penting kepada murid-murid yang berpencapaian rendah dalam

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kemungkinan faktor ini disebabkan oleh kaedah

pengajaran guru secara tradisional dan membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta

minda yang memaparkan imej, warna, frasa serta garisan anak panah yang sesuai akan

membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran yang dipelajari dan menghindarkan rasa

bosan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana

tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan

sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan syarahan guru. Tony Buzan (2006)

berpendapat, secara nyata peta minda merupakan penggunaan grafik. Kata kunci dalam peta

minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih

mudah menerima ransangan yang berbentuk pola.

Selanjutnya kajian ini juga dapat meransang guru-guru Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan untuk lebih bersedia, kreatif dan sentiasa peka dengan tugas mendidik di

dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer menuntut

seseorang guru itu membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran. Guru-

guru juga akan lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan mudah

untuk difahami oleh murid-murid.

Page 9: Contoh Proposal Kajian - 2

Selain itu, hasil kajian ini juga mungkin mempunyai kepentingan kepada pihak pentadbiran

sekolah, yakni guru besar yang ingin tahu kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, terutamanya mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan. Kaedah peta minda dengan berbantukan komputer dapat dilaksanakan

oleh guru-guru kerana kebanyakan guru-guru telah menguasai kemahiran asas menggunakan

komputer.

1.8 BATASAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan 70 orang murid daripada dua buah kelas tahun empat di Sekolah

Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar, Kedah. Sampel dipilih secara bertujuan untuk maksud

kajian. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan mana-mana kumpulan lain.

Kajian ini hanya melibatkan tajuk “Berbangga Dengan Identiti Negara” yang terkandung

dalam Sukatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun empat. Tajuk ini meliputi

Rukunegara, Negaraku, Jalur Gemilang, Jata Negara, Bahasa Kebangsaan dan Bunga

Kebangsaan. Tajuk ini akan diajarkan dalam masa empat minggu sahaja.

Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan rawatan

dan kumpulan kawalan. Langkah ini mungkin akan memberi kesan ke atas keputusan kajian.

1.9 DEFINISI ISTILAH

Page 10: Contoh Proposal Kajian - 2

1.9.1 Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan

1.9.2 Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan

1.9.3 Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak terlibat

dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya.

1.9.4 Kumpulan rawatan ialah kumpulan murid yang diajarkan dengan menggunakan kaedah

peta minda

1.9.5 Kumpulan kawalan ialah kumpulan murid yang diajar dengan kaedah konvensional

1.9.6 Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting

diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar

idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan

sebagainya. Dalam kajian ini, peta minda yang digunakan dipaparkan melalui skrin,

berbantukan komputer dan Liquid Crystal Display (LCD).

1.9.7 Berbantukan komputer ialah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

sebagai alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran.

1.10 RUMUSAN

Page 11: Contoh Proposal Kajian - 2

Bab ini menghuraikan tentang masalah kajian, tujuan dan persoalan kajian yang hendak

dijawab, kepentingan kajian, batasan kajian serta beberapa definisi istilah yang menjadi

komponen penting dalam setiap kajian. Pengkaji ingin membuat kajian mengenai

keberkesanan penggunaan peta minda berbantukan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun empat bagi tajuk “Berbangga

Dengan Identiti Negara”.

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang sesuai

serta boleh membantu murid meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan. Pengkaji menggunakan kaedah peta minda dengan berbantukan

komputer untuk mengajarkan tajuk “Berbangga Dengan Identiti Negara” yang terdapat dalam

sukatan pelajaran tahun empat. Dalam bab ini juga pengkaji mengutarakan literatur-literatur

berkaitan mengenai peta minda, teori-teori yang berkaitan serta beberapa kajian berkaitan

yang telah dijalankan mengenai peta minda dan pembelajaran berbantukan komputer.

Page 12: Contoh Proposal Kajian - 2

2.2 LITERATUR BERKAITAN PETA MINDA

Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang

boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah

(2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi

maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Shahabudin Hashim,

Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda membolehkan kita

merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau

membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung

kepada kreativiti seseorang.

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada

ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang

(2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses

maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh

seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya. Peta minda adalah

kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-

tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan

menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, imej, underlining, anak panah, warna

dan sebagainya. Peta minda juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata

pelajaran. Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar

segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea

(1996), melalui peta minda seseorang itu dapat .... learn more, remember more, use less

Page 13: Contoh Proposal Kajian - 2

paper, invest less effort ... yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat

memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa

merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan cara

keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras

dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda lebih mudah

untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta

minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan

perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaram mental yang lengkap, bermakna dan

senang diingati.

Penggunaan peta minda dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh membantu

mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi

maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan

yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baru,

memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti.

Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran guru.

Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani

Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut,

Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil

dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan,

Page 14: Contoh Proposal Kajian - 2

Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony

Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran.

Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said telah mengadakan pameran “Daerah Samad –

100 lakaran oleh A. Samad Said” di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A.

Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri

berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung sejarah

pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya dijelaskan,

disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-kata

puitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku

di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkan

kelebihan penggunaan peta minda dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan

dalam bentuk penulisan naratif.

2.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah amatlah

digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid-murid untuk mengikuti

pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah satu kaedah yang

sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid ialah pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh komputer dengan melibatkan

perisian-perisian yang sesuai samada dicipta sendiri atau telah dicipta oleh orang lain untuk

tajuk-tajuk tertentu. Ahmad Nizar (1997) pula berpendapat, pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana murid-murid dapat

Page 15: Contoh Proposal Kajian - 2

berinteraksi dan dibimbing oleh komputer melalui satu program pembelajaran terancang yang

bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Menurut Kanagambal (1977), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah satu

situasi di mana komputer digunakan untuk mengajar dan mengasah sesuatu kemahiran. Selain

itu beliau menyatakan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer,

adalah usaha untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi

murid-murid. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga dapat menghasilkan

suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif kerana pelajaran dapat disampaikan

dengan cara yang lebih menghiburkan. Menurut Kanagambal lagi, antara matlamat yang

dicapai oleh pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah

mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, lebih mudah serta lebih banyak mengingati kembali

bahan yang dipelajari, merperoleh sikap positif terhadap alat komputer, dapat berinteraksi

dengan komputer dengan lebih aktif dan fleksibel dalam pembelajaran, iaitu pelajar

menentukan cara menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

Seterusnya, menurut Mohamad Hasan (1998), penggunaan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah

(i) komputer mampu mendorong pembelajaran dilaksanakan secara interaktif dan secara tidak

langsung akan menimbulkan suasana seronok belajar, (b) kecanggihan bahan grafik pada

program komputer boleh menambahkan lagi daya kreativiti pelajar dan memperbaiki

kemahiran penulisan murid, (c) terdapat beberapa program komputer yang mencabar, yang

mendorong kepada kemahiran berfikir di kalangan murid, (d) guru-guru dapat berperanan

sebagai fasilitator dan mampu membantu murid sepenuhnya dari segi isi pelajaran, (e) pelajar

boleh mengikuti pelajaran pada bila-bila masa dan merasa kurang tertekan, dan (f) komputer

Page 16: Contoh Proposal Kajian - 2

dapat membekalkan maklumat terkini, mengambil semua maklumat, menyalin maklumat,

menyimpan maklumat dan memaparkan maklumat untuk perbincangan atau persembahan.

Mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pula, Zoraini Wati

Abas (1992) berpendapat, langkah pertama penggunaan komputer di dalam kurikulum

sekolah menjurus kepada pembelajaran berbantukan komputer yang boleh dianggap sebagai

alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran.

Komputer yang digunakan di sekolah boleh diaplikasikan melalui pelbagai cara untuk

menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru. Perhatian yang diberikan semasa proses

pembelajaran sangat penting, kerana melalui perhatian tersebut akan menatijahkan sesuatu

yang diharapkan.

2.4 TEORI-TEORI BERKAITAN

Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda dan kelebihan-kelebihan

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terdapat juga beberapa teori serta

pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi

manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori

Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif

berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam

ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia

akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.

Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang berpendapat

bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun,

Page 17: Contoh Proposal Kajian - 2

menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk

membolehkan dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan

masalah dihadapi.

David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumat

melalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat yang

dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang

dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia, telah menyatakan

pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif, malah tidak

sesuai dengan zaman yang serba maju ini. Selanjutnya beliau berpendapat penggunaan peta

minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan otak membuat analisis

untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan

adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan Hamzah dan

Lily Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan hanya

tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti sembilan jenis

kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran menggunakan peta

minda adalah amat sesuai terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual

dan ruang, kecerdasan bahasa dan kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan

pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan.

Perbezaan tersebut dapat membantu murid-murid untuk menghasilkan peta minda yang

kreatif dan asli.

Page 18: Contoh Proposal Kajian - 2

2.5 KAJIAN BERKAITAN

Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh

pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006), Asma

binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997). Begitu juga

terdapat kajian yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

berbantukan komputer oleh Kam Foo Kong (2006).

Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda dalam

mengingati konsep atau fakta sejarah ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah

Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan pelajar yang

berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala pelajar yang lemah hanya

6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dapat membantu pelajar-

pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah terutamanya dalam soalan

struktur Kertas 2.

Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif di

Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat meningkatkan

kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku peningkatan kumpulan

pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding ujian pra 7%. Bagi kumpulan

pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian pasca berbanding 40% dalam ujian

pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa penggunaan peta minda dalam mencatat

nota adalah berjaya.

Page 19: Contoh Proposal Kajian - 2

Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta

minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut

melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan

kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A

sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat

gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi

gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1%

dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda

dalam mata pelajaran matematik adalah berkesan.

Sim Ah Hock et.al (1997), telah menjalankan kajian tentang kesan strategi pemetaan konsep

terhadap pemprosesan maklumat Sains dengan berbantukan komputer ke atas 141 orang

pelajar semester 3 di lima buah maktab perguruan. Dapatan kajian tersebut dirumuskan

bahawa, terdapat perbezaan min dalam ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar antara kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan adalah signifikan, dengan kumpulan eksperimen

memperolehi skor yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Oleh itu dapatan kajian

menyokong pengintegrasian strategi pemetaan konsep untuk memproses maklumat dengan

pembelajaran berbantukan komputer.

Kam Foo Kong (2006), menjalankan kajian ke atas 42 orang pelajar tingkatan 1L di Sekolah

Menengah Kebangsaan Seri Keledang. Kajian beliau tentang meningkatkan minat pelajar

kepada mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui kaedah pembelajaran

berbantukan komputer. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan pelajar yang memperolehi

skor 40% ke atas (lulus) dalam ujian pasca meningkat kepada 86% berbanding 47.6% dalam

ujian pra. Pelajar yang memperolehi skor 40% ke bawah (gagal) pula menurun kepada 14%

Page 20: Contoh Proposal Kajian - 2

dalam ujian pasca berbanding 52.4% dalam ujian pra. Dengan demikian Kam Foo Kong

merumuskan bahawa kaedah pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

menggunakan komputer telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara.

2.6 RUMUSAN

Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa

kaedah penggunaan peta minda serta peta minda dengan berbantukan komputer dalam

sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap

pencapaian murid-murid. Peta minda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

juga seiring dan sesuai dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt /

Kognitif , Teori Ausubel dan Teori Kecerdasan Gardner.

BAB III

KAEDAH KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Page 21: Contoh Proposal Kajian - 2

Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer

dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi tajuk “Berbangga Dengan

Identiti Negara”. Dalam bab ini, pengkaji menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan

dalam kajian ini. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini pula akan

menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian yang digunakan, tatacara

pengumpulan data dan seterusnya tatacara penganalisaan data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan kelas

tahun empat, iaitu kumpulan pertama yang disebut sebagai kumpulan rawatan, dan kumpulan

kedua disebut sebagai kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca pula akan

diberikan diakhir kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama empat

minggu dan pengkaji akan menjalankan pengajaran bagi kedua-dua kumpulan, agar dapat

mengurangkan ralat dalam kajian ini.

Untuk menjalankan kajian kuasi eksperimen ini, pengkaji memilih dua buah kelas yang telah

sedia ada, di mana kumpulan rawatan menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah

peta minda untuk mempelajari tajuk “Berbangga Dengan Identiti Negara” sementara

kumpulan kawalan akan menerima pembelajaran tajuk yang sama dengan menggunakan

kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahaya et.al (2007), kumpulan rawatan biasanya

menerima atau mengalami satu layanan baru yang sedang dalam kajian, sementara kumpulan

kawalan menerima layanan yang berbeza ataupun dikekalkan dalam bentuk biasa. Kedua-dua

Page 22: Contoh Proposal Kajian - 2

kumpulan tersebut akan diberi ujian pra dan ujian pasca sebelum dan selepas kajian

dijalankan. Walaupun pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak, pengkaji akan

mengenalpasti bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai kebolehan

pencapaian yang hampir sama berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun bagi mata

pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Tujuan reka bentuk kuasi eksperimen ini dipilih ialah untuk mengenalpasti perbezaan

pencapaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk tajuk “Berbangga Dengan Identiti

Negara” bagi kedua-dua kumpulan, iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Di

dalam reka bentuk kuasi eksperimen ini terdapat dua pemboleh ubah yang dikaji, iaitu

pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak bersandar (bebas). Di dalam kajian ini

pemboleh ubah bersandar ialah pencapaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk

tajuk “Berbangga Dengan Identiti Negara” yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian pasca,

manakala pemboleh ubah tak bersandar ialah kaedah pengajaran dengan menggunakan peta

minda dengan berbantukan komputer dan kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahaya et. al

(2007), satu bahagian daripada persekitaran yang dimanipulasikan adalah pemboleh ubah tak

bersandar, manakala kesan tingkah laku manipulasi adalah pemboleh ubah bersandar, iaitu

apa yang diukur.

Selain pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar, terdapat pemboleh

ubah-pemboleh ubah luaran atau pemboleh ubah ekstranus yang mungkin mengganggu

keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan, jangka masa

kajian dan penyediaan soalan. Bagi mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah ekstranus

tersebut, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan sampel yang terdiri

daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap pencapaian Pendidikan Sivik dan

Page 23: Contoh Proposal Kajian - 2

Kewarganegaraan yang hampir sama. Selain itu, min ujian pra untuk kedua-dua kumpulan

akan dianalisis melalui ujian-t untuk melihat bahawa tiada wujud perbezaan yang signifikan

dari segi kebolehan atau pencapaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebelum kajian

dijalankan. Ujian keseragaman varians juga akan dijalankan bagi menentukan kehomogenan

kumpulan.

3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi dalam kajian ini ialah semua murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk

Kumbar. Semua murid telah mengikuti mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua buah kelas telah dipilih

daripada empat buah kelas tahun empat secara bertujuan bagi maksud kajian ini sebagai

sampel. Sampel terdiri daripada 70 orang pelajar yang hampir sama pencapaian. Mereka ini

dikelompokkan kepada dua kumpulan, 35 orang dikelompokkan ke dalam kumpulan rawatan,

manakala 35 orang lagi dikelompokkan ke dalam kumpulan kawalan.

3.4 ALAT KAJIAN

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set ujian pencapaian ( ujian pra dan

ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri daripada 30 soalan objektif aneka pilihan dengan

tiga pilihan jawapan (A, B dan C), yang berkaitan dengan tajuk “Berbangga Dengan Identiti

Negara”. Semua item ujian pencapaian ini telah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan

Page 24: Contoh Proposal Kajian - 2

Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (2003), Huraian Sukatan Pelajaran

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4, (2004) dan Buku Teks Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan, KBSR Tahun 4, (2004).

Bagi menentukan kesahan kandungan, pengkaji telah membina item-item dalam alat kajian

ini berdasarkan jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi Bloom. Bagi

meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada beberapa

orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi mendapatkan pandangan dan komen mereka.

Berdasarkan ulasan guru-guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan menggantikan

beberapa item yang kurang sesuai.

Pengkaji telah menjalankan ujian rintis ke atas ujian pencapaian menggunakan kaedah uji-

ulang-uji untuk mendapatkan pekali kebolehpercayaan alat kajian. Dua ujian yang sama

ditadbirkan ke atas 34 orang pelajar yang tidak terlibat dalam kajian ini dalam jarak masa tiga

minggu bagi melihat ketekalan alat kajian. Menurut Mohd Majid Konting (2004), markat-

markat yang didapati daripada pengukuran pertama dan pengukuran kedua dikorelasikan.

Pekali korelasi yang terhasil merupakan indeks kebolehpercayaan, sekiranya pekali korelasi

positif dan teguh maka indeks kebolehpercayaan bagi alat ukur tersebut adalah tinggi.

Berdasarkan data skor ujian kali pertama dan skor ujian kali kedua, analisis korelasi Pearson

telah dijalankan ke atas skor-skor tersebut. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan

nilai pekali korelasi, r = 0.861 (p < 0.05). Ini menunjukkan bahawa skor ujian pertama dan

skor ujian kedua mempunyai korelasi yang tinggi dan signifikan. Oleh itu, alat kajian yang

Page 25: Contoh Proposal Kajian - 2

dibina untuk mengukur pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan.

3.5 TATACARA PENGUMPULAN DATA KAJIAN

Kajian akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar melibatkan 70 sampel

yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan

dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan

pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua kumpulan. Pengkaji

melibatkan diri secara terus dengan mengajar kedua-dua kumpulan tersebut. Kumpulan

kawalan diajar menggunakan kaedah konvensional sementara kumpulan rawatan

menggunakan kaedah peta minda dengan berbantukan komputer. Kedua-dua kaedah

pengajaran ini akan dijalankan dalam masa empat minggu. Pada hari terakhir kajian, semua

pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan menduduki ujian pasca, dengan

menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan

dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji.

3.6 TATACARA PENGANALISAAN DATA KAJIAN

Keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dikumpulkan akan dianalisis dengan

menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science, SPSS Windows

Release 14.0. Untuk menjawab persoalan kajian, pengkaji menggunakan ujian-t dan ujian-F.

Page 26: Contoh Proposal Kajian - 2

Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan min pencapaian, manakala ujian-F digunakan

untuk melihat keseragaman varians kumpulan.

3.7 RUMUSAN

Kajian ini adalah kajian berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan sampel,

iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang

pelajar tahun empat di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar. Kedua-dua kumpulan

tersebut akan menduduki ujian pra sebelum kajian dijalankan dan ujian pasca diakhir kajian

dijalankan. Data-data dari kedua-dua ujian tersebut dikumpulkan dan dianalisiskan dengan

menggunakan ujian-t dan ujian-F. Hasil daripada penganalisaan statistik ke atas data yang

diperolehi akan memberikan pengkaji keputusan samada proses pengajaran dan pembelajaran

menggunakan peta minda dengan berbantukan komputer bagi tajuk “Berbangga Dengan

Identiti Negara” dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun empat

berkesan atau tidak bagi meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan para pelajar.

RUJUKAN

Ab. Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.

Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.

Page 27: Contoh Proposal Kajian - 2

Ahmad Nizar. 1997. Sejauhmanakah keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer bagi mata pelajaran dalam operasi asas matematik murid-murid

tahun 5 Sek. Keb. Jabi dari aspek minat dan pencapaian. Kertas Projek KSPK Institut

Perguruan Darulaman.

Aminuddin Mansor (10 Mac 2006). Daya ingatan penting Semasa Belajar.

[atas talian] http://www.islam.gov.my/e-rujukan [31 Mei 2007]

Altablig Ali. 2006. Penggunaan peta minda dalam meningkatkan konsep atau fakta sejarah-

Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan

Perak. hlm, 87 – 99.

Asma Ishak. 2005. Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting di kalangan murid

tahun 4 dengan menggunakan peta minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut

Perguruan Perlis : 133-145.

Azizi Yahaya et. al. 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan – teori, analisis &

interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Dilip Mukerjea. 1996. Superbrain – Train Your Brain and Unleash The Genius Within.

Singapore : Oxford University Press.

Ismail Zain, Dr. (tiada tarikh). Kepentingan Penggunaan Peta Minda. [atas talian]

http://www.tutor.com.my [31 Mei 2007].

Page 28: Contoh Proposal Kajian - 2

Ismail Zain, Dr. (13 Jun 2005). ‘Belajar Berkesan dengan Peta Minda’. Utusan Malaysia.

(Kuala Lumpur)

Johanna A. Sobrey. (25 Jun 2007). ‘Peta Minda Pak Samad’. Kosmo. (Kuala Lumpur):

18-19.

Kam Foo Kong. 2006. Meningkatkan minat pelajar-pelajar tingkatan 1L kepada pelajaran

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui kaedah pembelajaran berbantukan

komputer. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak :

hlm,110 – 125.

Kanagambal. 1997. Keberkesanan PPBK dalam matematik. Kertas projek KSPK Institut

Perguruan Darulaman.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan Tahun 4. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4

Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan Tahun 4. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Laporan Persidangan Dewan Rakyat. (12 April 2005). [atas talian]

Page 29: Contoh Proposal Kajian - 2

http://www.parlimen.gov.my [07 Julai 2007]

Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nor Hayati Hj Mt Ali. 2002. Pengajaran dan pembelajaran matematik berbantukan

komputer: Keberkesanan perisian “The Geometer’s Sketchpad” untuk tajuk

penjelmaan. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelajar Terbaik SPM 2007 (23 Mac 2007). [atas talian]

http://ppdbesut.net/nuke/modules.php?name=News&file=article&sid=4 [15 Julai

2007]

Poh Swee Hiang. 2006. Kemahiran Berfikir - Kurikulum Kursus Persediaan Program

Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. 2006. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. 2006. Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan.

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Rusilah Jais et.al. 2004. Penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan

pelajar perakuanan. [atas talian]. http://www.kmph.edu.my/WebRnD/ [11 Julai 2007]

Page 30: Contoh Proposal Kajian - 2

Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2007. Psikologi Pendidikan.

Kuala Lumpur : PTS Professional.

Sim Ah Hock, Dr. et. al. 1997. Kesan strategi pemetaan konsep terhadap pemprosesan

maklumat sains dalam tutorial pembelajaran berbantukan komputer. Jurnal Penyelidikan

Pendidikan 1997. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. hlm, 124 – 141.

Subadrah Madhawa Nair. 2001. Penggunaan peta minda sebagai satu strategi dalam

pengajaran kesusasteraan melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan. Fakulti

Pendidikan UKM.

Tony Buzan. 2006. Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity and Tranform Your Life.

England : BBC Active

Zoraini Wati Abas. 1992. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Page 31: Contoh Proposal Kajian - 2