kajian tindakan aku terkini

24
TAJUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TINGKATAN 2 MEMBACA DAN MENTERJEMAH LUKISAN SKEMATIK LITAR ELEKTRONIK KEPADA LITAR BERGAMBAR. PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatnya serta keizinannya maka saya dapat menghasilkan laporan kajian tindakan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak- pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses saya menyiapkan laporan ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Pengetua SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak. Puan Hajjah Norizan binti Rashid, Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Ahmad Jailani bin Kamaroddin, Guru Kanan Teknik dan Vokasional, Puan Aminah binti Akasah, rakan-rakan guru kemahiran hidup, Encik Abdul Majid bin Mat zain, Encik Lokman bin Ramdan Mohamed dan Puan Rossiffa Murni binti Ahmad di atas kerjasama baik yang diberikan. Di samping itu ucapan terima kasih juga kepada murid-murid tingkatan 2 yang memberi kerjasama yang baik sewaktu saya menjalankan kajian tindakan ini. Sekalung penghargaan juga kepada unit perkembangan staf SMK Sultan Azlan Shah kerana memberi peluang kepada saya menimba ilmu di Seminar Kajian Tindakan Kurikulum 2011 di Pejabat Pelajaran Daerah

Upload: pak-sam

Post on 30-Jul-2015

1.371 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Aku Terkini

TAJUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TINGKATAN 2 MEMBACA DAN MENTERJEMAH

LUKISAN SKEMATIK LITAR ELEKTRONIK KEPADA LITAR BERGAMBAR.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatnya serta

keizinannya maka saya dapat menghasilkan laporan kajian tindakan bagi mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih

kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses saya

menyiapkan laporan ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Pengetua SMK

Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak. Puan Hajjah Norizan binti Rashid, Penolong Kanan

Pentadbiran iaitu Encik Ahmad Jailani bin Kamaroddin, Guru Kanan Teknik dan Vokasional,

Puan Aminah binti Akasah, rakan-rakan guru kemahiran hidup, Encik Abdul Majid bin Mat zain,

Encik Lokman bin Ramdan Mohamed dan Puan Rossiffa Murni binti Ahmad di atas kerjasama

baik yang diberikan. Di samping itu ucapan terima kasih juga kepada murid-murid tingkatan 2

yang memberi kerjasama yang baik sewaktu saya menjalankan kajian tindakan ini.

Sekalung penghargaan juga kepada unit perkembangan staf SMK Sultan Azlan Shah

kerana memberi peluang kepada saya menimba ilmu di Seminar Kajian Tindakan Kurikulum

2011 di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak, Gerik, Perak. Pengalaman dan bahan yang

diperolehi di seminar itu telah banyak membantu saya membuat kajian tindakan ini. Selain itu

secangkir penghargaan ini juga ditujukan kepada setiausaha perkembangan staf SMK Sultan

Azlan Shah atas bimbingan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan laporan kajian tindakan ini.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan

Idris, Tanjong Malim, yang terlibat dalam penulisan Modul Pengajaran, Teknologi dan

Penaksiran 2 yang menjadi rujukan utama saya sewaktu menghasilkan kajian tindakan ini.

Page 2: Kajian Tindakan Aku Terkini

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk tujuan membantu meningkatkan kemahiran murid-murid

tingkatan 2 menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada Lukisan bergambar kerana

tajuk pelajaran ini dilaksanakan di dalam modul 2, kertas 2 Peperiksaan PMR iaitu kerja kursus

yang memberi markah sebanyak 10% dan ia juga terdapat dalam soalan objektif kertas 1

Peperiksaan PMR iaitu sekurang-kurangnya 5 soalan daripada 60 soalan keseluruhan. Adalah

satu kerugian jika murid gagal menguasai kemahiran tersebut kerana ia mampu memberi impak

yang besar kepada markah calon dalam peperiksaan mata pelajaran kemahiran Hidup mereka.

Justeru itu satu kajian tindakan telah dilaksankan bagi membantu murid meningkatkan

kemahiran menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada lukisan bergambar. Guru

menggunakan beberapa kaedah semasa membuat tinjauan awal kajian iaitu kaedah

pemerhatian, edaran borang soal-selidik dan ujian-Pra. Pelaksanaan kajian pula menggunakan

satu kaedah ICT (Teknologi maklumat dan komunikasi) menterjemah litar skematik kepada

lukisan bergambar yang dibangunkan oleh Guru-Guru Cemerlang Kemahiran Hidup Negeri

Perak. Kaedah ini mampu menarik minat murid untuk cuba menterjemah lukisan skematik bagi

apa juga litar elektronik yang diberikan kepada mereka. Selain itu, Ujian Pos juga dilaksanakan

bagi membuat penilaian akhir keberkesanan penggunaan ICT menterjemah lukisan skematik

yang telah digunakan dalam pelaksanaan kajian. Tinjauan awal kajian didapati daripada

pemerhatian semasa proses P & P dijalankan, pemerhatian semasa latihan menterjemah litar

dan Ujian-Pra didapati bahawa majoriti murid tingkatan 2 SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong

yang merupakan responden kajian gagal menguasai kemahiran menterjemah lukisan skematik

litar elektronik. Hasil daripada tinjauan awal kajian, maka kaedah tunjukcara melalui ICT ini

dijalankan. Pendekatan dan kaedah ini amat sesuai diaplikasikan kerana dapatan daripada soal

selidik didapati murid-murid telah dapat menguasai teknik menterjemah lukisan skematik

dengan betul dan sistematik. Guru mendapati pelaksanaan tunjukcara melalui ICT yang

dijalankan selama lebih kurang seminggu ini telah berjaya mengubah sikap bosan murid

sewaktu mempelajari bab ini kepada sikap seronok dan minat untuk cuba menterjemah lukisan

skematik litar elektronik. Kesimpulan daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati timbul

perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid.

Page 3: Kajian Tindakan Aku Terkini

1.0. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu menjalankan proses P & P bagi tajuk menterjemah lukisan skematik litar

elektronik didapati majoriti murid tidak dapat menguasai kemahiran menterjemah litar yang

menjadi objektif utama pembelajaran. Sewaktu sesi amali, dimana murid dikehendaki

menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar didapati mereka dilihat tercari-cari

bagaimana untuk memulakan proses menterjemah litar tersebut dan didapati mereka

menterjemahkannya dengan tidak bersistem di mana komponen-komponen elektronik disusun

secara tidak teratur dan tanpa merujuk kepada kekutuban komponen tersebut. Jika begini

terjemahan lukisan skematiknya, maka sudah tentulah projek litar elaktronik yang dihasilkan

oleh mereka nanti tidak berfungsi. Perasaan sedih dan kecewa terdetik di hati di atas kegagalan

ini, kerana guru telah berusaha semampu yang boleh untuk memudahkan pemahaman murid.

Guru berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Oleh itu, satu

tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Guru perlu membuat suatu

pembaharuan untuk mengubah tanggapan negatif murid terhadap tajuk pelajaran terjemahan

litar ini. Satu kaedah penggunaan ICT akan diaplikasikan untuk menarik minat murid dan

mengelakkan mereka hilang fokus semasa P & P dijalankan. Pendekatan menterjemah litar

melalui ICT akan dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran murid-murid Tingkatan 2

menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada lukisan bergambar.

2.0. ISU/MASALAH/FOKUS KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada satu tajuk dalam tajuk elektronik iaitu menterjemah lukisan

skematik litar elektronik kepada lukisan bergambar. Fokusnya tertumpu kepada kelemahan

murid menterjemah lukisan skematik. Walau bagaimanapun fokus kajian ini amat besar dalam

peperiksaan PMR kerana soalan yang berkaitan dengan tajuk menterjemah lukisan skematik

bagaikan markah bonus bagi murid jika mereka dapat menguasainya dengan baik. Selain itu

juga guru cuba mengenalpasti punca berlakunya kelemahan murid dalam kemahiran

menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Dengan membantu murid-murid

menguasai kemahiran menterjemah litar, guru berasa yakin murid-murid sasaran ini boleh

menguasai kemahiran itu sepenuhnya. Perkara ini diharapkan dapat membantu mereka lulus

dengan cemerlang dalam kertas Kemahiran Hidup PMR. Saya mempunyai keyakinan, jika guru

dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah P & P, sikap negatif dan pencapaian murid

bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup PMR akan mencapai tahap kelulusan 100%.

Page 4: Kajian Tindakan Aku Terkini

3.0. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

3.1. Objektif Am

3.1.1. Meningkatkan kemahiran murid menterjemah lukisan skematik litar

elektronik kepada lukisan bergambar.

3.2. Objektif Khusus

3.2.1. Murid mahir menterjemah lukisan skematik litar elektronik dengan

sistematik.

3.2.2. Meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup pada

tahap cemerlang

4.0. KUMPULAN SASARAN

Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah terdiri daripada murid Tingkatan 2

Betha, SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak. Kumpulan ini seramai 10 orang murid lelaki

daripada 18 orang murid lelaki semuanya dalam kelas tersebut. Murid-murid Tingkatan 2 Betha

adalah murid yang berada pada tahap sederhana pencapaian akademiknya, tetapi berdasarkan

taburan data Ujian-Pra didapati bahawa tahap pencapaian kumpulan sasaran bersifat

homogenous, maka guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas untuk menjalankan segala

aktiviti P & P. Berikut adalah data taburan Ujian Pra.

4.1. Ujian Pra

Murid-murid Tingkatan 2 Betha diberikan satu set soalan tajuk elaktronik dan

mereka diminta menjawab soalan-soalan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada

mereka. Berdasarkan ujian ini didapati 10 orang pelajar ini tidak dapat menjawab semua

soalan yang diberikan dengan betul. 10 orang inilah yang akan menjalani pembelajaran

melalui ICT bagi meningkatkan kemahiran mereka. Keputusan ujian pra boleh dilihat

bardasarkan jadual di bawah.

Page 5: Kajian Tindakan Aku Terkini

JADUAL 1: Bilangan Murid Tingkatan 2 Betha Yang Menjawab Soalan Ujian Pra

Dengan Betul dan Salah

SOALAN BETUL SALAH JUMLAHBahagian A

Soalan menamakan komponen elektronik dan

memadankannya dengan simbol komponen.

2 8 10

Bahagian B

Soalan menyenaraikan komponen elektronik

yang berkutub.

2 8 10

Bahagian C

Soalan menterjemah lukisan skematik kepada

lukisan bergambar.

0 10 10

Berdasarkan Jadual 1, murid-murid yang menjawab setiap bahagian ialah murid-

murid yang sama iaitu seramai 10 orang. Didapati jumlah murid yang menjawab dengan

salah dalam bahagian C seramai 10 orang yang sebahagianya juga gagal menjawab

soalan bahagian A dan B. Oleh itu, murid-murid ini sahaja yang dipilih untuk menjalani

aktiviti ini.

5.0. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti/Tugasan Tarikh1. Membuat tinjauan masalah melalui semakan latihan, soal

selidik dan Ujian-Pra05/09/2011 – 06/09/2011

2. Makluman kepada Pihak Pentadbir tentang Kajian Tindakan

dan membuat perbincangan06/09/2011

3. Menyediakan proposal Kajian Tindakan 07/09/2011 – 10/09/2011

4. Melaksanakan Kajian Tindakan 12/09/2011 – 20/09/2011

5. Menyiapkan Laporan Kajian Tindakan 21/09/2011 – 27/09/2011

6. Menyerahkan Laporan Kajian Tindakan 30/09/2011

Page 6: Kajian Tindakan Aku Terkini

6.0. PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Dalam memulakan kajian ini, satu tinjauan masalah telah dilakukan untuk mengenalpasti

punca dan masalah murid tidak mahir menterjemah lukisan skematik kepada lukisan

bergambar. Tinjauan masalah yang dijalankan adalah berdasarkan kaedah pemerhatian, soal

selidik dan Ujian-Pra.

6.1. Tinjauan Masalah

6.1.1. Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian kepada tingkah laku murid sewaktu

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk

menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada lukisan bergambar.

Adalah di dapati majoriti mereka mempamerkan ekspresi muka yang keliru

dan kelihatan terpinga-pinga serta tertanya-tanya. Perkara ini

menjadikan mereka bosan dan hilang fokus semasa mengikuti

pembelajaran bagi tajuk ini. Selain daripada pemerhatian semasa P & P

saya juga membuat semakan latihan amali mereka menterjemah litar skematik

dan didapati mereka gagal menterjemah lukisan skematik litar elektronik

yang diberi dengan betul.

6.1.2. Soal Selidik

Kaedah kedua yang saya gunakan adalah kaedah soal selidik melalui borang

soal selidik yang diedarkan kepada murid-murid. Barang soal selidik ini

mengandungi 5 soalan mudah. Murid hanya perlu menanda

jawapan “Ya” atau “Tidak” sahaja. Kutipan data daripada borang soal selidik

ini secara tidak langsung dapat mengenalpasti punca kelemahan

murid dalam menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

6.1.3. Ujian-Pra

Soalan Ujian-Pra terdiri daripada 5 soalan mudah, di mana murid-murid

dikehendaki menamakan simbol-simbol komponen elektronik pada litar

Page 7: Kajian Tindakan Aku Terkini

skematik. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini adalah 5 minit

mengikut masa yang rasional bagi menjawab soalan ini.

6.2. Analisis Tinjauan Masalah

Hasil daripada tinjauan masalah melalui tiga kaedah iaitu pemerhatian, soal

selidik dan Ujian-Pra, didapati bahawa murid-murid Tingkatan 2 Betha bukan tidak

berminat tajuk elektronik tetapi majoriti daripada mereka keliru bagaimana untuk

menterjemahkan lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Berikut adalah data yang

diperolehi hasil daripada tinjauan masalah menggunakan borang soal selidik.

Minat

Kenalpasti Komponen elektronik

Mengenal kekutuban komponen

Menterjemah lukisan skematik

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Analisa Borang Soal Selidik Kajian

Bilangan murid

Ya/Betul

Tidak/Salah

Page 8: Kajian Tindakan Aku Terkini

Hasil daripada tinjauan masalah berikut didapati murid keseluruhannya meminati

tajuk pelajaran elektronik. 100% murid tahu dan kenal komponen-komponen elektronik

ditunjukkan dan juga mengenali simbol-simbol komponen tersebut tetapi mereka

gagal untuk menterjemahkan lukisan skematik yang hanya memaparkan gambar simbol

komponen kepada lukisan bergambar yang lengkap di atas bod litar supaya boleh

menjadi litar elektronik yang boleh berfungsi. Oleh itu satu pendekatan perlu

dilaksanakan bagi memberi satu garis panduan untuk murid-murid dapat membaca dan

seterusnya menterjemahkan lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Ini bagi

memastikan mereka dapat menghasilkan terjemahan litar yang betul dan menghasilkan

litar elektronik yang betul dan boleh berfungsi. Jika ini dapat diadaptasi oleh murid-murid

maka keterujaan mereka dalam menjalankan kerja amali menghasilkan projek elektronik

akan meningkat dan ini secara langsung akan memberi impak yang baik dalam

pemarkahan kerja kursus dan Peperiksaan PMR. Topik ini menjadi fokus kajian kerana

selain daripada edaran borang soal selidik, pemerhatian melalui semakan latihan dan

pemerhatian semasa P & P dilaksanakan sebelum ini, guru juga telah menjalankan satu

Ujian-Pra. Berikut merupakan tahap pencapaian dan peratus pencapaian Ujian-Pra :

Bahagian A Bahagian B Bahagian C0

2

4

6

8

10

12

Tahap Pencapaian Murid Bagi Ujian-Pra

Gagal menjawab

Boleh menjawab

Page 9: Kajian Tindakan Aku Terkini

Berdasarkan carta didapati bahawa guru perlu mengambil suatu tindakan untuk

mengatasi masalah tersebut kerana jelas menununjukkan bahawa terdapat 8 orang

murid iaitu 80% yang gagal menjawab soalan di bahagian A dan B Ujian-Pra tersebut

yang terdiri daripada 6 soalan. Manakala hanya kesemua murid iaitu 10 orang ataupun

100% murid gagal menjawab soalan daripada bahagian C. Selain itu juga Ujian-Pra

tersebut menunjukkan kekeliruan murid tentang terjemahan litar elektronik. Sebagai

contoh jawapan murid adalah seperti berikut :

Namakan komponen elektronik yang mewakili simbol di bawah.

Kapasitor

( Kesilapan murid keliru dengan menamakan simbol untuk Transistor dengan menjawab

Kapasitor)

Justeru dapatan daripada tinjauan maslah tersebut, membuktikan bahawa satu tindakan

wajar diambil mengatasi masalah murid dalam menterjemah lukisan skematik kepada

lukisan bergambar dengan harapan kelemahan ini tidak menjadi barah yang mampu

meragut minat murid untuk mendalami ilmu pelajaran elektronik yang amat berguna

dalam kehidupan mereka.

6.3. PELAKSANAAN TINDAKAN

Tindakan yang diambil bagi menangani masalah murid keliru dan tidak mahir

menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar, maka guru menggunakan

kaedah pengajaran menggunakan ICT. Selain itu kaedah ini juga memberi satu panduan

untuk teknik menterjemah lukisan skematik dengan langkah yang mudah dan

bersistematik. Kaedah ini menunjukkan langkah demi langkah daripada mengenali

simbol komponen kemudian perbezaan komponen yang berkutub dengan yang tidak

berkutub serta fungsinya. Selepas itu terjemahan litar bermula dengan komponen

Page 10: Kajian Tindakan Aku Terkini

elektronik yang paling dominan dan seterusnya menanda aliran punca positif dan

negatif.

Langkah pertama dalam teknik pengajaran dan pembelajaran tajuk ini, guru

terlebih dahulu menyediakan bahan-bahan seperti berikut:

1. Komputer

2. LCD Projektor

3. Skrin

4. Perisian ICT terjemahan litar

5. Kertas litar

6. Soalan-soalan latihan terjemahan litar

7. Komponen elektronik (Litar Kendalian Cahaya)

8. Alatan pemateri dan alatan tangan kerja elektrik.

Langkah kedua guru akan mengedarkan kertas litar kepada pelajar dan satu set

soalan litar elektronik. Guru akan menunjukcara bagaimana terjemahan litar dilakukan

kaedah ICT dan bagaimana komponen-komponen elektronik disusun dengan

betul melalui tayangan perisian ICT yang telah disediakan. Langkah-langkah akan

ditayangkan pada skrin yang menunjukkan bagaimana sambungan litar yang sepatutnya

dan bagaimana menterjemahkan lukisan skematik tersebut berdasarkan panduan aliran

punca positif dan negatif litar itu. Langkah menterjemah litar yang ditayangkan bermula

daripada terjemahan litar yang paling mudah kepada terjemahan yang sederhana dan

setelah murid boleh menguasai aras rendah dan sederhana maka terjemahan tersebut

akan bergerak kepada terjemahan litar yang lebih tinggi.

Langkah ketiga guru mengarahkan murid merujuk kepada kertas litar dan litar

skematik yang terdapat di dalam soalan-soalan terjemahan litar..Dengan berpandukan

Page 11: Kajian Tindakan Aku Terkini

tayangan LCD sebentar tadi pelajar dikehendaki membaca lukisan skematik itu dahulu

dan seterusnya menterjemahkannya dengan cara melukis lukisan bergambarnya diatas

kertas litar yang ada pada mereka. Latihan ini dimulakan dengan litar yang paling

mudah dan apabila mereka telah mengusai kemahiran pada tahap tersebut, guru akan

berpindah kepada litar yang sederhana sukar dengan menjlankan tunjukcara melalui

tayangan LCD. Pelajar kemudiannya akan mengaplikasikan kaedah tersebut untuk

membaca dan seterusnya menterjemah lukisan skematik litar tersebut kepada lukisan

bergambar. Pelajar akan bertukar-tukar kertas lukisan bergambar hasil daripada

terjemahan lukisan skematik tersebut untuk mencari kesalahan aliran litar bergambar

yang telah dihasilkan oleh rakan mereka. Jika terdapat kesalahan pembetulan akan

dilakukan pada ketika itu juga.dan pelajar perlu memberi alasan mengapa kesalahan itu

berlaku. Begitulah seterusnya untuk litar yang lebih sukar di mana guru dan pelajar akan

menggunakan kaedah yang sama untuk memastikan mereka benar-benar faham dan

menguasai teknik terjemahan lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

Bagi membuat penilaian akhir, satu Ujian-Pos telah dijalankan dan berikut adalah

dapatan daripada Ujian-pos itu.

Bahagian A Bahagian B Bahagian C0

2

4

6

8

10

12

Tahap Pencapaian Murid Bagi Ujian-Pra

Berdasarkan keputusan tersebut, didapati terdapat peningkatan ketara pada pelajar

dalam konteks menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Di dalam carta

Ujian Pra

Ujian Pos

Page 12: Kajian Tindakan Aku Terkini

5 dapat disimpulkan bahawa peningkatan 100% apabila merujuk kepada Ujian-Pra di

mana terdapat 2 orang pelajar yang gagal menjawab soalan bahagian A dan bahagian

B, manakala bagi bahagian C kesemua pelajar gagal menjawab soalan tersebut. Walau

bagaimanapun dengan mempraktikkan kaedah pembelajaran melalui penggunaan ICT

dan perisian menterjemah litar didapati semua pelajar dapat membuat terjemahan

lukisan skematik kepada lukisan bergambar dengan tepat dan betul. Saya berasa

lapang dada atas perubahan di kalangan murid sasaran ini, di mana mereka telah

berjaya menguasai kemahiran menterjemah lukisan skematik ini. Dengan kaedah ini

juga didapati murid-murid dilihat lebih berkeyakinan untuk membuat terjemahan lukisan

skematik kepada lukisan bergambar. Dapat dilihat apabila mereka menterjemahkan litar

skematik kepada litar bergambar dan seterusnya memasang komponen pada bod litar

sebenar mengikut lukisan bergambar yang mereka hasilkan dan litar tersebut

berfungsi, mereka kelihatan begitu berpuas hati serta berbangga dengan hasil usaha

mereka.

Tindakan yang dilaksanakan sungguh berkesan dalam mengatasi masalah kajian. Hasil

kajian menunjukkan perubahan kepada murid-murid amat tinggi nilainya jika

dibandingkan dengan kos perbelanjaan dan tenaga yang digunakan dalam

menyelesaikan kajian ini.

7.0. PENILAIAN DAN REFLEKSI KESELURUHAN

Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan ini berjaya dilaksanakan walaupun

menghadapi pelbagai kekangan. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, maka saya

mendapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran guru

serta amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronkkan. Namun

terdapat juga kelebihan dan kelemahan yang boleh diperbincangkan untuk kebaikan di masa

akan datang.

Kelebihan

Saya amat berpuas hati apabila melihat pencapaian murid-muird dalam ujian yang

menunjukkan peningkatan yang begitu baik dan memberansangkan. Perkongsian

kaedah pengajaran ICT dalam tajuk ini bersama-sama rakan guru kemahiran hidup yang

Page 13: Kajian Tindakan Aku Terkini

lain menunjukkan mereka juga mampu memberi kefahaman yang lebih baik kepada

murid kelas mereka. Kini dengan menggunakan kaedah ini masalah pengajaran dalam

tajuk elektronik bagi terjemahan litar tidak lagi menjadi masalah dan murid juga

menunjukkan minat yang mendalam serta bersungguh-sungguh sewaktu mengikuti tajuk

pelajaran ini.

Kelemahan

Walaupun secara keseluruhannya analisis menunjukkan hasil yang amat baik dalam

kefahaman murid bagi tajuk ini, namun kekurangan latihan yang berterusan akan

membuat murid lupa kembali teknik terjemahan litar ini. Sesungguhnya teknik ini perlu

dipraktikkan selalu dengan mencuba terjemahan lukisan-lukisan skematik yang

berlainan dan tahap kesukaran yang lebih tinggi.

8.0. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Penekanan pembelajaran terjemahan litar ini boleh diterapkan di dalam aktiviti

kelab kemahiran Hidup dalam aktiviti Ko Kurikulum. Dengan cara ini pelajar yang berminat

dengan pembelajaran elektronik dapat meneruskan minat mereka dan mengasah terus

kemahiran mereka dalam proses menterjemah litar elektronik. Mereka ini pula akan menjadi

pakar rujukan kepada rakan-rakan mereka yang lain yang tidak berkesempatan menjadi ahli

kelab Kemahiran Hidup. Semoga usaha murni ini diberi laluan yang mudah dan diberkati oleh

Allah Subhanahuataala.

Page 14: Kajian Tindakan Aku Terkini

BIBLIOGRAFI

Bahagian Teknologi Pendidikan KPM. (2010). Modul Kajian Tindakan Teknologi Pendidikan,

Kuala Lumpur: Malaysia

Kamus Dewan, Edisi Baru, (2001), Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Najib Konting, (1990 ). Keadah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Nurulhuda Abd Rahman et. al. (Eds.) (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan KPD 3026. Tg.

Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia. UPSI

Nasrudin Abd Rahim & Kamarul Ariffin Noordin. (2003). Asas Litar Elektrik, Universiti Malaya,

Kuala Lumpur. Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu Tingkatan 2. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Page 15: Kajian Tindakan Aku Terkini

LAMPIRAN 1

SOALAN UJIAN-PRA

1. Nyatakan nama komponen elektronik bagi simbol yang ditunjukkan di bawah

Simbol Nama komponen

A

B

C

D

E

F

Page 16: Kajian Tindakan Aku Terkini

b

2. Rajah menunjukkan lukisan skematik satu projek elektronik.

Berpandukan lukisan itu, terjemahkannya dengan menggunakan garisan pada komponen

yang ditunjukkan di bawah. ( Garisan hendaklah menggunakan pensel )

Page 17: Kajian Tindakan Aku Terkini

LAMPIRAN 2

1. Terjemahkan lukisan skematik kepada lukisan bergambar litar elektronik di bawah.

Saiz grid sebenar verobod. Jarak lubang 0.1" (2.54mm)

Arus bergerak secara mendatar

[78/02] 2009 © Hakcipta [email protected]

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

Tips:

Letakkan [ IC ] di tengah verobod, kemudian tandakan laluan[track] punca positif [atas] dan negatif [bawah], Putuskan track di antara pin IC dan tandakan [ X ] pada gambarajah IC.Gunakan saiz grid sebenar verobod di sebelah kiri untuk memeriksa jarak komponen.Sentiasa utamakan keselamatan.

Page 18: Kajian Tindakan Aku Terkini

2. Terjemahkan lukisan skematik kepada lukisan bergambar litar elektronik di bawah.

Saiz grid sebenar verobod. Jarak lubang 0.1" (2.54mm)

Arus bergerak secara mendatar

Tips:

Letakkan [ IC ] di tengah verobod, kemudian tandakan laluan[track] punca positif [atas] dan negatif [bawah], Putuskan track di antara pin IC dan tandakan [ X ] pada gambarajah IC.Gunakan saiz grid sebenar verobod di sebelah kiri untuk memeriksa jarak komponen.Sentiasa utamakan keselamatan.

[78/02] 2009 © Hakcipta [email protected]

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

Page 19: Kajian Tindakan Aku Terkini

LAMPIRAN 3

CD PERISIAN ICT KAEDAH MENGAJAR TAJUK MEMBACA DAN MENTERJEMAH LUKISAN

SKEMATIK KEPADA LUKISAN BERGAMBAR.