proposal kajian tindakan mte

10
PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 MTE 3133 PENGGUNAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL TEAM ASSISTED INDIVIDUALI ZA TION (TAI) DALAM MENINGKATKAN MINAT DAN PENCAPAIAN MATEMATIK MURID TAHUN EMPAT NAMA PELAJAR : MAJDAH SAL WIY AH BI NTI MOHAMAD KAD PENGENALAN: 750915025146 KUMPULAN AKADEMIK: PPG AMBILAN JUN 2011 / MTE- D PENSY ARAH PENYELIA : PUAN LAVANEESV ARI A/ P MANOGARAN  

Upload: aimanhannan

Post on 12-Oct-2015

56 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN TIGA DALAM OPERASI MENAMBAH DENGAN MENGUMPUL SEMULA MELALUI PENGGUNAAN KAEDAH PENAMBAHAN STAIRS STEPS HARYATI BINTI ISMAIL

PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 1MTE 3133

PENGGUNAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL TEAM ASSISTED INDIVIDUALIZATION (TAI) DALAM MENINGKATKAN MINAT DAN PENCAPAIAN MATEMATIK MURID TAHUN EMPAT

NAMA PELAJAR :MAJDAH SALWIYAH BINTI MOHAMAD

KAD PENGENALAN:750915025146

KUMPULAN AKADEMIK:PPG AMBILAN JUN 2011 / MTE- D

PENSYARAH PENYELIA :PUAN LAVANEESVARI A/P MANOGARAN1.0PENDAHULUAN

Matematik merupakan mata pelajaran yang sering dianggap sukar oleh murid-murid menyebabkan ramai di antara mereka yang kurang minat untuk mempelajarinya. Ianya dilihat berpunca daripada strategi pengajaran yang diamalkan di sekolah di mana, secara keseluruhannya, guru menguasai seluruh proses pengajaran dan pembelajaran manakala murid pula hanya berperanan sebagai penerima maklumat yang disampaikan secara terus menerus tanpa melibatkan proses pengembangan minda mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai perlu dipraktikkan bagi meningkatkan minat dan pencapaian murid terhadap Matematik secara langsung. Sebagai guru Matematik, kita bertanggungjawab untuk membantu setiap murid memahami apa yang diajar dan juga berusaha meningkatkan minat serta kecenderungan mereka ke arah pelajaran.Pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru digantikan kepada amalan pembelajaran berpusatkan murid dilihat sebagai satu pendekatan yang sesuai bagi membantu meningkatkan prestasi pencapaian dan keyakinan diri murid dalam pembelajaran Matematik. Pembelajaran ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama lain, boleh belajar melalui pengalaman sendiri belajar secara berkumpulan, berkongsi maklumat dan saling membantu antara satu sama lain. Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid, khususnya dalam pembelajaran Matematik. Pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah kumpulan boleh dilakukan dengan pelbagai strategi. Satu daripadanya adalah melalui amalan Pembelajaran Koperatif (PK).2.0FOKUS KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid yang didedahkan kepada pembelajaran koperatif Model TAI. Ianya juga mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah ini dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian dan minat murid dalam mata pelajaran Matematik.Adakah sesuai kaedah pembelajaran koperatif Model TAI digunakan untuk mata pelajaran Matematik ?Sejauh manakah kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan minat, keyakinan diri, interaksi dan kerjasama murid di dalam kelas ?Adakah perubahan sikap dan minat murid dalam aktiviti lisan dan bertulis selepas pembelajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Model Team Assisted Individualization (TAI) dilaksanakan dapat dilihat?

3.0OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum :

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid yang didedahkan kepada pembelajaran koperatif Model TAI. Ianya juga mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah ini dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian dan minat murid dalam mata pelajaran Matematik.Objektif Khusus :

Mengenal pasti sejauh manakah kaedah pengajaran berasaskan kaedah pembelajaran koperatif Model Team Assisted Individualization (TAI) dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran asas Matematik.Menilai sama ada terdapat perubahan minat, sikap dan interaksi murid dalam aktiviti lisan dan bertulis setelah menggunakan Model TAI.Mengenal pasti sejauh mana penerimaan murid-murid terhadap penggunaan kaedah pembelajaran yang menggunakan Model TAI yang diamalkan di kelas mereka.4.0KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya dalam kajian ini adalah murid-murid Tahun Empat. Kajian ini telah melibatkan 50 orang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai mewakili 2 kelas, iaitu kelas rawatan dan kelas kawalan.5.0TINJAUAN LITERATUR

Blimer (1969) dan Bauersfeld (1988), peluang bagi kanak kanak membina pengetahuan Matematik wujud apabila mereka berinteraksi dengan guru dan rakan sebayanya. Cobb, Wood dan Yackel (1990), mengatakan dalam komunikasi berciri Matematik, makna-makna dirundingcarakan. Benner dan Cass (1988), murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah pembelajaran koperatif mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi serta berasa seronok semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Secara keseluruhannya, latar belakang kajian yang bertujuan untuk mengkaji satu perbandingan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan serta penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk dipraktikkan di dalam kelas. Ia akan dapat meningkatkan prestasi murid khasnya dalam mata pelajaran Matematik.Kaedah pembelajaran koperatif Model TAI dipilih untuk dibandingkan dengan pengajaran secara tradisional yang telah lama diamalkan. Adalah diharapkan pemilihan kaedah ini dapat menarik minat dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada semua murid.KESIMPULAN

SEKIAN,TERIMA KASIH