pengajian perniagaan kertas 2 (2)

Upload: anne-en

Post on 07-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Pengajian Perniagaan Kertas 2 (2)

    1/1

    (f). Berikan tiga peranan perniagaan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial demikepentingan masyarakat. (3m)

    Peranan perniagaan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial demi kepentinganmasyarakat ialah mengenal pasti keperluan asas masyarakat yang sentiasa berubah. Selainitu, memberikan perhatian mengenai kesan pelaksanaan aktiviti perniagaan terhadappersekitaran alam sekitar dan persekitaran sosial. Seterusnya, memberi sumbangan terhadapaktiviti penyelidikan dan pembangunan serta membiayai projek-projek pembangunan sosial.

    Disamping itu, mengadakan set dasar yang membolehkan pekerja menyumbang sedikit masadan tenaga terhadap aktiviti kebajikan awam dan masyarakat.

    (g). Senaraikan empat aktiviti tahap hati-hati di bawah teori 'due care'. (2m)

    -Reka bentuk-Bahan-Kawalan kualiti-Pemberitahuan-Pembungkusan-Pengilangan/pemasangan

    (h). Nyatakan empat prinsip komunikasi berkesan dalam proses komunikasi antara pengurusdengan pekerja. (2m)

    Prinsip komunikasi berkesan dalam proses komunikasi antara pengurus dengan pekerja ialahperasaan yang terkawal dan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Selain itu,menwujudkan iklim persekitaran yang kondusif. Seterusnya, memberi perhatian sepenuhnyaatau mendengar dengan aktif. Di samping itu, pengirim dan penerima mesti salingmempercayai dan berfikiran terbuka serta tidak berperasaan negatif. Sejajar dengan itu,pengirim dan penerima perlu mempunyai keseragaman dalam penyampaian dan penerimaanmaklumat. Dalam pada itu, menentukan tujuan sebenar setiap komunikasi dan menjelaskanidea-idea sebelum berkomunikasi. Akhirnya, mengambil tindakan susulan selepasmenghantar mesej.

    (i). Berikan empat jenis komunikasi bertulis. (2m)

    -Memorandum-Laporan bertulis-E-mel-Surat-menyurat-Minit mesyuarat

    (j). Nyatakan empat tujuan utama mendengar. (2m)

    Tujuan utama mendengar ialah menwujudkan ikatan persaudaraan atau perhubungan.Seterusnya, mendengar dianggap sebagai hiburan. Selain itu, mendengar untuk

    menambahkan ilmu pengetahuan atau untuk mendapatkan maklumat yang terkini. Disamping itu, mendengar untuk membuat keputusan. Dalam pada itu, mendengar untukmeluahkan atau menunjukkan perasaan yang dialami.