pengajian perniagaan 2 bab 1 (oi pemalas copy jer ni)

25
Pengajian perniagaan 2 Bab 1 : peraturan dan keperluan perniagaan. 1.1 UNDANG-UNDANG KOMERSIAN/PERNIAGAAN 1) PENGENALAN UNDANG-UNDANG - semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Jenis Undang-Undang a) undang-undang awam b) undang-undang persendirian a) Undang-undang awam i) berkaitan dengan individu dan negeri ii) undang-undang perlembegaan membicangkan individu dalam negeri. iii) Undang-undang jenayah membincangkan kes jenayah individu dalam negeri. b) Undang-undang persendirian i) berkaitan dengan penguatkuasakan hubungan antara individu dan hak-hak tugas mereka. ii) Bertujuan memberi pampas an agar mendapat semula harta daripada pihak yang bersalah dan untuk melaksanakan tanggungjawab. 2) SUMBER UNDANG-UNDANG

Upload: xxxbadboy12

Post on 20-Jun-2015

7.295 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

yang pemalas tu amik ja ni pp2 bab1..

TRANSCRIPT

Pengajian perniagaan 2Bab 1 : peraturan dan keperluan perniagaan.

1.1 UNDANG-UNDANG KOMERSIAN/PERNIAGAAN

1) PENGENALAN UNDANG-UNDANG- semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk

dengan autoriti atau adat sesuatu kaum.

Jenis Undang-Undanga) undang-undang awam b) undang-undang persendirian

a) Undang-undang awami) berkaitan dengan individu dan negeriii) undang-undang perlembegaan membicangkan individu dalam

negeri.iii) Undang-undang jenayah membincangkan kes jenayah individu

dalam negeri.

b) Undang-undang persendiriani) berkaitan dengan penguatkuasakan hubungan antara individu

dan hak-hak tugas mereka.ii) Bertujuan memberi pampas an agar mendapat semula harta

daripada pihak yang bersalah dan untuk melaksanakan tanggungjawab.

2) SUMBER UNDANG-UNDANG

i) sumber bertulis ii) sumber tidak bertulis- perlembagaan persekutuan - undang-undang Inggeris- akta/undang-undang persekutuan - undang-undang syariah- enakmen/undang-undang negeri - adat resam- undang-undang subsidari

i) Sumber Bertulis

- merupakan sumber utama. Digubal oleh badan perundangan dan dikenali sebagai sumber bertulis udang-undang ini adalah dinyatakan.

a) Perlembagaan Persekutuan- Sebarang undang-undang yang tidak konsisten adalah dianggap tidak

sah- Membincangkan perkara-perakara penting seperti hak individu, kuasa

kerajaan pusat, kuasa negeri, kuasa raja dan sebagainya.- Merupakan undang-undang pertama di persekutuan.

b) Perlembagaan Negeri- terdapat 13 perlembagaan negeri yang ditadbir oleh dewan undangan

negeri.- Peruntukan yang wujud adalah bersangkutan dengan sultan, adat,

undang-undang islam, perikanan, perhutanan, perairan, kewangan negeri dan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

c) Enakmen/undang-undang Persekutuan- diluluskan oleh parlimen dan dikenali sebagai ordinan sebelum

merdeka.- Jika terdapat percanggahan diantara peruntukan di dalam undang-

undang negeri dan undang-undang persekutuan, maka peruntukan undang-undang persekutuan akan dipakai. Telah dinyatakan didalam perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

d) Enakmen/Undang-undang Negeri- merujuk kepada undang-undang yang dibuat dan diluluskan oelh

dewan undangan negeri kecuali Sarawak dimana undang-undang tersebut dikenali sebagai ordinan.

e) Undang-undang Subsidari- undang-undang yang dibuat diluluskan oleh pihak atau badan tertentu

seperti menteri-menteri atau pihak berkuasa tempatan yang diberikan kuasa oleh Akta atau Enakmen yang dikenali sebagai akta induk.

- Wujud di peringkat Persekutuan dan persekutuan negeri.- Dikenali sebagai undang-undang kecil atau undang-undang perwakilan.

ii) Sumber Tidak Bertulis

- merupakan undang-undang yang bukan bersumber daripada parlimen

a) Undang-undang Inggeris- terdiri daripada common law dan rule of equity.- Malaysia barat, mahkamah hendaklah memakai common law of England

yang ditadbirkan di England pada 7 April 1956.- Sabah, mahkamah hendaklah memakai common of law England yang

ditadbirkan di England pada 1 Disember 1951.- Sarawak, common of law England pada 12 Disember 1949.- Akta undang-undang sivil 1956, kekosongan dapat diisi dengan prinsip

undang-undang Inggeris tertakluk pada 2 perkara iaitu digunakan apabila ketiadaan statut tempatan yang berkaitan dan hanya undang-undang Inggeris yang diguna pakai.

b) Undang-undang Syariah- perkara 3 Perlembagaan “Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan,

tetapi Agama Lain Boleh Diamalkan”.- Ramah v Laton (1927)6 F.M.S.L.R 128, mahkamah telah memutuskan

bahawa undang-undang Mohamaden merupakan undang-undang tempatan.

- Perkara 5 dan perkara 121 Perlembagaan Persekutuan memberi nafas baru bahawa mahkamah tinggi tidak boleh mempunyai kuasa yang sama dengan mahkamah syariah.

- Kuasa jenayah mahkamah syariah adalah kecil iaitu dibawah Akta Mahkamah Islam 1965 (pindaan 1984) hukuman dikenakan tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebihi RM 5000 dan rotan tidak melebihi 6 kali.

c) Adat Resam- terdiri daripada adat dan tradisi Melayu dimana ianya boleh diubah

oleh masyarakat.

3) INSTITUSI UNDANG-UNDANG

- Terdapat 5 mahkamah iaitu, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret.

i) Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan- mempunyai bdang kuasa untuk mendengar rayuan daripada

mahkamah tinggi dan mendengar kes buat kali pertamanya.- Memastikan undang-undang Persekutuan dan negeri sah.- Menyelesaikan sebarang kemusykilan berkenaan dengan interpretasi

peruntukan undang-undang Perlembagaan Persukutuan.

ii) Mahkamah Tinggi- Mendengar kes sivil dan kes jenayah- Kes sivil yang melibatkan tuntutan melebihi RM 280 000.00

mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman termasuk hukuman mati.

iii) Mahkamah Seksyen- mendengar kes-kes sivil antara tuntutan RM 25 000 dan RM 280 000.- Hukuman penjara bagi tuntutan sivil ialah 10 tahun tetapi tiada

hukuman mati.

iv) Mahkamah Majistret- mendengar kes sivil antara tuntutannya adalah sehingga RM 25 000

dan hukuman tidak melebihi 10 tahun.- Rayuan ke atas kes sivil dan jenayah yang dibuat oleh majistret boleh

dibuat ke mahkamah tinggi bagi rayuan kes jenayah.- Keputusan Mahkamah tinggi adalah muktamad tetapi tidak dalam kes

sivil.- Majistret membicarakan kes-kes jenayah yang hukumannya tidak

melebihi 10 tahun.- Menjatuhkan hukuman penjara maksimum 5 tahun dan denda RM10

000.

1.1.2 UNDANG-UNDANG KONTRAK

- Ata kontrak 19550 adalah berdasarkan kepada common law.- Kontrak di definisikan dibawah seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950

sebagai ‘sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang’.

- Seksyen 10 Akta kontrak 1950, “semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan tujuan yang sah.

Elemen-elemen Asas Kontraka) tawaran b) penerimaanc) niatd) keupayaane) ketentuan dan balasan

C) TERMA KONTRAK

1) Terma dan Represantasi- Apabila ia diniatkan untuk menjadi syarat kontrak, Ia dinamakan

sebagai represantasi. Jika Ia tidak diniatkan untuk menjadi syarat kontrak ia dinamakan terma.

- Untuk meilhat sama ad ianya terma kontrak atau represantasi, mahkamah mungkin melihat beberapa factor ;i) Peri mustahaknya kebenaran kenyataan itu.ii) Sejauh manakah masa berlalu dati ketika kenyataan itu dibuat

hingga ketika satu persetujuan kedua-dua pihak tercapai.iii) Sama ada lebih mudah bagi pihak membuat kenyataan itu,

apabila dibandingkan dengan pihak yang lain untuk menentukan sama ada kenyataan itu benar atau tidak.

2) Kontrak Kolateral- satu janji yang dibuat semasa kedua-dua pihak sedang berunding yang

boleh menimbulkan obligasi atau kewajipan.

3) Penyelarasan Terma- Terbahagi kepada dua iaitu syarat atau waranti- Jika terma dianggap penting dan berlaku pelanggarannya, kontrak itu

terbatal dan boleh ditamatkan oleh pihak yang tidak bersalah. -> syarat kontrak.

- Jika terma dianggap tidak penting dan perlanggarannya tidak menjejaskan kontrak maka ianya dianggap sebagai waranti.

KONTRAK SAH

A) Jenis-jenis keesahan kontrak.- kontrak batal

i) Perjanjian menyalahi undang-undang.ii) Perjanjian menghalang perkawinan.iii) Perjanjian menghalang perdagangan.

- Kontrak boleh batali) Paksaanii) Salahnyataaniii) Pengaruh tidak berpatutaniv) Khilafv) Frod

B) Pelepasan Kontrak- Dengan Persetujuan- Dengan Kemungkinan- Dengan Tiada Kemungkinan- Dengan Pelaksanaan

C) Pemulihan atau Remedi- apabila pihak kontrak memungkiri janji dan menyebabkan kerugian

kepada pihak yang satu lagi, maka pihak ini boleh menuntut pemulihan, ganti rugi atau remedi.

i) Menamatkan Kontrak- Seksyen 40, Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa apabila

sesuatu pihak memungkiri kontrak, pihak yang satu lagi tidak perlu lagi melaksanakan lagi tanggunjawabnya seperti dalam perjanjian.

ii) Ganti Rugi- asas ukuran ganti rugi ialah nilai pelaksanaannya kepada pihak yang

menuntut. Terdapat berbagai-bagai jenis ganti rugi antaranya ganti rugi am dang anti rugi khusus.

iii) pelaksanaan spesifik- Melalui remedi ini mahkamah akan memerintahkan satu pihak

melaksanakan obligasinya seperti mana yang terkandung dalam kontrak. Pelaksanaan spesifik adalah satu remedi dibawah ekuiti dan ianya akan diberi jika remedi di bawah Akta Kontrak 1950 dan Common Law tidak mencukupi. Remedi ini bukanlah satu mendatori kerana ia hanya bergantung kepada budi bicara mahkamah.

iv) Injunksi- Adalah satu remedi di bawah undang-undang ekuiti yang boleh

dipohon bagi mengekalkan status quo.

v) Quantum Meruit (sebanyak yang patut diterimanya)- Boleh digunakan untuk menyelesaikan butiran-butiran yang tidak

ditetapkan dalam kontrak. Quantum meruit bermaksud tuntutan ganti rugi untuk satu jumlah yang munasabah bagi bayaran atas perkhidmatan atau pekerjaan yang dilakukan.

1.1.3 UNDANG-UNDANG JUALAN BARANG-BARANG

A) Barang Sedia Ada- barang yang sudahpun dimiliki atau disimpan oleh penjual. Barang

sedia ada mungkin berbentuk “barang tertentu” atau “barang yang belum ditentukan”.

B) Barang Masa hadapan- Barang yang dibuat atau diperoleh oleh penjual selepas kontrak jualan

dibuat. Ini bermaksud semasa kontrak jualan itu dibuat, penjual belum lagi memiliki barang jualan itu.

Seksyen 4(1) Akta Jualan Barang telah mentakrifkan “kontrak jualan barang” sebagai “satu kontrak dimana penjual memindahkan hak milik barang kepada pembeli dengan satu harga..”.

TERMA-TERMA KONTRAK

Dibahagikan kepada dua iaitu syarat dan waranti. Syarat dan waranti masing-masing boleh dibahagikan kepada dua iaitu nyata dan tersirat.Waranti hanya memberi hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk menuntut ganti rugi sahaja tetapi tidak boleh menolak kontrak tersebut. Pihak yang tidak bersalah akibat perlanggaran syarat, boleh menganggap bahawa syarat itu sebagai perlanggaran waranti dan hanya menuntut ganti rugi.

SYARAT TERSIRAT- 4 jenis syarat tersirat iaitu, hak milik, jualan melalui perihalan, kualiti

dan kelayakan dan jualan melalui contoh.

i) syarat tersirat mengenai hak milik- penjual berhak menjual barang yang diseneraikan dalam kontrak dan

penjual akan mempunyai hak menjual barang itupada masa hak milik itu berpindah kepada pembeli.

ii) melalui perihalan- jika barang itu dibuat berasaskan sampel dan perihalan, adalah tidak

memadai jika barang itu hanya secocok dengan sampel tetapi tidak secocok dengan perihalan.

iii) kualiti dan kelayakan(seksyen 16)- barang jualan hendaklah sesuai atau boleh memenuhi maksud yang

dikehendaki oleh pembeli- barang jualan hendaklah mempunyai kualiti dagang.

iv) syarat tesirat mengenai jualan melalui contoh/sampel- bahawa keseluruhan barang secocok dengan contoh tentang mutu.- Bahawa pembeli hendaklah mempunyai peluang yang berpatutan

untuk membandingkan keseluruhan barang dengan contoh sebelum membuat penerimaan.

- Bahawa barang itu hendaklah terpelihara daripada sebarang kecacatan daripada yang boleh menjadikannya tidak bermutu dagangan, yang mana kecatatan tersebut tidak ketara.

WARANTI TERSIRAT

1) MILIKAN AMAN- pembeli berhak memiliki barang yang dibelinya itu dan menikmatinya

dengna aman, terpelihara daripada gangguan oleh pihak lain sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 14(1)(b).

2) BEBAS DARI BEBANAN- barang yang dijual bebas daripada sebarang gadaian atau bebanan bagi

mana-mana pihak ketiga yang tidak diberitahu kepada pembeli sebelum atau semasa kontrak dibuat sebagaimana diperuntukkan oleh seksyen 14(1)(b)

JUALAN OLEH BUKAN PEMILIK

Seksyen 2 Akta Jualan Barang-barang 1957, apabila seseorang pembeli membeli barang daripada seorang penjual yang bukan pemilik sebenar, pembeli tidak boleh memperoleh hak yang lebih baik daripada daripada hak yang sedia ada pada penjual.

Tertakluk kepada beberapa pengecualian seperti berikut ;

a) seksyen 27: Estopel (persekutuan)- pemilik sebenar memberi gambaran kepada bahawa orang yang

menjual barang itu diberi kuasa atau izin untuk berbuat demikian.

b) seksyen 27 : Jualan oleh wakil perdagangan- seorang wakil yang mengikut kelazimannya sebagai wakil mempunyai

kuasa untuk menjual barang, menghantar barang untuk dijual, membeli barang atau meminjam wang menggunakan barang sebagai sekuriti.

c) seksyen 28 : jualan oleh pemilik bersama- jika salah seorang pemilik menjual menjual keseluruhan barang itu

kepada pembeli, pembeli boleh memperolehi hak milik sepenuhnya keatas barang itu walaupun pemilik bersama yang lain tidak memberi kuasa atau izinnya.

- 2 syarat perlu di penuhii) barang itu disimpan keseluruhannya oleh pemilik yang menjual

dengan izin pihak yang lain.ii) Prmbeli bertindak dengan ikhlas dan tdak mengetahui bahawa

penjual tidak mempunyai kuasa penuh menjual barang itu.

d) seksyen 29 : jualan oleh pemilik boleh batal- pemilik boleh mendapatkan hak milik yang sempurna jika pada ketika

kontrak jualan itu dibuat, hak milik penjual belum dibatalkan oleh pihak ketiga. Sebabnya yang adalah melalui paksaan

e) seksyen 30 (1) : jualan barang dalam milikan penjual- barang yang dijual masih lagi dalam milikan penjual, penjual atau wakil

perdagangannya boleh menjual kali kedua barang yang sama kepada ahli yang lain.

1.1.4 UNDANG-UNDANG SEWA BELI

Perjanjian sewa beli bermaksud membenarkan barang-barang dengan opsyen untuk membeli dan perjanjian untuk membeli barang-barang secara ansuran.

SYARAT DAN WARANTI TERSIRAT

a) suatu waranti tersirat bahawa penyewa akan mendapat dan menikmati milikan aman barang-barang

b) suatu syarat tersirat bagi pihak pemunya bahawa beliau mempunyai hak untuk menjual barang-barang pada masa harta itu patut dilepaskan.

c) Suatu waranti tersirat bahawa barang-barang adalah bebas daripada apa-apa gadaian atau bebanan bagi pihak ketiga pada masa harta itu dilepaskan.

Syarat Tersirati) melepaskan barangii) kualiti barangiii) kesesuaian barang-barang

A) Seksyen 7 (1) (b)- syarat pemunya bagi pihak pemunya bahawa beliau mempunyai hak

untuk menjual barang –barang pada masa harta itu patut dilepaskan.B) Seksyen 7 (2) - dalam setiap perjanjian sewa beli akan terdapat satu syarat tersirat

bahawa barang-barang mempunyai kualiti boleh dagang tetapi syarat itu tidak terdapat dalam ;a) penyewa memeriksa barang-barangb) sekiranya barang-barang tersebut adalah barang-barang terpakai

dan perjanjian mengandungi kenyataan yang membawa erti bahawa barang-barang tersebut adalah barang terpakai.

C) Seksyen 7 (3) - perjanjian mengandungi suatu penyataan bermaksud ;

i) bahawa barang-barang tersebut adalah barang-barang terpakai.ii) Bahawa semua syarat dan waranti kelayakan serta kesesuaian

adalah dinegatifkan secara nyata dan pemunya membuktikan bahawa penyewa mengiktiraf secara bertulis bahawa penyataan telah dibawa kepada penegetahuannya.

WARANTI TERSIRAT

A) Seksyen 7 (1) (A)- peruntukan ini memberi perlindungan kepada penyewa bahawa

penyewa mempunyai waranti tersirat tersirat untuk mendapat dan mendapat milikan aman barang-barang dibawah pernjajian sewa beli yang dimasukinya.

B) seksyen 7 (1) (C)- suatu waranti tersirat di mana barang-barang adalah bebas daripada

apa-apa gadaian atau bebanan bagi pihak ketiga pada masa harta itu dilepaskan

HAK BERKANUN PENYEWA

1) mendapatkan dokumen dan maklumat 2) agihan pembayaran 3) perubahan tempat simpan barang4) penyerahan hak5) penyelesaian awal perjanjian6) penempatan perjanjian sewa beli

PENGAMBILAN SEMULA BARANG

1) Menurut seksyen 16(1) Akta sewa beli 1967, tidak akan menjalankan mana-mana kuasa untuk mengambil milikan barang-barang yang terkandung dalam suatu perjanjian berhubung dengan pembayaran ansurang melainkan ;

i) dua ingkar berterusanii) suatu ingkar pembayaran berhubung dengan pembayaran akhir.iii) Pemunya telah menyerahkan kepada penyewa suatu notis bertulis

dalam borang yang disediakan dalam jadual keempat dan tempoh yang ditetapkan oleh notis terakhir adalah tidak boleh kurang 20 hari selepas serahan notis tersebut dan notis tersebut telah pun berakhir.

2) Seksyen 16(1) melarang pemilik daripada memiliki kembali itu sebelum tamat tempoh berkanun iaitu 21 hari selepas notis Jadual keempat dikemukakan. Seksyen ini tidak menghalang pemilik memiliki kembali barangan itu pada bila-bila masa selepas tamat tempoh.

3) Setelah 21 hari selepas pemunya telah mengambil barang-barang, adalah kewajipan beliau untuk menyerah kepada penyewa dan setiap penjamin terhadap penyewa, suatu notis bertulis sepertimana yang dikehendaki untuk menghantar dokumen akaun penerimaan barang-barang atau sekiranya penyewa tiada pada masa itu.

4) Menurut seksyen 16A, penyewa yang mengembalikan barang-barang dalam tempoh 21 hari selepas penyampaian notis dan tidak dikenakan bayaran ;i) kos pengambilan semula milikanii) kos bersampingan dengan pengambilan milikaniii) kos penyimpanan

5) seksyen 17 pula memperuntukkan bahawa apabila pemilik telah mengambil milikan bagi mana-mana barang, tanpa kebenaran bertulis dari penyewa, beliau tidak boleh menjual atau melupuskan barang-barang atau berpisah dari milkan barang-barang tersebut sehingga selepas berakhir 21 hari selepas penyerahan notis.

INSTRUMEN BOLEH NIAGA

1) Instrumen boleh niaga ialah satu dokumen yang menerangkan tuntuan terhadap wang. Dokumen-dokumen ini digunakan dalam urusniaga-urusniaga komersial

2) Undang-undang utama berkenaan dengan instrumen boleh niaga di Malaysia ialah Akta Bila Pertukaran 1949. Terdapat 3 jenis iaitu cek, pertukaran dan nota janji.

3) Ciri-ciri bil niaga ;- hak milik terhadap bil itu berpindah kepada pihak penerima melalui

hantar serah atau jika dibuat melalui perintah atau kepada orang yang dinamakan.

- Pemegang surat cara menerima hak milik itu bebas daripada tuntutan pihak-pihak lain jika dia seorang pemegang bona fide dan telah memberi nilai baginya.

BIL PERTUKARAN

Perintah bertulis tidak bersyarat yang ditujukan seseorang kepada seseorang yang lain, ditandatangani oleh seseorang yang menunjukkannya, meminta orang kepada sesiapa yang dituju, membayar atas tuntutan atau pada masa yang ditetapkan atau boleh ditetapkan pada suatu ketika nanti.

Ciri-ciri bil pertukaran

i) perintah bertulis tidak bersyarat- mestilah dalam bentuk perintah bertulis yang tidak bersyarat. Seksyen

3(3) Akta bil pertukaran 1949 menjelaskan perintah bahawa supaya bayaran dibuat daripada satu dana tertentu bukanlah hak bersyarat.

ii) dialamatkan kepada seseorang- sesuatu bil perlu ditandatangani oleh orang yang mengeluarkan

perintah bayar. Pertama, pihak mengeluarkan bil tersebut atau penegluar. Kedua, pihak yang kepada siapa arahan untuk bayar ditujukan dan ketiga, pihak yang kepada siapa bayaran perlu dibuat atau penerima bayaran.

iii) Ditandatangani- sesuatu bil perlu ditandatangani oleh orang yang mengeluarkan

perintah bayar.

iv) bayar atas tuntutan- seksyen 10(1) akta bil pertukaran 1949 memperuntukkan bahawa;

a) yang dinyatakan kena dibayar atas tuntutan, atau ketika dilihat atau semasa persembahan

b) dalam mana masa tidak ditetapkan.

v) sejumlah wang yang pasti - seksyen 9 Akta bil pertukaran 1949 memperuntukkan bayaran yang

kena dibayar dalam sesuatu bil dikatakan sejumlah wang yang pasti sekalipun kena dibayar bersama-sama dengan faedah.

vi) Bertarikh- bil yang tidak mempunyai tarikh tidak pula dianggap tidak sah.

CEK

Merupakan instrumen boleh niaga yang penting selain bil pertukaran dan ELEMEN-ELEMEN PENTING CEK

i) sifat-sifat cekii) bertarikhiii) pemalangan cekiv) perubahan cekv) perkataan akaun terima

NOTA JANJI

Seksyen 88(1) Akta bil pertukaran 1949, nota janji bermaksud janji tidak bersyarat secara bertulis. Nota janji juga ialah dokumen yang mengandungi suatu janji oleh pembuatnya bahawa dia akan membayar sejumlah wang. Kebiasaannya nota janji digunakan sebagai jaminan kepada pinjaman yang mana peminjam menulis satu nota yang memihak kepada pemberi pinjam. Bunga pinjaman dimasukkan sebagai tambahan kepada hutang pokok yang dipinjam.

Seksyen 88(2) Akta bil pertukaran 1949 menyatakan suatu suratcara dalam bentuk nota kena dibayar atas perintah pembuat adalah bukan suatu erti nota dalam seksyen ini melainkan jika dan sehingga diendroskan oleh pembuat.

1.1.6 UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN

Ditadbir oleh Akta Perkongsian 1961 (disemak semula 1974). Seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961 mendefinisikan perkongsian sebagai “perhubungan yang wujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat keuntungan”.

1) Adanya perhubungan antara beberapa orang- seksyen 3(1) menggunakan perkataan “orang-orang” yang memerlukan

perhubungan perkongsian wujud di antara beberapa orang.

2) Perhubungan yang wujud adalah untuk menjalankan perniagaan- seksyen 2 mendefinisikan perniagaan “termasuklah sebarang

perdagangan, pekerjaan atau profesion”.

3) Perniagaan yang dijalankan adalah bagi maksud mendapatkan keuntungan

- sesuatu perniagaan perkongsian yang dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan adalah memenuhi definisi perkongsian.

HUBUNGAN ANTARA PEKONGSI DAN ORANG YANG BERURUSAN DENGAN MEREKA.

Kuasa Zahir- tindakan atau urusan yang dilakukan oleh pekongsi itu mestilah

termasuk atau tergolong dalam jenis perniagaan yang dijalankan oleh firma itu.

- Urusan itu mestilah dilakukan di dalam cara yang biasa atau lazim.- Pihak yang lain berurusan mestilah tidak mengetahui bahawa orang

yang dengan siapa dia berurusan itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa atau kebenaran daripada pekongsi-pekonsi yang lain untuk menjalankan urusan bagi firma itu.

Kuasa Nyata- diberikan secara lisan atau kesimpulan yang timbul daripada kelakuan

pihak-pihak- seksyen 9 memperuntukkan seseorang pekongsi tidak boleh

menggunakan kemanahan untuk mengenakan firma dengan tanggungan hutang bagi maksud yang tidak berkaitan dengan perniagaan biasa perniagaan kecuali jika pekongsi tersebut telah secara khusus diberi kuasa untuk berbuat demikian.

LIABILITI PEKONGSI

Tanggungan kontrak- seksyen 11 memperuntukkan tanggungan setiap pekongsi adalah

bersama bagi setiap hutang dan tanggungan firma yang wujud semasa dia jadi pekongsi. Jika pekongsi mati, hartanya akan bertanggungan berasingan terhadap hutang-hutang dan tanggungan ini, tetapi tanggungan berasingan ini tertakluk kepada semua hutang persendirian si mati dijelaskan dahulu.

Tanggungan firma bagi kesalahan-kesalahan- seksyen 12 memperuntukkan jika seseorang pekongsi dalam

perjalanan biasa perniagaan firmanya melakukan sesuatu yang salah atau salah kerana tidak melakukan sesuatu tindakan yang wajib dilakukan, maka tindakan yang salah atau ketinggalan salah itu akan menyebabkan firma bertanggungan. Ini dikenali sebagai ‘vicarious liability’

Tanggungan bagi kesalahan jenayah- ialah tanggunga persendirian pekongsi yang melakukannya terutama

bagi kesalahan yang memerlukan mens rea (perbuatan untuk melakukan jahat)

-

Tanggungan khusus - seksyen 12 memperuntukkan mengenai tanggungan bagi kesalahan

dan ketinggalan yang mengakibatkan kecederaan atau kerugian terhadap pihak lain. Seksyen 13 secara khusus menyebut tentang 2 keadaan iaitu ;a) “ Di mana seseorang pekongsi bertindak dalam lingkungan kuasa

zahirnya, menerima wang atau harta kepunyaan pihak ketiga dan menyalahgunakannya.”

b) “ Di mana firma dalam perjalanan perniagaannya menerima wang atau harta kepunyaan pihak ketiga dan wang atau harta itu disalahgunakan oleh seseorang atau lebih pekong-pekongsi semasa didalam jagaan firma. Firma bertanggungan untuk memulihkan kerugian itu.

Tanggungan atas doktrin mengemukakan diri- tanggungan yang berasaskan doktrin estopel. Seksyen 16 mengikut

doktrik seseorang yang membuat sesuatu kenyataan kepada pihak lain dan kenyataan itu dipercayai oleh pihak lain itu, dan dijadikan dasar tindakannya, maka orang yang membuat kenyataan itu dihalang daripada menafikan atau menyangkal kenyataannya.

Penyalahgunaan wang amanah- seksyen 15. Seksyen ini tidak menyentuh sebarang tanggungan oleh

mana-mana pekongsi oleh sebab dia mengetahui tentang pecah amanah

- tiada sesuatu dalam seksyen ini yang akan menghalang wang amanah itu dikesan dan diperolehi semula daripada firma, jika masih dalam pegangannya atau dibawah kawalannya.

PERHUBUNGAN ANTARA PEKONGSI

1) Perkongsian adalah tergolong dalam jenis-jenis kontrak “ uberimae fidei “ iaitu kontrak yang memerlukan kejujuran yang selulusnya

- penekanan terhadap keperluan untuk berlaku jujur dinyatakan di dalam Akta seksyen 30, 31 dan 32 sejajar dengan maxim yang diperuntukkan di bawah common law iaitu “in sociatatis contractibus fides exuberet” yang bermaksud “ kejujuran yang setulusnya sangat diperlukan antara pekongsi-pekongsi dalam sesuatu perkongsian”

2) pekongsi-pekongsi adalah bebas untuk menentukan kaedah dan peraturan sendiri dalam mengendalikan perkongsian mereka setakat mana yang dibenarkan oleh Akta.

- peraturan ini akan terpakai sekiranya pekongsi-pekongsi di dalam firma pekongsian tidak menggariskan peraturan-peraturan mengenai hubungan mereka sendiri.

- Seksyen 26 (a); “semua pekongsi adalah berhak kepada bahagian yang sama rata kepada modal dan keuntungan-keuntungan perniagaan itu, dan mestilah menyumbangkan sama rata terhadap kerugian-kerugian sama ada pada modal ataupun sebaliknya”.

- Seksyen 26 9b); “firma mestilah mengganti bayar kepada setiap pekongsi berhubung dengan bayaran sendirian dan tenggungan sendirian yang di dahulukan olehnya dalam menjalankan perniagaan firma secara biasa dan wajar dan mengenai apa saja yang dilakukan oleh perniagaan dan firma.

PEMBUBARAN PERKONGSIAN

Tiga kaedah pembubaran iaitu ;i) secara sendiriii) melalui notisiii) melalui mahkamah

i) secara sendiri- dinyatakan dalam seksyen 34(1)(a) dan (b) di mana sekiranya sesuatu

perkongsian ditubuhkan bagi satu tempoh yang tetap, apabila tempoh yang ditentukan tamat, maka perkongsian tersebut akan tamat dengan sendirinya.

- Kematian dan kebankrapan pekongsi akan menyebabkan pembubaran. Jika berlaku sesuatu yang menyebabkan perkongsian tersebut tidak dapat dijalankan secara sah atau jika jumlah pekongsi di dalam firma perkongsian melebihi daripada had maksima dua puluh orang.

i) melalui notis- seksyen 34(1)(c) dan seksyen 34(2) telah menggariskan peruntukan

mengenai pembubaran sesuatu perkongsian jika tempoh perkongsian tidak ditetapkan.

- Seksyen 34(2) menyatakan “..perkongsian dibubarkan mulai tarikh yang disebut dalam notis sebagai tarikh pembubaran, jika tarikh tidak disebut seperti itu, dari tarikh notis akan disampaikan”.

- Jika pekongsi tidak menetapkan dari tempoh kewujudan perkongsian itu, maka pekongsi lain boleh membuat pembubaran melalui notis atau pun pemberitahuan secara tidak bertulis.

ii) pembubaran oleh mahkamah- menggariskan 6 sebab yang membolehkan mahkamah dibuat

permintaan oleh pekongsi iaitu ;a) apabila pekongsi itu didapati gila dan dibuktikan kepada

mahkamah dan mahkamah berpuas hati.b) Apabila seorang pekongsi mengambil tindakan guaman itu, menjadi

hilang keupayaan secara kekal untuk melaksanakan bahagian kontrak perkongsiannya.

c) Apabila seorang pekongsi didapati salah melakukan, yang pada pendapat mahkamah, dengan pertimbangan yang diberikan kepada jenis perniagaan it, disengajakan untuk memberi kesan buruk kepada perjalanan perniagaan itu.

d) Apabila pekongsi sengaja atau berturut-turut melakukan pecah perjanjian perkongsian atau sebaliknya.

e) Apabila perniagaan perkongsian dijalankan dengan membawa kerugian

f) Apabila dalam apa jua kedaan wujudnya keadaan-keadaan yang pada pendapat mahkamah, membuatkan adil dan saksama jika pekongsian itu dibubar.

1.1.7 UNDANG-UNDANG SYARIKAT

KLAFIKASI SYARIKAT1) syarikat persendirian2) syarikat awam3) syarikat berhad (oleh saham, jaminan dan saham jaminan)4) syarikat tidak berhad5) syarikat induk/anak syarikat6) syarikat asing

PERLANTIKAN DAN TUGAS PENGARAH

1. Seksyen 4 Akta syarikat 1965 mentakrifkan pengarah sebagai mana-mana orang yang menduduki tempat pengarah perbadanan melalui apa-apa pun nama yang dipanggil dan termasuklah seseorang mengikut mana-mana arahan atau perintah pengarah perbadanan-perbadanan tersebut lazim bertindak sebagai silih ganti atau pengarah ganti.

2. Perlantikan pengarah terkandung dalam memorandum atau artikel syarikat syarikat. Kebiasaannya dibuat melalui oleh ahli-ahli syarikat melalui resolusi biasa yang diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan.

3. Pengarah pertama hendaklah dinamakan dalam memorandum atau artikel syarikat. Perlantikan tidak sah apabila tidak ada secara bertulis atau memenuhi syarat berikut sama ada ; a) menandatangani memorandum untuk sejumlah saham yang mana

jumlahnya tidak kurang daripada saham yang perlu dipenuhnya (jika ada)

b) menandatangani dan menghantar kepada pendaftar syarikat satu janji secara bertulis untuk mengambil dan membayar saham daripada syarikat (jika ada)

c) membuat dan menyerahkan kepada pendaftar syarikat akaun berkanun bahawa sejumlah saham tidak kurang dari jumlah yang dipenuhi (jika ada) telah didaftarkan atas namanya

d) membuat dan menyerahkan kepada pendaftar syarikat satu kenyataan tentang sejumlah saham yang dia layak (tidak kurang dari jumlah yang dipenuhinya) atas penstrukturan semula syarikat.

TUGAS-TUGAS PENGARAH

1. Tugas fidusiari Dibahagikan kepada 3 iaitu;i) bertindak untuk kepentingan syarikatii) tiada percanggahan kepentinganiii) guna kuasa/harta untuk tujuan sesuai

2. tugas berskil, berhati-hati dan berusaha sewajarnyai) tugas/tanggungjawab dan tahap hati-hatiii) tugas/tanggungjawab untuk berusaha sewajarnya

3. tugas statutori

LAPORANG TAHUNAN

Laporan yang perlu dihantar oelh syarikat kepada semua pihak yang berhak untuk hadir dalam mesyuarat agung.

a) maklumat korporat/struktur korporat.- kandungan maklumat korporat ialah latar berlakang syarikat, syarikat

yang berkaitannya dengan anak syarikat. Maklumat korporat juga menyenaraikan seperi ahli lembaga pengarah, jawatan audit, setiausaha-setiausaha syarikat, alamat pendaftar syarikat dan sebagainya.

b) Lembaga Pengarah- butir-butir peribadi setiap pengarah seperti jawatan yang telah atau

sedang dipegang, latar belakang akademik dan tarikh lantikan sebagai pengarah akan dinyatakan

c) Penyata Pengerusi- kenyataan yang dibuat oleh lembaga pengarah dan ditujukan kepada

semua pemegang saham syarikatd) Kajian semula operasi- laporan dibuat berkenaan dengan operasi aktiviti sama ada yang telah,

sedang atau akan dijalankan oleh syarikat.e) Jawatankuasa audit- berkaitan dengan keahlian, kehadiran, kekerapan mesyuarat, autoriti,

tanggungjawab atau tugas dan prosedur laporan berkenaan dengan jawatankuasa audit akan dilaporkan.

f) Kenyataan Kewangan - Laporan pengarah- Akuan berkanun pengarah - Laporan juraudit- Lembaran imbangan syarikat-syarikat disatukan- Akaun untung rugi syarikat disatukan- Kenyataan aliran tunai syarikat yang disatukan - Lembaran imbangan- Akaun untung rugi - Nota kepada Akaung) Maklumat Pemegang syer- kesemua maklumat pemegang syer sama ada merupakan syarikat atau

perseorangan akan dimasukkan kedalam ruangan ini.h) subsidiari, syarikat gabungan atau syarikat usahawan- berkenaan dengan kesemua syarikat sama ada syarikat subsidiari,

gabungan atau berkumpulan.i) Notis panggil mesyuarat agung tahunan- notis ini akan dimasukkan sebagai salah satu bahan di dalam laporan

tahunan ini.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN