kerja kursus pengajian perniagaan

49
960116-14-5972 1.0 PENGENALAN Penyelidik telah memilih sebuah organisasi iaitu syarikat Haji Abdul ahim !akery kerana "am#uran #emasaran yang digunakan oleh syarikat tersebut sesuai untuk tujuan kajian ini$ %ajian ini meli#uti tiga elemen yang berikut iaitu #roduk& #eneta#an harga dan #romosi$ 'yarikat ini meru#akan sebuah #erniagaan yang berasaskan roti dan kek yang mem#unyai bebera#a "a(angan$ Haji Abdul ahim !akery mula berta#ak di !ukit !eruntung dan meluaskan #asarannya ke !andar )asik Puteri dan !andar *ountry Homes$ Haji Abdul ahim !akery semakin menda#at #erhatian di kalangan #elanggan dengan menyediakan kek dan #astri mengikut "itarasa #elanggan dengan harga ber#atutan$ Penyelidik akan membuat analisis terhada# "am#uran #emasaran yang dijalankan oleh syarikat ini dan akan men"adangkan #enambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat ini untuk menentukan sasaran #asaran yang te#at yang mendorong syarikat mengekalkan #restasi dan tembusi #asaran melalui "am#uran #emasaran *am#uran Pemasaran meru#akan gabungan elemen yang harus ditera#kan dalam sesebuah #erniagaan untuk terus maju$ *am#uran Pemasaran membantu organisasi menghasilkan #roduk yang memenuhi ke#erluan dan kehendak "itarasa #elanggan$ *am#uran #emasaran adalah kombinasi #embolehubah #emasaran untuk membentuk strategi dan sko# #emasaran dalam sebuah #erniagaan$ 'esebuah #erniagaan harus mengambil kira man+aat dari #roduk yang dihasilkan dan sejauh mana kebergantungan #elanggan terhada# #roduk tersebut$ ,lemen "am#uran #emasaran boleh mem#engaruhi #ermintaan terhada# #roduknya$ Permintaan #elanggan terhada# sesuatu #roduk boleh berubah mengikut em#at elemen iaitu #roduk& harga& saluran agihan dan #roduk$ 1

Upload: nurul-natasha

Post on 01-Nov-2015

886 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PBS PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM 2015

TRANSCRIPT

960116-14-5972

1.0 PENGENALANPenyelidik telah memilih sebuah organisasi iaitu syarikat Haji Abdul Rahim Bakery kerana campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat tersebut sesuai untuk tujuan kajian ini. Kajian ini meliputi tiga elemen yang berikut iaitu produk, penetapan harga dan promosi. Syarikat ini merupakan sebuah perniagaan yang berasaskan roti dan kek yang mempunyai beberapa cawangan. Haji Abdul Rahim Bakery mula bertapak di Bukit Beruntung dan meluaskan pasarannya ke Bandar Tasik Puteri dan Bandar Country Homes. Haji Abdul Rahim Bakery semakin mendapat perhatian di kalangan pelanggan dengan menyediakan kek dan pastri mengikut citarasa pelanggan dengan harga berpatutan. Penyelidik akan membuat analisis terhadap campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat ini dan akan mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat ini untuk menentukan sasaran pasaran yang tepat yang mendorong syarikat mengekalkan prestasi dan tembusi pasaran melalui campuran pemasaranCampuran Pemasaran merupakan gabungan elemen yang harus diterapkan dalam sesebuah perniagaan untuk terus maju. Campuran Pemasaran membantu organisasi menghasilkan produk yang memenuhi keperluan dan kehendak citarasa pelanggan. Campuran pemasaran adalah kombinasi pembolehubah pemasaran untuk membentuk strategi dan skop pemasaran dalam sebuah perniagaan. Sesebuah perniagaan harus mengambil kira manfaat dari produk yang dihasilkan dan sejauh mana kebergantungan pelanggan terhadap produk tersebut. Elemen campuran pemasaran boleh mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Permintaan pelanggan terhadap sesuatu produk boleh berubah mengikut empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan produk.Produk merupakan barangan atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada pembeli. Usahawan haruslah menghasilkan produk secara fizikal yang boleh menarik perhatian dan menepati kehendak pengguna meliputi aspek kepelbagaian produk, kualiti, rekabentuk, ciri-ciri, jenama, pembungkusan, saiz, perkhidmatan, jaminan dan pulangan. Keluaran ditakrifkan sebagai apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemilikan, penggunaan untuk digunakan dan yang memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Dalam erti kata lain, keluaran termasuk objek fizikal, perkhidmatan, orang, idea, tempat, organisasi atau campuran semua entiti ini. Sesuatu keluaran yang ditawarkan di pasaran terdapat dalam bentuk barangan, perkhidmatan, idea atau campuran dari ketiga-tiganya.Harga adalah amaun wang yang dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan keluaran seperti yang dinyatakan dalam buku Kotler P., Armstrong G. Diterjemah oleh Ghazali Jaffar, Norjaya Mohd Yasin, Ahmad Azmi Mohd Ariffin. Prinsip Pemasaran. Edisi Kelapan. Prentice Hall : Malaysia, 2000. Keputusan meletakkan harga adalah amat penting di dalam pembentukan strategi pemasaran. Apabila harga dapat ditentukan dengan baik, maka hasilnya ialah pertambahan dalam jualan, imej keluaran akan meningkat, kedudukan keluaran dalam pasaran bertambah baik dan perhubungan awam bertambah erat. Penentuan harga mesti berhubungkait dengan keputusan keluaran, pengagihan dan promosi. Ini kerana harga meletakkan nilai ke atas keseluruhan aktiviti pemasaran yang ditawarkan kepada pengguna. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Federation of Malaysian Manufacturers (1998), mendapati masalah-masalah utama pemasaran yang dihadapi merangkumi dari aspek penetapan harga iaitu harga yang ditetapkan tidak mempunyai standard tertentu, penetapan harga tidak mengambil kira kos-kos yang mempengaruhi harga dan mengakibatkan keuntungan yang diperolehi adalah rendah. Patten D dalam bukunya Successful Marketing For small Busniess, 2nd e.d London : Kogan Page Limited, 1993 menganggap promosi merupakan anak kunci kepada perancangan strategik iaitu sebagai penggerak di dalam elemen-elemen pemasaran. Promosi merupakan keseluruhan set aktiviti yang mengkomunikasikan produk, jenama, produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Ideanya adalah untuk mewujudkan kesedaran, perhatian dan menimbulkan keinginan untuk membeli produk yang mereka sukai. Campuran promosi sesebuah syarikat adalah penggunaan perantaraan seperti pengiklanan, perhubungan awam, jualan persendirian, promosi jualan dan pemasaran terus. Promosi merupakan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak pengeluar untuk mewujudkan satu saluran maklumat bertujuan untuk menperkenalkan produk baru atau untuk mengekalkan pelanggan setia terhadap sesebuah syarikat. 2.0 OBJEKTIF KAJIANSyarikat Haji Abdul Rahim Bakery dikaji melalui aspek-aspek berikut:2.1 Mengkaji campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery untuk mencapai matlamat perniagaan. 2.2Mentaktif elemen campuran produk dari segi atribut, penjenamaan dan lini produk bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

2.3 Menentukan kaedah penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah Titik Pulang Modal (TPM) dan harga berasakan nilai bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

2.4 Menganalisis strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam yang dijalankan syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

3.0 LATAR BELAKANGPenyelidik telah memilih untuk membuat analisis campuran pemasaran syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Syarikat ini mempunyai empat cawangan di Bukit Beruntung, Bandar Tasik Puteri dan Bandar Country Homes. (Rujuk Lampiran 1). Satu lagi cawangan terletak di Pulau Pinang dengan mengunakan nama kedai yang berbeza. Syarikat ini menawarkan produk berasaskan kek dan roti pelbagai jenis mengikut kategori dan keperluan pelanggan. Syarikat ini mula beroperasi sejak 31 Mac 2005 di No 11-G Jlan 5/1 Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. (Rujuk Lampiran 2). Waktu syarikat ini beroperasi memudahkan orang ramai datang dan membeli produk iaitu syarikat ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kek dengan caj yang berpatutan. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery ialah perniagaan yang menjalankan pembuatan dan pengedaran produk berasaskan bakeri seperti aneka jenis kek dan roti. Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik dikawasan perumahan iaitu antaranya di Bandar Country Homes, Rawang mendorong perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk setempat. Syarikat ini merupakan syarikat turun temurun dari keluarga. Hasil temubual saya bersama pengurus syarikat iaitu Pn Mizani yang menyatakan bahawa nama kedai tersebut merupakan nama bapanya. Suatu masa dahulu bapanya turut terlibat dalam perniagaan yang sama sebelum diambil alih oleh beliau disebabkan keadaan ayahnya yang uzur.Sebelum mengambil alih dan dalam usaha meneruskan perniagaan ini pengurus syarikat ini iaitu Pn Mizani telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek serta roti. Proses untuk memantapkan diri dengan pelbagai kemahiran berkaitan bidang yang diceburi mengambil masa yang singkat daripada pengalaman berkursus di beberapa buah kedai kek disekitar lembah klang dan mengikuti kursus jangka pendek di institusi swasta.Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk meneruskan perniagaan keluarga serta bagi mempertingkatkan status sosioekonomi, Pn Mizani telah berusaha mengumpul wang daripada pendapatan bulanan yang diperolehi dan telah berjaya membeli sebuah oven, sebuah heavy dutycake mixer dan beberapa peralatan lain yang berkenaan. Ini adalah sebahagian daripada langkah mentranformasikan kaedah pembuatan kek dan roti secara moden dengan menggunakan mesinSelain daripada itu, hasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan bakeri yang halal untuk pelanggan beragama Islam juga telah menjadi pendorong kepada pengurus iaitu Pn Mizani untuk menceburi bidang perniagaan untuk mengembangkan industri hub halal Malaysia. Seterusnya, juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.Visi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery adalah untuk membuka sebuah galeri kek popular yang menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan bentuk. Selain membuka sebuah kedai yang menjual kek dan roti yang dijual dengan harga yang berpatutan. Misi syarikat ini pula ialah memastikan orang Islam mempunyai pilihan alternatif dalam membeli produk berasaskan bakeri yang diyakini halal. Berlandaskan motto Halalan Toyyiban yang membawa maksud halal dan bersih, ianya dapat menarik minat pelanggan daripada kalangan orang Islam khususnya membeli produk yang dijual tanpa was-was. Selain daripada itu, ianya dapat menjadi pencetus kepada usahawan yang berbangsa India Muslim khususnya untuk menceburi bidang yang berbeza. Setiap perniagaan mempunyai gaya pengurusan yang berbeza, keperluan untuk menjadi usahawan yang berjaya juga haruslah dilengkapi dengan persediaan awal seperti penyediaan rancangan perniagaan, pelan pemasaran, sumber modal dan sebagainya yang ditulis oleh A. M. Azmi, O. Nik Hairi, L. Kuan Yee dalam buku Faktor Kritikal Kejayaan Usahawan dalam Perniagaan. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusian.Halaman 34-45, 2012. Strategi Pengurusan dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery adalah berasaskan keyakinan bahawa pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di syarikat ini adalah dengan mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan di kalangan para pekerja. Di samping itu, syarikat turut memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi aspek latihan pembuatan dan pengeluaran produk di samping latihan pengurusan dan pemasaran. Syarikat ini juga memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja diberi perhatian melalui sesi khas dalam mesyuarat bulanan di mana perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja diadakan bagi mengatasi dan memperbaiki segala kelemahan. Pengurus syarikat ini sentiasa bersedia dengan risiko yang tidak dijangka kerana persediaan dibuat dalam belanjawan pada setiap akhir tahun dan berusaha untuk mendapatkan mengatasi segala kekurangan.Pengetahuan tentang campuran pemasaran dalam aspek pemasaran khususnya strategi campuran pemasaran adalah penting kepada usahawan bagi menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. Ini disokong oleh B. Nazimah , dalam buku Elemen-elemen pemasaran Yang Membantu Kejayaan Perniagaan Usahawan Bumiputera. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn : Tesis Sarjana, 2001 yang mengatakan bahawa perkembangan dan pengetahuan tentang strategi pemasaran bukanlah ilmu yang bersifat statik tetapi sentiasa berkembang dan perlu di perbaharui dari semasa ke semasa. Jelas disini bahawa syarikat Haji Abdul Rahim Bakery menggunakan pendekatan campuran pemasaran mengikut tuntutan pasaran melalui keperluan produk, kaedah penetapan harga dan promosi yang dijalankan. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery sentiasa melakukan penyeragaman keatas semua cawangannya terhadap elemen campuran pemasaran yang sesuai. Pendedahan kepada ilmu pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran membolehkan syarikat mengetahui strategi campuran pemasaran secara terperinci dan memahami situasi yang memerlukan mereka menggunakan strategi campuran pemasaran yang bersesuaian dengan jenis perniagaan yang dijalankan.

4.0 KAEDAH KAJIANBeberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Kaedah yang berlainan digunakan untuk untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah betul dan tepat. Dalam kajian ini, data yang digunakan adalah dengan menggunakan data primer dan data skunder yang dianalisis secara kualitatif. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat.Kajian kualitatif ditafsirkan sebagai kaedah penyelidikan yang bukan melibatkan pengiraan oleh Nik Safiah Karim dan Arbak Othman dalam Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, Shah Alam: Oxford Fajar, 2005. Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk mengkaji ciri-ciri, sifat-sifat, keadaan dari kualiti setiap produk yang dikaji.Data primer didefinisikan sebagai data yang dikumpulkan sendiri oleh individu atau oleh suatu organisasi secara langsung dari objek yang diteliti dan untuk kepentingan kajian yang berkaitan yang dapat berupa pemerhatian atau mendapatkan maklumat secara perbualan bersemuka. Definisi data primer diakses pada 27 Jun 2015 dari http://www.pengertianahli.com. Data primer digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat secara lebih tepat yang terperinci. Penggunaan data primer membantu dalam menyelesaikan persoalan tentang produk yang dikaji dengan lebih jelas.Data Sekunder didefinisiskan sebagai data yang diperoleh atau dikumpulkan dan disatukan oleh kajian-kajian sebelum ini atau yang diterbitkan oleh pelbagai agensi-agensi lain. Biasanya sumber tidak langsung berupa data dokumentasi dan arkib-arkib rasmi. Definisi data sekunder diakses pada 27 Jun 2015 dari http://www.pengertianahli.com. Data Sekunder digunakan oleh pengkaji dalam mendapatkan maklumat tambahan dan gambar-gambar produk yang dipasarkan oleh syarikat yang dikaji.Instrumen digunakan untuk melaksanakan penyelidikan, pengkaji telah menentukan instrumen kajian sebelum memulakan kajian. Instrumen kajian dipilih daripada alat yang sedia ada, diubahsuai daripada alat yang diperoleh atau dibina sendiri. Instrumen kajian dalam penyelidikan melibatkan proses pembinaan soalan-soalan untuk menebual pengurus syarikat bagi mengetahui maklumat yang berkaitan objektif yang dikaji. Terdapat beberapa instrumen yang telah digunakan untuk menjalankan kajian iaitu temubual, rujukan perpustakaan, jurnal, laman sesawang dan pemerhatian.Temubual merupakan sesi temubual langsung dengan pihak tertentu untuk mendapatkan maklumat. Pengkaji telah menemubual pengurus syarikat Haji Abdul Rahim Bakery bagi mendapatkan maklumat berkaitan campuran pemasaran yang dijalankan untuk mencapai matlamat perniagaan. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat dimana pengurus syarikat adalah individu yang mengetahui segala pengerakkan dalam perniagaan. Pengkaji telah menemubual pengurus mengikut jadual yang dirancang oleh pengkaji dan pengurus untuk memastikan pengurus dapat memberi komitmen semasa pengkaji ingin mendapat maklumat tentang campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Tujuan utama temubual adalah untuk mengenalpasti kaedah bagi perlaksanaan setiap elemen campuran pemasaran untuk mencapai sasaran pasaran. Temu bual dijalankan dengan mengajukan soalan spontan kepada pengurus syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Data yang diperolehi direkod dan dianalisis secara manual. Temubual bersama pengurus dijalankan mengikut pada tarikh yang ditetapkan. Dapatan kaedah ini dibentangkan dalam bahagian latar belakang dan dapatan kajian yang merangkumi empat objektif sebagai bahan bukti yang menyokong kajian ini. Kaedah pemerhatian digunakan untuk memerhatikan situasi setiap proses berjalan mengikut aturan secara sistematik dan terancang. Kaedah ini direkod dalam dapatan kajian dalam menjelaskan cara penghasilan produk yang berkualiti dan promosi melariskan produk yang dijalankan berdasarkan objektif kajian. Pemerhatian yang direkodkan mengikut elemen iaitu proses penghasilan produk dari sudut kepentingan kualiti dan keseragaman, proses penetapan harga oleh pengurus mengikut kategori yang telah ditetapkan dan kaedah promosi yang digunakan untuk memasarkan, memperkenalkan produk sama ada yang sedia ada atau produk baru untuk menarik dan mengekalkan pelanggan. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini untuk memenuhi objektif pertama dan ketiga dari kajian yang dijalankan.Dalam kaedah ini pengkaji telah menggunakan pelbagai rujukan dari perpustakaan seperti buku dan majalah. Pengkaji turut merujuk kepada kertas kerja Sharifah Yuhayu dan Suzana, 2013 di Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah yang berjudul Kajian Sorotan Kepentingan Pengetahuan Campuran pemasaran di dalam bidang keusahawanan. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini untuk menjelaskan pengenalan campuran pemasaran. Turut digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan definisi atau frasa yang berkaitan produk, penetapan harga dan promosi yang dijalankan untuk dimiuatkan dalam dapatan kajian mengikut objektif kajian. Pengkaji telah merujuk jurnal pengurusan oleh Sofiah Md. Auzair, Rozita Amiruddin, Ainun Abdul Majid dan Ruhanita Maelah yang bertajuk Hubungan Strategi Perniagaan dengan Perakaunan Pengurusan: Satu Kajian di Organisasi Perkhidmatan Malaysia, dalam Jurnal Pengurusan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Malaya, halaman 45-52, 2013.Laman sesawang digunakan oleh pengkaji dalam mendapatkan data dan maklumat yang berkaiatan. Pengkaji turut mendapatkan maklumat secara aktif dengan merujuk di laman rasmi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery iaitu http://hajirahimbakery.blogspot.com/, https://hajibakery.wordpress.com dan http://www.majalah.com/?business:haji-abdul-rahim-bakery. Laman sosial perniagaan Haji Abdul Rahim Bakery ialah https://www.facebook.com/hajibakery/. Maklumat yang terdapat di laman perniagaan mendedahkan tentang latar belakang perniagaan, produk yang diniagakan dan tawaran-tawaran hebat menjelang musim perayaan atau cuti sekolah. Maklumat yang didedahkan bertujuan supaya pelanggan tertarik dengan konsep yang ditawarkan. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang, bilangan produk yang dihasilkan dan kaedah promosi yang dijalankan.Instrumen-instrumen yang digunakan oleh pengkaji banyak membantu dalam mendapatkan maklumat tentang elemen campuran pemsaran yang diamalkan oleh syarikat yang dikaji. Data atau maklumat yang diperoleh dimuatkan dalam latar belakang, pengenalan dan dapatan kajian oleh pengkaji. Pengkaji mrnggunakan pelbagai instrumen bagi memastikan ketepatan dan kesahihan terhadap maklumat yang diperoleh.

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery untuk mencapai matlamat perniagaan.Campuran pemasaran umumnya merangkumi 4 aspek iaitu produk, pengedaran, penetapan harga dan promosi. Dalam pengkaji menjalankan kajian ini pengkaji telah memilih tiga daripada aspek-aspek berkenaan iaitu produk, penetapan harga. Produk merujuk kepada sesuatu yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan inovasi yang dicetuskan oleh seorang usahawan. Produk yang dihasilkan akan dapat dipasarkan apabila telah melalui proses penyelidikan bagi memastikan produk tersebut tidak memudaratkan dan memberi manfaat kepada individu yang membelinya. Perancanagan yang teliti amat diperlukan untuk memasarkan sesuatu produk supaya khasiat dan manfaat tersebut dapat dinikmati oleh individu yang mengunakannya.Proses penetapan harga adalah berkait rapat dengan gaya penawaran harga di pasaran bagi produk yang dijual. Mempunyai pelbagai kaedah dalam menetapkan harga yang relevan setanding dengan kualiti produk yang dipasarkan. Harga yang diletakkan pada sesuatu produk berperanan mempengaruhi pelanggan sama ada untuk memilikinya atau sebaliknya.Promosi adalah satu langkah untuk memancing pelanggan supaya tertarik dengan umpan yang ditawarkan. Terdapat pelbagai kaedah dalam memastikan produk yang dijual mendapat perhatian dipasaran. Promosi mampu mengubah fikiran pelanggan dalam membuat keputusan pembelian produk yang ditawarkan. Promosi boleh dijalankan bagi produk yang kurang laris atau produk yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran. Selain itu, promosi juga dijalankan oleh sesebuah organisasi atau syarikat dalam memasarkan produk dan keluaran baru.Sebelum membuka sesuatu perniagaan banyak faktor perlu diambil kira untuk memastikan perniagaan berjalan lancar dan mencapai matlamat organisasi. Premis perniagaan ini terletak di kawasan perumahan yang berkepadatan sederhana tinggi. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada meliputi telekomunikasi, bekalan elektrik dan air telah lama lengkap. Pusat perniagaan Bandar Country Homes dikatakan kawasan yang strategik kerana terletak di pusat bagi masyarakat setempat mendapatkan keperluan. Walaupun ruang kedai yang terhad ia masih dapat mempamerkan produk dengan baik dan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery memiliki beberapa peralatan asas yang dibeli secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan perniagaan pada masa ini. (Rujuk lampiran 3).Pn Nur Mizani Binti Abdul Rahim, iaitu pengurus bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery berusaha menerapkan elemen-elemen campuran pemasaran dalam menjalankan perniagaan dan mengembangkan perniagaannya secara meluas. Konsep campuran pemasaran merupakan satu kaedah khusus dalam merangka strategi pemasaran bagi memastikan produk yang dibuat atau dipasarkan diterima oleh masyarakat.Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery memasarkan produk berasaskan kek dan roti. Kek terbahagi kepada beberapa jenis seperti kek perkahwinan dan kek hari lahir. Turut disediakan roti lebih dari 30 variasi dan perisa sumber diakses dari http://hajirahimbakery.blogspot.com/ pada 1 Julai 2015. Perniagaan ini juga turut menyediakan perkhidmatan penyediaan dessert table atau juga dikenali sebagai candy corner atas permintaan ketika majlis-majlis tertentu seperti majlis pertunangan atau majlis hari jadi. (Rujuk lampiran 4)Menentukan harga barangan atau produk merupakan satu proses yang agak sukar. Idea asal dari pengarang petikan Majumdar R. 2007, Product Management in India (3rd Ed.). New Delhi; Prentice-Hall of India Private Limited. Syarikat ini menetapkan harga melalui beberapa kaedah dan kaedah yang digunakan adalah berbeza mengikut cawangan. Harga ditentukan selepas melalui beberapa penilaian sama ada mengikut kesesuaian peletakan lokasi perniagaan, pesaing mengikut kawasan atau meletakkan harga sekadar untuk mendapatkan semula modal membuat produk tersebut. Harga yang berpatutan serta mengikut harga pasaran yang bukan sahaja menguntungkan penjual tetapi ianya juga menguntungkan para pembeli kerana mampu memperoleh produk yang memenuhi kehendak kata pengurus kepada pengkaji semasa seisi temubual dijalankan pada 7 Jun 2015 di Haji Abdul Rahim Bakery cawangan Bandar Country Homes. Pelbagai idea dikeluarkan oleh pengurus bagi memasarkan produk melalui pelbagai cara. Syarikat ini menjalankan promosi dengan memberi tawaran istimewa menjelang hari-hari perayaan bagi menggalakkan jualan. Selain itu syarikat ini juga membuat promosi dengan menyediakan potongan harga kepada pelanggan setia dan pelanggan yang membeli kek atau roti sampai kepada satu amaun yang ditetapkan. Pengkaji berpendapat bahawa sikap pengurus syarikat ini yang sangat positif mendorong perniagaan ini terus berkembang maju. Pengurus syarikat ini bersikap sangat berinisiatif terhadap perniagaan, pekerja dan pelanggan. Melalui pemerhatian pengkaji pengurus syarikat ini sentiasa memastikan semua produk dan projek perkhidmatan penghantaran berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

5.2 Campuran produk berdasarkan attribut, penjenamaan, lini produk syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

5.2.1 Campuran produk berdasarkan attribut Pengkaji mengkaji elemen campuran produk dari segi atribut, penjenamaan dan lini produk yang diamalkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Penekanan dari aspek atribut adalah ditekankan melalui produk yang dijual di syarikat Haji Abdul Rahim Bakery secara khusus iaitu kek dan roti. Produk-produk yang dihasilkan menjadi asas dalam pembangunan perniagaan tersebut. Atribut produk merangkumi beberapa aspek iaitu penekanan terhadap mutu produk yang dikeluarkan. Perhatian diberikan terhadap mutu produk dari sudut kualiti bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk. Bahan mentah dipilih oleh pengurus dengan mengenalpasti pembekal yang dapat membekalkan pelbagai kelengkapan serta bahan-bahan mentah membuat kek, roti dan pastri. Bahan mentah dipesan daripada pembekal yang sama bagi memastikan kualiti yang sama. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery mengambil bahan mentah dari syarikat Bagus Baking Solution Center, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Pengurus turut mandapatkan bahan mentah dari pembekal House Of Ingredients, Sri Damansara dan Bibun Food Sdn Bhd, Selayang Bharu. Pengurus sangat mementingkan kualiti produk dan dijamin halal. Antara bahan mentah yang dipesan dari Bagus Baking Solution Centre adalah bahan asas untuk membuat roti dan kek seperti tepung dan marjerin. Di samping itu, Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery mendapatkan bahan hiasan kek seperti buah ceri dan buah beri biru daripada Bibun Food Sdn Bhd. Manakala House of Ingredients pula membekalkan alatan seperti nozzle (Rujuk lampiran 5) , kotak, platform, lilin dan aksesori yang berkaitan.Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dikaji mengikut kategori iaitu tea-time cake, happy bithday cake, breads, cookies, pie, cupcake, muffin, mini tart dan weeding cake. Antara produk yang dihasilkan dalam kategori tea-time cake adalah buttercream slice cake. Syarikat ini menyediakan kek dalam potongan bagi pelnggan yang mengemari konsep berkenaan. Slice cake dihidangkan sepanjang masa walaupun ianya tergolong dalam kategori tea-time cake. Permintaan yang tinggi dari pelanggan terhadap buttercream slice cake menjadi faktor pengkaji memilih produk tersebut untuk dikaji dengan lebih terperinci. Bukan sahaja persembahan produk yang menarik malah rasanya yang sedap membuatkan buttercream slice cake mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Walaupun pada mulanya idea dan resepi ini hanya dibuat di cawangan pertama syarikat ini iaitu di Bandar Tasik Puteri tetapi berjaya diperluaskan ke semua cawangan melalui latihan dan pengajaran teknik merealisasikan resepi dengan sempurna kepada semua pekerja oleh pengurus syarikat Haji Abdul Rahim Bakery iaitu Pn Nur Mizani. Birthday Cake adalah menjadi asas kepada bakery ini kerana sebelum syarikat ini berkembang dengan pelbagai kategori kek, roti dan pastri, syarikat ini hanya bermula dengan perkhidmatan membuat kek hari lahir. Kini terbit pelbagai gaya dalam penghasilan kek hari lahir. Antara gaya persembahan produk kek hari lahir yang diketengahkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery adalah dalam bentuk animasi seperti angry bird, mickey mouse, cinderella, frozen dan pelbagai lagi. Turut ditampilkan kek hari lahir yang formal untuk hidangan golongan dewasa. Menurut pengurus syarikat Haji Abdul Rahin Bakery kek hari lahir adalah antara produk yang paling banyak dihasilkan mengikut purata bulanan. Kebanyakan pelanggan yang datang lebih gemar menempah kek mengikut citarasa mereka sendiri.Roti adalah produk yang dihasikan melalui inspirasi pengurus syarikat Haji Abdul Rahim Bakery sendiri iaitu, Pn Mizani. Produk ini dihasilkan hasil daripada idea pengurus yang mahu mengembangkan segala ilmu tentang pembuatan roti dan kek yang dipelajari suatu masa dahulu. Dengan langkah menghasilkan roti bukan sahaja ilmu yang dipelajari tidak lapuk ditelan zaman malah ianya dapat menambahkan keuntungan syarikat. Chocolate Swirl Bun merupakan antara roti yang paling laris berbanding roti yang lain. Walaupun Chocolate Swirl Bun merupakan produk baharu yang diperkenalkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery tetapi permintaan terhadap produk ini sangat menakjubkan. Persembahan produk yang kemas, reka bentuk roti yang kreatif dan teknik penghasilan roti yang bagus membangkitkan nama produk sehingga menjadi produk sandaran utama syarikat Haji Abdul rahim Bakery.Cookies atau biskut dihasilkan dan dipasarkan oleh syarikat ini mengikut musim. Seperti syarikat Haji Abdul Rahim Bakery membuka tempahan kepada orang ramai menjelang perayaan hari raya. Biskut raya yang dihasilkan hanya mengikut tempahan. Biskut bukan dalam kategori produk sedia ada tetapi ianya 100% mengikut tempahan dalam tempoh yang ditetapkan. Tempoh tempahan dihebahkan dalam laman sosial syarikat iaitu https://www.facebook.com/hajibakery. Pelbagai biskut dihasilkan dengan harga yang berpatutan.Chocolate Moist Cupcake merupakan salah satu produk syarikat Haji Abdul Rahim Bakery yang termasuk dalam kategori cupcake. Chocolate Moist Cupcake merupakan antara cupcake yang paling menonjol antara cupcake yang lain. Ciri yang paling menonjol yang terdapat pada produk ini adalah rupa yang menarik dan toping kacang hazel yang memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Chocolate Moist Cupcake merupakan produk insipirasi daripada sebuah kedai bakeri di negara London. Idea untuk menghasilkan produk dengan lebih menarik timbul apabila pengurus pergi melancong ke luar negara sambil melihat perkembangan produk syarikat-syarikat bakeri disana.Wedding Cake dipasarkan dalam bentuk produk sedia ada dan melalui tempahan mengikut citarasa pengguna. Kek ini memerlukan kemahiran yang sangat penting kerana terdapat pelbagai elemen yang rumit. Elemen yang rumit adalah seperti fondan kek yang licin dan ketebalan yang sama, proses piping bentuk khusus seperti bunga, daun atau corak bebas. Corak bebas pada kek bermaksud corak yang melibatkan bentuk batik atau bentuk geometrik (Rujuk Lampiran 6). Mini tart dipesembahkan dalam rupa yang sama tetapi perisa yang berbeza. Antara perisa yang menjadi permintaan adalah perisa strawberi dan beri biru (blueberry). Syarikat ini juga mempersembahkan mini tart dalam perisa unik yang lain seperti tart telur, tart blulee nenas, tart oren berkopi dan tart buah. Tart mini jarang dibuat oleh pengurus untuk dijual. Tart mini akan dibuat apabila terdapat doh yang berlebihan atau bahan mentah yang hampir tarikh luput. Tart ini jarang dibuat kerana risiko tarikh luput yang terlalu cepat dan kebimbangan produk tidak habis dijual sebelum tarikh luput. Tart mini mesti dijual 3 hari dari hari tart tersebut dihasilkan.Apple Pie adalah satu-satunya jenis pai yang dijual di kedai Haji Abdul Rahim Bakery . Apple Pie dihasilkan untuk menambahkan variasi produk dalam syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Apple pie adalah hasil cetusan idea salah satu pelajar tahun akhir diploma yang pernah membuat praktikal di kedai tersebut. Pengurus mengambil keputusan untuk mengekalkan produk tersebut kerana keunikannya. Penghasilan produk ini menjadikan syarikat ini mempunyai kelainan daripada syarikat pesaing yang beroperasi di lokasi berdekatan. Aspek yang turut terlibat dalam atribut produk adalah ciri yang terdapat pada produk yang dihasilkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Idea untuk menonjolkan persembahan produk adalah penting bagi memastikan kehendak pelanggan dapat dipenuhi. Produk yang bervariasi membolehkan pelanggan yang datang mempunyai banyak pilihan. Hal ini bukan sahaja dapat memenuhi citarasa pengguna malah turut memberikan pulangan yang lumayan kepada perniagaan. Keseragaman menjadi tunggak kepada komitmen dalam menghasilkan sesuatu produk. Langkah yang paling bijak diambil oleh pengurus syarikat Haji Abdul Rahim Bakery adalah dengan menghantar pekerja-pekerjanya ke kursus latihan dalam menghasilkan kek yang berkualiti secara konsisten. Kursus dihadiri oleh pekerja secara berperingkat di Bake With Yen di No 33 Lorong Haji Taib Satu, 50350 Kuala Lumpur. Kursus secara supaya pekerja konsisten dari sudut penggunaan bahan tanpa pembaziran dan sukatan yang sama adalah sangat penting untuk menjaga kualiti rasa kek atau roti yang dihasilkan. Kelas bakeri penting bagi menambah ilmu berkaitan teknik betul dan resipi yang boleh digunakan untuk mempelbagaikan jenis kek untuk jualan. Jika tidak berguru dengan orang yang mahir, pasti tidak diketahui teknik serta panduan bermula dari awal membuat kek hingga menyimpannya. Keseragaman rasa dan reka bentuk dapat mengekalkan kepercayaan pelanggan setia terhadap produk dan syarikat tersebut.Selain itu reka bentuk produk turut menjadi teras bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dalam menerapkan campuran pemasaran produk berasaskan atribut produk. Pengurus syarikat ini percaya bahawa reka bentuk pada kek dan roti yang dihasilkan sangat penting kerana ianya memberikan pandangan pertama kepada pelanggan yang datang ke kedai tersebut. Reka bentuk yang dihasilkan adalah hasil gabungan beberapa produk yang sedia ada di pasaran. Inovasi reka bentuk kek dan roti juga turut dihasilkan berdasarkan ilham tersendiri terang pengurus kepada pengkaji.

5.2.2 Campuran produk berdasarkan penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan. Pembungkusan sesuatu produk berfungsi sebagai bekas yang akan memuat dan melindungi produk supaya selamat dan tidak rosak. Petikan diolah dari petikan Kotler P., Armstrong G. Diterjemah oleh Ghazali Jaffar, Norjaya Mohd Yasin, Ahmad Azmi Mohd Ariffin. Daripada buku Prinsip Pemasaran. Edisi Kelapan. Prentice Hall: Malaysia, 2000.

Penjenamaan produk dapat dipamerkan melalui peletakan istilah, tanda nama, simbol yang dikaitkan dengan identiti syarikat. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery mempunyai istilah yang tersendiri iaitu Everlasting Taste dengan slogan We Serve You With The Finest Ingredients Tanda nama syarikat ini adalah Haji Abdul Rahim Bakery. (Rujuk lampiran 7). Indentiti syarikat ini jelas ditonjolkan melaui konsep Cake House dimana kebanyakan pelanggan datang untuk menempah kek bebas mengikut citarasa mereka. Langkah penjenamaan produk diambil oleh pengurus setelah mengkaji peletakan pasaran setiap cawangan yang mendapat sambutan yang amat mengalakkan sama ada penduduk setempat mahupun luar kawasan. Penjenamaan produk bertujuan untuk membezakan sesuatu produk pengeluar dengan pesaing-pesaingnya di pasaran. Pembungkusan adalah faktor yang sangat penting bukan sahaja sekadar memasarkan produk tetapi bagi menarik pengguna supaya memilih produk yang dipasarkan itu.

Pembungkusan melibatkan aktiviti mereka bentuk dan mengeluarkan bekas atau pembungkus untuk sesuatu produk. Pembungkusan dalam syarikat Haji Abdul Rahim Bakery adalah bertujuan untuk menyimpan dan melindungi produk, menarik minat pembeli untuk membeli melalui grafik yang menarik pada kotak kek. (Rujuk lampiran 8). Elemen-elemen tertentu yang terdapat dalam pembungkusan adalah terdapat dalam saiz dan bentuk mengikut kesesuai kek atau roti yang dibeli, penggunaan warna yang padan dengan pemasaran produk berasaskan kek dan roti dan tanda perniagaan. Pembungkusan inovatif yang dihasilkan oleh syarikat ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk mengatasi pesaing tetapi ianya merupakan satu strategi dalam menarik pelanggan yang melihat imej bungkusan dari luar. Pengurus syarikat menyatakan bahawa di dalam persekitaran pemasaran pembungkusan merupakan peluang untuk penjual mempengaruhi pembeli.Aspek yang turut ditekankan oleh pengurus syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dari sudut kebersihan dan kesihatan. Keselamatan produk dikawal dengan penggunaan bahan yang mesra alam seperti penggunaan kotak untuk pembungkusan kek dan roti. Penggunaan kotak bukan sahaja menjamin produk dari tercemar malah ianya juga boleh dikitar semula. Kebersihan diterapkan dari mula proses penghasilan produk hinggalah ke proses pembungkusan dan pelabelan. Kawasan khas untuk aktiviti pembungkusan dan pelabelan disediakan disatu ruang khas dalam kedai tersebut. Melalui pemerhatian pengkaji kawasan tersebut kelihatan sangat kemas, kering dan bersih. (Rujuk lampiran 9).Pelabelan merupakan sebahagian daripada pembungkusan yang mengandungi maklumat bercetak atau bersama produk. Petikan dari pengarang A. Sazelin, penulisannya dalam Keupayaan Pemasaran Dalam kalangan Pengusaha Kecil Makanan halal di Melaka Tengah : Satu Kajian Awal. Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2009. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery turut mencetak maklumat tentang produk termasuk nama produk, bahan yang digunakan, berat atau bilangan kandungan dan logo halal pada kotak bungkusan untuk rujukan pelanggan. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery memastikan kesegaran produk terjamin melalui penetapan tarikh luput yang dipaparkan pada setiap bungkusan untuk rujukan pelanggan. Melalui perbualan pengkaji dengan pengurus syarikat tentang penetapan tarikh luput, pengurus memaklumkan bahawa tarikh luput ditetapkan berdasarkan bahan yang digunakan dalam sesuatu kek atau roti tersebut. Tempoh luput bagi kek adalah maksimum tiga hari dan aneka roti ditetapkan tarikh luput selama seminggu dari tarikh produk dihasilkan. Jika produk tersebut mempunyai 1 hari berbaki untuk luput maka pengurus atau pekerja pada masa itu akan membuat jualan murah untuk melariskan roti atau kek tersebut. Langkah ini adalah langkah yang paling efesien untuk mengurangkan pembaziran. Penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan adalah penting untuk menjaga kepentingan nama syarikat. Pengurus memutuskan bahawa beliau juga harus menyusun strategi dengan memasarkan produk yang pelbagai dengan tidak menumpukan satu produk sahaja iaitu kek. Ini bagi memastikan perniagaan bertahan lama di pasaran walaupun menerima saingan dari syarikat perniagaan berasaskan kek, roti dan pastri yang lebih besar. Dengan ini produk yang terhasil lebih bertahan lama, lebih banyak dan lebih berkualiti.

5.2.3 Campuran produk berdasarkan lini produk.Konsep lini produk ingin diterapkan oleh Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dalam mempelbagaikan keluaran produk agar pelanggan mempunyai banyak pilihan. Antara usaha yang ketara dilaksanakan oleh syarikat ini untuk mevariasikan produknya adalah dengan mencipta satu resepi baru bagi setiap sukuan tahun. Resepi dihasilkan melalui gabungan idea pengurus dan pekerja-pekerja yang berkemahiran di syarikat tersebut. Resepi yang baru setiap sukuan akan dimuat naik dalam laman sosial syarikat dan laman rasminya iaitu http://hajirahimbakery.blogspot.com/ dan https://www.facebook.com/hajibakery/ untuk memaklumkan kepada pelanggan yang sentiasa mengikuti perkembangan produk syarikat ini supaya tidak melepaskan peluang untuk memilikinya. Idea atau resepi yang baru dihasilkan bukan sahaja untuk untuk menarik pelanggan tetapi ianya merupakan satu usaha untuk menwujudkan produk baru dipasaran. Penekanan lini produk oleh syarikat ini berfokus kepada komposisi produk itu sendiri. Komposisi produk ditampilkan melalui keseragaman dalam menghasilkan penghasilan kek dan roti. Keseragaman produk dicapai melalui proses pemberian latihan dan kursus kepada pekerja supaya dapat melaksanakan kerja dengan betul dan seragam. Pada mulanya segala tugas sentuhan terakhir (finishing touch) pasti akan dilakukan oleh pengurus dahulu sebelum produk dipamerkan. Tetapi selepas menyedari bahawa tugasan yang banyak semakin membebani beliau maka langkah pemberian latihan kepada pekerja telah diberikan. Tujuan latihan dan pendedahan diberikan adalah supaya hasil kek atau roti yang dihasilkan memenuhi tuntutan reka bentuk asal produk. Melalui temu bual saya bersama pengurus syarikat, beliau telah memberitahu bahawa syarikat tersebut tidak bergantung sepenuhnya kepada mesin dan teknologi terbaharu bukan kerana kekurangan modal untuk memiliki mesin-mesin yang memudahkan proses pembuatan kek dan roti. Sebaliknya, syarikat ini mengamalkan gaya tradisional dalam proses menghasilkan roti seperti menguli doh menggunakan tangan, membuat elemen-elemen yang kecil pada kek mengunakan gaya tradisional. Walaupun cara ini kelihatan rumit tetapi bagi pengurus yang sangat berpengalaman ini ianya adalah sangat berbaloi. Bagi pendapat pengurus cara tradisional yang diamalkan bukan sahaja membuatkan produk yang dihasilkan sedap dan lembut malah dapat melatih pekerja-pekerja membuat kerja secara cekap dan tidak hanya bergantung kepada teknologi mesin pengadun dan sebagainya. Turut ditekankan adalah aspek kebersihan setiap kali hendak memulakan proses menghasilkan produk melalui cara tradisional.Walaupun kebanyakan cawangan Haji Abdul Rahim Bakery terletak dikawasan perumahan tetapi pengurus sentiasa membuat pemantauan ke atas lokasi dan kekerapan pelanggan yang datang berkunjung. Langkah ini dilaksanakan bagi memasarkan produk yang sesuai mengikut tempat yang menjadi tumpuan ramai. Pengurus perniagaan ini amat mengutamakan kualiti produk dengan menggunakan bahan-bahan mentah bermutu tinggi. Hasil pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa syarikat ini mempunyai beberapa produk yang mempunyai ciri rupa lini produk yang mana produk-produk dalam kategori ini adalah dalam usaha untuk diketengahkan kepada pasaran utama pelanggan. Antara produk yang diberi perhatian adalah chocolate swirl bun, chocolate moist cake, mini tart, apple pie, buttercream slice cake dan raisin cookies. Manakala kek yang diberi tumpuan adalah birthday cake dan tempahan kek perkahwinan yang datang dari pelanggan yang mempunyai pelbagai citarasa yang berbeza. (Rujuk lampiran 10).

Bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang pengurus untuk menghasilkan resepi, membuat produk memasarkan dan mengembangkan perniagaannya. Maka syarikat ini memerlukan sokongan dan bantuan sampingan bagi memastikan perniagaan beroperasi dengan jayanya. Syarikat ini mempunyai 6 orang pekerja mempunyai kemahiran yang berbeza dalam bidang yang sama iaitu penghasilan kek dan pastri. Kelebihan yang terdapat pada pekerja-pekerja ini telah mendorong syarikat ini bebas menghasilkan idea dan reka bentuk kek dan roti yang tersendiri. Pekerja-pekerja ini turut dihantar ke kursus dan pengajian jangka pendek bagi mengukuhkan bakat dalam kemahiran masing-masing. Pekerja-pekerja ini ditempatkan di cawangan yang berbeza mengikut keperluan penghasilan kek dan roti. Pekerja-pekerja yang berkerja mempunyai kemahiran dalam menghias muffin dan kek, kemahiran dalam memilih bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan kek atau roti dan kemahiran dalam menggunakan teknik yang efektif dalam menghasilkan produk yang berkualiti Terdapat pekerja yang berkemahiran dalam membuat dekorasi kek (Cake Decorating). Hasil perbualan saya dengan beliau, beliau memberitahu bahawa dekorasi kek adalah salah satu hasil seni dengan sedikit usaha, kreativiti dan pertolongan peralatan kecil ini, sebiji kek bulat atau persegi yang biasa akan bertukar menjadi sebiji kek yang elegan, hebat dan di kagumi. Teknik dekorasi kek menggunakan kaedah memicit (piping) adalah satu cara yang paling kreatif dalam menghias kek. Pekerja yang berkemahiran diperlukan untuk menggunakan pelbagai bentuk dan saiz muncung (nozzle) untuk menghasilkan hiasan seperti bentuk kelopak bunga, daun, jalinan bakul, rumput, pokok, hati, dan bintang. Terdapat juga pekerja yang mempunyai kemahiran dalam memilih aising yang sesuai seperti aising yang sering di gunakan untuk kaedah memicit adalah dari jenis Buttercream icing (aising krim mentega), Butter icing (aising mentega) dan Royal icing (aising royal). Salah seorang daripada pekerja syarikat Haji Abdul Rahim Bakery mahir dalam kaedah-kaedah untuk menghasilkan kek. Misalnya, membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain. Gabungan semua kemahiran yang ada pada pekerja yang berlainan bukan sahaja dapat menghasilkan produk yang berkualiti malah dapat mengeratkan hubungan kerja sepasukan dan berkongsi kemahiran masing-masing.

5.3 Kaedah penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah Titik Pulang Modal (TPM), berasaskan pesaing, berasaskan harga psikologi dan harga berasakan nilai bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.KAEDAH PENETAPAN HARGA

Menentukan harga barangan atau produk merupakan satu proses yang agak sukar. Hal ini kerana, penentuan harga sesuatu barang atau perkhidmatan akan bersandarkan kepada kualiti, kuantiti, keperluan atau kehendak pengguna serta kemampuan pengeluar dalam membekalkan produk tersebut dan kemampuan pengguna untuk membeli atau membayar produk tersebut. Petikan diolah dari pengarang buku Managing New Product and Process Development iaitu Clark K.B & Wheelwright S.C. 1993.. New York; The free Press.Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan price-follower atau harga pasaran iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain. Proses penetapan harga adalah amat penting kerana ianya memberi tanggapan pengguna ke atas harga dan nilai sesuatu produk yang dihasilkan tersebut.

5.3.1 Kaedah penetapan harga berdasarkan kosSyarikat perlu meletakkan harga yang akan meliputi kos pengeluaran, pengagihan, penjualan dan pada masa yang sama menghasilkan pulangan yang setimpal dengan usaha dan risiko yang ditanggung. Kos sesebuah syarikat merupakan elemen yang sangat penting dalam strategi penentuan harga. Syarikat yang mempunyai kos yang terendah dapat menetapkan harga yang rendah dan akan menghasilkan jualan dan keuntungan yang lebih. 5.3.1.1 Kaedah penetapan harga berdasarkan Titik Pulang Modal (TPM)Analisis titik pulang modal ialah satu teknik perakaunan yang membantu pihak pengurusan menilai sesuatu rancangan perniagaan serta membuat keputusan yang bijak. Hong Lia Wan, Tee Kok Bin dan Lim Yoke Kim, Halaman 296-299, 2003. Ungu Masteri SPM Prinsip Perakaunan. Shah Alam, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Titik pulang modal (TPM) menunjukkan sama ada sesuatu rancangan perniagaan wajar dilaksanakn atau tidak dan sama ada keuntungan atau kerugian yang dihasilkan. Pada titik pulang modal, jumlah hasil jualan adalah sama dengan jumlah kos. Ini bermakna tiada untung atau rugi didapati pada titik ini.

Rajah 1 menunjukkan lakaran keluk analisis titik pulang modal

Kaedah penetapan harga beasakan kos mengunakan konsep Titik Pulang Modal (TPM) diamalkan oleh syarikat ini untuk melariskan produk yang kurang laris. Konsep ini diterapkan apabila produk yang dihasilkan hampir tarikh luput maka syarikat ini mengambil langkah untuk menurunkan harga sehingga ke titik pulang modal. Konsep ini menyebabkan syarikat tidak memperoleh sebarang untung dan tidak menanggung sebarang kerugian. Hasil dari jualan produk-produk ini hanya cukup sebagai modal pusingan (rolling income) untuk menghasilkan produk yang sama pada masa akan datang. Analisis ini amat penting untuk mengetahui penawaran dan permintaan menguntungkan atau tidak. Rajah 1 menunjukan analisis Titik Pulang modal. Analisis ini dibuat berdasarkan jumalah kos dan jumlah hasil. Jika jumlah kos melebihi jumlah hasil bermakna syarikat mengalami kerugian kerana hasil yang diperoleh tidak dapat menampung kos. Sebaliknya jika, jumlah hasil melebihi jumlah kos bermakna syarikat memperoleh keuntungan. Titik Pulang Modal terbentuk apabila jumlah kos sama dengan jumlah hasil.

5.3.2 Kaedah penetapan harga berasaskan nilaiSyarikat ini menetapkan harga berasaskan nilai bagi produk-produk yang ditempah oleh pelanggan. Harga yang ditawarkan bagi produk tempahan ini mencecah puluhan ringgit dan harga yang ditawarkan tersebut boleh diturunkan bersandarkan kepada promosi yang dijalankan. Harga yang ditawarkan bagi produk tempahan adalah agak berpatutan mengikut kepada reka bentuk dan kreativiti dalam penghasilan kek tersebut. Hal ini kerana, kreativiti dalam penampilan produk tersebut akan menjadi kunci kepada nilai harga sesuatu produk. Ini menunjukkan bahawa seni halus dan reka bentuk dan kompleks dan cantik akan mampu untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan kerana ianya mampu memenuhi kehendak dan citarasa pengguna itu sendiri. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan yang mana menjadikan keupayaan golongan berpendapatan sederhana dan rendah mampu untuk menempah produk seperti kek mengikut citarasa mereka.

5.3.3 Kaedah penetapan harga produk baru Penentuan harga bagi produk baru merupakan salah satu daripada strategi pemasaran. Harga permulaan ini mudah berubah-ubah dan penetapannya merupakan keputusan yang paling asas dalam campuran pemasaran. Harga permulaan boleh ditetapkan tinggi untuk mendapatkan semula kos pembangunan secepat mungkin atau menetapkan harga yang rendah agar produk berjaya mendapat bahagian pasaran yang besar. Terdapat dua jenis strategi untuk produk yang baru sama ada harga tarahan atau penembusan. Pemilihan kaedah ini berdasarkan objektif penentuan harga perniagaan. Petikan dari buku Jose Silva Ed Bernd, 1998, Kuasa Jualan, Ulu Kelang: MDC Publisher Sdn Bhd. Kaedah penetapan harga produk baru adalah memberi harga pengenalan bagi setiap produk baru yang dikeluarkan oleh syarikat. Kaedah penetapan harga produk baru lazimnya digunakan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakeri ketika mula memasarkan produk baru setiap sukuan tahun. Produk-produk baru keluaran syarikat Hji Abdul Rahim Bakery ini ditampilkan dengan konsep penembusan pasaran. Konsep penembusan pasaran adalah menetapkan harga serendah mungkin untuk meraih pelanggan yang banyak. Perletakkan harga yang rendah adalah untuk meningkatkan permintaan dan pada masa ini untung kurang diutamakan. Teknik ini digunakan kerana syarikat ini mengeluarkan produk berorientasikan buruh dan menggunakan teknologi yang rendah. Kebiasaannya syarikat mengalami kerugian pada tahap pengenalan produk baru menggunakan konsep penembusan pasaran.Apabila penjualan produk telah stabil dan pelanggan mula membuat permintaan syarikat mula dengan konsep tarahan pula iaitu kaedah penetapan harga yang tinggi untuk menunjukkan prestij dankualiti produk yang dihasilkan. Konsep ini mula diterapka apabila syarikat telah memperoleh pulangan modal yang mencukupi daripada hasil ditahap pengenalan. Kedah penerahan dijalankan berorientasikan modal. Pada peringkat ini pelanggan akan mula selesa dengan harga yang ditawarkan walaupun pada awalnya harga yang ditawarkan rendah berbanding selepas penjualan produk tersebut stabil.5.3.4 Kaedah penetapan harga berasaskan pesaingKaedah penetapan harga pesaing dibuat berdasarkan harga yang dibuat oleh pesaing. Dengan kaedah ini, syarikat meletakkan harga sehampir mungkin dengan pesaing yang paling hampir dengannya dari segi kualiti produk dan tempoh pengalaman menceburi bidang perniagaan yang sama. Pesaing bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery terdiri daripada kategori persaingan monopolistik, iaitu pasaran mengandungi ramai pembeli dan penjual yang berdagang di bawah harga yang berbeza. Harga yang berbeza ini berlaku kerana penjual dapat membezakan tawaran mereka kepada pembeli. Pengguna biasanya membuat penilaian produk berasaskan harga yang pesaing kenakan untuk produk yang serupa. Oleh itu, pihak pengurus harus peka dengan harga yang diletakkan oleh pesaing. Harga berasaskan pesaing ditentukan melalui penentuan harga kadar kini iaitu meletakkan harga yang sama, lebih tinggi atau lebih rendah daripada pesaing utama dan penentuan harga bida tertutup pula merupakan penetapan harga sama dengan pesaing. Objektif perniagaan adalah untuk berusaha meningkatkan mutu produk supaya boleh meletakan harga sama dengan pesaing yang mempunyai prestij. Pesaing yang terbaik dikawasan yang sama dijadikan sasaran dan mendorong perniagaan ini berusaha sedaya upaya menandingi pasaing yang terbaik tadi. Nama SyarikatJenis ProdukHaji Abdul Rahim BakerySweet & Sour Cake House

Kek Hari LahirBerat: 1 kgRM 35RM40

Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery menetapkan harga berdasarkan pesaing mengikut konsep harga kadar lini iaitu menentukan harga lebih rendah daripada pesaing. Jurang yang wujud antara harga yang ditetapkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dan syarikat pesaingnya iaitu Sweet & Sour Cake House. Tetapi mengikut analisis pengkaji, pengkaji mendapati bahawa persembahan kek dan tekturnya hampir sama, ini bermakna kedua-dua syarikat ini mempersembahkan kualiti produk yang sama. Lebih berbaloi bagi pengguna jika mendapatkan sesuatu produk yang sama kualitinya dengan harga yang lebih rendah. Faedah-faedah tambahan yang ditawarkan bersama-sama produk bagi mewujudkan perbezaan di antara produk sesuatu syarikat dengan pesaing-pesaingnya seperti khidmat penghantaran. Khidmat penghantaran disediakan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dengan harga RM 4 setiap 1 km, untuk kawasan berdekatan sahaja.

5.3.5 Kaedah penetapan harga mengikut strategi psikologiStrategi penetapan harga psikologi adalah peletakan harga yang menggalakan pengguna untuk membeli dengan berasakan emosi dan menggunakan rasional fikiran mereka.Inspirasi dari buku Nazri Kadir dan Shah Kadir, 2012, Jutawan Gaya Trump, PTS Professional Sdn Bhd. Antara konsep peletakan harga psikologi adalah meletakkan harga dengan angka genap seperti RM 10 atau meletakkan harga dengan angka ganjil seperti RM 9.99 supaya nampak murah.Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery mengikuti pendekatan penetapan harga dengan angka ganjil bagi kategori roti, cupcake dan muffin. Misalnya, harga Chocolate Swirl Bun adalah RM 3.95. Harga sebegini sengaja diletakkan kerana kebanyakan pengguna atau pelanggan hanya melihat angka depan harga. Sedangkan harga yang ditetapkan hampir kepada RM 4 jika dilakukan penggenapan. Selain itu, harga diskaun juga merupakan sebahagian daripada strategi psikologi dalam penetapan harga. Harga diskaun adalah harga tawaran yang lebih rendah daripada harga asal yang diberika kepada pengguna kerana sebab-sebab tertentu seperti jualan murah dan tawaran pembukaan. Biasanya jumlah diskaun ditetapkan sebanyak 10%, 20%, 30% atau lebih, bergantung kepada jumlah produk yang dibeli.Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery mengamalkan pemberian potongan harga istimewa bagi setiap musim perayaan dan hari hari tertentu. Potongan harga istimewa akan ditawarkan untuk satu jangka masa tertentu. Potongan harga biasanya dijalankan untuk produk yang dikhususkan seperti hamper hari raya.

Hamper hari raya ini mengandungi gabungan pelbagai jenis produk keluaran syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Walaubagaimanapun harga yang ditetapkan untuk sebuah hamper tidaklah mengira dari harga setiap produk tersebut. Harga yang ditetapkan untuk hamper tersebut adalah selepas diskaun bagi keseluruhan produk didalamnya.

5.4 Strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam yang dijalankan syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

Promosi adalah komunikasi maklumat mengenai produk dengan cara yang menarik dan memujuk bagi mempengaruhi pembeli atau pasaran sasaran untuk membeli produk yang dipromosikan. Promosi juga adalah penting kerana ianya memastikan barangan atau produk yang ditawarkan dapat diperlihatkan dan diperdengarkan kepada para pengguna yang memerlukannya. Promosi ini akan mampu menarik perhatian pengguna untuk membeli produk tersebut. Petikan dari Ferrell O.C, Hartline M.D & Lucas G.H, 2002, Marketing Strategy. Australia; South-Western Thomson Learning. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery menjalankan promosi dalam pelbagai bentuk yang bebas seperti mengadakan pakej dan pek istimewa kepada bakal-bakal pegantin. Turut dijalankan promosi terhad mengikut tempoh misalnya pemberian tawaran istimewa menjelang hari-hari perayaan bagi menggalakkan jualan. Segala usaha yang dijalankan bukan sahaja untuk memaksimumkan keuntungan tetapi syarikat ini menghasilkan produk-produk untuk memenuhi citarasa yang diingini oleh pelanggan.

5.4.1 Strategi campuran promosi menerusi pengiklanan.Pengiklanan adalah pengenalan produk yang dikeluarkan tanpa mengeluarkan sebarang bayaran. Pengiklanan merupakan komunikasi daripada pihak syarikat kepada masyarakat umum dan tiada maklum balas daripada individu yang menerima mesej.

Pengiklanan dilakukan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery adalah melalui cetakan fliers. Fliersdiedarkan ke setiap rumah dan kawasan pusat perniagaan berhampiran. Fliers ini diedarkan apabila sesuatu cawangan baru dibuka di kawasan yang baru. Fliers yang diedarkan lengkap dengan maklumat nama penuh syarikat, pemberitahuan cawangan yang sedia, no telefon syarikat bagi setiap cawangan dan produk sera perkhidmatan yang ditawarkan. Cetakan fliers hanya memerlukan kos yang sangat minimum. Usaha mengedarkan fliers adalah bertujuan untuk mempromosikan cawangan yang baru dibuka dan cawangan-cawangan yang sedia adalah di lokasi yang lain. Hasil temu bual saya dengan pengurus syarikat, beliau menyatakan bahawa pengedaran fliers bukan sahaja untuk memperkenalkan kepada penduduk setempat malah pihak syarikat Haji Abdul Rahim Bakery berharap agar fliers tersebut dapat disebarkan kepada saudara-mara dan rakan taulan yang lain.Mengikut analisis pengkaji, pengkaji mendapati kedai Haji Abdul Rahim Bakery ini juga dikunjungi ramai pelanggan walaupun kedai tersebut baru dibuka. Ini adalah hasil dari pengedaran fliers kepada penduduk setempat. Bukan itu sahaja hasil pemerhatian pengkaji, pengkaji mendapati fliers turut diedarkan di pasar besar Bandar Country Homes dan Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes.

5.4.2 Strategi campuran promosi melalui promosi jualanHaji Abdul Rahim Bakery menjalankan pelbagai promosi jualan bukan sahaja untuk memperkenalkan produk yang baharu tetapi bagi menarik pelanggan yang pernah berkunjung ke kedai tersebut untuk terus menjadi pelanggan setia kedai tersebut.

Antara promosi jualan yang dijalankan adalah menyediakan tester atau sampel di kauter jualan bagi setiap produk baru yang dihasilkan. Promosi jualan yang dijalankan melalui hidangan tester memberikan peluang untuk pelanggan untuk menilai produk tersebut sama ada memenuhi citarasa mereka atau sebaliknya. Hal ini menyebabkan setiap produk yang dikeluarkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan. Kebiasaanya pelanggan yang datang sering menanti-nanti produk baru yang dihasilkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Setiap produk dihasilkan, sama ada produk baru atau produk lama yang ditambah baik dilakukan hasil dari maklum balas yang diterima daripada pelanggan yang merasai hidangan tester yang disediakan.Mengikut analisis pengkaji, pengkaji mendapati bahawa promosi jualan yang dijalankan sangat membantu perkembangan syarikat ini dari pelbagai aspek. Antara aspek-aspeknya adalah pihak syarikat dapat menambah baik produk sedia ada mengikut citarasa pelanggan.

5.4.3 Strategi campuran promosi menerusi perhubungan awamPromosi melalui publisiti adalah mesej tentang produk yang disampaikan melalui media massa. Oleh kerana bajet pengiklanan semakin menguncup mengakibatkan bajet pengiklanan akhbar dan radio tidak menjadi pilihan usahawan kecil kerana kekangan kewangan. Sebagai kesannya, hari ini internet semakin relevan kerana ia adalah alternatif terbesar menawarkan pengiklanan termurah dan berpanjangan kepada usahawan kecil.

Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery memilih lapangan jalur lebar untuk meluaskan maklumat tentang produk-produk yang dihasilkan. Medium ini digunakan bertujuan utk mewujudkan, mengekalkan dan memperluaskan pasaran bagi sesuatu produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Haji Abdul Rahim. Antara web yang mendedahkan maklumat tentang produk syarikat Haji Abdul Rahim Bakery adalahi. http://hajirahimbakery.blogspot.com/ ii. https://www.facebook.com/hajibakeryiii. https://hajibakery.wordpress.com/2010/09/30/welcome-2-hajis-bakery/ iv. http://www.majalah.com/?business:haji-abdul-rahim-bakery/.

Hasil pemerhatian pengkaji, pengkaji mendapati bahawa laman sosial https://www.facebook.com/hajibakery/ adalah laman yang paling aktif bagi syarikat memperkenalkan produk baru dan juga laman yang memudahkan pelanggan menyatakan komen dan maklum balas terhadap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. 6.0 PENUTUPSecara keseluruhannya, dalam pengkaji menjalankan kajian mengenai campuran pemasaran yang diamalakan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Syarikat ini menjalankan perniagaan dengan mengaplikasikan setiap elemen campuran pemasaran dengan sanga terperinci dalam beberapa aspek. Terdapat 3 daripada 4 elemen campuran pemasaran yang dikaji oleh pengkaji merangkumi maklumat produk dipasarkan, penetapan harga dan promosi yang dijalankan bagi memasarkan produk yang dikeluarkan.Pengkaji mendapati produk yang dihasilkan untuk dipasarka adalah berkualiti. Kualiti produk dinilai dari penelitian sumber bahan mentah yang digunakan dan kaedah yang digunakan dalam menghasilkan roti dan kek. Penetapan harga yang berpatutan mengikut standart yang ditetapkan sendiri oleh pengurus mengikut kategori produk-produk yang dijual. Harga ditetapkan melalui pandangan dari dalam dan luar syarikat demi keuntungan syarikat dan kepuasan pelanggan. Berdasarkan kajian rintis tentang perlaksanaan aktiviti promosi yang dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery, syarikat ini menjalankan promosi mengikut corak permintaan pelanggan terhadap produk tersebut. Syarikat turut menjalankan promosi ketika menjelang musim perayaan dengan membuat produk mengikut tema perayaan berkenaan, contohnya penghasilan kuih raya ketika perayaan hari raya aidilfitri.Disamping itu, terdapat beberapa cadangan yang ingin dikemukan kepada syarikat Haji Abdul Rahim Bakery oleh pengkaji berdasarkan analisis dapatan yang diperoleh. Pengkaji ingin mencadangkan supaya syarikat ini dapat menghasilakan produk dan menjalankan promosi bagi sambutan hari-hari yang khusus seperti hari ibu, hari bapa dan hari guru. Pengkaji juga berharap agar syarikat ini dapat menwujudkan keseragaman dalam semua cawangan melalui papan tanda syarikat yang sama atau uniform pekerja yang seragam. Pengurus syarikat juga boleh menempatkan setiap cawangan seorang pengurus atau pemantau bagi meringankan beban pengurus yang mana terpaksa mengendalikan beberapa cawangan seorang diri. Akhir sekali, bagi pengkaji yang ingin melakukan kajian lanjutan disarankan supaya mengecilkan skop kajian tentang campuran pemasaran. Kajian yang ingin dijanlankan boleh meliputi pelaksanaan kajian tetang produk sahaja tetapi lebih mendalam atau elemen campuran pemasaran yang lain secara lebih terperinci. Hal ini membolehkan gambaran tentang syarikat ini akan menjadi lebih jelas. Tuntasnya, pengkaji berharap agar cadangan yang diberikan dapat membantu syarikat ini untuk berkembang dengan lebih maju. Tambahan, pengkaji berharap pengkaji yang berminat untuk membuat kajian lanjutan mendapat idea dari skop yang dicadangkan.

33