new pengajian perniagaan

53
Mohamad Fazrul Bin Abdul Razak Noorulfatihah Binti Kamisan

Upload: fazrul

Post on 05-Dec-2014

11.066 views

Category:

Education


14 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: New pengajian perniagaan

Mohamad Fazrul Bin Abdul RazakNoorulfatihah Binti Kamisan

Page 2: New pengajian perniagaan

MENU UTAMA

4.1 PERANAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

4.2 PENYATA KEWANGAN

4.3 SUMBER(PEMBIAYAAN) DAN PENGGUNAAN DATA

4.4 PERANCANGAN KEWANGAN (BAJET)

4.5 PENGURUSAN RISIKO DAN INSURANS

Page 3: New pengajian perniagaan

4.1 PERANAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

Suatu proses yang melibatkan perancangan , pengagihan dan penggunaan tenaga manusia,modal (wang tunai) , barangan (aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi. Satu proses melibatkan sesebuah organisasi perlu mengikut langkah-langkah tertentu untuk memperolehi dan seterusnya mengagihkan sumber-sumber berdasarkan kepada keutamaan tertentu.

Page 4: New pengajian perniagaan

1. Sumber-sumber (manusia , wang , bahan-bahan dan masa) adalah terhad.2. Permintaan terhadap sumber-sumber tersebut tidak terhad.3. Terdapat alternatif dalam memperolehi dan menggunakan sumber-sumber tersebut.4. Pengurusan kewangan adalah nadi bagi sesuatu organisasi.5. Sumber-sumber ekonomi tidak dapat digerakkan tanpa pengurusan kewangan yang teratur.

Page 5: New pengajian perniagaan

PERANAN PENGURU

S

Menjadi wakil pembayar &

penerima bayaran

Bertanggungjawab terhadap

penyata kewangan

Memilih saluran

pelaburan terbaik

Menentukan sasaran

kewangan

Mengurus kecairan &

keberuntungan syarikat

Mengurus sumber dana

secara berkesan

Mendapatkan sumber

pembiayaan

Membuat analisis &

perancangan kewangan

Membuat perancangan

kewangan syarikat

Page 6: New pengajian perniagaan

1. Membuat perancangan kewangan syarikat# Termasuk menyediakan belanjawan tahunan , melakukan analisis kewangan mengurus data kewangan secara sistematik dan mengawal kedudukan kewangan.

2. Membuat analisis dan perancangan kewangan# Menganalisis data-data kewangan# Menganalisis jangkaan tren aliran kewangan masa depan

3. Mendapatkan sumber pembiayaan# Apabila syarikat memerlukan pembiayaan modal#Memastikan sumber pembiayaan yang lebih menguntungkan dan kurang memberikan kesan tidak baik kepada syarikat termasuk kadar pinjaman yang tinggi

Page 7: New pengajian perniagaan

4. Mengurus sumber dana secara berkesan# Menilai dan memilih suber pembiayaan yang terbaik.# Menentukan kombinasi pembiayaan yang terbaik.

5. Mengurus kecairan dan keberuntungan syarikat# Menentukan nisbah kecairan yang sesuai# Keperluan membuat pelaburan jangka pendek dengan keperluan memegang tunai aset cair.

6. Menentukan sasaran kewangan# Menentukan sasaran untung.# Ini termasuk menentukan kadar keberuntungan syarikat dan tahap kecairan syarikat serta kemampuan syarikat membiayai kos pegeluaran.

Page 8: New pengajian perniagaan

7. Memilih saluran pelaburan terbaik# Keupayaan mengenal pasti pelaburan yang memberikan

pulangan yang tinggi kepada syarikat.# Ini termasuk keupayaan mengenal pasti pelaburan yang berisiko tinggi dan rendah.

8. Bertanggungjawab terhadap penyata kewangan# Ini termasuk menyediakan dan bertanggungjawab ke atasnya , iaitu disediakan secara benar serta mampu menggambarkan kedudukan sebenar syarikat.

9. Menjadi wakil pembayar dan menerima bayaran# Memastikan segala hutang pembekal dibayar mengikut tempoh had kredit.# Memastikan semua hutang syarikat dikutip daripada pelanggan dalam tempoh yang ditentukan

Page 9: New pengajian perniagaan

BIDANG LAIN

Jabatan Pengeluaran

Jabatan Pemasaran

Jabatan Perakaunan

Jabatan Penyelidikan & Pembangunan

Jabatan Sumber Manusia

Page 10: New pengajian perniagaan

1. Jabatan Pengeluaran# Hubungan perlu untuk memastikan keupayaan pembelian input untuk proses pengeluaran.# Maklumat daripada Jabatan Pengeluaran perlu untuk memastikan pembelian input mengikut piawai yang diperlukan oleh Jabatan Pengeluaran.

2. Jabatan Pemasaran# Hubungan dengan Jabatan Pemasaran perlu untuk mengetahui keperluan Jabatan Pemasaran terutamanya peruntukan untuk mempromosi produk.# Maklumat ini penting kerana promosi juga termasuk dalam kos pengeluaran.

3. Jabatan Perakaunan# Jabatan Kewangan perlu berhubungan dengan Jabatan Perakaunan untuk mendapatkan maklumat tentang kewangan syarikat terutama sekali berkaitan bajet , keberuntungan syarikat , dan juga analisa kewangan syarikat.

Page 11: New pengajian perniagaan

4. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan# Kerjasama ini perlu bagi mengetahui keperluan Jabatan R&D kerana jabatan ini biasanya memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi bagi memastikan produk yang dihasilkan memenuhi kehendak pengguna.# Kegagalan Jabatan Kewangan menyediakan peruntukan yang cukup untuk R&D biasanya menyebabkan produk yang dikeluarkan oleh syarikat sukar berkembang.

5. Jabatan Sumber Manusia# Hubungan ini perlu kerana peruntukan kewangan amat diperlukan oleh Jabatan Sumber Manusia keran asebarang pertambahan pengambilan pekerja baharu adalah bergantung kepada kemampuan kewangan syarikat.# Sebarang perlaksanaan terhadap keperluan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerja juga adalah bergantung kepada keupayaan dan kemampuan jabatan kewangan.

Page 12: New pengajian perniagaan

OBJEKTIFOBJEKTIF

Memaksimumkan keuntungan syarikat

Memaksimumkan keuntungan syarikat

Memaksimumkan keuntungan pemegang

saham syarikat

Memaksimumkan keuntungan pemegang

saham syarikat

Page 13: New pengajian perniagaan

MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN SYARIKAT

MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT

Matlamat ini tidak menyeluruh kerana hanya tertumpu kepada aspek keuntungan sahaja .

Matlamat ini bersifat menyeluruh kerana mengambil kira semua aspek yg berkaitan dgn perniagaan seperti jualan , tanggungjawab sosial , keberuntungan & produktiviti .

Merupakan matlamat jangka pendek kerana hanya memfokuskan kpd keuntungan & mengabaikan nilai semasa wang yg sebenar .

Merupakan matlamat jangka panjang bagi memastikan perniagaan terus berkembang & dpt membentuk imej yg baik .

Syarikat tidak menghiraukan risiko yg akan timbul selagi tindakannya dpt memaksimumkan keuntungan syarikat .

Faktor risiko diambil kira secara serius & mendalam semasa membuat keputusan pelaburan .

Fokus yg berlebihan terhadap aspek keuntungan boleh menjejaskan jangka hayat & prestasi perniagaan .

Jangka hayat perniagaan akan berterusan kerana senua aspek yg berkaitan dgn perniagaan diuruskan dgn baik .

Page 14: New pengajian perniagaan

4.2 PENYATA KEWANGAN

PIHAK BER-KEPENTINGAN

TERHADAP PENYATA

KEWANGAN

Pemilik / pemegang

saham Pelabur/bakal

pelabur/ pemodal

Pembekal/ vendor/ trade

creditors/ pemiutang

Pihak pengurusan

Agensi kerajaan

Kesatuan sekerja/

pekerja/bakal bekerja

Pesaing

Page 15: New pengajian perniagaan

PENDAPATAN PENYATA

PENDAPATAN PENYATA

PENDAPATAN TERTAHAN

UNTUNG BERSIH

BELANJA OPERASI

HASIL OPERASI

UNTUNG KASAR

KOS BARANG

JUAL

JUALAN

Page 16: New pengajian perniagaan

KUNCI KIRA-KIRA

PENYEDIAN KUNCI KIRA-

KIRA

ASET LIABILITIEKUITI

PEMILIK

Page 17: New pengajian perniagaan

PENYATA ALIRAN TUNAI

Satu penyata yang menunjukkan aliran masuk & aliran keluar kesetaraan tunai.Memberi maklumat tentangfaktor-faktor yang menyebabkan perubahan baki tunai syarikat dari tempoh awal hingga tempoh akhirsesuatu laporan kewangan.Tiga elemen penting :

Page 18: New pengajian perniagaan

(a) Aliran tunai daripada aktiviti kendalian # Merupakan aktiviti utama pengeluaran hasil perusahaan dan aktiviti lain , selain daripada aktiviti pelaburan dan pembiayaan.

(b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan # Aliran masuk dan keluar tunai daripada pemerolehan dan pelupusan aset jangka panjang , serta pelaburan lain.

(c) Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan # Aliran masuk dan keluar tunai daripada aktiviti yang menyebabkan perubahan saiz dan komposisi modal ekuiti dan pinjaman perusahaan.

Page 19: New pengajian perniagaan

NISBAH KECAIRAN

Nisbah semasaNisbah cepatTempoh purata masa kutipanPusing ganti masa kutipan

NISBAHPENGGEARAN

Nisbah hutangNisbah liputan belanja faedah

NISBAH KECEKAPAN

Pusing ganti jumlah asetPusing ganti aset tetap

NISBAHKEUNTUNGAN

Margin bersih atas jualanPulangan atas jumlah asetPulangan atas ekuiti

NISBAH PASARAN

Nisbah harga atas keuntunganPendapatan sesaham

Page 20: New pengajian perniagaan

NISBAH KECAIRAN

1. Nisbah kecairan mengukur kemampuan jangka pendek sesebuah syarikat untuk membayar hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah cukup tempoh dan untuk memenuhi keperluan tunai yang tidak dijangka.

2. Dua jenis nisbah yang digunakan dalam analisis nisbah kecairan adalah :

Page 21: New pengajian perniagaan

(a) Nisbah cepat # Nisbah ini menunjukkan kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka pendeknya dengan cepat atau serta merta. # Formula :

Nisbah Cepat = Aset semasa - Inventori Liabiliti Semasa

(b) Nisbah semasa # Nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan liabiliti semasa. # Juga disebut nisbah modal kerja # Nisbah ini digunakan untuk menilai kecairan syarikat atau kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka pendek. # Nisbah semasa yang tinggi menunjukkan kemampuan syarikat membayar hutang jangka pendeknya dalam tempoh kurang daripada 12 bulan. # Formula :

Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa

Page 22: New pengajian perniagaan

NISBAH PENGGEARAN

1. Nisbah yang mengukur peratusan modal yang digunakan serta dibiayai oleh hutang dan pembiayaan jangka panjang.2. Jika nisbah penggeran adalah tinggi , semakin tinggi pergantungan kepada pinjaman dan pembiayaan jangka panjang.3. Sementara itu,semakin rendah nisbahpinjaman , semakin tinggi pergantungan kepada pembiayaan ekuiti.4. Secara tradisinya , semakin tinggi tahap penggearan , semakin tinggi tahap risiko kewangan yang disebabkan oleh ketidakstabilan dalam keberuntungan.5. Formula :

jumlah hutang nisbah hutang = ------------------------------ jumlah aset

Page 23: New pengajian perniagaan

NISBAH KECEKAPAN

1. Pusing Ganti Inventori# Nisbah ini mengukur secara puratanya berapa kali inventori dijual dalam satu tempoh tertentu (biasanya 12 bulan satu tempoh perakaunan).# Nisbah pusing ganti yang tinggi menunjukkan kekerapan syarikat membeli inventori baharu dan ini bermakna jualan adalah baik.# Ini juga menunjukkan kecukupan inventori dan kecekapan pengurusannya.Jika jumlah inventori yang disimpan adalah kecil , pengurusan dianggap baik.# Formula :

Pusing Ganti Inventori (stok)

= Kos Jualan Stok Purata

*Stok purata = stok awal + stok akhir 2

Page 24: New pengajian perniagaan

2. Pusing Ganti Belum Terima# Nisbah ini mengukur berapa kali secara puratanya penghutang boleh dikutip dalam satu-satu tempoh.# Menunjukkan cepatnya aset semasa ditukarkan kepada tunai.Ini juga menunjukkan kecekapan syarikat dalam aktiviti pemberian kredit dan pengutipan hutang.# Semakin tinggi nisbah pusing ganti Akaun Belum Terima maka semakin cekap syarikat dalam mengendalikan penghutangnya.# Formula :

Pusing Ganti Akaun Belum Terima

= Jualan Bersih – Jualan Tunai Purata Baki Penghutang Bersih

Page 25: New pengajian perniagaan

3. Purata Tempoh Kutipan

# Menunjukkan purata bilangan hari untuk mengutip hutang.Tujuannya untuk menilai keberkesanan polisi kredit dan polisi pengutipan yang diamalkan oleh syarikat.# Formula :

# Polisi pengutipan dianggap berkesan jika purata tempoh kutipan sama atau hampir sama panjang masanya yang dibenarkan dalam syarat jualan kredit.

Purata Tempoh Kutipan

= _________365hari_______ Pusing Ganti Akaun Belum Terima

Page 26: New pengajian perniagaan

NISBAH KEBERUNTUNGAN

1. Nisbah keberuntungan digunakan untuk mengukur hasil atau keupayaan operasi sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu.2. Nisbah yang berkaitan dengan keberuntungan adalah :

(a) Margin Untung# Digunakan untuk mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh.# Formula :

pendapatan bersih

margin untung = -------------------------------- jualan

Page 27: New pengajian perniagaan

(b) Pusing Ganti Aset# Digunakan untuk mengukur keberkesanan / keefisienan perniagaan menggunakan asetnya untuk menjana jualan.# Formula :

(c) Pulangan Atas Aset# Mengukur keberuntungan syarikat secara keseluruhan# Formula :

jualan pulangan atas ekuiti = -------------------------------- aset tetap bersih

pendapatan bersih pulangan atas jumlah aset = -------------------------------- jumlah aset

Page 28: New pengajian perniagaan

(d) Pulangan Atas Ekuiti Pemegang Saham# Mengukur keberuntungan syarikat secara keseluruhan# Formula :

(e) Perolehan Sesaham# Mengukur amaun pendapatan bersih yang diperoleh oleh syarikat bagi setiap saham biasa yang diterbitkan.# Formula :

pendapatan bersih pulangan atas ekuiti = -------------------------------- jumlah ekuiti

pendapatan bersih pendapatan sesaham = ----------------------------------- jumlah saham biasa

Page 29: New pengajian perniagaan

(f) Nisbah Harga Perolehan# Mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan perolehan sesaham syarikat.# Ini menggambarkan penilaian pelabur terhadap perolehan syarikat pada masa akan datang.# Formula :

(g) Nisbah Bayar Keluar (Kadar Hasil Dividen)# Mengukur peratusan perolehan syarikat yang diagihkan dalam bentuk dividen tunai.# Syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi akan mencatatkan nisbah bayar keluar yang rendah kerana sebahagian besar daripada pendapatan bersih syarikat akan dilabur semula.# Formula :

Nisbah Harga Perolehan

= Harga Pasaran Saham Biasa Perolehan Sesaham

Nisbah Bayar Keluar

= Dividen Tunai Pendapatan Bersih

Page 30: New pengajian perniagaan

NISBAH PASARAN

1. Nisbah ini menggambarkan tanggapan para pelabur dan orang awam terhadap keupayaan pengurusan syarikat semasa.2. Nisbah yang berkaitan dengan pasaran adalah :

(a) Nisbah Harga / Perolehan (Price /Earnings)# Nisbah ini menunjukkan amaun ringgit yang sanggup dibayar oleh pelabur untuk setiap ringgit keuntungan yang dijanakan oleh syarikat.# Lebih tinggi nisbah ini , lebih menarik saham biasa pada pandangan pelabur.# Formula :

Nisbah Harga / Perolehan (P / E)

= ____Harga Saham___ Perolehan Sesaham

Page 31: New pengajian perniagaan

(b) Nisbah Pasaran/ Buku# Nisbah ini memberi gambaran tentang persepsi pelabur terhadap saham syarikat.# Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur sanggup membayar lebih bagi setiap ringgit nilai buku saham tersebut.# Nilai buku merupakan jumlah ekuiti pemilik yang tercatat dalam Kunci Kira-kira.# Nilai buku sesaham dikira dengan membahagikan jumlah ekuiti pemilik dengan bilangan saham.# Formula :

Nisbah Pasaran/ Buku

= ___Harga Saham___ Nilai Buku Sesaham

Page 32: New pengajian perniagaan

4.3 SUMBER (PEMBIAYAAN) DAN PENGGUNAAN DANA

sumber dana

Mengikut tuntutan

Mengikut jangka masa

Hutang jangka panjang

Huatangjangka pendek

Ekuiti

pinjaman tetapbon saham keutamaan

kredit daganganoverdrafsurat kreditpinjaman jangka pendekpemfaktoranpenerimaan jurubank

terbitan saham biasapendapatan tertahan

Page 33: New pengajian perniagaan

1. Bon# Merujuk instrumen / kemudahan pinjaman iaitu peminjam menerbitkan sekuriti hutang iaitu bon.Penerbit bon berjanji membayar bunga / kupon sepanjang tempoh bon tersebut dan juga membayar pokok pada tarikh matang.

2. Saham Biasa# Syarikat menerbitkan sekuriti / syer yang diterbitkan dijual pada pelabur dan mencerminkan hak pemilihan syarikat.

3. Saham Keutamaan# Saham yang menggabungkan sebahagian ciri-ciri saham biasa dan sebahagian ciri-ciri bon.# Seksyen 4 Akta Syarikat definisikan saham keutamaan sebagai “saham dengan apa-apa pun namanya dipanggil.yang tidak memberikan hak kepada pemegangnya kepada hak untuk mengundi di mesyuarat agung atau kepada apa-apa hak untuk menyertai melebihi amaun yang ditetapkan dalam apa-apa pembahagian sama ada secara dividen atau ke atas penebusan , dalam sesuatu penggulungan atau selainnya”.

Page 34: New pengajian perniagaan

4. Ekuiti# Pelaburan ekuiti merujuk aktiviti pembelian , pemegangan dan penjualan syer syarikat-syarikat awam yang tersenarai atau akan disenaraikan di Bursa Malaysia.# Aktiviti ini dikawal selia oleh Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 , Akta KWAP 2007 dan Polisi Panduan Pelaburan KWAP (IPG).

5. Pinjaman jangka panjang# Kemudahan pinjaman yang diberikan oleh pihak institusi kewangan kepada pelanggan / syarikat dan pinjaman ini dibayar balik dalam jangka panjang (melebihi setahun).Bayaran berkala bunga dan pokok.

6. Debentur# Kemudahan pinjaman jangka panjang dan tidak bercagar.

Page 35: New pengajian perniagaan

1. Overdraf# Kemudahan kepada palanggan mengeluarkan wang lebih daripada baki akaun semasa.

2. Pinjaman berkala# Satu kemudahan iaitu pelanggan / peminjam boleh membayar balik pinjaman dan faedah secara beransur dan jumlah bayarannya sama rata dalam kala tempoh ditetapkan.

3. Pemfaktoran / memfaktor akaun belum terima# Satu kemudahan iaitu pelanggan mendiskaunkan (menjual) invois kepada bank / syarikat pemfaktoran.

4. Nota janji# Satu kemudahan jangka pendek iaitu jumlah bayaran adalah sekali gus pada satu tarikh matang yang dipersetujui oleh kedua- dua pihak peminjam dan pemberi pinjaman

Page 36: New pengajian perniagaan

5. Kredit dagangan# Kemudahan kredit yang diberikan oleh pihak penjual kepada pembeli.

6. Kredit pusingan# Satu perjanjian antara pihak bank dengan pihak perniagaan yang boleh meminjam wang pada bila-bila masa sahaja.

7. Surat kredit# Kemudahan jangka pendek yang diberi kepada syarikat yang menjalankan urus niaga antarabangsa ; merupakan jaminan bank bahawa amaun terhutang akan dijelaskan.

8. Penerimaan Jurubank (BA)# Draf (Bil Pertukaran) yang dikeluarkan oleh pelanggan mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh tertentu pada masa hadapan dan diterima oleh institusi kewangan bagi tujuan pembiayaan perdagangan bone fide.

Page 37: New pengajian perniagaan

9. Trust Receipt# Satu kemudahan pembiayaan yang membolehkan pelanggan menerima hantaran pembelian tempatan atau luar negara sebelum pembayaran bil tampak dibuat.# Membolehkan pelanggan membayar penjual dengan serta- merta.# Membolehkan pelanggan menerima hantaran barangan tanpa perlu membuat pembayaran serta-merta.

10. Pinjaman Berjangka# Pinjaman yang diberi untuk jangka masa yang dipratentukan (tempoh) , dengan pembayaran balik secara ansuran.

Page 38: New pengajian perniagaan

1. Penggunaan dana jangka pendek# Melibatkan perbelanjaan hasil dan digunakan berulang- ulang kali. Contohnya belanja gaji tak langsung sewabangunan dan belanja promosi.

2. Penggunaan dana jangka panjang# Melibatkan perbelanjaan modal. Contohnya belanja membaiki dan menggantikan bangunan atau jentera yang rosak dan belanja memasang mesin atau jentera.

Page 39: New pengajian perniagaan

4.4 PERANCANGAN KEWANGAN (BAJET)

Page 40: New pengajian perniagaan

1. Suatu perancangan kewangan yang menganggarkan penerima tunai dan pembayaran tunai bagi beberapa tempoh yang telah ditetapkan.

2. Contoh : Penerimaan seperti hasil jualan tunai , sumbangan modal (tunai dan lain-lain) dan pembayaran seperti gaji , pembelian bahan atau aset secara tunai dan lain-lain.Jika penerimaan tunai melebihi pembayaran tunai , baki tunai adalah positif dan sebaliknya.

3. Langkah-langkah Penyediaan Bajet Tunai :

• Membuat ramalan jualan.• Membuat anggaran penerimaan tunai.• Membuat anggaran pembayaran tunai.• Tentukan bajet tunai bersih.• Tentukan lebihan (kurangan) tunai.

Page 41: New pengajian perniagaan

Format Bajet Tunai

BUTIR JUN JULAI OGOS

RM RM RMBaki b/b / Baki Awal / Baki - yyy xyx

Penerimaan : Modal xxx xxx xxx

Jualan / Jualan tunai xxx xxx xxx

Penghutang / Kutipan dari penghutang

xxx

xxx

Jumlah penerimaan xxxx xxxx xxxx

Pembayaran : Perabot xxx xxx xxx

Belian / Belian tunai xxx xxx xxx

Pemiutang / Bayaran kepada pemiutang xxx xxx xxx

Sewa / Sewa kedai xx xx xx

Belanja pelbagai xx xx xx

Jumlah pembayaran xxxx xxxx xxxx

Lebihan (Kurangan xxx xxx xxx

**Baki h/b / Baki Akhir /Baki yyy xyx zzz

Page 42: New pengajian perniagaan

1. Peniaga dapat mengukur keupayaan untuk berniaga.2. Penerimaan wang tunai perniagaan dapat dianggarkan.3. Peniaga dapat merancang pelaburan secara teratur sekiranya terdapat lebihan wang tunai.4. Sebagai panduan untuk perbelanjaan sebenar.

Page 43: New pengajian perniagaan

4.5 PENGURUSAN RISIKO DAN INSURANS

1. Risiko di definisikan sebagai kemungkinan kerugian , kemalangan , kelemahan dan keruntuhan. Pengurusan Risiko didefinisikan sebagai pengurusan menyeluruh yang proaktif dalam aktiviti bagi sesuatu program dan kemungkinan menerima kegagalan dalam program berkenaan (Simmons , 1998).2. Pengurusan Risiko ialah proses menggunakan analisis risiko untuk membuat keputusan bagi mencapai objektif bagi sesuatu objek dengan menerima sebahagia daripada

risiko (Powell dan Klien , 1996).

Page 44: New pengajian perniagaan

KEPENTINGAN PENGURUSAN RISIKO

1. Mengawal pembaziran.2. Mengurangkan kos.3. Mengelakkan kerugian.

JENIS RISIKO

1. Risiko yang boleh diinsuranskan.# Mempunyai kekerapan kejadian yang dapat dijangka dan diramal secara statistik# Berpandukan statistik , penginsurans dapat mengira dan menetapkan premium bersesuaian bagi perlindungan terhadap risiko.# Contoh : kebakaran dan kecurian.

Page 45: New pengajian perniagaan

2. Risiko yang tak boleh diinsuranskan

# Kekerapan kejadian yang tidak dapat dijangka secara statistik.# Penginsurans tidak mempunyai statistik untuk meramal kemungkinan risiko itu berlaku dan tak dapat menetapkan premiun.# Contoh : peperangan , gempa bumi pencemaran.

Page 46: New pengajian perniagaan

1. Prinsip ganti rugi# Ganti rugi dibayar adalah untuk memulihkankedudukan si diinsuranskan kepada keadaan asal dan bukan untuk mendapatkan keuntungan.# Contoh : ganti rugi berbentuk tunai , gantian barangan rosak atau hilang pembaikan ,kerosakan dan pembinaan semula bangunan yang terbakar dalam insurans kebakaran.

(a) Subrogasi - si diiinsurans menrima pampasan , penginsurans mengambil semua hak yang ada padanya untuk menuntut kerugian kepada pihak lain.(b) Caruman - sekiranya berlaku risiko , penginsurans akan membayar bahagian masing-masing untuk menyediakan ganti rugi si diinsurans bagi rugi yang dialami sahaja.(c) Insurans limpah - nilai lindungan sesuatu harta yang diinsuranskan melebihi nilai sebenarnya harta tersebut.

Page 47: New pengajian perniagaan

2. Prinsip doktrin punca terdekat# Ganti rugi hanya dibayar kepada si diinsurans apabila kemalangan atau bencana itu berpunca daripada risiko yang diinsuranskan.3. Prinsip kepentingan yang boleh diinsuranskan# Si diinsurans mesti mempunyai kepentingan terhadap harta atau nyawa yang diinsuranskan.# Jika kemalangan atau kerosakan berlaku . Si diinsurans akan mengalami kerugian.4. Prinsip penuh percaya mutlak# Sikap kejujuran antara kedua-dua pihak dalam mendedahkan maklumat berkaitan dengan polisi insurans.# Si diinsuranskan mesti memberikan maklumat-maklumat yang benar mengenai risiko yang hendak diinsuranskan tanpa menyembunyikan sebarang maklumat yang penting apabila mengisi Borang Cadangan.# Jika prinsip ini dilanggar oleh mana-mana pihak , polisi insurans akan menjadi tidak sah dan dapat dibatalkan.Pampasan juga tidak akan dibayar dan premium dikembalikan kepada si diinsuranskan.# Prinsip ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penipuan.

Page 48: New pengajian perniagaan

1. Satu skim insurans berlandaskan prinsip Islam iaitu saling menjamin , apabila sekumpulan peserta bersetuju untuk saling menjamin sesama mereka terhadap kerugian tertentu.2. Sekiranya seseorang individu menyertai skim takaful , individu tersebut bersetuju menderma sebahagian daripada caruman ke dalam kumpulan wang takaful bagi membantu mana-mana peserta kumpulan yang mengalami mana-mana kerugian tertentu.

Prinsip Takaful1. Saling bertanggungjawab2. Saling bekerjasama3. Saling melindungi daripadaa sebarang kesusahan

Page 49: New pengajian perniagaan

1. Perbezaan istilah takaful dan insurans :# Takaful - wujudnya akad ,adanya jual beli# Insurans - kontrak sebagai akad jual beli2. Jual beli memang diharuskan oleh Islam tetapi mesti memenuhi rukun jual beli engikut Muamalah Islam.3. Dalam jual beli mesti ada penjual , pembeli , akad (persetujuan jual beli) dan barang yang dibeli.4. Perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam :

(a) Riba’# Apabila pertukaran wang berlaku antara wang caruman peserta yang sedikit diganti dengan wang manfaat yang dibayar oleh syarikat dengan nilai lebih tinggi.# Wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi.

Page 50: New pengajian perniagaan

(b) Maisar (judi)# Wujud dalam kontrak insurans apabila : - Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya. - Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku. - Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

(c) Gharar (tak pasti)# Kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan , satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan.

Page 51: New pengajian perniagaan

Konsep dan Prinsip Takaful : Pematuhan Syariah

1. Al-Mudharabah# Bermaksud perkongsian keuntungan.Dalam takaful keuntungan dikongsi mengikut nisbah yang dipersetukui barsama antara peserta dan pengendali takaful / syarikat.# Sumbangan peserta (tabarru’) akan dibuat pelaburan.Pelaburan yang dilakukan adalah berlandaskan syara’ dan dilakukan dengan amanah dan syarikat tidak wajib jika tidak memberitahu dimana pelaburan dibuat.# Nisbah pembahagian untung antara peserta dan syarikat berlandaskan persetujuan bersama dan mesti dinyatakan dalam borang perjanjian.# Dalam mudharabah hanya nisbah ditentukan ndan bukan nilai ; bergantung kepada keuntungan.# Faedah daripada konsep mudharabah ialah pembahagian keuntungan yang lebih adil dan mudharabah menjadi pengganti kepada dividen atau bunga / faedah.# Pengiraan mudharabah bermula dari sumbangan dibuat dan dibayar terus kepada peserta.

Page 52: New pengajian perniagaan

2. Tabarru’

# Bermaksud menderma , mencaru , atau memberi sedekah.# Prinsip tabarru’ merupakan teras kepada sistem takaful.# Dalam sistem ini peserta-peserta yang mengambil bahagian akan membuat bayaran kepada dua jenis bayaran iaitu kepada dirinya sendiri dan bayaran derma atau sumbangan yang akan membantu peserta-peserta lain yang ditimpa kesusahan dan bencana.# Oleh itu , wang derma inilah yang akan digunakan oleh syarikat takaful ketika membayar kepada ahli yang ditimpa musibah tersebut.

Page 53: New pengajian perniagaan