pendahuluan proposal kajian tindakan

Upload: mrscekgu

Post on 04-Jun-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 PENDAHULUAN Proposal Kajian Tindakan

    1/2

  • 8/13/2019 PENDAHULUAN Proposal Kajian Tindakan

    2/2

    daripada mata pelajaran Geografi, Sejarah, Kesihatan dan Pendidikan Moral diintegrasikan

    secara bersepadu dalam mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan. Ahmad Mohd Salleh

    (2011) pula menyatakan penyerapan dalam KBSR meliputi dua perkara iaitu pengetahuan

    atau isi pelajaran dan nilai murni. Untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kajian

    Tempatan, guru boleh menggabungjalinan kemahiran bahasa dengan pelbagai kemahiran lain

    yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan membuat proses penyerapan (Ahmad Mohd Salleh,

    2011). Misalnya, jika guru mengajar subtopik Pengaruh Iklim Terhadap Kegiatan Ekonomi

    Penduduk, guru boleh menggabungjalinan kemahiran bahasa dengan kemahiran menyanyi

    dan membuat penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada mata pelajaran Sains, Bahasa

    Melayu, Geografi, Pendidikan Seni dan Muzik diintegrasikan secara bersepadu. Nilai murni

     juga boleh diterapkan, contohnya nilai murni menghargai dan bersyukur dengan iklim yang

    dikurniakan oleh Tuhan. Mok Soon Sang (2009) berpendapat, melalui strategi proses

     penggabungjalinan dan penyerapan ini, murid-murid akan menguasai kemahiran yang

    digabungjalinan, mendapat ilmu pengetahuan dan nilai murni daripada unsur-unsur yang

    diserap di dalamnya.

    Seterusnya, Yusup (1997) dalam kajian yang dijalankan oleh Ng Ying Shya (2004),

    tahun 1980-an telah menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penggunaan alat bantu

    mengajar (ABM). Kewujudan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan KurikulumBersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah menggalakan guru-guru untuk menggunakan

     pelbagai ABM semasa mengajar. Bahan yang baik dan bermutu boleh meningkatkan daya

    ingatan murid (Salihan Siais, 1993). Ahmad Mohd Salleh (2011) menyatakan bahawa antara

    kepentingan penggunaan ABM ialah pembelajaran yang diperolehi lebih bermakna dan murid

     berasa seronok untuk belajar.

    Santos (1994) dalam Alis Puteh (2008) mendapati bahawa guru pelatih sememangnya

    mampu untuk menjadi penyelidik di dalam bilik darjah dengan syarat mereka telah

    menguasai kemahiran-kemahiran menjalankan penyelidikan di samping mempunyai sikap

    yang positif terhadap penyelidikan pendidikan. Oleh sebab itu, pengkaji merasakan perlunya

    melakukan kajian tindakan untuk memperbaiki amalan pengajaran di samping membantu

    memperkembangkan potensi murid-murid bagi melahirkan murid-murid yang berilmu

     pengetahuan dan berakhlak mulia sejajar dengan kehendak ideologi pendidikan kebangsaan.