pendahuluan proposal

Upload: wanierashid

Post on 29-Feb-2016

64 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

proposal kajian tindakan

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik ialah satu bidang ilmu yang menarik dan melatih minda seseorang murid supaya dapat berfikir secara mantik, bersistem dan logik. Seharusnya penekanan awal perlu dilakukan kerana ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi proses penerimaan ilmu matematik yang lebih kompleks kelak Matematik juga merupakan satu bidang yang menyeronokkan dan berkait rapat dengan situasi kehidupan seharian manusia. Kenyataan ini menyuntik diri saya untuk membuka minda generasi kini dengan tanggapan bahawa matematik itu mudah dan bukan sekadar nombor. Kajian ini dilaksanakan adalah kerana kesedaran tentang pentingnya pemahaman konsep pembundaran dalam kalangan murid Tahun 2. Maka ia menuntut saya untuk memikirkan satu jalan penyelesaian agar konsep pembundaran yang mudah ini dapat difahami secara jelas oleh murid-murid. Persediaan alat-alat mengajar adalah satu aspek bantuan yang boleh menolong melahirkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkesan (Nik Ahmad Nik Yaacob,1984). Oleh yang demikian, suatu intervensi telah direka oleh saya berilhamkan pembacaan terhadap beberapa sumber yang diyakini relevan untuk mengatasi masalah ini. Harapan saya, semoga kajian ini membawa manfaat yang besar dalam bidang matematik dan dapat dikembangkan lagi selaras dengan arus pendidikan pada masa akan datang.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

Masalah membundarkan nombor bulat dalam kalangan pelajar telah saya temui setiap tahun sepanjang tujuh tahun pengalaman saya mengajar matematik tahun 2. Saya merasakan satu tindakan perlu diambil memandangkan kemahiran membundarkan nombor bulat bukanlah satu kemahiran yang sukar untuk dikuasai. Tahun ini, untuk kesekian kalinya saya diberikan tanggungjawab mengajar matematik 2 Maju yang terdiri daripada 24 orang murid, 10 orang di antaranya merupakan murid yang tidak tahu membaca, suka bermain, mempunyai rasa rendah diri yang terlalu tinggi dan tidak mahu menumpukan perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, sehingga membuatkan saya merasa sungguh tercabar. Saya cuba mencari punca mengapa mereka bersikap demikian dengan menanyakan pendapat serta pandangan mereka terhadap matematik. Seperti diduga jawapan yang paling banyak diterima ialah belajar matematik susah, tidak faham penerangan guru, terlalu banyak langkah yang perlu dibuat dan susah untuk diingat. Dalam sukatan pelajaran matematik 2, topik pertama adalah Nombor Bulat dan kemahiran membundarkan nombor bulat merupakan salah satu daripada sub topik tersebut.. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah chalk and talk saya dapati murid memang kurang menumpukan perhatian. Walaupun ada yang mampu menjawab soalan-soalan yang saya berikan tetapi apabila ditanya semula keesokan harinya mereka telah lupa. Murid yang dinyatakan ini, tidak dapat membundarkan nombor bulat pada nilai tempat yang dikehendaki. Dapatan ujian Februari juga menunjukkan masalah ini dengan jelasnya. Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar ini tidak menukarkan digit selepas tempat pembundaran kepada sifar menyebabkan jawapan akhir yang diberikan adalah salah. Mereka juga sering terlupa untuk menambah satu kepada nilai tempat yang hendak dibundarkan jika digit di sebelah kanannya bernilai 5 atau lebih. Tambahan pula murid-murid bermasalah dalam kemahiran menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat melibatkan puluh dan ratus terdekat. Namun begitu sebagai seorang guru saya tidak pernah berputus harapan dalam menjalankan tanggungjawab terhadap mereka. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa Mathematics is fun and easy.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Pengaplikasian kurikulum yang terbaru iaitu KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah menuntut agar murid bukan sahaja dapat menguasai 4M iaitu membaca, menulis mengira dan menaakul, malah mengaplikasikan elemen kreativiti dan inovasi, teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK), dan keusahawanan. Sesuai dengan itu, maka ciri - ciri tersebut digarapkan dalam penghasilan intervensi kali ini. Dalam kajian ini, fokus utamanya adalah untuk membantu murid mengatasi kelemahan asas kemahiran membundar yang sepatutnya telah dikuasai berdasarkan pentaksiran yang dibuat disekolah iaitu PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).

2.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian semasa di sekolah berkaitan matematik, ramai guru memberikan respons bahawa kebanyakan murid mengalami kesukaran dan menjadi subjek kritikal dalam pembelajaran mereka. Hal ini kerana penguasaan konsep asas dalam sesuatu topik matematik yang kurang mantap. Contohnya penguasaan konsep bundar kepada murid tahun 2. Topik bundar merupakan pengenalan asas kepada murid-murid kerana mereka tidak pernah mempelajarinya lagi sebelum ini. Membundar ialah sejenis anggaran dalam topik nombor bulat. Membuat anggaran adalah satu kemahiran penting dalam Matematik. Selalunya, kita perlu membuat anggaran tentang nilai-nilai dalam kehidupan seharian kita. Ini juga termasuk anggaran tentang duit, masa, jarak, berat dan sebagainya. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah mencari alternatif lain bagi memudakan lagi proses serta kemahiran pengiraan murid-murid khususnya murid berpencapaian rendah. Model Naik Turun Bukit (NTB) dan kit Luncur dan Tulis (LnT) ini dicetuskan atas rasa bahawa pelajar-pelajar ini tidak boleh diajar melalui kaedah chalk and talk sahaja. Teknik ini diilhamkan daripada ilustrasi naik dan turun bukit menggunakan motosikal diberi nama sebagai kaedah Naik Turun Bukit manakala Kit Luncur dan Tulis terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Papan Tulis dan Kad Luncur. Jalan pengiraan atau teknik untuk menyelesai masalah membundarkan nombor sebenarnya tidak mempunyai jalan pengiraan yang khas. Ia berbeza dengan menyelesaikan empat operasi asas dalam Matematik yang mempunyai jalan penyelesaian yang khusus iaitu bentuk lazim. Bagi topik membundarkan nombor, ia lebih menyarankan murid-murid untuk membuat garis nombor terdahulu dalam proses mencari jawapan. Sememangnya kemahiran menganggar dan membundar menjadi masalah kepada murid-murid. Ini kerana ia memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk menguasainya. Bagi murid lemah, mereka memerlukan bantuan atau pemangkin untuk lebih jelas tentang bundar. Melalui penggunaan model Naik Turun Bukit (NTB) dan kit Luncur dan Tulis (LnT) pengkaji menerapkan penggunaan nombor besar dan nombor kecil beserta langkah-langkah yang telah ditentukan. Pengkaji menekankan peningkatan kemahiran murid dalam membundar bagi memudahkan mereka menunjukkan proses pengiraan dengan betul dan cepat. Fokus utama kajian adalah supaya pelajar dapat menukarkan digit-digit yang berada selepas nilai tempat pembundaran kepada sifar serta dapat menambahkan satu kepada digit yang dibundarkan sekiranya digit yang berada di sebelah kanannya bernilai 5 atau lebih daripada 5.

2.1 Isu Kajian Pengkaji menggunakan instrumen ujian diagnostik, pemerhatian dan temu bual tak formal bagi tujuan tinjauan awal masalah. Pengkaji dapat mengenal pasti beberapa isu yang berkaitan dengan masalah ini: 1. Murid tidak dapat menguasai kemahiran membundar nombor bulat dengan betul. 2. Murid tidak memahami teknik garis nombor yang diajar pada dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu.Tinjauan yang dibuat terhadap murid-murid Tahun 2 Maju menunjukkan bahawa murid lemah pada tahap penguasaan konsep pembundaran dan tidak mampu untuk menghafal petua atau syarat-syarat pembundaran. Tahun 2 Maju terdiri daripada 24 orang murid, di mana 10 orang murid tidak tahu membaca dan sedang mengikuti kelas pemulihan khas serta diklasifikasikan sebagai murid LINUS. Mereka juga merupakan pelajar-pelajar yang sangat lemah penguasaannya dalam mata pelajaran matematik Bagi membuktikan tanggapan ini, pengkaji telah menjalankan tinjauan masalah dengan menggunakan teknik triangulasi iaitu melalui temu bual, analisis dokumen dan ujian yang dilakukan ke atas responden. Tinjauan mendapati bahawa murid masih keliru meskipun telah membuat banyak latihan berdasarkan langkah-langkah dan hafalan syarat-syarat tersebut.

3.0 OBJEBTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran pembundaran nombor bulat hingga 1000 kepada puluh dan ratus yang terdekat dengan menggunakan model Naik Turun Bukit (NTB) dan Kit Luncur dan Tulis (LnT) dalam kalangan murid tahun 2 Maju di Sekolah Kebangsaaan Telok Kumbar.

3.2Objektif Khusus

3.2.1 Objektif khusus kajian tindakan pengkaji adalah: 1. Membantu murid menguasai kemahiran membundar nombor bulat dalam lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat menggunakan model Naik Turun Bukit (NTB) dan Kit Luncur dan Tulis (LnT). 2. Meningkatkan pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat dalam lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat menggunakan model Turun Bukit (NTB) dan Kit Luncur dan Tulis (LnT)..

3.2.2 Persoalan kajian yang dinyatakan oleh pengkaji ialah: 1. Adakah penggunaan model Naik Turun Bukit (NTB) dan Kit Luncur dan Tulis (LnT) membantu murid menguasai kemahiran membundar nombor bulat dalam lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat? 2. Adakah penggunaan model Naik Turun Bukit (NTB) dan Kit Luncur dan Tulis (LnT) berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid melibatkan pembundaran nombor bulat dalam lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 10 orang murid Tahun 2 Maju yang dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam Ujian Diagnostik. Kelas 2 Maju adalah kelas heterogenus yang terdiri daripada murid-murid yang berbeza dari segi pencapaian, mereka antara golongan murid yang bijak, sederhana, dan lemah dalam Matematik. Terdapat seramai 6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Semua murid adalah berbangsa Melayu dan dari latar belakang keluarga yang berpendapatan sederhana.

Jadual 1: Bilangan Taburan Responden Mengikut Jantina dan BangsaBANGSAJANTINAJUMLAH

LELAKIMELAYU

MELAYU6410

Rajah 1 : Peratus Taburan Responden Mengikut Jantina

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan Bagi melaksanakan kajian ini, saya telah menggunakan dan mengaplikasikan model kajian yang diperkenalkan oleh Kemmis & McTaggart (1988) dalam Rosinah Edinin 2011). Berdasarkan model kajian ini, terdapat empat langkah utama yang digunakan. Langkah pertama ialah mereflek (reflect), langkah kedua adalah merancang (plan), langkah ketiga adalah bertindak (action) dan langkah yang terakhir adalah memerhati (observe). Gelung Model Kemmis & McTaggart dapat dilihat pada rajah di bawah.1. MEREFLEK

Model Kemmis & McTaggart

2. MERANCANG4. PEMERHATIAN

3. BERTINDAK

Rajah 2 : Gelung Model Kemmis & McTaggart (1998)

Peringkat 1: Mereflek Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan, saya telah mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 2 Maju dalam tajuk Pembundaran Nombor Bulat. Dengan mengenalpasti masalah ini, saya telah dapat merangka suatu tindakan yang bakal diambil dan mencipta serta mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi.

Peringkat 2: Merancang

Setelah mengenalpasti masalah utama yang dialami oleh murid-murid tahun 2 Maju, saya seterusnya membuat perancangan tindakan untuk mengatasi masalah tersebut. Saya telah melakukan tinjauan literatur dan menentukan objektif serta persoalan kajian yang hendak diselesaikan dalam kajian tindakan ini. Saya juga telah menentukan kumpulan sasaran iaitu seramai 10 orang peserta kajian yang dipilih berdasarkan pencapaian murid dalam Ujian Diagnostik. Setelah itu, saya juga menetapkan instrumen yang hendak digunakan dalam kajian ini iaitu melibatkan Ujian Pra dan Ujian Pos, temu bual dan analisis dokumen. Oleh itu, saya telah merancang untuk membina suatu alat yang dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membundar nombor bulat iaitu yang diberi nama model Naik Turun Bukit dan Kit Luncur dan Tulis.Sebanyak tiga sesi pengajaran dan pembelajaran selama 60 minit setiap satunya juga telah dirancang untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membundar nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat ini.

Peringkat 3: Bertindak

Selepas perancangan dibuat, pengkaji telah mengadakan Ujian Pra bagi mengukur tahap pencapaian peserta kajian sebelum diadakan sesi rawatan. Selepas itu, pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan model Naik Turun Bukit dan Kit Luncur dan Tulis sebagai alat bantu mengajar. Pada setiap sesi itu juga, saya akan mengedarkan lembaran kerja bagi mengukur tahap penguasaan peserta kajian serta mengkaji perkembangan mereka. Setiap perkembangan mereka direkodkan dan dijadikan bukti bahawa proses peningkatan kemahiran telah berlaku. Instrumen temu bual dan analisis dokumen juga dilakukan dalam peringkat ini. Untuk menilai sejauh mana pencapaian peserta kajian. Ujian Pos pula telah diadakan setelah ketiga-tiga sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Peringkat 4: Memerhati

Pada peringkat ini, saya akan membuat suatu pemerhatian berdasarkan hasil dapatan. Ini termasuklah membuat perbandingan secara langsung tentang pencapaian markah setiap peserta kajian berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos. Perbandingan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap kefahaman murid dan menentukan keberkesanan teknik Naik Turun Bukit dan Kit Luncur dan Tulis Nombor.yang diperkenalkan oleh saya dalam membantu murid. Analisis bagi setiap orang peserta kajian juga dibuat berdasarkan kepada hasil lembaran kerja pada setiap sesi rawatan yang telah dijalankan dan hasil jawapan mereka dalam Ujian Pos yang menentukan keberkesanan alat ini. Analisis ini juga mengambil kira pelbagai aspek dan dinilai sudut instrumen kajian yang berbeza iaitu melalui kaedah temu bual dan pemerhatian.

Peringkat 5 : Merefleks

Bagi melengkapkan satu pusingan gelung, refleksi dibuat sekali lagi secara keseluruhan bagi membuat penilaian oleh saya sendiri tentang kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada alat mahupun pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Berdasarkan hasil dapatan kajian, sekiranya saya telah berpuas hati, saya akan menamatkan gelungan ini.

5.1.1Aktiviti aktiviti yang dijalankan Sebanyak dua aktiviti yang telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran membundar dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya.5.1.2 AKTIVITI 1 (Model Naik Turun Bukit)i. Dengan menggunakan model bukit bersama motorsikal mainan, guru menunjuk cara kepada murid bagaimana cara membundar menggunakan model yang disediakan oleh guru dihadapan kelas.ii. Guru memberikan soalan dan meminta murid menggerakkan model kenderaan mengikut rumah nombor yang paling hampiriii. Murid diminta agar membuat pemerhatian adakah model kenderaan tersebut menuruni bukit (bergerak kehadapan) ataupun bergerak ke belakang. Jika kenderaan bergerak ke hadapan murid perlu tambah 1 nilai ditempat yang hendak dibundarkan sebaliknya jika model kenderaan tersebut bergerak ke belakang tidak perlu menambah sebarang nombor.iv. Guru mengemukakan soalan secara lisan untuk menguji kefahaman murid.v. Guru turut menyediakan gamabarajah bukit dan kepingan gambar motosikal untuk diagihkan kepada setiap kumpulan semasa aktiviti berkumpulan dijalankan.654

73

82

91

010

Rajah 3 : Model Naik Turun Bukit dengan motosikal

vi. Setelah muriddapat menguasai kemahiran membundarkan nombor kepada puluh terdekat, guru akan memperkenalkan kit Luncur dan Tulis kepada murid untuk memperkukuhhkan lagi pemahaman mereka.

5.1.3 AKTIVITI 2 (Kit Luncur dan Tulis)Kit Luncur dan Tulis terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Papan Tulis dan Kad Luncur. Kedua-dua alat ini adalah berbentuk maujud dan berukuran 15 cm x 15 cm di mana tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Kit ini adalah bersifat mobail memandangkan saiznya yang sederhana, nipis dan ringan memudahkan murid untuk membawa kit ini ke mana sahaja serta boleh diselitkan di dalam buku tulis murid. Pengkaji menyelitkan unsur warna di mana, menurut Barry (2006), warna dapat mengukuhkan ingatan murid terhadap sesuatu pembelajaran. Papan Tulis adalah bersifat legap dan Kad Luncur pula bersifat lutsinar. Kad Luncur dibina menggunakan plastik berwarna yang lutsinar bagi memudahkan tujuan meluncur dan melakukan proses pembundaran yang betul. Kedua-duanya memainkan peranan yang tersendiri dan telah dirangka bagi menepati kehendak kajian yang hanya dibataskan kepada pembundaran terhadap puluh dan ratus terdekat sahaja. Namun, kit ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian bilangan digit yang digunakan. Papan Tulis ini berfungsi sebagai papan putih iaitu boleh dipadam setelah ditulis menggunakan pen penanda. Jadi, papan ini boleh digunakan secara berulang-ulang kali.

00

Rajah 4 : Kad Luncur Rajah 5 : Papan Tulis

i) Langkah Penggunaan Alat

Contoh: Bundarkan 138 kepada puluh terdekat.

Jadual 2: Langkah Penggunaan Kit Luncur dan Tulis

BilLangkah-langkahRajah Penggunaan

1Salin nombor yang diberikan ke dalam petak berwarna pada Papan Tulis.

183

2Kenalpasti nilai tempat yang ingin dibundarkan dan gariskan digit tersebut.

183

3Luncurkan Kad Luncur di atas Papan Tulis dengan memastikan bahawa garisan pada Kad Luncur berada pada atasan garisan digit yang perlu dibundarkan pada Papan Tulis.

131800

3838100

4Pada bahagian Kad Luncur yang berwarna dan tertutup, murid akan mengaplikasikan petua Miskin, Kaya yang dipelajari dengan mengenalpasti jenis digit tersebut sama ada Miskin atau Kaya. Jika berdigit 0, 1, 2, 3 atau 4, maka digit tersebut adalah digit Miskin. Digit Kayaialah 5, 6, 7, 8 atau 9

Digit pada petak ini iaitu digit 7 perlu ditentukan sama ada Miskin atau Kaya.

1300 80

5Pada bahagian sebelah atas digit yang perlu dibundarkan, isikan ruangan tersebut sama ada perlu ditambah satu (+1) atau dikekalkan (+0).

8Petak untuk ditulis sama ada +0 atau +1+1100301

6Tiga petak sebelah bawah merupakan petak jawapan bagi soalan bundar tersebut. Jumlahkan nombor pada dua kotak sebelah atas ditambah dan tuliskan pada kotak jawapan. Kotak jawapan yang ditutup oleh Kad Luncur tidak perlu ditulis dan hanya diabaikan.

Kotak jawapan akhir 41+1100 831

7Jawapan terakhir akan muncul pada tiga petak jawapan tersebut kerana pembundaran ini hanya melibatkan nombor 3 digit sahaja. Sekiranya Kad Luncur berada pada luar kawasan petak jawapan, maka jawapan tersebut tidak diambil kira. Sekali lagi diingatkan bahawa, hanya digit yang berada pada petak jawapan sahaja akan menjadi jawapan akhir.

13 800+1114 JAWAPAN AKHIR

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

5.2.1 Temu bual

Pernyataan murid-murid 2 Maju sewaktu saya mula-mula memperkenalkan tajuk Pembundaran Nombor Bulat secara umumnya berunsur negatif dan kurang bermotivasi. Hasil daripada temu bual dan berdasarkan jawapan yang diterima oleh pengkaji semasa menemubual sepuluh orang murid ini memperlihatkan bahawa murid Tahun 2 Maju tidak memahami maksud pembundaran dan tidak ingat cara untuk membundarkan sesuatu nombor itu walaupun ianya telah dipelajari semasa mereka Tahun 1 lagi. Hasil temu bual perbincangan tidak formal dengan guru-guru matematik yang berpengalaman di sekolah ini pula mendapati bahawa mereka menggunakan cara atau kaedah yang lebih kurang sama dengan kaedah tradisional iaitu dengan hafalan syarat-syarat pembundaran dan lebih berfokus kepada langkah-langkah membundar berbanding pemahaman konsep bundar itu sendiri. Maka saya cuba berusaha untuk mengaplikasikan metod yang sama iaitu dari segi langkah-langkah membundar namun membuat pengubahsuaian dari segi pendekatan yang digunakan berbanding guru-guru matematik sebelum ini.

5.2.2 Analisis Dokumen

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat berdasarkan tingkah laku murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, didapati bahawa sebahagian besar murid tidak tahu bagaimana untuk membundar dengan betul. Selain daripada itu terdapat murid yang cuai dan tidak membaca soalan sepenuhnya. Maka jawapan yang diberi tidak selari dengan kehendak soalan. Mereka juga masih keliru tentang langkah-langkah pembundaran yang diajar oleh guru menggunakan kaedah tradisional dan sering bertanya semula kepada guru bagaimana cara untuk memulakan pembundaran. Oleh itu, analisis yang dibuat dalam jadual dibawah menunjukkan hasil murid yang dianalisis berdasarkan Ujian Pra.

Berdasarkan jadual, didapati sebilangan besar murid tidak mendapat markah penuh dan kebanyakan jawapan yang diberikan adalah salah. Manakala, lima orang murid didapati melakukan kecuaian sewaktu menulis jawapan dan tidak kurang juga yang cuai dari segi kehendak soalan.

5.2.3 Ujian Diagnostik, Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Tujuannya adalah untuk membantu pengkaji mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan dan mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Selain itu, ia bertujuan membantu saya mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. Berdasarkan ujian-ujian inilah pengkaji dapat merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik dan akhirnya membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap kognitif murid.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis data

Dalam kajian ini, terdapat dua bentuk data yang telah diperolehi iaitu data kuantitatif dan data kualitatif. Data kuantitatif dikutip dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos. Manakala data kualitatif diperolehi berdasarkan soal selidik dan temubual. Maklumat mengenai jantina murid memberikan peratus bilangan pelajar lelaki dan perempuan manakala maklumat mengenai markah dan gred matematik setiap murid adalah untuk melihat peratus keupayaan awal murid. Maklumat tersebut juga digunakan untuk mencari hubungan antara keberkesanan penggunaan model Naik Turun Bukit dan Kit Luncur dan Tulis dengan prestasi murid. Dengan adanya analisis data, sesuatu dapatan dan maklumat dapat difahami dengan lebih mudah dan tepat.

Terdapat data yang diterangkan secara naratif (pengkisahan) iaitu mengenai pemerhatian penyelidik terhadap sikap pelajar semasa aktiviti mnggunakan model naik Turun Bukit dan Kit Luncur dan Tulis dilaksanakan. Data-data yang diperolehi daripada hasil temu bual bersama reponden, analisis dokumen serta Ujian Diagnostik, Ujian Pra dan Ujian Pos seterusnya akan dianalisis dalam bentuk jadual, carta dan graf. Analisis data yang dilakukan dalam kajian tindakan adalah bersifat kuantitatif. (Set A- sebelum penambahbaikan dijalankan) Analisis data Set A/Pra Ujian merujuk kepada dapatan yang diperolehi sebelum penambahbaikan pengajaran dijalankan.Terdapat 2 jenis analisis yang akan dibincangkan meliputi instrumen:a) Data melalui notab) Data melalui temubual awal

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

5.4.1 Jadual Pelaksanaan Jadual 3 : Jadual Pelaksanaan Kajian TindakanBILAKTIVITITEMPOH PELAKSANAAN

1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal2-6 Feb 2015

2Perjumpaan dengan pensyarah7 Februari 2015

3Menulis proposal kajian9-22 Feb 2015

4Merancang tindakan23-28 Feb 2015

5Ujian Pra3 Mac 2015

6Kumpul data ujian pra5 Mac 2015

7Mengenalpasti responden6 Mac 2015

8Perjumpaan dengan pensyarah7 Mac 2015

9Sesi soal selidik bersama responden10 Mac 2015

10Perjumpaan dengan pensyarah28 Mac 2015

11Intervensi bersama responden siri 1 (Melaksanakan tindakan)6 April 2015

12Perjumpaan dengan pensyarah11 April 2015

13Intervensi bersama responden siri 2 (Melaksanakan tindakan)14 April 2015

14Ujian Pos17 April 2015

15Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan20 -27 April 2015

16Refleksi kajian28 April-5 Mei 2015

17Menulis laporan kajian8-18 Mei 2015

18Pembentangan dapatan kajianOktober

13

5.4.2 Carta Gantt Pelaksanaan

Jadual 4 : Carta Gantt Pelaksanaan Kajian TindakanBILAKTIVITIJANFEBMACAPRMEIJUNJULOGOSEPOKTNOVDIS

1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

2Perjumpaan dengan pensyarah

3Menulis proposal kajian

4Merancang tindakan

5Ujian Pra

6Kumpul data ujian pra

7Mengenalpasti responden

8Perjumpaan dengan pensyarah

9Sesi soal selidik bersama responden

10Perjumpaan dengan pensyarah

11Intervensi bersama responden siri 1 (Melaksanakan tindakan)

12Perjumpaan dengan pensyarah

13Intervensi bersama responden siri 2 (Melaksanakan tindakan)

14Ujian Pos

15Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan

16Refleksi kajian

17Menulis laporan kajian

18Pembentangan dapatan kajian

5.4.3 Kos Kajian

Jadual 5 : Kos KajianBILJENIS BAHANKUANTITI X HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1Kertas A42 x RM 9.00RM 18.00

24 helai plastik transparent berwarna 4 x RM 5.00RM 20.00

3Printer Cartridge1 x RM 35.00RM 35.00

4Fotokopi bahan dan laporan kajian-RM 30.00

5Buku Catatan1 x RM 3.50 RM 3.50

JUMLAH RM 106.50

6.0 TINJAUAN LITERATUR Bagi mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan khususnya dalam matematik, ia tidak hanya melibatkan proses pemindahan fakta dari guru kepada pelajar semata-mata. Pelajar mestilah dilibatkan secara aktif bagi membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap isi pelajaran yang di pelajari (Nik Azis, 1992). Pertubuhan matematik professional seperti National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah menegaskan bahawa guru-guru perlu mengembangkan kurikulum matematik di mana pelajar-pelajar digalakkan untuk membina secara aktif kefahaman matematik mereka melalui penyiasatan, menguji hipotesis, membuat anggaran, menyelesaikan masalah, berbincang serta berkongsi idea (NCTM 1989; PPK 1987). Menurut National Council of Teachers of Mathematics juga, Mereka yang faham dan cekap dalam matematik akan mempunyai peluang dan pilihan yang dipertingkatkan dengan ketara untuk membentuk masa hadapan mereka. Satu kekurangan kecekapan matematik memungkinkan peluang mereka tertutup. Istilah Bahasa Inggeris bagi pembundaran iaitu rounding off yang disemak menerusi laman sesawang thefreedictionary.com menerangkan bahawa round off bermaksud menghasilkan round number. Berdasarkan Oxford Advance Learners Dictionary, round number bermaksud sesuatu bentuk angka dalam nombor bulat dan kebiasaannya berakhir dengan 0. Menurut laman mathisfun.com pula, rounding dijelaskan sebagai pengurangan digit tetapi masih hampir dengan nilai asal. Menurut Suraya Othman (2004), berdasarkan kajian yang telah dijalankan, beliau mendapati bahawa murid tidak dapat membundarkan nombor bulat pada nilai tempat yang dikehendaki, murid tidak dapat menukarkan digit selepas pembundaran kepada sifar dan murid sering terlupa untuk menambah satu pada nilai tempat yang dibundarkan apabila digit disebelah kanan bernilai lima atau lebih. Sama seperti yang dinyatakan oleh Cecillia Wong Yick Yim (2012) dalam catatannya yang menjelaskan bahawa murid keliru tentang pembundaran sama ada nombor yang dibundarkan perlu ditambah satu atau dikekalkan dan murid tidak tahu akan cara yang betul untuk menulis nombor selepas dibundarkan. Menurut Vivienne P. Joannou (2006), this method of working out an approximate answer is called rounding off. When we are asked questions to round off a number, we will always be given the state of accuracy with it. Jelas di sini bahawa membundar merupakan kaedah menganggar jawapan bagi sesuatu nombor. Deb Russell (2012) pula menyatakan bahawa hukum penting pembundaran ialah menentukan digit yang ingin dibundarkan dan digit di sebelah kanan. Selain itu, teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget menyatakan bahawa perkembangan intelek kanak-kanak dibahagikan kepada empat peringkat. Salah satu peringkat dalam teori tersebut melibatkan kanak-kanak yang berumur 7 hingga 11 tahun bersamaan tahun 1 hingga tahun 5. Menurut Jean Piaget (1983), pada peringkat tersebut, kanak-kanak tidak dapat menyelesaikan masalah dalam bentuk abstrak atau berbentuk hipotesis. Mereka hanya berkemampuan untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk konkrit sahaja. Kajian Sukri Berawi (2006) turut menyokong teori ini dengan menyarankan guru untuk menyampaikan konsep-konsep asas matematik secara pengalaman konkrit atau bahan maujud. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa bahan yang berbentuk maujud atau konkrit adalah sangat membantu pemahaman dan memberikan kesan mendalam kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran.. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka, ternyata bahawa permasalahannya adalah murid tidak memahami dan tidak menguasai kemahiran pembundaran dengan baik. Menurut Mohd Majid (2004) dalam Munirah (2011), dalam menjalankan satu kajian, adalah penting kepada pengkaji untuk mengenalpasti kumpulan sasaran yang terlibat kerana hal ini akan menentukan bidang masalah yang perlu dikaji. Oleh itu, dengan mengambil kira masalah yang dikemukakan dan hukum pembundaran yang dinyatakan, pengkaji telah mengubahsuai satu alat intervensi yang mana menekankan digit yang ingin dibundarkan dan digit disebelah kanan. Dengan adanya kajian dengan lebih mendalam, proses penyelesaian masalah dalam membundar boleh ditetapkan untuk memudahkan murid-murid. Pengkaji juga telah meneliti beberapa kajian lepas berkaitan tajuk Pembundaran ini. Kajian lepas yang dijalankan oleh Suraya Othman telah memperkenalkan alat intervensi yang diberi nama Kit Nombor di mana bagi tujuan menyelesaikan masalah pembundaran dalam kalangan murid. Kelebihan kit ini ialah murid tidak perlu untuk menghafal petua bundar memandangkan pada kit ini telah disediakan petua tersebut bagi memudahkan proses pembundaran dilakukan. Namun begitu, pengkaji mendapati bahawa terdapat sedikit kelemahan pada alat ini di mana strukturnya yang lebih kompleks dan ruangan untuk menulis jawapan tidak disediakan. Kesannya, sukar bagi murid untuk mempunyai pemahaman yang kukuh dalam pembundaran ini. Jadi, pengkaji telah mengubahsuai satu alat bagi tujuan penyelesaian kepada masalah pembundaran yang dihadapi murid. yang diberi nama Kit Luncur dan Tulis dan Model Naik Turun Bukit.

RUJUKAN

Nik Ahmad Nik Yaacob (1984). Rencana Pendidikan:Panduan Guru Sekolah Rendah.Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya.

Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd

A S Hornby (2000). Oxford Advance Learners Dictionary, 6th Edition. New York: Oxford University Press.

Cecilia Wong Yick Yim (2012). Catatan Teknik Pengajaran Matematik Kepada Murid Lemah oleh Cikgu Wong Yick Yim. Akses dari http://www.slideshare.net/cikguwongyickyim/teknik-pengajaran-dan pembelajaran matematiktahap2?utm_source=slideshow01&utm_medium=ssemail&utm_campaign=share_ lidesho _loggedout. Diakses pada 5 Mac 2015.

Vivienne P. Joannou. (2006). Step-by-Step Maths: Excel Year 7. Green Giant Press, Singapore.

Deb Russell (2012). How to Round Numbers. Akses dari http://math.about.com/od/arithmetic/a/Rounding.htm. Diakses pada 15 Mac 2014.

Sukri Berawi & Victor Jibson (2006). Kajian Tindakan: Penggunaan Kaedah Bahan Maujud dan Kaedah Biasa (Conventional) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menambah Pelajar-pelajar Tahap 1. Sarawak:Institut Perguruan Rajang.

Suraya Binti Othman (2006). Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membundarkan Nombor Bulat Dengan Menggunakan Kit Nombor dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Prihatin. Johor: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd. Yunos.

TheFreeDictionary by Farlex: Round Off. Akses dari http://www.thefreedictionary.com/round+off. Diakses pada 5 Mac 2015.

Munirah. (2011). Meningkatkan Minat Murid Tahun 2 Terhadap Mata PelajaranSains Menggunakan Dam Sains Sebagai Bahan Bantu Mengajar.Terengganu: InstitutPendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail