nota sdp 1

7
Kreativiti dalam SDP Kreativiti Seni dalam Pendidikan Pengenalan Matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) bukanlah bertujuan untuk melahirkan pelajar sebagai pelukis atau pereka semata-mata, sebaliknya ia bertujuan untuk melahirkan masyarakat berbudya khususnya mempunyai imaginatif, kreatif, berdaya reka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik. Dalam kontek pendidikan bersepadu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bertujuan untuk membolehkan pelajar menyedari, memahami dan menghargai peranan seni sebagai satu keperluan dalam urusan hidup, hubungan dengan kejadian alam, kaitan dengan perkembangan sains dan teknologi, aplikasinya dalam industri pembuatan dan rekaan, sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi negara, peluangnya dalam kerjaya serta kesannya terhadap budaya kebangsaan, bidang komunikasi, reakrasi, alam persekitaran dan kehidupan sehari-harian. Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan pergerakan. Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata pelajaran lain. Matlamat Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang mata pelajaran lain. Pengenalan Kepada Warna, Irama Dan Pergerakan Warna, irama dan ruang merupakan unsur yang terdapat dalam persekitaran kehidupan harian kanak-kanak. Melalui unsur-unsur ini pelajar akan lebih seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka digalakkan untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu dengan bimbingan guru. Warna merupakan satu unsur seni yang terdapat dalam mata pelajaran PSV. Warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Semua warna ini wujud dalam persekitaran kita. Contohnya, warna daun, wana pelangi, warna bangunan dan sebgainya. Warna memberikan kesan kepada menusia melalui personaliti, psikologi dan budaya. Warna panas seperti warna merah meggambarkan emosi marah, semangat berani dan juga keceriaan.

Upload: nama-saya-khairi

Post on 16-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Kreativiti dalam SDP Kreativiti Seni dalam Pendidikan Pengenalan Matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) bukanlah bertujuan untuk melahirkan pelajar sebagai pelukis atau pereka semata-mata, sebaliknya ia bertujuan untuk melahirkan masyarakat berbudya khususnya mempunyai imaginatif, kreatif, berdaya reka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik. Dalam kontek pendidikan bersepadu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bertujuan untuk membolehkan pelajar menyedari, memahami dan menghargai peranan seni sebagai satu keperluan dalam urusan hidup, hubungan dengan kejadian alam, kaitan dengan perkembangan sains dan teknologi, aplikasinya dalam industri pembuatan dan rekaan, sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi negara, peluangnya dalam kerjaya serta kesannya terhadap budaya kebangsaan, bidang komunikasi, reakrasi, alam persekitaran dan kehidupan sehari-harian. Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan pergerakan. Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata pelajaran lain. Matlamat Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang mata pelajaran lain. Pengenalan Kepada Warna, Irama Dan Pergerakan Warna, irama dan ruang merupakan unsur yang terdapat dalam persekitaran kehidupan harian kanak-kanak. Melalui unsur-unsur ini pelajar akan lebih seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka digalakkan untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu dengan bimbingan guru. Warna merupakan satu unsur seni yang terdapat dalam mata pelajaran PSV. Warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Semua warna ini wujud dalam persekitaran kita. Contohnya, warna daun, wana pelangi, warna bangunan dan sebgainya. Warna memberikan kesan kepada menusia melalui personaliti, psikologi dan budaya. Warna panas seperti warna merah meggambarkan emosi marah, semangat berani dan juga keceriaan. Warna sejuk seperti warna hijau memberikan kesan emosi yang segar dan nyaman. Ia juga mengambarkan emosi sedih dan sayu. Irama merujuk kepada sesuatu bunyi atau retak berulang. Biasanya irama boleh dinikmati apabila kita mendengar muzik. Dalam kehidupan, kita sering temui pelbagai irama. Contohnya, bunyi tapak kasut orang berjalan, bunyi degupan jantung, bunyi kereta api dan sebagainya. Kanak-kanak juga selalu menghasilkan irama dalam permainan mereka seperti bertepuk, berkawad, mengetuk meja dan sebagainya. Dalam Pendidikan Seni Visual, irama dikaitkan dengan susunan sesuatu corak yang berulang-ulang, susunan sekata yang menampakan pergerakan. Kanak-kanak mula memahami dan mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama semasa mereka menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak, dan sebagainya. Irama dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan lebih tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan, dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti dengan bersemangat dan meningkatkan potensi dan keseronokan mereka. Kanak-kanak merasa seronok melakukan aktiviti seperti menari dan melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif apabila mereka bertindak balas dengan irama yang dimainkan. Gambar 1 : Murid-murid sedang membuat catatan Ruang ialah kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau jarak antara dua objek. Kita memerlukan ruang untuk bergerak dan melakukan aktiviti. Kita juga perlu menggunakan ruang dengan bijak untuk mendapat keselesaan dan keselamatan. Menurut Haward Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, ruang, bentuk, rupa dan yang berkaitan dengannya. Bilik darjah perlu disusun atur dengan baik untuk memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa. Ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hubungan seni, muzik dan pergerakan adalah sebagaimana rajah di bawah. Rajah 1: Seni Dalam Pendidikan Seni (Warna) Muzik (Irama) Pergerakan (Ruang) Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan Di Sekolah Kenneth M Langsing (1973) dalam bukunya Art, Artists and Art Education menyatakan aktiviti pendidikan seni boleh menjadi satu cabang komunikasi. Kebolehan guru memberi penerangan dan penggunaan kaedah yang betul dapat memenuhi keperluan komunikasi pelajar. Guru wajar memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru perlu mahir mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran. Ia juga mengajar murid menangani sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran serta emosi secara proaktif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana aktif. Menurut ahli psikologi kognitif dan ahli teori konstruktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan secara pasif. Mereka membina pengatahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Kanak-kanak akan mendapat pengalaman baharu melalui aktiviti meneroka, mengeksprimen, dan mengolah objek atau bahan. Teori konstruktivisme berhubung rapat dengan perkembangan kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak boleh meluahkan idea secara bebas dan kreatif. Rajah 2 : Pelaksanaan Seni dalam pendidikan di sekolah (Kanak-Kanak Memperoleh Pengalaman) Membina konsep Persepsi Pemahaman Penemuan Kemahiran Proses Pengetahuan Proses Hasil Haward Gardner dalam Teori Keceedasan Manusia (1983), mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan. Kebanyakan pengajaran memberi penekanan kepada kecerdasan linguistik dan logik matematik sahaja. Kecerdasan lain kurang dirangsang. Manusia belajar melalui berbagai cara untuk mencapai kecemerlangan. Mereka akan mengunakan beberapa jenis kecerdasan secara bergabung. Teori ini menyokong pelaksanaan peroses pengajaran dan pembelajaran kreatif berkonsepkan Seni dalam pendidikan. Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah merentasi semua mata pelajaran. Guru mata pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Guru perlu menggalakan murid-murid mengunakan kelebihan diri mereka, menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Pelajar perlu diberi peluang mencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan mewujudkan persekitaran yang menginspirasikan. Tiga unsur utama iaitu warna, irama dan ruang perlu digabungkan dengan baik untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif. Guru perlu tahu menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan menggunakan ruang yang sesuai bagi merangsang minda pelajar semasa proses pengajaran dan pembalajaran. Pelajar akan melibatkan diri secara aktif dan rasa seronok melakukan aktiviti yang dijalankan. Mereka tidak terikat dengan kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru. Gambar 2 : Kanak-kanak sedang melakukan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan menghubungkitkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama dan pergerakan. Contohnya pengajaran mata pelajaran Sains di bawah tajuk haiwan, iaitu haiwan peliharaan dan haiwan liar. Guru boleh membawa pelajar melawat Taman Sains di sekolah untuk melihat sendiri jenis-jenis haiwan yang dipelihara. Pelajar boleh memerhati, membuat catatan mengenai ciri-ciri binatang yang diperhatikan, sama ada dari segi bentuk tubuh badan, warna, saiz dan sebagainya. Demikian juga, pelajar boleh melukis rupa bentuk binatang tersebut. Pelajar diberi peluang untuk melukis dan mewarna haiwan pilih mereka. Mereka boleh menggunakan maklumat hasil daripada pemerhatian yang dilakukan. Guru boleh memberikan bimbingan kepada pelajar yangbermasalah. Murid-murid bebas menggunakan kreativiti mereka memilih dan mencampur warna untuk mendapat hasil yang menarik. Pelajar juga dapat menggunakan daya ingatan dan imaginasi mereka dalam menghasilkan lukisan. Cara ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka. Apabila pelajar selesai menjalankan kajian, mereka boleh membentangkan hasil kajiannya. Pembentangan boleh dilakukan dalam kumpulan. Setiap kumpulan boleh memanfaatkan setiap ruang yang ada. Mereka boleh menggunakan kreativiti sendiri semasa melakukan pembentangan di kelas. Gambar 3: Murid-murid sedang mewarna. Langkah seterusnya ialah setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menari dan menyanyi lagu yang berkaitan dengan haiwan yang mereka kaji. Mereka juga boleh meniru pergerakan haiwan, bunyi haiwan dan sebagainya. Mereka boleh berbincang dengan ahli kumpulan untuk memghasilkan bentuk persembahan yang sesuai dan menarik. Setiap Kumpulan boleh mencipta sendiri irama yang akan mengiringi persembahan mereka. Mereka boleh menggunakan alatan yang ada di sekitar mereka. Mereka juga boleh meneroka bunyi-bunyian yang akan dihasilkan dengan menggunakan kertas, plastik yang dironyokkan, bunyi tapak kasut, bunyi batang penyapu yang dilagakan, bertepuk dan juga menghasilkan bunyi dengan mulut. Pelajar digalakan mencuba dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan semasa mengadakan persembahan. Mereka akan rasa seronok menjalani aktiviti hasil kreativiti mereka sendiri. Dari segi penggunaan ruang pula, pelajar digalakan menggunakan ruang dengan baik. Mereka boleh memilih ruang yang sesuai dengan bentuk persembahan. Sekiranya ruang tidak mencukupi, pelajar boleh mengubah susunan kerusi dan meja. Pengalaman ini banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kreativiti mereka. Secara keseluruhannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri dengan cara memberikan peluang kepada pelajar membuat kajian, catatan, pemerhatian, penerokaan dan sebagainya. Semua ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi, di samping dapat merangsang deria pelajar untuk memahami pengajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan kondusif. Gambar 4 : Kanak-kanak menjalankan aktiviti di luar bilik darjah Kreativiti Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya (Csikszentmihalyi, 2003) dan ia dianggap gabungan unik dan berguna (Sternberg & Lubart, 2003) . Namun begitu, persoalan yang timbul ialah bagaimana untuk menjadi kreatif ? Persoalan ini bukan sekadar dalam kalangan pelajar, malah juga pentadbir, pengurus, pereka dan sebagainya (Nickerson, 2003). Goldberg (2001) menyatakan bahawa paling asas untuk memberikan perhatian terhadap Pendidikan Seni Visual di Sekolah Rendah ialah berkaitan isi kandungan pelajaran dengan proses kreativiti. Beliau menyatakan Pendidikan Seni Visual mempunyai perkaitan dengan budaya pembelajaran. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri, mengalakan kerjasama dan keharmonian kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam kebudayaan bangsa. Gambar 5 : Murid-murid manjalankan aktiviti dalam kumpulan . Ainon dan Abdullah (1996), menyatakan bahawa terdapat beberapa cara dan pendekatan mikro yang digunakan untuk menjana idea kreatif. i. Pendekatan lateral ialah kaedah penghasilan kreatif yang dipopularkan oleh Edward de Bono yang menghasilkan idea luar biasa. Di sekolah, bidang mengambar, membuat bentuk dan rekaan memberikan kebebasan kepada pelajar menerokai proses menerbitkan idea baharu. ii. Kaedah proses kreatif projektif adalah merupakan pendekatan meramal. Dalam pendidikan seni kanak-kanak akan didedahkan tentang cara membuat bentuk dan mencari idea reka cipta baharu. Misalnya, reka cipta model kereta nasional pada tahun 2020. iii. Kaedah konstruktif merupakan proses kreatif yang menekankan kepada pembaikan dan membina idea yang telah ada dan diperbaharui. iv. Kaedah imaginatif merupakan kaedah yang paling banyak dilakukan dalam Pendidikan Seni. Imaginatif dapat dikesan melalui aktiviti menggambar seperti menggambarkan makhluk asing, gambaran mimpi dan sebagainya. Kaedah imaginatif dapat menanam pemikiran kreatif dan futuristik dalam minda kanak-kanak. Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka, meluahkan perasaan dan kreativiti. Ketika menghasilkan kolaj, pelajar dapat menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahan berwarna yang terdapat di sekitar mereka. Misalnya, keratan kertas majalah, cebisan kertas kotak, helaian daun kering, serpihan kulit kayu dan sebagainya. Mereka akan menampal bahan-bahan pilihan untuk membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu proses artistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat merangsang minda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan. Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan untuk menghasilkan karya. Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk membentuk, membuat binaan dan sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan yang disediakan dalam bilik darjah. Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih luas dan mendorong mencapai tahap kepuasan belajar sebagaimana diinfini. Ikatan peraturan bilik darjah tradisional tidak sesuai lagi digunakan. Kini pelajar bebas bergerak dalam kawasan yang difikirkan perlu dan selamat. Mereka tidak terkongkong di atas kerusi sahaja sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh guru. Guru boleh membawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian, catatan, penyelidikan, rakaman serta ujikaji. Pelajar boleh menggunakan pengalaman sedia ada untuk digabungkan dengan pengalaman baharu untuk mendapatkan hasil. Pengalaman ini dapat merangsang minda pelajar agar bertindak lebih kreatif, dan mengalami suasana pembelajaran yang seronok. Gambar 6: Guru sedang memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan Penggunaan irama dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Pelajar lebih aktif melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Pelajar juga berpeluang mencipta aktiviti dan pergerakan sendiri. Biasanya kanak-kanak boleh memberikan reaksi secara spontan apabila dirangsang oleh sesuatu irama muzik. Irama beleh dihasilkan dengan menggunakan alat muzik, alat audio dan juga dihasilkan sendiri oleh guru dan pelajar melalui tepukan, hentakan kaki, mengetuk meja dan sebagainya. Irama boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran. Irama biasanya dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan juga tarian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, irama digunakan untuk menbangkitkan mod situasi tertentu. Contohnya pengajaran penulisan bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu yang bertemakan Sambutan Hari Kemerdekaan. Aktiviti seperti nyanyian Lagu Kemerdekaan, berkawad seperti anggota tentera dan sebagainya sangat sesuai diringi dengan irama muzik. Ini akan membangkitkan semangat patriotisme dalam diri mereka. Berkenaan seni dalam pendidikan, pelajar digalakkan menghasilkan sendiri irama dan pergerakan. Pelajar boleh menghasilkan alat muzik dengan menggunakan botol mineral yang disi dengan batu kecil. Pelajar boleh mencipta pergerakan yang sesuai dengan irama yang dimainkan. Kreativiti akan dapat ditingkatkan apabila mereka menghasilkan irama dan pergerakan melalui alat yang digunakan. Penggunaan ruang secara terancang adalah sangat perlu supaya semua pelajar dapat menyertai aktiviti yang dijalankan dengan lancar. Ruang kosong yang terdapat di bahagian hadapan dan belakang kelas perlu disusun dengan baik bagi memudahkan guru dan pelajar menjalankan aktiviti dengan seronok dan selamat. Susunan perabut termasuk kerusi dan meja perlu bersesuaian dengan suasana dan corak pembelajaran. Guru boleh menggunakan ruang di luar bilik darjah untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Aspek keselamatan perlu diutamakan semasa menjalankan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Ruang yang secukupnya akan membantu pelajar merancang aktiviti seperti pergarakan dan sebagainya dengan lebih kreatif. Pelajar dapat mencuba berbagai-bagai pergerakan yang mereka fikir sesuai dengan irama dan juga mengikut lirik sesebuah lagu. Kesimpulan Seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju. Rujukan Csikszentmihalyi, M., Implications of a Systems Perspective for the Study of Creativity In Sternberg, R. J, (Eds.), 2003. Handbook of Creativity. Cambridge: University Press. Mohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Sternberg, R.J. & Lubart, T. I. The concept of creativity: Prospects and Paradigms In Sternberg, R. J. (Eds.), 2003. Handbook of Craetivity. Cambridge : University Press. Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Copy and WIN :http://bit.ly/copynwin