model proposal

1
TAJUK KAJIAN: Hubungan Antara Pencapaian Matematik Dan Bahasa Inggeris UPSR , Taraf Pendidikan Bapa Atau Penjaga Dengan Tanggapan Pengajaran Guru Matematik Dan Kemampuan Menyelesaikan Masalah, Mempengaruhi Pencapaian Matematik Tingkatan 2. PENDAHULUAN: Pengenalan - Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran bagi matapelajaran matematik dan sains telah diperkenalkan oleh kerajaan setelah mengambil kira perkembangan pengetahuan dalam ilmu matematik dan sains yang begitu pesat sejak kebelakangan ini. Latar Belakang - Perlaksanaan pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris yang dikenali sebagai ‘eTems’ telah menyebabkan berlakunya jurang pemahaman isi kandungan matematik di kalangan pelajar yang boleh menguasai Bahasa Inggeris dan pelajar yang tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris sejak di peringkat rendah lagi. PERNYATAAN MASALAH Pencapaian matematik di kalangan pelajar perlu di beri perhatian yang serius kerana matematik merupakan matapelajaran teras di peringkat menengah sama ada PMR atau SPM. Penguasaan mata pelajaran di kalangan pelajar sekolah boleh dikaitkan dengan latar belakang pendidikan semasa di sekolah rendah, latar belakang keluarga, budaya dan tempat tinggal serta sikap yang wujud dalam diri seseorang. Kajian ini akan mengkaji adakah pencapaian matematik sekolah rendah mempengaruhi pencapaian matematik di tingkatan dua (2) sekolah menengah dan sejauhmana pencapaian Bahasa Inggeris memberikan kelebihan di kalangan pelajar. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui adakah taraf pendidikan ibubapa atau penjaga mempunyai hubungan dengan pencapaian matematik tingkatan 2. TUJUAN KAJIAN Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui apakah faktor-faktor yang dominan dalam menentukan pencapaian matematik pelajar tingkatan 2? Di samping itu hubungan di antara pencapaian matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat UPSR dalam menentukan kemantapan asas matematik di tingkatan 2 turut dikaji juga. OBJEKTIF KAJIAN: Untuk mengenalpasti adakah terdapat hubungan di antara taraf pendidikan ibubapa, pencapaian Bahasa Inggeris dan matematik UPSR, tanggapan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas, asas penguasaan matematik dan kemampuan menyelesaikan masalah matematik tingkatan 2 dalam mempengaruhi pencapaian matematik pelajar di tingkatan 2. KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini amat penting untuk memberikan maklumabalas kepada stakeholder dan pada semua peringkat bagi membaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran serta perkaitannya dengan prestasi pencapaian pelajar. PERSOALAN KAJIAN/HIPOTESIS KAJIAN Adakah terdapat perbezaan pencapaian gred dalam matapelajaran Matematik di kalangan murid tingkatan 2? Adakah terdapat perbezaan pencapaian gred dalam matapelajaran Matematik UPSR di kalangan murid tingkatan 2? Adakah terdapat perbezaan pencapaian gred dalam matapelajaran Bahasa Inggeris UPSR di kalangan murid tingkatan 2? Adakah terdapat hubungan antara tahap pendidikan ibubapa atau penjaga dengan pencapaian Bahasa Inggeris UPSR? 5 Adakah terdapat hubungan antara pencapaian Bahasa Inggeris UPSR dengan pencapaian Matematik tingkatan 2 dalam Bahasa Inggeris? REKABENTUK KAJIAN 1. Kerangka Teori - 2. Kerangka Konsepsual - Peringkat Pendidikan Ibubapa atau penjaga, Pencapaian Bahasa Inggeris UPSR, Asas Matematik, Pencapaian Matematik UPSR, Tanggapan pelajar terhadap pengajaran guru Matematik, Kemampuan menyelesaikan masalah Matematik dan Pencapaian Matematik dalam peperiksaan lalu. PENGUMPULAN DATA Untuk membolehkan analisis dibuat, data-data mentah yang diperolehi telah dikodkan semula mengikut soalan kajian. Di samping itu, nilai-nilai yang salah atau tidak releven dalam data yang diperolehi telah dibuang (missing system). PENSAMPELAN 1. Guru 2. Murid 3. Bapa Pelajar INSTRUMEN KAJIAN 1. Soal selidik PENGANALISISAN DATA Data yang dikumpulkan oleh penyelidik akan dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package For Social Science (SPSS), version 13 for Windows’. Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk mentafsir data daripada soal selidik. Tahap signifikan KAJIAN RINTIS 1. Kebolehpercayaan 2. Kesahan/Va

Upload: aliaa-iryani

Post on 07-Jul-2016

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Model Proposal Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Model Proposal

TAJUK KAJIAN:

Hubungan Antara Pencapaian Matematik Dan Bahasa Inggeris UPSR , Taraf Pendidikan Bapa Atau Penjaga Dengan Tanggapan Pengajaran Guru

Matematik Dan Kemampuan Menyelesaikan Masalah, Mempengaruhi Pencapaian Matematik Tingkatan 2.

PENDAHULUAN:Pengenalan - Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran bagi matapelajaran matematik dan sains telah diperkenalkan oleh kerajaan setelah mengambil kira perkembangan pengetahuan dalam ilmu matematik dan sains yang begitu pesat sejak kebelakangan ini. Latar Belakang - Perlaksanaan pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris yang dikenali sebagai ‘eTems’ telah menyebabkan berlakunya jurang pemahaman isi kandungan matematik di kalangan pelajar yang boleh menguasai Bahasa Inggeris dan pelajar yang tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris sejak di peringkat rendah lagi.

PERNYATAAN MASALAH

Pencapaian matematik di kalangan pelajar perlu di beri perhatian yang serius kerana matematik merupakan matapelajaran teras di peringkat menengah sama ada PMR atau SPM. Penguasaan mata pelajaran di kalangan pelajar sekolah boleh dikaitkan dengan latar belakang pendidikan semasa di sekolah rendah, latar belakang keluarga, budaya dan tempat tinggal serta sikap yang wujud dalam diri seseorang.

Kajian ini akan mengkaji adakah pencapaian matematik sekolah rendah mempengaruhi pencapaian matematik di tingkatan dua (2) sekolah menengah dan sejauhmana pencapaian Bahasa Inggeris memberikan kelebihan di kalangan pelajar. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui adakah taraf pendidikan ibubapa atau penjaga mempunyai hubungan dengan pencapaian matematik tingkatan 2.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui apakah faktor-faktor yang dominan dalam menentukan pencapaian matematik pelajar tingkatan 2? Di samping itu hubungan di antara pencapaian matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat UPSR dalam menentukan kemantapan asas matematik di tingkatan 2 turut dikaji juga.

OBJEKTIF KAJIAN: Untuk mengenalpasti adakah terdapat hubungan di antara taraf pendidikan ibubapa, pencapaian Bahasa Inggeris dan matematik UPSR, tanggapan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas, asas penguasaan matematik dan kemampuan menyelesaikan masalah matematik tingkatan 2 dalam mempengaruhi pencapaian matematik pelajar di tingkatan 2.

KEPENTINGAN KAJIANKajian ini amat penting untuk memberikan maklumabalas kepada stakeholder dan pada semua peringkat bagi membaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran serta perkaitannya dengan prestasi pencapaian pelajar.

PERSOALAN KAJIAN/HIPOTESIS KAJIAN

Adakah terdapat perbezaan pencapaian gred dalam matapelajaran Matematik di kalangan murid tingkatan 2?Adakah terdapat perbezaan pencapaian gred dalam matapelajaran Matematik UPSR di kalangan murid tingkatan 2?Adakah terdapat perbezaan pencapaian gred dalam matapelajaran Bahasa Inggeris UPSR di kalangan murid tingkatan 2?Adakah terdapat hubungan antara tahap pendidikan ibubapa atau penjaga dengan pencapaian Bahasa Inggeris UPSR?

5 Adakah terdapat hubungan antara pencapaian Bahasa Inggeris UPSR dengan pencapaian Matematik tingkatan 2 dalam Bahasa Inggeris?

REKABENTUK KAJIAN1. Kerangka Teori - 2. Kerangka Konsepsual - Peringkat Pendidikan Ibubapa atau penjaga, Pencapaian Bahasa Inggeris UPSR, Asas Matematik, Pencapaian Matematik UPSR, Tanggapan pelajar terhadap pengajaran guru Matematik, Kemampuan menyelesaikan masalah Matematik dan Pencapaian Matematik dalam peperiksaan lalu.

PENGUMPULAN DATA

Untuk membolehkan analisis dibuat, data-data mentah yang diperolehi telah dikodkan semula mengikut soalan kajian. Di samping itu, nilai-nilai yang salah atau tidak releven dalam data yang diperolehi telah dibuang (missing system).

PENSAMPELAN

1. Guru

2. Murid

3. Bapa Pelajar

INSTRUMEN KAJIAN

1. Soal selidik

PENGANALISISAN DATA

Data yang dikumpulkan oleh penyelidik akan dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package For Social Science (SPSS), version 13 for Windows’. Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk mentafsir data daripada soal selidik. Tahap signifikan 0.5 (p < 0.5) digunakan dalam kajian ini.

KAJIAN RINTIS

1. Kebolehpercayaan2. Kesahan/Va