model model

Upload: ann-koay

Post on 07-Mar-2016

90 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Model-model Disiplin Bilik Darjahhttp://yonegaring.blogspot.com/2010/11/blog-oh-blog.html1.0PENGENALAN

Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba serbi termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif. Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui pendidikan di sekolah. Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.

2.0KONSEP DISIPLINPerkataan disiplin beraal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud mengajar. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus Dewan edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid. Dalam konteks bilik darjah disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin merupakan salah satu aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran. (Charles 2008) berpendapat disiplin bilik darjah adalah sebahagian daripada pengajaran yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru sekolah bagi membentuk bilk darjah yang kondusif.. Model-model tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner,Model Disiplin Asertif Canter,Model Akibat Logikal Dreikurs,Model Pengurusan Kelompok Kounin,Model Terapi Realiti Glasser

2.1Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. SkinnerSecara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh Skinner.Model ini menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen -elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku.(HalizaHamzah,JoyNesamalarSamuel,Pengurusan Bilik Darjah, 2008 ). Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan seperti hadiah, pujian dan sokongan di atas apa yang dilakukan.Peneguhan ini diberikan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif pula berlaku apabila rangsangan yang lebih keras diberi. Rangsangan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan tingkah laku pelajar. Contohnya, cikgu sering kali meleteri pelajar supaya menyiapkan kerja rumah, akhirnya pelajar menyiapkan kerja yang diberi.Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Contohnya,Pelajar membuat bising dalam kelas dan guru membuat amaran kepada pelajar.Pelajar berhenti membuat bising dalamkelas. Pembentukan tingkah laku boleh dilakukan dengan memberikan peneguhan yang berkala setiap kali selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan.

2.2Model Disiplin Asertif CanterLee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive Discipline: A Take-Charge Approach for Todays Educator (1976). Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Dalam model Asertif ini, Canter ada memperkenalkan Langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah. Langkah-langkah tersebut ialah:Selain itu juga, guru mempunyai beberapa cara untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid:bertindak tenangkonsistenBerikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini.Beri peluang murid luahkan perasaan.Teguran langsung kepada murid peringkat rendahTegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

2.3Model Akibat Logikal DreikursFokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murrd-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Terdapat beberapa motif utama salah laku. Motif tersebut ialah:1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara yang salah.2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap tidak adil dan bersikap autokratik.3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru jangan bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba kenal pasti punca kelakuan mereka.4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang lemah dan tidak upaya.Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.

2.4Model Pengurusan Kelompok Kounin.Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan Konsep Riak - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring). Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut ialah:1)Bertindih (overlapping) :Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.2)Merangkumi semua (withitness):Ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal.3)Momentum (momentum) :Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.4)Kelancaran (smoothness) :Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.5)Fokus kumpulan (group focus) :Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada respons seorang murid sedang diberikan.6)Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah seperti berikut:Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagaikesan riak(ripple effect).Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagaiwithitness,sesuatu istilah yang dicipta oleh Kounin.Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan.Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran optimal berlaku.Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.

2.5Model Terapi Realiti GlasserDiperkenalkan oleh William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti. Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Pada tahun 1944, ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikiatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang. Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti.Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut:Setiap individubertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing.Setiap individuberupaya untuk berubah dan hidup secara berkesansekiranya diberikan bimbingan dan sokongan.Setiap individubertingkah laku mengikut cara tertentuagar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing.Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklahmelapangkan masauntuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya guru perlumempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikanlatihan dalam kelas yang menarikdan binahubungan yang positifdengan murid. Selain itu, guru harus mempertingkatkan carapenyoalan. Guru juga perlu mengadakanperbincangandengan murid-murid. Murid dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positifdengan bantuan guru. Jika tidak berkesan,murid diasingkan dengan menggunakantime-outdalam bilik darjah. Murid dihantar ke satulokasi yang selesatetapi tidak mengancam orang yang menyelia mereka. Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklahmenghubungi ibu bapauntuk berpindah sekolah. Jika masih serius, rujuk murid kepadapihak berkuasa.

Elemen Disiplin Yang Berkesan Glassser:Membantu murid membuat pilihan yang wajarMengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadiMenangani tingkah laku masa kini, bukan masa lampauMemerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku merekaMembantu murid merancang ke arah perubahan tingkah lakuPercaya bahawa murid boleh berubah ke arah positif

3.0LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLINPeranan seorang guru kian bertambah dan menjadi semakin kompleks dengan berkembangnya dunia pendidikan era ini. Masalah-masalah disiplin sering berlaku di dalam bilik darjah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran terganggu. Bagi melicinkan proses P&P dan mengelakkan pembaziran waktu, guru yang proaktif seharusnya menangani masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah dengan segera dan pantas.Masalah disiplin seperti meniru kerja, menipu, kurang memberikan respons ketika sesi soal jawab, meninggalkan bilik darjah dengan kerap dan tidak hormat kepada guru, sememangnya dapat di atasi dengan mudah jika guru menggunakan beberapa langkah yang telah di sarankan oleh para cerdik pandai sebagai panduan melalui model-model pengurusan bilik darjah yang telah mereka perkenalkan. Sebagai seorang guru, terpulanglah kepada kita untuk memilih model mana yang lebih baik atau mengadunkan model-model tersebut supaya menjadi satu acuan yang baik dalam mengawal masalah disiplin murid di dalam kelas.Terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan bagi membantu guru-guru dalam menangani masalah disiplin antaranya ialah membina hubungan positif antara guru dan murid, menetapkan set peraturan dan rutin bilik darjah, terangkan plan pengurursan disiplin kepada murid, memberi teguran dan kaunseling,

3.1Membina hubungan positif antara guru dan murid.Building meaningful and genuine relationships with and among your students is an essential aspect creating a learning environment that support their learning and promotes their positive classroom behaviour (McAdams & Lambie 2003; Schaps,2003). Berdasarkan petikan ini, saya berpendapat bahawa langkah pertama yang patut di ambil bagi menangani masalah disiplin ialah guru perlu membina hubungan positif dengan murid bermula daripada hari pertama penggal persekolahan sepertimana turut disarankan oleh Glasser. Hal ini kerana hubungan yang positif ini dapat mengurangkan emosi-emosi negatif sebaliknya menggalakkan emosi-emosi positif. Pendekatan ini membuatkan murid merasa dihargai oleh guru sekaligus memotivasikan murid dalam menghasilkan tugas-tugas pembelajaran dengan baik. Perkara yang lebih penting ialah, hubungan positif ini melahirkan rasa hormat murid kepada guru.Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah.Guru akan dipandang tinggi oleh murid-murid dan membawa kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh yang demikian mudahlah guru untuk mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Masalah disiplin seperti yang telah dinyatakan pasti tidak akan berlaku lagi. Hal ini kerana murid-murid akan memberi kerjasama kepada guru. Hubungan yang baik antara guru-murid akan memberi peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat dengan guru. Seterusnya membolehkan guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai. Selain itu guru dapat membentuk peribadi yang mulia terhadap pelajar sekaligus mengurangkan masalah disiplin.Bagi membina hubungan positif antara guru dan murid, guru mestilah ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing. Guru dinasihatkan supaya tidak memanggil murid-murid dengan nama-nama ganti diri yang am, panggil dengan menunding jari dan panggilan-panggilan yang tidak disukai oleh murid kerana ia boleh mengakibatkan murid berasa benci kepada guru. Sebagai contoh ialah Kamu yang pakai cermin mata tu........atauPoh Bedah, banyak sangat ye kamu bercakap......atau Awak yang mata sepet tu.......Sebaliknya berlaku pabila guru mengingati nama murid dan memanggil mereka dengan panggilan yang betul. Mereka akan merasakan guru sedar akan kewujudan mereka didalam kelas disamping menunjukkan usaha guru untuk mengenali mereka. Sekaligus hubungan positif dapat dibentuk dengan cepat. Hal ini akan menolong guru untuk mengawal tingkah laku murid didalam kelasnya.Disamping itu, strategi lain yang boleh diambil bagi meningkat hubungan positif antara guru-murid sekaligus membantu guru untuk menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah ialah guru menunjukkan keprihatinan, kasih sayang dan sikap mengambil berat tehadap keperluan murid-muridnya. Kebiasaannya murid-murid melakukan masalah disiplin kerana keadaan persekitaran yang menyebabkan muri-murid gagal memenuhi keprluan-keperluan asas mereka disekolah antaranya ialah rasa dipunyai dan disayangi. Menurut Glasser kebanyakan perencanaan pengurusan bilik darjah berlaku dengan salah sebagaimana yang beliau katakan, We are far too concerned with discipline, with how to make student follow rules, and not enough with concerned with providing the satisfiying education that would make our ever concerned with discipline unnecessaray. Oleh itu hubungan baik antara guru-murid adalah amat penting bagi memenuhi keperluan-keperluan asas murid dan membantu dalam mengurangkan masalah dalam bilik darjah.Dalam mengekalkan hubungan yang baik antara guru dan murid, guru perlu mengelak daripada mengamalkan tujuh tabiat yang telah dinyatakan oleh Glasser iaitu mengkritik, suka mencari kesalahan murid, kuat merungut, menggugut, kuat berleter, suka mendenda dan kerap memberikan ganjaran. 3.2Menetapkan set peraturan bilik darjah.Langkah kedua ialah, sejak awal sesi persekolahan lagi, guru perlu berbincang dengan murid-murid untuk menetapkan satu set peraturan yang utama yang menjadi asas kepada bilik darjah. Peraturan ialah penyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Dari semasa ke semasa, guru boleh membuat tambahan peraturan, tetapi asasnya adalah pada peraturan asas tersebut. Peraturan bilik darjah ini adalah penting untuk dibentuk dan dikuatkuasakan kerana ia dapat memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar tanpa gangguan tingkah laku yang tidak diingini. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang yang jelas di dalam bilik darjah.Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally.Walhal begitu, guru perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara semasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah, antaranya ialah ayat peraturan mestilah ringkas dan jelas. Hal ini kerana murid akan mengalami kesukaran dalam memahami dan mengingati peraturan yang panjang dan berbelit. Seterusnya, set peraturan yang dibentuk seelok-eloknya bermakna dan hendaklah dipersetujui oleh semua warga kelas dan bukanlah di buat secara autokratik oleh guru semata-mata. Amalan demokrasi ini akan memberikan peluang kepada murid untuk merasakan bahawa mereka sebahagian daripada warga bilik darjah dan bukan hanya pemerhati. Disamping memberi peluang kepada guru untuk mengambil kesempatan untuk berbincang bersama murid tentang kepentingan peraturan bilik darjah. Selain itu, guru juga perlu mengambil perhatian terhadap bilangan peraturan. Peraturan metilah dihadkan bilangannya kerana peraturan yang terlalu banyak boleh mengelirukan murid. Peraturan yang dibentuk hendaklah diselarikan dengan peraturan sekolah. Contoh peraturan ialah :Peraturan Kelas 2 Amanaha)Menghormati guru dan rakan-rakan yang lainb)Sentiasa memberi kerjasama dan respons semasa proses P&P.c)Tidak boleh meniru kerja rumah rakan lain.d)Menepati masa.e)Menjaga kebersihan bilik darjahf)Mematuhi peraturan sekolah.

3.3Terangkan pelan pengurusan disiplin kepada murid.Langkah seterusnya merupakan langkah yang penting bagi memastikan peraturan yang telah ditetapkan bersama murid-murid semasa langkah kedua terlaksana dengan berjaya. Guru perlu mengajar dan membimbing murid-murid tentang pelan pengurusan disiplin yang dibentuk sebagaimana yang telah di sarankan dalam Model Asertif Canter. Langkah pertama yang boleh digunakan untuk menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid ialah dengan menerangkan kenapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Sebagai contoh guru menerangkan kepada murid bahawa meniru kerja rumah rakanyang lain sebenarnya membawa kerugian kepada diri murid itu sendiri. Mereka tidak dapat menguasai sub topik yang di ajar oleh guru. Terlalu kerap meninggalkan bilik darjah pula akan mengakibatkan mereka ketinggalan maklumat-maklumat dan isi pelajaran yang penting. Seterusnya guru memberi penerangan bagaimana peraturan tersebut akan dilaksanakan. Contohnya guru menghadkan murid ke tandas sekali sahaja untuk suatu mata pelajaran kecuali hal-hal kecemasan. Guru perlu meastikan samada murid faham atau tidak peraturan yag telah di terangkan. Hal ini kerana, jika murid tidak memahami peraturan yang telah ditetapkan, mereka mungkin akan mengulangi kesalahan disiplin yang sama. Tingkah laku yang diingini pasti tidak dapat di bentuk. Kemudian, guru memaklumkan tentang ganjaran yang diterima jika mereka mematuhi peraturan bilik darjah. Pada peringkat ini guru boleh memberi pengiktirafan bagi yang mematuhi peraturan dan mengenakan tindakan pembetulan bagi kepada sesiapa yang melanggar peraturan sepertimana yang disarankan oleh Canter. Canter mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada muri-murid antaranya ialah kenakan tindakan pembetulan keatas salah laku yang ditunjukkan dengan tenang. Sebagai contoh,Firdaus awak telah meniru kerja rumah Janah, kamu telah memilih untuk membuat 10 soalan yang lain yang akan saya berikan.Seterusnya tindakan tersebut haruslah konsisten iaitu tindakan yang sama dikenakan pada kesalahan yang sama yang ditunjukkan oleh mana-mana murid. Guru juga memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan. Murid-murid mungkin melakukan kesalahan akibat tertekan atau faktor luar seperti masalah di rumah, mangsa penderaan dan sebagainya.Penguhan boleh diberikan bagi mereka yang telah membuat perubahan tingkah laku. Seterusnya, langkah keenam untuk penerangan pelan pengurusan bilik darjah ialah guru perlu memastikan lagi sekali kefahaman murid terhadap pelan tersebut. Untuk menerangkan kepada murid, guru boleh membuat kaedah main peranan untuk menerangkan peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan. Pelan Pengurusan Bilik Dajah ini adalah bertujuan untuk memastikan murid memahami mengapa peraturan ditetapkan dan untuk memastikan murid faham bagaimana untuk melaksanakan peraturan tersebut dan apakah tindakan yang dikenakan jika melanggarnya. Hal ini kerana, kadangkala masalah disiplin berlaku bukan kerana murid tersebut nakal atau bermasalah sebaliknya mereka tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan disiplin dan tingkah laku yang diingini oleh guru. Oleh sebab itu Pelan ini penting untuk diterangkan kepada murid-murid kerana ia akan membatu mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Secara ringkasnya langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah boleh dirumuskan seperti dibawah:

Rajah 1 langkah-langkah Penerangan Pelan Bilik Darjah.

3.4Memberi teguran dan KaunselingSelain tu, guru juga boleh membuat teguran secara langsung kepada murid untuk peringkat rendah dan teguran secara individu untuk murid yang lebih dewasa. Menurut Kounin, tindakan atau teguran guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan akan turut memberi kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah. Menurutnya lagi teguran mestilah jelas dan guru perlu menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan. Elakkan daripada memberi teguran secara umum. Contohnya, 'Ali beri tumpuan. Nyatakan dengan lebih spesifik, Ali berhenti bercakap dengan Atan, dan beri respon kepada perkara yang kita bincangkan tadi. Guru juga perlu membimbing murid-murid agar saling ingat mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin seperti meniru kerja rumah dan menipu dapat dikurangkan. Jika murid-murid masih terus melakukan kesalahan disiplin seperti yang telah ditetapkan bersama, guru yang proaktif perlu menyelidik bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan murid tersebut tidak berubah kepada tingkah laku yang diingini. Hal ini bertepatan dengan model Dreikurs yang menekankan supaya guru mengenal pasti punca masalah tingkah laku. Apabila guru telah berjaya mengenal pasti punca murid-murid melakukan masalah disiplin, guru boleh mengambil langkah seterusnya dengan berjumpa murid yang bermasalah tersebut secara bersendirian dan berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapinya. Teknik kaunseling ini telah dikemukakan oleh Glasser dalam Model Terapi Realiti. Semasa proses kaunseling ini, guru perlu membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Glasser mencadangkan guru untuk bertanya murid beberapa soalan seperti Apakah yang telah kamu lakukan yang telah melanggar disiplin yang telah ditetapkan sekolah? , Apakah yang patut kamu lakukan sebenarnya? , dan Adakah perlakuan kamu boleh membantu kamu atau kelas kamu? Hal ini kerana, William Glasser berpendapat setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Glasser (1969) stresses that student must make value judgement about what they are doing. Until they realize that what they are doing is wrong, they must suffer the consequence of their behavior.Guru perlu meyakinkan murid untuk membuat pilihan tingkah laku yang tepat kerana setiap individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka sendiri. Oleh itu, semasa proses kaunseling itu guru perlu murid perlu membantu murid untuk menilai apa yang telah mereka lakukan sehingga mereka faham bahawa perbuatan itu adalah salah.

3.5Pisahkan tempat duduk murid yang bermasalahStrategi lain yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah-masalah disiplin seperti menipu, menganggu rakan, kurang memberi respon semasa pengajaran dan pembelajaran, suka meniru kerja rumah dan tidak menghormati rakan ialah guru menentukan dinamika kumpulan di dalam bilik darjahnya. Dinamika kumpulan ialah kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang terdiri daripada beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kencenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai kuasa atau daya untuk menggerakkan ahli-ahli kumpulan tersebut. Kuasa ini boleh mendorong ahli-ahli kumpulan untuk berkelakuan mengikut nilai atau kepercayaan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli kumpulan. Sekiranya nilai tersebut berbentuk positif, sudah pasti nilai itu akan memajukan ahli-ahli kumpulan untuk membuat kebaikan tetapi sekiranya nilai yang terdapat dalam kumpulan adalah negatif, maka ahli-ahli kumpulan akan terdorong akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan. Nah disini kita dapat simpulkan bahawa kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang tidak dikawal boleh mendatangkan kesan kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh sebab itulah, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan yang positif yangmana dapat mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Bagi membantu guru membentuk dinamika positif di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kajian sosiometri seperti bertanyakan soalan-soalan berikut:a)Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?b)Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas?c)Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?Daripada jawapan mereka, guru boleh mengenal pasti pola persahabtan di dalam bilik darjah contohnya: Bintang : murid popular yang banyak menerima pencalonan sebagai rakan baik dan rakan untuk menjalankan aktiviti. Dyad: pola persahabatan iaitu dua orang murid saling bersahabat. Sebagai contoh Shikin memilih Janah sebagai sahabat dan Janah memilih Shikin sebagai sahabat yang baik dan disukai. Klik : Pola persahabatan iaiatu dua atau lebih murid memilih antara satu sama lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang disukai. Pencilan: murid-murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan orang lain juga tidak memilih dia sebagai sahabat. Singkiran: Murid yang menamakan murid lain sebagai sahabat tetapi murid lain mengatakan bahawa dia tidak disukai. Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat menolong guru untuk menentukan kumpulan-kumpulan dinamika di dalam bilik darjah. Pola tersebut juga menolong guru untuk melihat murid-murid yang tidak disukai dan terpencil. Maklumat ini akan membantu guru dalam menentukan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah atau semasa aktiviti kumplan dijalankan. Apabila guru dapat menyusun dinamika positif akhirnya masalah disiplin yang boleh menganggu proses pembelajaran dan pembelajaran akan dapat diatasi. Mengikut pengalaman saya dalam mengajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Tanjng Gahai, Kuala Lipis semasa menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah, terdapat seorang murid yang selalu menganggu rakannya. Beliau sering mengejek dan memperlekehkan rakannya itu. Akhirnya semua rakan-rakan di dalam kumpulan tersebut turut mengejek dan memperlekehkan murid tadi. Keadaan ini telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya. Akhirnya saya bertanya mengapa kamu menganggu dia?. Segala persoalan terjawab apabila mereka memberitahu mereka tidak menyukai pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus bijak dalam menangani kes ini. Murid tersebut telah dipindahkan ke kumpulan lain yang boleh menerima dan menyukainya. Maka proses P&P dapat di jalankan dengan lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian, dalam mengurangkan masalah disiplin, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan.

3.6Kepelbagaian dalam pengajaranStrategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menangani masalah disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik darah ialah guru menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran. Murid-murid akan berasa seronok untuk belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan. Pengajaran yang membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada berlakunya salah laku murid. Oleh yang demikian, guru harus merancang sebelum beliau masuk ke bilik darjah. Manurut Kounin, perancangan pengajaran mestilah mengambil kira setiap murid di dalam kelas iaitu minat, kebolehan, prestasi, keupayaan, perkembangan dan pengetahuan sedia ada murid-murid. Setiap aktiviti perlu menyeronokkan murid dan mencabar. Perancangan yang rapi ini akan melancarkan dan melicinkan proses P&P dan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti P&P. Apabila guru masuk ke kelas tanpa perancangan yang rapi, mungkin ada murid yang tercicir kerana tidak dapat mengikuti pengajaran. Tanpa perancangan yang rapi juga memberi kemungkinan bahawa masa murid tidak didisi dengan aktiviti dan guru tidak tahu untuk berbuat apa dengan murid-murid. Keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal dan seterusnya membawa kepada timbulnya masalah disiplin. Menurut Kounin, guru yang memopunyai momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&P. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan iaitu guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan. Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik darjah, guru perlu manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang dapat merangsang minat murid. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat merangsang minat murid tetapi mewujudkan situasi di mana murid-murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya. Sebagai contoh untuk memulakan pengajaran, boleh mengguna pelbagai kaedah sebagi set induksi bagi menarik minat murid seperti menggunakan tayangan gambar, video dan lakonan dan discrepant event ( selalu digunakan dalam subjek sains). Kaedah dan aktiviti yang sama setiap hari tidak memotivasikan atau meransang keinginan murid untuk terus belajar. Selain itu, perkara yang dipelajari harus bermakna kepada murid agar mereka dapat memahami kepentingan topik tersebut dalam kehidupan mereka. Aktiviti yang membosankan dan tidak bermakna akan menimbulkan keresahan dalam kalangan murid dan seterusnya menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh sebab itulah, sekali lagi saya tekankan disini, agar guru menggunakan teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Guru boleh merujuk teori-teori pembelajaran seperti pembelajaran behavioris, sosial dan sosial kognitif, pembelajaran penemuan Bruner, konstruktivisme,dan humanisme dalam membentuk teknik dan kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan pelbagai.

3.7Menggunakan modifikasi tingkah lakuLangkah seterusnya yang boleh diambil dalam menangani masalah disiplin dan tingkah laku oleh guru ialah melalui modifikasi tingkah laku. Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah. Oleh itu, saya mencadangkan guru untuk menggunakan modofikasi tingkah laku seperti yang disarankan oleh B.F Skinner. Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Langkah yang bersisitematik ialah mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah, menetapkan matlamat, menentukan strategi bertindak, merancang prosedur atau plan tindakan, melaksanakan strategi mengikut plan bertindak, menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu dan memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkahlaku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk melicinkan perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman dan prinsip peneguhan. Pendekatan ini menjurus kepada elemen-elemen luaran untuk mempengaruhi tingkah laku murid. Elemen-elemen luaran ini berbentuk peneguhan-peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan yang ditekankan oleh Skinner iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah. Peneguhan positif digunakan sebagai ganjaran untuk mendorong muridmurid memberi tumpuan semasa belajar seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Manakala peneguhan negatif ialah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu. Sebagai contoh, semua murid darjah Enam Melur membuat dan menyiapkan tugasan sendiri tetapi terdapat seorang murid yang bernama Ali meniru kerja rakan yang lain. Ali turut membuat bising dan menganggu rakan-rakan lain. Oleh yang demikian guru boleh memberi peneguhan ppositif kepada murid-murid yang membuat tugasan sendiri seperti pujian dan boleh juga memberi hadiah kepada murid yang menghantar tugasan paling awal. Dalam masa yang sama, Ali yang merupakan seorang murid yang membuat bising, mengganggu rakan dan meniru kerja rumah ini di arahkan keluar dari kelas supaya aktiviti pembelajaran murid lain berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Murid-murid lain yang melihat keadaan itu pasti takut untuk melakukan kesalahan yang sama seperti Ali. Mereka pasti berusaha menyiapkan kerja rumah dengan usaha sendiri. Melalui peneguhan positif dan negatif ini, guru dapat mengawal tingkah laku yang tidak diingini dan membentuk satu iklim bilik darjah yang kondusif bebas dari gangguan masalah disiplin.Selain peneguhan modifikasi tingkah laku boleh dijalankan dengan memberi dendaan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang tidak diingini seperti meniru kerja rumah, tidak menghormati guru dan dan sebagainya. Dendaan merupakan tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkahlaku negatif. Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan berpatutan. Guru juga boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengan menukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas waktu belajar. Menurut Skinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Sekiranya murid didenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik mungkin akan menyebabkan hilang minat murid terhadap bidang tersebut. Oleh itu, saya berpendapat, guru tidak boleh mengunaan teknik dendaan yang kerap di dalam bilik darjah. Sebaliknya ia dikenakan apabila keadaan sudah tidak terkawal lagi seperti mendenda murid tersebut berdiri di luar kelas kerana sering datang lambat ke kelas walaupun telah diingatkan beberapa kali atau murid tersebut lewat melebihi setengah jam.Teknik seterusnya dalam modifikasi tingkah laku ialahreverse psyclogy yang merupakan Teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ianya memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.Tujuannya ialah untuk menginsafkan murid sekaligus membuang tingkah laku negatif dan membentuk tingkah laku yang baik.Oleh yang demikian, modifikasi tingakah laku merupakan satu cadangan yang amat berkesan dalam menukarkan tingkah laku negatif kepada positif sekaligus mengurangkan masalah disiplin. Namun begitubagi mengubah tingkah laku yang tidak diingini peneguhan positif hendaklah dibuat dari semasa ke semasa.4.0Kesimpulan

Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu memastikan disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat pengajaran terkawal. Oleh sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guru-guru membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada guru untuk menjayakan model-model tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang ampuh dalam membentuk disiplin murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut.

http://www.share-pdf.com/2014/2/12/d0f8fcc1c2b44bb8af5a6a056534d5e9/61374795-Situasi-Di-Dalam-Bilik-Darjah.htmPengurusan Bilik DarjahPENGHARGAANAssalamualaikum wbtSetinggi tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah saya Puan Madzniah bt Md Jaafar kerana telah banyak member ilmu dan tunjuk ajar yang amat berguna sepanjang tempoh masa saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan rakan disayangi kerana rajin membuat perbincangan ilmiah yang banyak memberi idea untuk disumbatkan kedalam tugasan ini.Tidak lupa juga kepada IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang banyak memberi kemudahan yang bertaraf lima bintang yang telah memberikan keselesaan sepanjang saya berada di maktab.Ibubapa di kampong yang berkerja penat lelah, saya saying anda semua. Tanpa anda siapalah saya.ISI KANDUNGAN

Pengurusan Bilik Darjah10PENDAHULUAN1

20PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN3

2.1MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER3

2.2MODEL ASERTIF CANTER4

2.3MODEL LOGIKAL DREIKURS5

2.4MODEL KELOMPOK KOUNIN5

2.5MODEL TERAPI REALITI GLASSER6

30ANALISIS KAJIAN KES7

3.1SITUASI DI DALAM BILIK DARJAH7

3.2MODEL YANG DIGUNAKAN7

3.3STRATEGI PENYELESAIAN8

RUJUKAN10

10Pendahuluan

Pengurusan Bilik DarjahDisiplin ditafsir sebagai latihan yang dijangkakan menghasilkan watak ysng khusus atau pola tingkah laku. (American Heritage Dictionary of the English Languagedalam Choong Lean Keow, 2009). Menurut Choong Lean Keow (2009), disiplin dalam bilik darjah pula merujuk kepada peraturan yang dibentuk dan usaha guru untuk mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik serta membantumurid-muriduntuk berkelakuan baik.Dengan kata lain, konsep disiplin dalam bilik darjah mengutamakan latihan yang dijalankan bertujuan untuk mengembangkan potensi individu yang meliputi pelbagai aspek, antaranya termasuklah latihan dari segi aspek intelek, jasmani, rohani dan sosial.Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasiprinsip-prinsippelaziman. (Mok Soon Sang, 2009). Jadi, kami akan menghuraikanmodel-modelmodifikasi yang terdapat dalam pengurusan bilik darjah dalam penulisan kerja kursus ini.Model-modelmodifikasi yang akan dihuraikan adalah seperti Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Asertif Canter, Model Logikal Dreikurs, Model Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser.Menurut Choong Lean Keow (2009), tindakan disiplin yang berkesan ditentukan oleh keupayaan guru untuk mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak wajar dan mengekalkan tingkah laku yang wajar. Berdasarkan pendapat ini, kami akan menghuraikan tindakan yang boleh diambil oleh dua orang guru berasaskan tiga model modifikasi yang dihuraikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi.Kesemuamodel-modelmodifikasi yang akan dihuraikan amat penting. Hal ini kerana guru akan dapat memahamiisu-isudisiplin danmasalah-masalahmurid dan seterusnya guru akan mampu memainkan peranan untuk membentuk individu yang berilmu pengatahuan dan berakhlak mulia secara lebih berkesan. Selain itu, strategi yang boleh diambil oleh dua orang guru tersebut untuk menyelesaikan situasi yang mereka hadapi akan turut dibincangkan.

Pengurusan Bilik Darjah20 Pengurusan Bilik Darjah Yang BerkesanMenurut Doyle (1979), pengurusan bilik darjah adalah satu proses menyelesaikan masalah berhubung dengan peraturan dalam bilik darjah. Terdapat beberapa model yang boleh diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah yang bakal timbul dalam kehidupan seorang guru apabila berhadapan denganmurid-muridbermasalah sebegini.Model-Modeldisiplin ini sebenarnya mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri, aplikasimodel-modeltersebut bergantung kepada keadaan situasi dan kes yang dihadapi.2.1Model Modifikasi Tingkah Laku SkinnerB.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan hasil karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku dalam pembentukan keinginan. Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan positif manakala ia akan berubah kepada kelemahan individu jika ia tiada peneguhan dan hanya diberi hukuman. Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap.Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepadakanak-kanakyang mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan, tingkah laku akan menjadi semakin lemah. Hukuman adalah berbeza dengan pengukuhan negatif.2.2Model Asertif Canter

Pengurusan Bilik DarjahModel ini dicipta oleh Lee dan Marlene Canter apabila mereka mendapati banyak guru kurang mampu mengawal tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah. Merupakan sebuah model penegasan pengurusan tingkah laku. Model ini adalah salah satu model yang termasyhur dan sangat diminati oleh ramai guru kerana mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta amat berkesan. Model ini juga jelas, tegas, teguh dan tidak merumitkanmurid-muriddi dalam bilik darjah.Pelan disiplin ini terbahagi kepada tiga bahagian :a)Peraturanb)Pengenalan positifc)Akibat/kesanSeorang guru hendaklah menegaskan tingkah laku yang sopan santun, dan sentiasa bertanggungjawab ke atas tingkah lakumurid-muridnya.Seorang guru perlu mempunyaiperkara-perkaraasas di dalam kelasnya, termasuk:a)menggunakan persekitaran pembelajaran semaksimum mungkin.b)mempunyai hak untuk menentukan, meminta, dan mengharapkan sikap murid yang sentiasa dapat memberikan kerjasama.c)mendapat bantuan apabila guru meminta pertolongan daripada ibu bapa mahupun penjagamurid-murid.Murid-muridjuga mempunyaihak-hakyang tertentu, termasuk:a)mendapat seorang guru yang boleh membantu mereka sehingga tahap kerjasama mereka.b)mendapat sokongan yang positif daripada guru apabila mereka memberikan kerjasama yang positif.2.3Model Logikal Dreikurs

Pengurusan Bilik DarjahPengajaran demokratik dan berdepan dengan kesalahan. Disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman sebaliknya merupakan satu cara untuk mengajarmurid-muriduntuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri.Semuakanak-kanakmempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan. Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan perhatian kepadanya.Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian, kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak puasan hati. Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan olehkanak-kanakdan mencari jalan untuk menyelesaikannya.2.4Model Kelompok KouninModel Kelompok Kounin menekankan aspek pengurusan kelas. Pembelajaran yang optimal akan berlaku apabila guru sentiasa cakna tentang kemahuan dan keperluan murid. Kebosanan dapat dielakkan dengan memperlengkapkan sesi pembelajaran denganbermacam-macamaktiviti, persekitaran dan suasana kelas yang kondusif serta peka terhadap kemajuan murid.Model Kounin ini mempunyai lima perkara utama iaitu:a)Merangkumi semua (withitness)Guru hendaklah menjadi mesra, bersimpati, serta memahami perasaan serta menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara berbincang, dan ambil tahu latar belakang murid.b)Bertindih (overlapping)Guru hendaklah mempunyai kebolehan untuk menguruskan banyak perkara pada sesuatu masa sambil mengawal keadaan kelas.

Pengurusan Bilik Darjahc)Momentum (momentum)Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kelak. Mereka adalahciri-ciriguru yang peka.d)Kelancaran (smoothness)Guru harus mengekalkan proses pembelajaran dan pengajaran secara maksima dan teratur tanpa menyentuhperkara-perkarayang luar tajuk atau topik pengajaran. Guru mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.e)Fokus kumpulan (group focus)Semua murid hendaklah mengikuti pengajaran kelas iaitu :i.melibatkan murid secara keseluruhanii.mewujudkan P & P yang lebih menarikiii. menarik perhatian murid2.5Model Terapi Realiti GlasserPerilaku atau tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik ataubijak. Glasser lebih menumpukan kepada perbincangan kelas. William Glaser menegaskan nilai timbang rasa adalah penting.Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa membantumurid-muridnyamembuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga sebaik- baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin berlaku jika tersalah membuat pilihan.Murid-muridjuga perlu bertanggungjawab dan menerima segala akibat yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka.10 Analisis Kajian Kes

Pengurusan Bilik DarjahApabila seseorang guru berhadapan dengan sesuatu masalah di dalam bilik darjah, beliau perlu mengaplikasikanmodel-modelyang sesuai bagi mencari jalan penyelesaian yang sempurna dan baik untuk menangani masalah yang dihadapi.Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kita harus memahami dan menyelamimodel-modelmodifikasi yang kita pelajari agar kita akan peka terhadap perasaan pelajar dan juga persekitaran bilik darjah. Hal ini dapat membantu kita untuk menganalisis keadaan pelajar serta bilik darjah demi mewujudkan disiplin yang tinggi dan suasana pembelajaran yang kondusif.3.1 Situasi DI Dalam Bilik DarjahCikgu Ali merupakan seorang guru baru di sekolah Kebangsaan Seri Murni. Sebagai seorang guru baru, Cikgu Ali merasakan beliau masih tidak dapat mengawal kelas dengan baik. Cikgu Ali telah ditugaskan menjadi guru kelas bagi kelas 5 Biru. Cikgu Ali mendapati terdapat beberapa orang murid di dalam kelas tersebut selalu menimbulkan masalah ketika pengajaran di dalam kelas. Murid - murid tersebut selalu membuat bising, menganggu rakan rakan yang lain dan tidak focus ketika guru mengajar di hadapan. Sebagai seorang guru kelas, Cikgu Ali amat bimbang dengan masalah ini kerana murid murid lain juga tidak dapat focus ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan.3.2 Model Yang DigunakanBerdasarkan situasi di atas, saya telah memilihModel Asertif Canter. Model ini bagus kerana ia menegaskan tingkahlaku yang sopan dan baik di dalam diri setiap individu. Selain itu, guru juga haruslah bertanggungjawab ke atas setiap tingkahlaku murid. Di dalam model ini, guru harus menjadikan setiap pelajar mempunyai akhlak akhlak dan nilai murni yang baik di dalam diri masing masing. Apabila terdapat murid yang Berjaya menunujukkan tingkahlaku yang diingini, ganjaran haruslah diberikan. Terdapat dua jenis ganjaran iaitu berbentuk material ataupun bukan material. Ganjaran berbentuk material seperti gula gula, buku, pensil dan sebagainya. Manakala

Pengurusan Bilik Darjahganjaran berbentuk bukan material seperti kata kata pujian, semangat dan galakan daripada guru tersebut.Selain itu,Model Kelompok Kouninjuga merupakan model yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah pada situasi di atas. Model ini mementingkan keupayaan guru untuk mengawal kelas dengan efektif dan berkesan. Guru yang memilih model ini sebagai penyelesaian perlulah mempunyai nilai-nilai seperti peramah, dapat melakukan banyak perkara pada suatu masa, mampu mengagak sesuatu situasi yang bakal berlaku, berupaya memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan berupaya membuatkan pelajar fokus semasa proses pengajaran berjalan. Jika kesemuaciri-ciriini ada di dalam diri guru tersebut nescaya beliau akan berjaya mengawal kelasnya dengan baik dan masalah yang dihadapi dapat ditangani dengan berkesan sekali3.2 Strategi Penyelesaian MasalahTerdapat beberapa strategi yang dapat di gunakan oleh Cikgu Ali untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh beliau. Di dalam situasi tersebut, Cikgu Ali merupakan guru kelas 5 Biru. Di dalam kelas tersebut terdapat beberapa murid yang bermasalah dan suka membuat bising di dalam kelas serta tidak fokus ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sebagai guru kelas, Cikgu Ali boleh membuat satuperaturan kelas yang ringkas, padat dan tegas untuk kelas tersebut.Ini akan dapat mengawal keadaan kelas ketika waktu pengajaran dan pembelajaran. Jika para pelajar dapat mengikut peraturan yang dibuat, guru perlulah member peneguhan positif kepada para pelajar seperti pujian, ganjaran, penghargaan dan lain lain. Peneguhan negative juga perlu dibuat jika para pelajar tidak dapat mengikut peraturan yang telah dibuat seperti teguran dan dendaan. Tetapi peneguhan ini perlu diberi mengikut kesesuaian.Selain itu cikgu Ali juga bolehmengasingkan beberapa orang pelajar tersebut supaya mereka tidak berkelompok.Cikgu Ali boleh menyusun semula kedudukan mereka dengan menempatkan mereka duduk bersebelahan dengan mereka yang

Pengurusan Bilik Darjahberminat untuk belajar. Dengan cara ini dapat mengurangkan gangguan ketika pengajaran dan pembelajaran didalam kelas sedang berjalan. Seterusnya, Cikgu Ali perlumemahamipunca-puncapelajar tidak berminat untuk belajar. Cikgu Ali mungkin perlu menukar cara pengajaran seperti cara pengajaran yang memusatkan pelajar. Ini dapat meningkatkan penglibatan pelajar semasa proses pengajaran- pembelajaran dijalankan.RUJUKAN1 Banks, S.R. (2005). Classroom Assessment:Issues and practices. Boston:Pearson Educ. Inc.

Pengurusan Bilik Darjah2 Choong Lean Kheow, PhD. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.3 Haliza Hamzah (2008). Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.4 Hardin. C.J.(2004). Effective Classroom Management: Models and Strategies for Todays Classrooms. NJ: Pearson Merill Prentice Hall.5 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Penilaian Kendalian Sekolah. KL. Pusat Perkembangan Kurikulum.6 Krause, K., Bochner, S & Duchesne, S (2003). Educational Psychology, Australia: Thomson7 Myint Sue Khine et al. (2005). Classroom Management, Singapore. Pearson Prentice Hall (Ch.4)8Santrock, J.W. (2006). Educational Psychology (3rd ed). New York:McGraw-Hill9 Weinstein, C.S. & Mignano, A.J. (2007). Elementary classroom management (4th ed.).Boston:McGrow-Hill(Ch.2)10 Woolfolk, A.H.(2004). Educational Psychology (9th ed). Boston: Allyn & Bacon

Bahagian Ahttp://cikgunazifah.blogspot.com/2010/04/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah.html

1.0 PengenalanSecara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus Dewan edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid.Seterusnya dalam model pengurusan tingkah laku terdapat tiga perspektif utama yang ditekankan. Perspektif tersebut adalah:

i. Pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplinii. Pengurusan bilik darjah sebagai satu sistemiii. Pengurusan bilik darjah sebagi satu pengajaranKetiga-tiga perspektif ini adalah saling berkaitan dan amatlah ditekan dalam model-model pengurusan disiplin bilik darjah. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru sekolah. Model-model tersebut ialah:

i. Modifikasi Tingkah Lakuii. Model Disiplin Asertif Canteriii. Model Akibat Logikal Dreikursiv. Model Pengurusan Kelompok Kouninv. Terapi Realiti Glasser

Secara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh Skinner. Beliau mengutarakan model ini adalah berasaskan prinsip bahawa semua tingkah laku boleh dipelajari dan dikekalkan melalui pengukuhan. Pengukuhan ini boleh berbentuk positif atau negatif. Beliau juga menekankan pengukuhan kontingensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan konsekuan yang membawa kepada kawalan tingkah laku secara berkesan.

Manakala model Disiplin Asertif Canter pula diutarakan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini menekankan bahawa gaya respon seseorang guru boleh bersifat asertif, tidak asertif serta agresif. Sifat asertif berlaku apabila guru memberi amaran dan menyatakan hukuman kepada murid jika melakukan sesuatu salah laku. Sifat tidak asertif pula meminta guru untuk memarahi dalam nada tegas dan meminta murid menghentikan perbuatan tersebut. Dan terakhirnya, bersifat agresif pula berlaku apabila guru bercakap nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman kepada murid. Model ini lebih menunjukkan bahawa guru bersikap authoritarian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya adalah berkaitan dengan model Akibat Logikal Dreikurs atau dikenali juga sebagai Model Disiplin Sosial. Model ini telah diajukan oleh Dreikurs. Model ini menekankan empat prinsip asas iaitu manusia ingin dimiliki atau menjadi anggota sesuatu kelompok, semua tingkah laku adalah bersebab, manusia boleh membuat keputusan dan realiti dipersepsikan oleh manusia.

Bagi model Pengurusan Kelompok Kounin yang diutarakan oleh Jacob Kounin pula berasaskan konsep kesan riak. Konsep ini bermaksud bahawa apabila guru menegur seorang murid, murid yang lain turut berhenti daripada melakukan sesuatu salah laku. Antara teknik yang dicadangkan oleh beliau adalah seperti with-itness, bertindan-tindih, kelicinan, momentum, dan kepekaan kelompok.

Akhirnya adalah melibatkan Terapi Realiti Glasser yang dipelopori oleh Glasser pada tahun 1965. Model ini ditukar kepada teori kawalan dan kemudiannya kepada teori pilihan. Prinsip-prinsip yang ditekankan adalah dengan menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab atas tingkah laku masing-masing serta berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan jika bimbingan dan sokongan diberikan. Selain itu, prinsip model ini juga mengkehendaki setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu mengikut kehendak masing-masing.

2.0 Kajian KesEncik Miller dan dua lagi guru Matematik yang lain telah menggunakan strategi pengajaran secara berkumpulan untuk mengajar subjek tersebut. Setiap hari selepas rehat, terdapat beberapa orang murid ke kelas Encik Miller dan yang selebihnya ke kelas rakan-rakannya. Encik Miller berasa kecewa dengan proses perjalanan menggunakan kaedah ini. Hal ini kerana beliau mendapati bahawa masa banyak dibazirkan semasa murid-murid bertukar kelas, menyusun dan bersiap sedia semula setiap kali pertukaran berlaku.kadang-kadang. Murid-murid yang tiba awal di kelas tersebut serta murid dari kelas lain yang melalui laluan tersebut mengganggu rakan-rakan mereka di dalam. Selain itu, didapati beberapa orang murid tidak membawa bahan yang hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Semasa,Encik Miller mengajukan soalan penyelesaian masalah, kebanyakan daripada mereka hanya membuat bising atau melihat sekeliling. Dan apabila Encik Miller hendak memulakan pengajaran, beliau begitu sukar untuk meminta murid berhenti dan bersedia untuk proses pembelajaran. Maka, apakah yang boleh dilakukan oleh Encik Miller bagi memastikan pengarajaran berkumpulan ini berjalan dengan lancar dan teratur?

3.0 Masalah yang timbul.

Berdasarkan keadaan dalam kes di atas dapat dikesan bahawa terdapat beberapa masalah yang berlaku. Antara masalah-masalah yang dapat dilihat dalam kes ini adalah:i. pembaziran masa,ii. keadaan pelajar yang terpaksa bersiap sedia dan menyusun semula minda mereka,iii. ketidakseragaman penukaran kelas,iv. gangguan dari murid yang terlibat dan tidak terlibat dengan pembelajaran ini,v. tidak mengendahkan soalan guru,vi. sikap murid yang tidak membawa bahan pembelajaran danvii. sering berbual sertaviii. kesukaran guru untuk mengawal kelas.

4.0 Cara mengatasi dengan mengaplikasikan model pengurusan disiplin untuk penyelesaiannya.

Berpandukan senarai masalah yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa kaedah atau strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Bagi masalah yang melibatkan pembaziran masa, kaedah yang boleh digunakan adalah dengan mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter. Model ini juga boleh diaplikasikan bagi masalah kesukaran guru untuk mengawal kelas. Strategi yang boleh digunakan oleh Encik Miller adalah dengan mengamalkan sikap asertif pada peringkat permulaan. Pada kali pertama memulakan kelas tersebut, Encik Miller perlu menyatakan terlebih dahulu peraturan-peraturan yang dikehendaki olehnya. Encik Miller juga perlu mengingatkan rakan-rakannya yang lain untuk menyatakan peraturan bahawa setiap murid perlu menepati masa. Cara yang terbaik adalah dengan menamatkan lima minit lebih awal.perkara ini akan memudahkan murid untuk bergerak dan bersiap sedia untuk kelas yang seterusnya. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu Encik Miller mengawal kelas. Naturalnya, kanak-kanak akan mudah mengingati perkara pertama yang berlaku ke atas dirinya. Maka, ketegasan amat diperlukan semasa kali pertama memasuki kelas.

Manakala bagi masalah ketidakseragaman penukaran kelas pula diselesaikan dengan melaksanakan teknik yang terdapat dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Teknik-teknik yang wajar digunakan adalah teknik kelicinan, momentum dan kepekaan kelompok. Teknik kelicinan dan momentum diaplikasi sewaktu proses penukaran berlaku. Encik Miller perlu memastikan murid berada dalam keadaan selesa sebelum atau setelah bertukar kelas. Murid pula dinasihati dapat meningkatkan momentum pergerakan mereka. Manakala kepekaan kelompok diperlihatkan apabila Encik Miller peka terhadap masa untuk menamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan teknik ini lebih berkesan, disarankan bahawa Encik Miller menyelaraskan jam di setiap kelas yang terlibat dan menggunakan jam loceng. Jam itu akan berbunyi lima minit sebelum masa sebenar tamat dan guru perlu menamatkan sesi pengajarannya.

Seterusnya, masalah yang berkaitan dengan keadaan pelajar terpaksa bersiap sedia dan menyusun semula minda mereka, gangguan dari murid dan rakan sebaya mereka serta tidak mengendahkan pertanyaan guru dapat dicegah melalui model Akibat Logikal Dreikurs. Berdasarkan prinsip ini, perubahan tingkah laku terdorong dalam seseorang individu dengan bimbingan daripada individu lain. Maka, model sesuai diaplikasikan kerana salah laku itu perlu diubah dan seterusnya dikekalkan. Encik Miller boleh membantu murid untuk mengubah tingkah laku tersebut. Antaranya dengan memberi kesedaran dan menasihati setiap tingkah laku negatif mereka. Jika, strategi ini tidak berjaya dilaksanakan, maka kaedah atau strategi dari model-model lain boleh diaplikasikan. Misalnya menggunakan langkah yang telah dinyatakan dalam Terapi Realiti Glasser. Dalam model ini, Encik Miller perlu meningkatkan cara pertanyaannya. Sebagai contoh, Apa yang kamu lakukan? adalah lebih berkesan daripada Mengapa kamu lakukan perbuatan itu?

Manakala bagi masalah yang berikutnya iaitu sikap murid yang tidak membawa bahan pembelajaran dan sering berbual boleh diperbaiki dengan menggunakan kaedah yang sama seperti di atas. Namun, strategi yang disarankan adalah dengan melaksanakan model Modifikasi Tingkah Laku. Encik Miller boleh mengaplikasikan strategi ini bagi masalah di atas juga. Model ini berasaskan prinsip pengukuhan. Encik Miller perlu memberi ganjaran kepada murid yang membawa bahan pembelajaran dan peneguh negatif apabila kesalahan dilakukan. Bagi murid yang tidak membawa bahan pembelajaran atau berborak semasa guru mengajar, kaedah time-out boleh digunakan. Encik Miller meminta murid untuk berada di belakang atau pun hadapan kelas apabila melakukan sesuatu kesalahan walaupun setelah beberapa ditegur dan diberi amaran.

Selain daripada cadangan penyelesaian yang telah dinyatakan, Encik Miller juga boleh mengaplikasikan terus model Terapi Realiti Glasser. Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, dalam terapi ini ada 10 langkah yang disarankan. Berikut merupakan langkah yang boleh diikuti oleh Encik Miller:i. Mengenal pasti punca berlakunya masalah tersebutii. Memilih Strategi yang sesuai digunakaniii. Mengatasi masalah melalui dua cara iaitu memberi latihan yang menarik dan relevan serta membina hubungan positif dengan muridiv. Meningkatkan cara penyoalanv. Membuat perbincangan dengan muridvi. Meminta murid membuat pelan tindakan yang positif sambil dipantau oleh guruvii. Menggunakan kaedah time-out yang masih berada dalam kelasviii. Menghantar murid ke lokasi yang lain tetapi selesa dengan dipantau aleh guru yang ditugaskanix. Menghubungi ibu bapax. Merujuk kepada pihak berkuasaPerlaksanaan terapi ini perlulah dilaksanakan mengikut kesesuaian murid tersebut.

BAHAGIAN B

5.0 Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan (2005) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau perihal mengurus. Ini membawa pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan sesuatu agar lebih teratur dan tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Keadaan fizikal bilik darjah seperti susun atur kerusi meja pelajar, jadual waktu mata pelajaran dan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan dan sebagainya seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Jadi sebagai seorang guru, perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Susunan fizikal di dalam kelas boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, perhubungan guru dengan murid dan sesama murid di dalam kelas malah mewujudkan keseronokan bekerja bersama-sama untuk mencapai sesuatu visi. Ini sangat sesuai sepertimana menurut Marland (1975), suasana fizikal di dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid dan menyumbang kepadaprestasi akademik murid.

6.0 Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah pula didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yangdigunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalahsatu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagimembolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilikdarjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaranpembelajaran yang kondusif.

Menurut Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran. Ia juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul.

Manakala, pendapat Levin dan Nolan (2004) pula, mereka memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.Guru perlu mengenalpasti punca salah laku. Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.Murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan.

Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:

Cara Dreikurs menangani murid yang mempunyai motif yang salah:

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku : Berkomunikasi perkara yang positif. Galak peningkatan murid. Kenal pasti kelemahan murid. Belajar daripada kesilapan. Percaya kebolehan murid. Bekerjasama. Rasa bangga pencapaian murid. Optimis. Beri galakan dan motivasi.

SUMBANGAN DREIKUS

1.Menyumbangkan konsep dan struktur pengurusan disiplin bilik darjah yang telah digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah.2.Dreikurs antara pengkaji disiplin bilik darjah yang pertama mencadangkan tentang guru dan bilik darjah yang demokratik dan menyumbang kepada pengurusan disipilin yang berkesan.3.Mencadangkan guru supaya mengenal pasti matlamat murid yang salah, iaitu menunjukkan tingkah laku mencuri perhatian, menunjukkan kuasa, membalas dendam dan menunjukkan kelemahan di dalam bilik darjah..4.Meminta guru-guru melibatkan murid-murid berkerjasama membentuk rutin dan peraturan bilik darjah.5.Guru dan murid bersama-sama berbincang akibat yang akan diterima oleh murid-murid sekiranya mereka melanggar rutin dan peraturan yang telah ditetapkan.6.Dreikurs menyatakan guru tidak sepatutnya menggunakan dendaan dan cuba mengelakkan pujian kerana kedua-dua mengakibatkan murid bergantung kepada tindakan guru bukannya daripada kemahuan sendiri.

Kekuatan & Kelemahan Model Akibat Logikal Dreikurs :KEKUATANKELEMAHAN

Memupuk autonomi murid bertanggungawab atas tindakan dan pilihan mereka.Agak sukar untuk guru permulaan mengenal pasti serta memahami motif murid melakukan salah laku.

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan saling menghormati antara murid.Agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu.

AplikasiSituasiTindakan Guru

Seorang murid menolak rakan sambil bersama sama turun tangga.Beri pilihan kepada murid untuk tidak mengulangi atau tunggu semua murid turun dahulu kemudian dia boleh turun.

Murid menconteng meja.Beri pilihan untuk membersihkan sebagai upah pekerja am untuk membersihkan contengan tersebut.

PENILAIAN TERHADAP MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURSKekuatan1. Memupuk autonomi di mana murid bertanggungjawab atas tindakan dan pilihan mereka.

2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan saling hormat-menghormati antara murid-murid.Kekurangan1. Agak sukar untuk guru permulaan mengenal pasti serta memahami motif murid-murid melakukan salah laku.

2. Agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu.

PENILAIAN TERHADAP MODEL DISIPLIN KELOMPOK KOUNINKekuatan1. Fokus terhadap pengurusan kelompok mewujudkan suasana biilk darjah dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.2. tidak berunsurkan hukuman yang hanya berkesan dalam jangka masa yang singkat3. Menitikberatkan variasi dari segi strategi & teknik pengajaran yang dapat kekalkan minat &semangat murid untuk belajar.Kelemahan4. Murid tidak mementingkan atribut-atribut guru seperti beramah mesra, sabar, prihatin dan sebagainya.5. Agak mencabar bagi guru yang perlu mengambil tindakan terhadap dua atau lebih kelompok pada satu masa yang sama.