laporan program teknik menjawab

3
LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM TAHUN 2015 Tarikh : 8 OGOS 2015 Masa : 8.00 – 12.30 TENGAHARI (SABTU) Tempat : Dewan Mutiara, SMK Labuan Sasaran : Pelajar Perdagangan SPM SMK Labuan dan SM St Anthony serta 20 orang dari Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan Kerjasama : SM St Anthony dan SMK Labuan 1.1 AKTIVITI Bengkel Teknik Menjawab Soalan Perdagangan SPM merupakan program peningkatan kurikulum yang diadakan di SMK Labuan dengan kerjasama SM St.Anthony. Program yang melibatkan murid-murid tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Ketua Panitia Perdagangan SM St. Anthony dan SMK Labuan. Bengkel yang berlangsung selama 4 jam ini diadakan di seperti Dewan Mutiara, diadakan di luar waktu persekolahan. Bengkel ini diadakan 2 slot iaitu slot 1 berkaitan teknik menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2. Manakala slot kedua diadakan pada jam 10.30 yang mengandungi aktiviti berkumpulan menjawab soalan di kertas mahjung dan setap kumpulan dibimbing oleh guru pengiring yang hadir dan sejam kemudian aktiviti pembentangan oleh setiap kumpulan. Bengkel Teknik Menjawab Soalan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang teknik menjawab dan memahami kehendak soalan peperiksaan SPM. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan keputusan peperiksaan SPM dari segi kualiti dan kuantiti. Penceramah yang berpengalaman yang merupakan pemeriksa kertas peperiksaan iaitu Puan Suriyah Salleh dari SMk

Upload: sakinah-ismail

Post on 31-Jan-2016

832 views

Category:

Documents


67 download

DESCRIPTION

CONTOH LAPORAN PROGRAM

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Teknik Menjawab

LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM TAHUN 2015

Tarikh : 8 OGOS 2015

Masa : 8.00 – 12.30 TENGAHARI (SABTU)

Tempat : Dewan Mutiara, SMK Labuan

Sasaran : Pelajar Perdagangan SPM SMK Labuan dan SM St Anthony serta 20

orang dari Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan

Kerjasama : SM St Anthony dan SMK Labuan

1.1 AKTIVITI

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Perdagangan SPM merupakan program

peningkatan kurikulum yang diadakan di SMK Labuan dengan kerjasama SM St.Anthony.

Program yang melibatkan murid-murid tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran ini

adalah anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Ketua

Panitia Perdagangan SM St. Anthony dan SMK Labuan. Bengkel yang berlangsung selama

4 jam ini diadakan di seperti Dewan Mutiara, diadakan di luar waktu persekolahan. Bengkel

ini diadakan 2 slot iaitu slot 1 berkaitan teknik menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2.

Manakala slot kedua diadakan pada jam 10.30 yang mengandungi aktiviti berkumpulan

menjawab soalan di kertas mahjung dan setap kumpulan dibimbing oleh guru pengiring

yang hadir dan sejam kemudian aktiviti pembentangan oleh setiap kumpulan.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada

para pelajar tentang teknik menjawab dan memahami kehendak soalan peperiksaan SPM.

Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan keputusan peperiksaan SPM dari

segi kualiti dan kuantiti. Penceramah yang berpengalaman yang merupakan pemeriksa

kertas peperiksaan iaitu Puan Suriyah Salleh dari SMk Beufort 2 telah dijemput untuk

menyampaikan teknik dan cara menjawab soalan serta penekanan kepada tajuk-tajuk

penting kepada para pelajar.

1.2 PENILAIAN PROGRAM

Penilaian program ini telah dibuat berdasarkan laporan dan pemerhatian oleh guru-guru

perdagangan yang terlibat. Kebanyakan guru-guru yang terlibat sepanjang program ini

berpendapat bahawa program ini Berjaya dijalankan mengikut tentatif yang dirancangkan.

Para pelajar yang dating dapat mengetahui teknik menjawab soalan peperiksaan dengan

betul dan dapat berbengkel bersama dengan penceramah untuk menambahkan kemahiran

Page 2: Laporan Program Teknik Menjawab

menjawab soalan. Namun begitu, terdapat juga pelajar-pelajar yang tidak menghadiri

bengkel ini dengan alasan bengkel ini diadakan di luar waktu persekolahan dan masalah

pengangkutan.Oleh itu, pada tahun hadapan dicadangkan agar bengkel ini diadakan pada

waktu yang sesuai iaitu semasa waktu persekolahan.

1.3 REFLEKSI KESELURUHAN PROGRAM

Secara keseluruhan, Bengkel Teknik Menjawab Soalan Perdagangan SPM ini telah

mencapai matlamatnya kerana bilangan murid yang dating juga masih ramai . Walaupun

terdapat beberapa masalah dan kekangan seperti masa yang terhad, namun begitu,

program ini telah Berjaya dijalankan mengikut jadual yang telah dirancangkan.

1.4 CADANGAN DAN PENAMBAIKAN

i) Persiapan dan perancangan yang lebih terancang perlu dilakukan supaya

bengkel ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan seperti perjalanan aktiviti

sepanjang program dijalankan.

ii) Murid-murid perlu dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan lebih awal agar

pelajar dapat menjalankan aktiviti dengan lebih lancar.

iii) Mengenakan tindakan tegas terhadap para murid yang tidak menghadiri

bengkel ini supaya murid takut untuk ponteng.

1.5 PENUTUP

Keseluruhannya,Bengkel Teknik Menjawab Soalan Perdagangan SPM ini telah

berlangsung seperti yang telah dirancangkan. Semoga program ini terus dijalankan

sebagai aktiviti tahunan setiap kali menjelang bulan-bulan terakhir sebelum peperiksaan

SPM agar para pelajar akan lebih bersedia dan Berjaya dengan cemerlang dalam

peperiksaan dan seterusnya dapat meningkatkan GPMP di sekolah masing-masing.

DisediakanOleh,

……………………….(SAKINAH BT. ISMAIL)

Penolong Setiausaha

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Perdagangan SPM