laporan-laporan pendidikan

5
LAPORAN-LAPORAN PENDIDIKAN i. Laporan Barnes 1951 Jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi orang melayu Dipengerusikan oleh L.J Barnes Jawatankuasa ini gagal mencadangkan penambahbaikan kepada sekolah melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhan Laporan Barnes beri satu cadangan radikal iaitu menghapuskan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Cadangan laporan Barnes Pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak di sekolah rendah. Selepas tamat sekolah rendah, boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah inggeris. Sekolah-sekolah Melayu, cina dan tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu. Kesan Laporan Barnes

Upload: malarvilee

Post on 17-Jan-2016

76 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota pismp sjh

TRANSCRIPT

Page 1: laporan-laporan pendidikan

LAPORAN-LAPORAN PENDIDIKAN

i. Laporan Barnes 1951

Jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi

orang melayu

Dipengerusikan oleh L.J Barnes

Jawatankuasa ini gagal mencadangkan penambahbaikan kepada sekolah

melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhan

Laporan Barnes beri satu cadangan radikal iaitu menghapuskan sekolah

vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.

Cadangan laporan Barnes

Pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak di sekolah rendah.

Selepas tamat sekolah rendah, boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah

inggeris.

Sekolah-sekolah Melayu, cina dan tamil ditukarkan secara beransur-ansur

kepada sekolah kebangsaan.

Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang

murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.

Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib

diajar di sekolah Melayu.

Kesan Laporan Barnes

Membayangkan hubungan kaum yang runcing kerana mengusulkan dua

aliran persekolahn sahaja di sekolah rendah.

Tertubuhnya fenn-wu hasil dari laporan barnes.

ii. Laporan Fenn-wu 1951

Diketuai oleh Dr. Fenn dan Dr. Wu

Laporan Barnes telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan

masyarakat Cina dan India. Jawantankuasa Fenn-Wu ditubuhkan bagi

mengkaji kedudukan sekolah Cina.

Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas

kepada Ordinan Pelajaran (1952).

Page 2: laporan-laporan pendidikan

- Mempertahankan kewujudan sekolah Cina

- Mempelajari tiga bahasa iaitu BM, BI dan bahasa ibunda mereka

- Membina maktab perguruan cina

- Menambah bantuan kewangan.

KESAN LAPORAN FEN-WU DAN ORDINAN PELAJARAN 1952

Penubuhan dua jenis aliran persekolahan iaitu bahasa Melayu & Inggeris.

Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang

murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.

Bahasa Inggeris menjadi bahasa yang wajib di Sekolah Melayu dan bahasa

Melayu pula menjadi wajib di sekolah Inggeris.

iii. Ordinan Pelajaran 1952

Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji

Laporan Barnes dan Fenn-Wu.

Oleh sebah ordinan 1952 tidak mendapat sambutan maka jawatankuasa ini

kemudiannya menetapkan tiga objektif iaitu,

Cadangan-cadangan Ordinan pelajaran1952

- Sekolah Kebangsaan diperkenalkan dengan dwibahasa secara

beransur-ansur melalui kelas bahasa kebangsaan.

- Menghadkan kemasukan pelajar ke Sekolah Inggeris

- Sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan

Sehingga 1956, ordinan tidak menghasilkan perubahan yang besar dalam

sistem pendidikan.

iv. Laporan Penyata Razak 1956

Page 3: laporan-laporan pendidikan

Kerajaan British menubuhkan jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar

Pelajaran

Antara bidang tugasnya:-

- Memeriksa dasar pelajaran sedia ada termasuk perkara yang

terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952

- Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai ‘Penyata Razak’.

Cadangan-Cadangan Penyata Razak:-

- Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah

rendah dan menengah.

- Bahasa Inggeris, bahasa cina, dan bahasa tamil menjadi bahasa

pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan.

- memperkenalkan dua jenis sekolah yang terbuka kepada semua

etnik.

- Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah

Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas(SMA) dan Pra

Universiti.

- Sistem peperiksaan yang berpusatdan sama bagi semua.

- Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan

- Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan

v. Laporan Rahman Talib (1960)

Jawatnkuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan dan kemudian dimasukkan

dalam Akta Pelajaran 1961.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Rahman Talib bersama-sama dengan

8 orang ahli untuk menyelesaikan masalah yang terdapat dalam Laporan

Razak.

Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-

- Pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar

- Sistem peperiksaan yang sama

- Penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional

- Penekanan pendidikan moral dan keagamaan

Kesan Rahman Talib

Page 4: laporan-laporan pendidikan

Murid2 dapat belajar mengikut mata pelajaran yang mereka suka.

Murid2 berpeluang menerima bimbingan dpd guru2 yang lebih berkelayakan.

Bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi dlm peperiksaan.

Sekolah cina telah menjadi jenis kebangsaan.

Sekolah menengah alam shah didirikan.

Bahasa menjadi isu politik apabila sekolah menengah inggeris semakin diberi

kepercayaan oleh masyarakat.