laporan aktiviti minggu pendidikan pencegahan dadah

5
LAPORAN AKTIVITI MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK LKTP KEMASUL PERINGKAT SEKOLAH 2009. Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK LKTP Kemasul telah mengadakan mingggu PPDa peringkat sekolah untuk tahun 2009 pada 2 hingga 6 Mac 2009. Minggu PPDa ini telah dijayakan oleh semua pihak terdiri daripada semua guru dan murid-murid. Pada hari Isnin, 2 Mac 2009, minggu PPDa dimulai dengan majlis pelancaran minggu Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah oleh Guru Penolong Kanan HEM, Puan Radin Nor Asikin Binti Radin Salleh semasa di perhimpunan pagi. Kemudian disusuli dengan pembacaan ucapan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia Sempena Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2009 oleh Guru Penolong Kanan HEM. Intipati ucapan tersebut mengingatkan murid-murid sekolah supaya menghindari dari gejala penagihan dadah. Pihak sekolah juga dikehendaki melaksanakan program Pendidikan Pencegahan Dadah secara bersepadu, bersungguh-sungguh dan sistematik. Golongan pelajar perlu diberi pengetahuan, kesedaran dan kemahiran yang boleh mencegah mereka daripada pengaruh dadah. Majlis pelancaran minggu PPDa diakhiri dengan ucapan oleh Puan Guru Besar SK LKTP Kemasul, Puan Normadiah Binti Mohamed. Puan Guru Besar mengingatkan semua pelajar supaya menghindari dan menjauhi dari gejala penagihan dadah. Pada hari Rabu, 4 Mac 2009, minggu PPDa diteruskan pula dengan pertandingan melukis poster dadah bagi murid Tahap 2. Pertandingan ini meliputi semua murid Tahun 4, 5 dan 6. Pertandingan ini dimulakan pada pukul 10.35 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari. Tema untuk poster adalah ‘Masyarakat Madani Tanpa Dadah’. Seterusnya slot ceramah tentang dadah dan rokok serta tayangan video mengenai dadah yang disampaikan oleh penyelaras PPDa sekolah iaitu Encik Mohd Sahidan Bin Abdul Rahaman. Slot tersebut bermula pada pukul 12.00 tengahari dan tamat pada pukul 1.00 petang. Intipati ceramah yang disampaikan adalah pengenalan tentang jenis-jenis dadah, gejala penagihan dadah oleh murid- murid sekolah dan bentuk-bentuk hukuman kepada pesalah-pesalah dadah sama ada penagih dadah mahupun pengedar dadah. Tayangan klip video tentang dadah pula bertujuan untuk menginsafkan pelajar dan menghalang mereka daripada terjebat dengan gejala dadah yang merupakan musuh nombor satu negara. Pada hari Jumaat, 6 Mac 2009, minggu PPDa diakhiri dengan majlis penutupan minggu PPDa peringkat sekolah yang disempurnakan oleh Guru

Upload: sahidan-rahaman

Post on 05-Jul-2015

315 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Aktiviti Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

LAPORAN AKTIVITI MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK LKTP KEMASUL PERINGKAT SEKOLAH 2009.

Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK LKTP Kemasul telah mengadakan mingggu PPDa peringkat sekolah untuk tahun 2009 pada 2 hingga 6 Mac 2009. Minggu PPDa ini telah dijayakan oleh semua pihak terdiri daripada semua guru dan murid-murid.

Pada hari Isnin, 2 Mac 2009, minggu PPDa dimulai dengan majlis pelancaran minggu Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah oleh Guru Penolong Kanan HEM, Puan Radin Nor Asikin Binti Radin Salleh semasa di perhimpunan pagi. Kemudian disusuli dengan pembacaan ucapan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia Sempena Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2009 oleh Guru Penolong Kanan HEM. Intipati ucapan tersebut mengingatkan murid-murid sekolah supaya menghindari dari gejala penagihan dadah. Pihak sekolah juga dikehendaki melaksanakan program Pendidikan Pencegahan Dadah secara bersepadu, bersungguh-sungguh dan sistematik. Golongan pelajar perlu diberi pengetahuan, kesedaran dan kemahiran yang boleh mencegah mereka daripada pengaruh dadah. Majlis pelancaran minggu PPDa diakhiri dengan ucapan oleh Puan Guru Besar SK LKTP Kemasul, Puan Normadiah Binti Mohamed. Puan Guru Besar mengingatkan semua pelajar supaya menghindari dan menjauhi dari gejala penagihan dadah.

Pada hari Rabu, 4 Mac 2009, minggu PPDa diteruskan pula dengan pertandingan melukis poster dadah bagi murid Tahap 2. Pertandingan ini meliputi semua murid Tahun 4, 5 dan 6. Pertandingan ini dimulakan pada pukul 10.35 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari. Tema untuk poster adalah ‘Masyarakat Madani Tanpa Dadah’. Seterusnya slot ceramah tentang dadah dan rokok serta tayangan video mengenai dadah yang disampaikan oleh penyelaras PPDa sekolah iaitu Encik Mohd Sahidan Bin Abdul Rahaman. Slot tersebut bermula pada pukul 12.00 tengahari dan tamat pada pukul 1.00 petang. Intipati ceramah yang disampaikan adalah pengenalan tentang jenis-jenis dadah, gejala penagihan dadah oleh murid-murid sekolah dan bentuk-bentuk hukuman kepada pesalah-pesalah dadah sama ada penagih dadah mahupun pengedar dadah. Tayangan klip video tentang dadah pula bertujuan untuk menginsafkan pelajar dan menghalang mereka daripada terjebat dengan gejala dadah yang merupakan musuh nombor satu negara.

Pada hari Jumaat, 6 Mac 2009, minggu PPDa diakhiri dengan majlis penutupan minggu PPDa peringkat sekolah yang disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Akademik, Encik Samsuri Bin Mohd Isin. Beliau memulakan majlis dengan mengingatkan supaya murid-murid dapat mengamalkan budaya hidup sihat dan menjauhi dari sebarang bentuk penagihan dadah dan seterusnya menutup minggu PPDa peringkat sekolah untuk tahun 2009 secara rasminya. Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah memenangi pertandingan melukis poster dadah. Hadiah kepada pemenang-pemenang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Akademik, Encik Samsuri Bin Mohd Isin. Semoga dengan adanya minggu PPDa ini akan menyedarkan kita semua akan tanggungjawab masing-masing dalam memerangi gejala penagihan dadah oleh murid-murid sekolah. Gambar-gambar berikut menjelaskan mengenai semua aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu PPDa peringkat sekolah.

Page 2: Laporan Aktiviti Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

ISNIN, 2 MAC 2009

Murid-murid di perhimpunan pagi. GPK HEM, Puan Radin Nor Asikin melancarkan minggu antidadah peringkat sekolah.

RABU, 4 MAC 2009

Murid-murid ketika melukiskan poster dadah bertemakan ‘Masyarakat Madani Tanpa Dadah’.

Taklimat daripada penyelaras PPDa sekolah, Encik Mohd Sahidan bin Abdul Rahaman mengenai dadah dan rokok.

Page 3: Laporan Aktiviti Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

Murid-murid kelihatan khusyuk menonton klip video mengenai dadah yang dipertontonkan kepada mereka.

JUMAAT, 6 MAC 2009

Murid-murid di perrhimpunan pagi. Ucapan daripada guru bertugas mingguan.

GPK Akademik, Encik Samsuri bin Mohd Isin semasa menutup minggu antidadah peringkat sekolah.

Page 4: Laporan Aktiviti Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

GPK Akademik menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan melukis poster dadah sempena minggu antidadah peringkat sekolah.

Poster-poster yang memenangi pertandingan melukis poster dadah sempena minggu antidadah peringkat sekolah dipamerkan di sudut PPDa sekolah.

Disediakan oleh,

----------------------------------------------

(ENCIK MOHD SAHIDAN BIN ABDUL RAHAMAN)

Penyelaras PPDa

SK LKTP Kemasul,

28310 Triang, Pahang