laporan aktiviti pendidikan luar 2013

46
BAB 2 : PELAPORAN PROGRAM PENDIDIKAN LUAR 2012 1.0 Pendahuluan Sebagai memenuhi subjek PJM3108 Pendidikan Luar, kami dari unit Pendidikan Jasmani Institut Perguruan Tawau Malaysia dikehendaki mengikuti program Pendidikan Luar. Seramai 50 orang pelajar dan 9 orang pensyarah terlibat dalam Pendidikan Luar ini yang diadakan di Borneo Paradise, Lahad Datu pada 18.9.2012 hingga 23.9.2012. Berikut ialah laporan perjalanan aktiviti yang berlangsung selama 6 hari 5 malam. Laporan Pendidikan Luar ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa Pra- Pelaksanaan, fasa Semasa Pelaksanaan dan fasa Pasca Pelaksanaan. 2.0 Fasa Pra-Pelaksanaan Fasa Pra-Pelaksana ini meliputi program-program yang dilaksanakan sebelum Pendidikan Luar ini diadakan. Ia merangkumi persediaan awal, mesyuarat dan pembentukan ahli jawatankuasa. Pensyarah telah memberi peluang kepada kami untuk merancang perjalanan Pendidikan Luar ini dari awal hingga akhirnya dari segi pengelolaan dan pengurusan. Pensyarah bertindak sebagai fasilitator dan jurulatih semasa aktiviti diadakan. Pada fasa ini, kami telah melaksanakan beberapa mesyuarat bagi melancarkan lagi perjalanan Pendidikan Luar ini kelak. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 04.08.2012. Pada mesyuarat ini, kami telah membentuk AJK

Upload: hamirudin-lasanipa

Post on 28-Oct-2015

314 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

BAB 2 : PELAPORAN PROGRAM PENDIDIKAN LUAR 2012

1.0 Pendahuluan

Sebagai memenuhi subjek PJM3108 Pendidikan Luar, kami dari unit Pendidikan

Jasmani Institut Perguruan Tawau Malaysia dikehendaki mengikuti program

Pendidikan Luar. Seramai 50 orang pelajar dan 9 orang pensyarah terlibat dalam

Pendidikan Luar ini yang diadakan di Borneo Paradise, Lahad Datu pada 18.9.2012

hingga 23.9.2012. Berikut ialah laporan perjalanan aktiviti yang berlangsung selama

6 hari 5 malam. Laporan Pendidikan Luar ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa

Pra-Pelaksanaan, fasa Semasa Pelaksanaan dan fasa Pasca Pelaksanaan.

2.0 Fasa Pra-Pelaksanaan

Fasa Pra-Pelaksana ini meliputi program-program yang dilaksanakan sebelum

Pendidikan Luar ini diadakan. Ia merangkumi persediaan awal, mesyuarat dan

pembentukan ahli jawatankuasa. Pensyarah telah memberi peluang kepada kami

untuk merancang perjalanan Pendidikan Luar ini dari awal hingga akhirnya dari segi

pengelolaan dan pengurusan. Pensyarah bertindak sebagai fasilitator dan jurulatih

semasa aktiviti diadakan. Pada fasa ini, kami telah melaksanakan beberapa

mesyuarat bagi melancarkan lagi perjalanan Pendidikan Luar ini kelak. Mesyuarat

pertama telah diadakan pada 04.08.2012. Pada mesyuarat ini, kami telah

membentuk AJK Pelasanaan dimana En. Jefrin Paluddin telah dilantik sebagai

Pengarah dan dibantu oleh En. Solehuddin Abdullah sebagai Timbalan Pengarah.

Hampir semua pelajar mempunyai tugas dalam jawatankuasa ini.

Mesyuarat kedua telah diadakan pada 08.09.2012 yang memfokuskan

kepada perbincangan tentang perlantikan penyelaras setiap aktiviti yang akan

dijalankan. Mesyuarat ini juga membincangkan tentang peralatan yang perlu

disediakan dan dilengkapkan oleh setiap AJK. Selain itu, kami juga telah

menetapkan yuran sebanyak RM10 seorang sebagai wang kecemasan. Pada

keesokan harinya kami beramai-ramai mengumpul alatan yang perlu dibawa di satu

tempat bagi memudahkan kami memunggah pada hari pertama perjalanan ke

Borneo Paradise. Beberapa alatan yang ada di stor Institut tidak mencukupi. Oleh

yang demikian, setiap penyelaras aktiviti berusaha untuk melengkapkan alatan

dengan membuat pinjaman di sekolah masing-masing.

Mesyuarat ketiga telah diadakan pada 17.09.2012 yang bertempat di astaka

Institut Perguruan Tawau. Pada mesyuarat ini, setiap AJK dikehedaki membuat

laporan tentang persediaan yang telah dilakukan dan masalah yang dihadapi. Kami

telah mencapai kesepakatan untuk setiap masalah yang telah dikemukakan oleh

AJK. Selain itu juga, pelajar telah diberikan salinan senarai AJK dan peralatan

peribadi yang perlu dibawa semasa Pendidikan Luar.

3.0 Fasa Semasa Perlaksanaan

Hari Pertama: 18.2.2012 (selasa)

3.1 Perjalanan Pergi

Semua pelajar telah berkumpul di Stor Institut untuk pemunggahan alatan ke atas

lori dan ke dalam bas seawal 6.30am. Semua alatan dan barang keperluan telah

siap dipunggah pada jam 7.45am. Seterusnya kami mendengar taklimat yang

disampaikan oleh En. Erwan Isdup berkenaan aktiviti yang perlu kami lakukan

setibanya kami di sana.

Taklimat dari En. Irwan Isdup

Sebelum bertolak kami mendengar ucapan yang disampaikan oleh Tuan Timbalan

Pengarah Dr. Hj. Mohd Johan bin Zakaria. Ucapan yang disampaikan berupa

nasihat dan dorongan supaya kami menimba ilmu dan pengalaman sebanyaknya

ketika mengikuti Pendidikan Luar.

Ucapan daripada Timbalan Pengarah

Kami bertolak ke Borneo Paradise pada jam 8.00am dengan dua buah bas dan

sebuah lori. Kami singgah sebentar di Daerah Kunak untuk membeli barang-barang

keperluan yang kurang seperti tiup getah gas dan keperluan-keperluan peribadi.

Setelah menempuh perjalanan selama 2 jam 30 minit, akhirnya kami sampai di

Borneo Paradise pada jan 10.30am. Setelah memunggah barang turun dari lori dan

bas, kami berehat sebentar sebelum melakukan aktiviti yang pertama.

Peserta menaiki bas

3.2 Mendirikan Khemah dan Membuat Gajet.

Tarikh : 18.9.2012

Hari : Selasa

Masa : 11.00am-5.50pm

Tepat jam 11.00am kami berkumpul di tapak perhimpunan, mendengar taklimat awal

awal sebelum memulakan aktiviti memasang khemah dan membuat gajet. Taklimat

dimulakan oleh tuan pengarah dengan membahagikan kepada beberapa kumpulan.

Penyerahan tugas kepada Kem Komanden iaitu En. Mohd. Zahari Tibin

dilaksanakan selepas itu. Setelah penyerahan tugas, ucapan pertama daripada Kem

Komanden adalah berkenaan tugas-tugas AJK sepanjang Pendidikan Luar ini

dilaksanakan dan juga peraturan-peraturan yang perlu kami patuhi. Selain itu, Kem

Komanden juga menasihati kami supaya sentiasa menjaga tingka laku dan disiplin

sepanjang berada disini.

Taklimat seterusnya disampaikan oleh Timbalan Kem Komanden iaitu

berkenaan bunyi “siren” untuk berkumpul taklimat, solat dan juga mandi. Untuk

taklimat, dan mandi, seren hanya dibunyikan sekali sahaja manakala untuk solat

subuh seren akan dibunyikan tiga kali selang setengah-setengah jam bermula pada

jam 4.30am.

Taklimat seterusnya pula berkenaan tentang ahli kumpulan dalam khemah

dan plan mendirikan khemah yang disampaikan olej AJK khemah iaitu En. Hajim

Amin Salleh, 10 buah khemah telah disediakan oleh pihak Institut iaitu 7 khemah

untuk peserta lelaki manakala 3 khemah untuk peserta perempuan. Kami

memulakan aktiviti mendirikan khemah pada jam 11.30 mengikut kumpulan dan plan

yang telah disediakan oleh En. Hajim Amin Salleh. Selain khemah yang disediakan,

kami juga memasang beberapa khemah yang dibawa sendiri oleh pelajar. Khemah

yang dibawa oleh peserta ini dapat menampung keperluan khemah yang tidak

mencukupi. Kami berhenti berehat pada pukul 12.10pm untuk makan tengahari dan

solat zohor secara berjemaah.

Tepat pukul 1.00pm kami berkumpul di tapak perhimpunan bagi mendengar

taklimat yang disampaikan oleh En. Arbaa Tampung sebelum menyambung aktiviti

memasang khemah. En. Arbaa Tampung mengucapkan selamat datang kepada

semua pelajar dan memberi nasihat kepada semua pelajar agar mengikuti

Pendidikan Luar dengan bersungguh-sungguh. Beliau juga menyarankan supaya

kami berinteraksi dengan alam, iaitu makna sebenar Pendidikan Luar. Aktiviti

menebang pokok dan memusnahkan habitat alam tidak dibenarkan. Taklimat juga

disampaikan oleh En. Supriadi Istar berkenaan prosedur memberi arahan dan juga

daripada En. Hamid Abdulajim berkenaan kebersihan selepas makan. Kami

menyambung aktiviti membuat khemah dan gajet pada jam 1.30pm dan selesai

pada jam 5.30pm. Selepas itu, kami membuat persiapan diri untuk mandi, solat

maghrib dan makan malam.

Taklimat Pengarah Program

Taklimat Kem Komanden

Peserta Mendirikan Khemah

Peserta membina Gajet

Peserta membina pintu gerbang

3.3 Ice Breaking dan Bantu Mula

Tarikh : 18.9.2012

Hari : Selasa

Masa : 7.30pm-10.00pm

Sebelum aktiviti Ice Breaking dimulakan, terlebih dahulu kami mendengar taklimat

yang disampaikan oleh En. Irwan Isdup. En. Irwan Isdup memberikan tentatif

program pada malam ini iaitu aktiviti Ice Breaking, Bantu Mula dan Kembara Malam.

En. Irwan Isdup memaklumkan bahawa aktiviti Bantu Mula memerlukan kain andu.

Walau bagaimanapun pihak mereka tidak memaklumkan lebih awal kepada peseta

supaya membawa kain andu.

Taklimat seterusnya disampaikan oleh En. Sallehudin Ibrahim. Taklimat

beliau dimulakan dengan memperkenalkan barisan fasilitator. Kemudian, beliau

menasihati peserta supaya sentiasa mematuhi jadual yang ada. Walau

bagaimanapun, akan ada perubahan pada jadual kerana aktiviti yang dijalankan

bergantung kepada faktor cuaca dan keadaan. Oleh yang demikian, beliau

menasihati kepada kami supaya peka terhadap perubahan jadual dari semasa ke

semasa. Beliau menerangkan lagi bahawa sikap kerjasama dan persefahaman perlu

dalam diri setiap peserta serta dapat memperbaiki masing-masing. Ketua kumpulan

juga harus memastikan kehadiran semua ahli adalah mecukupi sebelum melaporkan

kepada Kem Komanden. Selain itu, semua pelajar juga perlu memberikan kerjasama

yang baik kepada semua fasilitator.

Ice Breaking bermula pada pukul 8.00pm yang dikendalikan oleh En.

Aminuddin Ismail. Dalam aktiviti ini, kami bermain menguji minda dengan mengingati

nama rakan, sekolah rakan dan bilangan guru yang ada di sekolah rakan. Aktiviti

menguji minda ini diselang selikan dengan cerita dongeng yang juga menguji minda.

Dalam aktiviti menguji minda ini kami dikehendaki membuat kumpulan daripada

kumpulan haiwan, warna dan benda sebelum memulakan aktiviti menguji minda

yang disarankan. Cerita dongeng pula adalah berkenaan tiga orang yang

mempunyai kepakaran masing-masing bertelagah untuk merebut seorang gadis

cantik yang dicipta oleh mereka. Kami merasa seronok dalam aktiviti Ice Beraking

dan juga dapat megenali rakan yang lain dengan lebih dekat.

Aktivit Bantu Mula telah disampaikan oleh En. Mahmud Omar bermula pada

jam 10.00pm. Dalam aktiviti ini, En. Mahmud Omar menerangkan cara yang betul

ketika memberi bantuan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau

kemalangan. Kemudian, beliau menerangkan cara yang betul menggunakan kain

andu dan mengikat kain andu. Setiap kecederaan yang dialami mempunyai cara

ikatan yang berbeza iaitu meliputi kecederaan tangan patah, bahu patah dan kepala

berdarah. Setiap jenis kecederaan yang diterangkan akan disusuli dengan

demonstrasi membuat bantuan dan ikatan oleh fasilitator dan juga di kalangan

pelajar. Akhir sekali ialah penerangan tentang gigitan dan sengatan daripada

haiwan yang berbahaya.

Aktiviti Ice Breaking

Akitivit Bantu Mula

3.4 Solo Tracking

Tarikh : 18.9.2012

Hari : Selasa

Masa : 12.00am-3.00am

Terlebih dahulu taklimat mengenai aktiviti ini disampaikan oleh En. Irwan Isdup.

Dalam aktiviti Solo Tracking, peserta tidak dibenarkan membawa peralatan-

peralatan peribadi seperti dompet, telefon bimbit, rokok dan mancis dimana semua

barangan ini diletakkan dalam satu kotak khas yang disediakan. Undian telah dibuat

terlebih dahulu bagi menentukan kumpulan mana yang akan dilepaskan dahulu.

Pelajar akan dilepaskan seorang demi seoarang selang dua minit.

Kami diberikan masa selama sepuluh minit untuk membuat persiapan diri dari

segi pakaian dan peralatan kesihatan sebelum berkumpul di tapak perhimpunan.

Sebelum aktiviti diteruskan En. Irwan Isup mengarahkan kepada semua AJK untuk

membuat laporan ringkas dua minit kepada En. Sallahudin Ibrahim. Laporan di

mulakan dengan AJK peralatan dan diteruskan dengan AJK masakan, ibadah dan

kerohanian dan keselamatan.

Jam 12.30am, pelajar dilepaskan ke dalam hutan selang 2 minit seorang.

Kumpulan yang menunggu akan membuat aktiviti kumpulan iaitu menyenaraikan

peraturan yang perlu ada semasa aktiviti Pendidikan Luar diadakan. Peraturan-

peraturan itu akan dibincangkan oleh setiap kumpulan dan ia perlu dipatuhi oleh

semua pelajar.

Semua pelajar selesai dilepaskan ke dalam hutan pada jam 2.00am dan

berkumpul semula pada jam 2.30am. Tepat jam 3.00am pelajar dibenarkan untuk

membersihkan diri sebelum tidur dan bersedia untuk aktiviti pada keesokan hari

Berbaris untuk aktiviti solo camp

Hari Kedua. 19.9.2012 (rabu)

3.5 Sesi Refleksi 1

Tarikh : 19.9.2012

Hari : Rabu

Masa : 7.00am

Sesi refleksi ini dikendalikan oleh En. Arbaa Tampung, dimana setiap peserta

dikehendaki untuk muhasabah diri terhadap aktiviti solo tracking yang telah

dijalankan. Segala cetusan refleksi hendaklah dibincangkan dalam kumpulan selama

7 minit. Hasil perbincangan yang didapatkan akan dibentangkan di hadapan

pensyarah dan rakan-rakan.

Setelah selesai keempat-empat kumpulan membentang, En Arbaa Tampung

membuat ulasan keseluruhan tentang kebaikan dan kelemahan yang dihadapi oleh

pelajar semasa mengikut solo tracking semalam. Seterusnya En. Arbaa Tampung

meminta Kem Komanden untuk memberi ulasan tentang aktiviti itu dan seterusnya

dibuka kepada pelajar yang ingin membuat ulasan.

En. Mohd. Gazali Mohd. Yunus berpendapat bahawa setiap aktiviti yang akan

dilaksanakan perlulah diberikan petunjuk atau penerangan yang jelas. Manakala En.

Solehuddin pula menjelaskan bahawa aktiviti ini banyak memberi pengalaman baru

kepada pelajar dan mencadangkan agar pihak IPGM Tawau dapat mengadakan

program ini untuk guru-guru lain. Pendapat peribadi beliau merumuskan bahawa

aktiviti ini amat memuaskan. Lain pula pendapat yang disuarakan oleh Pn. Azizah

Padu yang berharap bahawa aktiviti seperti ini tidak akan berulang lagi. Pn. Siti

Norashikin Mastun menerangkan bahawa aktiviti solo tracking seperti ini tidak

semestinya dilihat dari aspek keburukan sahaja, malah ia banyak memberi kebaikan

kepada pelajar terutamanya dari segi membina keyakinan diri.

En. Arbaa Tampung pula merumuskan bahawa aktiviti seperti ini sebenarnya

adalah kurikulum tersembunyi yang disediakan oleh kerajaan. Dimana pelajar

belajar berinteraksi dengan alam, bagaimana untuk menyesuaikan diri di dalam

hutan dan mengambil pengajaran daripadanya.

En. Irwan Isdup pula merumuskan bahawa aktiviti solo tracking yang

dilaksanakan semalam berjalan dengan lancar dan baik sekali. Daripada ulasan-

ulasan yang diterima daripada pelajar-pelajar, beliau beraggapan bahawa

kebanyakan peserta terikut-ikut dengan aktiviti perkhemahan. Beliau menegaskan

bahawa aktiviti perkhemahan tidak sama dengan Pendidikan Luar. Berkenaan

dengan tentatif program pula, peerlu sedar bahawa ia akan berubah-ubah

bergantung kepada kehendak pensyarah itu sendiri. Sesi Refleksi 1 berakhir pada

pukul 8.00am.

3.6 Aktiviti Berkayak, Keyakinan Air dan Snorkeling

Tarikh : 19.9.2012

Hari : Rabu

Masa : 10.00am-1.30pm

Taklimat aktiviti disampaikan oleh En. Mohd Foazi Md. Nor iaitu membahagikan

pelajar kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Setiap kumpulan diwakili seramai 25

orang pelajar. Beliau menerangkan bahawa aktiviti pada pagi ini ialah berkayak,

keyakinan air dan snorkeling. Aktiviti kayak yang dijalankan pada pagi ini akan

dimulakan oleh kumpulan A, sementara kumpulan B akan bertindak menyediakan

makanan tengah hari. Tempat untuk makan akan ditentukan kemudian.

Kumpulan A dilepaskan untuk berkayak pada jam 12.00 pm, sementara

kumpulan B menyediakan makanan tengahari. Walau bagaimanapun, aktiviti

berkayak, keyakinan air dan snorkeling pada petang ini terpaksa dibatalkan kerana

hujan turun dengan lebat. Peserta dari kumpulan A diarahkan balik dan

membersihkan diri. Aktiviti pada petang ini ditukar kepada teori dan amali tali yang

dijalankan pada jam 2.00pm selepas semua pelajar solat zohor dan makan tengah

hari.

3.7 Kuliah Anatomi dan Pengendalian Kayak

Tarikh : 19.9.2012

Hari : Rabu

Masa : 10.00am-11.00am

Kuliah dikendalikan oleh En. Arbaa Tampung yang merangkumi anatomi kayak dan

kaedah serta cara pengendalian kayak. Aktiviti ini dijalankan di dalam dewan dengan

model kayak sebenar. Pada sesi ini kami dikehendaki mengetahui anatomi kayak

dan fungsi setiap bahagian kayak. En. Arbaa Tampung juga menerangkan tentang

anatomi pendayung dan cara menggunakan dayung.

En. Arbaa Tampung menerangkan bahawa apa yang dikuliahkan pada pagi

ini akan diberikan ujiankan pada malam hari (Ujian Amali).

Kuliah Anatomi Kayak

3.8 Kuliah dan Amali Tali (Simpulan dan Ikatan)

Tarikh : 19.9.2012

Hari : Rabu

Masa : 2.00pm-4.00pm

Kuliah simpulan dan ikatan dikendalikan oleh En. Mohd Foazi Md. Nor. Beliau

mengajar kami tentang sembilan jenis ikatan dan simpulan. Pelajar berkumpul dalam

bulatan dan diperkenalkan kepada jenis-jenis ikatan dan simpulan. Antara jenis-jenis

ikatan yang diperkenalkan ialah buku sila, bunga geti, simpul manuk, simpul balak,

ikatan 8, double 8, butterfly, double butterfly dan tindih kasih.

Pada sesi kuliah ini, dapat diperhatikan kerjasama yang erat di antara pelajar,

dimana rakan yang mahir berusaha untuk membimbing rakan yang lain untuk

menguasai ikatan dan simpulan yang dipelajari pada petang ini. En. Mohd Foazi Md.

Nor menerangkan bahawa apa yang dikuliah dan diamalikan pada petang ini akan

diuji dalam ujian amali tali yang akan datang.

Kuliah simpulan dan ikatan berakhir pada jam 4.00pm. Kami dibenarkan

untuk membersihkan diri sebelum melaksanakan solat maghrib dan makan malam.

Kuliah Ikatan dan Simpulan

3.9 Ujian Amali Kayak

Tarikh : 19.9.2012

Hari : Rabu

Masa : 8.00pm-10.45pm

Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Tiga

pusat pengujian diadakan iaitu di dewan makan, tapak perhimpunan dan Kantin

Borneo Paradise. Manakala dewan dijadikan bilik kurentin.

Seorang demi seorang pelajar dipanggil untuk mengikuti ujian amali kayak.

Antara yang uji ialah anatomi kayak, anatomi dayung dan kaedah mengangkat

kayak dengan betul. Setiap pesarta yang diuji dikehendaki memperkenalkan diri

secara ringkas kepada penguji.

Selain itu ada penguji yang menanyakan teknik menggunakan dayung

dengan betul dan kaedah-kaedah penyelamat mangsa. Ujian amali selesai

dilaksankan pada jam 1.00pm. Semua pelajar berkumpul di dewan untuk aktiviti

seterusnya.

Sesi Refleksi 2

Tarikh : 19.9.2012

Hari : Rabu

Masa : 11.00pm-11.30pm

Sesi refleksi 2 ini dikendalikan oleh En. Sallehudin Ibrahim. Pada sesi ini pensyarah

menyumpulkan tentang ujian amali kayak yang telah dijalankan. En Sallehudin

Ibrahim berharap semua pelajar supaya lebih bersedia pada ujian-ujian yang akan

datang. Sesi ini tamat pada jan 11.30pm, dan semua pelajar bersiap untuk tidur.

Hari Ketiga. 20.9.2012 (khamis)

Kembara Kayak dan Keyakinan Air.

Tarikh : 20.9.2012

Hari : Khamis

Masa : 7.00am-2.00pm

Sebelum memulakan aktiviti ini, kami diberi taklimat ringkas oleh En Irwan Isdup

berkenaan perjalanan aktiviti pada hari ini. Peserta akan dibahagikan kepada dua

kumpulan A dan kumpulan B.

Pelajar kumpulan A akan dihantar ke tengah laut dengan menaiki bot untuk

melakukan aktiviti keyakinan air. Manakala kumpulan B akan berkayak dari jeti ke

tengah laut dimanan kumpulan A membuat aktiviti keyakinan air. Sebelum

memualakan aktiviti, semua peserta diberi masa 10 minit untuk membuat persiapan

diri seperti memakai pakaian yang sesuai, menyapu sun block dan yang paling

penting pemakaian jaket keselamatan.

Jam 7.30am pelajar kumpulan A dihantar ketengah laut dengan menaiki bot.

Setibanya disana, mereka melakukan beberapa aktiviti keyakinan air seperti

membuat apungan, membentuk formasi apungan dan tidur di air. Manakala

kumpulan B membuat persiapan awal seperti mengangkat kayak dan membentuk

pasangan bagi setiap kayak.

Sebelum berkayak kumpulan B melakukan pemanasan badan, reggangan

dan kelonggaran. Kemudian disusuli dengan permainan menggunakan pandayung

yang dikendalikan oleh En. Irwan Isdup. Sekitar jam 8.30am, kumpulan B bersiap

untuk memulakan aktiviti kembara kayak dengan membentuk formasi “dimond” dan

meneruskan dayungan ke tengah laut. Semasa aktiviti ini kami memperaktikan

beberapa kemahiran yang dipelajari semasa kulia seperti teknik mendayung yang

betul dan juga ‘rafting”. Ekspidisi kayak kumpulan B sampai ke tenggah laut setelah

1 jam 30 minit dayungan iaitu sekitar jam 10.00am. Di sana kumpulan A dan B akan

berkumpul untuk melakukan aktiviti menyelamat dan capsaiz. Antara aktiviti

menyelamat yang ditunjuk ialah ‘resque X’ dan ‘resque H’. Manakala aktiviti

“capsaiz’ secara solo didemo oleh En. Arbaa Tampung dan “capsize” berpasangan

ditunjukkan oleh En. Foazi Md. Nor dan En. Zulfikar Awang Anak. Aktiviti

seterusnya ialah teknik menaiki kayak dengan cara yang betul. Teknik ini

ditunjukkan oleh En. Supriadi Istar. Semua pelajar dikehendaki untuk menaiki kayak

dengan teknik yang betul dan dipantau oleh pensyarah.

Sekitar jam 11.00am, kumpulan A mengambil alih kayak untuk meneruskan

expedisi kayak ke jeti, manakala kumpulan B melakukan aktiviti Keyakinan Air.

Selepas melakukan beberapa aktiviti keyakinan air, sekitar jam 12.00pm peserta

kumpulan B dihantar pulang ke jeti dengan menaiki bot. Peserta kumpulan A dan

kumpulan B akan berkumpul di jeti untuk menjalani ujian amalai kayak.

Ujian amali kayak dikendalikan oleh Pn. Siti Norashikin Mastun dan En. Amir Kasan

Ibnu Hassan. Antara kemahiran yang diujia ialah dayungan kebelakang, kehadapan

dan membuat pusingan. Setelah semua peserta mengikuti ujian, kami diarahkan

untuk membersihkan kayak bagi peserta lelaki dan memasak bagi peserta

perempuan. Setelah selesai membersihkan diri kami solat zohor berjamaah dan

makan tengahari.

Kembara Kayak

Keyakinan Air

Kuliah Teori Orentering dan Pandu Arah

Tarikh : 20.9.2012

Hari : Khamis

Masa : 3.30pm-5.30pm

Sesi kuliah orentering dan pandu arah pada petang ini dikendalikan oleh En. Zulfikar

Awang Anak. Kami telah dimaklumkan lebih awal supaya menyediakan kompas

masing-masing bagi memudahkan pembelajaran barlaku. Dalam sesi kuliah ini kami

dikehendaki menghafal anatomi kompas seperti papan lutsinar, jarum magnatik,

perumah kompas dan penunjuk arah. Selain kemahiran membaca kompas, kami

juga didedahkan dengan jenis-jenis kompas antaranya kompas digital, kompas

magnatik, kompas analog dan kompas lensatik. Selain itu sesi kuliah ini

menerangkan kepada kami arah-arah mata angin.

Selepas sesi kuliah dalam kelas, kami diberikan tugasan kumpulan untuk

melakar peta topo, dalam lakaran ini kami dikehendaki menanda lima stesen dengan

darjah yang betul dan anggaran jarak mengikut langkahan. Sebelum itu, kami

mengagikkan tugas dalam kumpulan yang bertindak sebagai ketua kumpulan,

pengukur jarak, pandu hadapan, pandu belakang dan pelapor.

Semua kumpulan selesai melaksanakan tugasan melakar peta topo sekitar

jam 5.30pm. Semua peserta balik ke khemah untuk membersihkan diri dan bersedia

untuk solat maghrib dan makan malam.

En. Dzulfikar menyampaikan kulaih Orentering

Kuliah Ikatan dan Simpulan (pertandingan antara kumpulan)

Tarikh : 20.9.2012

Hari : Khamis

Masa : 8.30pm-10.30pm

Taklimat pertandingan disampaikan oleh En. Foazi Md. Nor. Pertandingan ini dinilai

dengan kecepatan dan ketepatan ikatan dan simpulan yang dilakukan oleh peserta.

Setiap kumpulan akan menghatar seorang peserta untuk mengikuti

pertandingan ini. Apabila arahan diberikan oleh pensyarah, perserta yang bertanding

akan membuat ikatan dan simpulan secepat mungkin. Peserta yang membuat ikatan

atau simpulan hendaklah melakukannya secara individu. Penilaian akan dilakukan

oleh pensyarah-pensyarah.

Jenis-jenis ikatan yang dipertandingkan ialah jenis ikatan yang dipelajari

semasa kuliah ikatan dan simpulan sebelum ini.

Pertandingan Ikatan dan Simpulan

Pertandingan Orentering

Tarikh : 20.9.2012

Hari : Khamis

Masa : 10.30pm-11.30pm

Taklimat mengenai pertandingan disampaikan oleh En. Dzulfikar. Oleh kerana

kumpulan 4 yang telah menghasilakan peta topo yang baik, maka peta topo mereka

akan digunakan sebagai peta untuk pertandingan. Kumpulan 4 juga bertindak

sebagai penganjur yang akan mengendalikan pertandingan ini. Manakala peserta

pertandingan ini ialah daru kumpulan 1, 2, 3 dan 5.

Setiap kumpulan akan bergerak mengikut peta mencari check poin yang telah

ditanda dalam peta. Disetiap check point akan diletakkan sampul pembayang, iaitu

check point seterusnya yang mereka harus tuju. Di check point yang terakhir akan

diletakkan satu tanda yang menandakan pemenang bagi pertandingan ini.

Pertandingan ini telah menguji kemahiran membaca kompas dikalangan peserta.

Partandinga ini dimenangi oleh peserta kumpulan 1.

Selepas pertandingan kami mendengar taklimat ringkas daripada En.

Dzulfikar Awang Anak dan refleksi yang disampaikan oleh penganjur dan peserta

yang bertanding. Banyak kelemahan, kebaikan dan cadangan penambahbaikan

yang disuarakan oleh peserta yang terlibat. Sesi is selesai pada jam 12.00am dan

semua peserta bersurai untuk membersihkan diri dan tidur.

Hari Keempat. 21.9.2012 (Jumaat)

Sesi Refleksi 3

Tarikh : 20.9.2012

Hari : Khamis

Masa : 7.00am-8.30am

Sesi refleksi kali ini dekendalikaa oleh En. Sallehudin Ibrahim iaitu dapatan yang

diperolehi oleh peserta semasa melaksnakan aktiviti kembara kayak, keyakinan air

dan orentering.

Setiap kumpulan hendaklah menghantar seorang wakil untuk membuat

refleksi tentang aktiviti yang telah dijalankan. Peserta yang terlibat memberi maklum

balas sama ada berupa kebaikan mahupun kelemahan yang tersapat semasa

melaksanakan aktivit kayak, keyakinan air dan orentering.

En. Sallehudin memberi rumusan terhadap refleksi yang telah disampaikan

oleh peserta setiap kumpulan tadi. Kemudian, sesi ini dibuka kepada peserta yang

ingin mebuat ulasan. Sesi ini berakhir pada jam 8.30am, semua peserta diberi masa

20 minit untuk berehat dan melengkapkan persiapan diri untuk aktiviti Flying Fox dan

Abseiling.

Flaying Fox dan Abseiling

Tarikh : 20.9.2012

Hari : Khamis

Masa : 9.00am-4.30am

Sebelum aktiviti berjalan, semua peserta dinasihatkan untuk melengkapkan

persiapan diri. Semua peserta berjalan sejauh 2.5 km ke tapak Flaying Fox dan

Abseiling akan dijalankan. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A akan melaksanakan Anseiling manakala

kumpulan B akan melaksankan Flaying Fox.

Aktiviti ini ditangguhkan sementara bagi memberi laluan kepada pelajar-

pelajar yang beragama islam untuk menunaikan solat jumaat di masjid yang

berhampiran.

Sebelum aktiviti dimulakan peserta diberi taklimat ringkas oleh Ketua Jabatan

Pendidikan Jasmani IPG Tawau En. Irwan Isdup tentang aktiviti yang akan

dilaksanakan pada hari ini. Beliau menyarankan agar peserta mengaplikasikan

kemahiran yang dipelajari di IPG semasa melakukan aktiviti Flaying Fox fan

Abseiling. Beliau juga menerangkan bahawa aspek keselamatan amat penting, oleh

itu semua peserta dinasihatkan supaya sentiapa mengambil langkah-langkah

keselamatan ketika melakukan aktiviti.

Selepas taklimat, semua peserta kumpulan A dan B mendaki bukit seorang

demi seorang ke tapak aktiviti akan dimulakan. Bagi aktiviti Flaying Fox, setelah

memakai kelengkapan aktiviti seperti hasess, topi keselamatan, peserta akan

dilepaskan seorang demi seorang. Seoarang peserta akan bertugas sebagai

braacker, pelepas dan dua orang menunggu di tempat pendaratan untuk

melepaskan peserta. Tugasan ini dilaksanakan secara bergilir-gilir oleh peserta yang

lain juga. Berbagai gelagat peserta dapat diperhatikan, ada yang melakukan teknik

yang kurang tepat dan tidak kurang juga peserta yang melakukan teknik yang betul.

Manakala bagi aktiviti Abseiling, selepas memakai kelengkapan seperti

huness, karabena, figer of 8 dan topi keselamatan, peserta akan diturunkan seorang

demi seorang. Untuk aktiviti Abseiling dua tali penurunan disediakan. Sebelum

melakukan penurunan kami juga mnggunakan arahan-arahan yang telah dipelajari

semasa di IPG Tawau. Setelah selesai kedua-dua kumpulan melakukan aktiviti,

pertukaran dilakukan iaitu kumpulan B akan melakukan aktiviti Abseiling manakala

kumpulan A akan melakukan aktiviti flaying Fox. Kedua-dua aktiviti yang

dilaksanakan dinilai oleh pensyarah yang bertugas. Aktiviti hari ini tamat pada jan

4.30pm, semua peserta balik ke khemah untuk membersihkan diri dab bersiap untuk

solat maghrib dan makan malam.

Aktiviti Flaying Fox

Ujian Amali Ikatan dan Simpulan

Tarikh : 20.9.2012

Hari : Jumaat

Masa : 8.00pm-12.30pm

Taklimat berkenaan ujian disampaikan oleh En. Faozi Md. Nor. Seperti biasa tiga

pusat pengujian akan dibuka iaitu di dewan makan, tapak perhimpunan dan di kantin

Borneo Paradise selain dewan sebagai pusat kuarentin. Peserta juga dibahagikan

kepada tiga kumpulan yang ditetapkan oleh pensyarah. Ujian dijalankan adalah

berkaitan jenis-jenis ikatan, jenis-jenis tali, peralatan-peralatan asas aktiviti flaying

fox dan Ubseiling. Kami juga diuji tentang langkah-langkah keselamatan semasa

melaksanakan aktiviti Flaying Fox dan Ubseiling iaitu “5 H”. (Helmet, hunset, hand

gove, hardeare dan hup).

Ujian ini berjalan selama 3 jam sehingga semua peserta selesai diuji.

Sebelum kami bersurai taklimat ringkas telah diberikan oleh beberapa orang

pensyara. En. Faozi Md Nor membuat ulasan dan teguran berkenaan ujian yang

telah dijalankan. En. Irwab Isdup pula memberi penerangan ringkas berkenaan

aktiviti yang akan diadakan pada hari esok iaitu penilaian yang akan dilakukan

berkenaan kemahiran mendirikan khemah. Beliau menerangkan agar semua peserta

membuat persiapan yang baik sebelum penilaian ini dilakukan. Ujian ini berakhir

pada jam 12.30am dan semua peserta bersurai balik ke khemah untuk

membersihkan diri dan tidur.

Penilaian Pengurusan Khemah

Tarikh : 21.9.2012

Hari : Sabtu

Masa : 7.00am-8.00am

Sebelum penilain dilakukan, seawal jam 6.00am semua peserta membuat persiapan

akhir seperti megemas pemasangan khemah, menyusun gajet dan membersihkan

kawasan tapak perkhemahan.

Penilaian bermula pada jan 7.00am yang diketuai oleh Ketua Jabatan

Pendidikan Jasmani, En. Irwan Isdup dan pensyara lain iaitu En. Arbaa Tampung,

En. Amir Kasan Ibnu Hassan, En. Aminuddin Ismain dan Pn. Siti Norasyikin Mastun.

Antara ciri-ciri penilaian ialah pemasangan khemah, kekemasan khemah,

kesesuaian tapak, pemasangan gajet dan arah mata angin dan matahari ketika

memasang khemah. Penilaian Pengurusan Perkhemahan tamat pada jam 8.00am.

Penilaian Pengurusan Khemah

Kembara Hutan

Tarikh : 21.9.2012

Hari : Sabtu

Masa : 9.00am-4.00pm

Aktiviti Kembara Hutan dikendalikan oleh En. Amir Kassan Ibnu Hassan dan En.

Arbaa Tampung. Sebelum aktiviti dijalankan, taklimat ringkas tekah diberikan oleh

En. Amir Kassan Ibnu Hassan berkenaan perjalanan aktiviti ini. Peserta diberi masa

10 minit untuk membuat persiapan diri seperti pakaian, makanan dan minuman serta

peralatan orentering yang perlu dibawa.

Bermula jam 9.00am kami berjalan sejau 4 km ketapak permulaan aktiviti ini

akan dijalankan iaitu di Pintu Gate utama masuk ke Borne Paradise. Semua peserta

sampai ke tapak ini jam 11.00am. Jam 11.30am semua peserta naik ke bukit

berdekatan dimana check point pertama peserta akan dilepaskan secara

berkumpukan. Setiap kumpulan akan ditentukan tempat yang harus dituju sebagai

check point ke-2. Setiap kumpulan juga dikehendaki melakarkan peta topo

perjalanan dan mengumpul lima jenis tumbuhan apabila sampai ke check point yang

dituju. Semua peserta dilepaskan berkumpulan, bergerak ke check point ke-2 pada

jam 12.00pm.

Apabila sampai di check point ke-2, peserta akan bergerak ke check point ke-

3 iaitu Tapak Kandang Kuda, yang boleh dilihat dari check point ke-2. Kemudian

setelah sampai ke check point ke-2 peserta dibenarkan untuk balik kekhemah

membersihkan diri dan berehat. Sepanjang mengikuti kembara ini, peserta akan

melalui hutan belukar yang berbukit, ladang kelapa sawit dan beberapa sungai-

sungai kecil.

Aktiviti Kembara Hutan

Ujian Amali Orentering

Tarikh : 21.9.2012

Hari : Sabtu

Masa : 8.00pm-11.00pm

Seperti biasa tiga pusat pengujian akan diadakan iaitu di dewan makan, tapak

perhimpunan dan kantin Borneo Paradise. Begitu juga peserta akan dibahagikan

kepada tiga kumpulan dan berkumpul di dewan sebagai pusat kuarentin sebelum

dipanggil seorang demi seorang menjalani ujian.

Antara aspek yang diuji semasa ialah anatomi kompas, jenis-jenis kompas,

arah mata angin dan cara menggunakan kompas. Sesi ujian ini tamap pada jam

11.00pm.

Sesi Refleksi 4

Tarikh : 21.9.2012

Hari : Sabtu

Masa : 11.30pm-1.00am

Sesi refleksi ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi individu dan berkumpulan

yang dikendalikan oleh En. Arbaa Tampung. Untuk refleksi individu setiap peserta

dikehendaki menulis refleksi keseluruhan aktiviti Pendidikan Luar secara. Peserta

perlu menulis kekuatan, kelemahan dan cadangan penambah baikkan. Penulisan

resleksi ini hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan jujur. Helaian refleksi diserahkan

kepada Ketua Jabatan PJK En. Irwan Isdup.

Bagi sesi refleksi berkumpulan, setiap kumpulan diberi masa 8 minit untuk

berbincang dan merumuskan keseluruhan aktiviti Pendidikan Luar yang telah

dijalankan sepanjang berada di Borneo Paradise. Kemudian seorang wakil dari

setiap kumpulan akan membentangkan refleksi kumpulan mereka. Sesi in juga

dibuka kepada peserta yang ingin membaut refleksi keseluruhan.

Pada akhir sesi ini satu ulasan keseluruhan telah disampaikan oleh En. Irwan

Isdup dan En. Dzulfikar Awang Anak. Semua peserta bersurai pada jam 1.30 untuk

membersuhkan diri dan tidur.

Pengarah Program Berucap

Hari keenam (22.9.2012)

Perjalanan Balik

Tarikh : 21.9.2012

Hari : Sabtu

Masa : 8.00pm-11.00pm

Selepas solat subuh, seawal jam 5.30am peserta Pendidikan Luar telah melakukan

break camp. Selepas mengemas khemah masing-masing, peserta telah dibahagikan

beberapa kumpulan bagi menjalankan tugas seperti mengemas khemah utama,

meruntuhkan gerbang, mengemas peralatan dapur dan mengemas peralatan

pendidikan luar seperti jaket keselamatan, peralatan Ubseiling dan Flaying Fox,

peralatan snorkling pendayung dan lain-lain peralatan. Semua peralatan yang telah

kemas dikumpulkan disatu kawasan supaya aktiviti pemunggahan barang senang

dilakukan.

Seletelah selesai melaksnakan break camp, semua peserta perkhemahan

berkumpul di tapak perhimpunan. Kem Komanden meyerahkan semula tugas

kepada Pengarah Pendidikan Luar. Selepas ucapan, pengarah mengarahkan semua

ajk yang terlibat untuk membuat laporan akhir dimulakan dengan Ketua penyelaras

aktiviti dan diakhiri dengan ajk peralatan.

Seterusnya pengarah mempersilakan pensyarah yang hadir untuk membuat

ucapan. Ucapan penutupan disampaikan oleh En. Irwan Isdup. Beliau menyatakan

bahawa pendidikan luar kali ini sangan berjaya, kerana peserta dapat menjalankan

aktiviti dengan baik dan sekaligus banyak ilmu pengatahuan yang diperolehi oleh

peserta. Tambahan beliau lagi, apa yang berlaku di Borneo Paradise akan menjadi

kenangan manis buat peserta yang tidak mudah untuk diperolehi.

Ulasan ringkas juga diberikan oleh En. Dzulfikar Awang Anak. Beliau

menerangkan bahawa ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa menjalani

Pendidikan Luar gunakanlah sebaiknya untuk mendidik murid-murid disekolah

masing-masing. Akhir sekali beliau meminta tiga orang peserta untuk membuat

refleksi akhir iaitu En. Mohd Rauf....., En. Gazali dan Cin Tein.....

Jam 10.00am bas dan lori sampai, semua peserta mengambil bahagian

memunggah barang kedalam bas dan lori . Jam 11.00am kami bertolak balik ke IPG

Tawau dan sampai pada pukul 12.30pm. Selepas menurunkan barang dan

memasukkan kedalam stor, semua peserta balik ke rumah masing-masing jam

2.00pm.

Peserta mengemas khemah

Fasa Pasca Pelaksanaan

Fasa pasca pelaksanaan ialah fasa selepas pendidikan luar iaitu mengembalikan

alatan, menggantikan alatan yang hilang dan ulasan keseluruhan perkhemahan

yang disampaikan oleh pensyarah. Beberapa khemah yang digunakan oleh peserta

dibawa pulang untuk dibersihkan dan dihantar semula ke IPG Tawau pada interaksi

kulia yang akan datang.

Begitu juga, bagi peralatan yang hilang iaitu 6 figer of 8 dan 1 double puli

telah diganti oleh peserta dengan membuat kutipan wang sebanyak RM25.00

seorang.

Pada Interaksi ke-4, En Irwan Isdup telah membuat rumusan akhir berkaitan

dengan refleksi individu yang telah kami hasilkan. Melalu ulasan ini, beliau

membawa kami berbincang tentang kebaikan, kelemahan dan cadangan penambah

baikan pendidikan luar ini. Hasil dapatan akan digunakan sebagai panduan pada

pendidikan luar yang akan datang.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDIDIKAN LUAR

Secara keseluruhan melalui Pendidikan Luar yang kami jalankan ini terdapat

beberapa kekuatan dan kelemahan yang telah kami saya kenalpasti. Selain itu untuk

menjadikan Pendidkan Luar akan datang akan lebih baik, saya mencadangkan

beberapa perkara yang boleh digunakan sebagai penambah baikkan.

KEKUATAN

Lokasi Pendidikan Luar yang sesuai

Pemilihan lokasi pendidkan luar di Borneo Paradise adalah sangat tepat. Ini kerana

semua aktiviti sama ada darat mahupun aktiviti air boleh dijalanlan. Bagi aktiviti darat

seperti Flaying Fox dan Ubseiling, permukaan berbukit bukau dikawasan ini amat

sesuai untuk dilaksanakan aktiviti-aktiviti berkenaan. Begitu juga dengan aktiviti air,

sangan sesuai dilaksanakan disini kerana terdapat muara sungai yang menuju ke

laut lepas. Selain itu kemudahan seperti tandas dan dewan juga memberi manfaat

kepada kami dalam mejalankan aktiviti denga lebih lancar lagi.

Aktiviti yang sesuai

Aktiviti yang dilaksanakan dalam Pendidikan Luar ini sangat sesuai dan baik untuk

memingkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Beberapa aktiviti yang dilakukan

dapat menguji mental dan fizikal peserta. Bagi aktiviti solo taraking misalnya, ia

menguji sejauh manan tahap keberanian kekuatan mental seseorang peserta.

Aktiviti flaying fox dan ubseiling pula mencabar takap kekentalan dan kecekalan

seseorang peserta. Banyak ilmu yang kami perolehi ketika mengikuti Pendidikan

Luar ini, bukan sahaja kami dapat mencuba sesuatu aktiviti malahan kami diajar

bagaimana untuk mengelolakan aktiviti seumpamanya.

Berberi pengalaman menarik kepada peserta

Selain dapat menimba ilmu pengetahuan, pendidikan luar ini juga memberi

pengalaman menarik buat beserta. Ikantan yang erat antara peserta umpama satu

keluarga apabila kerja dilakukan bersama. Ia juga memberi pengalaman menarik

kepada peserta yang kebanyakannya sudah berkeluarga, hidup berjauhan daripada

isteri, suamain dan anak selama seminggu pendidikan luar ini dijalankan.

Dapat berinteraksi dengan alam

Seperti kata En. Arbaa Tampung, pendidikan luar adalah satu cara kehidupan yang

primitif dimana peserta akan berinteraksi dengan alam. Peserta dilatih untuk

menggunakan persekitaran alam frora dan fauna untuk mendidik diri supaya boleh

meneruskan kehidupan. Secara tidak langsung kami dapat mengenali tumbuhan-

tumbuhan hutan dan berfikir bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan

hutan.

Pensyarah yang berpengalaman

Pensyarah yang hadir fasilitator dan jurulatih sangat pengalaman. Melalui tunjuk ajar

mereka, kami menerima banyak input yang boleh dijadikan bekalan dan pengalaman

hidup. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik atas bimbingan

dan pengendalian daripada mereka.

KELEMAHAN

Pengangkutan perjalanan pergi tidak lancar

Disebabkan bas yang kami gunakan bas mengalami masalah “hidrolic”, maka kami

terpaksa turun di pertengahan jalan. Bas yang kami naiki tidak dapat masuk ke

Borneo Paradise kerana penghadang hadapan yang tersangkut pada bonggol.

Disebabkan itu, perjalanan kami menjadi lewat 1 kerana menunggu bas yang satu

untuk mengankut kami masuk.

Kerosakan alatan

Disebabkan tiada pemeriksaan awal, ada beberapa alatang yang tidak dapat

digunakan kerana rosak. Contohnya ada bebarapa buah kayak yang bocor, ini

menggangu kelancaran aktiviti kayak.

Ada aktiviti yang tidak dilaksanakan

Faktor cuaca sangat mempengaruhi kelancaran Pendidikan Luar. Ada beberapa

aktiviti yang tidak dapat dijalankan kerana hujan turun dengan lebat seperti

snorkeling dan solo camp.

Aktiviti kurang mencabar

Ada aktiviti yang dilaksanakan kurang mencabar peserta seperti berkayak yang

jaraknya terlalu dekat. Aktiviti Kembara Hutan yang dijalankan juga kurang

mencabar, kerana peserta negan mudah dapat balik ke check point 3. Kembara

Hutan juga hanya melalui ladang kelapa sawit dan jalan raya. Ini tidak mencabar

laluan peserta.

Semua peserta tidak dilibatkan

Ada beberapa aktiviti tidak melibatkan semua peserta seperti aktiviti setup untuk

aktiviti flaying fox dan ubseiling. Oleh yang demikian pengalaman hanya diperolehi

oleh beberapa orang peserta sahaja.

Kurangnya pemantauan awal pada sesetengah aktiviti

Kuarangnya pemantauan awal terhadap lokasi sesuatu aktiviti yang menyebabkan

ada aktiviti yang dilaksanakan lewat. Contonya pemantau awal untuk aktiviti flaying

fox.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pemilihan pengangkutan yang baik

Pemilihan pengangkutan oleh pihak pengurusan IPGM Tawau harus teliti, bagi

mengelakan sebarang kelewatan akibat daripada masalah bas rosak tidak berlaku.

Pemeriksaan awall dan membaik pulih alatan

Pemeriksaan awal perlu dilakukan untuk memastikan peralatan yang sesuai

digunakan dan berfungsi dengan baik. Jika berlaku sebarang kerosakan, proses baik

pulih seharusnya dilakukan.

Aktiviti yang lebih mencabar

Jarak kembara kayak seharusnya ditambah untuk memberi kepuasan kepada

peserta merasai pengalaman berkayak. Manakala aktivit Kembara Hutan

seharusnya lebih banyak checj point yang perlu dilalui, dan aktiviti di check point

perlu dikembangkan dan mencabar minda seperti memasak, melakar peta topo.

Laluan Kembara Hutan juga seharusnya lebih mencabar, supaya peserta dapat

mengaplikasi kemahiran kompas dengan situsai sebenar.

Pemantauan awal terhadap lokasi aktiviti

Pemantauan awal perlu dilakukan supaya persedian awal untuk sesuatu aktiviti

berjalan lancar.