laporan pendidikan multibudaya-kumpulan 2

13
KPS6054: PENDIDIKAN MULTIBUDAYA TUGASAN 1 LAPORAN PERBENTANGAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA: SEJARAH DAN TEORI DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID SITI MAISARAH BINTI ZAINAL JOHARA BEEVI BINTI SAJAHAN M20112001257 M20112001260 PENSYARAH: DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM 1

Upload: zulfazakmalhusna-ibnu-mai

Post on 06-Sep-2015

485 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

KPS6054: PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

TUGASAN 1

LAPORAN PERBENTANGAN

Pendidikan Multibudaya: Sejarah dan teori

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

SITI MAISARAH BINTI ZAINAL

JOHARA BEEVI BINTI SAJAHAN

M20112001257

M20112001260

PENSYARAH: DR. Abdul Talib bin Mohamed Hashim

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1.0Pengenalan

1.1Konsep MultiBudaya

1.2Konsep MultiBudaya di Malaysia

1.3 Konsep MultiBudaya di Luar Negara

1.4 Pendidikan MultiBudaya Model James A. Banks

1.5 Pendidikan MultiBudaya Model Sleeter & Grant

1.6 Kesimpulan

1.7 Bibliografi

3

4

5

8

9-10

11-12

12

13

Pengenalan

Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya menurut Amir Hasan Dawi, 2002. Tylor, 1871 pula mengatakan bahawa budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Bagi tokoh kontemporari Bourdieu, budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan. Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat sekeliling.

Masyarakat Melayu adalah merupakan kaum terbesar di Malaysia iaitu 60% daripada populasi masyarakat Malaysia. Masyarakat Melayu terdiri daripada yang beragama islam, berbahasa melayu dan amat sinonim dengan politik Negara. Kaum kedua terbesar ialah kaum Cina yang mewakili 25% masyarakat di Malaysia. Kebanyakan kaum Cina adalah daripada kepercayaan Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan ke arah bidang ekonomi. Kaum India pula membentuk 7% hingga 10% daripada populasi masyarakat Malaysia. Kebanyakan mereka terdiri daripada agama Hindu dan Kristian, berbahasa Tamil, Malayam dan Hindu dan menerokai bidang perguaman.

Budaya di sekolah adalah sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah juga kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Sejak mula pelajar masuk ke sekolah akan terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorakkan masa depan mereka. Pendidikan amat diutamakan untuk menerapkan niali-nilai material dan bukan material di kalangan pelajar dan mengelakkan berlakunya penyelewengan budaya. Multibudaya adalah satu perkataan yang paling sesuai dan tepat untuk menggambarkan kehidupan masyarakat di Malaysia yang berbilang budaya.

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum dan bangsa yang mempunyai budaya, bahasa dan pemakaian yang berlainan di antara satu sama lain. Ciri-ciri kebudayaan ini adalah seperti bahasa, agama, makanan kebiasaan, agama dianuti dan sebagainya. Sebagai contoh, kaum terbesar di Malaysia iaitu kaum melayu menuturkan Bahasa Melayu dan agama Islam adalah sebagai pegangan hidup mereka. Manakala kaum India pula menjadikan Bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda mereka dan pegangan hidup mereka pula adalah agama Hindu.

Menurut James A.Banks dan Cherry A. McGee Banks, 2003, Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan multibudaya ini adalah satu pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian. Ia bukan sahaja mengubah struktur kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi.

Tambahan pula, susulan daripada peristiwa pertumpahan darah yang berlaku melibatkan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India pada 13 Mei 1969, kerajaan telah merangka beberapa dasar yang menekankan kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), sekolah dianggap sebagai institusi sosial di dalam masyarakat. Sekolah merupakan tempat pergaulan utama bagi setiap individu tidak kira samada di sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah, pelajar akan di ajar mengenai kebudayaan kebangsaan seperti lagu kebangsaan negara, bahasa kebangsaan dan bendera kebangsaan. Oleh sebab itu, sistem pendidikan negara merupakan agen utama dalam usaha memupuk perpaduan rakyat yang mempunyai pelbagai budaya dan amalan.

KONSEP PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Pendidikan multibudaya adalah satu idea, satu tindakan membentuk semula pendidikan dan satu proses (Banks, 2002). Sebagai satu idea, pendidikan multibudaya cuba mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua pelajar yang dari golongan, kaum, sosio-ekonomi, budaya yang berlainan, dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia dapat menunjukkan kepelbagaian kebudayaan dan golongan dalam sekolah dan sosial. Pendidikan multibudaya adalah satu proses kerana matlamatnya adalah ideal di mana pihak pentadbir dan guru perlu terus berusaha dan berjuang untuk mencapai maklamat tersebut. Di samping itu, Banks(2002) juga telah memperkenalkan empat dimensi pendidikan berbilang kebudayaan, iaitu integrasi isi kandungan yang menginklusifkan bahan bantu mengajar, konsep dan nilai dari pelbagai kebudayaan dalam pengjaran dan pembelajaran. Proses konstruk ilmu pengetahuan adalah pengakuan bahawa semua ilmu pengetahuan adalah konstruk sosial, wujud dalam pemikiran manusia untuk menjelaskan pengalaman mereka yang boleh berubah, dengan mendorong perubahan sosial.

Pedagogi yang saksama wujud bila guru-guru mengubahsuaikan pengajaran mereka untuk bersesuaian dengan pelajar yang berlatar belakang yang berlainan dalam mencapai kejayaan akademik. Memperkasakan budaya sekolah dan struktur sosial untuk membentuk semula persekitaran sekolah, termasuk sikap, kepercayaan dan tindakan guru-guru dan pihak pentadbir, kurikulum, prosedur peperiksaan dan strategi pengajaran guru-guru supaya membolehkan pelajar dari kaum, jantina, golongan yang berlainan mengalami pendidikan yang saksama. Salah satu konsep yang terserap dalam pendidikan berbilang kebudayaan adalah konsep kesaksamaan (equity). Menurut American Heritge Dictionary, kesaksamaan dijelaskan sebagai satu peringkat di mana semua pelajar, tidak kira majoriti atau minoriti, perempuan atau lelaki, pelajar yang berjaya atau gagal, dan pelajar yang pernah ditolak pada satu masa ketika mempunyai peluang untuk belajar, menyertai program pendidikan, dan mempunyai penerimaan yang saksama bagi perkhidmatan yang mereka perlu dalam pendidikan (Pathways Home).

Sebenarnya saksama dan pendidikan berbilang kebudayaan tidak dapat diasing dari antara satu lain. Ia memerlukan guru-guru memikir dan mengkonsep semula tentang pengajaran dan pembelajar, dan mengunakan pendekatan mengajarar yang tidak bias untuk membentuk pengajaran inklusif pada setiap bidang matapelajaran( North Central Regional Educational Laboratory,2001).

Terdapat kajian menunjukkan jika kanak-kanak memahami lebih banyak sterotaip golongan lain, akan kurang bersikap negatif terhadap golongan lain. Dengan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan tentang pelbagai kaum dan sumbangan mereka dalam pembinaan dan kemajuan negara, akan dapat mengurangkan ketidaktoleransi dan meningkatkan kerjasama untuk mencapai kebaikan sejagat (Martin,1985). Pendidik yang mengenal dan menghormati latar belakang yang pelbagai pelajar mereka juga akan berkewajiban dan bertanggungjawab berkongsi nilai-nilai sesama dengan pelajar. Walaupun pelajar dan guru-guru menunjukkan kebudayaan yang berlainan, tetapi terdapat juga budaya yang sama dikongsi terutamanya budaya kehidupan.

KONSEP PENDIDIKAN MULTI BUDAYA DI MALAYSIA

Di Malaysia pendidikan multibudaya terbentuk sejak zaman kegemilangan Melaka lagi iaitu dari negara China dan India berhijrah ke Tanah Melayu samada untuk berniaga dan menyebarkan agama Islam. Pada masa itu pendidikan adalah berteraskan ajaran Islam dan kitabnya adalah kitab Al-Quran. Selepas zaman kegemilangan ini berlalu dan Tanah Melayu dijajah oleh pelbagai bangsa, akhirnya pendidikan di Malaysia diubah mengikut dasar pecah dan perintah. Dasar yang diperkenalkan oleh British ini menindas kaum Melayu kerana kaum Melayu hanya diberi peluang pendidikan sekadar untuk membaca dan menulis sahaja.

Selepas kemerdekaan, pendidikan multibudaya dilaksanakan dan ia memfokuskan terhadap penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar untuk mengintegrasikan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, kebudayaan, agama, ekonomi dan sosial. Setiap individu berhak mendapat peluang pendidikan yang sama. Nilai serta tata laku seperti saling faham memahami, saling hormat menghormati, bertolak ansur, menghargai hak-hak asasi manusia, adil, jujur dan bersatu padu cuba ditanam di dalam diri pelajar melalui pendidikan multibudaya untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya perpaduan rakyat.

Sistem pendidikan mempunyai objektif untuk menyepadukan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) dalam melahirkan individu yang berakhlak dan cemerlang. Apabila setiap individu di Malaysia cemerlang di dalam empat sifat utama yang ditekankan oleh sistem pendidikan ini, secara tidak langsung perpaduan negara dapat diwujudkan. Di Malaysia, subjek-subjek yang berkaitan dengan kebudayaan di Malaysia di ajar. Antara subjek-subjek yang diajar ialah Sejarah Malaysia, Kenegaraan Malaysia dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pengajaran subjek-subjek tersebut dalam pendidikan dapat meningkatkan kefahaman pelajar pelbagai kaum dan budaya bagi memahami konsep kepelbagaian masyarakat di negara ini, kepelbagaian budaya, tanggungjawab terhadap negara dan sebagainya.

Malaysia merupakan sebuah Negara yang berbilang kaum dan bangsa. Secara tidak langsung, masyarakat Negara ini telah diperkenalkan kepada budaya, bahasa, dan pemakaian yang tersendiri pada waktu dan masa-masa tertentu. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang membentuk komuniti masyarakat kecil yang mempunyai identiti tersendiri. Komposisi penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di semanjung, Sabah dan Sarawak menyebabkan wujudnya kepelbagaian latar belakang pelajar dalam sistem pendidikan Negara. Kepelbagaian latar belakang ini membuatkan masyarakat Malaysia semakin bersatupadu dan semakin memahami kebudayaan dan fahaman bangsa-bangsa lain dan ia sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Konsep satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk memperkenalkan idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Satu malaysia bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan anatra pelbagai kaum di Malaysia dan mewujudkan semangat kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Dari aspek pendidikan, konsep satu Malaysia ini berfungsi untuk mengurangkan juarang perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik agak mereka mempunyai hak untuk mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak dari golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, konsep kepelbagaian latar belakang pelajar ini adalah perkara asas dalam pembentukan pusat pembelajaran dan perkembangan pelajar. Kepelbagaian latar belakang pelajar ini merangkumi aspek jantina, kaum, budaya, gaya pembelajaran, status sosio-ekonomi, sosio-politik & sosio- budaya. Menurut Khairul Yusri, 2007, perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek lain yang mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Dalam konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu imapak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Konsep kepelbagaian latar belakang pelajar ini boleh dikaji dari aspek jantina, kaum dan etnik, bugaya, gaya pembelajaran dan sosio-ekonomi.

Pelaksanaan sekolah integrasi atau sekolah wawasan merupakan salah satu rancangan kerajaan untuk menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia. Matlamat pembinaan sekolah wawasan ini adalah:

1. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama.

2. Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.

3. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

4. Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.

Sekolah Wawasan adalah sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah sekolah yang berlainan aliran dalam satu kawasan yang sama. Sekolah-sekolah ini akan berada di bawah satu bumbung tanpa mengira agama dan bangsa. Konsep Sekolah Wawasan adalah bertujuan menyatukan masyarakat Melayu, Cina dan India melalui satu sistem pendidikan di dalam satu kawasan.

KONSEP PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DI LUAR NEGARA

INDONESIA

Di Indonesia, pendidikan multibudaya dikenal sebagai suatu pendekatan yang dianggap lebih sesuai bagi masyarakat Indonesia yang heterogen, sesuai pada masa autonomi dan desentralisasi yang baru dilakukan. Pendidikan multibudaya yang dikembangkan di Indonesia seiring dengan pengembangan demokrasi yang dijalankan sebagai counter terhadap kebijakan desentralisasi dan autonomi daerah yang sering dilaksanakan kearah menguatnya sukuisme dan daerahisme.

Pendidikan multibudaya yang ada di Indonesia merupakan kekayaan yang boleh menjadi modal untuk mengembangkan kekuatan budaya. Terutama, kepada kanak-kanak perlu diterapkan dengan sikap toleransi, dan pengajaran itu harus dibuktikan dengan sikap toleransi, dan pengajaran itu harus dibuktikan dengan sikap, tindakan, dan respek antara satu sama lain.

Pendidikan multibudaya sangat penting kerana Indonesia juga seperti Malaysia mereka hidup dalam negara yang pelbagai budaya, lebih dari itu Indonesia juga menghadapi berbagai budaya dari luar keterbukaan dan kerjasama antara negara, mahupun kesan dari teknologi maklumat yang berkembang pesatt. Oleh sebab itu, tugas menupuk pendidikan multibudaya di Indonesia lebih berat (ragam, suku, etnis, agama yang cukup banyak), kerana tugas tersebut memiliki misi bagaimana agar para anak didik memiliki kesedaran multibudaya yang mengandung erti memiliki kemampuan untuk bersikap toleransi, menerima perbezaan dan saling menghormati walaupun dengan latar belakang budaya yang berzeda.

Pendidikan multibudaya sangat penting untuk dipupuk, tidak hanya disekolah tetapi juga dirumah agar pada masa hadapan masyarakat Indonesia tidak lagi menjadi masyarakat yang dianggap suka dengan tingkah laku kekerasan, konflik, dan sulit menerima perbezaan.

PENDIDIKAN MULTIBUDAYA MODEL JAMES A. BANKS

James A. Banks (1994) telah mengenal pasti matlamat pendidikan multibudaya iaitu:

1. Untuk mengurangkan diskriminasi terhadap sesuatu kaum dan memberikan pendidikan yang adil kepada semua individu.

2. Menghormati di antara satu sama lain tanpa mengambil kira perbezaan kaum dan kelas sosial. Melalui pendidikan multibudaya ini, pelajar akan mengenali kebudayaan kaum lain. Dengan ini, pelajar akan lebih menghargai dan menghormati antara satu sama lain.

3. Membantu pelajar membina pengetahuan, sikap dan kemahiran diri agar boleh membangunkan kaum sendiri dan juga kaum yang lain seterunya membangunkan negara ke peringkat antarabangsa.

4. Membantu individu memahami kendiri dengan melihat mereka sendiri dari pespektif budaya lain, dengan andaian bahawa mempunyai fahaman dan pengetahuan sedemikian akan dapat wujud penghormatan antara satu sama lain.

5. Membekalkan pelajar peluang untuk memilih budaya golongan lain. Keadaan sering berlaku selama ini iaitu sekolah biasanya mengamalkn budaya golongan majority dan jarang memperkenalkan budaya lain kepada golongan majoriti. Pada hakikatnya golongan majoriti perlu mengetahui keunikan dan kecantikan budaya golonagan lain.

6. Membekalkan semua pelajar kemahiran, sikap dan pengetahuan untuk berfungsi dalam budaya sendiri dan juga budaya kaum lain.

7. Mengurangkan diskriminasi dan derita pengalaman dari ciri-ciri budaya sendiri.

Kajian menunjukkan sesetengah golongan terpaksa menolak budaya sendiri dengan keinginan untuk berjaya. Membantu pelajar menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Dalam konteks pendidikan berbilang kebudayaan, isi kandungan pengajaran pembelajaran yang berkaitan dengan kaum, agama sosio-ekonomi pelajar akan lebih memberi makna dan meningkatkan motivasi pelajar.

Berdasarkan definisi dan konsep pendidikan multibudaya, beberapa prinsip perlu diberi pertimbangan dalam pelaksanaan program pendidikan berbilang budaya. Menurut Jame A. Banks(2002) dalam membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong kemahiran bergaulan antara golongan yang berlainan, Beberapa prisip asas yang perlu diambil kira semasa merancangkan polisi pendidikan berbilang kebudayaan :-

1. Program perkembangan profesional perlu diadakan untuk membantu guru memafami ciri-ciri pelbagai kaum negara kita dan unsur-unsur bangsa, kaum, bahasa, sosio-ekonomi yang saling berkaitan dalam mempengaruhi tingkah laku pelajar.

2. Sekolah perlu memastikan semua pelajar memperolehi peluang yang saksama dalam pembelajaran.Kurikulum yang disedia perlu membantu pelajar memahami ilmu pengetahuan harus berasaskan konstruk sosial dan mengambarkan dapatan penyelidikan yang berkait dengan keadaan sosial, politik, ekonomi negara.

3. Sekolah perlu membekalkan semua pelajar peluang untuk menyertai aktiviti kokurikulum atau aktiviti luaran yang membantu pengembangan pengetahuan, kemahiran, sikap serta meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong interaksi positif di kalangan pelajar yang berasal dari pelbagai latar belakang.Sekolah harus menubuh persatuan yang ahlinya terdiri daripada wakil golongan yang berlainan untuk memperbaiki perhubungan antara golongan.

4. Pelajar perlu memafami stereotaip dan bias yang mendatangkan kesan negatif terhadap perhubungan kaum.Pelajar perlu membelajari nilai-nilai yang dikongsi oleh semua golongan yang berbilang kebudayaan.( contoh : keadilan, kesaksamaan, kebebasan, keamanan, belas kasihan dan lain-lain.)

5. Guru harus membantu pelajar memperolehi kemahiran sosial untuk berinteraksi secara berkesan dengan pelajar yang berasal dari kaum, budaya, bahasa yang berlainan.Sekolah harus membekalkan peluang kepada pelajar yang berlatar belakang yang berlainan berinteraksi dalam satu keadaan yang tidak berketakutan dan berkebimbangan.

6. Strategi sekolah harus memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi bersama dan semua warga sekolah membelajari kemahiran berkerja sama untuk menghasilkan satu persekitaran sekolah yang prihatin untuk pelajar.

7. Pemimpin atau pegawai berkaitan perlu membentuk strategi yang memastikan semua sekolah mendapat peruntukan kewangan yang saksama.Guru harus peka tentang unsur-unsur berbilang kebudayaan semasa menilai kemahiran kognitif dan kemahiran sosial pelajar.

PENDIDIKAN MULTIBUDAYA MODEL Sleeter & Grant

Sleeter & Grant telah mengenal pasti lima pendekatan dalam pendidikan multibudaya, kelas dan jantina, iaitu:

1. Pendidikan bersifat multibudaya dan sosial kemasyarakatan

2. Pengajaran pelbagai budaya

3. Pendekatan hubungan insan atau pergaulan kemasyarakatan

4. Pendekatan berdasarkan kajiian pelbagai etnik

5. Pendidikan multibudaya

Pendidikan Multibudaya bukan hanya memberi tumpuan kepada kepelbagaian budaya tetapi juga kepada pembentukan sosial. Menurut Sletter & Grant, Others can be different in not only race, class and gender but in abilities (either special education or gifted), culture, language dominance and sexual orientation. Setiap bilik darjah harus mencerminkan dan meraikan kepelbagaian setiap aspek ini. Memperluaskan peranan sekolah, bilik darjah perlu menjadi asas untuk projek-projek tindakan sosial tempatan. Memperluaskan peranan sekolah, bilik darjah perlu menjadi asas untuk projek-projek tindakan sosial tempatan. Guru menjadi pemudahcara dalam menggabungkan dan menyatukan kumpulan yang pelajar yang pelbagai ke arah mewujudkan keadilan sosial. Menurut Sletter & Grant, Educators need to be encouraged to promote ideas towards a better society and how their view of others will dictate what a truly multicultural education will become in their classroom.

Sleeter dan Grant bersetuju dengan falsafah Pendidikan Muftikultural tetapi mereka mengkritik usaha yang telah dijalankan pada masa kini bagi merialisasikan falsafah tersebut. Menurut mereka, walaupun sekolah menekankan kepelbagaian budaya, tetapi pelajar-pelajar juga memerlukan kemahiran yang akan membantu mereka menghadapi ketidaksamaan sosial. Sleeter dan Grant menyokong bukan sahaja Pendidikan Multicultural tetapi juga Reconstructionist Sosial. Situasi yang sedang berlaku sekarang, menunjukkan bahawa guru hanya mengajar demokrasi, tetapi tidak mengamalkan demokrasi di sekolah. Menurut mereka, Practicing democracy is where a student can articulate ones interests, to openly debate issues and to organize and work collectively with others. Guru bukan sahaja perlu mengajar pelajar tentang toleransi antara budaya, malah mereka juga perlu mengamalkan sikap toleransi tersebut di dalam kelas.

KESIMPULAN

Kepelbagaian latar belakang pelajar dari aspek jantina, kaum, budaya, gaya pembelajaran dan status sosio ekonomi telah memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan jantina memberi persepsi berbeza tentang pencapaian pelajar. Begitu juga dengan latar belakang budaya dan persekitaran pelajar yang memberi impak ke atas pemikiran perasaan dan tingkah laku seseorang. Pencapaian pelajar turut dipengaruhi oleh gaya belajar dan status sosio-ekonomi pelajar yang menyebabkan gaya pembelajaran mereka terjejas akibat faktor persekitaran yang tidak sesuai.

Pendidikan multi-budaya penting untuk memupuk perpaduan di Malaysia terutamanya dikalangan pelajar. Walaupun sukar untuk melaksanakan pendidikan multi-budaya, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam merealisasikan pendidikan multi-budaya seterusnya membantu dalam penubuhan gagasan satu Malaysia.

Secara ringkasnya, pendidikan berbilang kebudayaan bertujuan membantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan komitmen dalam membuat keputusan yang menimbangkan individu, sosial, dan sebagainya untuk mencapai kehidupan harmoni dan demokrasi.

RUJUKAN

Amir Hassan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Ketiga. Tanjong Malim: Quantum Books.

Coates, B. (1997). Refining your Style. Sportsteacher. Spring edition.

Jean Piaget (1980). Physical Education in Secondary Schools. Schools Council Research Studies, London: Macmillan. 20 Januari 2011.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Berita Bahagian Pendidikan Guru (1990). Kearah Memantapkan Perancangan Program Latihan Guru. p.88. 12 Januari 2011.

Physical Education Resources. Retrieved at http://physicaleducationresources.com/ teaching stylesmosstonpe

Sekolah Sebagai Pembentuk Masyarakat Harmoni. Retrieved http://otak2sped.blogspot.com/ 2009/02/sekolah-sebagai-pembentuk-masyarakat.html?zx=fd6eccbfa3f66503

1