laporan pendidikan pencegahan denggi 2014

6
LAPORAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI GOTONG ROYONG AKTIVITI CARI DAN MUSNAH 2014 TARIKH : 21 JULAI 2014 MASA : 8.30 pagi TEMPAT : SK. PASIR KUBU KEHADIRAN : 61/63 Pendidikan Pencegahan Denggi merupakan salah satu cara untuk memberi kesedaran tentang bahayanya demam denggi. Selain itu ia dapat menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pembiakan nyamuk Aedes disamping dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih, kondusif serta bebas pembiakan nyamuk Aedes. 21 Julai, hari Isnin, taklimat serta penerangan bahayanya demam denggi disampaikan oleh Guru Kanan Hal Ehwal Murid sebagai mengisi slot perhimpnan pada hari tersebut. Murid-murid didedahkan dengan terperinci berkaitan demam dengan nyamuk Aedes, pembawa virus denggi. Walaupun murid-murid pernah didedahkan dengan penyakit demam denggi ini, perhimpunan ini membawa sedikit kelainan dengan menjalankan aktiviti gotong royong selepas taklimat di perhimpunan tersebut. Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.Setiap kumpulan akan diiringi oleh guru pembimbing masing-masing dengan dibantu oleh pekerja swasta sekolah. Berikut adalah pembahagian kumpulan berdasarkan zon-zon yang telah ditetapkan:

Upload: abdul-rahman-shuib

Post on 22-Jan-2016

75 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

MINIT

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pendidikan Pencegahan Denggi 2014

LAPORAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI

GOTONG ROYONG AKTIVITI CARI DAN MUSNAH

2014

TARIKH : 21 JULAI 2014

MASA : 8.30 pagi

TEMPAT : SK. PASIR KUBU

KEHADIRAN : 61/63

Pendidikan Pencegahan Denggi merupakan salah satu cara untuk memberi kesedaran tentang bahayanya demam denggi. Selain itu ia dapat menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pembiakan nyamuk Aedes disamping dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih, kondusif serta bebas pembiakan nyamuk Aedes.

21 Julai, hari Isnin, taklimat serta penerangan bahayanya demam denggi disampaikan oleh Guru Kanan Hal Ehwal Murid sebagai mengisi slot perhimpnan pada hari tersebut. Murid-murid didedahkan dengan terperinci berkaitan demam dengan nyamuk Aedes, pembawa virus denggi. Walaupun murid-murid pernah didedahkan dengan penyakit demam denggi ini, perhimpunan ini membawa sedikit kelainan dengan menjalankan aktiviti gotong royong selepas taklimat di perhimpunan tersebut.

Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.Setiap kumpulan akan diiringi oleh guru pembimbing masing-masing dengan dibantu oleh pekerja swasta sekolah. Berikut adalah pembahagian kumpulan berdasarkan zon-zon yang telah ditetapkan:

Bil Zon Kumpulan1 Zon A ( Kantin dan blok B ) Tahun 1 dan Tahun 62 Zon B ( Padang ) Tahun 2 dan Tahun 53 Zon C ( Blok A dan Pra Sekolah ) Tahun 3 dan Tahun 44 Zon D ( Dataran Kejat dan Pagar Arah Selatan ) Pengawas sekolah.

Page 2: Laporan Pendidikan Pencegahan Denggi 2014

Tepat 8.30 pagi, murid-murid bergerak kea rah zon masing-masing berbekalkan peralatan seperti tong sampah, sarung tangan dan peralatan yang difikirkan sesuai. Beberapa tempat tumpuan diberi keutamaan seperti kawasan longkang, pasu bunga dan kawasan bertakung yang lain. Guru pengiring akan memberi sedikit penerangan mengenai aktiviti yang sedang dijalankan serta tips-tips berguna kepada murid-murid supaya dapat dilaksanakan serta diamalkan di luar sekolah.

Setelah aktiviti gotong royong dijalankan, murid-murid berkumpul semula di kantin sekolah untuk mendapatkan maklum balas daripada gotong royong yang telah dijalankan. Murid-murid disarankan agar mengambil berat mengenai hal ini supaya tidak dijangkiti oleh penyakit demam denggi serta menurunkan peratus penghidap demam denggi.

Program ini akan dilaksanakan pada masa akan datang serta akan dimasukkan dalam takwim sekolah sebagai acara wajib dilaksanakan pada masa akan datang. Aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari tersebut telah Berjaya memberi kesedaran murid mengenai bahayanya demam denggi.

Disediakan Oleh ;

…………………………………………………………..

( PN. NORHAYATI BINTI ABDUL RAZAK )

Penyelaras Program 3K

Disahkan Oleh ;

…………………………………………………………..

( EN. ABDUL RAHMAN BIN SHAID @ SHUIB )

Guru Kanan Hal Ehwal Murid

Page 3: Laporan Pendidikan Pencegahan Denggi 2014

LAMPIRAN BERGAMBAR

A . Ucapan Guru Besar / Perhimpunan Mingguan

B. Taklimat dari Guru Kanan Hal Ehwal Murid / Pembahagian Kumpulan

Page 4: Laporan Pendidikan Pencegahan Denggi 2014
Page 5: Laporan Pendidikan Pencegahan Denggi 2014

C. Aktiviti Gotong Royong