laporan amali pendidikan keselamatan r

19
LAPORAN AMALI PENDIDIKAN KESELAMATAN TARIKH : 12 JANUARI 2011 MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG TEMPAT : JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG,JALAN PERUSAHAAN,13600 PERAI PULAU PINANG TUJUAN Program ini bertujuan melatih pelajar mengahadapi situasi kebakaran sebenar. PROSEDUR Beberapa hari sebelum menjalankan program ini, Puan Rohaya selaku pensyarah bimbingan subjek ini mengadakan perjumpaan dengan semua pelatih guru yang terlibat. Perlatikan ahli jawatankuasa telah diadakan pada perjumpaan tersebut. Mohd Safran telah dilantik menjadi pengerusi program manakala Siti Haszirah telah dilantik sebagai naib pengerusi program. Saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa pengangkutan. Puan Rohaya juga telah memberi penerangan tentang tugas masing- masing untuk memastikan kelancaran program. Saya telah berjumpa dengan En. Fadzil untuk menguruskan pengangkutan ke tempat tersebut. Beberapa hari kemudian permohonan bas telah diluluskan. 1

Upload: dedekzulzaimi

Post on 25-Jul-2015

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan amali pendidikan keselamatan r

LAPORAN AMALI PENDIDIKAN KESELAMATAN

TARIKH : 12 JANUARI 2011

MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT : JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU

PINANG,JALAN PERUSAHAAN,13600 PERAI PULAU PINANG

TUJUAN

Program ini bertujuan melatih pelajar mengahadapi situasi kebakaran sebenar.

PROSEDUR

Beberapa hari sebelum menjalankan program ini, Puan Rohaya selaku pensyarah

bimbingan subjek ini mengadakan perjumpaan dengan semua pelatih guru yang

terlibat. Perlatikan ahli jawatankuasa telah diadakan pada perjumpaan tersebut.

Mohd Safran telah dilantik menjadi pengerusi program manakala Siti Haszirah telah

dilantik sebagai naib pengerusi program. Saya telah dilantik sebagai ahli

jawatankuasa pengangkutan. Puan Rohaya juga telah memberi penerangan tentang

tugas masing-masing untuk memastikan kelancaran program. Saya telah berjumpa

dengan En. Fadzil untuk menguruskan pengangkutan ke tempat tersebut. Beberapa

hari kemudian permohonan bas telah diluluskan.

Segala keperluan program telah diuruskan dengan lancar. Kami berkumpul di

hadapan kantin sebelum bertolak dan bas bergerak menuju ke balai bomba tepat

jam lapan pagi. Perjalanan memakan masa selama setengah jam. Kami telah di

jemput oleh pegawai bomba dan telah diberi taklimat program.

1

Page 2: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Rajah 1 SUASANA DI ATAS BAS

2

Page 3: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Rajah 2 BERBARIS KE DEWAN

AKTIVITI

Ceramah pengenalan dan peranan jabatan bomba dan penyelamat malaysia

Ceramah berkenaan organisasi bahagaian bomba dan penyelamat telah diberikan

oleh PKPgB Roslan Bin Hasnan. Beliau juga telah menerangkan dengan jelas

tentang tugas dan tanggujawab pegawai bomba. Selaian itu beliau menerangkan

pencegahan dan keselamatan kebakaran dan akta bomba. Ceramah tersebut telah

memakan masa selama satu jam setengah. Kami diberikan masa selama setengah

jam rehat sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya.

3

Page 4: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Rajah 3 SESI CERAMAH

Rajah 4 SESI BERTANYA SOALAN

4

Page 5: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Rajah 5 REHAT SEBELUM MENERUSKAN AKTIVITI

Lawatan ke bahagian/balai

Makmal penyiasatan

Kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Aktiviti seterusnya berjalan mengikut

kumpulan masing-masing. Pada mulanya saya dan ahli kumpulan telah dibawa ke

makmal penyiasatan. Terdapat lapan peralatan yang canggih dan mahal digunakan

untuk menyelidik dan mengkaji punca dan pencetus kebakaran. Terdapat tiga orang

pegawai yang ditugaskan di bahagian tersebut. Dua orang daripadanya pula adalah

dari jabatan kimia yang dipinjam untuk membantu jabatan bomba. Penerangan yang

lebih lanjut tentang alatan yang digunakan telah diberikan oleh Puan Shukriah binti

Saad. Penyiasatan yang dibuat untuk menentukan punca kebakaran memakan

masa yang agak lama dan rumit.

5

Page 6: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Rajah 6 BAHAN BUKTI KEBAKARAN

Rajah 7 PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEANALISI BUKTI

Rajah 8 PERALATAN MAKMAL

Bahagian dakwaan dan elektrik

6

Page 7: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Selepas itu kami telah dibawa ke bahagian dakwaan. Bahagian ini berhubung

dengan undang-undang. Sebarang bukti yang berkaitan dengan kebakaran akan

dihantar ke makhamah setelah siasatan dilakukan. Kami juga telah dibawa ke

bahagian elektrik. Bahagian ini menggunakan teleskop untuk menyiasat punca

kebakaran. Bukti punca kebakaran yang berkaitan dengan elektrik akan dikumpul

disini dan disiasat. Bukti kebakaran akan ditunjukkan di dalam komputer dan

pegawai bomba akan mengenalpasti punca kebakaran tersebut.

Rajah 9 BAHAGIAN PENYIASATAN

Rajah 10 BUKTI PUNCA KEBAKARAN

7

Page 8: Laporan amali pendidikan keselamatan r

BBP Perai(jentera bomba)

Kami juga telah dibawa melihat jentera bomba yang digunakan oleh ahli

bomba. Terdapat pelbagai peralatan yang digunakan oleh ahli bomba seperti

hos,tangga dan tali. Pegawai bomba menerangkan fungsi alatan tersebut.

Rajah 11 BERGAMBAR DI HADAPAN JENTERA

Rajah 12 PERALATAN KETIKA KEBAKARAN BERLAKU

Pusat kawalan

Kami juga telah dibawa ke pusat kawalan oleh PgKB A’azelan. Di sini adalah

jantung kepada balai bomba. Sebarang maklumat kecemasan akan dihantar ke

8

Page 9: Laporan amali pendidikan keselamatan r

pusat kawalan. Pusat kawalan pula akan mengadakan pengumuman kepada ahli

bomba. Pegawai bomba telah menerangkan bagaimanakah untuk mengenal

panggilan palsu melalui lenggok suara. Menurut beliau jentera bomba akan di hantar

juga ke tempat kejadian untuk memastikan panggilan yang di buat adalah betul-betul

palsu. Terdapat juga pelbagai maklumat yang berkaitan dengan kilang di simpan di

pusat kawalan.

Rajah 13 PUSAT KAWALAN

Praktikal

Selepas itu kami mengadakan praktikal bekerja di tempat cerah mata di tutup ,

bekerja di tempat gelap mata terbuka dan OIFF selama satu jam. Pada mulanya

kami di beri mask yang di tutup pada bahagian mata. Kami di bawa ke satu tempat

yang di sediakan tali sebagai petunjuk arah. Kami bergerak berpandukan tali

tersebut. Terdapat beberapa simpulan tali yang menandakan arah masuk atau arah

keluar. Terdapat pelbagai halangan sepanjang laluan. Kami terpaksa masuk ke

celah palang dan celah-celah kerusi untuk meneruskan perjalanan. Kami disuruh

menggunakan anggota badan seperti tangan dan kaki untuk memastikan keaadaan

sekitar selamat.

9

Page 10: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Rajah 14 TEMPAT AMALI DILAKSANAKAN

Rajah 15 AMALI BEKERJA DI TEMPAT CERAH MATA TERTUTUP

10

Page 11: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Rajah 16 KERJASAMA DIANTARA RAKAN ADALAH PENTING

Selepas aktiviti tersebut kami dibenarkan untuk rehat selama satu jam. Aktiviti

yang seterusnya ialah memasuki bangunan yang rekaan dalamannya sempit dan

gelap. Pada mulanya kami di suruh memasuki bangunan tersebut dalam keaadaan

cerah. Selepas itu kami disuruh memasuki sekali lagi bangunan tersebut dalam

keaadaan gelap. Laluan untuk keluar bangunan tersebut agak sukar. Kami terpaksa

merangkak dan mencari arah yang betul untuk keluar. Terdapat juga laluan yang

mempunyai lubang ditutup. Ahli yang berapda paling hadapan akan membuka pintu

lubang tersebut dan terjun ke dalam lubang tersebut untuk meneruskan perjalanan

keluar. Ahli-ahli yang lain pula akan mengikuti perbuatan tersebut dan ahli yang

berada paling belakang pula akan menutup semula pintu lubang tersebut untuk

mengelakkan kecederaan pada ahli kumpulan lain. Tujuan aktiviti ini adalah untuk

meningkatkan kerjasama diantara ahli kumpulan. Ahli kumpulan perlu berkomunikasi

untuk berjaya ke pintu keluar bangunan tersebut.

11

Page 12: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Rajah 17 AMALI BEKERJA DI TEMPAT GELAP MATA TERBUKA

Aktiviti seterusnya adalah memadam kebakaran dan menyelamat. Kami di

bawa ke bahagian latihan kebakaran. Terdapat bangunan yang digunakan oleh ahli

bomba untuk berlatih memadamkan kebakaran. Jurulatih bomba menunjukkan cara

untuk memadamkan kebakaran. kami diminta untuk mencuba proses memadamkan

kebakaran. Sebelum memulakan aktiviti tersebut kami dikehendaki memakai

uniform lengkap iaitu baju dan seluar kalis api, but dan sarung tangan sebagai

langkah keselamatan. Proses memadamkan api dimulakan dengan mengukur

darjah kepanasan. Pegawai bomba menggunakan perkataan ‘tem check’ sebagai

simbol untuk mengukur darjah kepanasan. selepas itu baharulah pegawai bomba

akan memadamkan api sedikit demi sedikit.

Rajah 18 MEMADAM API

12

Page 13: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Rajah 19 CARA YANG BETUL

Rajah 20 DEMO MENYELAMATKAN MANGSA

Aktiviti pada hari itu di akhiri dengan dengan rumusan dan program penutupan

oleh PgKB II Khiruddin Bin Saip.

13

Page 14: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Rajah 21MAJLIS PENUTUPAN

Carta alir atau garis panduan ketika berlakunya kebakaran

1. Menutup pintu

Pintu yang terbuka akan mempercepatkan api, asap dan haba merebak ke dalam

bilik. Digalakkan untuk menutup pintu ketika tidur agar mempunyai lebih masa

untuk menyelamatkan diri.

2. Rasai kepanasan pintu sebelum di buka

Semasa membuka pinu di ruang yang terbakar, kita akan terdedah kepada

bahaya haba, asap dan lidah api yang boleh mencederakan. Jika terperangkap

di dalam bilik semasa kebakaran,sebelum membuka pintu hendaklah merasai

kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang

tangan. Jika terasa panas jangan buka dan carilah jalan alternatif. Sekiranya

daun pintu tidak panas, kita hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke pintu

terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

14

Page 15: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Tindakan ini perlu diambil bagi mengelakkan serbuan lidah api dan asap yang

biasanya memenuhi bahagian atas ruang. Jika haba dan asap mula memasuki

bilik,tutup pintu rapat-rapat dan tutup semua ruang atau lubang dibawah pintu

dengan menggunakan tuala,cadar,selimut dan apa sahaja yang terdapat dalam

bilik tersebut.

3. Menyelamatkan diri melalui tingkap

Sekiranya laluan utama terhalang oleh api dan asap, anda boleh berusaha

menyelamatkan diri melalui tingkap. Sebelum membuka tingkap, pastikan pintu

bilik tertutup rapat bagi api mengelakkan api dari merebak. Sekiranya anda

berada di tingkat satu, cuba turun dengan cara yang selamat bagi mengelakkan

kecederaan. Keluarkan kaki dan cuba rendahkan diri lalu keluar melalui tingkap

secara membelakangkan. Bergayut seketika pada sisi tingkap dan kemudian

terjun. Anak-anak boleh dikeluarkan dengan cara menghulurkan mereka ke

bawah sekiranya ada orang membantu. Jika tiada, cuba turunkan anak ke paras

bawah sejauh yang mungkin dengan berhati-hati. Namun jangan anda pula

terjun dahulu dan meninggalkan anak dengan anggapan mereka akan mengikut

anda. Jika mereka enggan terjun tindakan susulan sudah terlewat.

4. Apakah yang patut di buat sekiranya terperangkap?

Sekiranya anda berada di paras melebihi tingkat satu, anda tidak boleh

menyelamatkan diri dengan terjun melalui tingkap kecuali turun dengan

menggunakan tangga, melalui beranda,pokok, garaj kereta ataupun tunggu

sehingga ketibaan anggota bomba untuk menyelamatkan anda. Sekiranya

tingkap boleh di buka, cuba buka sedikit di bahagian atas dan bahagian bawah

tingkap. Dengan berbuat demikian udara bersih akan masuk melalui bahagian

atas yang telah dibuka.

5. Merangkap di bawah asap

15

Page 16: Laporan amali pendidikan keselamatan r

Semasa kebakaran, udara panas dan asap akan memenuhi ruang atas dan gas

beracun akan turun ke lantai. Udara yang bersih akan berada di zon selamat

untuk bernafas iaitu satu hingga dua kaki dari paras lantai. Udara yang bersih

akan berada di zon selamat untuk bernafas iaitu satu hingga dua kaki dari paras

lantai. Semasa berusaha menyelamatkan diri,jika laluan utama telah dipenuhi

asap, cuba cari laluan lain. Sekiranya tiada pilihan ikut laluan utama dengan cara

merangkak dan pastikan kepala berada di paras zon selamat.

6. Sekiranya pakaian terbakar

Jika pakaian terbakar, berhenti dan jangan lari supaya tidak memarakkan api.

Rebahkan diri, tutup muka dengan kedua belah tangan dan berguling di atas

lantai bagi memadamkannya. Jika melihat orang lain terbakar bantulah mereka

sekiranya mereka tidak merebahkan diri..

7. Bantuan kecemasan bagi kecederaan akibat kebakaran

Tubuh yang melecur akibat kebakaran perlulah di rawat dengan segera. Jangan

sapukan minyak urut, kicap atau mentega kerana ini akan memburukkan lagi

kecederaan itu.

16

Page 17: Laporan amali pendidikan keselamatan r

REFLEKSI

Saya sangat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk mengadakan amali

di jabatan bomba. Saya merasa sungguh teruja ketika berada di balai bomba

kerana terdapat banyak aktiviti dan input yang sungguh berguna kepada saya.

Amali di balai bomba ini sempurna dengan bantuan pegawai bomba yang berilmu

da berwibawa. Saya telah mempelajari pelbagai perkara baru semasa berada di

balai bomba. Perkara yang paling penting yang dapat saya contohi dari pegawai

bomba ialah tidak kedekut ilmu dan berkongsi pengentahuan dengan orang lain.

Pegawai bomba yang mengiring dan bertindak sebagi fasi kami telah memberi

segala macam teknik dan cara untuk menyelamatkan diri sewaktu kebakaran

terjadi. Ilmu yang di berikan oleh mereka sudah semesti dapat diaplikasi dalam

kehidupan seharian kelak. Pegawai bomba juga memberitahu punca kebakaran

dan bagaimanakah cara untuk memadamkannya. Hal ini menunjukkan bahawa

mereka berkongsi ilmu pengentahuan dan kepakaran dengan orang lain.

Walaupun ahi bomba mempunyai ilmu pengentuan yang banyak, mereka tidak

berlagak atau sombong. Saya sangat menyukai cara ahli bomba mendekati

pelatih guru yang terlibat. Mereka tidak bongkak dengan ilmu di dada. Seperti

resminya padi semakin berisi semakin tunduk. Begitulah yang boleh saya

gambarkan dengan peribadi pegawai bomba. Sebagai bakal guru, kita

hendaklah merendah diri dan mesra dengan masyarakat. Saya amat berharap

aktiviti seperti dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

17