laporan pendidikan khas integrasi 2012

5
LAPORAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 2012 BERMASALAH PEMBELAJARAN DAN BERMASALAH PENDENGARAN PENGENALAN PKBP DAN PKBD Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PKBP) telah dimulakan pada tahun 1995 dan telah beroperasi hampir 12 tahun. Kini bilangan pelajar PKBP seramai 57 orang dan tenaga pengajar seramai 16 orang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pend. Khas) dengan Kepujian dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Bagi Program Bermasalah Pendengaran (PKBD) pula ianya telah dimulakan pada tahun 2002 dan hampir 10 tahun telah beroperasi. Kini bilangan pelajar PKBD adalah seramai 24 orang pelajar dan tenaga pengajar adalah seramai 7 orang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pend. Khas) dengan Kepujian dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). OBJEKTIF PENUBUHAN 1. Untuk menyediakan peluang atau hak yang sama rata dalam pendidikan bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. 2. Untuk menyediakan persekitaran normal mengikut kesesuaian pendidikan untuk pelajar-pelajar PKBP. 3. Membolehkan pelajar mengadaptasi diri dalam aspek kehidupan. 4. Memberikan peluang kepada pelajar untuk membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kebolehan, kemahiran serta bakat setanding dengan pelajar normal. 5. Untuk melatih dan membolehkan mereka hidup berdikari dan diterima oleh masyarakat. 6. Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan juga masyarakat. PENTADBIRAN, PENGURUSAN PKBP DAN PKBD SMK DESA PERDANA PKBD Pelajar PKBD mengikut kurikulum yang diselaraskan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dari segi akademik, pelajar-pelajar PKBD mengikut kurikulum seperti Aliran Perdana (PMR dan SPM). Mempunyai 5 kelas yang merangkumi dari tingkatan 1 hingga 5. Seorang pelajar mengikuti kelas inklusif di aliran perdana. PKBP Kurikulum Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran bermatlamat antara lain menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Bagi memenuhi matlamat ini pihak sekolah telah melaksanakan program pendidikan berbentuk pra vokasional. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan tahap keupayaan serta kemampuan mereka. Pengajaran dilaksanakan di dalam bilik darjah, bengkel atau bilik-bilik khas. Terdapat lima komponen mata pelajaran pra vokasional yang telah dirancang. Antaranya ialah: Masakan/ Penyediaan Makanan Jahitan/Kraftangan Perkhidmatan a. Dobi b. Fotostat c. Cuci kereta Pertanian Ternakan Ikan Keli VISI Menyediakan Program Pendidikan Yang Terbaik Dan terkini kepada murid-murid PPKI ke arah Pendidikan yang berkualiti dan memenuhi keperluan-keperluan hidup bermasyarakat. MISI Menghasil dan mengaplikasikan pelbagai Program, Kaedah dan Teknik mengikut kesesuaian Individu ke arah merangsang Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Upload: eishafhai

Post on 05-Dec-2014

139 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan Pendidikan Khas Integrasi 2012

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pendidikan Khas Integrasi 2012

LAPORAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 2012

BERMASALAH PEMBELAJARAN DAN BERMASALAH PENDENGARAN

PENGENALAN PKBP DAN PKBD

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PKBP) telah dimulakan pada tahun 1995 dan telah beroperasi hampir 12 tahun. Kini bilangan pelajar

PKBP seramai 57 orang dan tenaga pengajar seramai 16 orang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pend. Khas) dengan Kepujian dan 4 orang Pembantu

Pengurusan Murid (PPM).

Bagi Program Bermasalah Pendengaran (PKBD) pula ianya telah dimulakan pada tahun 2002 dan hampir 10 tahun telah beroperasi. Kini bilangan pelajar PKBD

adalah seramai 24 orang pelajar dan tenaga pengajar adalah seramai 7 orang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pend. Khas) dengan Kepujian dan 2 orang

Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Untuk menyediakan peluang atau hak yang sama rata dalam pendidikan bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran.

2. Untuk menyediakan persekitaran normal mengikut kesesuaian pendidikan untuk pelajar-pelajar PKBP.

3. Membolehkan pelajar mengadaptasi diri dalam aspek kehidupan.

4. Memberikan peluang kepada pelajar untuk membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kebolehan, kemahiran serta bakat setanding dengan pelajar normal.

5. Untuk melatih dan membolehkan mereka hidup berdikari dan diterima oleh masyarakat.

6. Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan juga masyarakat.

PENTADBIRAN, PENGURUSAN PKBP DAN PKBD SMK DESA PERDANA

PKBD

Pelajar PKBD mengikut kurikulum yang diselaraskan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dari segi akademik, pelajar-pelajar PKBD

mengikut kurikulum seperti Aliran Perdana (PMR dan SPM). Mempunyai 5 kelas yang merangkumi dari tingkatan 1 hingga 5. Seorang pelajar mengikuti kelas inklusif di

aliran perdana.

PKBP

Kurikulum Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran bermatlamat antara lain menyediakan ilmu

pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi

keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Bagi memenuhi matlamat ini

pihak sekolah telah melaksanakan program pendidikan berbentuk pra vokasional. Murid-murid dibahagikan kepada

beberapa kumpulan berdasarkan tahap keupayaan serta kemampuan mereka. Pengajaran dilaksanakan di dalam

bilik darjah, bengkel atau bilik-bilik khas. Terdapat lima komponen mata pelajaran pra vokasional yang telah

dirancang. Antaranya ialah:

Masakan/ Penyediaan Makanan

Jahitan/Kraftangan

Perkhidmatan

a. Dobi

b. Fotostat

c. Cuci kereta

Pertanian

Ternakan Ikan Keli

VISI

Menyediakan Program Pendidikan Yang Terbaik Dan terkini kepada murid-murid PPKI ke arah Pendidikan yang berkualiti dan memenuhi keperluan-keperluan hidup

bermasyarakat.

MISI

Menghasil dan mengaplikasikan pelbagai Program, Kaedah dan Teknik mengikut kesesuaian Individu ke arah merangsang Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Page 2: Laporan Pendidikan Khas Integrasi 2012

Pembahagian murid mengikut tahap keupayaan/kebolehan:

Kumpulan 1 (Dobi & Jahitan/Kraf)

Kumpulan 2 (Masakan, Jahitan/Kraf & Cuci Kereta)

Kumpulan 3 (Masakan, Ternakan Ikan Keli & Cuci Kereta)

Kumpulan 4 (Ternakan Ikan Keli, Cuci Kereta & Jahitan/kraf)

Kumpulan 5 (Pertanian & Ternakan Ikan Keli)

Kumpulan 6 (Pertanian & Ternakan Ikan Keli)

Kumpulan 7 (Dobi & Pertanian)

PK 8 (Kelas Akademik PMR)

PK 4A & PK 4B (murid yang tidak berkebolehan mengikuti kelas pra vokasional) Di samping itu program PPKIBP juga mewujudkan sistem kelas mengikut stesen. Pelajar akan bergerak ke stesen-stesen yang berkenaan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Antara stesen-stesen tersebut ialah:

Stesen Bahasa Malaysia

Stesen Bahasa Inggeris

Stesen Matematik

Stesen Agama Islam/Moral

KO-KURIKULUM

PKBD

Kegiatan ko-kurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu dari jam 1400 pagi hingga 1500 petang. Aktiviti yang dijalankan ialah Pengakap, Kelab Seni dan Kebudayaan,

Kelab Kraftangan dan Permainan Dalaman. Aktivti Bowling dijalankan sebanyak tiga sesi sepanjang tahun 2012. Aktiviti ini berlangsung di Cosmic Bowl Mid Valley

Megamall.

PKBP

Kegiatan ko-kurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu dari jam 1300 pagi hingga 1400 petang. Aktiviti yang dijalankan ialah Pengakap, Kelab Seni dan Kebudayaan,

Kelab Kraftangan dan Permainan Dalaman. Aktivti Bowling dijalankan sebanyak enam sesi sepanjang tahun 2012. Aktiviti ini berlangsung di Cosmic Bowl Mid Valley

Megamall.

Aktiviti – Aktivti PPKI Sepanjang 2012

PKBP

Majlis Sambutan Maulidur Rasul (10 Feb. 2012)

Aktiviti mobiliti Bowling (sepanjang tahun)

Merentas Desa (17 Feb 2012)

Hari Anugerah Cemerlang SMKDP (14 April 2012)

Menonton Wayang (02 Mei 2012)

Minngu Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris

(7 – 11 Mei 2012)

Lawatan sambil belajar Ke Utara (8 – 11 Mei 2012)

Pemilihan Peserta Tilawah P.Khas W.P (18 Mei 2012) * Mohd. Afif – Tempat ke 3 Pertandingan Azan)

Program Riadah ke Desa Water Park (24 Mei 2012)

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (25 Mei 2012)

Gerai Jualan Sempena Minggu Keusahawanan

& Koperasi ( 20 Jun 2012)

Gotong royong bersama PIBG (23 Jun 2012)

Karnival Koperasi (18 - 22 Jun 2012)

Majlis Ceramah Israk dan Mikraj (25 Jun 2012)

Lawatan ke Kuala Gandah (26 Jun 2012)

Sukan Tahunan SMKDP (28 Jun 2012)

Program Senamrobik 1Malaysia (10 Julai 2012)

Sukaneka & Permainan Pelajar-pelajar Pend. Khas sempena Karnival Permainan

Pend. Khas (12 Julai 2012)

PKBD

Majlis Sambutan Maulidur Rasul (10 Feb. 2012)

Aktiviti mobiliti Bowling (sepanjang tahun)

Merentas Desa (17 Feb 2012)

Hari Anugerah Cemerlang SMKDP (14 April 2012)

Minngu Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris

(7 – 11 Mei 2012)

Lawatan ke Sarawak (24 – 27 April 2012)

Program Riadah ke Desa Water Park (24 Mei 2012)

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (25 Mei 2012)

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Perlis

(18 – 22 Jun 2012)

* pelajar yang terlibat Anis Izzati, Nurul Aina dan

Agleswaran (masuk peringkat ahkir).

Gotong royong bersama PIBG (23 Jun 2012)

Lawatan ke Kuala Gandah (26 Jun 2012)

Sukan Tahunan SMKDP (28 Jun 2012)

Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Perak (2 – 5 Julai 2012)

* pelajar yang terlibat Anis Izzati – bercerita kisah nabi

Program Senamrobik 1Malaysia (10 Julai 2012)

Karnival Permainan Sukan Sekolah (12 Julai 2012)

KEJAYAAN PELAJAR

PKBD

Anis Izzati, Nurul Aina dan Agleswaran (masuk peringkat ahkir) dalam Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Kebangsaan.

Anis Izzati – bercerita kisah nabi Peringkat Kebangsaan

PKBP

Mohd. Afif – Tempat ke 3 Pertandingan Azan

Page 3: Laporan Pendidikan Khas Integrasi 2012

AKTIVITI TAHUNAN PKBD DAN PKBP 2012

Program Riadah ke Desa Water Park PPKI

Karnival Usahawan PKBP

Lawatan Sambil Belajar ke Utara Bersama Program PKBP

Page 4: Laporan Pendidikan Khas Integrasi 2012

Lawatan Ke Kuala Gandah, Pahang

Stesen Jahitan dan Kraftangan

Stesen Dobi

Stesen Masakan

Page 5: Laporan Pendidikan Khas Integrasi 2012

Stesen Pertanian & Ternakan Ikan Keli