laporan harian big

12
LAPORAN HARI PERTAMA : Isnin (17 Jun 2013) Tepat pada pukul 10 pagi, semua peserta Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 2013 telah berkumpul di hadapan stor peralatan IPG Kampus Sultan Abdul Halim untuk taklimat ringkas dan sesi pendaftaran. Setelah bilangan peserta mencukupi, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tag nombor mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan dinamakan Kumpulan U,V,W,X,Y,Z. Setelah itu, kami diagihkan pula kepada kumpulan khemah. Kami diberi khemah jenis igloo dan khemah jenis A-shape. Kami diberi peluang untuk memilih ahli khemah masing-masing. Ahli khemah saya telah memilih khemah jenis A-shape kerana sebelum ini kami tidak pernah berpeluang untuk mendirikan khemah jenis ini. Saya telah dilantik sebagai ketua khemah dan telah diarahkan untuk mengambil khemah di stor. Setelah itu saya dan ahli khemah saya telah membuat semakan tentang keadaan kemudahan alatan khemah samada ia mencukupi atau tidak. Kemudian, kami bergerak ke Pusat Latihan Kokurikulum, atau lebih dikenali sebagai PULAKO, IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Sebaik sahaja tiba di tapak PULAKO, kami diberi taklimat ringkas lagi berkenaan tentative program pada hari tersebut. Setelah itu, kami makan tengah hari terlebih dahulu dan menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di dewan terbuka PULAKO. Pelajar bukan islam pula mencatat maklumat bilangan peserta pada papan kenyataan di situ,

Upload: mimi-habib

Post on 01-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Harian big

LAPORAN HARI PERTAMA : Isnin (17 Jun 2013)

Tepat pada pukul 10 pagi, semua peserta Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 2013 telah

berkumpul di hadapan stor peralatan IPG Kampus Sultan Abdul Halim untuk taklimat

ringkas dan sesi pendaftaran. Setelah bilangan peserta mencukupi, kami telah

dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tag nombor mengikut

kumpulan masing-masing. Kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan dinamakan

Kumpulan U,V,W,X,Y,Z.

Setelah itu, kami diagihkan pula kepada kumpulan khemah. Kami diberi khemah

jenis igloo dan khemah jenis A-shape. Kami diberi peluang untuk memilih ahli

khemah masing-masing. Ahli khemah saya telah memilih khemah jenis A-shape

kerana sebelum ini kami tidak pernah berpeluang untuk mendirikan khemah jenis ini.

Saya telah dilantik sebagai ketua khemah dan telah diarahkan untuk mengambil

khemah di stor. Setelah itu saya dan ahli khemah saya telah membuat semakan

tentang keadaan kemudahan alatan khemah samada ia mencukupi atau tidak.

Kemudian, kami bergerak ke Pusat Latihan Kokurikulum, atau lebih dikenali sebagai

PULAKO, IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Sebaik sahaja tiba di tapak PULAKO,

kami diberi taklimat ringkas lagi berkenaan tentative program pada hari tersebut.

Setelah itu, kami makan tengah hari terlebih dahulu dan menunaikan solat Zuhur

secara berjemaah di dewan terbuka PULAKO. Pelajar bukan islam pula mencatat

maklumat bilangan peserta pada papan kenyataan di situ,

Usai solat zuhur dan makan tengahari, semua peserta bekerjasama dalam

kumpulan memdirikan khemah masing-masing. Kami terpaksa mendirikan khemah

di atas kawasan berbatu dan hal ini telah membuatkan kerja mendirikan khemah

memakan masa yang agak lama. Hal ini kerana pancang tidak dapat dibenamkan ke

dalam tanah dengan baik. Namun setelah mendapat bantuan dari beberapa orang

peserta lelaki kerja mendirikan khemah dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Setelah itu, kami dikehendaki untuk turun berkumpul di dewan terbuka PULAKO

untuk slot seterusnya iaitu kelas belajar ikatan dan asas bantu mula. Setiap

kumpulan telah diagihkan kepada jurulatih-jurulatih tertentu yang mana setiap

Page 2: Laporan Harian big

jurulatih akan memberi tunjuk ajar dan cara untuk menghasilkan sesuatu jenis ikatan

dengan betul dan mudah kepada setiap kumpulan. Setiap peserta berpeluang untuk

melakukan sendiri amali menghasilkan setiap jenis ikatan yang diajar dengan

menggunakan tali yang telah disediakan dan dipantau oleh jurulatih. Melalui slot

tersebut banyak perkara yang telah saya belajar antaranya fungsi-fungsi setiap jenis

ikatan dan cara membuat bantu mula apabila seseorang berada dalam kecemasan.

Untuk slot yang seterusnya pada petang itu ialah slot Ice Breaking. Setelah solat

asar kami berkumpul semula mengikut kumpulan masing-masing untuk meneruskan

slot tersebut. Kami telah melakukan beberapa aktiviti secara berkumpulan bersama

jurulatih yang berkenaan. Sepanjang sesi Ice Breaking berlangsung, sedikit

sebanyak kami dapat saling mengenali sesama ahli kumpulan secara tidak

langsung, mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama sesama ahli.

Dalam slot ini, kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah untuk meningkatkan

keyakinan peserta.

Aktiviti tersebut selesai pada jam 7 malam. Setelah itu kami bersiap sedia untuk

pengurusan diri dan solat maghrib secara berjemaah. Kuliah Maghrib telah diberikan

oleh ustaz yang dijemput dari luar. Sebelum slot seterusnya dimulakan, kami telah

melaksanakan solat Isyak terlebih dahulu secara berjemaah di dewan terbuka

PULAKO. Program BIG ini diteruskan dengan slot pada sesi malam iaitu Ujian

Psikologi. Kaunselor IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah dijemput untuk

memberikan taklimat mengenai ujian ini dan membuat ulasan keputusan soal selidik.

Kami dikehendaki menjawab soal selidik yang bertajuk Inventori Personaliti Sidek

sebanyak 160 soalan untuk mengenal personaliti dan sifat masing-masing. Dalam

slot ini kami berpeluang mengenalpasti kelebihan dan kelemahan diri masing-

masing.

Selepas aktiviti bersama kaunselor, kami telah diberi taklimat ringkas mengenai

tugas dan tanggungjawab masing-masing ketika kawalan malam. Jadual kawalan

malam juga telah disediakan dan ditampal di papan notis dewan terbuka PULAKO

untuk pengetahuan semua peserta. Ketika menjalankan kawalan malam, setiap

kumpulan perlu membuat laporan tentang keadaan di dalam kem.

Page 3: Laporan Harian big

LAPORAN HARI KEDUA : Selasa (18 Jun 2013)

Setelah solat subuh berjemaah pada pukul 6 pagi kami telah berkumpul di dataran

PULAKO untuk aktiviti senaman pagi. Kami melakukan senaman pagi beramai-

ramai selama 30 minit sebelum mengambil sarapan pagi. Setelah bersarapan, kami

berkumpul di hadapan padang IPG Kampus Sultan Abdul Halim untuk bertolak ke

Tasik Beris, Sik untuk menjalani aktiviti air dan darat di sana.

Perjalanan kesana mengambil masa selama satu jam setengah. Tiba sahaja di Tasik

Beris kami semua mengumpulkan barang masing-masing yang telah dibawa di

dataran tertutup. Kemudian, taklimat ringkas telah diberikan oleh jurulatih terlatih

mengenai keselamatan yang perlu diambil kira ketika melakukan aktiviti air. Kami

juga telah diberi tunjuk ajar mengenai cara yang betul untuk memakai buoyancy aid

life jacket. Sebelum melakukan aktiviti, kami telah melakukan sedikit senaman khas

untuk aktiviti air dan membaca doa. Semua peserta telah diagihkan kepada

beberapa kumpulan tertentu, iaitu 3 kumpulan yang diberi nama ‘Kumpulan Plastik’

yang mana ahlinya terdiri daripada peserta yang mempunyai kemahiran untuk

berenang dengan baik, 1 ‘Kumpulan Kayu’ untuk sesiapa yang kurang mahir untuk

berenang tetapi mempunyai keyakinan untuk mengapungkan diri di dalam air dan 2

kumpulan yang diberi nama ‘Kumpulan Batu’ bagi sesiapa yang tidak mempunyai

keyakinan ketika berada di dalam air.

Sepanjang aktiviti ‘water-confident’ berlangsung, tiada sebarang kejadian buruk yang

berlaku malah semua peserta berjaya mengikut arahan yang telah diberikan dengan

baik. Ketika aktiviti ini dijalankan kami dapat melihat pelbagai ragam rakan-rakan

yang mempunyai tahap keyakinan yang berbeza. Namun setelah aktiviti ‘water-

confident’ yang dijalankan selama lebih kurang sejam ini berakhir, semua peserta

mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.

Kemudian semua peserta dikehendaki untuk naik berkumpul di tapak berkumpul

untuk aktiviti air yang seterusnya. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghasilkan

sebuah rakit daripada 2 batang buluh dan 2 tiub getah. Dengan tali yang ada, kami

berbincang dan saling berkongsi idea untuk menghasilkan sebuah rakit yang boleh

dibawa ketika menyeberangi Tasik Beris nanti. Jurulatih hanya memantau

Page 4: Laporan Harian big

pergerakan kami untuk melihat semangat setiap ahli pasukan. Setelah rakit siap

dihasilkan mengikut masa yang diberikan, kami diberi taklimat ringkas untuk

pergerakan seterusnya. Kami mengangkat rakit tersebut beramai-ramai ke tasik dan

mula merancang strategi tentang kedudukan ahli pasukan untuk membawa rakit

tersebut menyeberangi tasik. Ketika membawa rakit tersebut jurulatih telah

memantau semangat kerjasama dalam kumpulan dengan bot dan kayak yang dinaiki

mereka.

Kami semua telah berjaya menyeberangi tasik tersebut tanpa sebarang kejadian

buruk berlaku. Setelah semua kumpulan tiba di tepi tasik, kami berkumpul kami

menyejukkan badan dan berkumpul untuk slot refleksi bersama jurulatih. Kemudian

kami makan tengahari dan solat zuhur di kawasan lapang di tepi tasik tersebut.

Setelah itu, taklimat ringkas diberikan untuk melakukan aktiviti kembara. Setiap

kumpulan telah dilepaskan secara berasingan ke trek kembara. Ketika melakukan

aktiviti kembara, kami dikehendaki untuk mengikut arah yang betul dan mencari

jawapan bagi setiap soalan yang telah disediakan di setiap perhentian yang telah

ditetapkan. Kami juga dikehendaki mempraktikkan ajaran ikatan anduh yang telah

dipelajari di perhentian yang terakhir mengikut soalan tugasan yang telah diberikan.

Setelah selesai aktiviti tersebut, kami berkumpul semula untuk sesi refleksi bersama

jurulatih dan memberi jawapan yang telah dijawab di setiap perhentian ketika aktiviti

kembara sebelum itu.

Kemudian, kami telah bergerak semula menyeberang tasik sambil membawa rakit

masing-masing. Setelah sampai ke seberang, kami segera membersihkan diri dan

menukar pakaian basah untuk menunaikan solat Asar di sana. Setelah itu, kami

diarahkan untuk mengumpul semula alatan yang telah digunakan ketika aktiviti hari

tersebut dijalankan untuk dibawa pulang ke kem perkhemahan.

Setelah tamat kuliah Maghrib, kami mengambil makan malam dan segera bersiap

untuk menunaikan solat Isyak. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak, kami

melakukan persiapan tempat untuk majlis persembahan kumpulan. Setiap kumpulan

diberi tugasan untuk membuat satu persembahan yang akan diadili oleh tiga orang

hakim mengikut tema yang telah ditetapkan. Persembahan yang diberikan daripada

setiap kumpulan sangat menghiburkan dan kreatif di samping tidak mengenepikan

Page 5: Laporan Harian big

syarat-syarat yang telah ditetapkan. Setelah semua peserta habis membuat

persembahan, hakim mengambil masa untuk menentukan keputusan pertandingan.

Sementara memberi masa kepada para hakim berbincang, masa tersebut disisi

dengan persembahan daripada wakil peserta yang sukarela membuat persembahan

selingan. Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, program diteruskan dengan

majlis penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan yang membuat persembahan

pada waktu malam. Majlis tersbut telah tamat pada pukul 12 tengah malam dan

semua peserta kembali menjalankan tugas masing-masing.

Page 6: Laporan Harian big

LAPORAN HARI KETIGA : Rabu (19 Jun 2013)

Setelah pengurusan diri, tepat jam 7.30 pagi, kami bergerak bersama-sama ke

Makmal Ilmu yang terletak di Bangunan Pentadbiran IPG Kampus Sultan Abdul

Halim untuk menjalankan slot yang seterusnya iaitu slot Ujian Psikologi Self-Directed

Search (SDS) yang akan dijalankan oleh jurulatih yang berkenaan. Kami diberikan

sebanyak 192 soalan seperti yang terdapat di bahagian lampiran, untuk mengkaji

mengenai minat kerjaya masing-masing. Dalam slot ini pelbagai pengetahuan baru

telah kami dapat dan sedar tentang kebolehan masing-masing. Kemudian, kami

telah berhenti rehat selama 30 minit untuk minum pagi dan menyambung semula

slot ini sehingga pukul 12.30 tengah hari.

Setelah itu, kami kembali semula ke PULAKO untuk pengurusan diri. Kemudian

pada pukul 2 petang kami telah bergerak semula ke Makmal Ilmu untuk menjalankan

slot yang seterusnya iaitu Ujian Psikologi Inventori Pengurusan Konflik sebanyak 30

soalan bersama jurulatih yang berkenaan. Melalui slot ini, kami dapat muhasabah

diri dan belajar untuk mengawal emosi jika menghadapi sebarang masalah, secara

tidak langsung, dapat mengaplikasikan kemahiran mengurus konflik ketika

berhadapan dengan murid dan pihak sekolah nanti. Kami juga dapat mengetahui

cara-cara yang sepatutunya diambil tahu ketika masalah berlaku. Jadi disini banyak

pengetahuan dapat digunakan untuk mendidik pada masa hadapan.

Slot tersebut berakhir pada jam 4 petang. Setelah membuat pengurusan diri di

PULAKO, kami berkumpul semula untuk mendengar taklimat ringkas dari jurulatih

tentang penerangan aktiviti yang perlu dilakukan pada malam ini. Kami diberi masa

untuk berbincang tentang permainan kecil yang perlu dilakukan bagi memenuhi

tentative aktiviti.

Selesai sahaja membuat perbincangan, kami bersiap sedia untuk aktiviti riadah pada

pukul 6 petang. Jurulatih telah membawa kami melihat tumbuhan di sekitar kawasan

Bukit GERKO dan memberi peluang kepada kami untuk mengenali sendiri tanaman

yang berada di sekeliling kami. Melalui aktiviti ini banyak maklumat tentang

tumbuhan dapat saya resap ke dalam kepala.

Page 7: Laporan Harian big

Usai melaksanakan pengurusan diri, kami telah berkumpul di dataran PULAKO pada

jam 9 malam untuk menjalankan aktiviti permainan kecil. Sepanjang aktiviti

berlangsung, terdapat jurulatih yang bertugas untuk memantau pengendalian dan

pengelolaan aktiviti kami ini.. Setelah semua kumpulan selesai mengendalikan

permainan masing-masing, kami dikehendaki berkumpul semula di dewan terbuka

PULAKO untuk sesi refleksi dan taklimat malam oleh jurulatih yang berkenaan.

Kemudian, seperti biasa kami dikehendaki mematuhi jadual kawalan malam dan

menjalankan tugas masing-masing mengikut masa yang telah ditetapkan.

Page 8: Laporan Harian big

LAPORAN HARI KEEMPAT : Khamis (20 Jun 2013)

Seperti hari-hari yang sebelumnya setelah selesai solat dan tazkirah Subuh, kami

menyiapkan diri untuk aktiviti senaman pagi pada pukul 6.30 pagi. Setelah itu semua

peserta sarapan pagi sebelum mengemas tapak perkhemahan. Kami diberi tugasan

untuk mengemas dan membersihkan khemah masing-masing. Khemah yang kotor

dibersihkan dan dihamparkan di dataran PULAKO untuk dikeringkan sebelum

digulung dan disimpan ke dalam beg khemah. Alatan-alatan yang digunakan ketika

membuat aktiviti juga turut dikumpul.

Kami semua bergotong-royong dan saling bekerjasama untuk membersihkan

seluruh tapak perkhemahan dan membuat pemeriksaan untuk kali terakhir untuk

memastikan bahawa semua tempat telah dibersihkan termasuk tandas dan dewan

makan. Barang-barang yang ingin dipulangkan juga telah ditempatkan di satu

kawasan lapang untuk memudahkan kerja pemeriksaan.

Setelah berkemas dan membuat pemeriksaan alatan dan tempat, kami semua

berkumpul di dewan terbuka PULAKO untuk majlis penutupan program Bina Insan

Guru Fasa 1 2013 yang dirasmikan oleh Encik Rahman. Selesai sahaja majlis

penutupan, kami bergerak bersama-sama ke stor peralatan untuk memulangkan

kembali semua peralatan yang telah dipinjam seperti khemah, peti kecemasan dan

parang. Sebelum itu kami membuat ulangan pemeriksaan peralatan dan

memastikan semua bilangan peralatan mencukupi ketika dipulangkan. Setelah

selesai proses pemulangan peralatan, kami menamatkan program Bina Insan Guru

ini dengan melakukan proses yang dipanggil ‘break camp’. Tutor kami iaitu Tuan

Haji Jaafar bin Mahmud turut hadir ketika aktiviti tersebut. Maka setelah aktiviti

tersebut berakhir, berkakhirlah BIG Fasa 1 ini.