laporan bina insan guru semester 3 ceramah

Upload: leya-ukchukphan

Post on 03-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Semester 3 Ceramah

    1/3

    LAPORAN BINA INSAN GURU SEMESTER 1

    TARIKH : 3 MEI 2011

    TEMPAT : DEWAN DATO KHAIRUDDIN ASHAARI, IPG KAMPUS

    TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR

    PENGLIBATAN : 3 PISMP PJ / PK / BM

    SEBELUM PROGRAM BIG

    Pada tanggal 3 Mei 2011 yang lalu, kesemua guru pelatih daripada opsyen

    PJ/PK/BM, telah menjalankan tanggungjawab dengan mengikuti program Bina Insan

    Guru (BIG). Program BIG ini telah dirancang dan dilaksanakan di IPG Kampus

    Temenggong Ibrahim, Johor Bahru sendiri. Semua guru pelatih yang terlibat telah

    datang ke Dewan Dato Khairuddin Ashaari tepat jam 2 petang bersama pelatih-

    pelatih dari opsyen lain yang terlibat. Kami membawa bersama buku nota dan pen

    untuk mencatat isi-isi penting dan kamera untuk merakam gambar semasa Program

    Bina Insan Guru ini dijalankan. Setibanya di sana, kami terus mengambil tempat

    masing masing di dalam dewan. Kami kemudiannya diberi sedikit taklimat daripadapenceramah dan bersedia untuk Program Bina Insan Guru yang bakal dijalankan

    selepas itu.

    SEMASA PROGRAM BIG

  • 7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Semester 3 Ceramah

    2/3

    Sebermulanya Program ini, kami terus mengambil tempat dan bersedia untuk

    diberi taklimat ringkas mengenai program ceramah oleh 7 PISMP SC/BC/PJ. Kami

    menyedari beberapa ralat yang telah dilakukan selama ini kerana kami semua tidak

    peka dengan etika dan protokol yang sepatutnya diamalkan semasa sesuatu majlis.

    Sebagai contoh, kedudukan VIP duduk di hadapan juga mempunyai susunan

    tertentu yang perlu diikuti.

    Seterusnya, kami diberikan rehat semasa 10 minit dan dihidangkan dengan

    sedikit jamuan ringan. Setiap pelajar Program Bina Insan Guru ini mendapat

    sebungkus mee goreng dan secawan air mineral. Kami semua menikmati jamuan

    ringan ini di bahagian luar dewan. Setelah semuanya selesai, kami semua masuk

    semula ke dalam dewan.

    Seterusnya, kami telah ditayangkan dengan tayangan multimedia tentang

    forum yang bakal dijalankan iaitu forum Sains. Tayangan multimedia tersebut

    sangatlah menarik dan menyegarkan mata. Tayangan multimedia tersebut juga

    menarik minat kami semua untuk bersama-sama menyertau forum tersebut kerana

    kami tahu, forum tersebut tentunya penuh dengan informasi.

    Setelah selesainya tayangan multimedia, kami telah melakukan rehearsaluntuk forum yang bakal dijalankan pada keesokan harinya. Kami semua telah

    menumpukan perhatian sepenuhnya dan mencatat sebarang protokol yang kami

    rasa asing bagi kami untuk rujukan masa hadapan.

    Akhir sekali, kami semua diminta untuk menulis refleksi tentang program Bina

    Insan Guru yang telah dijalankan ini. Suasana senyap seketika kerana semua

    pelajar tekun menulis refleksi masing-masing. Refleksi tersebut kemudiannya

    dihantar kepada Puan Saadah untuk tujuan semakan dan semakan kehadiran. Kami

    dibenarkan pulang pada jam 5 petang.

    SELEPAS PROGRAM BIG

  • 7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Semester 3 Ceramah

    3/3

    Selepas majlis penutupan kami telah diedarkan senarai semak perkara yang

    perlu disertakan di dalam file Bina Insan Guru. Kami diminta mengisi laporan bagi

    setiap aktiviti, isu dan masalah, serta cadangan penambahbaikan. Laporan aktiviti

    tersebut dimasukkan sekali dengan biodata dan laporan individu dalam file khas

    iuntuk BIG dan dihantar kepada tutor masing-masing.